My Cute Buddies!

Wednesday, 5 September 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 5


BAB 5


Maya Ellisa menyudahkan suapan terakhir mee goreng ke dalam mulutnya. Sudah lama dia menanti, namun kelibat Megat Andrian masih belum kelihatan. Jam pula sudah menunjukkan pukul sebelas pagi. Megat Adam sedang sibuk melayan Megat Ameer yang asyik dengan cerita fantasinya.

Puteri Intan Hawani? Usah ditanya, pastinya dia sedang tidur. Maklumlah, hari ini kan hujung minggu, batang hidung dua beradik itu hanya akan kelihatan pada waktu selepas dua belas tengahari. Haish... buruk sungguh perangai!

“ Maya, boleh tolong kejutkan Wani tak? Adam... tolong kejutkan adik Am tu. Kalau tak, sampai gempa bumi pun dua budak bertuah tu takkan bangun tidur.” Datin Suraya memandang mereka berdua dengan penuh harapan.

“ Alaa... mama kejutkan eh? Am malaslah nak naik atas...” tangan anaknya dipegang dan digomolnya. Megat Ameer terkekek – kekek ketawa.

“ Mama nak pergi mesyuarat persatuan ni... dah lambat. Tolong mama la Am. Maya boleh kejutkan Wani kan? Auntie dah pesan dekat Mak Cam untuk hidangkan makanan nanti bila diorang turun.” sempat lagi Datin Suraya membetulkan selendang di kepalanya.

“ Okey...” kata – kata Maya Ellisa terhenti sebaik sahaja melihat Puteri Intan Hawani turun dengan rambutnya yang serabai dan baju tidur bercorak teddy bear.

“ Mama nak pergi mana tu?” tanya Puteri Intan Hawani dengan mata yang berkelip – kelip. Silau matanya apabila terkena cahaya matahari yang menerobosi melalui tingkap besar banglo itu.

“ Mama ada meeting persatuan la. Pergi mandi cepat, lepastu makan. Bye! Bye! Assalamualaikum!” arah Datin Suraya tergesa - gesa kepada satu – satunya anak daranya lalu terus melangkah keluar dari banglo itu.

Puteri Intan Hawani menguap lalu mengoraklangkah menuju ke biliknya. Bunyi telefon bimbit yang berdering terpaksa dijawab oleh Megat Adam.

“ Err... Maya, tolong kejutkan Rian? Jangan bagi dia tidur, kalau dia tidur jugak, ketuk kepala dia. Bawaklah Ameer sekali. Abang nak jawab panggilan penting ni kejap ye...” Megat Adam berlalu keluar untuk menjawab panggilan telefon itu tanpa sempat pun Maya Ellisa membalas.

“ Huh... nampaknya aku jugak nak kena kejut dia bangun. Ameer? Jom ikut kakak!” ajak Maya Ellisa kerana dia tidak ingin berduaan dengan Megat Andrian di dalam bilik lelaki itu. Macam – macam boleh terjadi walaupun sekuat mana iman seseorang itu, pastinya terdapat nafsu yang membelenggu dirinya.

Maya Ellisa memegang erat tangan Megat Ameer sepanjang perjalanan menuju ke bilik Megat Andrian. Entah mengapa hatinya berdegup dengan laju di kala ini ketika hendak berjumpa dengan lelaki itu. Ini bukannya kali pertama dia berjumpa dengan lelaki itu, sudah sepuluh tahun dia mengenali Megat Andrian.

Maya Ellisa sedikit teragak – agak untuk membuka pintu bilik itu. Seperti biasa, Megat Ameer terlebih dahulu telah membuka pintu itu. Rasa sejuk daripada penghawa dingin menyusup hingga ke tulang.

Megat Andrian masih lena dalam tidurnya dengan menyelubungi selimut di sekitar tubuhnya yang terdedah. Jantung Maya Ellisa berdegup dengan lebih laju apabila matanya melihat bahu terdedah Megat Andrian. Langkahnya diatur perlahan ke Megat Andrian, tangannya masih belum melepaskan tangan Megat Ameer.

