My Cute Buddies!

Friday, 6 July 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 16


BAB 16


“ Hmmm..... bau sedaplah mak masak ni. Apa ni?” Qaireena Airysha menjongketkan kakinya untuk mengintai masakan Mak Som di dapur.

“ Ketam masak lemak pedas cili api. Rysha makan pedas tak? Takut pula kalau mak masak pedas sangat.”

“ Makan.... Rysha orang utagha. Mesti makan punya. Siapa pulak yang suka makan pedas – pedas pulak ni? Dahlah Rysha tengok semua macam gaya mat salih aje. Takkan makan pedas?” Qaireena Airysha meletakkan dagunya di atas bahu Mak Som. Manja sungguh gayanya. Mak Som sungguh tersentuh kerana anaknya di kampung juga sering berbuat begitu terhadapnya.

“ Puan Sri makan. Selalu makan. Yang si Danial dengan Hanie tak makan. Suami Hanie tu makan kekadang aje, ye la sebab selalu sangat pergi outstation.” Mak Som menerangkan satu persatu kepada menantu baru di rumah agam itu.

“ Abang Danial tak makan pedas ek? Habis tu, apa yang budak tu nak makan nanti?” He... he.... he... tak makan pedas? Masa untuk balas dendam. Idea jahat sudah muncul!

“ Tu.... mak dah masakkan lasagna untuk Danial dengan Hanie.” kata Mak Som sambil menujukkan ke arah lasagna yang sedang berada di dalam oven.

“ Hebatlah mak ni! Sampai masakan orang barat pun boleh tahu masak. Bangganya! Mak, boleh tak mak ajar Rysha masak? Senang sikit kalau Abang Danial nak makan apa – apa.”

“ Boleh aje Rysha... bertuah si Danial tu dapat bini macam kamu. Pandai dia memilih.” turut terselit rasa syukur kerana anak bongsu dan manja majikannya itu akhirnya dipertemukan dengan seorang perempuan yang sungguh bertanggungjawab. Segala kerja rumah, semua Qaireena Airysha yang lakukan, walaupun ditegah olehnya beberapa kali.

Qaireena Airysha hanya tersenyum sumbing apabila dipuji begitu. Bunyi pintu yang kedengaran menandakan bahawa Tengku Danial sudah pulang ke rumah selepas waktu bekerja. Qaireena Airysha mengambil sepotong lasagna lalu menitiskan beberapa titis sos pedas di atas permukaanya.

“ Mak, yang ni Rysha letak untuk Abang Danial tau. Rysha letakkan di meja makan dulu ye?” Qaireena Airysha sudah mula mengatur langkah perlahan – lahan sambil memegang pinggan yang mengandungi lasagna berapi khas buat suaminya.

“ Terima kasih ye Rysha...” ucap Mak Som ikhlas.

“ Alaaa.... mak, yang ni kan memang tanggungjawab Rysha sebagai isteri kepada Abang Danial? So, no hal lah.. apa pun, sama – sama!” balas Qaireena Airysha mengikut gaya kumpulan Alleycats. Minat agaknya....

Aku melihat Tengku Danial meletakkan kotnya di atas sofa. Aku mengerekot ke arah meja makan lalu meletakkan pinggan buat suamiku itu. Aku berlalu ke arahnya lalu mencium lembut tangannya. Seperti biasa, dia akan mencium dahiku selepas itu. Aku suka!

“ Jom makan dululah. Kenapa awak lambat hari ni? Dah nak makan malam. Lunch makan tak?” Qaireena Airysha menarik tangan Tengku Danial ke arah meja makan. Kasihan pula dia melihat keadaan suaminya yang kelihatan agak letih.

Kesiannya dia.... hmmm.... kalau dia tak makan lunch, tak lawa dahlah body dia yang sasa itu! Akhirnya, Tengku Danial yang gagah akan menjadi cicak kubin! Naya sungguh dia disebabkan kesibukan bekerja...

“ Meeting dengan board of directors. Lunch dah makan, sedap tau. Danny makan nasi briyani. Rugi tau Reena tak ada...” Tengku Danial sengaja mengusik isterinya. Dia tahu bahawa makanan kegemaran isterinya itu ialah nasi briyani.

