My Cute Buddies!

Thursday 30 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 4


BAB 4

“ Maya! Auntie nak mintak tolong sikit boleh eh?” panggil Datin Suraya dari jauh.

“ Auuchhh... Ameer... turun kejap boleh? Kakak sakit belakang la...” Maya Ellisa menahan rasa sakit di belakangnya akibat mengendong Megat Ameer.

Megat Ameer menggeleng lalu semakin kuat dia mencengkam leher Maya Ellisa. Dagunya diletakkan di atas bahu Maya Ellisa.

“ Ameer... kesian kakak sakit. Ameer tak nak kakak balik kan? Kalau Ameer bagi kakak sakit, nanti Nanna suruh kakak balik rumah.” ugut Datin Suraya.

“ No! I want kakak! Nanna jangan suruh kakak balik... Ameer janji tak bagi kakak sakit dah!” serta – merta Megat Ameer turun dari belakang Maya Ellisa lalu mengangkat tangan kanannya bagaikan sedang berikrar.

“ Haa... itulah cucu Nanna! Ameer nak ikut kakak pergi jalan – jalan tak?” Datin Suraya menggomol tubuh cucunya sehingga dia mengekek – ngekek ketawa.

“ Nak!” dengan penuh semangat Megat Ameer melaung.

Jika hendak diharapkan anak bongsu Datin Suraya itu, memang sampai bila pun satu kerja tidak akan diselesaikannya. Itulah kerja Puteri Intan Hawani di hujung minggu jika tidak mempunyai sekolah. Tidur aje kerjanya. Walaupun sudah berumur enam belas, sikap malasnya itu tidak pernah setia meninggalkannya.

“ Maya, auntie nak mintak tolong sikit boleh?” tanya Datin Suraya sambil mengambil tempat di sebelah Maya Ellisa. Anak mata gadis itu direnung dalam. Cantik!

“ Boleh. Nak mintak tolong apa auntie?”

“ Tuu... jiran sebelah rumah tu nak buat majlis cukur jambul anak dia yang baru lahir tu. Auntie nak mintak tolong Maya pergi beli hadiah untuk baby tu boleh?”

“ Boleh... anak dia lelaki ke perempuan?” tanya Maya Ellisa. Memang membeli – belah adalah hobinya sejak dahulu lagi. Sesiapa sahaja yang mengikutnya untuk pergi membeli – belah, pasti akan merana.

“ Lelaki. Thank you so much Maya. Auntie dah menyusahkan Maya la pulak. Nak harapkan sekor lagi, tu, tengah sedap buat tahi mata kat bilik dia. Maya ajaklah Rian pergi sekali ke? Tak adalah Maya duduk sorang – sorang.” Megat Ameer bermain – main dengan gelang tangan berlian yang tersarung kemas di pergelangan tangan Datin Suraya.

“ No hal lah auntie. Lagipun Maya memang suka bab – bab shopping ni. Maya tak duduk sorang la, Ameer kan ada?” Maya Ellisa tersenyum manis. Pasti akan seronok misi membeli – belahnya pada kali ini dengan kehadiran Megat Ameer yang handsome!

“ And, Maya boleh ke jaga budak ganas macam Ameer ni? Karang dia naik atas Maya sekali lagi macam mana?” Datin Suraya menyuarakan kebimbangannya. Memang budak itu tidak boleh dipercayai tindak – tanduknya itu.

“ Nanna! People call me gentleman, not ganas! Ameer promise akan jaga kakak nanti, please Nanna... I wanna go with kakak. You can ask daddy and uncle Rian to come if you still don't trust me..” rayu Megat Ameer.

“ Ye la.. ye la...” akhirnya Datin Suraya terpaksa mengalah dengan Megat Ameer. Walaupun hanya kanak – kanak, Megat Ameer boleh tahan juga keras kepalanya.

“ Yes! I love you Nanna! Let's go now kakak! Can we watch a movie? Please... please... I wanna watch Wonderpets the movie. Baru release dekat cinema. Come on kakak?” rayu Megat Ameer sekali lagi.

“ Okey...” Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Wonderpets the movie? Baru sahaja release hari ni dan dia sudah tahu mengenainya? Hebat betul budak ni...

“ Let's go! Let's go! Jom panggil daddy dengan uncle Rian cepat!” Megat Ameer menarik tangan Maya Ellisa ke arah tangga. Datin Suraya membulatkan matanya melihat kelakuan terlebih teruja cucunya yang satu itu.

Tercungap – cungap nafas Maya Ellisa apabila dia sudah sampai di tingkat tiga banglo itu. Megat Ameer kelihatan masih aktif lagi.

“ Kakak, you go call daddy and uncle Rian. Ameer nak pergi wee – wee.” kata Megat Ameer sambil mengepitkan kedua – dua kakinya. Sudah tak tahan sangat la tu...

“ Wee – wee tu apa?” tanya Maya Ellisa lurus.

Megat Ameer tidak berkata apa – apa tetapi hanya mengangkat jari kelingkingnya. Terus dia berlari menuju ke tandas. Maya Ellisa menahan tawanya. Apa la, wee – wee pun tak tahu...

Maya Ellisa mendekatkan dirinya pada pintu bilik Megat Andrian. Kedengaran dua suara lelaki sedang berbicara.

“ Kau kena cepat la Rian. Kalau kau lambat, habis dia kena baham dengan laki lain.” kedengaran suara Megat Adam berkumandang.

Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Mereka sedang bercakap tentang diakah?

“ Aku tengah tunggu masa yang sesuai la abang Adam. Kau bukannya tak tahu yang dia tu sibuk aje memanjang, Rian pun susah nak jumpa dia.” kini kedengaran suara Megat Andrian pula yang menjawab.
“ Aku dah buat silap bila aku kahwin dengan Darina dulu. Aku terburu – buru sangat. Aku tak tahu pun yang dia tu hanya nak pergunakan aku. Tapi kau, aku rasa kau pun tahu kan, Maya tu jenis perempuan yang macam mana? Silap besarlah kalau kau lepaskan dia. Gila punya laki la kau ni Rian, ikatlah dia terus, tunggu apa lagi?” Megat Adam meninggikan suaranya.

Sah! Mereka memang sedang bercakap tentangnya. Roger, skodeng lagi...

“ Tak sabar betullah abang Adam! Ke abang yang suka sangat nak tengok kakak Maya tu? Aku tahulah abang... the way you smiled at her yesterday, it shows...”

“ Diamlah kau! Meh sini, aku nak tengok jap.” arah Megat Adam.

Maya Ellisa terpinga – pinga. Tengok apa? Hisy... mensaspenkan betullah dua beradik ni

“ Wah... cantiknya! Aku tak tahu pun kau punya citarasa jenis high class macam ni? Mesti mahal kan? Bagi kat aku pun lagi berbaloi, bolehlah aku dapat balik berjuta – juta ringgit kalau jual...” gumam Megat Adam.