“ Haikal... Haikal... bangun, dah sebelas lebih ni..” lembut suara Maya Ellisa mengejutkan Megat Andrian. Malangnya, panggilannya itu langsung tidak memberi kesan terhadap Megat Andrian.

“ Hisy! Lepas kahwin jangan harap aku nak bagi dia tidur macam ni. Lepas subuh tak boleh tidur, lagi senang aku pasang speaker dekat telinga dia! Bangun... bangun... please Haikal?” suaranya masih perlahan namun bebelannya itu sudah dapat didengari oleh Megat Andrian. Megat Andrian cuba menahan tawanya.

Akhirnya, si gentleman pula bertindak. Megat Ameer memicit hidung Megat Andrian yang mancung, masih lagi tiada reaksi. Makin geram pula Maya Ellisa terasa pada waktu ini.

Megat Ameer mencabut selembar rambut hitam berkilat Megat Andrian. Megat Andrian cuba menahan kesakitan yang dialami akibat rambutnya yang dicabut oleh Megat Ameer. Megat Ameer masih tidak berputus asa, dicabutnya lagi selembar rambut Megat Andrian sebelum Maya Ellisa menahan tangan kanak – kanak itu.

“ Jangan Ameer... nanti uncle botak, kakak sendiri tak nak kahwin dengan uncle. Kesian uncle jadi bujang terlajak...” Maya Ellisa tahu bahawa Megat Andrian dapat mendengar butir bicaranya dengan jelas.

Never lie to a doctor. Terdapat banyak perbezaan antara orang yang sedang tidur dan juga yang sedang berpura – pura tidur. Contohnya, cara penafasan. Silap besarlah kalau si Andrian ni nak kenakan Maya Ellisa.

“ Tapi... uncle tak nak bangun...” kecewa sungguh wajah comel Megat Ameer.

“ Wait... kakak ada rancangan. Ehem... ehem...” Maya Ellisa berdehem.

“ Yassin.... Walqur 'anil-hakeem....” terus bacaan Yassin dialunkan. Dengan serta – merta Megat Andrian bangun daripada tidurnya kononnya yang lena.

“ Maya! Kal tak mati lagi la... buat terkejut aje tau! Maya nak Kal mati cepat ke? Ameer ni pun satu, yang pergi picit hidung uncle kenapa? Nasib baik uncle sempat ambil nafas... kalau tak...” Megat Andrian menghela nafasnya dengan berat.

“ You pretended just now! Hah! I knew it!” kata Megat Ameer.

“ Mandi cepat Kal. Nanti turun cepat tau, nak makan breakfast. Eh! Brunch la... jangan mekap tebal – tebal sangat tau... Ameer jom? Kita main kat bawah lagi best. Eee... tengok uncle... air liur basi kat satu muka dia, dah macam peta dunia!” usik Maya Ellisa lalu terus menarik tangan Megat Ameer yang ketawa sedari tadi apabila melihat reaksi spontan Megat Andrian yang membulatkan matanya.

Megat Andrian meraba – raba wajahnya. Dia lompat dari katil lalu menuju ke cermin untuk menelek wajahnya. Risau agaknya jika sahamnya sebagai lelaki maco akan jatuh...

“ Eleh... Maya tipu la... mana ada air liur basi? Fuh... nasib baik tak ada...” Megat Andrian menghela nafas lega lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan dirinya.

<<<<<>>>>>

MEGAT Andrian merenung anak mata Maya Ellisa dalam. Dia tahu wanita itu begitu sukar hendak melawan panahan matanya yang begitu menggoda dan menusuk kalbu. Maya Ellisa semakin berdebar – debar melihat ke dalam anak mata hijau Megat Andrian.

“ Jangan renung macam tu la. Mana adil kalau tiap – tiap kali Kal menang sebab renung macam tu? Jangan guna taktik kotor, siap Kal, Maya kerjakan nanti.” pesan Maya Ellisa dengan matanya yang masih tidak berkelip merenung mata Megat Andrian.

Lelaki itu kelihatan tenang sahaja. Tiada sedikitpun rasa gemuruh.

“ Ni bukan taktik kotor la. Maya takkan berani kerjakan Kal punya, sebab....” ayatnya sengaja dibiarkan tergantung.

“ Sebab?” soal Maya Ellisa kembali.

