My Cute Buddies!

Wednesday 30 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 13


 BAB 13

Mak....ketatnya baju pengantin ni. Aku harus akui, baju rekaan Vera Wang ini memang nampak sungguh anggun di tubuh langsingku. Tapi, ketat sangatlah pulak. Kasutku pula, rekaan Jimmy Choo. Semuanya ditaja oleh Izzat. Ya, memang aku akui aku tak nak ambil tahu tentang bakal suamiku pada mula – mulanya, tetapi rasa ingin tahu aku semakin memakan diri pula. Nasib aku juga kena kahwin dengan Izzat. Hmmm.... nampaknya, memang sumpah memakan diri. Sekarang siapa yang kena makan? Aku juga....

“ Ibu.... panaslah pakai baju ni. Bila Rysha nak kahwin ni? Nak buka baju....” sungut Qaireena Airysha manja sambil melentokkan kepalanya atas meja solek yang berada di biliknya yang bertema Inggeris.

“ Ya Allah budak ni! Berapa kali aku nak cakap, rosaklah mekap cantik aku tu... duduk senyap – senyap!” arah mak andam kepada Qaireena Airysha. Dilihatnya mak andam sedang membebel sendirian sambil menempek lebih mekap ke muka Qaireena Airysha.

“ Ibu... tengoklah Hitler Andam ni....”

“ Celopar sungguh kau budak!” Qaireena Airysha mengerang kesakitan apabila kepalanya ditekan dengan kuat oleh mak andam.

“ Rysha....tahan sikit ye? Kak Sya, pelan – pelan sikit dengan anak saya tu. Dia memang manja sikit.” Puan Wan Noor Hidayah cuba sabarkan mak andam yang semakin baran melayan kerenah Qaireena Airysha.

“ Bukan manja sikit, tapi manja banyak!” mak andam tidak sudah – sudah membebel.

“ Ibu...tengoklah mak andam ni....”

Tiba – tiba pintu dikuak dari arah luar. Afifah sedang terjengul di muka pintu. Sempat lagi dia mempamerkan muka comelnya yang sempat dimekap oleh mak andam tadi. Nak juga dia kelihatan anggun dan cantik!

“ Ehem...ehem....pengantin lelaki dah tunggu kat bawah tu. Semua tengah tunggu kau aje Rysha. Mak Wan, nanti bawak budak ni turun cepat sikit eh. Nanti tak kahwin pula jadinya.”

“ Okey....jom, kita turun Rysha?” tanya Puan Wan Noor Hidayah lembut kepada anaknya. Bimbang pula mood pengantin yang kena kahwin paksa ini. Puan Wan Noor Hidayah juga dihurung rasa bersalah kerana menipu kepada anaknya tentang siapa pengantin lelaki itu. Haaa....kan susah kalau dia tak nak kahwin? Nama Izzat juga yang keluar. Kesian....

“ Ibu... Rysha takutlah. Ibu pegang tangan Rysha tau..”

Qaireena Airysha menggenggam kuat tangan ibunya. Mungkin juga bimbang akan jatuh kerana pada ketika itu dia sedang memakai kasut tinggi yang direka khas buatnya. Sampai sahaja di anak tangga terakhir, matanya segera tertancap pada raut wajah yang amat dikenalinya.

Puan Sri Arelia? Aik? Apa yang mummy Kak Hanie buat kat rumah aku? Mungkin...mungkin kerana Izzat tu kan kerja dekat syarikat Mr. Bean tu? Sayang sungguh Izzat pada majikan dia ye, sampai jemput ke majlis pernikahan dia. Puan Sri pun sanggup datang dari jauh semata – mata nak tengok si Izzat ni bernikah. Fuh! Tabiklah kat dia.... Aku terseyum manis apabila Puan Sri memandangku. Penuh keibuan sahaja aku tengok wajahnya memandang aku. Okey... sambung jalan lagi. Aku mengambil tempat di belakang Izzat.

Bummm! Sekali lagi aku terpempan. Kapten Adam Zafran dengan Kak Hanie? Sekali dengan Irfan Zafriel? Apa yang mereka buat di sini? Jangan – jangan mamat sengal tu pun ada dekat sini. Aku rasa kan, Izzat tu memang pekerja yang sangat berwibawa. Sampai satu family bos dia boleh datang nak tengok dia kahwin. Tapi....bos dia tak datang pun. Eloklah tu! Tak payah aku nak menghadap muka dia!

Tuk kadi berdehem sebelum memulakan bicaranya. Jantung aku sudah memainkan rentak yang tidak menyenangkan. Relaks....relaks...istighfar... aik? Kenapa rambut Izzat berwarna perang? Baru hari itu aku nampak dia dan rambut dia itu berwarna hitam. Aku belum rabun lagi! Okey,mungkin dia warnakan rambut dia? Relaks....relaks....

“ Aku nikahkan dikau, Tengku Danial Mukhriz Bin. Tengku Danish Muzaffar dengan Nur Qaireena Airysha Binti Hakimi Nordin dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.”

Aku seperti dipanah petir pada ketika itu. Ibu! Sampai hati ibu. Macam mana sekarang ni? Takkan nak bangun kot? Pasang rancangan Qaireena Airysha, cepat! Cepat! Nak lari tak? Hisy...macam mana kalau aku malukan ibu dan ayah aku. Ahhhh.... dah terlambat dah.

“ Aku terima nikahnya Nur Qaireena Airysha dengan mas kahwinnya lima ratus ringgit tunai.” dengan sekali lafaz sahaja, aku sudah sah menjadi milik Mr. Bean itu! Ops! Tengku Danial...

Aku hanya menundukkan wajahku. Aku malu sebenarnya. Pandainya dia cakap suruh jangan burukkan bini dia. Padahal, akulah bini dia! Aku rasa seperti diperbodohkan. Rasa seperti ditipu hidup – hidup.

Qaireena Airysha menyalami dan mencium tangan Tengku Danial yang sejuk itu. Tangan kedua – duanya sungguh sejuk.

“ I'm so sorry....I didn't mean it. Sorry kay?” Tengku Danial membisik rapat di telinga Qaireena Airysha. Meremang bulu tengkuk Qaireena Aiyrsha apabila dibisik dengan nada romanrik begitu. Lebih payah apabila lelaki itu kelihatan sungguh kacak, terlebih kacak pun ada!

Tengku Danial mencium dahi Qaireena Airysha lama. Hampir – hampir menitis air mata lelakinya kerana wanita yang amat disayanginya itu sudah sah menjadi miliknya. Tidak sanggup dia menyakiti wanita yang sedang berada di hadapannya ini. Selepas itu, Tengku Danial mencium pula kedua – dua kelopak mata isterinya itu. Cukup lembut sekali, penuh kasih sayang.



PADA sebelah petang pula, sesi fotografi bersama ahli keluarga dijalankan. Sekarang pula sesi fotografi antara aku dan Tengku Danial. Nervous pula aku dibuatnya. Tangan si Danial ni pula asyik – asyik melekat pada pinggangku yang ramping.

“ Rapat lagilah...ayoyo..you all macam belum kahwin la. You Reena, itu you punya husband la, kenapa mau malu – malu lagi? Danial, you kenalah berani sikit. Cepat! Pegang you punya bini punya pinggang. Rapatkan muka you lagi Danial. Lagi....lagi...lagi....haa..stop! Macam inilah cantik! Stay there. Stay...stay...yup! That's beautiful. Okey...semua selesai.” satu – satu juga pak cik photographer ni nak cakap. Buat seketika, bibir Tengku Danial hanya beberapa inci sahaja daripada bibir Qaireena Airysha. Nasib baik si suami dapat kawal dirinya....

“ Jom makan Reena. Danny lapar la..” rengek Tengku Danial manja.

“ Fine....”

Tengku Danial mencedokkan nasi untuk isterinya. Dia menuangkan air buat Qaireena Airysha, selepas itu dia mencedokkan lauk pula untuknya. Qaireena Airysha pula hanya membisu seribu bahasa. Meluat pula dia berasa dengan lakonan yang terlebih baik yang ditunjukkan oleh Tengku Danial.

“ Saya boleh buat sendirilah....” gerutu Qaireena Airysha. Kini baru dia sedar bahawa dia sedang memakai sarung tangan. Aduh....kena balik kat aku!

“ Macam mana awak nak makan. Kan tangan awak tu macam zombi. Berbalut sana sini. Meh sini. Jangan melawan cakap suami.” arah Tengku Danial tegas kepada Qaireena Airysha. Dia mengisyaratkan supaya Qaireena Airysha membuka mulut bagi membolehkannya menyuapnya. Sebenarnya dia boleh sahaja menyuruh Qaireena Airysha makan menggunakan sudu, namun sengaja dia mahu mengusik isterinya itu.

“ Bencilah.....” suaranya amat perlahan namun dapat ditangkap oleh Tengku Danial.

“ Aiii....apa tu? Danny tak dengar la....”

“ Tak ada apa – apa pun...hisy!” malam ni macam mana? Takkan aku nak kena ehem ehem dengan dia? Minta selisih malaikat 44! Tak mahu aku!