Tiba – tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kedengaran bunyi bercakaran pun ada. Bunyi segala makhluk alam yang keluar daripada bilik Megat Andrian membuatkan Maya Ellisa menjauhkan dirinya sedikit daripada pintu itu.

Megat Ameer yang muncul entah dari mana terus membuka pintu itu. Tergamam seketika Maya Ellisa melihat posisi mereka berdua yang sangat mencurigakan.

Megat Andrian sedang berada di atas Megat Adam yang tidak berbaju itu sambil merebut – rebutkan sesuatu yang dia tidak dapat lihat.

“ Bagi baliklah kotak tu abang!” Megat Andrian masih bercakaran dengan abangnya tanpa menyedari kelibat Maya Ellisa dan Megat Ameer di muka pintu yang terbuka luas itu.

“ Daddy... we... we...” nampaknya Megat Ameer turut sama tergamam melihat keadaan mereka berdua itu.

“ Ameer? Maya? Bila ada dekat sini?” dengan segera Megat Adam dan Megat Andrian berdiri. Muka Maya Ellisa sudah merah kerana melihat Megat Adam yang tidak berbaju itu. Badan memang sasa beb!

“ Umm... baru aje. Err... Maya dengan Ameer nak ajak abang Adam dengan Haikal pergi shopping, nak beli hadiah untuk baby rumah sebelah. Nak ikut?” tanya Maya Ellisa dengan mukanya yang masih dipalingkan.

“ And watch Wonderpets...” mulut Megat Ameer masih ternganga.

“ Okey. Maya tunggu kejap, Kal nak bersiap dulu. Abang, are you coming with us?” tanya Megat Andrian kepada Megat Adam.

“ Of course...”

“ Kalau macam tu, Maya dengan Ameer tunggu dekat bawa dululah.” ujar Maya Ellisa lalu terus beredar. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan situasi yang sangat memalukan itu.

“ Kakak... daddy tak malulah, eeii...” kata Megat Ameer selamba dan dapat didengari oleh semua yang berada di situ termasuklah Megat Adam. Maya Ellisa cepat – cepat menutup mulut Megat Ameer lalu terus menariknya keluar.

Megat Adam masih terpinga – pinga, masih tidak dapat menangkap maksud sebenar Megat Ameer sebentar tadi.

“ Tak malu? Apa maksud Ameer?”

“ Abang... macam manalah abang boleh tak sedar yang abang tak pakai baju? Memang pun abang tak tahu malu...” kata Megat Andrian sambil menunjuk pada tubuh tidak berbaju Megat Adam.

“ Oh... patutlah Maya kalih tadi. Hehe...” Megat Adam tersengih – sengih sebelum keluar dari bilik adiknya untuk bersiap untuk membeli – belah dengan anaknya nanti.

<<<<<>>>>>

“ RIA nak ikut!” jerit Ria sambil menghentak – hentak kakinya.

“ Tak boleh!” balas Megat Ameer.

“ Auntie... Ria nak ikut. Mama, cakaplah dekat auntie Su yang Ria nak ikut. Adam, Rian, Ria nak ikut... please?” rayu Ria lagi sambil memegang tangan mamanya, Datin Ainnur. Datin Ainnur hanya tersenyum kerana dia kenal benar dengan perangai degil anaknya yang satu itu.

“ Su, boleh tak kalau Ria nak ikut mereka nak pergi shopping?” tanya Datin Ainnur lembut.

“ Nak ikut tu boleh aje Ain, tapi si Ameer ni yang tak nak Ria ikut, nak buat macam mana? Nanti kalau Ria ikut jugak, takut Ameer buat apa – apa pada dia pulak. Itu aje yang auntie risau Ria.” kata Datin Suraya.

“ Tak apa auntie. Ria boleh jaga diri sendiri, auntie tak payah risau. Ria nak beli barang sikit, sebab tu Ria nak ikut, bukannya nak buat benda tak elok. Lagipun, tak elok kan kalau Maya aje sorang perempuan ikut lelaki bukan muhrim?” kata Ria, penuh dengan lagak gediknya.

Ria ni, kalau bukan hendak mengurat salah seorang daripada adik – beradik Megat tu, tak luaklah dia hendak ikut sekali pergi membeli – belah. Cemburu juga dia itu, kerana hanya Maya Ellisa yang dijemput, sebaliknya dia? Ditolak bulat – bulat awal – awal lagi. Padan muka.

“ Hmm... betul jugak auntie. Maya rasa kak Ria patut ikut.” sokong Maya Ellisa.

Ria mencemikkan mukanya tanda meluat. ' Nak tunjuk baguslah tu! Muka sikit punya cun dia boleh panggil kakak? Helo, aku awet muda tau!' puji Ria pada dirinya sendiri.

“ Okeylah... Maya, tolong jaga Ameer sikit eh? Takut tak terkawal pulak dia. Kalau abang sendiri yang nak jaga dia, hmm... alamatnya merajuklah Ameer tu..” kata Megat Adam dengan nada kecewanya. Dia juga sebenarnya tidak begitu selesa dengan perlakuan Ria yang suka – suki menyentuhnya walaupun tahu bahawa dia itu bukan muhrimnya.

Ria melompat kegirangan. Sempat lagi dia menjelirkan lidah pada Megat Ameer. Seronok kerana dia yang menang pada kali ini. Bukan mudah jika bertentangan dengan Megat Ameer.

Megat Ameer hanya menunjukkan muka masam, geram dengan tindakan Ria sebentar tadi. Terus dia memeluk Maya Ellisa bagi menenteramkan hatinya yang panas. Inilah yang dia tidak suka, setiap perkara yang diinginkannya, pasti akan ditentang oleh perempuan itu. Selalunya dia akan menang, tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya.

“ Kakak... I don't like that ghost. Stay with me, don't leave me with her, kakak.” pesan Megat Ameer rapat di telinga Maya Ellisa.

Maya Ellisa hanya tersenyum lucu mendengarkan panggilan Megat Ameer terhadap Ria.

“ Then, let's go now...” kata Megat Andrian sambil tersenyum ke arah Maya Ellisa.

“ Are you driving bro?” tanya Megat Adam sebaik sahaja sampai di muka pintu.

“ Abang... Ria duduk depan dengan abang eh?” Ria melingkarkan tangannya di sekitar lengan sasa Megat Adam. Megat Adam yang jelas kelihatan terkejut hanya kaku, bimbang sekiranya Ria melaporkan perkara tersebut pada Datuk Megat Azhar.

“ Err... kalau tak keberatan Ria, boleh tak Ria aje yang drive? Abang rasa lenguh semacam la tangan abang ni. Boleh eh?” mukanya sengaja dikerutkan.

“ Alaa... abang Haikal? Tak nak drive ke?” kini si adik pula menjadi mangsanya.

Abang Haikal? Erk! Umur pun lebih tua daripada si Andrian masih nak berabang – abang lagi? Padahal si Ria tu pun bukannya muda mana, dah memang dua tahun lebih tua daripada Megat Andrian.

