BAB 23
“
Kenapa nak kena memancing malam-malam jugak? Siang tak boleh ke
awak?” dari tadi Maya asyik merungut kerana 'terpaksa' dan dipaksa
mengikuti Megat Andrian memancing pada waktu malam. Kakinya
dihentak-hentak di atas permukaan perahu itu sebagai tanda protes.
Teroleng -oleng perahu yang dikemudi oleh Megat Andrian.
“
Habistu? Dah benda tu akan bangun pada waktu malam. Siang nanti
diorang tidur la..”
“ Tak
ada logika langsung alasan awak tu!”
“ Awak
yang nak pergi memancing sangat kan?!” sindir Megat Andrian.
Memanglah
pada mulanya Maya memang teringin sangat untuk pergi memancing.
Hasratnya, ingin menangkap ikan dan memasaknya sendiri. Tapi....yang
diingininya ialah memancing pada waktu siang, bukannya malam! Malam
apa yang nampak?!
Terpaksa
juga dia mengikut Megat Andrian ini. Siap membawa baju untuk tidur di
dalam rumah perahu nanti. Entah selesa ataupun tidak. Jenuh juga
Megat Andrian hendak memberi alasan kepada tok wan yang sudah
membebel dalam bahasa Kelantan. Entah-entah tok wan sedang memakinya
ya tidak? Apa motif Megat Andrian membawanya ke sungai malam-malam
begini? Tak ke bahaya namanya itu?!
Hampir-hampir
sahaja Maya terjatuh akibat pergerakan perahu yang tidak menentu itu.
Nasib baiklah sempat Megat Andrian memeluk pinggangnya dengan lengan
kirinya. Tangan kanannya itu pula digunakan untuk mendayung perahu
tersebut.
Sebenarnya
tak adalah teruk sangat duduk dalam perahu ni. Malam-malam. Gelap.
Berdua-duaan dengan lelaki hot. Hubungan yang halal. What could
possibly go wrong?
Maya
tersenyum sungging. Sengaja tangannya mengusap bulu-bulu halus di
tangan Megat Andrian. Kemas dan rapi. Bau badan lelaki itu yang cukup
mengasyikkan...No. No. perkataan yang tepat ialah memabukkan. Ya,
memabukkan....
“
Ehem...ehem...” Megat Andrian berdeham. Tidak mahu terlalu hanyut
dengan isterinya itu.
“ Apa?
Potong stim betullah awak ni....” bebel Maya.
“ Kita
dah sampai. Jangan asyik berangan. Karang jatuh dalam sungai saya tak
nak tolong!” ugut Megat Andrian. Pegangannya pada pinggang Maya
sudah dilepaskan. Sauh dijatuhkan untuk mengelakkan perahu mereka
terhanyut lebih jauh ke dalam laluan anak sungai itu.
“ Tak
nak tolong sudah! Bapak duyung kan ada? Tak ada bapak duyung, anak
duyung yang hot tu pun boleh selamatkan saya!” bantai ajelah si
Maya oii..
“ Ek
eleh... riak pulak dia! Tak habis-habis dengan hot dia tu! Gedik
betullah awak ni. Mana ada duyung wujud?!”
“ Mana
awak tahu dia tak wujud?”
“ Saya
tahulah!”
“ Auta
aje awak ni!”
“
Duyung yang paling hot kat sini ialah saya! Me, and nobody else!”
Megat Andrian mendabikkan dadanya,bangga.
“ Ye
la tu....” Maya mencebikkan bibirnya. Malas mahu membalas kata-kata
suaminya. Kenapa malas? Ayat dia yang terakhir itu ada benarnya
jugak...aww....
Maya
memerhatikan sahaja Megat Andrian yang mengeluarkan peralatan
memancing. Kelihatan seperti lelaki itu sememangnya sudah biasa
dengan semua ini. Mungkin juga arwah tok ayah sudah menurunkan segala
ilmu warisannya kepada cucu kesayangannya ini. Nampak tidak kekok
langsung dengan suasana kampung ini. Cuma yang aneh sedikit mungkin
kerana wajah Megat Andrian yang sebiji mat salih kerana mewarisi
genetik dari ibunya. Kacak sungguh!
“ Apa
tengok-tengok? Ada hutang ka?” tidak keruan Megat Andrian apabila
ditenung sebegitu oleh Maya. Malu pula dia rasakan.