“ Tarraappa! Lepas kahwin baru Kal bagitau. Kalau bagitau sekarang, tak ada thrill la pulak...” matanya terasa sedikit pedih akibat angin yang masuk melalui tingkap. Namun begitu, Megat Andrian begitu pandai menyembunyikan kelemahannya. Bukan seperti Maya Ellisa, matanya sudah berair dan merah menyala.

“ Aaa... aaa... auch!” akhirnya Maya Ellisa mengalah dengan menutup matanya. Air mata tidak berhenti merembes keluar. Megat Andrian pula sedang ralit dengan kemenangannya.

“ Tak mau kawan dengan Kal la!” kata Maya Ellisa lalu berlari keluar. Hampir – hampir sahaja dia terlanggar Datuk Megat Amriz yang baru sahaja pulang dari mesyuarat dengan board of directorsnya.

Membulat mata Maya Ellisa apabila terpandangkan lelaki yang sedang berdiri dengan elok di belakang Datuk Megat Amriz.

Dia?

“ Alalala cayang busyuk masyam.....” tidak jadi pula Megat Andrian hendak bermanja dengan Maya Ellisa apabila matanya menangkap kelibat papanya yang sedang tersenyum mesra ke arahnya.

“ Papa ke, cayang busyuk masyam Rian?” tanya Datuk Megat Amriz dengan tawanya yang hampir meletus.

“ Err... assalamualaikum papa. Err... yang tu....”

“ Waalaikumsalam... hahaha. Itulah... papa suruh kahwin cepat, tangguhkan pulak. Tengok? Sampai nak bermanja pun macam cinta di muka pintu. Hahaha.... Maya pun dah menangis...” Datuk Megat Amriz ketawa. Lelaki yang berada di belakangnya hanya tersenyum.

“ Papa... masuk dululah.” pelawa Megat Andrian. Kemudian Megat Andrian menepuk lembut bahu lelaki itu.

“ Haa, Khairi, lama tak nampak? Ayah dengan ibu kat kampung kau okey?” tanya Megat Andrian prihatin terhadap keluarga pemandu itu.

“ Alhamdulillah... kau macam mana? Makin berisi aku nampak?” sapanya mesra juga.

“ Eh kau ni! Ni otot tau, bukan lemak atau daging biasa. Kalau jual, memang mencecah berjuta harganya. Bukan macam kau, cekeding ja aku tengok!” persamaan umur antaranya dengan Khairi membuatkannya semakin selesa untuk menggunakan kata ganti kau-aku apabila bertutur.

“ Kau tak nak jemput aku ke Rian? Datuk dah masuk, yang aku masih tercongok ni kenapa? Dahla, aku nak balik....”

“ Masuklah! Lupa pulak... hehehe...” sengih Megat Andrian sambil menarik tangan Khairi yang mengugut hendak keluar.

Kedua – duanya terpaku apabila mata mereka bersabung. Baik Maya Ellisa mahupun Khairi, kedua – duanya terkedu. Masing – masing membisu seribu bahasa. Megat Andrian yang menjadi pemerhati sedari tadi semakin tidak selesa dengan sketsa yang sedang berlangsung di hadapannya sekarang.

Memang tidak selesa pun. Siapa yang selesa kalau awek sendiri kena tenung macam tu? Lagilah gila kalau si awek tu tenung laki tu balik. Kesian Andrian...

“ Woi! Apa ni? Nak buat reunion ka?” sergah Megat Andrian. Namun kelibat Megat Adnrian seperti tidak wujud sahaja apabila mereka tersenyum mesra antara satu sama lain.

“ Mangkuk ayun tingkat dua puluh lima!” kata Maya Ellisa dan Khairi serentak.

“ Hek eleh... minah, macam mana kau boleh ada dekat sini pulak? Setahu aku, awek si Andrian yang duduk sini untuk sepuluh hari yang seterusnya.” soal Khairi yang kelihatan teruja setelah sudah lama tidak berjumpa dengan kawan baiknya sejak empat belas tahun lalu.

“ Kau rasa? Kenapa tanya aku? Kau tercegat dekat sini buat apa?”

“ Aku la driver Datuk ni.” tenang sahaja dia berkata – kata. Megat Andrian masih dibiarkan beribu persoalan di benaknya itu.

