My Cute Buddies!

Saturday, 27 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 9


BAB 9

“ Kal sayang sangat dengan Maya. Dengan ini, saya, Megat Andrian Haikal, dengan setulus hati saya, inginkan kepastian sama ada puteri kesayanganku, Dr. Maya Ellisa, sudi menjadi peneman hidupku, di kala susah dan senang, pengubat rinduku, ratu hatiku dan nadi jiwaku?” romantis suara Megat Andrian menyapa gegendang telinga Maya Ellisa.

Maya Ellisa hanya kaku di tempat duduknya sambil matanya tidak berkelip memandang cincin bertatahkan berlian yang diikat tinggi itu. Megat Andrian pula masih setia melutut di hadapan gadis idamannya itu.

Air mata Maya Ellisa sudah bergenang di tubir matanya. Sungguh, dia terasa cukup terharu di saat ini kerana penantiannya untuk bergelar isteri kepada Megat Andrian semakin hampir. Kepalanya dianggukkan perlahan tanda setuju.

Dengan perlahan, Megat Andrian menyarungkan cincin berlian itu di jari manis Maya Ellisa dengan perasaan yang berdebar. Sedari tadi duduknya tidak senang dan kini, segalanya sudah berakhir. Cuma tinggal satu sahaja detik yang mencemaskan baginya.

Itu adalah ketika dia akan melafazkan akad nikah, mungkin tidak lama lagi.

“ Thanks Maya...” ucap Megat Andrian dengan suara yang sedikit bergetar.

Tiba – tiba kedengaran bunyi tepukan gemuruh dari kabin penumpang pesawat airbus itu. Maya Ellisa yang kehairanan, terus membuka pintu yang menghalang ruang kabin itu dengan kokpit pesawat. Alangkah terkejutnya dia berasa apabila melihatkan semua ahli keluarganya ada di situ, termasuklah keluarga bakal mertuanya.

Megat Ameer, Megat Adam, Puteri Intan Hawani dan Maria Erina tersenyum sungging ke arahnya. Manakala Datuk Megat Amriz, Datin Suraya, Datuk Mukhriz dan Datin Munirah hanya tersenyum. Sudah merah tahap petala wajahnya kini.

Aduh! Macam mana pulak aku boleh lupa yang hari ni umi dengan babah balik dari umrah? Along pulak kenapa menyibuk dekat sini?! Dan yang lain.... aahhhh! Tadi semua hanyalah lakonan! Patutlah aku tengok Haikal gelabah semacam aje tadi! Adeh... malunya....

“ Hehee.....” Megat Andrian menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal apabila ditenung tajam oleh Maya Ellisa.

“ Tahniah sayang... anak umi dah nak jadi isteri orang dah, jangan buat perangai tak senonoh lagi ye....” pesan Datin Munirah sambil memeluk Maya Ellisa.

“ Umi... kenapa tak call kata umi balik hari ni?”

“ Alaaa.... kalau umi call pun, nanti orang tu lupa jugak. Biasalah... orang yang tengah bercinta ni, mood dia berbeza sikit..” kata Datin Munirah selamba.

Maria Erina bergerak mendekati dua beradik itu lalu terus mencapai tangan Maya Ellisa. Dibeleknya cincin yang terletak elok di jari manis adiknya itu. Matanya bersinar – sinar.

“ Adam... betullah awak cakap! Memang cincin ni lawa! Dan pada pemerhatian saya, mahal, sama macam yang awak cakap tu!”

“ Dah kata dah...” Megat Adam mengusap rambut lebat Megat Ameer yang sedang berada di pangkuannya.

“ Abang Am... nanti beli cincin plastik cukuplah untuk along. Dia tak kisah pun...” Maya Ellisa mengenakan kakaknya pula.

“ Really?” tanya Megat Adam dengan keningnya yang terangkat seolah – olah dia akan membeli cincin untuk Maria Erina nanti.

“ Eh.. eh... sapa cakap along tak kisah? Kisah la... along bukannya macam Aiman tak kisah....”

“ So.... bila nak nikah?” tanya Datuk Mukhriz, mencelah perbualan tidak berfaedah kedua – dua anak perempuannya itu.

“ Minggu depan!”

Semua mata kini tertumpu pada wajah poyo Megat Andrian. Dia tersengih – sengih bagaikan orang tidak bersalah sahaja. Maya Ellisa mengerutkan dahinya, tanda tidak berapa setuju dengan cadangan tidak masuk akal bakal suaminya itu.

Minggu depan?! Sudah gilakah lelaki itu?! Bagaimana pula dengan segala persiapan hantaran? Majlis pula bagaimana?! Hiasan lagi?! Jemputan?! Ayoyo kadawale....

“ Abang gilakah?!!” kata Puteri Intan Hawani yang jelas sungguh riak wajah terperanjatnya.

“ Helo my little sis..... abang awak tu, dah lama plan benda ni. Semua benda dah settle. Yang kena buat sekarang ialah.... dapatkan persetujuan puteri abang awak tu...” jawab Megat Adam selamba.

Mulut semua yang berada di situ sudah terlopong. Masing – masing seperti lupa bahawa mereka kini sedang berada di dalam kapal terbang yang sedang meluncur laju tanpa hala tujunya.

“ Yang dia dah dapat... sampai hati abang tak bagitau dekat Wani. Tak mau gengla macam ni...” kata Puteri Intan Hawani dengan muncung sedepanya.

“ Sebab.... mulut Wani tu, macam tempayan! Kalau bagitau dekat Wani, tak jadi surprise la...” Megat Adam sudah melepaskan tawanya yang kuat.

“ Boleh tak kalau kita turun dari plane ni dulu? Lepastu barulah boleh bincang pasal... errr... kena bincang lagikah atau.... semua dah selesai?” Maya Ellisa bersuara menyatakan kebingungannya.

“ Dah settle Maya... cuma nanti Maya pilihla warna tema untuk wedding kita nanti. Abang dah settle semua dengan wedding planner. Okay?” tanpa disedari, Megat Andrian telah membahasakan dirinya sebagai abang.

Err... kau awal sangatlah Haikal! Kau tak rasa ke yang Maya tu 'terkezoot' dengan perubahan mendadak ni?!

“ Umm... err.... aaa....” lidahnya berasa kelu untuk berbicara. Mungkin terlalu terkejut dengan perubahan mendadak pada Megat Andrian itu.

“ Sorry! Sorryyyy..... sebab tak plan sekali dengan Maya dulu tapi...”

“ Kau tak sabar nak kahwin dengan Maya!” celah Megat Adam. Kata – katanya itu menyebabkan muka Megat Andrian dan Maya Ellisa berubah menjadi merah.

“ Aaaa.... errr.....” Maya Ellisa masih tidak dapat menghabiskan ayatnya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak memanggil Megat Andrian selepas ini.

“ Abang?? hahahahahahaha..........” Megat Adam pula masih dengan ketawa tahap king kongnya itu. Datin Suraya dan Datin Munirah hanya tersenyum manis.

“ Abang?? eeeiiiii..... tak sabar sangat la tu!” Puteri Intan Hawani mengusik Megat Andrian. Kata – katanya itu mengundang tawa Maria Erina. Maya Ellisa menjeling tajam kakaknya itu.


“ Dah.. dah.. kesian pulak mama tengok Rian. Pergi daratkan kapal terbang ni cepat. Takkan kita nak duduk terus kat udara ni?” Datin Suraya mendaratkan pandanganya pada Megat Andrian.

“ Okey mama....”

Megat Andrian memasuki ruang kokpit. Sebelum itu, sempat lagi dia berpesan kepada mereka untuk memakai tali pinggang keselamatan dan bersedia untuk pendaratan nanti.

“ Ehem.. ehem....” Maria Erina berdehem kepada Maya Ellisa, tetapi dia seperti tidak mengerti isyarat yang sedang diberikan Datin Suraya itu.