AHH....penat sungguh aku rasa pada hari ini. Seampai sahaja di bilik aku yang berada di tingkat tiga banglo milik ayahku, terus aku rebahkan diriku atas katil dan baring menelentang. Tudung sudahpun aku lucutkan daripada kepalaku. Kini, aku hanya ingin merasakan nikmat angin sejuk menerobosi kepalaku.

Tok...tok...tok..

Siapa pula yang datang ni? Takkan Kak Hanie? Kak Hanie kan tidur di bilik tetamu dengan suaminya? Tengku Danial pula akan tidur bersama – sama adikku. Oh! Aku terlupa pulak Afifah yang akan datang untuk tidur bersamaku. Kesiannya kena tunggu lama di muka pintu..

“ Ahh!!!!” terus aku menjerit apabila aku lihat muka handsome Tengku Danial di hadapanku. Bukan itu yang memeranjatkanku, tapi kedudukan mukanya yang begitu hampir denganku. Aku terjatuh ke belakang namun sempat disambut oleh suamiku. Buat seketika, aku berasa sungguh selamat dalam kehangatan pelukannya.

“ Apa yang awak buat ni? Bukan ke awak sepatutnya tidur dengan adik saya?” pertanyaan Qaireena Airysha itu dibiarkan sepi begitu sahaja. Tengku Danial sungguh terpaku melihat rambut isterinya yang panjangnya sehingga pinggang itu.

“ Helo.....are you still there?”

“ Ah?! Oh! Sorry!” terus tubuh Qaireena Airysha dilepaskan menyebabkan isterinya itu terjatuh ke bawah. Qaireena Airysha mengerang kesakitan.

Apa punya laki la ni....aku ingatkan baru sahaja nak berlangsung adegan macam dalam filem Hindustan tapi, aiseyman...laki aku ni macam Mr. Bean. Tak boleh nak jadi romantik langsung!

“ Awak ni...kalau dah pegang elok – elok tu janganlah lepaskan. Sakit tau! Habis tu, kenapa awak datang sini? Nak tengok muka saya yang comel ni? Ke awak nak duduk kat library kat depan tu?”

“ Tak....Danny nak minta maaf sebab tampar Reena hari tu...” tertunduk – tunduk Tengku Danial ketika dia mengucapkan kata – kata maaf buat isterinya.

“ Itu aje? Hisy...buat kalut betullah awak ni..”

“ Awak maafkan saya tak?”

Biar betul dia ni? Minta maaf, lepas tu tanya sama ada aku maafkan dia atau tidak? Macam tak ikhlas aje...

“ Ye la...whatever..”

“ Look at me when you're talking!”

Pulak dah? Aku memang tak boleh pandang mata dia yang terlebih lawa tu lama – lama... buang karan aje suami aku ni! Meh cini, power punya tenungan aku hadiahkan buatmu!

“ Dah? Puas? Now, go!”

“ Can I sleep with you? Danny takutlah... got ghost in your daddy's house..”

“ Jangan nak mengada! Go! Biar ghost tu makan you!” bila masa panggilan aku bertukar lagi ni? Tengok? Tak pasal – pasal dah keluar perkataan you tu.

“ You are so mean to me...”

“ I wouldn't if you hadn't slapped me that day.”

“ Danny is so sorry.”

“ Baliklah dengan sorry awak tu.”

“ Danny won't go until Reena forgive me.” matanya sedikit bersinar di bawah cahaya malap lampu di luar bilik tidurku. Lelaki ini benar – benar menguji kesabaranku. Bukankah tadi aku sudah memaafkannya?

“ Ye la...tadi kan saya dah maafkan awak. Tolong jangan ungkitkan balik boleh tak? Saya dah letih ni dan nak tidur. Esok kena naik flight pulak nak pergi KL. Awak pun pergilah tidur. Tak manis kalau orang tengok kita macam ni malam – malam.” nada suaraku cuba sedaya upaya dilembutkan. Aku tahu kini yang berada di hadapanku ialah suamiku.

“ Okey. Danny pun nak tidur. Goodnight Reena. Dream of me. Assalamualaikum.” terus dia berlalu tanpa berkata apa – apa. Itu aje? Aku mengharapkan.....isy! Takkan goodnight kiss kot? Aduh....aku sudah dijangkiti penyakit angau!

Selepas beberapa minit, kini barulah aku nampak kelibat Afifah masuk ke dalam bilikku.

“ Baru kau nak sampai? Kau tahu tak berapa lama aku tunggu kau?”

“ Alaaa....takkan aku nak ganggu sesi suami isteri bercakap kot? Siap ada adegan filem Hindustan la! Wah....so sweet...”

“ Kau skodeng aku ek? Jahat! Jahat!” aku membaling bantal ke arah Afifah. Skodeng aku pulak kerja dia?!

“ Mana ada....tadi aku cuma terserempak, aku tak niat pun nak ganggu sesi privasi suami isteri. Itu pun tak boleh ke? Sensitif betullah kau ni lepas jadi bini orang. Huh...”

“ Malaslah nak amik tahu. Dah. Aku nak tidur. Meh tidur sebelah aku. nanti aku rindu pulak dekat engkau..” aku menepuk tempat tidur di sebelahku.

“ Ye la...lepas ni, dah ada orang lain yang nak temankan kau. Syok ye kau, dapat laki hencem. Kau doakan untuk aku pulak tau...”pesan Afifah sebaik merebahkan kepalanya atas bantal.

“ Whatever...aku mengantuk. Auuuhh......” aku menguap dan terus menutup mataku. Aku terlalu letih hari ini dan terlalu banyak kejutan yang aku terima buat hari ini. Cukuplah....sekarang, aku cuma mahu merehatkan kepala aku dan memikirkan cara untuk 'sayangkan' Mr. Bean manja aku tu.




Suamiku Mr. Bean Manja BAB 12


 BAB 12

Hari ini, Qaireena Airysha terpaksa pergi kerja kerana terdapat perjumpaan ibu bapa dan guru walaupun hari ini hari Sabtu. Meroyanlah aku hari ni sebab tak tidur lebih. Desis Qaireena Airysha kepada dirinya sendiri. Dia memang sungguh pantang jika tidurnya diganggu.

TROOT......TROOT.....Ibu calling.....

“ Assalamualaikum ibu....” sapaku lembut kepada ibu.

“ Waalaikumsalam... tengah buat apa tu? Dah habis kerja?”

“ Baru aje habis bu, kenapa bu? Ada apa – apa yang patut Rysha buat ke? Ke ibu dah rindu sangat dengan Rysha?” sengaja aku menduga ibu. Aku sudah dapat mengagak jawapan straight forward yang akan diberikan oleh ibu kepadaku.

“ Kepala hotak pandai kau! Ibu ada hal sikit nak cakap dengan hang. Ye la...ibu memang rindu sangat dengan hang. Adik hang tu sekor, bukan nak balik rumah. Memanjang bergayut dekat Uitm tu. Hang pulak, balik US, pergi KL. Mana ibu tak sedih....”

“ Alalala.....cayang ibu. Ibu, lagi sebulan aje Rysha kat sini. Bulan depan dah masuk empat bulan. Rasanya, tak lama lagi ibu boleh tengok muka comel anak ibu ni...” aku cuba bergurau dengan ibu. Sungguh aku tidak inginkan suasana sedih antara ibu denganku ketika ini. Tak pasal – pasal, aku pula yang lari balik Pulau Pinang.

“ Ibu nak hang balik sekarang jugak. Maksud ibu, dalam dua tiga hari ni. Ibu dah tetapkan perkahwinan Rysha dalam masa sebulan ni. Nikah kat rumah kita. Majlis dekat KL. Ibu buat kat hotel five star tau. Jangan nak melawan cakap ibu.” tegas kedengaran suara Puan Wan Noor Hidayah seakan – akan memberi arahan. Puan Wan Noor Hidayah terpaksa berbuat demikian demi keselamatan anaknya. Pihak pengantin lelaki memaklumkannya bahawa anaknya itu diancam akan seorang lelaki yang pernah melafazkan cintanya terhadap Qaireena Airysha. Pengantin lelaki itu pula mengaku sangat mencintai anak daranya itu dan berjanji akan menjaganya sebaik mungkin.

Bagi Puan Wan Noor Hidayah pula, dia cukup bimbang akan keselamatan Qaireena Airysha. Mahu sahaja dia terbang ke Kuala Lumpur kerana ingin melindungi anaknya itu. Pengantin lelaki itu kelihatan sungguh baik orangnya. Lebih – lebih lagi orangnya sopan dan berkedudukan. Bukannya mahukan orang kaya sebagai teman hidup anaknya, tetapi ketulusan hatinya untuk memperisterikan Qaireena Airysha telah membuatkan Puan Wan Noor Hidayah terpikat pada lelaki itu. Tidak dilupakan juga wajah tampan lelaki itu.

Memandangkan lelaki itu juga menetap di Kuala Lumpur, mudahlah baginya untuk mempunyai spy tersendiri di sana merangkap menantunya. Bukankah lebih baik begitu? Mama lelaki itu pula kelihatan sungguh baik orangnya dan Puan Wan Noor Hidayah pasti, anaknya pasti akan bahagia di sisi lelaki itu di dunia dan akhirat.