“ Memang rugi pun....” aku punyalah berlapar tunggu dia balik makan, dia sesedap aje makan briyani? Aku hanya mampu mengetap gigi kerana geram dan juga terliur dengan hanya mendengar nama briyani disebut. He... he... revenge is sweeter....

Semua ahli keluarga duduk di meja makan. Tengku Danial mengetuai bacaan doa sebelum makan. Semua orang kelihatan tidak sabar untuk menjamu selera. Dengan bacaan bismillah, semua orang mula makan. Mata Qaireena Airysha tidak lepas – lepas daripada memandang wajah Tengku Danial yang sedang berada di hadapannya. Wajah kacak itu sedang berubah merah. Tawanya dengan sedaya – upaya cuba ditahan.

“ Mak, lasagna ni mak masak macam biasa ke? Atau, orang lain yang masak?” Tengku Danial bertanya sambil mengelap peluh yang semakin merecik di dahi. Dia juga meneguk air sejuk di atas meja dengan rakus sampai habis.

“ Memang macam biasa pun mak masak. Kenapa? Tak sedap ke?” Mak Som kelihatan kehairanan dengan wajah Tengku Danial yang sudah berubah merah.

Tengku Danial melihat bahawa isterinya sedang tersenyum. Ahah! Mesti ini angkara bini aku. Katanya dalam hati.

“ Reena yang bawak makanan ni untuk Danny ke?” kini Tengku Danial sedang memandang tepat ke dalam anak mata Qaireena Airysha.

“ Ye... awak tak suka saya tolong bawakkan makanan ni untuk awak ke? Awak nak makan tak ketam masak lemak cili api tu? Ye la, memandangkan awak tanya macam tu pada mak. Saya rasa sedap aje lasagna tu?” Qaireena Airysha masih tidak berhenti tersenyum. Habislah dia malam ini. Semua yang berada di meja makan hanya mampu memandang pelik ke arah pasangan suami isteri itu.

“ Danny sebenarnya suka sangat kalau Reena yang amikkan makanan ni untuk Danny. Lagi suka kalau Reena dapat masakkan untuk Danny. Kan tak payah nak menyusahkan mak...”

“ Laa.... Danial, apesal cakap macam tu? Bini kamu ni dari siang sampai malam buat kerja rumah. Apa pulak yang menyusahkan mak? Menyenangkan mak adalah....” Mak Som membela menantu kesayangan Puan Sri pula. Membulat mata Tengku Danial apabila mendengarnya.

“ Betul tu Danny. Mummy pun dah suruh Rysha duduk diam – diam. Lagi menjadi – jadi pulak perangai dia. Mesti kena buat kerja. Yang Danny tu pun satu, sebelum kahwin nak bangun pagi kalau waktu belum sampai tengahari tak sah. Hisy.... terbalik pulak perangai kedua – duanya.” Puan Sri Arelia mula membebel.

“ Alaa mummy.... Rysha buat sikit aje kerja tu. Bukannya banyak pun. Mummy pun apa kurangnya, kan mummy dengan Kak Hanie yang tolong mak masak ketam lemak cili api tu. Adoi... main puji – puji orang la pulak my mummy kesayangan ni.” kata Qaireena Airysha merendah diri. Kalau ini berlaku di rumah ibunya, sudah pasti dihebohkan perkara ini di Facebook. QAIREENA AIRYSHA BUAT KERJA RUMAH TANPA PAKSAAN!.

“ Danny tak sangka...” perlahan kata Tengku Danial.

“ Apa yang Danny tak sangka?” tanya Qaireena Airysha.

“ Danny tak sangka yang Reena..... begitu rajin. Kuat. Tak lembik.”

“ Huh?! Lembik?! Who? Me?!” Qaireena Airysha seakan – akan tidak percaya akan andaian yang baru sahaja dibuat terhadapnya. Nafasnya sudah turun naik menahan rasa geram yang amat.

“ Uh huh....” Tengku Danial berkata selamba.

“ Danny, dari tadi akak tengok, kenapa muka Danny merah semacam aje?” Kak Hanie bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.

“ Abang pun tengok merah semacam. Kalau nak kata kau pakai mekap, tak logik pulak kan? Kalau nak kata lasagna tu pedas, abang rasa ketam masak lemak cili api ni lagi pedas. Lagipun, Hanie pun makan lasagna, tak merah pun muka dia?” Adam Zafran pula menyatakan kesangsiannya.