“ Ria... berapa kali Rian nak cakap, jangan panggil Rian dengan nama Haikal?” tanya Megat Andrian dengan riak wajah yang serius. Maya Ellisa hanya kaku di sana dengan sebelah tangannya memegang tangan Megat Ameer.

“ Sorry...”

“ Rian tak nak drive. You je la yang drive.”

“ Dia boleh pulak panggil Andrian dengan nama Haikal, menyampah betul aku!” gerutu Ria pada diri sendiri lalu terus masuk ke tempat duduk pemandu.

Megat Adam mengenyitkan matanya pada Megat Andrian. Fahamlah dia bahawa itu ialah isyarat untuk memulakan misi mengenakan perempuan tidak sedar diri itu. Megat Andrian tersenyum nakal.

“ Maya, let me handle this ghost. Ameer? Are you ready?” tanya Megat Andrian dengan suaranya yang diperlahankan, dia tidak mahu rancangan jahatnya itu didengari oleh Ria yang berada di dalam kereta itu.

“ Yeah man...” jawab Megat Ameer dengan penuh gaya.

“ Abang! Cepatlah! Dah lambat tau tak?” jerit Ria dari dalam kereta.

“ Go now.” arah Megat Adam kepada Megat Ameer.

Megat Ameer berjalan terkedek – kedek lalu memasuki tempat duduk di sebelah pemandu. Ria langsung tidak menyedari kelibat Megat Ameer di sebelahnya. Megat Adam mengambil tempat di hujung, Megat Andrian pula di tengah tempat duduk penumpang, iaitu di sebelah Maya Ellisa.

“ Don't worry Maya. Takkan kena kaki Kal pada kaki Maya.” Megat Andrian menenangkan Maya Ellisa yang kelihatan sedikit kalut.

“ Kalau kena, nanti abang belasah dia cukup – cukup.” Megat Adam pula berkata – kata. Maya Ellisa tersenyum lega.

“ Abang...” baru sahaja dia hendak meletakkan tangannya di atas paha lelaki yang disangkanya Megat Adam, terus dia terperanjat apabila melihat Megat Ameer sedang tersenyum penuh muslihat ke arahnya.

“ Abang! Kenapa dia duduk depan?! Ria tak sukalah...” Ria mula merengek.

“ If you don't like then....” sengaja ayat Megat Ameer dibiarkan tergantung supaya dapat disambung oleh Megat Andrian dan Megat Adam.

“ Get lost!” kata kedua – dua beradik itu serentak.

Ria merengus geram lalu terus memecut kereta itu. Hatinya menjadi semakin panas apabila melihatkan Megat Andrian sedang duduk dengan selesa di sebelah Maya Ellisa.

<<<<<>>>>>

SETELAH selesai membeli hadiah buat jiran rumah sebelah itu, Megat Adam pula hendak membelanjakan mereka semua aiskrim. Semua maksudnya termasuklah Ria, walaupun mahu sahaja ditinggalkannya tadi kerana asyik merungut hendak menonton wayang. Megat Adam masih boleh mengingati kata – kata adik kesayangannya sebentar tadi.

“ Nak sangat tengok wayang kan, nanti kita pergi ye...” kata Megat Andrian sambil mengenyitkan matanya pada Megat Adam dan Megat Ameer.

“ Hmm... kalau macam tu, Ria nak tengok movie yang romantik la, macam Twilight saga ke? Bridesmaids ke? Anything like that, would definitely light up my boring day!” Ria memandang tajam ke arah Maya Ellisa yang sibuk memilih hadiah dengan Megat Ameer.

“ Okey! Nanti abang beli tiket, ye Ria? Ria sabar sikit eh?” kini Megat Adam menggunakan nada manjanya. Hampir terhambur tawa Megat Andrian namun ditahan sahaja.

“ Untuk abang, berapa lama pun Ria sanggup tunggu...” Ria sudah berada di awang – awangan. Disangkanya rancangannya untuk memikat salah seorang daripada adik – beradik Megat ini akan berjaya.

Kau tunggu ajelah Ria... memang rancangan 'baik' punya adik – beradik Megat ini dah sediakan untuk kau.

Sesampainya mereka di kedai Haagen Dazs, Megat Ameer merupakan orang pertama membuat pesanan aiskrim. Maya Ellisa pula sedang memandang menu – menu aiskrim yang kelihatan sungguh berselera.

“ I nak fresh orange sherbet, please..” pesan Ria.

“ You... ambillah banyak sikit, banyak tu mana cukup? Tak padan langsung dengan duit yang I bayar kat you tau! Jangan sampai I panggil manager you!” banyak pula kerenah Ria pada kali ini.

Semua pelanggan sudah memandang pelik ke arahnya. Namun itu langsung tidak menghiraukannya. Pekerja itu kelihatan takut – takut, mungkin bimbang sekiranya betul – betul laporan akan dibuat pada bosnya. Permintaan Ria itu hanya diturutkan sahaja.

“ Minah ni... tak padan dengan badan kecik, makan macam badak! Nasib akulah nak kena layan dia setiap kali ada trip..” bisik Megat Andrian rapat di telinga Megat Adam.

“ Tu lah! Siapa suruh kau jadi pilot?” bisik Megat Adam kepada Megat Andrian pula. Belum sempat Megat Andrian menjawab, Megat Ameer terlebih dahulu mencelah.

“ Daddy... when can we go watch the movie? It feels like years now...”

“ Ameer sayang... kejap lagilah. Ameer yang mintak aiskrim dulu kan? Kita tunggu kak Ria habis buat pesanan dulu, okey? Ameer gentleboy kan?” soal Maya Ellisa lembut kepada Megat Ameer sambil mengusap rambut lebatnya.

“ Gentleman...” tangkas Megat Ameer. Megat Adam hanya tersenyum melihat anaknya. Inilah satu – satunya permata yang membuatkan dia masih mempunyai semangat untuk hidup selepas bekas isterinya meninggalkannya.

“ Maya pandai layan budak. Bertuahnya kau. Pandai kau pilih.” Megat Adam berbisik kepada Megat Andrian.

“ Tengok kaki la abang...” kata Megat Andrian dengan bangganya.

“ Eh? Mana kaki? Oooo.... berbulunya kaki kau! Macam kaki orang utan!” gurau Megat Adam.

Ria yang sedari tadi memandang ke arah mereka semakin panas dengan adegan mesra antara mereka berempat. Jika adanya dia, tidak pula mereka pernah begini.

' Semua ini disebabkan oleh kau, Maya! Kau rosakkan segalanya!' Ria berkata – kata dalam hatinya.

Dengan hati yang panas, Ria sengaja memaniskan mukanya lalu berjalan gaya 'dragonwalk' ke arah mereka. Lalu aiskrim yang dipegangnya sengaja ditumpahkan ke atas baju Maya Ellisa. Basah lencun bajunya dek aiskrim oren itu.

“ Waaa.... basahlah baju Maya! Apa Maya nak buat ni?” Maya Ellisa cuba menyabarkan dirinya kerana dia tahu Ria sengaja menumpahkan aiskrim itu ke bajunya. Malah, Megat Andrian juga perasankan hal itu.