“ Ibu....dulu kan ibu dah janji nak bagi Rysha sambung study? Ala...ibu, lepas habis Ph.D nanti Rysha sendiri akan kahwin dengan calon pilihan ibu. Ibu.....please??” beginikah nasibku setelah belajar hingga ke tahap ini dan harus menghentikan segalanya semata – mata untuk berkahwin? Argh!

“ Tak da...tak da...hang kena kahwin jugak. Tak ada kerja tak apa, suami hang boleh tanggung hang. Jangan risau sangat. Ibu buat ni pun untuk kebaikan hang jugak Rysha. Hang nak ibu mati tak tenang selagi tak tengok anak ibu bahagia ke?”

“ Jangan cakap macam tu ibu. Hmm.....okey bu. Rysha setuju kahwin dengan lelaki yang entah mana asalnya. Korea ke? Hutan ke? Rysha tak kisah. Yang penting, Rysha nak ibu bahagia.” aku hanya reda jika jodohku sudah sampai. Karang elok juga aku kahwin, tak nanti aku memegang gelaran anak dara tua. Hisy.....minta dijauhkan. Hmm....ada juga positifnya kalau aku kahwin...

“ Rysha.....”

“ Okey fine...Rysha janji tak cakap macam tu dah. Lelaki yang Rysha nak kahwin tu baik kan? Bye ibu. Rysha kena pergi sekarang ni. Tengok kawan Rysha dah meroyan tak tentu pasal. Kesian pulak Rysha tengok dia. Assalamualaikum.” aku sengaja mencipta alasan kerana tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara ini. Aku masih sayangkan rambut aku dan tidak sama sekali aku ingin menjadi botak. Huh, belum sampai masanya...

“ Waalaikumsalam....” kedengaran suara Puan Wan Noor Hidayah mengeluh panjang sebelum meletakkan gagangnya. Dia turut simpati nasib anaknya. Namun apakan dayanya? Susah juga ye jadi comel? Nasib baik aku cantik dan bukannya comel. Gerutu Puan Wan Noor Hidayah kepada diri sendiri. Ini namanya puji diri sendiri. Hehe....

Qaireena Airysha menapak ke dalam. Sempat lagi matanya menagkap kelibat Tengku Danial. Kelihatan bersamanya ialah dua orang wanita yang sedang memaut kedua – dua belah lengannya. Takkan nak berebutkan mamat tu kut?

“ Danial.....you tak mahu dekat I sebab perempuan miang ni kan? I dah agak dah! Please come back to me. I'll make you happy. Bukannya macam si miang tak berbulu ni!” lantang Intan bersuara demi mempertahankan teman lelaki kesayangannya. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Tengku Danial telah memutuskan hubungan mereka sedangkan segalanya baik – baik sahaja sebelum ini.

Itu baru hanya cerita dari sebelah pihak sahaja. Macam Jepun mengebom Pearl Harbour aje lagak mereka demi berebutkan seorang lelaki.

“ Hey! Kurang tamarind you! Darling, you dengar tak apa binatang tu cakap dekat I? I beri semuanya pada you....kenapa you nak tinggalkan I? I sayangkan you Danny. Terlalu sayangkan you. I akan terima apa sahaja alasan melainkan perempuan tak sedar diri tu yang menjadi punca you nak berpisah dengan I!” Areen pula menjerit sesuka hati mak neneknya. Dahlah terjemahkan perkataan asam jawa tu. Macam ni lagaknya orang yang kemaruk Bahasa Inggeris.

Areen menarik kuat lengan kiri Tengku Danial. Intan menarik lebih kuat lengan kanan Tengku Danial. Tengku Danial pula tersepit di tengah – tengah.

Apalah nasib aku ramai girlfriend. Menyesal pulak. Eh! Tak menyesal...tak menyesal. Kalau aku tak ada ramai girlfriend, nanti jatuhlah saham aku. Dan itu maknanya aku tak laku dan secara langsung tahap kemacoan aku akan merudum sebanyak 99%. Tak boleh jadi ni... aku terpaksa break dengan sweetheart – sweetheart aku kalau nak jadi laki orang. Aduh....

“ Stop it! I say stop it!”

Teriakan Tengku Danial tidak membuat kedua – dua wanita itu berhenti, namun lebih galak mereka menarik dia. Qaireena Airysha sudah ketewa berdekah – dekah. Sampai berguling dibuatnya. Nasib baik sempat cover aksi bergulingnya itu.

“ Dengar apa yang I nak cakap dulu boleh tak?! You ni manusia ke makhluk asing sampai tak reti nak faham bahasa yang I cakapkan ni?!”

“ Sorry Danny love.....” Areen dan Intan berkata serentak. Baru sahaja mereka hendak bersuara kembali, Tengku Danial cepat – cepat memotong percakapan mereka. Perempuan kalau cakap, kalau aku pengsan bangun balik pun tak habis lagi. Huh....nasib badan la...

“ I putuskan hubungan dengan you berdua sebab I nak......”

“ Danial....you sanggup duakan I dengan perempuan miang ni? You tahukan betapa I sayangkan you?” Intan mencelah. Aku yang seratus peratus kecantikan tulen ni dia sanggup duakan? How could you Danial?!

“ Woi binatang! Cakap tu sedar diri sikit eh! F.Y.I, dia keluar dengan I dulu sebelum dengan you. Nampak gaya you pun macam perempuan gatal, miang! Tak mustahil Danial I boleh tergoda dengan perempuan murahan macam you!” Areen membalas dengan kata – kata pedasnya sebelum menarik kuat rambut Intan. Si Intan pula menarik kuat rambut Tengku Danial disebabkan cengkaman kuatnya pada rambut Tengku Danial.

Ahhh....rambut aku yang handsome jugak jadi mangsa?! Menyesal sungguh berdating dengan dua harimau ni. Lepas ni tak mahu buat dah. Bawa – bawa insaflah Danial....

“ Ladies! Dengar dulu, please...sebenarnya, I yang salah dalam hal ni. I yang keluar dengan you berdua pada err....masa yang sama. Intan, I keluar dengan you waktu petang. On the same day, malam tu I keluar dengan you Areen. I betul – betul minta maaf. I was just.....” akhirnya keluar juga pengakuan keramat dari mulut Tengku Danial. Sekarang dia berdepan dengan ancaman menjadi mangsa amukan dua wanita garang. Hehe...padan muka hensem kau!

Pang! Merah pipinya bagaikan pakai blusher berbentuk tapak tangan. Pang! Sekali lagi Tengku Danial terkena penangan tamparan yang cukup hebat. Kedua – duanya terus berlalu dari situ tanpa berkata apa – apa pun.

Qaireena Airysha mula mendekati Tengku Danial. Ketawanya masih bersisa. Masih tidak dapat melupakan kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi yang dianggapnya sebagai lucu. Entah apa yang lucu sangat padanya, hanya tuan empunya badan yang tahu.

“ Danial...Danial...inilah padahnya ramai sangat awek. Sekarang tengok? Apa yang kau dapat? Cantek punya penangan roti parotta! Hahahaha! Aku kesian sungguh kat bakal bini kau. Malang sungguh nasib dia. Jangan kau buat kat dia macam ni sudah! Keh keh keh....” Qaireena Airysha langsung tidak menyedari kelancangan kata – katanya mampu mengundang kemarahan Tengku Danial. Yang dia tahu, dia berasa amat tertekan setelah dipaksa berkahwin dalam masa sebulan ini. Siapa yang tak kalut beb?!

Pang! Satu tamparan pula mengenai pipi gebu milik Qaireena Airysha. Matanya sudah berair menahan rasa sakit yang amat. Namun ditahan jua daripada gugur di hadapan lelaki itu.

“ Kau tak ada hak nak cakap macam tu pasal bini aku! Jangan kau berani nak cakap pasal dia lagi! Bini aku, aku yang jaga! Kau tak payah nak sibuk – sibuk dalam hal aku.” kata Tengku Danial sebelum berlalu dengan wajah bengang menuju ke kereta Lamborghini miliknya.

Rupa – rupanya seluruh sketsa tadi telah disaksikan oleh seorang manusia. Siapa lagi kalau bukan kawan baik si Rysha tu, Afifah. Dah memang nama penyibuk sedunia kan.....

“ Rysha, relaks la....” Afifah menyentuh lembut bahu Qaireena Airysha sambil menggosok – gosokkannya.

“ Aku nak balik.”

“ Rysha....”

“ Aku cakap aku nak balik! Kau nak ikut aku ke? Ke, kau nak duduk sini lagi?!” tegas kedengaran suara Qaireena Airysha. Otaknya semakin berdenyut – denyut akibat kedua – dua kejadian yang baru menimpa dirinya sebentar tadi.

Kenapa lelaki itu selalu sahaja mahu menyakitkan hatinya?! Perlukah dia tampar aku? Besar sangatkah kesalahan aku? Kalau ya pun, tidak bolehkah dia tegur kesalahan aku tu? Ayah aku sendiri pun tak pernah naik tangan atas aku. Sedangkan dia? Tengku Danial hanyalah seorang lelaki sadistik yang hanya akan menyakitkan hati aku! Argh! Aku benci dia!

