My Cute Buddies!

Saturday 13 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 7


BAB 7

Maya Ellisa memandang Megat Ameer yang berada di hadapannya. Masing – masing merenung ke dalam anak mata pihak lawan dengan tajam. Mereka berjabat tangan, tanda sudah tiba masanya untuk memulakan perlawanan yang telah ditetapkan.

Puteri Intan Hawani memegang kepalanya yang sedikit membengkak itu. Menyumpah – yumpah dia pada jiran di rumah sebelahnya kerana melontar cakera frisbee yang tepat mengenai dahinya. Dia hanya menyabarkan dirinya kerana orang yang mengakibatkan kejadian ini tidak lain daripada adik kepada Danish.

Danish? Alaa... yang Puteri Intan Hawani sudah tangkap cintan dengannya itu... Cinta yang bertepuk sebelah tangan aje tau! Mamat Danish tu tak adalah nak suka pada budak hingusan yang belum lepas SPM pun seperti Puteri Intan Hawani itu.

Perkara yang paling dia tidak boleh tahan ialah abangnya, Megat Andrian. Dirinya yang cedera teruk hingga bengkak separuh dahinya itu tidak dihiraukan, namun abangnya itu sibuk menjerit nama Maya Ellisa.

Akhirnya, Puteri Intan Hawani dibiarkan sahaja di situ mengerang kesakitan. Terkumat – kamit mulutnya memarahi tindakan abangnya yang pada ketika itu tidak menghiraukan langsung keadaannya itu.

Tahulah sayang awek! Tapi agak – agaklah abang oii... adik sendiri pun tak nampak ke kalau Kak Maya ada kat depan?! Marahnya dalam hati.

“ Wani... sakit lagi ke dahi tu? Nak Kak Maya tolong urutkan tak? Tapi lepas main futsal dengan Ameer la...” katanya sambil matanya memandang ke arah Puteri Intan Hawani.

Puteri Intan Hawani hanya menggeleng, tidak mahu menyusahkan Maya Ellisa. Megat Ameer sudah melantun – lantunkan bola futsal di tengah padang di halaman rumah banglo datuknya.

“ Tak payahlah sis. Wani okey aje ni. Kak Maya main dengan Ameer la dulu, nak tunggu dua ekor Megat tu, belum tentu sempat main.” sudah tentu dia maksudkan Megat Andrian dan Megat Adam yang masih lena diulit mimpi.

“ Okey...”

“ Kakak! Can we start now?” peluh mula membasahi dahi licin Megat Ameer.

“ I'm coming!”

Maya Ellisa mula berlari ke arah Megat Ameer yang sudah menantinya itu. Hari ini dia memakai t-shirt lengan panjang hitam dengan selendang dan seluar trek warna yang sama. Kiranya, semua warna hitamlah...

Baru sahaja lima minit bermain futsal, tiba – tiba terdengar bunyi 'klik' yang sangat kuat. Maya Ellisa memperlahankan lariannya sambil mengerutkan dahinya. Dia mengangkat tangan kepada Megat Ameer tanda untuk menghentikan permainan itu seketika.

Kesakitan yang dialami di buku lalinya sudah tidak tertahan lagi. Dia terus terduduk. Maya Ellisa tidak berupaya langsung untuk menggerakkan kakinya itu. Makin lama dibiarkan, makin berdenyut pula jadinya buku lalinya itu.

Megat Ameer mendekatkan dirinya ke arah Maya Ellisa yang sedang terduduk di tengah – tengah padang itu. Puteri Intan Hawani juga sudah berjalan dengan rentak laju mendekati kelibat Maya Ellisa.

“ Kak Maya... are you okay?” tanya Puteri Intan Hawani sambil duduk mencangkung di hadapan Maya Ellisa.

Maya Ellisa tidak dapat memberi sebarang reaksi. Air matanya mula mengalir melalui celah kelopak matanya. Makin tidak keruan dibuatnya Puteri Intan Hawani.

Megat Ameer dengan lagak gentlemannya menyeka air mata yang mengalir di pipi mulus wanita itu.

“ Don't cry kakak... I'm here for you...” kata Megat Ameer prihatin.

“ Arrgghh....” suatu keluhan berat dilepaskan dari bibir mungil milik Maya Ellisa. Kesakitan yang dialaminya itu kini berada pada tahap maksima.

“ Err... cuba bangun kak? Wani tolong kay? Err... sis...” Puteri Intan Hawani cuba memapah tubuh Maya Ellisa namun cepat – cepat dihalang oleh Maya Ellisa.