Maya
tersentak dengan sergahan Megat Andrian itu namun tidak diendahkannya
langsung. Dia mengambil tali pancing yang sudah dipasang dengan umpan
dan melabuhkan punggungnya di bangku kecil yang diletakkan di
bahagian kanan perahu itu.
“ Saya
nak memancing kat sini. Awak, pergi sana. Jangan kacau saya tau!
Nanti ikan-ikan saya lari!”
“
Okey. Jangan nak ek sangat Lisa.... kita tengok siapa yang dapat lagi
banyak hasil!” cabar Megat Andrian. Tubuhnya membelakangi Maya.
Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah Maya yang kelihatan khusyuk
memancing.
Malam
yang pekat itu sungguh sunyi tanpa sebarang bunyi. Cahaya yang suram
daripada lampu kalimantang tidak mampu menghilangkan rasa seram yang
mula menghantui. Bunyi cengkerik membuatkan bulu roma di tangan Maya
menegak. Masa itu jugalah dia hendak teringat pada cerita-cerita
seram yang pernah diceritakan kak longnya dulu.
Megat
Andrian menarik tali pancingnya. Mengena! Sekali lagi ditariknya,
mengena lagi! Sudah lebih dua belas kali tali pancingnya ditarik dan
semuanya mengena! Maya di sudut sana sudah tidak betah duduk
sendirian apatah lagi dalam keadaan malam yang menyeramkan itu. Satu
sahaja tali pancingnya mengena, itupun dapat seekor anak sotong.
Megat
Andrian sudah membuat tarian kemenangannya. Melihatkan muka masam
Maya menambahkan lagi kemanisan kejayaannya itu. Pinggangnya
digelek-gelek gaya Shakira. Sekali pandang,nampak macam orang yang
kurang siuman. Dua kali pandang, nampak seperti dia sedang menggoda
isterinya itu dengan tarian itu.
'Hesy...
apa pasallah ikan tak nak makan umpan aku ni? Sama aje umpan yang aku
guna dengan laki aku! Port dia tu lubuk ikan ke? Tak boleh jadi ni!'
gerutu Maya dalam hati.
Punggungnya
diangkat perlahan. Langkahnya perlahan diatur ke arah Megat Andrian.
Dia cuba untuk mengintai di sebalik baldi yang mengandungi 'hasil'
tangkapan suaminya itu, namun ditutup pula dengan sehelai kain buruk.
Takut agaknya kalau ikan dia melompat masuk sungai balik!
Maya
teragak-agak untuk memanggil Megat Andrian. Megat Andrian yang sudah
lama menyedari kelibat Maya di belakngnya hanya buat tak tahu sahaja.
Sengaja mahu menguji tahap egonya isterinya itu. Pasti wanita itu
datang kepadanya untuk.....
“
Awak.... kenapa saya tak dapat ikan langsung? Boleh saya duduk sini
tak? Awak pergilah sana... awakkan gentleman..” pujuk Maya.
“ Tak
boleh! Tadi awak ek sangat, kononya boleh dapat lagi banyak hasil
daripada saya? Apa dah jadi Cik Lisa sayangku?”
Sayangku?
oh... hormon gedik Maya sudah mari!
“
Alahh... susah-susah aje, saya nak memancing dengan awaklah. Okey,
saya mengaku, awak lagi hebat memancing! Puas hati? Now, saya nak
jugak dapat ikan! Dapat seekor sotong tu boleh buat apa? Tak
menyelerakan la...”
“ Tak
menyelerakan? Mengada-ngada betul! Habistu? Nak ikan jaws ke?”
“
Hmm... boleh jugak! Mata dia...”
“
Seksi kan? Saya dah agak awak nak cakap yang itu.” cantas Megat
Andrian.
“
Memang pun! Agaknya semua ikan yang awak dapat ni ikan betina tak?”
tangan Maya cuba menyelak kain buruk di atas baldi merah itu.
Akibatnya...
Paap!
Tangannya ditampar oleh Megat Andrian. Melepaslah kau nak tengok
ikan-ikan tu Maya....
“
Janganlah...nanti diorang takut tengok awak yang tak cantik ni...”
selamba sahaja Megat Andrian mengutuk isterinya yang hot,cun meletop
itu!
Maya
sudah mengherotkan bibirnya. Marah agaknya wanita itu pada ikan-ikan
gatal itu.
“ Dah
agak dah! Memang ikan betina kan? Tengok awak yang....”