“ Okey....” Afifah tidak mampu berkata apa – apa pun memandangkan mood kawannya itu tidak baik pada ketika ini. Baik ikut sahaja daripada kena bomb sudah!

Qaireena Airysha berjalan laju menuju ke kereta Beetlenya. Dari ekor mata, dia dapat lihat kereta Lamborghini milik Tengku Danial memasuki perkarangan tadika. Cepat – cepat dia masuk ke dalam kereta kerana mahu mengelak daripada berjumpa dengan lelaki itu. Afifah pula terkedek – kedek berjalan mengejar Qaireena Airysha. Nafasnya sudah turun naik menahan penat.

“ Rysha....kau laju sangat la. Aku tahu la kau atlet dulu tapi jaganlah tinggalkan aku macam tu. Kesian aku tau...” Afifah mula bersungut sejurus selepas memasuki ke dalam perut kereta. Qaireena Airysha dilihatnya masih menumpukan perhatian ke jalan raya. Marah lagi ek minah tu? Baik aku tanya. Karang nanti dicop pula sebagai kawan tak prihatin...

“ Rysha... kau marah lagi ke? Kalau kau marah, aku mintak maaf ler bagi pihak Tengku Danial. Dia tak sengaja kot. Selama ni, aku tak pernah pun tengok dia angkat tangan dia atas mana – mana perempuan. Aku rasa dia mereng sikit tadi tu.....”

“ Aku tak nak dengar kau cakap pasal dia. Dia punya masalah, dia punya pasal. Aku tak nak amek tau. Hmm....Afifah, aku nak mintak maaf.” suaranya sudah tidak setegang tadi. Mata Qaireena Airysha redup memandang kawan baiknya memandangkan lampu isyarat kini sedang merah.

“ Kat sape kau nak sorry ni?”

“ Dekat engkaulah....”

“ Sebab?” Afifah masih kurang pasti dengan maksud kawannya itu.

“ Aku nak berhenti kerja. Kau boleh tolong beritahu Kak Hanie tak aku mintak maaf sebab berhenti kerja secara tiba – tiba tanpa bagi sebarang notis pun. Gaji untuk bulan ni, kau amiklah sepenuhnya untuk mak kau. Sorrylah sebab aku tak dapat nak tolong Mak Jah kau tu dengan lebih lama.” matanya terkebil – kebil seketika memandang raut wajah Afifah yang jelas sekali terkejut dengan keputusan drastiknya.

“ Laa... takkan kau nak merajuk dengan Tengku Danial sampai macam tu? Aku kan ada. Bila lagi masa aku nak jumpa dengan kau? Kau tak kesian kat aku ke siang malam menanggung rindu kat kau yang langsung tak fikirkan aku? Aku tahulah kau tu nak sambung study kan? Cakap terus terang ajelah...ke, kau rasa membebankan kau nak bagi separuh gaji kau kat mak aku? Kalau macam tu, tak payah bagilah. Aku kan ada? Kau duduk dengan aku sudah.......”

“ Woi perempuan! Aku sendiri frust tau tak?! Tolong jangan ungkit pasal Tengku Danial! Aku nak tegaskan bahawa aku tolong mak kau sebab aku ikhlas. Bukan sebab simpati! Sampai hati kau anggap aku macam tu. Aku tak seburuk yang kau sangka tau...” pada saat itu, gugur juga air mata jernih di pipinya yang sedikit merah akibat ditampar dengan kuat tadi. Qaireena Airysha pantas menyeka air mata yang mula membasahi wajahnya. Nanti hilang cun. Desisnya. Isy, sempat lagi!

“ Rysha, kaulah orang yang paling rapat dengan aku selain mak dan bapak aku. Aku nak kau ada di sisi aku selagi boleh. Itu aje.”

“ Aku tak boleh nak ada kat sisi kau buat masa sekarang. Bukan dalam masa terdekat ni. Aku tak boleh sambung study. Aku tak boleh nak kerja. Aku tak boleh luangkan masa lagi dengan family aku mahupun kau.” ujar Qaireena Airysha sambil tersedu – sedan. Rasa sebaknya sudah tidak dapat ditahan lagi. Ketika ini, keretanya diberhentikan di sebuah taman permainan. Kelihatan ramai kanak – kanak sedang bersuka ria.

Afifah menggenggam tangan Qaireena Airysha seakan – akan memberi kekuatan kepadanya untuk meluahkan perkara yang terbuku di hatinya. Dia tahu, kawannya ini sedang berdepan dengan dilema yang besar. Jikalau tidak, masakan hingga dia boleh menangis seperti budak yang tak dapat lolipop?

“ Rysha.... aku tak fahamlah...kau cerita kat aku, mana tahu aku boleh tolong?”

“ Aku akan berkahwin.”

Terlopong mulut Afifah apabila mendengar perkataan keramat itu daripada bibir mungil Qaireena Airysha. Biar betul minah ni?!

“ Bulan depan, aku akan bernikah dengan.... lelaki yang aku sendiri tak tahu siapa. Ibu aku yang beria – ia sangat. Aku tak faham. Aku terpaksa. Aku tak nak semua ni. Tapi aku nak ibu aku bahagia, itu aje.”

“ Laa.... kenapa kau tak bagitau aku? Takkan kau tak tahu dengan siapa kau nak kahwin? Ini dah kes kritikal ni...”

“ Kau tak bagi aku peluang nak cakap pun. Ibu aku cakap pun tadi sebelum aku kena.....kau tahulah kan? Aku tak berminat langsung nak amik tahu dengan siapa aku nak kahwin. Malas.” kepala Qaireena Airysha diletakkan di atas stereng kereta seolah – olah melepaskan bebanan yang sedang bersarang dalam kepala otaknya.

“ Oh.... kesian...kesian....bila kau nak balik?” pertanyaan Afifah itu dijegil dengan pandangan maut daripada Qaireena Airysha. Alamak! Aku tersalah cakap ek?!

Paaap! Innalillah terus nyamuk yang berada di atas pipi tembam Afifah. Ingatkan sebab apa tadi dia tenung aku. Fuh....lega.

“ Sorry....nyamuk tu besar sangat. Tangan aku gatal sangat nak pukul dia. Hehehe..... aku? Aku balik esok pagi pukul 9.”

“ Awalnya...”

“ Kau takkan tak tahu aku nak jadi bini orang dalam masa sebulan ni?! Kenalah balik.”

“ Macam mana kau nak balik ni?”dengan lurusnya Afifah bertanya.

“ Aku terbang.” sama lurus juga jawapan yang diberikan oleh Qaireena Airysha.

“ Hek?? Macam mana tuh? Kau tak ada sayap pun....” kalau otak tu dah melekat, memang susah nak berjalan balik. Macamlah dua ekor manusia ni bussinesswoman nak ada banyak benda yang kena fikirkan. Aduh....dah kes parah ni.

“ Aku naik flight la.”

“ Bila kau book tiket? Bukan last minit takda tiket ka?”

“ Lepas ibu aku call, aku terus book flight tiket. Ada tiket first class la. Aku amik la first class tu, nak juga rasa dimanjakan. Hahaha....”

“ Aku nanti rindu kau. Sangat sangat.” Afifah melentokkan kepalanya atas bahu Qaireena Airysha. Manja sungguh lagaknya.

“ Hah...dah terlanjur jumpa kau, jemput datang eh ke majlis perkahwinan aku nanti. Kau datang tau masa aku nak menikah kat rumah aku. Lepas tu, majlis dekat sini pulak. Aku tak tahu kat mana tapi ibu aku ada cakap yang majlis tu akan berlangsung kat hotel lima bintang. Haa...part tu memang aku sayang ibu aku. Ibu aku memang pandai nak sejukkan hati anak perempuan dia.”

“ Wah...bestnya kau, dapat kahwin ala – ala wedding of the year.” komen Afifah selamba sambil mencelikkan matanya. Dia turut tumpang gembira majlis perkahwinan Qaireena Airysha akan berlangsung di hotel lima bintang. Memang sama aje otak mereka berdua ini, memang sah kanak – kanak Ribena!

“ Banyak kau wedding of the year. Yang aku kena paksa kahwin kau jangan lupa tau.... tapi memang best kahwin ala – ala wedding of the year! Hmmm.....doakan aku bahagia ek dengan suami tidak diketahui identitinya okey?”

“ Aku sentiasa inginkan kau bahagia tak kira mana kau berada. Selamat pengantin baru, Rysha....aku sayang kau.”

“ Kau overlah....aku belum kahwin lagi tau. Hmmm....aku pun sayang kau, dunia dan akhirat. Aku pun harap kau kahwinlah cepat dengan anak tauke minyak tuh, Syed Bawal....”

“ Bukan bawal lah, Naufal. Insyaallah...” pantang sungguh Afifah jika nama buah hati pengarang jiwanya disebut salah. Nasib....nasib....