“ Tak ada apalah bang. Just, Danny rasa stres sangat lepas balik kerja tadi. Meeting pun lama tadi.” Tengku Danial menjeling tajam Qaireena Airysha. Qaireena Airysha hanya mempamerkan riak wajah tidak bersalah.

“ Kali pertama Reena dengar muka boleh jadi merah kalau stres. Siapa punya teorilah agaknya ini?” Qaireena Airysha masih lagi dengan niat mahu mengenakan suaminya.

“ Rysha.... Rysha tak tahu eh? Inilah dipanggil teori Tengku Danial Mukhriz.” Kak Hanie seperti dapat menghidu perkara yang sedang berlaku pada ketika itu.

“ Danny nak pergi mandilah. Nak tidur terus. I'm too tired. Reena naik atas cepat tau. Jangan lupa kemas meja ni, jangan asyik nak goyang kaki.” nada suara Tengku Danial seakan – akan merajuk. Tengku Hanie dan Qaireena Airysha hanya tersenyum sesama sendiri. Tersenyum mengejek!

“ Merajuk dengan your wife ke Danny? Be tough la bro...” Adam Zafran sengaja mengusik adik iparnya.

“ I am tough la.... Reena yang lemah – lembut.” Tengku Danial cuba membela dirinya lalu menyalahkan isterinya pula.

“ Hello, excuse me?! Reena pulak yang lemah – lembut? Nak fight tak?” Qaireena Airysha segera menekup mulutnya apabila menyedari keterlanjuran katanya. Alamak.... terlanjur sudah.....

Tengku Danial yang baru sahaja sampai di hadapan pintu lif terus terhenti langkahnya. Dia memandang Qaireena Airysha atas bawah. Biar betul minah ni? Nak fight dengan aku? Seriuosly? She's not joking right?!

“ Oh.... Danny okey aje. Where and when?” oh... ini akan menjadi sangat menyeronokkan!

“ Errr.... awaklah decide. Awak kan golongan para suami?”

“ Our room. Lepas awak selesai cleaning up the table.”

“ Malam ni ke? Awak tak nak tangguhkan?” lebih baik berunding dulu kan? Manalah tahu dapat minta lebih masa ke? Aku sebenarnya sudah longgar lutut pada ketika ini. Suami aku ni kan body macam Rain? Manalah nak setanding dengan aku yang cekeding macam model ni? Aduh....

“ No... no... malam ni jugak. Cepat sikit tau, Reena.” kata Tengku Danial sebelum terus berlalu menuju ke lif untuk naik ke biliknya. Sebenarnya dia amat tidak sabar dengan perlawanan antara dia dengan isterinya yang akan berlangsung seketika nanti.

Aku terus melangkah ke dapur untuk menolong apa yang patut. Ketika aku sedang membasuh pinggan mangkuk, bahuku dicuit dari arah belakang. Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayanganku?

“ Airysha, kenapa yang muka Danny merah tadi? Pedas ek lasagna tu? Akak makan tak rasa apa pun? Melainkan.....” Tengku Hanie tersenyum penuh muslihat.

“ Hisy.... akak ni... mana ada Airysha buat apa – apa. Airysha cuma letakkan pinggan tu untuk Abang Danial. Itu aje.” Qaireena Airysha menyambung kembali perbuatannya membasuh pinggan yang tergendala seketika tadi.

“ Ye ke? Tiada siapa yang berani buat macam tu pada Danny tau, melainkan akak. So, kalau akak tak mendengki Danny, maksudnya ada makhluk lain yang buat macam tu kan?”

“ Errr..... buat apa kak?” dengan poyonya Qaireena Airysha bertanya kembali.

“ Entahlah.... orang yang buat sahaja akan tahu. Manalah akak nak tahu kan. Cepat bagitau! Airysha tahu kan? Kalau tak, akak geletek sampai kau pengsan!” Tengku Hanie mengugut Qaireena Airysha. Tangannya sudah diletakkan pada posisi untuk menggeletek. Makin gerun dibuatnya Qaireena Airysha.

“ Okey! Okey.... Airysha ada letak sikit sos pedas atas lasagna Abang Danial. Tapi sikit aje tau akak. Rasanya Abang Danial pun dah tahu yang itu kerja Airysha. Sorry ek kak...”