“ Kak rasa tak boleh bangun la... sakit sangat! Wani... tolong bawak ice pack boleh tak sekarang? Cepat sikit, eh....” katanya sambil memegang buku lalinya yang semakin berdenyut itu.

Puteri Intan Hawani sudah berlari dengan laju ke dalam rumah. Jantungnya berdegup kencang kini kerana dia tidak tahu apa yang harus dilakukannya apabila satu – satunya doktor di rumahnya ini pula yang sakit. Boleh gila meroyan wo!

Megat Ameer memandang Maya Ellisa dengan penuh simpati. Dia tahu bahawa perempuan itu kini sedang berada dalam kesakitan yang amat. Masakan bunyi 'klik' yang didengarinya tadi itu sungguh kuat?

Apa pula akan terjadi jikalau Megat Andrian mengetahui tentang perkara ini? Ribut... ribut...

“ Maya!!! Ya Allah! Apa dah jadi ni?!” kelihatan Megat Andrian sedang berlari ke arah Maya Ellisa dengan hanya berseluar pendek dan tidak berbaju. Rambutnya kusut dan tidak terurus.

Tapi hensem jugaklah mamat Andrian tu... walaupun dah serabai peringkat kronik macam tu!

Maya Ellisa mengeluh dengan berat. Kalau boleh, dia tidak ingin langsung menyusahkan lelaki itu.

Puteri Intan Hawani pun satu. Orang suruh buat yang lain, yang lain pula yang dibuatnya.

“ Terseliuh kut... sikit aje ni...” Maya Ellisa tidak berani bertentang mata dengan Megat Andrian. Dia cuba beriak selamba.

Megat Andrian duduk mencangkung di hadapan Maya Ellisa dan mula membelek buku lalinya yang sudah sedikit membengkak itu. Kelihatan sungguh risau wajahnya kini. Maya Ellisa pula hanya mendiamkan diri, merelakan segala perbuatan lelaki itu terhadap kakinya itu.

Entah kenapa, dia tidak dapat menolak apabila melihat kebimbangan di wajah lelaki itu walaupun dia tahu dirinya itu tidak sepatutnya dibiarkan bersentuhan dengan lelaki yang bukan mahram dengannya.

“ Auuuch!!!” tanpa sedar, Maya Ellisa telah menjerit kesakitan. Air mata yang berhenti seketika tadi kembali mengalir.

“ Sorry! Ini Maya kata sikit? Sampai meleleh air mata?” soal Megat Andrian sinis dan tepat mengenai batang hidung Maya Ellisa.

“ Tak....” belum sempat dia menghabiskan ayatnya itu, badannya terasa terapung. Terasa sungguh ringan dan berangin. Hanya wajah tampan Megat Andrian terlayar di ruang matanya.

Haikal! Lelaki itu telah mengangkatnya!

Puteri Intan Hawani hanya tersengih – sengih melihat gelagat abangnya itu. Sudahlah hanya berseluar pendek dan tidak berbaju, lepas tu, sesuka hati mak nenek dia aje nak angkat anak dara orang. Ini mesti nak kena leter dengan Datin Suraya ni!

Sempat lagi telefon bimbitnya itu dikeluarkan dari kocek seluar dan merakamkan saat yang dirasakan amat manis baginya itu.

Berdebar – debar Maya Ellisa rasa apabila wajahnya berada sungguh dekat dengan dada bidang Megat Andrian. Segala suara nakal yang muncul di benaknya itu cuba disingkirkan. Berkali – kali Maya Ellisa cuba menyakinkan dirinya bahawa ini ialah keadaan darurat, jadi tak apa kot...

“ Wani!!!!” sedikit bergema suaranya memenuhi rumah banglo itu apabila menyedari Puteri Intan Hawani sedang merakamkan adegan yang sangat memalukan itu.

Puteri Intan Hawani hanya tersengih bak kerang expired, langsung tidak menghiraukan jegilan maut yang diberikan oleh Maya Ellisa. Megat Andrian hanya menayangkan riak wajah selamba, seperti tiada apa yang berlaku.

Datin Suraya membulatkan matanya apabila melihat anak terunanya itu sedang mencempung tubuh Maya Ellisa dalam keadaan yang amat mencurigakan.

“ Megat Andrian Haikal! What do you think you're doing?!” sedikit meninggi suara Datin Suraya menyapa gegendang telinga Megat Andrian.