Thursday 24 May 2012

Cinta Tak Cukup Seringgit


“ Mama... Qiz dah buat keputusan muktamad ma. Qiz memang ikhlas terima dia sebagai suami Qiz.” lembut mataku memandang tepat ke arah mama. Mama tidak bersetuju aku berkahwin dengan lelaki itu yang kurang siuman? Entahlah. Tetapi dia elok sahaja minggu lepas. Tiga hari yang lalu baru sahaja dia berkelakuan begitu. Sungguh, aku sebagai seorang doktor pun tidak dapat mengenal pasti puncanya.

“ Qiz Zahra, mama tak nak sebab terpaksa dan kesiankan auntie Mai masa depan anak mama rosak. Mama tak sanggup sayang.” Datin Nooraine hampir – hampir sahaja menitiskan air matanya. Dia tidak dapat terima keputusan anaknya untuk menjadi pengantin terjun untuk anak jirannya sepuluh tahun lalu, Datuk Seri Syed Putera Azman dan Datin Seri Maira.

Pegantin perempuan yang dipilih sendiri oleh Datin Maira itu tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Syed Putera Airiz kerana keadaannya kurang siuman. Sebenarnya bukan kurang siuman, tetapi lebih kepada kebudak – budakkan. Esok sepatutnya Syed Putera Airiz bernikah, tetapi pada saat – saat akhir pula pengantin perempuan larikan diri. Oleh sebab tidak mahu menanggung malu yang amat, Datin Seri Maira terpaksa meminta jasa baik jiran lamanya dan juga kawan baiknya sejak zaman sekolah lagi, Datin Nooraine.

Aku bingung. Aku masih tidak dapat melupakan kata – kata auntie Mai yang tersemat kukuh di mindaku.

' Auntie dah tak tahu apa nak buat Qiz sayang. Kalau Qiz tak setuju tak apa. Tapi auntie sendiri tak faham kenapa Fatin tak setuju. Last minute pula tu. Dulu bukan main beria – ia nak kahwin dengan Riz, Riz pula yang tak nak kahwin dengan dia. Bila si Riz dah setuju, Fatin pula yang tak nak. Auntie tak dapat terima yang anak auntie jadi macam tu, secara tiba – tiba. Auntie dah cuba berubat, tapi tak dapat sembuhkan Riz. Tapi auntie reda. Qiz, cuba pertimbangkan ye? Auntie malu sangat Qiz. Allah dah tunjukkan pada auntie yang Fatin itu hanyalah pura – pura. Ya Allah...besar sungguh dugaanmu.'

Aku okey aje nak kahwin dengan mamat tu. Dari dulu semasa kami bejiran lagi aku sudah jatuh cinta pada lelaki itu. Aku pendam perasaanku selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati aku apabila mendapat tahu bahawa dia akan ke United States untuk belajar di international school di sana. Kini dia kembali.

Di sini pula, aku digemparkan dengan berita dia akan berkahwin dengan anak tauke minyak, Fatin Nabila. Ah! Aku pasrah namun aku reda sahaja. Saat itu, rasa cinta aku terhadapnya terus padam. Aku tahu hukum mencintai suami orang. Aku tidak sanggup menanggung dosa, namun aku terpaksa. Dan sekarang, aku pula diberi pilihan untuk berkahwin dengannya. Bagaimana aku hendak mencambahkan rasa cinta aku terhadapnya semula? Ya aku boleh. Tetapi dengan keadaannya yang tidak cukup seringgit itu, bolehkah aku bersabar dengannya?

Tidak pasal – pasal keluar berita ' ANAK AHLI KORPORAT TERKENAL MALAYSIA MATI DIKERJAKAN ISTERINYA'. Tak ke naya kat aku sahaja? Besar pahalanya jika aku menjaga suami aku yang keadaan mentalnya tidak stabil. Aku lebih pentingkan kehidupan di akhirat daripada di dunia. Aku juga berharap dapat sembuhkannya. Ingin aku melihatnya dalam keadaan normalnya. Handsomenya.... hindung mancung, kulit putih kemerahan, mata yang menggoda. Aku pula yang kena tahan diri aku daripada ' menerkamnya'. Itu namanya ambil kesempatan atas orang yang lemah! Keputusan aku muktamad, aku akan mengahwini juga lelaki itu dan menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri yang solehah. Aku akan menyaranya. Berinya makan, minum. Segalanya. Ya, aku boleh! Dr. Qiz Zahra is coming, watch out!

“ Mama, Qiz memang nak kahwin dengan dia ma. Bukan sebab kesiankan auntie Mai, mama”

“ Macam mana kalau dia sembuh, dia minta cerai daripada Qiz? Dia bukan ingat apa pun dalam keadaan macam ni” rasa kebimbangannya disuarakan juga akhirnya. Datin Nooraine tidak mahu anaknya menanggung derita. Tidak sama sekali anak tunggalnya akan dibiarkannya untuk menanggung derita.

“ Qiz akan berjuang hingga ke akhirnya mama. Kalau dia minta cerai pun, mama dan papa masih ada untuk Qiz kan? Muktamad mama, itulah keputusan Qiz.”

“ Okeylah, kalau itu keputusan Qiz. Ini hidup Qiz kan? Abang, abang setuju kan kalau anak kita kahwin dengan anak kawan baik Aine?” aku pelik dengan perubahan mood mama. Tadi serius semacam, tapi sekarang? Dah macam biskut mood mama aku ni. Entah – entah, mama memang nak aku kahwin dengan mamat tu?

Datuk Bakhtiar hanya mengangguk, tidak mahu mencampur tangan dalam urusan isterinya itu. Kalau Queen sudah cakap, apa boleh buat?

Ya! Anak aku Qiz nanti kahwin dengan anak Mai! Dulu aku pernah janji nak kahwinkan anak aku dengan anak Mai. Tak sangka pula akan jadi kenyataan. Tak disangka juga kawan baik aku bakal jadi besan aku. Namun aku kasihankan juga nasib anak aku yang kena jadi pengantin terjun. Sebab itulah aku tanya keputusannya dulu. Dia pun bagi green light, tak disangka juga dengan begitu mudah. Yang si Riz tu, tiba – tiba aje jadi kureng apesal? Apapun, aku tahu anak aku dapat menjaga budak itu dengan baik dan tak mustahil dia dapat sembuh. Anak aku ni kan doktor terbaik di dunia?! Ha ha ha...

“ Mama nak call auntie Mai! Qiz, jangan risau pasal apa – apa tau. Tadi auntie Mai dah pesan kalau Qiz setuju, semua persiapan dah dibuat untuk pernikahan esok. Qiz hanya perlu bawa diri tau!”

Laju mama berlari ke arah telefon. Pastinya untuk memberitahu berita baik itu kepada kawan baiknya. Mama lari laju macam nak lari maraton tau! Habis bergegar rumah banglo ni!

Tidak percaya rasanya dalam sekelip mata aku akan menjadi isteri orang. Esok, aku akan tinggalkan rumah yang sudah banyak memberikanku kenangan manis. Nak menangis? Entahlah. Aku sendiri yang membuat keputusan ini. Aku akan membawa 'senjata' untuk menahan kerenah suamiku ini. Insya – Allah, rumahtanggaku akan berkekalan.


“ Riz...esok Riz akan kahwin tau, dengan anak auntie Nooraine, Qiz Zahra. Ingat kan dia? Sekarang dia dah jadi doktor. Nanti Qiz boleh jaga Riz dengan baik tau.” betapa gembiranya hatinya apabila mendapat panggilan daripada kawan baiknya sebentar tadi. Mulia sungguh hati budak Qiz Zahra tu. Kenapa aku tak nampak dari dulu lagi? Ah...aku puas sekarang kerana anak aku akan kahwin dengan seorang yang sangat baik. Syukur ke hadratMu Ya Allah..

“ Yei! Yei! Baby nak kahwin esok!”

Budak tu nak kahwin dengan aku? Aku dengan susah – payah berlakon macam budak – budak semata – mata tak nak kahwin dengan Fatin. Dengan budak ni pula. Kenapa dengan budak kecik juga aku kena kahwin. Dah lama rasanya aku tak nampak dia. Doktor? Wah..pandai juga budak cengeng tu. Nampaknya aku terperangkap. Kalau budak tu boleh terima aku walaupun aku otak kureng, mesti dia boleh terima aku dalam keadaan apa pun kan? Ah payah! Layan ajelah budak tu. Susah sangat.

Nak sangat kahwin dengan aku kan? Tanggunglah aku lepas ni. Aku takkan buat apa pun. Berdosa ke aku jika buat macam tu kat dia? Dah nak jadi isteri aku pun, mesti berdosa kalau buat macam tu. Aku akan fikirkan sesuatu. Syed Putera Airiz tidak boleh tunduk pada budak kecik tu! Macam mana kalau aku jatuh cinta pada dia? Budak kecik, takkan aku nak tergoda kat dia.

Si Fatin tak guna tu dah pernah mengandungkan anak orang lain. Tak hingin aku nak ambil bekas orang lain. Qiz Zahra? Mungkinkah orangnya seindah namanya? Well, let's see tomorrow then... Siaplah kau budak kecik kalau aku tuntut hak aku.