“ Buat apa nak sorry? Akak nak ucap terima kasihlah sebab kenakan si Danny tu. Dah lama akak tak kenakan dia.” Tengku Hanie amat berbangga bahawa adik iparnya itu sekepala dengannya. Jangan haraplah masakan dia begitu beramah dengan adik iparnya jika dia tidak sekepala dengan otak gila – gilanya.

“ Akak.... wish me luck.” suaranya sedikit bergetar tatkala menyebut beberapa butir perkataan itu. Qaireena Airysha begitu bimbang sekiranya Tengku Danial melakukan apa – apa terhadapnya. Dulu, iyelah dia tidak takut kerana Tengku Danial itu bukan suaminya. Sekarang, apa pula dia hendak lakukan jika lelaki itu menuntut haknya sebagai seorang suami? Parah....

Dengan malasnya Qaireena Airysha menekan punat lif. Sesampainya di tingkat empat, hatinya mula memainkan rentak tidak sekata. Tombol pintu mahal itu dipulasnya perlahan – lahan. Terkejut beruk dia apabila melihat comforter dan selimut tebal telah dihamparkan di atas lantai.

Eee.... apa pulak mamat ni nak buat? Hisy.... kata nak fight? Takkan nak fight on the floor? Lebih kepada 'tumbling' on the floor adalah. Naik gerun aku! Aku mencari kelibat suamiku merata – rata, namun tidak pula aku melihatnya.

Pada saat mata bundarku tertancap pada tubuh Tengku Danial yang hanya memakai tuala separas lutut, aku dapat merasakan darah hangat menyerbu ke mukaku. Tengku Danial kelihatan sungguh maco dengan sebelah tangannya sedang mengelap rambut perangnya yang basah. Lebih menggoda apabila aku dapat melihat butir – butir jernih air menuruni tubuh sasanya.

Kenapa kau buat aku gila bayang kat kau Danial?! Argh.... dengan terpaksa, aku menggagahkan lututku untuk berjalan menuju ke bilik air untuk menukar kepada pakaian 'fight' aku. Aku mengambil seluar trek dan t – shirt berwarna hitam bersamaku. Tiba – tiba, tanganku direntap oleh Tengku Danial.

“ Auch... sakitlah! Sabar boleh tak? Mana aci? Belum mula fight lagi tau....” Qaireena Airysha mengelus – ngelus perlahan pergelangan tangannya. Rasanya sungguh perit. Oh.... ini maknanya dia perlu lebih berhati – hati memandangkan lelaki ini sungguh kuat kuasanya.

“ Aci ada kat India la. Sorry.”

“ Untuk?”

“ Dah terbiasa sangat cakap aci ada kat India. Dengan sebab tarik tangan sayang tadi. Sikit aje abang tarik tadi, sayang lembik sangatlah....” secara tidak sengaja, Tengku Danial telah terlepas cakap perkataan abang dan sayang. Langsung dia tidak menyedarinya.

“ What?!” Qaireena Airysha sedikit terkejut dengan panggilan abang dan sayang yang telah digunakan oleh Tengku Danial sebentar tadi. Sebenarnya terkejut juga dengan andaian suaminya yang senang – senang telah mengatanya lembik. Huh!

What?! Dia.... baru cakap aku sayang? Dan dia pulak jadi abang? Gila ke apa dia ni? Wow, aku perlu akui, jantung aku tidak pernah bergetar hebat seperti ini sebelum ini. Romantiknya.... ahh...kalaulah tiap – tiap hari aku macam ini... Jauhnya kau berangan Qaireena. Isy! Tak mungkin... aku rasa dia hanya teringatkan makwe lama dia kut... Aduh, merananya hatiku ini!

“ Danny want Reena tukar pyjamas yang kita beli hari itu. Ala.... yang comel bercorak teddy bear tu? Takkan tak ingat Reena sayang? Nyanyuk betullah bini aku....” gumam Tengku Danial kepada diri sendiri. Dia terus berlalu ke almari untuk mengambil baju tidur yang dimaksudkannya itu. Saiz yang kecil itu dihulurkan kepada Qaireena Airysha sementara dia menyambung misinya untuk memakai pakaian comel itu di tubuh sasanya.