Merah menyala wajah Maya Ellisa pada waktu itu apabila disergah begitu oleh Datin Suraya. Megat Andrian hanya menayangkan wajah poyonya yang teramatlah comel itu.

Puteri Intan Hawani sudah mengekek – ngekek ketawa melihat riak selamba abangnya itu. Megat Ameer pula ketawa juga kerana berasa sungguh geli hati melihat gelagat mak cik mudanya itu.

Megat Andrian mengukuhkan lagi tangannya di sekitar pinggang Maya Ellisa. Perbuatannya yang selamba badak itu dibalas dengan jelingan maut oleh Maya Ellisa namun tidak diendahkannya langsung.

“ Maya terseliuh kut... tapi Rian tak tahu kenapa teruk sangat sampai tak boleh bangun. Bukan Rian sengaja nak angkat Maya pun...”

“ Habis tu? Nak amik kesempatalah ni? Sesuka hati dia aje nak angkat anak dara orang.” bebel Datin Suraya tanpa sedikitpun rasa marah di hatinya itu.

“ Takkan Rian nak suruh abang Am pulak yang angkat Maya? Hmm? Maya ni bakal isteri Rian, so...”

“ So?” suara garau pula kedengaran. Hisy... takkan Datin Suraya versi Hulk Hogan kut?

Kelihatan Megat Adam pula sedang mengelus – elus rambut pacaknya yang sedikit basah itu.

Buat saspens betullah mamat Adam ni...

“ Hisy... sibuklah abang Am ni... baru aje Wani nak saksikan babak romantika! Bukan selalu tau dapat peluang macam ni!” usik Puteri Intan Hawani.

Maya Ellisa hanya berdoa dalam hatinya supaya perkara yang memalukan ini akan berakhir secepat mungkin. Bimbang juga kalau dirinya itu akan menjadi bahan usikan. Dengan Megat Andrian yang langsung tidak mahu membantunya, lebih teruklah dia akan kena!

“ Hmm... yang sorang tu, dengan muka poyo tak bersalah dia. Yang sorang lagi tu? Muka dah macam terbakar... isk... isk... isk... kena cepat kahwinkan diorang mama, kalau tak... bahaya!” Megat Adam tersenyum nakal.

Datin Suraya hanya menggeleng melihat telatah ketiga – tiga anaknya yang nakal itu. Kasihan pula gadis yang sedang berada dalam dukungan anak keduanya itu. Datin Suraya tertanya – tanya. Ringan sangat ke Maya tu, sampai Megat Andrian boleh mencempungnya selama ini?

Tengoklah badan... sasa habis! Memang jatuh sahamlah kalau setakat nak angkat perempuan pun tak boleh.

“ Rian bawak Maya masuk bilik dululah. Nanti jangan lupa panggil doktor tau. Dan jangan duduk dalam bilik Maya, kalau tak... mama tak bagi Rian kahwin dengan Maya terus!” ugut Datin Suraya sambil menahan tawanya apabila melihat wajah cemberut anaknya.

“ Dan jugak jangan lupa pakai baju yang menutup aurat ye.” pesan Megat Adam. Rasanya adiknya itu tidak perasankan bahawa diri sendiri yang tidak berbaju dan hanya berseluar pendek kerana terlalu bimbangkan keadaan buah hati pengarang jiwanya.

Megat Andrian memandang sekilas pada dirinya. Tersengih – sengih dia sambil sebelah tangannya menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Sebelah tangan lagi masih mengangkat tubuh Maya Ellisa.

Kuatnya dia... sebelah tangan pun dia boleh angkat awek dia!

“ Tu la! Hisy... buat malu ajelah...” tanpa sedar, kata – kata itu terus meluncur keluar daripada bibir mungil Maya Ellisa yang sedari tadi hanya mendiamkan diri.

Semua yang berada di situ sudah menghamburkan tawa yang amat kuat sehinggakan Megat Ameer yang tidak tahu - menahu mengenai situasi yang sebenarnya itu pun turut sama ketawa.

“ Dah... dah... haa... apa lagi Rian? Pergilah bagi Maya berehat kejap dalam bilik dia. Jangan lupa call doktor tau. Jangan pulak Rian buat benda yang bukan – bukan. Kalau tak, nanti mama cancel....”

“ Alright mem!” pintas Megat Andrian yang tidak sanggup mendengar ayat seterusnya yang akan keluar daripada mulut Queen Suraya.