Syed Putera Airiz tersenyum sendiri apabila memikirkan kuasa yang ada pada tangannya sebagai seorang suami. Ya....


Fuh...leganya dapat buka tudung. Hish..mamat ni, tidur aje kerjanya agaknya. Aku yang pengantin baru yang cantik lagi anggun tak mahu ditengoknya. Aku pakai ajelah baju tidur lace tu. Bukan si Airiz nak tengok pun. Tengok pun, belum tentu dia nak tergoda tengok aku.

Seriously aku cakap, handsome siot suami aku tadi dengan baju Melayu putih. Badan dia yang sasa macam Dennis Oh betul – betul buat dia nampak segak pakai baju tu, walaupun dia ni sebenarnya tak cukup seringgit. Kadang – kadang aku wonder juga kalau dia ni sebenarnya berpura – pura atau betul – betul macam budak – budak. Sebab masa lafaz nikah tadi, maco betul suara dia.

Ahh... tak usah aku serabutkan kepala otak aku dengan perkara tu. Yang penting, dia suami aku dan aku isteri dia. Mengantuknya... sudahlah esok kerja. Nasib..nasib...aku yang jadi pengantin terjun.



AKU memandang tubuh langsingku di depan cermin tandas. Cantik. Gaun tidur yang hanya separas paha ini aku beli di Sepanyol ketika aku melanjutkan pelajaran di sana. Memang lega, tak panas langsung.

Aik? Apesal mamat ni buka baju? Bukankah tadi dia pakai baju? Badan dia... ya Allah, tolonglah aku tahan nafsu aku ni. Macam tak pernah tengok dia pula. Mungkin dia pun panas kut..

Syed Putera Airiz hanya pura – pura tidur. Niatnya hanya untuk mengenakan isterinya dengan membuka bajunya. Niatnya terbantut apabila melihatkan isterinya hanya ke meja solek untuk memakai losyen di tangan dan kakinya. Syed Putera Airiz terpaku seketika melihat isterinya yang kelihatan sungguh seksi malam ini. Lelaki dan perempuan berdua dalam bilik, hubungan yang sah, halal, segala milik si perempuan milik si lelaki, apa boleh berlaku? Jeng...jeng...jeng...

Syed Putera Airiz cepat – cepat menutup matanya apabila mata isterinya terarah kepadanya. Takut juga jika minah tu perasan aku tengok dia. Masya – Allah.....cantiknya dia. Rambut dia yang panjang, harum sampai ke sini pun boleh bau wo. Belakang dia yang terdedah, putih gebu. Dadanya pula, terdedah juga. Memang menggugat naluri kelakian aku.

Perlahan – lahan aku bergerak ke arah katil. Aku mengambil tempat di sebelah Airiz. Bestnya katil dia. Lena lah aku tidur malam ni. Aku tidur menghadapkan kepalaku ke siling. Aku menutup mata. Sweet dream,here I come!
Tiba – tiba... dupp! Tangan sasa milik Syed Putera Airiz mendarat dengan agak kuat di atas dada Qiz Zahra. Tidak henti setakat itu, Qiz Zahra didakapnya dengan erat pula.

Apa ni? Tiba -tiba aje letak tangan atas aset aku ni. Susahnya aku nak bernafas. Woi..lepaslah aku. Mama.. tengok menantu mama yang gatal ni. Deruan nafasnya yang agak kasar menyapa telingaku. Gelilah..Biar ajelah, dia ni kan cayang busyuk masyam aku....


“ Happy birthday Bobo.” Syed Putera Airiz mengucapkan kepada isterinya. Isterinya sengaja dipanggilnya Bobo. Sabar pula isterinya melayan segala kerenah 'budak' itu.

“ Thank you Baby. Jom, Bobo suap kek” setiap kali makan, aku akan disuruhnya untuk menyuapkannya makanan. Tiga bulan berkahwin dengannya, aku sudah kenal akan segala kerenahnya. Aku juga banyak membuat kajian tentang perangai kebudak – budakkan. Aku juga ada menanya beberapa rakan sekerjaku tentang itu, namun aku hampa kerana semuanya tidak berhasil. Mungkin masa akan menyembuhkannya.

Aku menyuapkan secubit kek ke dalam mulutnya. Mummy dan daddy hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua. So sweet... desis mereka berdua.

“ Ouch!”

Budak ni..makin manja aje aku tengok. Tapi aku suka dia manja macam ni. Oh... dah pandai gigit tangan orang ye.

“ Bobo, Baby ada hadiah untuk Bobo. Jom buka hadiah la Bobo.” Syed Putera Airiz menarik tanganku menuju ke arah dua kotak hadiah kecil. Satu, dari mummy dan daddy. Dan satu lagi, pemberian suamiku.

“ Bobo buka dulu hadiah mummy and daddy.”

Aku membuka bungkusan hadiah pemberian mummy dan daddy. Kunci kereta. Mak! Kereta Ferrari F430 Scuderia. Mahal tu. Mummy dan daddy sayang aku sampai begitu sekali? Terharu sungguh aku terasa pada ketika ini. Bukan sebab hadiah itu mahal, tetapi kesanggupan mereka menghadiahku sesuatu.

“ Mummy, daddy, thank you so much. Qiz suka sangat. Sayang sangat. Thank you , Qiz sayang sangat – sangat mummy and daddy.” aku memeluk mummy dan daddy sekali gus. Kedua – dua insan itu seperti mama dan papaku sendiri.

“ You're welcome sweetheart” mummy berkata kepadaku. Daddy pula hanya tersenyum melihat aku dan mummy yang masih berpelukan.

“ Mummy dah la tu. Now, my turn. Bobo buka hadiah Baby pula la” Syed Putera Airiz menarik tanganku menuju ke arah hadiahnya. Kotak itu bersaiz sederhana dan tidak terlalu kecil.

Aku membukanya. Comelnya.... anak patung yang memakai skirt dan berambut panjang dan diikat. Tak nampak macam beli pun. Buat sendiri ke?!

“ Baby buat sendiri ye?”

“ Susah tau...cantik tak Bobo?”

“ Cantik sangat sayang. I love you so much sayang. Thank you.”

Aku mendakapnya erat dan memberikannya sebuah ciuman di pipi kanannya.

Syed Putera Airiz terpanar dengan tindakan spontan isterinya. Sukanya! Masa untuk ambil kesempatan...hehe..desis Syed Putera Airiz.

Syed Putera Airiz membalas pelukan isterinya lalu menciumnya tepat di bibir. Pantas sahaja dia mencium Qiz Zahra sebelum sempat dia mengelak.

Budak kecik ni dah pandai mencium ye? Hmmm....kemajuan yang bagus untuk dia sembuh. Aku perasan sekarang, sedikit demi sedikit sifat – sifat normalnya mula terserlah. Insya – Allah, dia dapat menjadi Prince Charming aku satu hari nanti!


“ Baby, demam tu okey dah ke? Macam mana Baby rasa sekarang ni?” aku meletakkan tanganku di atas dahi dan lehernya. Panas. Sejak pagi tadi demamnya tidak kebah – kebah pun. Aku ingin mengajaknya ke hospital tetapi dia pula yang enggan mengikutiku. Risau aku dibuatnya. Aku tidak pergi ke kerja hari ini. Seharian aku duduk di rumah menjaganya.

“ Baby nak tidur. Bobo jangan kacau Baby la” Syed Putera Airiz menepis tangan isterinya. Maafkan abang sayang. Tapi sekarang dah pukul 3 pagi. Sayang kena juga tidur. Janganlah risaukan abang sayang.

Syed Putera Airiz memang sudah jatuh cinta pada budak cengeng bernama Qiz Zahra ini. Budak ini bersungguh – sungguh melayan aku sebagai suami. Tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sayang sungguh Syed Putera Airiz kepada isterinya itu. Dia berjanji tidak sama sekali akan menyusahkan isterinya itu. Sudahnya isterinya pergi ke kerja kekadang sehingga lewat malam kerana kes kecemasan atau perlu menjalankan pembedahan.

Selepas ini sayang, abang janji tidak akan sama sekali biarkan sayang kerja sampai macam tu sekali. Abang akan kerja keras dan akan menyara hidup sayang. Sayang hanya perlu menjadi ratu di hati abang.

“ Abang...eh sori! Baby makan ubat ni. Nak sembuh cepat kan? Cepat makan Baby. Bobo takkan tidur selagi Baby tak makan ubat.” Tersasul panggil abang la pula!

Syed Putera Airiz mendongak dan memakan ubat yang dihulurkan oleh isterinya itu. Dia menarik tangan isterinya menyuruhnya tidur di sebelahnya. Qiz Zahra baring di sebelah suaminya itu dan meletakkan kepalanya di atas lengan sasa suaminya. Rezeki jangan ditolak....selesa wo tidur atas lengan dia!

Syed Putera Airiz pula melentokkan kepalanya di atas dada Qiz Zahra. Qiz Zahra mengusap lembut rambut suaminya. Tidurlah wahai suamiku.