“ Hisy kau ni... kau saja buat – buat tak paham ke apa?”

“ Kenapa ni along?” tanya Maya Ellisa dengan seribu kerutn di dahi licinnya.

“ Pergi ikutlah laki kau tu, takkan yang tu pun along nak ajar kut?”

Seperti burung belatuk, Maya Ellisa hanya mengangguk dan membuka langkahnya menuju ke ruang kokpit pesawat airbus itu.

Maya Ellisa berdehem sekali dua untuk menyedarkan Megat Andrian akan kelibatnya di situ. Serta – merta Megat Andrian menghalakan pandangannya kepada Maya Ellisa dan mengisyaratkannya untuk duduk di kerusi sebelahnya.

“ Maya... abang tahu mungkin Maya terkejut dengan semua ni, but... let me explain...” nafasnya ditarik dalam.

“ Maya ingat tak waktu kita tingkatan lima dulu, Maya ada mintak something dengan abang?”

“ Err... tak...” jawabnya sedikit teragak – agak.

“ Maya cakap, Maya nak abang lamar Maya dekat ruang udara. Ingat tak? Masa tu memang abang rasa tak mungkin akan berlaku tapi, hari ni abang berjaya tunaikan permintaan Maya tu.” Megat Andrian tersenyum menyerlahkan barisan giginya yang putih bersih.

“ Kenapa aaa.... abbb.... abaaang sanggup layan permintaan tak masuk akal Maya tu?” dia masih agak kekok untuk membahasakan diri Megat Andrian sebagai abang kerana sepanjang sepuluh tahun mengenalinya, tidak pernah sekali pun dia memanggil lelaki itu dengan panggilan abang.

“ Mana ada tak masuk akal? Kan dah masuk akal sekarang? That's it, abang lamar Maya dekat udara!”

“ So... airbus ni....”

“ Hadiah dari papa untuk wedding kita.”

“ Oh... uncle Riz memang tahu la, yang abang rancang semua ni dari awal lagi?” Maya Ellisa membetulkan duduknya supaya menghadap Megat Andrian.

“ Call him papa, sayang. And yes, papa memang tahu...”

“ Oh....”

“ Maya tahu tak? Dah lama abang impikan supaya Maya dapat jadi isteri abang, dan minggu depan, insyaAllah, impian abang tu akan tertunai. Kalau boleh... memang abang nak kahwin dengan Maya sekarang jugak!”

“ Gelojoh!!”

“ Dengan awak aje sayang....”

Setelah sepuluh tahun menunggu, akhirnya bersatu juga dua jiwa ini. InsyaAllah, moga – moga ikatan ini akan berkekalan. Amin!

Friday, 19 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 8


BAB 8

Hari ini, Maya Ellisa berasa sungguh sedih kerana lelaki kesayangannya itu akan pulang ke United Kingdom. Siapa lagi kalau bukan Megat Ameer?

“ Will you miss me Ameer?” tanya Maya Ellisa dengan suara yang sayu. Tangannya memegang kedua – dua pipi gebu Megat Ameer.

Megat Ameer memandang Maya Ellisa dengan mata yang bercahaya. Megat Andrian sedang bercakap sesuatu dengan Megat Adam dan Puteri Intan Hawani. Lelaki itu kelihatan sungguh gelisah.

Datin Suraya, Datuk Megat Amriz dan Puteri Intan Hawani pula sudah memberitahu Maya Ellisa bahawa mereka akan ikut sama Megat Adam ke United Kingdom. Ini bermakna bahawa Maya Ellisa akan pulang ke rumah banglo babahnya kerana takkan pula dia hendak tinggal berdua pula dengan Megat Andrian nanti?

Megat Andrian pula memberitahunya bahawa dia tidak dapat mengikuti keluarganya yang lain ke sana memandangkan cutinya yang hampir tamat dan tidak lama lagi dia harus kembali bertugas.

“ I will kakak...” Megat Ameer memeluk erat tubuh Maya Ellisa seperti tidak ingin melepaskannya. Maya Ellisa sudah berasa sebak.

“ Maya? Ameer? Jom. Nanti takut terlepas flight pulak.” tegur Megat Adam.

Sepanjang perjalanan ke lapangan terbang, Megat Ameer tidur lena di pangku Maya Ellisa. Tangannya asyik mengusap rambut lebat Megat Ameer itu.

<<<<<>>>>>

Sekali lagi Maya Ellisa memeluk kejap tubuh genit Megat Ameer dan mencium pipinya itu. Megat Andrian pula dilihatnya sedang bermain isyarat mata dengan abangnya sambil bahunya ditepuk oleh Datuk Megat Amriz seperti sedang memberi sokongan terhadapnya.

Ada apa – apa yang aku tak tahu ke? Adakah semua ini dirancang? Tak mungkin... kerana Megat Ameer kelihatan benar – benar sedih dengan perpisahan ini. Persoalan itu ligat bermain di benak Maya Ellisa.

“ Maya... tolong tengok – tengokkan anak mama ye? Dia tu hanya dengar cakap Maya aje. Maya maafkan dia ye, kalau dia tersalah cakap dengan Maya ke?” Datin Suraya memegang tangan bakal menantunya yang sejuk itu.

“ Eh! Tak adalah auntie... insya – Allah, Maya akan jaga anak auntie yang macam budak – budak tu okey? Alaa... jangan sedih la auntie.” Maya Ellisa cuba menceriakan suasana.

Tidak pernah seumur hidupnya sepanjang mengenali Megat Andrian, lelaki itu pernah tersalah cakap dengannya. Lelaki itu cukup menjaga tutur katanya. Kecuali adakalanya nakal juga perangainya itu.

Tapi kau suka perangai nakal dia kan, Maya?

Penumpang pesawat ke United Kingdom sudah dipanggil. pesawat itu pula akan berlepas lebih kurang setengah jam lagi. Penumpang diminta masuk ke balai berlepas untuk menguruskan persediaan untuk penerbangan mereka itu.

Megat Andrian memeluk Datuk Megat Amriz, Megat Adam dan Puteri Intan Hawani serentak. Maya Ellisa pula memeluk Datin Suraya sebelum menghantar mereka ke pintu balai berlepas penerbangan antarabangsa.

Maya Ellisa sedikit tersentak apabila melihat Megat Andrian sedang memerhatikannya di sebelahnya. Dia melambai – lambai tangannya di hadapan wajah Megat Andrian yang sedikit pucat.

Hisy... apa yang Haikal ni takutkan sangat? Macamlah aku nak suruh dia terjun dari KLIA ni!

“ Err... Maya... jom, ikut Kal kejap boleh?”

“ Hah?”

“ Ikut aje. You can trust me.”

Maya Ellisa hanya membuntuti langkah Megat Andrian dari belakang. Apakah maknanya semua ini?

<<<<<>>>>>

Hangar?

Kenapa pula Megat Andrian hendak membawanya ke garaj pesawat?

Akhirnya langkah mereka berdua terhenti di sebuah pesawat jenis airbus. pesawat itu kelihatan baru. Maya Ellisa memerhati segenap bahagian pesawat yang besar itu dengan rasa kagum.

“ Err... kenapa Kal bawak Maya datang sini?”

“ Saja.” mudah sahaja jawapan yang keluar dari mulutnya itu. Maya Ellisa masih tidak berpuas hati.

“ Haikal....” suaranya sedikit mendayu – dayu kedengaran di cuping telinga Megat Andrian.

“ Okey... okey... so... this airbus....”

“ Yes?”

“ Is mine.” suaranya mendatar. Matanya tidak lepas – lepas dari memandang wajah terkejut Maya Ellisa. Dia sudah dapat menjangkakan hal ini. Namun ini bukanlah kejutan besarnya pada hari ini.

“ Huh?! Biar betul... kenapa Maya tak pernah tahu pun? Bila Kal beli airbus ni? Waaa... awesome....” mulutnya sedikit melopong.