“ Ops... tak sengaja!” kata Ria sambil menekup mulutnya. Megat Andrian yang melihatnya sudah penuh dengan perasaan meluat terhadap wanita gedik itu.

“ Apa masalah kau ni sebenarnya Ria?! Kau jangan ingat aku tak nampak apa yang kau buat kat Maya tadi. Hei! Jangan kau buat muka seposen la, meluat tau tak aku tengok?!” Megat Andrian melepaskan kemarahannya terhadap Ria kerana perlakukan wanita kesayangannya begitu.

Ria ternyata begitu terkejut dengan perubahan drastik perwatakan Megat Andrian demi wanita yang amat dibencinya.

“ Apa abang ni? Ria tak sengaja la. Abang Adam... tengoklah abang Rian...” rengek Ria kepada Megat Adam namun tidak menampakkan apa – apa kesan pun terhadap lelaki itu. Lelaki itu hanya mempamerkan riak wajah bingung. Megat Ameer masih lagi sibuk menghabiskan aiskrimnya.

“ Jangan kau panggil aku abang! Sedar diri sikit tu, kakak!” hambur Megat Andrian sambil menekankan perkataan 'kakak' lalu terus menarik lengan Maya Ellisa untuk beredar dari situ. Megat Adam mendukung Megat Ameer lalu mengekori mereka dari belakang. Dia tahu, kemarahan adiknya itu susah hendak surut.

<<<<<>>>>>

MASUK sahaja ke dalam panggung wayang itu, Maya Ellisa masih lagi membelek blaus yang dibeli oleh Megat Andrian kepadanya sebentar tadi. Blaus berbunga kecil dan beropol itu kelihatan begitu comel sekali di tubuhnya yang langsing.

“ Maya... Maya... kalau ya pun sayang sangat dekat baju yang Rian beli ni, takkan nak belek macam tak pernah tengok baju? Hmm? Dah angau nampaknya...” tegur Megat Adam yang duduk selang satu kerusi iaitu di sebelah Megat Andrian. Kata – katanya membuatkan Megat Andrian tersengih.

Marah dia dah surut la tu... mesti buah hati pengarang jiwa dia dah bagi warning!

“ Mestilah dia sayang... sama macam dia sayang dekat orangnya kan?” Megat Andrian menaikkan sebelah keningnya.

Muka Maya Ellisa sudah merah bak udang dipanggang. Malu pastinya. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah Megat Ameer di sebelah kirinya untuk menyuapkan popcorn ke dalam mulut budak itu.

“ Aaaa....” Megat Ameer membuka mulutnya. Gulp! Selamat sebiji popcorn masuk ke dalam mulutnya.

“ Good boy! Kak Ria tak nak makan popcorn?” soal Maya Ellisa walaupun dia tahu pastinya Ria marah terhadapnya kerana dimarah sebegitu tadi oleh Megat Andrian.

“ Tak nak!” terus wajahnya dipalingkan.

' Dahla aku kena duduk sebelah budak tak semenggah ni, kena menghadap pulak muka betina tu! Budak ni pun satu, kaki tak boleh nak duduk diam. Asyik – asyik tendang kaki aku. Apa? Dia ingat aku tak tau yang ini sebahagian daripada rancangan bebudak dia? Tunggulah kau Ameer... ini Ria, kau tak kenal aku la budak kecik!' marah Ria dalam hati.

“ Tak nak sudah...” hilang terus adab sopannya terhadap wanita itu. Geram, marah, semuanya bercampur dalam Maya Ellisa. Inilah dinamakan air susu dibalas dengan air tuba.

Betul ke peribahasa tu? Suka hati kau la Maya...

Tiba – tiba lampu digelapkan. Siaran mula ditayangkan. Masa untuk kejutan.

“ Wonderpets... Wonderpets...”

“ Maya! Kenapa kita tengok movie ni? Aku ingat tadi abang Adam dah amik tiket movie romantik? Hisy! Kau ni pekak ke hape?!” Ria mencuit paha Maya Ellisa. Maya Ellisa sengaja pura – pura tidak mendengarnya. Dia terlompat sedikit apabila dicuit sebegitu oleh Ria.

“ Maya tak pekak! Ameer yang nak tengok Wonderpets. Mana boleh ajak dia tengok sekali movie yang tak senonoh? Jangan kacau Maya boleh tak? Kak Ria tengok ajelah, tu...” Maya Ellisa menuding ke arah skrin besar itu.

“ Yeah! Go Ming Ming!” Megat Ameer masih lagi dengan rasa terujanya. Matanya bersinar – sinar.

“ Menyampah betul!” rungut Ria. Bibirnya dicebikkan. Marah benar dia terasa pada waktu ini kerana telah ditipu hidup – hidup oleh mereka semua. Pastinya perkara ini akan dilaporkan pada papa kesayangannya itu. Mengada betul!

Tiba – tiba seorang lelaki yang agak berisi mengambil tempat di sebelah Ria. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Ria memandangnya dengan riak wajah yang cuak.

“ Sorry...” ucap lelaki itu tanpa dipinta.Semakin bingung Ria apabila lelaki itu meminta maaf kepadanya.

Prrrraaaggghhh..... Ria menutup hidungnya dengan segera selepas 'bom' nuklear telah dilepaskan oleh lelaki yang duduk di sebelahnya.

Prrraaaggghhh..... sekali lagi 'bom' dilepaskan. Barulah dia mengerti kini mengapa lelaki itu meminta maaf kepadanya sebentar tadi, rupa – rupanya bersebab! Azab sungguh dia rasakan setiap kali lelaki itu membuang angin.

Megat Ameer masih khusyuk melayan Wonderpetsnya. Bahu Maya Ellisa sudah terhinggut – hinggut kerana menahan tawa. Ditambah pula dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi, seperti hukum karma pula yang membalas kan?

Megat Andrian mengerutkan dahinya melihat Maya Ellisa yang sedang mengekek – ngekek ketawa. Lengan berlapik Maya Ellisa dicuit perlahan sambil menunjukkan wajah bingungnya. Maya Ellisa terus membisik kejadian yang sedang berlaku kepada Megat Andrian. Kini Megat Andrian pula yang menahan tawanya. Dengan segera berita 'hangat' itu dibisikkan ke telinga abangnya. Megat Adam pun apa lagi? Ketawa jugalah...

“ How irony, right Maya?” tanya Megat Andrian dengan nada berbisiknya setelah tawanya reda sedikit. Namun tawa Megat Adam masih belum surut. Maklumlah, orang ini sudah dijangkiti penyakit gelak berlebihan.

Ditambah pula dengan tayangan yang sungguh membosankan, ketiga – tiganya ralit dalam dunia mereka sendiri. Oops! Keempat – empat... tidak termasuk Megat Ameer.