“
Tengok saya yang seksi buat diorang panasaran kan? Awak nak cakap
yang itu kan,i suppose? Dahla... dengan ikan pun nak cemburu ke?
Tahulah yang awak tu memang sayang gila dekat saya. Tak payah nak
over sangat nak menunjuk.” matanya tetap pada sungai. Sedar dirinya
sudah terlebih cakap yang bukan-bukan,Megat Andrian mendiamkan
dirinya. Tidak, dia tidak maksudkan begitu! Entah kenapa, dia suka
apabila Cik Lisanya manja begini... gedik itulah yang membuatkan
hatinya....
“
Cemburu? Excuse me....saya tak perlu cemburu nak tunjukkan kasih
sayang saya pada awak. Saya tak perlu kata-kata untuk tunjukkan kasih
sayang saya pada awak. Saya tak perlu tindakan membodek dan mengayat
segala untuk tunjukkan yang saya memang sangat sayang awak separuh
nyawa. Apa yang saya buat selama ini memang diri saya yang sebenar.
Saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi mengada-ngada macam ni. Saya
tak mintak pun. Mungkin perubahan hormon saya puncanya. Saya tak
kisah pun. Separuh nyawa lagi saya sayangkan anak-anak saya.
Anak-anak kita. Cukup dengan doa pada Allah, dan hanya Allah yang
tahu betapa sayangnya saya pada awak. Kasih sayang saya tidak
boleh.....” ayatnya tidak dapat dihabiskan. Entah terlebih emosi
pula Maya pada hari ini.
Megat
Andrian terus bangun dan memeluk Maya. Maya tidak menangis,sebaliknya
hanya mendiamkan dirinya. Sudah terlalu banyak dia menangis kerana
suaminya ini. Cukuplah setakat itu. Megat Andrian mengusap-ngusap
belakang Maya.
Bagaimana
dia hendak katakan bahawa dia memang tidak sengaja? Bahawa dia sudah
terlajak kata? Benarlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak
kata? Tidak boleh sesekali. Tetap akan meninggalkan bekas dalam hati.
“ I'm
sorry.. saya... tak maksudkan macam tu pun. Saya...” bisik Megat
Andrian.
“
Dahla! Jom,apa feeling-feeling ni. Saya rimaslah, awak peluk dari
depan macam ni. Perut saya dah boyot awak tahu? Kalau dulu, memang
hot gilalah saya. Body saya lagi hot daripada supermodel tahu? Petik
jari aje saya boleh goda awak. Skil saya berkarat sikit, tunggu lepas
bersalin, nanti siang awak nak tengok saya, tengahari pun awak nak
tengok saya...malam?” Maya mengenyitkan matanya,nakal.
Megat
Andrian terpempan melihat Maya. Benarlah, perempuan ini memang tidak
mempunyai perasaan langsung! Oh, dia ada perasaan, perasaan diri itu
sangatlah cantik,hot,comel,pedas,seksi!
“
Err... jom duduk sini. Saya ajar awak,okey?” teragak-agak Megat
Andrian berbicara.
Mata
Maya bersinar-sinar. Yei, akhirnya aku akan dapat ikan!
Megat
Andrian menyuruh Maya duduk di antara celah kelangkangnya. Belakang
badan Maya menyandar pada dada Megat Andrian. Tulang belakangnya
tidak lagi berasa lenguh akibat duduk terlalu lama. Inilah posisi
memancing yang paling selesa di dunia! Bisik hati Maya, nakal!
“
Okey, awak tengok aje. Pegang tali pancing ni. Tunggu sampai saya
bagi isyarat okey?” Maya hanya mengangguk. Tali pancing dipegangnya
dengan sebelah tangannya. Megat Andrian pula meletakkan tangannya di
atas tangan Maya.
Tangan
Maya berada kukuh dalam genggaman Megat Andrian. Maya sangatlah
teramat suka dengan keadaan begini. Tidak rugi dia mengikut suaminya
memancing malam-malam buta begini. Berada dekat dengan Megat
Andrian.... mendengar setiap desahan nafas lelaki itu... cukup
menenangkan. Dirinya terasa cukup selamat. Aliran darahnya semakin
laju dipam ke jantungnya. Begitu indah saat ini bersama suaminya
ini...
“
Hmm... awak?” panggil Maya setelah beberapa minit memegang tali
pancing.
“
Hmm?”