<<<<<>>>>>

Maya Ellisa tidak mampu untuk bergerak langsung. Sudah dua puluh minit berlalu sejak lelaki itu meninggalkannya di atas katilnya tadi. Sempat lagi Megat Andrian berpesan padanya supaya tidak menanggalkan tudungnya kerana dia akan datang ke biliknya nanti.

Sampai sekarang pun masih tidak kelihatan kelibat lelaki yang amat dicintainya itu. Namun, setiap tindakan lelaki itu tidak dapat dijangka dek akal langsung! Seperti tadi!

Mengingatkan kejadian tadi, dirinya yang langsung tidak berupaya untuk berjalan hanya dibiarkan untuk didukung oleh Megat Andrian. Lama pula dia dukung Maya tadi! Sudahnya Maya tidak tahu bagaimana hendak bersemuka dengan Datin Suraya nanti. Pastinya malu!

Ahh... macam mana pula kalau umi dan babahnya mengetahui tentang perkara ini? Kusut.. kusut...

Bunyi ketukan di pintu mengejutkan Maya Ellisa daripada lamunannya itu. Mesti Megat Andrian yang sedang mengetuk pintu. Cepat – cepat Maya Ellisa membetulkan tudungnya yang sedikit senget sebelum menyuruhnya masuk.

“ Eh! Awak nak buat apa ni?!” tanya Maya Ellisa, yang agak seriau dengan tindakan Megat Andrian mula mendekatinya. Megat Andrian pula hanya tenang dengan memegang sebotol minyak gamat di tangannya.

“ Nak buat apa lagi? Urut kaki Maya la...”

“ Tak payah! Please... tak payahla. Auntie kan cakap suruh panggil aje doktor? Kan?”

“ Kal tahu nak buat apa la. Maya tak payahla takut. Entah apa yang doktor tu nanti buat kat kaki Maya, dan kalau Maya sakit, siapa yang susah? Dah, jangan banyak songeh.” lagaknya seperti hero filem aksi sahaja.

Maya Ellisa sebenarnya agak malu untuk membiarkan dirinya disentuh oleh lelaki itu lagi. Segan pun ada. Rasa seperti hendak membenamkan kepalanya ke dalam tanah pun ada!

Matanya ligat memerhati Megat Andrian yang mula menyelak sedikit pangkal seluar treknya itu. Kelihatan buku lalinya sudah sedikit kebiruan. Matanya menangkap kenyitan nakal Megat Andrian kepadanya.

“ Hisy! Ambil kesempatan betul!” bebel Maya Ellisa, perlahan namun cukup untuk sampai ke pendengaran Megat Andrian.

Megat Andrian tersengih nakal sambil mengangkat keningnya.

“ Jangan cakap macam tu Maya. Kalau tak sampai ke sudah Maya akan menyesal.” Megat Andrian memberi amaran. Amaran itu cukup untuk membuatkan perut gadis itu kecut.

Apa hal pulak dengan mamat ni? Aku tahap gaban punya malu, dia boleh buat selamba badak sumbu Afrika aje? Cis!

Megat Andrian memulakan picitan yang lembut di buku lali Maya Ellisa. Maya Ellisa yang sudah tidak tertahan sakitnya itu terus menjerit akibat kesakitan yang amat. Megat Andrian sudah tidak senang duduk.

“ Maya? Maya? Kenapa ni? So sorry... err... nak Kal panggilkan doktor eh?” tanya Megat Andrian sambil mengerling sekilas ke arah Maya Ellisa yang sudah merah wajahnya pada ketika itu.

“ Maya rasa.... rasa... macam tulang ni kena reposition balik... arrgghhh...”

“ Apa benda tu? Nak Kal tolong buat ke?”

“ Tak payah! Kal tak tahu nak buat macam... mana... laa... Maya tak boleh nak buat kat kaki sendiri... boleh panggil kawan.... Maya.... taakkk? Please?” ayatnya tersekat – sekat kerana rasa sakitnya itu.

“ Kenapa tak bagitau awal – awal? Hisy... ada emas ke dalam mulut Maya? Just, tell me, what the heck is that... reposition thing?” Megat Andrian mengulangi pertanyaannya itu kembali. Lagaknya seperti tidak puas hati sahaja.

Maya Ellisa menjeling geram pada Megat Andrian. Bagitahu awal – awal? Memang dia sudah hendak memberitahu tentang perkara itu sejak awal lagi, namun adakah dia diberi peluang untuk bercakap? Tidak!