Maya Ellisa hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum. Jika diingatkan kembali, jahat juga ya, Maya Ellisa kerana mentertawakan Ria. Memang pada muka pun Ria, siapa suruh berniat buruk terhadap orang lain? Haa... itulah padahnya.

Tuesday 21 August 2012

Hikayat Putera Cerewet



Namaku ialah Zulaiqa Nur Zahra. Aku ialah suri rumah sepenuh masa. Kehidupan aku begitu indah sekali, sebelum aku terikat dengan lelaki cerewet itu!

Namanya ialah, Alexander Zulkarnain, seorang muallaf yang wajib aku lindungi sebagai seorang muslim yang sejati. Papa dan mamanya juga seorang muallaf yang berbangsa cina. Alex sudah sah menjadi suamiku sejak tiga bulan yang lepas.

Aku tidak akan mengatakan bahawa aku telah dipaksa berkahwin dengannya. Papaku ialah kawan baik papanya, dan perkahwinan itu berlangsung dengan persetujuan kami berdua. Tetapi satu sahaja aku tidak memahami tentangnya, kenapa dia begitu cerewet denganku? Bahasanya.... Ya Allah.... kasar sungguh.

Walaupun semua sifat itu ada pada dirinya, aku tabik spring padanya kerana.... dia sangat bertanggugjawab dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Aku? Usah ditanya kerana sememangnya aku melaksanakan tanggungjawab aku kepadanya dengan baik.

Lena sungguh Alex sekarang. Erk! Macam mana pula aku boleh tahu? Sedangkan aku pun sedang membelakanginya dan sibuk mencoret dalam dairi ini.

“ Kau buat apa pagi – pagi buta ni? Tak ada kerja lain nak dibuat ke? Aku nak solat Subuh, kau nak ikut?” sergahnya tiba – tiba membuatkan aku berasa terkejut yang amat sehingga aku jatuh tergolek di sebelah katil.

Dia tahu rupanya aku tengah meluahkan perasaan dalam dairi aku tu! Malunya!

“ Kalau kau tak gelabah satu hari tak boleh ke? Dah! Jangan mengada! Pergi ambil wudhuk!” arahnya kepadaku sambil menyisir rambutnya yang terjuntai di dahi.

“ Saya....” aku cuba menjelaskan kepadanya perkara yang sebenar.

“ Apa?!”

“ Tak boleh solat....” akhirnya aku menjawab dengan jujur.

“ Cakaplah... ini tak, malu pun macam kambing yang nak sembunyikan janggutnya! Malaslah nak layan kau! Pergi buat air untuk aku, gelas tu kau basuh dengan air panas lepastu masuk dalam pengering. Sediakan baju ofis aku, aku tak nak nampak satu kedutan pun! Faham?!” entah kenapa, jantungku bagaikan hendak luruh sahaja memandang wajah tampannya.

Buat seketika, aku tergoda....

“ Wei minah! Aku bagi kau kuliah dengar tak? Asyik – asyik nak berangan!” katanya lalu terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.

<<<<<>>>>>

Aku menggosok bajunya seperti biasa, tanpa satu kedutan langsung. Jikalau ada kedutan, Alex akan menyuruhku menggosok baju itu semula, bermula dari awal dan bukannya hanya tempat yang berkedut itu.

Gelas itu aku basuh menggunakan air panas seperti biasa, juga. Kemudian aku masukkan gelas tersebut ke dalam pengering. Pernah aku ajukan soalan ini kepadanya mengenai air panas dan gelas itu. Dan jawapannya ialah....

“ Kalau gelas ni retak, kau nak tanggung? Tak, kan? Lagi satu, kalau menda ni pecah dan kena tangan kau, itupun kau nak tanggung ke? Sebab... benda – benda kecik macam ni boleh tunjukkan bahawa aku tak menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami dalam menjaga keselamatan kau. Kau faham tak?!” suka sangat Alex menggunakan nada yang tinggi apabila bercakap denganku.

Terkejut beruk aku apabila aku rasakan tangan sasa yang menarik pinggangku yang kecil ke tepi. Hisy... ingatkan ada peneman dalam rumah ni! Rupa – rupanya mamat cerewet tu!

“ Apa? Kau tak pernah tengok manusia ke? Hari ni aku nak jus oren aku dalam mug ni.” arahnya kepadaku selamba.

“ Tapi... saya dah basuh dan letakkan dalam pengering yang lagi satu....” sebelum aku sempat memberi alasan, Alex terlebih dahulu menyampuk.

“ Kau jangan nak menjawab. Hari ni aku rasa macam nak minum dalam tu, kau ikut je la, susah sangat ke nak ikut cakap aku?” soal Alex dengan keningnya dinaikkan.

Aku menghela nafasku denga berat sebelum mengambil gelas itu daripada gapaiannya. Aku menyediakan nasi goreng cina kesukaannya. Apa yang pelik tentang nasi goreng kesukaan Alex ialah.... ikan salmon! Dan dia makan nasi goreng cina campur salmon tu sampai licin pinggan.

Aku mengambil tempatku di sebelah Alex. Alex sedang membetulkan tali lehernya sambil memandang sekilas pada jam tangannya.

“ Alamak!”

“ Apa yang alamaknya?” soalku bodoh.

“ Aku dah lambat masuk ofis la. Nanti papa banyak soal. Dahla ada meeting aku kena attend dalam masa dua puluh minit ni. Manalah nak sempat....” keluh Alex sambil tergesa – gesa menghabiskan nasi goreng di pinggannya. Mukanya sedikit berkerut.

Hmm... kenapa agaknya muka dia berkerut? Entahlah... tengah fikirkan masalah dunia kot...

“ Makanlah pelan – pelan. Nanti tersedak.” saranku kepada Alex. Aku mengambil keputusan untuk tidak menanyakan tentang isu mukanya yang berkerut itu. Karang tidak pasal – pasal aku kena jerkah dengan Alex.

Tiba – tiba Alex menghentikan suapannya sambil matanya tajam menikam kalbuku.

“ Aku tak sangka kau ambil berat pasal aku. Nanti taklah aku mati katak.”

“ Well, you know me....”

“ Dah! Dah! Pantang orang puji sikit, perasan sampai terkembang – kembang hidung tu. Kau ingat elok sangat ke muka kau dengan lubang hidung macam bazooka? Meh sini, tolong betulkan tie aku sampai aku puas hati.” seperti biasa, kutukannya aku terima dengan hati yang amatlah 'terbuka'.

Aku membetulkan tali lehernya yang kelihatan sedikit terjuntai sana – sini. Itulah padahnya kalau kalut sangat. Dah ada kelebihan sebagai anak tauke besar, itupun tak nak bersyukur. Hisy Alex ni... kalau papa Robert tanya soalan tu, jawab ajelah! Banyak pulak songehnya...

“ Dah! Tepi!” arahnya kepadaku. Kalaulah tahap kesabaranku begitu rendah, memang sudah lama aku sumbat Alex ke dalam Gua Tempurung!