Terbeliak mata Qaireena Airysha menonton adegan tidak senonoh yang sedang dipertontonkan oleh Tengku Danial itu. Dengan selamba Tengku Danial menanggalkan tualanya lalu menyarungkan baju tidur itu ke tubuhnya. Tengku Danial hanya tersenyum sendirian memandangkan isterinya masih lagi terpaku melihatnya dalam keadaan yang kurang sempurna ini.

Hisy... patut bergambar untuk majalah Playboy aje mamat ni! Tak boleh.... tak boleh... suami aku, hanya untuk tontonan aku sahaja! Sempat lagi Qaireena Airysha bermonolog kepada dirinya.

“ Reena? Are you there? Reena suka eh tengok Danny change? La.... kenapa tak beritahu Danny? Boleh Danny buat free show untuk Reena tiap – tiap hari....”

“ Tak payah! No need.... errr.... saya nak tukar baju dululah. Awak..... err.....tunggu ye?” dengan gugupnya Qaireena Airysha bersuara. Setiap kali diusik dengan perkara tidak senonoh begitu oleh Tengku Danial, makin gugup dia menjadi. Tengku Danial pula berasa sangat terhibur setiap kali dia mengusik wanita itu. Makin galak pula dia tersenyum sendirian apabila terkenangkannya ketika berada di pejabat.

Dengan membuka langkah kuda – kudanya, Qaireena Airysha berlari ke bilik air lalu secara tidak sengaja menghempas pintu bilik air itu.

Lajunya jantung aku ni.... silap hari bulan boleh terkeluar agaknya! Aku melekapkan tanganku di atas dadaku lagi, masih lagi berdegup dengan kencang. Hisy..... ubat guna – guna apa yang kau gunakan kat aku Danial?! Sampai naik gila kau buat aku. Sampai tidak keruan aku tiap kali memandang wajah polos dan comelmu Danial. Mungkin bukan polos, tetapi... maco! Perkataan yang paling tepat ialah maco, lebih – lebih lagi dengan lesung pipit dia yang dalam itu.... Huh.... cair aku....

Qaireena Airysha menjengulkan kepalanya ke luar. Tengku Danial sedang menunjukkan ekspresi serius kepadanya. Hilang semua kecomelannya. Tetapi tetap maco!

“ Okey... saya dah bersedia. So.... awak masih nak fight ke? Awak tahu kan masih mempunyai masa untuk mengundur diri?”

“ Nope. Sinilah.... jangan lengah – lengahkan masa. I know what you're trying to do. No mercy. Argh!!!!” dengan satu libasan sahaja, tangan sasa Tengku Danial sudah mencengkam kuat pinggang Qaireena Airysha. Mahunya patah pinggang kecil itu nanti! Wajah Qaireena Airysha sudah terlekap dengan kemas di dada bidang Tengku Danial yang kelihatan sungguh comel dalam pyjamas bercorak teddy bear itu.

“ Danial! Janganlah kasar sangat. Saya ni kan perempuan yang wajib awak hormati tau... lagipun, saya ni jugak isteri awak kan...”

“ So?” selamba Tengku Danial soalnya kembali.

Baru sahaja Qaireena Airysha mendengus tanda tidak puas hati, dalam sekelip mata dia sudah berada di atas comforter yang dibentang oleh Tengku Danial sebentar tadi. Kedua – dua tangan Qaireena Airysha dipegang ke lantai menjadikannya easy target buat pemburu yang tidak berbelas kasihan langsung terhadapnya.

Mataku kupejam rapat. Hembusan hangat nafas lelaki itu kian kurasakan hangat menyapa pipiku. Nafasku tercungap – cungap menahan lelah. Aku kini diselubungi rasa takut. Macam mana kalau dia nak tuntut hak dia sebagai suami? Ah, sudah tentu aku tidak mampu menolak lagi. Aku belum bersedia.....

“ If you're my wife then.....”

“ Then?!” Qaireena Aiysha menyoal kembali sebelum sempat Tengku Danial menghabiskan ayatnya.

“ Hisy.... cakap tu memang Reena nombor satu! Diam kejaplah....”