“ Sejak bila? Aku tak pernah nampak kau pun?”

“ Sengal betullah kau ni. Dah tiga tahun. Memang la kau tak pernah nampak aku, sebab setahun lalu pun kau study dekat oversea kan? Kau baru habis course medic. Minah dangdut tu yang bagitau aku. So, amacam? Kau jadi tak doktor?” soal Khairi pula.

Megat Andrian terkejut kerana sesuka hati sahaja Khairi memanggil buah hati pengarang jiwanya sengal.

“ Kau ingat aku apa? Aku doktor la, bukan saja doktor, tapi doktor terbaik abad ni tau!” kata Maya Ellisa sambil tersenyum mesra. Makin terbakar jadinya Megat Andrian.

“ Oh... dah berapa orang kau bunuh?” soalnya selamba lagi.

“ Wait! Apa semua ni? Maya? Macam mana Maya boleh kenal Khairi ni? Dah macam kawan rapat pulak Kal tengok?” Megat Andrian sudah tidak dapat mengawal api cemburu yang semakin menjulang. Silap haribulan, Khairi pula yang akan berada di udara.

“ Kal? Oh my goodness! Rian, Maya ni awek kau ke? Weh... tak bagitau aku pun?” Khairi mencelah tanpa memberi peluang untuk Maya Ellisa menjawab soalan yang diajukan oleh Megat Andrian.

“ Hehehehe....” Maya Ellisa hanya mampu tersengih. Malu pun ada!

“ I still owe an explanation from both of you. Mangkuk ayun tingkat dua puluh lima? Sengal? Khairi, you start.” arah Megat Andrian bagaikan penyiasat sahaja.

“ Oh... mangkuk ayun tu... nama geng aku dengan Maya ni. Ada lagi sorang, tapi dia ada kat Sarawak sekarang ni. Sengal tu, dah memang kebiasaan aku panggil Maya dengan lagi sekor tu. Kalau kau nak tahu, Maya ni panggil aku lagi teruk daripada tu.....”

“ Aku tak nak tahu! Lagi sorang?”

“ Sharifah Kajol, minah dangdut. Mak dengan bapak dia minat sangat dengan pelakon Kajol tu, sebab tu sampai namakan dia sempena Kajol.” kini, Maya Ellisa pula yang mencelah.

“ Dah berapa lama kau kenal Maya?” soal Megat Andrian, masih tidak berpuas hati.

“ Dari darjah satu lagi. Lepas sekolah rendah, aku tak sama sekolah dah dengan dia. Tapi tiap – tiap tahun memang kami bertiga akan berjumpa la. Cuma lepas masuk U, aku pun dah lost contact dengan diorang tu...” terang Khairi panjang lebar.

“ Now you! Kenapa tak pernah bagitau Kal yang Maya kenal si Khairi ni?” mata Megat Andrian beralih ke arah Maya Ellisa pula.

“ Maya tak tahu pun Khairi ni driver uncle. Maya ingatkan Kal tak kisah...”

“ Kal kisah!”

“ Okey... okey... sori Kal, sebab tak pernah bagitau. Sori ek? Maya belanja lolipop nanti, nak tak?” Maya Ellisa cuba menyedapkan hati Megat Andrian dengan cara yang tidak berapa berkesan itu.

“ Hehehe... nak!” Megat Andrian sememangnya suka dilayan bagaikan kanak – kanak kecil oleh Maya Ellisa.

“ Ri, kenapa kau kerja driver ni? Bukan dulu kau pernah kata yang kau nak further?”

“ Alkisah... ehem... ehem... bapak aku kena strok tiga tahun lepas, mak aku terpaksa jaga bapak aku. Adik aku? Baru umur sepuluh masa tu. So, aku drop U, lepastu masuk kerja dengan Datuk. Memang aku sangat suka jadi driver ni, sampailah sekarang.” terang Khairi satu – persatu.

Maya Ellisa turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kawan baiknya itu.

Kedengaran bunyi tapak kaki semakin laju menghampiri mereka. Siapa lagi kalau bukan Puteri Intan Hawani?