“ Awak
tak rasa ke...dah terlalu lama saya ambil cuti? Maksud saya, dah lama
saya tak masuk kerja. Doktor apa kalau dah selalu sangat ambil cuti?
Nanti lepas bersalin cuti tiga bulan lagi?” Maya menoleh ke
belakang. Setiap bulu roma di wajah lelaki itu dapat dilihatnya
dengan jelas.
“ Awak
ni doktor yang nak menggatal dengan suami dia...” spontan jawapan
itu keluar dari bibirnya.
“ I'm
serious dear...”
“ Tak
payah kerjalah. Duduk dengan saya aje. Saya kerja. Nanti lepas balik
dari kampung, saya nak join masuk ofis papa.” tenang sahaja
kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya.
Maya
terpana mendengar kata-kata serius dari bibir suaminya. Biar betul?
Bukan perihal Megat Andrian hendak masuk kembali kerja mengganggu
fikirannya, tetapi ayat 'tak payah kerjalah. Duduk aje dengan saya',
benar-benar memeranjatkannya.
“
Awak... serius ke ni? Kalau saya kata saya tak nak berhenti? Ye la,
bukan senang saya nak belajar sampai jadi doktor, senang-senang aje
nak berhenti kerja? Macam tak berbaloi pulak belajar
bertahun-tahun,tapi tak kerja pun..”
“
Siapa kata saya main-main? Kalau awak tak nak berhenti,terpulanglah.
Saya bagi awak pilihan. Kenapa awak nak anggap yang belajar itu susah
payah? Bagi saya, belajar tu macam satu ibadah. Ibadah yang kalau
kita buat, kita dapat pahala sekiranya gunakannya di jalan Allah.
Bukan bermakna awak tak kerja dekat hospital tu awak dah tak jadi
doktor. Awak sentiasa jadi doktor di mata saya. InsyaAllah. Kalau ada
modal,tambah sikit dengan duit simpanan saya,boleh kita bukak
hospital. Awak dan saya sebagai pengarah. Awak masih boleh berkhidmat
dalam profesion awak tu. Modal, papa kan ada? Bukannya saya tak nak
awak kerja, tapi...saya fikirkan anak-anak kita. Siapa nak jaga
anak-anak kita? Takkanlah nak bagi penjaga made in Indonesia jaga?
Saya tak nak. Baik aje saya kahwin lain.”
Maya
berfikir sejenak. Terharu juga sebenarnya kerana Megat Andrian ada
memikirkan tentang dirinya dan anak-anak mereka. Sangat-sangat
terharu kerana Megat Andrian mempunyai rancangan masa depan dan dia
pula sebagai isteri lelaki itu. Masih terasa seperti berpeluang untuk
mengekalkan rumahtangganya bersama suaminya itu. InsyaAllah...
“
Hmm... awak dah tak nak kerja sebagai juruterbang ke? Dari dulu...”
“ Dulu
itu dulu. Kan saya dah kata? Kalau awak sanggup berkorban demi
anak-anak kita, kenapa tidak saya? Berkerja sebagai juruterbang bukan
mudah, banyak kena korbankan masa, memang itu dah sebati dalam jiwa
saya.. Saya tak nak ketinggalan detik-detik indah anak-anak kita
membesar... ” terasa syahdu kata-kata Megat Andrian.
Entah
sedar atau tidak lelaki itu sekarang? Kenapa terlalu jauh
rancangannya? Kenapa semua dalam hidupnya berlalu terlalu pantas?
Bukankah Maya sepatutnya bersyukur?
Sambung
Megat Andrian lagi....
“ Hati
saya terbahagi tiga. Satu, pilot,kapal terbang...benda-benda yang
berkaitan la. Bahagian kedua, anak-anak saya. Saya sangat sayangkan
anak-anak saya walaupun saya sedar,pada suatu ketika dulu,saya pernah
menidakkan kehadiran diorang...”
Kenapa
nama Maya tidak disebut? Oh, tidak! Adakah dirinya disisihkan dari
hidup lelaki itu? Eh,ada bahagian ketiga lah...
“
Ketiga pulak?” tanya Maya tidak sabar. Matanya memandang tepat ke
dalam anak mata Megat Andrian yang bersinar-sinar dek cahaya bulan.
Subhanallah... indahnya sepasang mata itu!
“
Itu..... cepat tarik!” meninggi suara Megat Andrian tatakala terasa
ada tarikan di tali pancing itu.