Megat Andrian tersenyum melihat gelagat Maya Ellisa. Comel!

“ Baru beli aje. Tapi papa tolong uruskan la. Sebab syarikat papa tu kan syarikat penerbangan, so, senanglah kalau nak beli airbus latest dekat pasaran. Cool, kan?” tenang sahaja Megat Andrian menjawab pertanyaan Maya Ellisa itu. Namun debaran di hatinya sudah makin menggila!

“ Banyaknya duit yang Kal ada....” tanpa disedari, kata – kata itu terus meluncur keluar dari mulutnya. Maya Ellisa menekup mulut lasernya dengan pantas.

Bukannya dia tidak percaya bahawa Megat Andrian mampu membeli airbus ini, tetapi mustahil lelaki itu hanya berkerjaya sebagai juruterbang sahaja? Mungkinkah Megat Andrian ada membuat bisnes yang lain? Bisnes apa pulak tu? Halal ke haram?

Hisy Maya.... kau ni, cepat sangat berburuk sangka pada Haikal. Tunggulah dulu, dengarlah apa yang dia nak kata...

“ Sebenarnya, papa yang belikan airbus ni untuk Kal. Memang impossible kalau Kal nak belilah... harga pun berjuta – juta, hisy... sampai ke tua baru boleh beli agaknya!”

“ Kenapa pulak uncle Riz nak beli untuk Kal?”

Tak ada kerja lain ke uncle Riz oiii... selain daripada nak habiskan duit?

Maya! Dengarlah penjelasan Haikal tu dulu! Marah suara hatinya lagi.

“ Hadiah.”

“ Err... untuk apa ye?” tanyanya lagi. Entah kenapa hatinya makin dibanjiri rasa ingin tahu pada ketika ini.

“ You'll know, soon.”

Megat Andrian berjalan menuju ke pintu pesawat itu lalu mendaki tangga yang menuju ke pintu itu. Maya Ellisa hanya memerhati dengan seribu tanda tanya.

Megat Andrian melambai ke arahnya seperti menyuruhnya untuk mengikut sama masuk ke dalam pesawat yang sangat besar itu.

“ What?” dengan muka poyonya Maya Ellisa bertanya.

“ Jom!” ajak Megat Andrian ceria.

“ Seriously?! Kita nak naik airbus ni?”

“ Yes. Just the both of us.”

“ Am I the first one? Maya orang pertama ke yang Kal nak bawak dalam airbus lawa ni?!” matanya sudah terbeliak dek rasa teruja yang amat.

“ Ye sayang...” Megat Andrian tersenyum menggoda.

“ I love you Haikal!!!!” hampir – hampir sahaja Maya Ellisa yang sedang berlari ke arah Megat Andrian itu terpeluk tubuh sasa lelaki itu jika bukan kerana otak warasnya yang kembali berfungsi.

Fuh... nasib baik! Terima kasih encik otak!

Maya Ellisa tersenyum sungging ke arah Megat Andrian dengan muka yang sehabis poyonya. Megat Andrian tersenyum lalu mempersilakan Maya Ellisa ke dalam pesawat itu.

“ Do you know butang apa yang nak kena tekan semua? Banyak sangat ni...”

“ Of course dear, I'm a pilot.” Megat Andrian mengambil tempat duduk di kokpit, bersebelahan dengan Maya Ellisa. Pintu hangar yang terbuka luas itu dipandangnya.

“ Geee.... I thought jadi pilot ni senang aje. Bagi plane terbang, then daratkan dia. That's it. Tak tahu la pulak ada banyak benda yang nak kena amik tahu...” Maya Ellisa membelek butang – butang kecil di hadapannya. Tidak berani dia hendak menyentuhnya.

Megat Andrian mengendalikan pesawat itu hingga ke landasan yang panjangnya lebih satu kilometer itu. Kelajuan pesawat itu mencecah lebih enam ratus kilometer sejam. Seketika sahaja sebelum pesawat itu sudah berada di udara.

Megat Andrian cuba menenangkan dirinya. Maya Ellisa di sebelah dipandangnya sekilas. Kata – kata semangat daripada abang, adik dan papanya kembali bermain di benaknya. Dia menarik nafas sedalam – dalamnya, dalam usaha untuk memperlahankan degupan jantungnya itu.

Pesawat itu ditukarkan pada mod 'autopilot'. Okey, inilah masanya.

Ready, set, go!

Saturday, 13 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 7


BAB 7

Maya Ellisa memandang Megat Ameer yang berada di hadapannya. Masing – masing merenung ke dalam anak mata pihak lawan dengan tajam. Mereka berjabat tangan, tanda sudah tiba masanya untuk memulakan perlawanan yang telah ditetapkan.

Puteri Intan Hawani memegang kepalanya yang sedikit membengkak itu. Menyumpah – yumpah dia pada jiran di rumah sebelahnya kerana melontar cakera frisbee yang tepat mengenai dahinya. Dia hanya menyabarkan dirinya kerana orang yang mengakibatkan kejadian ini tidak lain daripada adik kepada Danish.

Danish? Alaa... yang Puteri Intan Hawani sudah tangkap cintan dengannya itu... Cinta yang bertepuk sebelah tangan aje tau! Mamat Danish tu tak adalah nak suka pada budak hingusan yang belum lepas SPM pun seperti Puteri Intan Hawani itu.

Perkara yang paling dia tidak boleh tahan ialah abangnya, Megat Andrian. Dirinya yang cedera teruk hingga bengkak separuh dahinya itu tidak dihiraukan, namun abangnya itu sibuk menjerit nama Maya Ellisa.

Akhirnya, Puteri Intan Hawani dibiarkan sahaja di situ mengerang kesakitan. Terkumat – kamit mulutnya memarahi tindakan abangnya yang pada ketika itu tidak menghiraukan langsung keadaannya itu.

Tahulah sayang awek! Tapi agak – agaklah abang oii... adik sendiri pun tak nampak ke kalau Kak Maya ada kat depan?! Marahnya dalam hati.

“ Wani... sakit lagi ke dahi tu? Nak Kak Maya tolong urutkan tak? Tapi lepas main futsal dengan Ameer la...” katanya sambil matanya memandang ke arah Puteri Intan Hawani.

Puteri Intan Hawani hanya menggeleng, tidak mahu menyusahkan Maya Ellisa. Megat Ameer sudah melantun – lantunkan bola futsal di tengah padang di halaman rumah banglo datuknya.

“ Tak payahlah sis. Wani okey aje ni. Kak Maya main dengan Ameer la dulu, nak tunggu dua ekor Megat tu, belum tentu sempat main.” sudah tentu dia maksudkan Megat Andrian dan Megat Adam yang masih lena diulit mimpi.

“ Okey...”

“ Kakak! Can we start now?” peluh mula membasahi dahi licin Megat Ameer.

“ I'm coming!”

Maya Ellisa mula berlari ke arah Megat Ameer yang sudah menantinya itu. Hari ini dia memakai t-shirt lengan panjang hitam dengan selendang dan seluar trek warna yang sama. Kiranya, semua warna hitamlah...

Baru sahaja lima minit bermain futsal, tiba – tiba terdengar bunyi 'klik' yang sangat kuat. Maya Ellisa memperlahankan lariannya sambil mengerutkan dahinya. Dia mengangkat tangan kepada Megat Ameer tanda untuk menghentikan permainan itu seketika.

Kesakitan yang dialami di buku lalinya sudah tidak tertahan lagi. Dia terus terduduk. Maya Ellisa tidak berupaya langsung untuk menggerakkan kakinya itu. Makin lama dibiarkan, makin berdenyut pula jadinya buku lalinya itu.

Megat Ameer mendekatkan dirinya ke arah Maya Ellisa yang sedang terduduk di tengah – tengah padang itu. Puteri Intan Hawani juga sudah berjalan dengan rentak laju mendekati kelibat Maya Ellisa.