“ Abang Khai! Bila sampai?” soalnya terus dengan rambutnya yang ditocang satu itu kepada Khairi.

'Aduh... lagi satu reunion la pulak.' Megat Andrian bermonolog kepada dirinya sendiri.

<<<<<>>>>>

“ NAK main basketball tak? Alaa... please... please... nanti Isnin Wani dah sekolah, tak boleh main dah. Abang Rian? Abang Khai? Kak Maya?” rayu Puteri Intan Hawani kepada mereka bertiga yang sedang bersantai di gazebo.

“ Wani ajaklah abang Adam main sekali. Abang Khai nak balik dah ni. Dah pukul lima setengah pun.” tolak Khairi dengan sopan. Masam mencuka wajah Puteri Intan Hawani.

“ Abang bukannya tahu abang Adam tu, asyik – asyik main dengan Ameer. Lepastu, bercinta pulak dengan handphone dia. Malaslah Wani nak ajak dia. Alaa... pleaselah abang Khai...” rayunya lagi.

Maya Ellisa sedang memerhati ikan – ikan koi berenang di dalam kolam ikan di hadapan gazebo itu. Megat Andrian? Usah ditanya, pastinya dia akan duduk sama tercongok melihat ikan – ikan itu berenang, walaupun dia tahu betapa bosannya merenung ikan – ikan tersebut. Matanya juga sudah terasa amat berat sekali.

“ Hmm... okeylah. Tanyalah abang dengan kakak ipar Wani, diorang nak ikut kita tak?” akhirnya Khairi bersetuju melihatkan wajah sedih Puteri Intan Hawani. Comel sahaja wajah bujur sirih itu dilihatnya.

“ Woi abang! Jangan tidur sampai jatuh kat dalam kolam tu, kesian ikan – ikan mama, nanti diorang mati. Nak ikut Wani main basketball tak? Kak Maya?” teriaknya dari jauh.

Megat Andrian yang terkejut tahap cipan itu hampir – hampir sahaja terjatuh ke dalam kolam itu jikalau bukan kerana Maya Ellisa yang menariknya masuk. Megat Andrian mengurut dadanya kerana rasa terkejut yang amat.

“ Hisy budak ni! Suara mengalahkan siren ambulans! Abang tak tidur la, kau yang rabun!” Megat Andrian cuba menutup rasa malunya yang menggunung.

“ Ye la... ye la... aku jugak yang rabun. Abang nak ikut tak? Kak Maya ikut sekali kan?” Puteri Intan Hawani mengulangi pertanyaannya.

Maya Ellisa mengangguk tanda setuju. Pasti seronok jika dapat lepak bersama kawan lama.

“ Hmm... jom! Tercegat apa lagi? Kau pun sama Khairi!”

Tanpa disedari, Megat Andrian menarik tangan Maya Ellisa untuk mengikutinya. Membulat mata Maya Ellisa menjegilnya dengan jegilan maut. Maut sangatlah tu...

Maya Ellisa merentap tangannya dengan kasar daripada pegangan Megat Andrian. Terkedu dibuatnya Megat Andrian.

“ Haikal! Dah lupa ke yang kita ni belum kahwin?” soalnya terus dengan riak wajah serius.

“ Err... sorry Maya. Tak sedar sebenarnya... err... hehehe...” sengih Megat Andrian.

“ Jangan buat lagi tau. Janji?” Maya Ellisa tahu lelaki itu sebenarnya tidak sengaja, tetapi sengaja ingin mengusiknya.

“ Janji! Tapi lepas kahwin janji dibatalkan tahu?”

“ Ye la...” Maya Ellisa menghela nafasnya sebaik sahaja sampai di gelanggang bola keranjang di belakang rumah banglo Datuk Megat Amriz.

“ Okey, aku team dengan Maya, Rian pulak, kau team dengan Wani. Okey?” cadang Khairi sambil melantun – lantunkan bola berwarna oren itu.

“ Why?! No! Rian nak team dengan Maya!” bantah Megat Andrian sekeras – kerasnya.

“ Haikal... please?” tanya Maya Ellisa dengan lembut membuatkan Megat Andrian berasa sedikit tenang berbanding tadi.

“ Huh...” Megat Andrian mengangguk walaupun terpaksa.