“ Zul, nasi goreng tadi tu tak cukup panas, terlalu suam. Aku tak suka. Jangan buat macam tu lagi lain kali.” katanya tanpa memandangku. Alex sedang sibuk menyarungkan kasutnya di hadapan penthouse kami.

Sudah beberapa kali juga aku melarangnya memanggilku dengan nama Zul, tetapi dia tetap berbuat demikian. Zul bagiku adalah nama lelaki, dan Alex ni memang buat aku rasa seperti seorang lelaki!

“ Okey sir....” Alex menjegilku dengan tajam. Langsung tiada senyuman di wajahnya. Kecut perut aku yang melihatnya.

“ Err... okey sayang!” aku tekankan perkataan 'sayang' itu pada ayatku. Alex tersenyum.

“ Ek eh... awak senyumlah! Sweet sangat! Nak kena masuk facebook ni! Wah... comelnya lesung pipit awak, ruginya awak tak gunakan senjata yang ada pada awak!”

“ Aku tak senyumlah minah senget! Apa? Kau nak aku goda perempuan lain? Kenapa? Kau suka sangat ke kalau nak bermadu? Aku tak kisah.” soalnya terus kepadaku. Soalan cepumasnya membuatkan aku sedikit tersentak.

“ Tak....” kataku sambil menundukkan wajahku.

“ Meh sini cepat. Jangan nak buat drama pulak.” Alex menarikku. Aku menyalami tangannya seperti biasa.

Aku hanya memandang sepi kelibat tubuhnya menghilang di sebalik pintu lif. Betulkah dia tak kisah kalau nak kahwin lagi sekali? Walau macam mana sekalipun, aku takkan bagi dia kahwin punya! Kalau dia kahwin, siap Alex aku kerjakan.

Telefon bimbit yang bergetar di atas meja menandakan ada mesej yang masuk. Aku membuka peti mesejku.

Woi minah! Kau btul – btul igt aq nak khwn laen ek? Zul, dah cukup aq ad sorang bini mcm kau la. Nak agy 1? Huish... x kuasa aq! P/s: jgn lupa mkn ek? Aq tau kau x mkn td sbb trlalu asyik tgok muka hencem aq kn? Haha... assalamualaikum! :-( -Alexander Zulkarnain

Aku tersenyum membaca mesejnya. Malu tapi mahu! Sayang Alex aku! Tapi, kenapa dia letakkan sad face dekat belakang ayat tu? Tak ikhlas kut...

Sekali lagi telefon bimbitku bergetar.

:-). sori! Silap taip! - Alexander Zulkarnain

Aku tersenyum lagi. Adakalanya lelaki ini boleh menjadi sangat keanak – anakan walaupun sifat ganas pada dirinya itu lebih menyerlah.

<<<<<>>>>>

kau siap cpt, aq smpai dlm 10 min. kau ltk bju aq wrna itam, kau pun pkai jubah yg aq beli dkat madinah ari 2. jgn byk soal! - Alexander Zulkarnain

Berkali – kali aku membaca mesej yang dihantar oleh Alex kepadaku. Aku mula tertanya – tanya ke manakah dia akan bawaku pula? Aku cepat – cepat bersiap kerana dia cukup tidak suka menungguku bersiap. Hampeh punya suami!

Aku sedang menyarungkan jubah apabila tiba – tiba pintu bilik dikuak dari arah luar. Aku yang teramat terkejut itu terus melompat ke atas katil dan menyelubungkan selimut di seluruh tubuhku yang separa terdedah.

“ Zul! Kau tak payah buat - buat malu dengan aku la. Cepatlah! Dah lambat ni! Yang kau tercongok kat dalam selimut tu kenapa?” pandangan Alex yang tajam menimbulkan rasa tidak selesaku.

“ Berapa kali saya nak cakap, awak ketuklah pintu dulu daripada sergah saya macam tu aje. Nasib baik saya tak ada penyakit lemah jantung....” nampaknya dia langsung tidak betah akan kata – kataku tadi. Aku menghela nafas dengan berat setelah Alex masuk ke dalam bilik air.

Seperti lipas kudung, aku terus menyambung misiku dalam menyarungkan jubah bermanik kristal itu ke tubuhku yang langsing.

<<<<<>>>>>

Alex telah mengajakku makan di sebuah restoran arab yang eksklusif. Hampir gugur sahaja jantungku melihatkan harga makanan di sini. Patutlah dia suruh aku pakai jubah, rupa – rupanya nak ajak aku makan dekat sini.

Makanan yang dipesanku telahpun sampai. Dan seperti biasa, aku akan menunggu sehingga Alex mula makan. Kononnya isteri mithali la katakan...

“ Kau makanlah dulu. Jangan tunggu aku.” kata Alex tiba – tiba seraya memotong keasyikanku berangan.

“ Err... tak apalah... saya tak lapar pun.” bohongku. Di saat itu juga, perutku berkeroncong cukup kuat sehingga dapat sampai ke pendengaran Alex. Tak kenang budi punya perut!

Alex melepaskan tawa yang kecil dan tersenyum sinis ke arahku. Pelayan itu pun sampai dan letakkan makanan Alex di hadapannya.

Handsome jugak pelayan arab tu tadi!

“ Kau jangan ushar pak arab tu lama – lama. Aku tak suka. Kau tak nak jadi isteri derhaka kan? Jadi... kau kena ushar muka aku yang handsome ni, aje tau!”

“ Mana ada saya ushar dia! Awak ajelah yang terlebih perasan!” aku cuba nafikan kenyataan yang benar.

“ Ye la tu...” Alex memulakan suapannya. Mukanya berkerut seribu. Ah! Mesti ada yang tak kena dengan makanan tu! Dia mengangkat tangannya kepada pelayan tersebut. Pelayan tadi itu dengan segera mendekati meja kami.

“ Helo brother, this food terlebih garam la. I tak boleh makan. Tolong bawakan yang baru.” arah Alex kepada pelayan tersebut. Lelaki itu kelihatan serba salah.

“ You nak I panggilkan manager you ke? I bayar untuk makanan ni dan semestinya I nak yang terbaik. Bukan yang macam ni! You nak I kena penyakit darah tinggi ke?!” serang Alex lagi. Aku hanya tumpukan perhatian pada makanan yang berada di hadapanku.

“ Bos... jangan panggil manager la. Okey... okey... nanti saya bawa yang baru ya? Sabar bos..” kata pelayan itu lalu pergi mengambil pinggan Alex ke dapur.

“ Helo! You nama apa?” soal Alex tiba – tiba. Pelayan itu kelihatan takut – takut.

“ Ahmed...” anggukannya menandakan bahawa dia akan berlalu.

Alex mencapai telefon bimbitnya lalu terus mendail beberapa nombor. Dalam beberapa deringan, telefon itu dijawab.

“ Assalamualaikum Tariq. Ahmed tu pekerja baru ke? Oh... I nak you pecat dia. I tak nak restoran ni bankrap sebab orang baru macam dia. Lain kali, you latih dulu pekerja you tu okey? Kalau tak, you pulak yang dipecat. Hmm... I ada kat depan la. Nak pergi dah pun. Bye.”