“ Kak Maya... are you okay?” tanya Puteri Intan Hawani sambil duduk mencangkung di hadapan Maya Ellisa.

Maya Ellisa tidak dapat memberi sebarang reaksi. Air matanya mula mengalir melalui celah kelopak matanya. Makin tidak keruan dibuatnya Puteri Intan Hawani.

Megat Ameer dengan lagak gentlemannya menyeka air mata yang mengalir di pipi mulus wanita itu.

“ Don't cry kakak... I'm here for you...” kata Megat Ameer prihatin.

“ Arrgghh....” suatu keluhan berat dilepaskan dari bibir mungil milik Maya Ellisa. Kesakitan yang dialaminya itu kini berada pada tahap maksima.

“ Err... cuba bangun kak? Wani tolong kay? Err... sis...” Puteri Intan Hawani cuba memapah tubuh Maya Ellisa namun cepat – cepat dihalang oleh Maya Ellisa.

“ Kak rasa tak boleh bangun la... sakit sangat! Wani... tolong bawak ice pack boleh tak sekarang? Cepat sikit, eh....” katanya sambil memegang buku lalinya yang semakin berdenyut itu.

Puteri Intan Hawani sudah berlari dengan laju ke dalam rumah. Jantungnya berdegup kencang kini kerana dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya apabila satu – satunya doktor di rumahnya ini pula yang sakit. Boleh gila meroyan wo!

Megat Ameer memandang Maya Ellisa dengan penuh simpati. Dia tahu bahawa perempuan itu kini sedang berada dalam kesakitan yang amat. Masakan bunyi 'klik' yang didengarinya tadi itu sungguh kuat?

Apa pula akan terjadi jikalau Megat Andrian mengetahui tentang perkara ini? Ribut... ribut...

“ Maya!!! Ya Allah! Apa dah jadi ni?!” kelihatan Megat Andrian sedang berlari ke arah Maya Ellisa dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Rambutnya kusut dan tidak terurus.

Tapi hensem jugaklah mamat Andrian tu... walaupun dah serabai peringkat kronik macam tu!

Maya Ellisa mengeluh dengan berat. Kalau boleh, dia tidak ingin langsung menyusahkan lelaki itu.

Puteri Intan Hawani pun satu. Orang suruh buat yang lain, yang lain pula yang dibuatnya.

“ Terseliuh kut... sikit aje ni...” Maya Ellisa tidak berani bertentang mata dengan Megat Andrian. Dia cuba beriak selamba.

Megat Andrian duduk mencangkung di hadapan Maya Ellisa dan mula membelek buku lalinya yang sudah sedikit membengkak itu. Kelihatan sungguh risau wajahnya kini. Maya Ellisa pula hanya mendiamkan diri, merelakan segala perbuatan lelaki itu terhadap kakinya itu.

Entah kenapa, dia tidak dapat menolak apabila melihat kebimbangan di wajah lelaki itu walaupun dia tahu dirinya itu tidak sepatutnya dibiarkan bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram dengannya.

“ Auuuch!!!” tanpa sedar, Maya Ellisa telah menjerit kesakitan. Air mata yang berhenti seketika tadi kembali mengalir.

“ Sorry! Ini Maya kata sikit? Sampai meleleh air mata?” soal Megat Andrian sinis dan tepat mengenai batang hidung Maya Ellisa.

“ Tak....” belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, badannya terasa terapung. Terasa sungguh ringan dan berangin. Hanya wajah tampan Megat Andrian terlayar di ruang matanya.

Haikal! Lelaki itu telah mengangkatnya!

Puteri Intan Hawani hanya tersengih – sengih melihat gelagat abangnya itu. Sudahlah hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, lepas tu, sesuka hati mak nenek dia aje nak angkat anak dara orang. Ini mesti nak kena leter dengan Datin Suraya ni!

Sempat lagi telefon bimbitnya itu dikeluarkan dari kocek seluar dan merakamkan saat yang dirasakan amat manis baginya itu.

Berdebar – debar Maya Ellisa rasa apabila wajahnya berada sungguh dekat dengan dada bidang Megat Andrian. Segala suara nakal yang muncul di benaknya itu cuba disingkirkan. Berkali – kali Maya Ellisa cuba menyakinkan dirinya bahawa ini ialah keadaan darurat, jadi tak apa kot...

“ Wani!!!!” sedikit bergema suaranya memenuhi rumah banglo itu apabila menyedari Puteri Intan Hawani sedang merakamkan adegan yang sangat memalukan itu.

Puteri Intan Hawani hanya tersengih bak kerang expired, langsung tidak menghiraukan jegilan maut yang diberikan oleh Maya Ellisa. Megat Andrian hanya menayangkan riak wajah selamba, seperti tiada apa yang berlaku.

Datin Suraya membulatkan matanya apabila melihat anak terunanya itu sedang mencempung tubuh Maya Ellisa dalam keadaan yang amat mencurigakan.

“ Megat Andrian Haikal! What do you think you're doing?!” sedikit meninggi suara Datin Suraya menyapa gegendang telinga Megat Andrian.

Merah menyala wajah Maya Ellisa pada waktu itu apabila disergah begitu oleh Datin Suraya. Megat Andrian hanya menayangkan wajah poyonya yang teramatlah comel itu.

Puteri Intan Hawani sudah mengekek – ngekek ketawa melihat riak selamba abangnya itu. Megat Ameer pula ketawa juga kerana berasa sungguh geli hati melihat gelagat mak cik mudanya itu.

Megat Andrian mengukuhkan lagi tangannya di sekitar pinggang Maya Ellisa. Perbuatannya yang selamba badak itu dibalas dengan jelingan maut oleh Maya Ellisa namun tidak diendahkannya langsung.

“ Maya terseliuh kut... tapi Rian tak tahu kenapa teruk sangat sampai tak boleh bangun. Bukan Rian sengaja nak angkat Maya pun...”

“ Habis tu? Nak amik kesempatalah ni? Sesuka hati dia aje nak angkat anak dara orang.” bebel Datin Suraya tanpa sedikitpun rasa marah di hatinya itu.

“ Takkan Rian nak suruh abang Am pulak yang angkat Maya? Hmm? Maya ni bakal isteri Rian, so...”

“ So?” suara garau pula kedengaran. Hisy... takkan Datin Suraya versi Hulk Hogan kut?

Kelihatan Megat Adam pula sedang mengelus – elus rambut pacaknya yang sedikit basah itu.

Buat saspens betullah mamat Adam ni...

“ Hisy... sibuklah abang Am ni... baru aje Wani nak saksikan babak romantika! Bukan selalu tau dapat peluang macam ni!” usik Puteri Intan Hawani.

Maya Ellisa hanya berdoa dalam hatinya supaya perkara yang memalukan ini akan berakhir secepat mungkin. Bimbang juga kalau dirinya itu akan menjadi bahan usikan. Dengan Megat Andrian yang langsung tidak mahu membantunya, lebih teruklah dia akan kena!

“ Hmm... yang sorang tu, dengan muka poyo tak bersalah dia. Yang sorang lagi tu? Muka dah macam terbakar... isk... isk... isk... kena cepat kahwinkan diorang mama, kalau tak... bahaya!” Megat Adam tersenyum nakal.

Datin Suraya hanya menggeleng melihat telatah ketiga – tiga anaknya yang nakal itu. Kasihan pula gadis yang sedang berada dalam dukungan anak keduanya itu. Datin Suraya tertanya – tanya. Ringan sangat ke Maya tu, sampai Megat Andrian boleh mencempungnya selama ini?

Tengoklah badan... sasa habis! Memang jatuh sahamlah kalau setakat nak angkat perempuan pun tak boleh.

“ Rian bawak Maya masuk bilik dululah. Nanti jangan lupa panggil doktor tau. Dan jangan duduk dalam bilik Maya, kalau tak... mama tak bagi Rian kahwin dengan Maya terus!” ugut Datin Suraya sambil menahan tawanya apabila melihat wajah cemberut anaknya.