Maka dengan itu, bermulalah perlawanan tidak rasmi bola keranjang antara pasukan Megat Andrian dan Puteri Intan Hawani, dengan Khairi dan Maya Ellisa.

Setelah sejam bermain, masing – masing sudah keletihan, terutamanya Puteri Intan Hawani. Itulah, gatal sangat nak main kan, hamek kau! Keputusan akhir perlawanan, 54-13. Kemenangannya berpihak pada? Sila tunggu dan lihat ye...

“ Maya... aku tak sangka kau masih hebat main bola keranjang la. Aku ingatkan kau dah lupa macam mana nak main. Tapi bila aku tengok kau main tadi, fuh! Dahsyat beb!” puji Khairi kepada Maya Ellisa.

“ Kau tengoklah siapa ni? Bekas MVP team basketball sekolah tau!” kata Maya Ellisa dengan bangganya.

“ Tak bestlah macam ni. Wani kalahla. Ni semua sebab Abang Rian.” keluh Puteri Intan Hawani.

“ Kau yang duduk bagaikan badak, tak nak bergerak langsung. Aku pulak penyebab kita kalah? Eee... geramnya!” marah Megat Andrian dengan wajah yang serius, namun tetap kelihatan maco.

“ Wani... ini game aje kan? Jom masuk, dah lewat ni.” ajak Khairi.

“ Nanti abang ajarlah Wani macam mana nak main menda ni. Wani tengok, dari tadi abang Khai dengan kak Maya asyik melompat sana – sini aje. Wani tak fahamlah...”

“ Okey... okey... nanti abang ajar okey?”

Puteri Intan Hawani mengangguk lalu berlalu masuk ke dalam rumah bersama Khairi meninggalkan Megat Andrian berdua dengan Maya Ellisa. Megat Andrian membaringkan tubuhnya di atas rumput dengan nafas yang sedikit berombak. Maya Ellisa mengambil tempat di sebelah Megat Andrian.

“ Seronok la tu, menang kan?” soal Megat Andrian dengan kepalanya yang didongakkan sambil melihat burung – burung berterbangan di awan.

“ Ya! Bukan setakat menang, tapi menang dengan jurang besar pula tu! I've never felt any better than this in my life!” kata – kata Maya Ellisa itu dibalas dengan jegilan oleh Megat Andrian.

“ Haikal... can you see what I can see?” tanya Maya Ellisa tiba – tiba.

“ See what? Yang Maya suka dekat Khairi tu?”

Pang! Merah menyala rasanya paha Megat Andrian setelah ditampar dengan kuat oleh Maya Ellisa dengan menggunakan botol air mineral yang separuh kosong.

“ Auch... sorry. What can you see?” dengan lembut Megat Andrian bertanya.

“ Khairi tu macam suka dekat Wani la. Macam, dia ambil berat sangat kat Wani tu. Takkan Kal tak perasan tadi? Wani tergelincir sikit masa game tadi, dah jadi macam gila si Khairi tu!” luah Maya Ellisa.

“ Memang perasan pun, it's so obvious. Tapi, beza umur sepuluh tahun la...”

“ Sayangnya...”

“ But, age barrier bukan penghalang kan?” Megat Andrian tersenyum lega. Nasib baiklah Maya tak cakap yang dia suka dekat Khairi, kalau tak, meletup terus gunung berapi Megat Andrian.

“ I see where you're going... good, I like...”

“ Jom! Takkan Maya nak duduk sini? Tak takut ke kalau ada yang meneman?” usik Megat Andrian.

“ Siapa pulak yang nak meneman?” soalan Maya Ellisa itu dibiarkan sepi sahaja. Megat Andrian tersenyum nakal lalu terus memecut masuk ke dalam banglo itu.

“ Haikal!!!” bergema jeritan Maya Ellisa akibat ketakutan dan juga geram pada Megat Andrian. Maya Ellisa mengejar Megat Andrian dari belakang.

Kuch... Kuch.. Ho.. Ta.. Hai... kalau dipakaikan selendang bermanik pada Maya Ellisa dan jubah pada Megat Andrian, pastinya sudah menjadi filem Hindustan yang terhangat abad ini!