Kalau hendak menerangkan tentang reposition itu pula, bukannya dia tidak tahu lelaki itu adalah penakut dunia! Silap haribulan, pengsan pula Megat Andrian nanti. Dan itu adalah sebab utama lelaki itu bukannya doktor seperti dirinya itu.

“ Just call Dr. Dania!” matanya dipejam rapat.

<<<<<>>>>>

Megat Andrian memerhati tangan Dr. Dania, merangkap kawan Maya Ellisa, yang lincah memutar kaki buah hatinya itu. Hatinya dipagut rasa resah yang amat kerana melihat kerutan di wajah insan tersayangnya itu.

“ Doc? Boleh pelan pelan sikit tak?” tanya Megat Andrian seraya memecahkan kesunyian di bilik itu.

Doktor itu hanya memandang Megat Andrian sekilas dan tersenyum. Dia kembali menyambung tugasnya itu.

“ Pusing kaki kat sini, kaki kat sana pulak yang terasa sakit eh? Bertuahla kau Maya...” Dania tersenyum nakal lagi. Maya Ellisa menjegil sahabatnya itu.

“ Okey, kau tahan sikit, aku nak start dah.” arah Dania lagi. Maya Ellisa menutup matanya.

Tokkk! Bunyi klik itu sungguh kuat sehinggakan riak wajah Megat Andrian berubah sama sekali.

“ Haaa... dah okey dah. Hmm... aku pergi dululah Maya. Ingat, jangan ganas sangat tau.” pesan Dania kepada Maya Ellisa.

“ Aku tak ganas la. Cuma tulang tu yang tak berapa nak betul.” tungkas Maya Ellisa, yang tidak berpuas hati terhadap tutur bicara Dania itu.

“ Hesy.... kau ni. Kok iya nak ganas pun, tunggulah lepas kahwin ke? Nanti bolehla encik hubby kau jaga kau!” Dania menayangkan sebaris giginya yang putih bersih.

“ Kau memang nak kena dengan aku! Tak pa... esok aku datang kerja aku tak belanja okey? Bye!”

“ Eleh... nak bye bye konon. Padahal aku yang patut berbye dengan kau. Alaa.. apasal kau sensitip sangat ni? Haha... kawan aku dah gila meroyan agaknya. Key la, aku balik dulu. Assalamualaikum.”

Langkah Dania dihentikan di hadapan Megat Andrian. Dia memandang lelaki itu dari atas hingga bawah.

Hmm... hensem gila laki Maya ni! Kalaulah aku jadi Maya, memang aku tak bagi mamat hensem macam dia ni keluar rumah. Baik aku kurung aje! Bisik Dania dalam hati.

“ Bye bro. Jaga lu punya awek baik baik ye. Wa ciao dulu!”

Megat Andrian memandang pelik ke arah Dania. Biar betul minah ni doktor?

“ Are you okay sayang?” tanya Megat Andrian prihatin.

Maya Ellisa dengan selamba bangun dari katilnya lalu berjalan ke arah Megat Andrian. Terkejut jadinya Megat Andrian. Maya Ellisa menolak tubuh Megat Andrian menggunakan hujung jari telunjuknya menuju ke muka pintu.

“ I'm fine. Oooo.... nak tahu reposition tu apa?” tanya Maya Ellisa dengan senyuman nakal.

“ Err... yes?” serba salah pula Megat Andrian pada ketika ini.

“ Tulang kaki Maya tadi duduk pada tempat yang salah. Macam... tulang yang sepatutnya ada dekat belah kiri, ada dekat belah kanan. Dan reposition ialah... ambil balik tulang yang ada dekat belah kanan tu, letak balik dekat bahagian kiri. Faham?” terangnya panjang lebar. Senyumannya tidak dapat disembunyikan lagi.

Raut wajah Megat Andrian berubah. Wajahnya itu sudah pucat menahan rasa mual yang teruk. Tangannya itu dilekapkan pada mulutnya lalu terus berlari menuju ke dalam biliknya di sebelah.

“ Hisy... budak ni... tadi gatal sangat nak tahu pasal benda tu, sekarang? Baru aje bukak mukadimah, dia dah pecut!” Maya Ellisa ketawa geli hati melihat gelagat Megat Andrian.


1 comment:

  1. Haih Megat Adrian ni Maya baru bagitau dah pecut masuk dalam bilik air.... #^_^

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)