“ Dan jugak jangan lupa pakai baju yang menutup aurat ye.” pesan Megat Adam. Rasanya adiknya itu tidak perasankan bahawa diri sendiri yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek kerana terlalu bimbangkan keadaan buah hati pengarang jiwanya.

Megat Andrian memandang sekilas pada dirinya. Tersengih – sengih dia sambil sebelah tangannya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Sebelah tangan lagi masih mengangkat tubuh Maya Ellisa.

Kuatnya dia... sebelah tangan pun dia boleh angkat awek dia!

“ Tu la! Hisy... buat malu ajelah...” tanpa sedar, kata – kata itu terus meluncur keluar daripada bibir mungil Maya Ellisa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Semua yang berada di situ sudah menghamburkan tawa yang amat kuat sehinggakan Megat Ameer yang tidak tahu - menahu mengenai situasi yang sebenarnya itu pun turut sama ketawa.

“ Dah... dah... haa... apa lagi Rian? Pergilah bagi Maya berehat kejap dalam bilik dia. Jangan lupa call doktor tau. Jangan pulak Rian buat benda yang bukan – bukan. Kalau tak, nanti mama cancel....”

“ Alright mem!” pintas Megat Andrian yang tidak sanggup mendengar ayat seterusnya yang akan keluar daripada mulut Queen Suraya.

<<<<<>>>>>

Maya Ellisa tidak mampu untuk bergerak langsung. Sudah dua puluh minit berlalu sejak lelaki itu meninggalkannya di atas katilnya tadi. Sempat lagi Megat Andrian berpesan padanya supaya tidak menanggalkan tudungnya kerana dia akan datang ke biliknya nanti.

Sampai sekarang pun masih tidak kelihatan kelibat lelaki yang amat dicintainya itu. Namun, setiap tindakan lelaki itu tidak dapat dijangka dek akal langsung! Seperti tadi!

Mengingatkan kejadian tadi, dirinya yang langsung tidak berupaya untuk berjalan hanya dibiarkan untuk didukung oleh Megat Andrian. Lama pula dia dukung Maya tadi! Sudahnya Maya tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan Datin Suraya nanti. Pastinya malu!

Ahh... macam mana pula kalau umi dan babahnya mengetahui tentang perkara ini? Kusut.. kusut...

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Maya Ellisa daripada lamunannya itu. Mesti Megat Andrian yang sedang mengetuk pintu. Cepat – cepat Maya Ellisa membetulkan tudungnya yang sedikit senget sebelum menyuruhnya masuk.

“ Eh! Awak nak buat apa ni?!” tanya Maya Ellisa, yang agak seriau dengan tindakan Megat Andrian mula mendekatinya. Megat Andrian pula hanya tenang dengan memegang sebotol minyak gamat di tangannya.

“ Nak buat apa lagi? Urut kaki Maya la...”

“ Tak payah! Please... tak payahla. Auntie kan cakap suruh panggil aje doktor? Kan?”

“ Kal tahu nak buat apa la. Maya tak payahla takut. Entah apa yang doktor tu nanti buat kat kaki Maya, dan kalau Maya sakit, siapa yang susah? Dah, jangan banyak songeh.” lagaknya seperti hero filem aksi sahaja.

Maya Ellisa sebenarnya agak malu untuk membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki itu lagi. Segan pun ada. Rasa seperti hendak membenamkan kepalanya ke dalam tanah pun ada!

Matanya ligat memerhati Megat Andrian yang mula menyelak sedikit pangkal seluar treknya itu. Kelihatan buku lalinya sudah sedikit kebiruan. Matanya menangkap kenyitan nakal Megat Andrian kepadanya.

“ Hisy! Ambil kesempatan betul!” bebel Maya Ellisa, perlahan namun cukup untuk sampai ke pendengaran Megat Andrian.

Megat Andrian tersengih nakal sambil mengangkat keningnya.

“ Jangan cakap macam tu Maya. Kalau tak sampai ke sudah Maya akan menyesal.” Megat Andrian memberi amaran. Amaran itu cukup untuk membuatkan perut gadis itu kecut.

Apa hal pulak dengan mamat ni? Aku tahap gaban punya malu, dia boleh buat selamba badak sumbu Afrika aje? Cis!

Megat Andrian memulakan picitan yang lembut di buku lali Maya Ellisa. Maya Ellisa yang sudah tidak tertahan sakitnya itu terus menjerit akibat kesakitan yang amat. Megat Andrian sudah tidak senang duduk.

“ Maya? Maya? Kenapa ni? So sorry... err... nak Kal panggilkan doktor eh?” tanya Megat Andrian sambil mengerling sekilas ke arah Maya Ellisa yang sudah merah wajahnya pada ketika itu.

“ Maya rasa.... rasa... macam tulang ni kena reposition balik... arrgghhh...”

“ Apa benda tu? Nak Kal tolong buat ke?”

“ Tak payah! Kal tak tahu nak buat macam... mana... laa... Maya tak boleh nak buat kat kaki sendiri... boleh panggil kawan.... Maya.... taakkk? Please?” ayatnya tersekat – sekat kerana rasa sakitnya itu.

“ Kenapa tak bagitau awal – awal? Hisy... ada emas ke dalam mulut Maya? Just, tell me, what the heck is that... reposition thing?” Megat Andrian mengulangi pertanyaannya itu kembali. Lagaknya seperti tidak puas hati sahaja.

Maya Ellisa menjeling geram pada Megat Andrian. Bagitahu awal – awal? Memang dia sudah hendak memberitahu tentang perkara itu sejak awal lagi, namun adakah dia diberi peluang untuk bercakap? Tidak!

Kalau hendak menerangkan tentang reposition itu pula, bukannya dia tidak tahu lelaki itu adalah penakut dunia! Silap haribulan, pengsan pula Megat Andrian nanti. Dan itu adalah sebab utama lelaki itu bukannya doktor seperti dirinya itu.

“ Just call Dr. Dania!” matanya dipejam rapat.

<<<<<>>>>>

Megat Andrian memerhati tangan Dr. Dania, merangkap kawan Maya Ellisa, yang lincah memutar kaki buah hatinya itu. Hatinya dipagut rasa resah yang amat kerana melihat kerutan di wajah insan tersayangnya itu.

“ Doc? Boleh pelan pelan sikit tak?” tanya Megat Andrian seraya memecahkan kesunyian di bilik itu.

Doktor itu hanya memandang Megat Andrian sekilas dan tersenyum. Dia kembali menyambung tugasnya itu.

“ Pusing kaki kat sini, kaki kat sana pulak yang terasa sakit eh? Bertuahla kau Maya...” Dania tersenyum nakal lagi. Maya Ellisa menjegil sahabatnya itu.

“ Okey, kau tahan sikit, aku nak start dah.” arah Dania lagi. Maya Ellisa menutup matanya.

Tokkk! Bunyi klik itu sungguh kuat sehinggakan riak wajah Megat Andrian berubah sama sekali.

“ Haaa... dah okey dah. Hmm... aku pergi dululah Maya. Ingat, jangan ganas sangat tau.” pesan Dania kepada Maya Ellisa.

“ Aku tak ganas la. Cuma tulang tu yang tak berapa nak betul.” tungkas Maya Ellisa, yang tidak berpuas hati terhadap tutur bicara Dania itu.

“ Hesy.... kau ni. Kok iya nak ganas pun, tunggulah lepas kahwin ke? Nanti bolehla encik hubby kau jaga kau!” Dania menayangkan sebaris giginya yang putih bersih.

“ Kau memang nak kena dengan aku! Tak pa... esok aku datang kerja aku tak belanja okey? Bye!”

“ Eleh... nak bye bye konon. Padahal aku yang patut berbye dengan kau. Alaa.. apasal kau sensitip sangat ni? Haha... kawan aku dah gila meroyan agaknya. Key la, aku balik dulu. Assalamualaikum.”