“ Kau dah habis makan? Jom. Aku nak balik.” katanya lalu terus bangun meninggalkan aku terpinga – pinga.

“ Eh! Awak tak makan ke? At least bayarlah dulu!” aku mengejarnya dan terus masuk ke dalam kereta Lamborghini berwarna kuning milik Alex.

“ Aku tak puas hati dengan layanan diorang, so aku blah ajelah.” selamba dia menjawab.

“ Awak cakap dengan siapa tadi? Oh... maknanya budak tadi tu kena pecat ye? Kesian dia... macam mana awak boleh ada kuasa nak pecat dia?” soalku bingung.

“ Sebab.... aku pemilik restoran ni. So, kalau dia buat macam tu tadi, kau rasa patut ke? Hmm?” tanya Alex kembali sambil sebelah tangan memegang stereng dan sebelah tangan lagi memegang tanganku.

“ Oh... saya tak pernah tahu pun.”

“ Memanglah kau tak pernah tahu, sebab aku pun tak pernah bagitau kau...” Alex tersenyum.

“ Hehehe... saya nak tidur kejaplah. Mengantuk sangat.” aku tersengih bak kerang expired ke arah Alex.

“ Tidur aje kerja kau. Hisy...” tenang sahaja pemanduan Alex sepanjang aku 'tak sedarkan diri'.

<<<<<>>>>>

Aku menggosok mataku. Eh! Dah ada kat atas katil rupanya. Aku melihat jam di sebelah katilku yang menunjukkan pukul tiga pagi. Aku cuba mengiringkan tubuhku ke kanan. Sangat susah untuk aku bergerak kerana dakapan Alex yang kemas.

Aku melihat tubuhku yang lengkap dengan gaun tidur yang dibeli oleh Alex di Itali. Sudah beberapa kali aku menolak untuk memakainya kerana keadaan gaun itu yang terlalu singkat dan berlubang – lubang.

Hisy... mamat ni main taktik kotor nampak! Mesti dia yang tukar baju aku tadi! Mesti dia yang angkat aku sampai kat bilik ni! Aduh... malunya! Dahlah berat aku bertambah dua kilo semalam masa aku timbang.

“ Tidurlah sayang... I mengantuk ni...” Alex menguap sebelum mengemaskan lagi dakapannya. Sebenarnya, agak selesa jugak kalau dia peluk aku macam tu.

Meremang bulu roma aku mendengarkan pertuturan manja Alex itu. Mana dia Alex yang ganas?

“ Awak sihat tak? Ni Zul tau, bukan orang lain.” aku cuba menyakinkannya.

“ Tahulah... tidurlah sayang. Auuhh.... Zul ni pun mengantuk.” kini, aku benar – benar terkejut. Terkejut kerana pertama kalinya dia membahasakan dirinya sebagai Zul!

Akhirnya aku tersenyum dan mengemaskan lagi pelukanku terhadap Alex. Bahagianya aku malam ni! Bahagia kerana lelaki ini berubah keranaku biarpun hanya untuk malam ini sahaja. Aku tetap akan sayangkan Alex walaupun dia ganas mahupun tidak, dan walaupun dia cerewet mahupun tidak.

<<<<<>>>>>

“ Maafkan saya puan. Jantung puan lemah sangat. Kena buat transplan atau....” kata – kata doktor Dani tergantung di situ. Aku sudah tahu hayatku tidak lama lagi. Aku memegang erat tangan Alex di sebelah.

“ Dah tak ada cara lain ke doc?” suara Alex kedengaran begitu bergetar di waktu ini.

“ Tak ada tuan. Puan dah melepasi tahap yang ketiga dan sebab itulah puan kerap sangat sesak nafas. Dan puan Zulaiqa perlu menjalani pembedahan secepat mungkin. Sehingga tu, kami perlu cari jantung penderma yang sesuai dan proses itu akan mengambil masa tuan, puan.” nampaknya doktor itu turut bersimpati terhadap nasibku.

Aku sudah reda dan pasrah sekiranya inilah pengakhiran hidupku dengan lelaki yang amat aku sayangi, Alexander Zulkarnain.

Kata – kata doktor Dani masih terngiang – ngiang di corong telingaku. Mataku terasa amat berat. Aku memandang Alex yang termenung jauh. Papa dan mama aku dan Alex sudah pualang dan akan kembali pada hari esok.

Aku tidak suka akan suasana suram di dalam bilik hospital ini.

“ Alex... saya nak minta maaf atas segala kesilapan saya terhadap awak. Maafkan saya jika saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan baik, Alex. Saya dapat rasakan masa saya kat dunia ni tak lama.....”

“ Kau diam boleh tak?” kata – katanya membuatkan aku tersentak. Air mataku akan gugur bila – bila masa sahaja.

“ Saya nak awak tahu, awaklah suami terbaik saya. Walaupun awak tak nak percaya, saya sangat sayangkan awak. Terlalu sayangkan awak. Saya nak awak berada di sisi saya sehingga nafas saya terhenti.” aku melelapkan mataku.

Aku telah diberitahu bahawa esok aku akan menjalani pembedahan. Aku berasa amat bersyukur sekiranya aku selamat dalam pembedahan itu, dan jika tidak, aku reda sahaja dengan ketentuan hidupku.

Daripada ekor mata Alex, aku dapat melihat air matanya mengalir. Aku bertambah hiba melihatnya. Namun aku mengambil keputusan untuk terus sahaja menenangkan diriku dahulu. Aku tidak mahu mengganggunya.

<<<<<>>>>>

Aku telah diberi ubat tidur oleh doktor. Aku tidak sedarkan diri namun aku dapat mendengar perbualan orang di sekelilingku. Papa dan mama aku dan Alex tidak putus – putus berdoa supaya aku berjaya menjalani pembedahan transplan jantung.

Jikalau berpeluang, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga penderma jantung kepadaku itu. Ya Allah, kau kurniakanlah kesejahteraan buat roh orang yang telah menderma jantungnya kepadaku.

Aku ingin berjumpa dengan Alex. Ya, hanya Alex sahaja yang dapat membuang rasa gemuruhku ini. Sebelum aku diberi ubat tidur, langsung aku tidak berjumpa dengannya. Terus – terang aku cakap, aku sangat merinduinya. Aku terlalu sayangkan Alex.

Satu sahaja perkara yang merunsingkan fikiranku ini, papa dan mama Alex kelihatan yang paling hiba. Mama Alex sudah menangis teresak – esak dan mamaku terpaksa menenangkannya. Kenapa keadaan mereka sampai begitu sekali? Seperti hendak kehilangan anak mereka sahaja. Tetapi itu tidak mungkin kerana Alex adalah satu – satunya anak mereka.

Aku dapat rasakan tangan yang sejuk menyentuh dan menggenggam erat tanganku ini. Ini ialah tangan Alex. Rindunya aku pada setiap sentuhannya...