Megat
Andrian menarik kuat tali pancing itu sehinggakan.....
Splatt!!
Seekor sotong tepat mengena muka Maya. Maya sudah menutup mata
kegelian. Mulutnya terasa sedikit daripada air sotong itu. Mual
tekaknya menahan rasa loya. Megat Andrian hanya tersengih tanpa rasa
bersalah langsung..
“
Awak!!!”
“
Yes?”
“
Arghh!!!”
“ Apa
dia Miss Lisa?”
“ Saya
rasa nak cekik awak!!!”
Megat
Andrian membulatkan matanya. Oh tidak, sanggup biniku mahu mencekikku
yang kacak bergaya ini?!
“
Err.... kenapa? Bukankah awak yang nak sangat dapat sotong?”
soalnya tanpa rasa bersalah. Maya bangun dari bersandar di dada Megat
Andrian. Dadanya berombak menahan rasa geram. Hilang sudah mood
romantiknya...
“
Sotong?! Geli awak tahu tak?! Air dia masuk dalam mulut saya! Eee....
yuck!”
Maya
merentap kain buruk yang menutup baldi merah itu. Semuanya sotong?!
Tak ada seekor ikan langsung! Maknanya....
“ What
do you mean by sotong? Awak cakap nak tangkap ikan?! Oh patutlah saya
dapat sotong aje tadi! Saya ingat saya tak ada skil memancing,
rupanya awak pun sama aje!” hambur Maya.
“
Alaah... siapa cakap nak tangkap ikan? Saya tak cakap pun. Awak yang
beria-ia nak tangkap ikan. So, saya biarkan ajelah! Excuse me, awak
memang tak ada skil. Tahu kenapa? Awak dapat pun sekor sotong aje!
Itu pun anak sotong. Tak payah nak berlagak sangat lah!” Megat
Andrian menyapu ibu jarinya ke hidungnya.
Megat
Andrian menapak dengan laju ke arah Maya. Niatnya mahu membersihkan
'air sotong' di wajah isterinya itu. Entah di mana silapnya, kakinya
tersepak baldi yang mengandungi sotong-sotong yang ditangkapnya tadi.
Habis berhamburan semua sotong tersebut tepat di kaki Maya. Habis
berlendir kakinya dengan segala 'jus' sotong itu.
Merah
padam muka Maya menahan rasa geram yang tidak kesudahan. Lepas satu,
satu lagi kena! Megat Andrian menggigit bibir menahan ketawa. Lucu
sungguh muka orang bandar ini. Padan muka! Nak sangat memancing kan?!
“
Megat Andrian Haikal Megat Amriz.... what have you done?” tenang
suaranya sambil matanya tepat merenung Megat Andrian. Tangannya
digenggam.
“
Umm... err.... sorry!”
“
Sorry?! Sorry naik ferrari la!”
Megat
Andrian mengerutkan dahinya. Ferrari?
“
Kenapa ferrari?” soalan bodoh itu juga yang ditanyanya.
“
Sebab.... awak anak orang kaya! Awak tau tak... awak dah buat darah
saya menggelegak,mendidih,membara. Dan saya rasa macam nak terkam aje
awak!” kedua-dua tangannya mencengkam kuat bahagian dada Megat
Andrian. Berkerut wajah Megat Andrian menahan kesakitan barangkali.
“
Eh... sakitlah! Sengal! Lepaslah! Sorry okay... lebamlah dada saya!
Gila! Meroyan ke apa awak ni?!” tangannya merentap tangan Maya yang
mencengkam dadanya.
“
Sengal?! Gila?! Awak memang nak kena kalaulah saya tak fikirkan yang
kita sedang berada di atas perahu ni!” ugut Maya. Kakinya disarung
keluar dari seliparnya yang basah. Hujung skirtnya turut basah
terkena air sotong itu.
“
Eleh... apa sangatlah yang awak boleh buat?” cabar Megat Andrian.
“
Jangan cabar saya Haikal... kalau saya nak, dah lama saya rogol awak!
Awak nak report polis? No...no...no... tak ada istilah rogol dalam
hubungan suami isteri! Dah lama saya tak...”
Megat
Andrian menarik wajah Maya dengan kedua-dua tangannya. Bibirnya hanya
seinci dari bibir wanita itu. Sengaja dia ingin menduga Maya.