“ Okey.” sekali lagi Qaireena Airysha menyampuk Tengku Danial. Mata biru kehijauan milik Tengku Danial ditatapnya lama. Tubuh Tengku Danial masih menindih tubuhnya.

“ Tak ada apa – apalah. Saja.” dengan bersahaja, Tengku Danial mendaratkan kepalanya di atas dada Qaireena Airysha. Bagaikan dihempap dengan batu berwarna perang, terkejut dibuatnya Qaireena Airysha.

Pelik betullah aku tengok laki aku. Pertama, Danial nampak penat tahap dewa tadi. Kedua, dia kelihatan serius semacam. Ketiga, berteka – teki dengan aku. Keempat, manja pula gayanya. Ah.... biarkanlah. Mungkin penat sangat.

Qaireena Airysha mengusap perlahan rambut suaminya. Rambut suaminya yang lembut dan perang itu diusapnya dengan penuh kasih. Aii.... dah kena penangan cinta agaknya minah ni.

“ Danial, mata awak cantiklah. Mana awak dapat ni? Kalau nak cakap mummy, mata mummy hijau total. Daddy awak pulak macam mana?” entah muncul dari arah mana soalan itu dari benaknya pun tidak ketahui. Yang dia pasti, dia sememangnya dia amat tertarik dengan keindahan sepasang mata milik Tengku Danial.

“ Daddy? Hmm.... daddy bermata biru, so I got the best of both worlds. Hijau pun ada, biru pun ada. Kan Danny dah cakap, Danny memang comel!” dengan bongkaknya Tengku Danial mengaku dirinya comel. Tapi memang comel pun....

“ Perasan! Saya cakap mata awak je. Bukan tuannya!”

“ Ye la... Reena nak berapa orang anak?” kadang – kadang dia perlu beralah juga demi isteri kesayangan. Sudahnya, soalan cepumas juga yang terkeluar melalui bibir seksi itu!

“ Hmm..... asalkan ada rezeki, saya tak kisah langsung. Sebab anak tu kan anugerah Allah. Takkan nak tolak anugerah pulak kan? Apa punya soalan la....”

Bicara Qaireena Airysha terhenti sebaik melihatkan senyuman nakal plus comel Tengku Danial. Berkerut keningnya. Lantas sebuah cubitan mak ketam dihadiahkan buat suami yang terlebih gatal...

“ Auch.... janganlah garang macam ni. Nanti perangai garang tu turun pulak dekat anak kat dalam perut tu,” makin galak Tengku Danial mengusik Qaireena Airysha. Tangannya diletakkan atas perut Qaireena Airysha, namun ditepis pantas. Wajah Qaireena Airysha sudah berubah kelat.

“ Mana ada anak dalam perut? Buat anak pun belum....” cepat – cepat Qaireena Airysha menekup mulut lasernya.

“ Belum lagi kan? So, apa kata kita buat anak sekarang? Jom! Let's have some fun!” mata Tengku Danial bersinar sebaik sampai ke topik 'itu'.

“ Banyaklah awak punya buat anak! Hurgh..... mengantuknya. Bangunlah Danial. Saya dah mengantuk ni. Dahlah awak bazirkan masa saya dengan kata nak fight. Last – last, kepala awak yang tersembam atas saya.” rungut Qaireena Airysha. Namun jauh di sudut hati, dia amat suka diperlakukan begitu oleh Tengku Danial.

“ Ummm... Danny tired la. Kita tidur bawah ajelah, okey?” lembut suara Tengku Danial bertanya.

“ Hmm....”

Malam itu berlalu dengan dengkuran halus milik sang suami dan si isteri. Kedua – duanya tidur berpelukan. Masing – masing tidur lena dalam kehangatan dakapan masing – masing, tanpa gangguan. Malam itu melakarkan sejarah buat kedua – keduanya. Siapa sangka bendera kedamaian akan diangkat secepat begini? Hmm.... nampaknya, perjalanan hidup antara Qaireena Airysha dan Tengku Danial masih jauh lagi.








4 comments:

  1. Best...cepat-cepat sambung ya...#^_^

    ReplyDelete
  2. tengku danial macam budak2 la...comel giler!!! geram dgn dya punya mata!!

    ReplyDelete
  3. hahaha funny...

    ReplyDelete
  4. hahhah..menarik sungguh an funny...cpt2 smbung ye..:)

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)