Langkah Dania dihentikan di hadapan Megat Andrian. Dia memandang lelaki itu dari atas hingga bawah.

Hmm... hensem gila laki Maya ni! Kalaulah aku jadi Maya, memang aku tak bagi mamat hensem macam dia ni keluar rumah. Baik aku kurung aje! Bisik Dania dalam hati.

“ Bye bro. Jaga lu punya awek baik baik ye. Wa ciao dulu!”

Megat Andrian memandang pelik ke arah Dania. Biar betul minah ni doktor?

“ Are you okay sayang?” tanya Megat Andrian prihatin.

Maya Ellisa dengan selamba bangun dari katilnya lalu berjalan ke arah Megat Andrian. Terkejut jadinya Megat Andrian. Maya Ellisa menolak tubuh Megat Andrian menggunakan hujung jari telunjuknya menuju ke muka pintu.

“ I'm fine. Oooo.... nak tahu reposition tu apa?” tanya Maya Ellisa dengan senyuman nakal.

“ Err... yes?” serba salah pula Megat Andrian pada ketika ini.

“ Tulang kaki Maya tadi duduk pada tempat yang salah. Macam... tulang yang sepatutnya ada dekat belah kiri, ada dekat belah kanan. Dan reposition ialah... ambil balik tulang yang ada dekat belah kanan tu, letak balik dekat bahagian kiri. Faham?” terangnya panjang lebar. Senyumannya tidak dapat disembunyikan lagi.

Raut wajah Megat Andrian berubah. Wajahnya itu sudah pucat menahan rasa mual yang teruk. Tangannya itu dilekapkan pada mulutnya lalu terus berlari menuju ke dalam biliknya di sebelah.

“ Hisy... budak ni... tadi gatal sangat nak tahu pasal benda tu, sekarang? Baru aje bukak mukadimah, dia dah pecut!” Maya Ellisa ketawa geli hati melihat gelagat Megat Andrian.


Friday, 5 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 6

BAB 6

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Maya Ellisa baru sahaja sampai di rumah banglo Datuk Megat Amriz. Rumah itu kelihatan gelap, menambahkan lagi suasana seram sehingga menaikkan bulu tengkuk Maya Ellisa.

Dengan perlahan – lahan Maya Ellisa menggunakan kunci pendua yang telah diberikan kepadanya untuk membuka pintu utama. Gelap.

“ Baru nak balik?” sergah suara itu tiba – tiba.

Maya Ellisa terkejut tahap cipan itu terus melompat ketakutan. Disangkanya hantu jenglot yang bercakap kepadanya tadi. Rupa – rupanya, wajah kacak Megat Andrian yang terpancar dalam kesamaran cahaya malam itu.

“ Ya Allah... Maya ingatkan apa pulak tadi. Hisy... kenapa tak tidur lagi Haikal? Dah dua pagi tau...” bebel Maya Ellisa.

Megat Andrian menunjukkan muka tidak puas hatinya lalu bangun seraya mendekati Maya Ellisa. Maya Ellisa membelakangi dirinya kerana... dalam suasana gelap begini, ditambah pula sunyi, apa – apa sahaja boleh berlaku.

“ Tak ingat?” soalnya dengan dengusan nafas yang kasar membuatkan Maya Ellisa sedikit terketar – ketar untuk menatap wajah kacak itu.

Takut tergoda tengok mata lawa bakal laki dia la tu...

“ Tak ingat apa?”

“ Today.... is a waste. All these years? Kal nak tanya satu soalan, am I someone to you?”

“ You'r... you're.... everything to me, Haikal....” jawabnya dengan suara yang perlahan. Bimbang jika perbualannya ini dapat didengari oleh mana – mana ahli keluarga Megat ini.

“ Then... check today's date. Oops! Yesterday's date. Goodnite, assalamualaikum.” kata Megat Andrian lalu terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Maya Ellisa ditinggalkan terkulat – kulat di situ. Maya Ellisa memandang jam tangannya yang juga pemberian Megat Andrian untuk memastikan tarikh pada hari ini. Erk!

13 September? Maksudnya semalam ialah.... 12 September! Tarikh yang cukup bermakna buat Maya Ellisa dan Megat Andrian. Tarikh itu menandakan bahawa sudah sebelas tahun perkenalannya dengan Megat Andrian. Patutlah mamat maco macam tu pun sanggup merajuk....

Maya Ellisa menelan air liurnya yang kelat. Dia cuba mendail nombor telefon Megat Andrian, namun tidak berjawab. Ye la, takkan nak masuk bilik anak teruna orang kut? Dah dua pagi pun, nanti apa pula kata mama dan papa Haikal?

Nak merajuk pun agak – agaklah Haikal oii... awek yang sibuk macam tu pun takkan tak boleh nak fahami situasi dia? Maya ni pun satu, macam mana dia boleh lupakan tarikh bersejarah mereka berdua? Nampak gayanya kedua – dua orang bersalah dalam hal ini.

Langkahnya diatur perlahan mendaki setiap anak tangga. Esok sahajalah Maya Ellisa memulakan misi memujuk buah hati pengarang jantung dia. Maya Ellisa mengerutkan dahinya apabila melihatkan sebuah botol kecil di anak tangga ketujuh. Terdapat segulung kertas di dalamnya dengan sekuntum bunga Camelia.

Maya Ellisa tersenyum sendirian. Pastinya pesanan ini adalah untuknya. Takkanlah Megat Adam pula hendak bercintan – cintun dengannya? Langsung tidak dapat diterima dek akal. Bunga Camelia, bunga yang menjadi simbolik cinta mereka berdua.

'Bunga Camelia – memanggil semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan.'

Maya Ellisa membuka gulungan tersebut.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah sukar diperoleh. - Haikal lovey....

p/s: move seven steps forward, you'll find my eyes....

“ Lovey? Sengaja nak menggedik dengan akulah tu. Tapi aku suka!” sengih Maya Ellisa semakin lebar.

Maya Ellisa bergerak tujuh langkah seperti yang diarahkan dalam surat tersebut. Dalam kepalanya sedang mengira tujuh langkah apabila Maya Ellisa melihat sebuah botol lagi di hadapan pintu biliknya dengan satu lagi bunga Camelia.

Maya Ellisa membuka gulungan kertas itu dengan berhati – hati dengan sebelah tangannya masih memegang botol pertama yang dijumpainya.

Kelemahan terbesar dari sebahagian besar manusia adalah keengganan mereka untuk menyatakan pada orang lain betapa mereka mencintai orang itu, ketika mereka masih hidup – Haikal lovey lovey....

p/s: jgn lupa selak selimut, to find my hands....

Maya Ellisa lakukan seperti yang disuruh. Satu lagi botol? Kali ini sudah masuk tiga botol yang dirungkaikan isinya yang cukup romantik. Maya Ellisa meletakkan kedua – dua botol yang sebelumnya sebelum membuka gulungan yang ketiga itu. Hatinya berdebar – debar pada kali ini.

If you want to know how much I love you, count the waves (if you can! :-p) – Haikal lovey lovey lovey...

p/s: move four steps to find my heart...

“ Boleh pulak dia usik aku macam tu? Tapi... sweet sangatlah ayat Haikal tu. Mana dia cilok ayat tu pun aku tak tahu. Hmm... boleh tahan jiwang jugak Haikal ni!” gumam Maya Ellisa lalu mara empat langkah seperti yang disuruhnya.

Maya Ellisa buka gulungan yang keempat. Makin teruja rasanya untuk mengetahui isinya.

Kalaupun ada saat yang paling lemah dalam hidup kita, kalaupun ada saat yang paling kuat dalam hidup kita, ia adalah ketika kita sedang dialun gelombang cinta – Haikal lovey lovey lovey lovey...

p/s: move another three steps to find my shoulder...

Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Shoulder? Dah tak ada anggota badan lain ke dia nak sebut?

Sekali lagi, Maya Ellisa lakukan seperti yang disuruh. Gulungan dibuka, sengihannya makin melebar apabila terbaca bait – bait ayat di atas kertas tersebut.

It's easy to love a rose, but it takes a great deal to love a leaf! You are my leaf Maya! - Haikal lovey lovey lovey lovey lovey....

p/s: move two more steps to find my lips...

Aik? Ada lagi ke? Baru sahaja Maya Ellisa perasan, perkataan 'lovey' itu bertambah mengikut setiap gulungan kertas yang dibacanya.

Dengan sebelah tangannya memegang lima kuntum bunga Camelia dan lima keping kertas, Maya Ellisa mengikut sahaja arahan yang seterusnya. Kali ini sudah masuk botol yang keenam.

Love was when I loved you, it's a promise I kept till today. Hanya Maya Ellisa di dalam hatiku – Haikal lovey lovey lovey lovey lovey lovey

p/s: move one more step to find my ear....

Maya Ellisa semakin tidak sabar untuk membuka botol yang ketujuh. Apakah maknanya semua ini? Entah mengapa, Maya Ellisa seperti dapat mengetahui bahawa jawapannya akan ada pada botol terakhir nanti.

Don't love someone who is beautiful, but love the one who can make your life beautiful. Maya, you are beautiful, and can also make my life beautiful. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Kal... - Haikal lovey lovey lovey lovey lovey lovey lovey

p/s: look up, and you'll find my soul in front of your eyes...

Kali ini air matanya sudah mengalir. Hingus juga semakin deras mengalir. Nasib baiklah Megat Andrian tak nampak! Kalau nampak pun, mesti sayang punya. Sebabnya? Usah ditanya lagi kerana.... cinta itu buta!

Maya Ellisa mendongak dan matanya melihat pemandangan yang cukup indah. Di atas meja santainya, terdapat jambangan bunga Camelia yang diperbuat dari kristal. Semuanya ada lapan kuntum bunga Camelia kristal dan di tengah – tengahnya terdapat sekuntum bunga Camelia hidup.

Maya Ellisa berasa sedikit hairan kerana biasanya bunga Camelia itu akan terdapat bersama – sama botol yang kelapan. Matanya meliar mencari botol yang kelapan itu. Ahh... rupanya tersembunyi di sebalik bunga kristal itu. Tiada bunga di dalamnya, oh... kan bunga itu terletak elok di tengah – tengah jambangan bunga kristal itu?

How long will my love last for you? Selagi aku masih bernafas, selagi itulah aku tetap akan mencintaimu.... dan di saat nafasku terhenti, saat itu jualah cintaku terhenti....

Lovey – gabungan perkataan love + you

Mesti Maya rasa pelik dengan anggota badan yang Kal sebutkan tadi kan? Don't worry, i've got the best explanation for you...

Eyes – mataku yang sentiasa menatap wajahmu...
Hands – tanganku yang sentiasa melindungimu...
Heart – jantungku yang sentiasa berdegup untukmu...
Shoulder – bahuku untukmu bergantung...
Lips – bibirku untuk memujukmu...
Ear – telingaku untuk mendengar setiap madahmu...
Soul – jiwa ragaku hanya buat cinta yang satu untukmu...
HMM.... kenapa tengah – tengah jambangan bunga tu adalah bunga hidup?
CINTAKU AKAN SENTIASA HIDUP BUATMU, DAN KALAU IA MATI, IA BAGAIKAN JASADKU, SAMA SEPERTI BUNGA – BUNGA KRISTAL YANG LAIN...

Ever wonder why the number eight? Lapan kuntum bunga? Lapan botol? Lapan coretan? ( termasuk yang ini)

Because....

I LOVE YOU...

cuba kira berapa huruf? Hehe... :-) - Megat Andrian Haikal

Air mata Maya Ellisa sudah mengalir. Memang dia berasa sungguh terharu kerana tidak menyangka bahawa dirinya sangat bermakna dalam hidup lelaki bernama Megat Andrian Haikal. Sungguh, Maya Ellisa sangat menyayangi lelaki itu. Tidak mungkin dia akan mensia – siakan cinta tulus Megat Andrian terhadapnya.

“ Maya pun sayangkan Haikal.... sangat sangat sayang....” ucapnya perlahan lalu mendakap erat bunga Camelia yang diberikan oleh Megat Andrian. Tanpa dia sedar, dia tertidur dengan mendakap bunga pemberian lelaki yang amat disayanginya itu.

<<<<<>>>>>

Maya Ellisa menuruni anak tangga. Matanya meliar tercari – cari kelibat Megat Andrian. Hari ini juga dia mesti memujuk lelaki itu. Atas segala yang telah lelaki itu berikan kepadanya, adakah ini balasannya?

Tidak! Suara hatinya menafikan perkara itu.

“ Auntie... nampak tak Haikal?” soalnya kepada Datin Suraya yang sedang menggubah jambangan bunga hidup di atas meja makan.

“ Hmm... ada kat luar kut? Cuba Maya tengok? Entahla... auntie tengok monyok aje muka dia dari tadi. Maya gaduh ke dengan dia?” serkap Datin Suraya dengan pandangan yang tajam menikam anak mata Maya Ellisa.

“ Eh! Tak adalah... hmm... kalau macam tu, Maya pergi tengok dia kejap eh?”

“ Maya! Hari ni kerja tak? Maya balik pun lambat kan semalam? Rian ada cakap dia ada surprise untuk Maya, Maya dah tengok?” soalan Datin Suraya pada kali ini betul – betul menimbulkan rasa bersalah di dalam hatinya.

Sedaya upaya dia cuba menenangkan jantungnya yang sedang berombak kini.

“ Dah tengok auntie... nanti petang baru Maya masuk hospital. Mungkin hari ni pun Maya balik lambat auntie. Tapi... Maya cuba balik awal kalau boleh eh?”

“ Laa... auntie tak kisah pun kalau Maya nak balik pukul berapa pun. Tapi auntie cuma risau kalau Maya balik lambat sangat, Rian tu pulak dah meroyan sebab asyik risaukan Maya. Hmm... kalau macam tu, pergi tengoklah dia. Takut merajuk pulak. Dia ada kat pool...” beritahu Datin Suraya yang memahami akan perkara yang sedang bermain di benak Maya Ellisa.

Maya Ellisa mengangguk lalu mengorak langkah menuju ke kolam renang di luar rumah banglo Datuk Megat Amriz.

Hmm... ada pun Megat Andrian di situ! Kelihatan lelaki itu sedang berenang dengan hanya memakai seluar pendek hawaii dan tidak berbaju. Rona wajah Maya Ellisa sedikit berubah merah apabila terpandangkan tubuh sasa Megat Andrian yang sesekali timbul ketika dia sedang berenang.

“ Haikal....” panggilnya, namun tidak bersahut. Mungkin Megat Andrian tidak mendengar panggilannya itu. Maya Ellisa mencuba lagi.

“ Haikal.... Haikal!” sedikit terjerit suara lembut Maya Ellisa memanggil nama Megat Andrian.

Megat Andrian menaikkan kepalanya sambil menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi. Matanya merenung dalam anak mata Maya Ellisa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kemudian seperti tiada apa – apa yang berlaku, dia menyambung misinya dalam berenang.

Macamlah si Haikal tu nak masuk Olimpik! Awek tengah panggil dia pun buat tak tahu, ni apa kes? Agak – agaklah kalau nak merajuk pun Haikal...

Maya Ellisa sudah ketandusan idea. Dia tidak menyangka bahawa memujuk seorang lelaki begini susah. Langit pun sudah menjadi gelap, tandanya akan hujan nanti.

Ting! Idea muncul! Dan seperti yang dijangka, hujan mula turun renyai – renyai. Maya Ellisa membaringkan tubuhnya menghadap titisan hujan tersebut. Matanya ditutup kerana terasa pedih apabila titisan hujan itu masuk ke dalam matanya.