Masing – masing hanyut dalam kehangatan perasaan cinta yang membara. Kini, mereka menjalani hidup mereka sebagai suami dan isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Malam itu merangkak dengan seribu satu rahsia miliknya, melakarkan sejarah buat kedua – duanya. Moga – moga bahtera kebahagiaan yang dibina akan berkekalan buat selamanya. Amin.


Lima bulan berlalu menandakan usia perkahwinanku dengan lelaki yang bernama Syed Putera Airiz. Hari ini, aku berasa tidak sedap hati. Aku tidak tahu mengapa. Sejak pagi tadi, aku asyik muntah – muntah. Mungkinkah.....

TROOT.....TROOT.... 'My Cayang Busyuk Masyam calling'

Hah?! What are you talking about Baby? Baby terjatuh? Macam mana boleh jatuh ni? Ya Allah...Darah banyak? Sayang, tunggu kejap sayang, Bobo sampai kejap lagi.. jangan nangis Baby, I'm coming.

Tanpa berlengah lagi, aku menyambar kunci kereta dan bergegas keluar hospital. Segala lampu isyarat aku langgar. Memang berguna sungguh kereta Ferrari aku ni. Laju tak terkata. Yang penting, suami aku tak boleh menderita tak kira apa pun yang jadi. Aku sayang dia, dan aku tak sanggup melihatnya dalam kesakitan.

Syed Putera Airiz sudah menyediakan surprise party buat isteri tersayangnya. Hari ini, dia akan meluahkan cintanya kepada isterinya sekali gus memberitahunya perkara yang sebenar. Sudah lima bulan dia menyimpan rahsia ini dan dia kini tidak sanggup hidup dalam kepurapuraan lagi. Dia terlalu mencintai wanita itu.

Laju sungguh kereta Ferrari yang aku pandu. Tibatiba....BAM!! segalanya menjadi gelap selepas itu.



Mataku terasa amat berat sekali. Aku membuka mataku sedikit. Hospital? Oh...tadi kan aku dah remukkan Ferrari aku? Alaa...sayangnya kereta tu. Nanti ajelah aku hantarkan pergi 'hospital' Ferrari. Alhamdulillah, kecederaanku tidaklah begitu serius. Ciri – ciri keselamatan yang ada pada keretaku itu telah sedikit sebanyak menyelamatkan nyawaku. Ya Allah, terima kasih kerana masih benarkan aku bernafas di muka bumi ini.

Dalam aku sibuk mengelamun, aku terdengar bunyi pintu wad dibuka. Cepat – cepat aku menutup mataku. Aku nak buat kerja skodeng....hehe...

“ Riz, sanggup kamu tipu mummy dan daddy. Tengok sekarang? Siapa yang jadi mangsanya?! Budak tu tak bersalah Riz. Macam – macam dia buat untuk Riz, dan ini balasan Riz? Apa mummy nak jawab pada mama Qiz, Riz?” tersedu – sedan aku dengar suara mak mertuaku di kala ini. Apa pula yang dia tipu aku sampai mummy marah sangat ni?

“ Daddy rasa memang tak ada gunanya Riz berlakon selama ini. Riz tahu tak berapa lama dia tak tidur dan bersengkang mata semata – mata nak sembuhkan Riz? Dia sayang sangat pada Riz. Kalau sekalipun Riz tak nak kahwin dengan si Fatin tu, beritahu ajelah kat daddy. Tak perlu semua ini.” daddy pula yang bersuara ketika ini. Nada suaranya agak keras.

“ Riz memang cintakan Qiz, mummy, daddy. Sayang sangat. Tapi Riz tak sangka akan berlaku semua ini.. Riz menyesal daddy.” kini aku dapat mendengar dengan jelas suara suamiku yang maco. Aik? So, memang benar tekaan aku itu? Dia memang sedang berpura – pura? Aku tahu, sehebat mana pun seorang pelakon itu, dia takkan dapat menipu seorang doktor! Lebih meyakinkan aku bahawa dia normal ialah kejadian pada malam itu. Jikalau dia tidak cukup seringgit, mustahil dia tahu segala perkara yang dia lakukan terhadapku pada malam itu. Apapun, aku tidak sedih kerana menipuku, sebaliknya aku gembira kerana suamiku normal. Aku bersyukur kerana tidak perlu lagi mendengar kata – kata cacian terhadapnya. Tiba masanya untuk aku mengenakannya kembali.

“ Tolong jangan sia – siakan hidup dia.” tegas suara mummy kedengaran seperti askar sedang memberi koman.

Bunyi pintu bilik ditutup menandakan mummy dan daddy sudahpun keluar dari bilikku. Hanya tinggal aku dan suamiku sahaja pada ketika ini. Tanganku dipegangnya erat. Aku berasa sangat selesa dengan tangannya yang hangat menyapa kulitku yang sejuk itu.

“ Sayang, abang minta maaf sebab tipu Qiz selama ini. Percayalah sayang, abang sememangnya cintakan Qiz seorang sahaja. Abang tak niat semua ini berlaku pada Qiz. Kalaulah abang boleh putarkan masa, abang mohon sangat abang berada di tempat sayang... abang tak sanggup kehilangan Qiz.” Syed Putera Airiz mencium tangan isterinya.

“ Qiz? Boleh Qiz dengar suara abang tak? Bangunlah Qiz, abang rindu sangat nak dengar suara Qiz.”

Terharu aku mendengar pengakuannya. Aku menahan air mataku daripada gugur. Setiap perkataan yang diucapkannya bagaikan air dingin yang menyimbah ke atas kepalaku. Segala kesakitan akibat kesan lebam tidak terasa lagi. Kini, aku hanya merasa nikmat cinta suamiku.

“ Baby, boleh baby dengar suara papa tak? Baby jaga mama elok – elok tau. Jangan susahkan mama.” aku mengandung? Alhamdulillah.... Segala perasaan bahagia bercampur dalam diriku ketika ini. Aku terasa perutku dicium lembut. Selepas itu, diusap pula. Sudah! Aku dah tak tahan lagi...

“ Baby? Baby buat apa kat sini? Kenapa pegang perut Bobo? Kaki Baby okey dah ke? Darah banyak keluar ye? Mari sini, Bobo nak tengok.” aku berpura – pura dia masih budak tak cukup seringgit itu. Nasib baik aku dapat menahan tawaku kerana muka bingungnya sungguh melucukanku.

“ Sayang, ini Syed Putera Airiz la. Suami sayang. Bukan Baby. Sayang abang minta maaf...”

“ Baby mamai ke? Sihat ke tak ni? Apa panggil sayang-abang? Eeii...Baby tak geli ke?” aku meletakkan tanganku di atas dahinya untuk menjayakan lagi lakonanku.

“ Sayang, kenapa sayang cakap macam tu? Abang minta maaf sayang sebab menyusahkan sayang selama ini. Sebab berpura – pura dengan sayang. Sayang, ini anak kita tau yang ada dalam perut sayang ni. Qiz tak sayang kat dia ke?” matanya sudah bergenang air mata. Sungguh, aku tidak mahu melihat air mata lelaki milik suamiku gugur. Tidak sama sekali.

Aku terus menariknya ke dalam pelukanku. Aku membasahi bajunya dengan air mataku. Aku tidak kisah dengan lebam – lebam yang terasa sungguh sakit di badanku. Aku merungkaikan pelukanku. Aku merenung dalam ke dalam anak matanya yang berwarna sedikit perang. Handsomenya....

“ I love you sayang....abang minta maaf tau. Sayang marah tak dengan abang?”

“ Shhh...Qiz tak pernah marah dengan abang. Abang ingat Qiz tak tahu ye abang tu sebenarnya berlakon? Qiz ni doktor la abang...Qiz tahu yang mana satu asli dan tiruan. Ini doktor terbaek di dunia tau!” aku meletakkan jari telunjukku di atas bibirnya.

“ Nakalnya isteri abang! Abang rasa malu sangat berlakon depan director besar macam sayang...hish, tak sangka betul. Punya syok abang berlakon tau...” Syed Putera Airiz membuat muka puppy facenya sambil meletakkan dagunya dia atas birai katil.

“ Ha..ha...ha...padan muka. Lebih – lebih lagi masa malam tu...lakonan abang memang tak menjadi langsung!” aku tersenyum teringatkan kejadian pada hari itu. Dia juga begitu.

“ Hmm....kita tunggu sama – sama ye detik baby kita tengok dunia ni?”

“ Okey sayang...anything for you.” dengan romantis aku membisikkan kepadanya.


Aku sedang menidurkan anakku di atas katil. Suamiku kulihat sedang menunaikan solat isyak. Hari ini, kami berdua pulang agak lewat kerana menziarahi rumah mama dan papa. Mama tidak dapat berpisah dengan cucu sulungnya, Syed Putera Aizril. Comel + handsome = hot sungguh anakku. Memang iras sungguh dengan papanya, raja hatiku.

“ Qiz tak solat ke sayang?”

“ Qiz tak boleh la abang...” dengan perasaan malu aku menjawab. Kenapa perlu ada rasa malu? Diakan suami aku? Loq – laq la aku ni...