“ Awak
ni cakap aje lebih. Buatnya, tidak! Saya penat. Nak tidur. Cepat
tukar baju. Saya tunggu luar...” bisik Megat Andrian. Nafas hangat
lelaki itu yang mengena Maya membuatkan dadanya bergelora hebat.
Tubuh
Megat Andrian ditolak perlahan. Penat dia saja ingat, aku yang
mengandungkan anak dia punya penat dia tak ingat?
Tabir
yang menutupi ruang tidur itu diselak perlahan dan ditutup setelah
dia masuk ke dalam. Lampu pelita kecil itu sedikit membantunya bagi
mencari baju gantinya yang dibawanya tadi. Tidak sesekali dia akan
tidur bertemankan bau-bauan encik sotong! Yucks!!
Megat
Andrian berdeham. Tangannya yang mengutip sotong-sotong yang
bertaburan di lantai perahu itu berhenti dari terus mengutip
sotong-sotong itu.
“
Ehem... padamkan lampu tu boleh tak?”
“
Kalau padamkan lampu ni, macam mana saya nak nampak? Silap hari bulan
tersarung baju awak pulak! Alah... jangan risaulah...bukannya kena
bayar pun guna minyak tanah nak nyalakan lampu pelita ni...”
“ Suka
hati awaklah. Bolehlah saya cuci mata malam-malam ni..”
Maya
pelik dengan ayat terakhir Megat Andrian. 'Cuci mata malam-malam
ini'? Nak nampak apanya kalau dah gelap-gelita. Buang tebiat ke apa
laki aku ni? Cepat-cepat dia menukar pakaiannya. Losen disapu bermula
dari kaki hingga ke leher, perlahan-lahan gaya sensual.
Padahal,bukannya ada orang nampak pun. Syok sendiri bolehlah!
Siap!
Hampir lima belas minit juga dia berada dalam ruang tidur itu. Toto
sudah dibentangkan. Dua biji bantal disusun sebelah-menyebelah.
Selimut pun sudah siap dibentangkan! Kain itu diselak. Megat Andrian
tidak berkelip matanya sedang memandang ke arahnya. Maya mengurut
dadanya untuk menghilangkan rasa terkejut.
Tiada
apa pun berbeza dengan dirinya. Perutnya masih boyot. Mukanya masih
sama. Entah apa yang dimenungkan oleh lelaki itu.
“
Jomlah tidur.. nanti esok kan nak bangun awal? Karang terlajak pulak
tidur..” gamit Maya. Tangan Megat Andrian yang masih kaku
dipimpinnya masuk. Dilihatnya lelaki itu sudah menukar seluarnya
kepada kain pelikat.
Aik?
Mana pula dia tukar? Oh no, dia tukar kat luar ke?! Tak malu! Nak
malu apanya? Orang yang perasan hot! Memang pada hakikatnya lelaki
itu sememangnya sangat-sangat kacak!
Maya
membaringkan tubuhnya di sebelah Megat Andrian. Megat Andrian
mengambil bantalnya lalu diletakkan di sebelah kanan Maya,
berhampiran dengan perutnya. Di sebelah kiri Maya, dia mula
menyelesakan dirinya dengan tidur beralaskan lengannya. Maya pelik
melihat bantal tidur suaminya itu diletakkan di sebelahnya.
“
Kenapa awak tak tidur atas bantal? Kenapa letak kat sebelah saya ni?”
Maya mengiringkan tubuhnya menghadap Megat Andrian. Dahi mereka
bersentuhan.
“
Hmm... awak ni tidur tak tetap. Sekejap pusing sini, sekejap pusing
sana. Nanti perut awak tak adalah nak terhantuk kat permukaan kayu
kat sebelah sana. Ye la, ruang ni kan sempit. Maaflah kalau awak tak
selesa. Sebelah sini pulak, saya boleh jagakan awak.” ucap Megat
Andrian sambil menguap. Maya meletakkan kekura tangannya di atas
mulut Megat Andrian.
Terharunya
Maya. Sungguh, Megat Andrian adalah lelaki yang paling gentleman
pernah dijumpanya. Sempurnanya lelaki itu di matanya. Walaupun
hakikatnya, Megat Andrian tu tak adalah sempurna sangat. Lelaki yang
punya banyak kekurangan dan kelemahan. Benarlah kata orang, cinta itu
buta.