“ Zul sayang... kalau sayang boleh dengar, abang nak minta maaf dekat sayang. Abang tahu selama abang jadi suami sayang, abang terlalu kasar dengan sayang. Abang tak pernah panggil sayang dengan panggilan ini.” Alex terhenti seketika. Alex mengambil nafas dalam.

Ya Allah.... kenapa aku tidak dapat membalas ucapan sayangnya itu kini? Ya Allah, Alex....

“ Abang dah tak ada peluang nak cakap dengan sayang lepas ni. Abang nak sayang janji, tolong jaga anak kita ni. Abang mintak sangat – sangat, tolong sayang anak kita ni. Walaupun abang takkan ada lepas ni nak tengok anak kita, abang tahu sayang akan jadi ibu yang baik kepada anak kita.” kata – katanya terhenti.

Air mataku mengalir melalui celah kelopak mataku. Aku dapat rasa titisan air dihujung tanganku. Aku tahu Alex sedang menangis. Kenapa dia cakap macam ni?

Aku tak nak dia tinggalkan aku. Aku nak Alex berada di sisi aku untuk jaga anak kami ini! Dah lama aku nak dengar dia bahasakan diri dia sebagai 'abang'. Jangan tinggalkan Zul, abang... Mana pulak dia nak pergi?

“ Dan, seperti yang sayang nak, abang dah maafkan segala kesilapan yang mungkin sayang buat, tapi abang tak rasa pun sayang pernah buat salah dengan abang. Abang nak sayang tahu, abang sangat sayangkan sayang, sejak kali pertama lagi kita berjumpa. Selamat tinggal sayang....”

Terus dia berlalu meninggalkanku keseorangan dalam bilik pembedahan itu. Air mataku enggan berhenti mengalir.

<<<<<>>>>>

Aku mencelikkan mataku. Jantung baruku terasa begitu kuat berdegup dengan kencang. Rasa seperti kuda pula. Rasa sungguh.... bertenaga. Aku melihat satu – persatu wajah di hadapanku. Hiba sungguh wajah mereka.

Alex mana?

“ Mama... suami Iqa mana?” soalku kepada mama.

Mama hanya menggelengkan kepalanya dengan air mata yang bergenang di tubir mata. Mama Alex kulihat semakin teresak – esak menangis. Papa Robert sedang menenangkan isterinya.

Papa mendekatiku dan menggenggam tanganku erat.

“ Papa... Alex mana?” soalku lagi kepada papa. Raut wajahnya seperti suatu yang buruk sahaja telah berlaku.

“ Nak... bersabar ya. Ingat Allah....”

“ Apa semua ni papa? Iqa nak jumpa Alex! Mana dia?!” aku sudah tidak dapat mengawal diriku.

“ Alex dah tak ada nak...” jawab papa sambil memelukku erat dan menepuk lembut belakangku. Aku terus merungkaikan pelukanku.

“ Apa maksud papa?! Papa tipu Iqa!” aku tidak dapat menerima kenyataan. Inikah maksud Alex apabila dia berkata bahawa dia akan pergi?

“ Sayang... Alex dermakan jantung dia untuk kamu. Sebab tu dia dah tak ada. Dia pesan dekat papa suruh jaga Iqa dengan anak kamu berdua baik – baik tau. Papa mintak pada Iqa, jangan sia – siakan pengorbanan menantu papa, Iqa.”

Di saat aku mendengar kata – kata keramat itu keluar dari mulut papa, aku terus pengsan.

<<<<<>>>>>

Sudah tiga tahun Alex meninggalkan aku. Dia tidak meninggalkan aku seorang diri, sebaliknya telah memberikanku permata yang sungguh bernilai. Aaron Zikree, anakku bersama Alex, adalah penyeri hidupku.

Wajahnya mirip papanya, dan menjadi pengubat rinduku setiap detik aku rindukan Alex. Aku sangat sayangkan Aaron, dia adalah satu – satunya pemberian Alex yang mengandungi sebahagian daripada dirinya selain dari jantungnya yang tidak pernah berhenti berdegup dalam diriku ini.

Tiap kali aku rasakan kehadiran Alex, akanku meletakkan tanganku di atas jantung Alex. Selama ini, aku sedar Alex tidak mati, sebaliknya, dia hidup dalam diriku. Tiap masa, dia bersamaku.

“ Mummy... I miss daddy. A lot.” kata Aaron dengan matanya yang bulat memandangku.

Aku menarik selimut menutupinya hingga paras dada. Aku turut berbaring di sebelah Aaron.

“ I miss him too...” kataku, cuba menahan sebak di dada.

“ What does daddy look like, mummy? Is he handsome?” tanya anakku yang tidak kurang celiknya juga seperti daddynya.

“ Daddy's very handsome. Macam Aaron jugak. In fact, exactly like you!”

“ And that's why girls menjerit bila tengok Aaron? Because i'm handsome?” Aaron tersengih menunjukkan dua gigi hadapannya yang sudah gugur. Comel sahaja aku melihatnya.

“ Yeah... Aaron sangat handsome.” aku menjawab dan mengusap kepalanya yang lebat dengan rambutnya yang lembut bak sutera, sama seperti rambut Alex dahulu.

“ Do you love me, mummy?”

“ So much, lebih daripada nyawa mummy sendiri.” jawabku tanpa rasa sangsi.

“ Daddy?” anakku ini sudah kenal akan daddynya kerana aku selalu bercerita mengenai Alex kepadanya kerana aku mahunya kenal akan daddynya.

“ Daddy lagi sayang Aaron.”

“ I love mummy and daddy. So much!” kata Aaron lalu mendaratkan sebuah kucupan di pipiku.

“ Mummy dengan daddy pun sayang Aaron sangat – sangat. Go to sleep honey. I'll see you in my dream, baby.” aku pula mencium ubun – ubun Aaron dengan lembut.

“ And daddy too!”

“ Yes... and daddy too.”

Aku menuju ke balkoni penthouse aku dan Alex. Aku mendongak ke langit dan melihat bintang – bintang berkelipan. Terdapat tiga bintang di langit. Itu ialah Alex, aku dan Aaron. Aku tahu, Alex pastinya berbangga denganku. Aku harap.

Abang, walaupun abang tak dapat rasa Iqa, Iqa dapat rasa kehadiran abang. Abang, walaupun abang tak dapat hidup dengan Iqa sekarang, tapi Iqa tetap dapat hidup dengan abang dalam setiap saat hidup Iqa.

Kerana abang, abang hidup dalam diri Iqa dan juga anak kita. Iqa sayang abang, dan Iqa takkan sia – siakan pengorbanan abang untuk Iqa dan Aaron. Insya – Allah.






Cerpen ni sememangnya sangat bermakna buat saya, sedih saya apabila menulisnya. syiqin harap, pembaca2 akan suka hasil yg x seberapa ni ye...
slamat hari raya, syiqin nak mintak maaf kalau ada mana2 karya syiqin yg menyinggung perasaan pembaca di luar sana. :-)