“ Why sayang? Sayang tahu kan dosa besar kalau tak sembahyang? Go, pergi sembahyang sekarang. Abang sebagai suami kena tegur isteri abang tau, sebab yang nak kena tanggung tu abang jugak.” dengan penuh semangat dia berhujah kepadaku. Aku tahulah mangkuk! Aku memang tak boleh sembahyang, nak aku buat exam tunjuk kat dia ke?! Faham – faham la abang oii....

“ Qiz uzur abang...”

“ Hah?!” dia ni sengaja buat – buat tak tahu atau memang tak tahu? Dah anak seorang pun tak tahu? Memang nak kena dengan aku!

Aku turun dari katil dan menuju ke arahnya dan mencekiknya. Dia terjatuh dan aku berada di atasnya. Aku menekup mulutnya kerana tidak mahu Syed Putera Aizril yang teramat handsome terjaga.

“ Abang ni memang sengaja kan? Dah ada anak sorang pun tak tahu? Nampaknya Qiz kena bawa abang masuk tingkatan tiga baliklah, belajar sains bab 4.”

Dalam sekelip mata, aku berada di bawahnya. Nafasnya turun naik menahan gelodak perasaannya sendiri. Rentak jantungku sudah tidak sekata.

“ Lama lagi ke yang? Abang mana boleh tahan lama – lama...”

“ Gatal! Lagi empat hari kut...”

Sekali lagi kami bertukar posisi. Aku kini sedang berbaring di atasnya. Aku melentokkan kepalaku dia atas dadanya.

“ Lamanya...sayang, hari ni kita tidur macam ni aje okey? Abang tak larat nak bangun la. Biarlah Aizril tidur sorang – sorang pulak. Bagi dia ruang, okey?” dia mengusap rambutku.

“ Abang ni memang suka ambil kesempatan betul. Nanti kalau Aizril minta susu macam mana? Qiz jugak nak kena bangun. Lagi satu, tak berat ke Qiz ni sedap aje baring atas abang?”

“ Tak pun...tengoklah tangan abang yang sasa ni!” Syed Putera Airiz menunjukkan lengan sasanya kepada isterinya. Lalu, dia mencium ubun – ubun isterinya itu. Kasihnya hanya tertumpah buat wanita yang bernama Qiz Zahra ini.

Masing – masing terlena dalam dakapan sesama sendiri. Si anak, tidur atas katil. Si mama dan papa, tidur di lantai. Nyaman sungguh malam itu.


“ Uwaa! Uwaa! Uwaa!” suara Syed Putera Aizril kedengaran nyaring di corong telingaku. Aku segera bangun dan membetulkan rambutku yang sehabis serabai. Syed Putera Airiz bangun tidur dengan mata yang masih terkebil – kebil.

Aku menyelak baju tidurku lalu menyusukannya. Pukul 2 pagi inilah waktu putera kesayanganku akan bangun tidur. Aku sudah biasa dengan itu. Aku sanggup berbuat apa sahaja buat anakku sayang.

Kepalaku tersengguk – sengguk menahan mengantuk. Aku terasa ada tangan yang menahan kepalaku dari belakang. Mesti kesayangan aku yang lagi satu. Aku menyandarkan kepalaku di atas tangannya. Syed Putera Aizril masih menyusu. Aku hanya membiarkannya. Anakku ini memang kuat minum susu. Memang kena sungguh dengan pipinya yang tembam dan gebu itu.

“ Tak nak tidur ke yang?” soal Syed Putera Airiz prihatin kepada isterinya. Kasihan sungguh dia melihat isterinya yang terpaksa bangun setiap pagi semata – mata untuk menyusukan anaknya itu. Ada juga dia mencadangkan kepada Qiz Zahra untuk membelikan anaknya susu tepung, namun Qiz Zahra menolak. Katanya dalam usia Syed Putera Aizril yang masih mentah lagi ini, dia amat perlukan susu ibu. Setiap kali jawapan sama akan diberikan, ' doktor hebat tahu what's best for her hero!'.

Aku hanya menggeleng.

Syed Putera Airiz mencium Syed Putera Aizril lama. Qiz Zahra terasa hujung rambut suaminya terkena dadanya. Geli rasanya.

Nak aku cukur ke rambut dia? Nanti ajelah cium anak tu. Takkan lari ke mana aku nak bawa dia. Hisy...meremang bulu roma aku! Buat aku lagi malu dengan dia adalah!

Syed Putera Airiz perasan akan muka Qiz Zahra yang sudah berubah merah itu. Dah kahwin pun nak malu dengan aku. Ayoyo kadawale...apa mau jadi sama bini wa???

Selesai menyusukan puteraku, aku membaringkannya di dalam baby cot sambil menepuk lembut bahagian perutnya. Sayangku comel, tidurlah. Mama akan sentiasa ada di sisimu sayang. Selesai, aku beredar ke katil.

“ Papanya tak mahu dodoikan ke?”

“ No, limited hanya untuk Prince Caspian sahaja.” sengaja aku mengusiknya.

“ Why Prince Caspian?” Syed Putera Airiz sudah tidak senang duduk. Bimbang jika isterinya ada hati terhadap lelaki lain pula. Tak mahu aku! Susah payah aku cari bini baik, tengok – tengok orang lain yang rembat!

“ Sebab, Prince Caspian tu handsome...”

“ Oh...fine. Abang nak tidur dululah. Mengantuk.”

Merajuk ek? Cemburu juga laki aku ni. Ni yang buat aku nak sayang dia lebih ni!

“ Tapikan bang, abang tahu tak ada seseorang yang lebih handsome daripada Prince Caspian tu. Nak tahu tak sapa?”

“ I want to sleep...”

Hisy...merajuk betul ni. Tak padan dah jadi bapa anak orang masih kuat merajuk. Kalah perempuan wo!

“ Orang tu ialah..... Syed Putera Airiz. Hanya dia yang menjadi penakluk hati Qiz. Sejak dulu lagi. Sejak kali pertama Qiz jumpa dia dulu. Airiz yang dulu masih sama dengan yang sekarang. Cinta Qiz padanya tak pernah ubah walau sesaat pun. Itulah cinta Qiz yang pertama dan akan menjadi yang terakhir.” selamba aku mengucapkannya. Aku merasakan bahawa sudah tiba masanya dia mengetahui perasaanku terhadapnya dari dulu lagi. Ingin dia tahu betapa aku sayangkan dia.

Tiba – tiba dia bangun dari tidurnya dan mendakapku erat. Dia mendakapku seperti tidak mahu melepaskanku sahaja. Aku membalas pelukannya lalu menepuk lembut bahagian belakangnya yang terdedah. Macam budak – budak aku kena pujuk dia. Alololo...sayangku Airiz.

“ I love you Qiz. Abang pun sayang Qiz dari dulu lagi tapi abang tengok Qiz masa tu budak kecik la. Sebab tu abang tak berani nak dekati Qiz. Takut Qiz report kat mama and papa.” manja suaranya bertutur kepadaku.

“ Qiz bukan budak kecik la bang. Tengok, sekarang Qiz dah jadi mama anak abang. Hebat tak Qiz?”

“ Qiz memang hebat dan akan sentiasa menjadi permata di hati abang. Dalam diri abang ada ramai orang, seperti mama, papa, mummy, daddy. Tapi dalam hati abang hanya ada Qiz Zahra dan Syed Putera Aizril.”romantis sungguh suaranya. Kalaulah imanku tak berapa kuat, aku pasti sudah hanyut dalam bicaranya yang sentiasa menambat hatiku.

“ Qiz sayang abang sangat – sangat. Abang janji takkan sama sekali tinggalkan Qiz okey?”

“ I won't. Abang sentiasa akan berada di sisi Qiz dan hanya akan berpisah dengan Qiz jika Allah tarik nyawa abang. Cinta Qiz dan kasih sayang anak kita akan abang bawa hingga ke liang lahad. Izinkan abang untuk buat ini pada Qiz. Sejak kita kahwin lagi, abang langsung tak berpeluang. Izinkan abang ye?”

Aku mengangguk dan baring. Syed Putera Airiz mengisyaratku agar menutup mataku. Aku pun berbuat demikian.

Mula – mula, dia mencium ubun – ubunku. Kemudian, dahiku. Dan selepas itu, mencium kedua – dua mataku, hidungku, pipiku dan akhir sekali bibirku, lama.

“ My love for Qiz Zahra will last for a lifetime. I have spent every breath loving you, every year, every month, every week, every day, every hour, every minute and every second. Thank you for your love my dear.”

Ya Allah, aku bersyukur kerana telah berikanku seorang yang cukup baik untuk menjagaku sepanjang hayatku. Cintaku terhadap lelaki ini tidak sama sekali akan pudar walaupun badai ribut yang melanda. Akan aku pertahankan cinta dan kasih sayangku terhadap suamiku dan anakku sehingga akhir nafasku. Aku rela berpisah dengan kedua – dua insan itu hanya jika Engkau menarik roh daripada jasadku ya Allah.

Moga – moga kisah cinta antara Qiz Zahra dan Syed Putera Airiz akan berkekalan. Amin.