Biarlah jika dia demam sekalipun, dia tidak akan berganjak dari situ selagi Megat Andrian tidak keluar dari kolam renang itu. Jika benar lelaki itu sayangkannya, pastinya dia tidak akan membiarkan Maya Ellisa bermandi hujan.

Maya Ellisa terasa matanya yang ditutup iu menangkap sebuah kelibat yang gelap. Tiada lagi titisan hujan dirasainya kini. Matanya dibuka dan dia tersenyum.....

Haikal!

“ Maya tengah buat apa ni?” nada suara Megat Andrian keras. Maya Ellisa hanya tersenyum manis ke arahnya.

“ Bestnya dapat duduk bawah raindrops ni...”

“ Bangunlah... nanti Maya demam.”

“ Tak nak.” Maya Ellisa sengaja berdegil dengannya.

“ Okay fine. Then Kal pun duduk sekali.” Megat Andrian membaringkan tubuhnya yang tidak berbaju itu di sebelah Maya Ellisa.

Maya Ellisa mengesot sedikit kerana bimbang dirinya akan tersentuh Megat Andrian. Tubuh sasanya yang tidak berbaju itu menambahkan lagi getaran di dadanya.

Relaks Maya... itu semua godaan. Sabarlah sampai dia jadi suami kau nanti Maya. Takkan lari gunung dikejar...

“ Haikal...” panggilnya lembut dengan mata yang masih tertutup.

“ Hmm...”

“ Haikal merajuk dengan Maya ke?” soalnya lagi.

“ Tak...”

“ Habis tu... kenapa elakkan Maya? Malam tadi pun tak jawab fon... sedih tau bila Kal buat macam tu...” air matanya bergenang lagi di sebalik tubir mata yang tertutup. Dia tidak tahu mengapa dia berasa sungguh sensitif atas perkara yang remeh sebegini.

“ Kal tidur terus semalam. Kalau nak tunggu orang tu, sampai king kong mengamuk pun dia takkan balik rumah. Tadi tu pun Kal saja nak acah sikit aje....” selamba sahaja Megat Andrian menjawab.

“ Maya bukannya sengaja buat macam tu. Maya ada appointment dengan patient, sebab tu Maya balik lambat. Jangan buat macam tu lagi la...” manja suara Maya Ellisa kedengaran di cuping telinga Megat Adrian.

“ Okey... okey... Maya suka tak hadiah tu?” tiba - tiba topik perbualan mereka berubah. Inilah dinamakan perbualan mata tertutup. Hanya suara hati bergerak dalam rentak yang sama.

“ Suka... hadiah yang paling bermakna dalam hidup Maya. Terima kasih.”

“ Terima kasih aje?”

“ Habis tu nak apa?” Maya Ellisa mendongak memandang Megat Andrian di sebelahnya seketika sebelum baring kembali ke posisi asalnya. Seronok apabila titisan hujan itu terkena pada kelopak mata, rasanya seperti pakej mengurut mata pula.

“ Kiss ke? Hug ke? Tak pun....” sengaja ayatnya dibiarkan tergantung begitu dengan kenyitan mata serta sengihan nakal daripadanya. Hanya Maya Ellisa dan dirinya yang memahami maksud kenyitannya itu.

“ Mengada!”

“ Dengan you aje I mengada!”

“ Eeeee....”

“ Eeee.... tapi dengan I aje you sayang kan?” mata Megat Andrian berkelip – kelip memandang Maya Ellisa di sebelah. Hujan yang semakin lebat langsung tidak dihiraukannya.

“ Eh! Tapikan, macam mana Kal boleh jadi jiwang macam tu? Selama ni tak pernah berjiwang pun? Ayat paling power pun, I love you?” soal Maya Ellisa. Kini baru matanya terasa sedikit sakit akibat hentakan kuat air hujan yang semakin lebat itu.

Megat Andrian yang perasankan kerutan di wajah Maya Ellisa terus meletakkan tapak tangannya di atas mata Maya Ellisa, melindungi sepasang mata yang indah itu daripada kesakitan.

Sayang peringkat kronik betullah...

Maya Ellisa tersenyum. Betapa bahagianya dirinya itu di sisi lelaki yang amat dicintainya.

“ Back to that question, hmm... anggap ajelah hantu cinta dah rasuk Kal.”

“ Haikal....” panggilnya lagi. Rasanya tidak puas jika hanya berterima kasih kepada Megat Andrian. Terlalu bermakna segala yang dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya.

“ Ye sayang?”

“ Thank you... hadiah tu sangat – sangat bermakna pada Maya. I love it.” ucapnya tanpa ragu – ragu.

“ It?” sengaja Megat Andrian bertanyakan demikian kerana ingin Maya Ellisa mengatasi penyakit malunya yang semakin menjadi – jadi. Takut pula jika menjadi lebih kronik selepas kahwin nanti.

“ Je'taime...”, yang juga bermaksud aku sayangkan engkau.

Tidak mengapa jika gunakan bahasa asing pun, asalkan mempunyai maksud yang sama, sudah memadai buat Megat Andrian.

Makin lebar sengihan Megat Andrian mendengarkan pengakuan ikhlas daripada Maya Ellisa.

“ Astaghfirullahalazim!!!! Budak – budak bertuah ni... boleh pulak duk bersantai bawah air hujan? Megat Andrian Haikal! Naik atas sekarang! Yang Rian bagi pengaruh buruk dekat Maya tu kenapa? Meh sini!” marah Datin Suraya dari muka pintu. Niat sebenar hanyalah untuk mengusik, bukannya marah betul pun.

Bukannya dia tidak perasankan wajah cemberut anak keduanya itu sejak pagi tadi. Lega hatinya apabila rajuk anak terunanya sudah surut. Hisy... dah dewasa pun nak merajuk, teruk betullah...

Sepantas kilat kedua – duanya terus bangun daripada pembaringan dengan sengihan bak kerang busuk dan wajah merah akibat malu yang amat. Badan Megat Andrian sudah sedikit menggigil akibat kesejukan bermandi air hujan.

“ Kalau sejuk sangat, jom panggil tok kadi sekarang. Kita kahwin, then Kal boleh peluk Maya.” selamba Megat Andrian mengusik Maya Ellisa yang sedang bergerak perlahan menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

Usikannya itu dibalas dengan jelingan maut oleh Maya Ellisa. Comel sahaja wajah gadis itu di mata Megat Andrian.

“ Tabiat buruk? Laa... ingatkan Maya sorang aje yang suka baring bawah air hujan ni. Tak sangka pulak Haikal pun suka buat macam ni. Hisy... dah sebelas tahun kenal, baru Maya tahu tabiat Haikal ni...” gumamnya sambil memandang tajam ke arah Megat Andrian.

“ Tu la... banyak lagi benda yang Maya tak tahu pasal Kal. Lama – kelamaan, Maya akan tahu jugak...”

“ Asalkan tak ada benda pelik – pelik sudahlah...”

Jiran di sebelah pula sedang bermain dengan cakera frisbee bersama – sama anaknya. Dalam hujan – hujan pun nak main? Pelik betullah...

Tanpa disedari, sebuah cakera frisbee melayang ke arah Maya Ellisa. Megat Andrian terus membulatkan matanya.

“ Maya!!!!” jeritnya.

Paaap!!

Cakera frisbee itu tepat mengenai mendarat atas kepalanya. Namun Maya Ellisa hanya kelihatan berjalan dengan selamba. Hampir gugur jantung Megat Andrian menyaksikan adegan yang mencemaskan di hadapan matanya.

Siapa pula mangsa 'amukan' cakera itu? Jeng... jeng... jeng...




So sorry sbb lmbt upload entry kali ni! got exam, doakan saye! trima kasih sbb byk bersabar... ily!! :-)