“
Jangan nak perasan okey.. saya sayangkan anak-anak saya.” kata-kata
Megat Andrian mematikan lamunan Maya. Cet! Baru aje nak perasan,dia
dah cantas! Anak-anak aje? Mak budak tak sayang ke? Ekekekek.....
“ Mana
ada perasan....”
“
Macamlah saya tak tahu perangai gedik awak tu macam mana!” balas
Megat Andrian, enggan mengalah. Maya mencebikkan bibirnya.
“ Suka
sangat cebik bibir tu. Jangan harap saya nak kiss! Kejap... saya nak
berpesan ni,dengar betul-betul tau...” 'jangan harap nak kiss'? No.
No. Itu memang ayat auta!
“
Pesanan? Oh,okey. Saya akan dengar. Memandangkan saya ni kan isteri
mithali awak?” sempat lagi Maya memuji dirinya. Megat Andrian
mengetuk perlahan kepala Maya dengan buku limanya.
“
Opss...sorry!” Megat Andrian mengusap-ngusap ubun-ubun Maya.
Lembutnya usapan Megat Andrian itu membuatkan Maya benar-benar sudah
mengantuk ditambah pula dengan olengan perahu itu seperti sedang
membuainya tidur.
“ Lain
kali, nak tukar baju tu tutup lampu,tau? Ini bukan pesanan lagi. Tapi
arahan. Sepanjang kat kampung ni,tutup lampu. Kalau dekat rumah tok
wan, jangan tukar baju dekat langsir...”
“
Kenapa?” tanya Maya. Pelik dengan arahan lelaki itu.
“
Oh...gayamu yang menyapu losen...dari hujung kaki ke lehermu yang
jinjang. Benar-benar membuatkan aku panasaran...oh tidak!”
Maya
berfikir sejenak. Sapu losen? Memang tadi dia ada menyapu losen.
Macam mana pula...
Melihatkan
senyuman nakal Megat Andrian itu, Maya membeliakkan matanya.
Tangannya spontan menampar lembut lengan sasa Megat Andrian. Hari ini
tahu pula dia nak pakai baju, sejuk barangkali.
“ Awak
jahat!! Tak jaga mata! Awak mengintai saya!”
Patutlah
tadi lelaki itu ada menyebut ayat 'cuci mata malam-malam'. Inilah
'cuci mata' yang dimaksudkannya!
“
Rezeki....”
“
Gatal! Miang! Jangan awak berani mengintai orang lain!”
“
Kalau saya mengintai orang lain.... dah lama lebam mata saya ni tahu?
Nanti awak tak boleh nak puji mata saya ni seksi dah.”usik Megat
Andrian.
Bagaikan
teringatkan sesuatu, Megat Andrian bertanya,
“ Hari
tu masa kita baru sampai kat kampung ni, awak kata kalau nak goda
saya awak akan panggil saya apa?”
Maya
mencelikkan matanya. Sengihan nakal mula terbit di bibirnya.
“
Abeyyy....” suaranya kedengaran cukup manja. Abang yang berbunyi
'abeyy' dalam loghat Kelantan itulah dirasakan sangat manja dan lunak
di halwa pendengarannya ketika baru belajar perkataan itu. Sangat
menggoda...
Jantung
Megat Andrian mula berdegup laju. Sudah tersungkur ke dia ke dalam
hamparan kasih isterinya itu? Janganlah panggil abeyy, Lisa....
Maya
mendekatkan wajahnya ke wajah Megat Andrian. Hidungnya menyentuh
hidung Megat Andrian. Lama. Mata Megat Andrian langsung tidak
tertutup. Terkejut mungkin.
“
Goodnite. Assalamualaikum...” ucap Maya sebelum melelapkan matanya.
Rasa letihnya sudah tidak tertahan lagi.
Buat
kesekian kalinya, Megat Andrian tersenyum sendirian....
Assalamualaikum bloggers yg disayangi.....
Sedih utk saya katakan,ini adalah entri yg teristimewa buat anda semua sbb.....
*next entry saya mungkin,Insya-Allah dlm masa enam bulan lagi.
*Itu saya x boleh nak janji
*Saya cuba buat entri yg terbaekkk utk uolls
*maaf sgt2 dari hujung rambut hingga hujung segala hujung(kalau saya buat anda ternanti-nanti)
*huwaa.....i will miss uolls!
*sbbnya,biarlah saya sendiri yg tahu:'(
Akhir kata....selamat bertemu lagi di masa akan dtg,Insya-Allah:)