My Cute Buddies!

Wednesday 30 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 12


 BAB 12

Hari ini, Qaireena Airysha terpaksa pergi kerja kerana terdapat perjumpaan ibu bapa dan guru walaupun hari ini hari Sabtu. Meroyanlah aku hari ni sebab tak tidur lebih. Desis Qaireena Airysha kepada dirinya sendiri. Dia memang sungguh pantang jika tidurnya diganggu.

TROOT......TROOT.....Ibu calling.....

“ Assalamualaikum ibu....” sapaku lembut kepada ibu.

“ Waalaikumsalam... tengah buat apa tu? Dah habis kerja?”

“ Baru aje habis bu, kenapa bu? Ada apa – apa yang patut Rysha buat ke? Ke ibu dah rindu sangat dengan Rysha?” sengaja aku menduga ibu. Aku sudah dapat mengagak jawapan straight forward yang akan diberikan oleh ibu kepadaku.

“ Kepala hotak pandai kau! Ibu ada hal sikit nak cakap dengan hang. Ye la...ibu memang rindu sangat dengan hang. Adik hang tu sekor, bukan nak balik rumah. Memanjang bergayut dekat Uitm tu. Hang pulak, balik US, pergi KL. Mana ibu tak sedih....”

“ Alalala.....cayang ibu. Ibu, lagi sebulan aje Rysha kat sini. Bulan depan dah masuk empat bulan. Rasanya, tak lama lagi ibu boleh tengok muka comel anak ibu ni...” aku cuba bergurau dengan ibu. Sungguh aku tidak inginkan suasana sedih antara ibu denganku ketika ini. Tak pasal – pasal, aku pula yang lari balik Pulau Pinang.

“ Ibu nak hang balik sekarang jugak. Maksud ibu, dalam dua tiga hari ni. Ibu dah tetapkan perkahwinan Rysha dalam masa sebulan ni. Nikah kat rumah kita. Majlis dekat KL. Ibu buat kat hotel five star tau. Jangan nak melawan cakap ibu.” tegas kedengaran suara Puan Wan Noor Hidayah seakan – akan memberi arahan. Puan Wan Noor Hidayah terpaksa berbuat demikian demi keselamatan anaknya. Pihak pengantin lelaki memaklumkannya bahawa anaknya itu diancam akan seorang lelaki yang pernah melafazkan cintanya terhadap Qaireena Airysha. Pengantin lelaki itu pula mengaku sangat mencintai anak daranya itu dan berjanji akan menjaganya sebaik mungkin.

Bagi Puan Wan Noor Hidayah pula, dia cukup bimbang akan keselamatan Qaireena Airysha. Mahu sahaja dia terbang ke Kuala Lumpur kerana ingin melindungi anaknya itu. Pengantin lelaki itu kelihatan sungguh baik orangnya. Lebih – lebih lagi orangnya sopan dan berkedudukan. Bukannya mahukan orang kaya sebagai teman hidup anaknya, tetapi ketulusan hatinya untuk memperisterikan Qaireena Airysha telah membuatkan Puan Wan Noor Hidayah terpikat pada lelaki itu. Tidak dilupakan juga wajah tampan lelaki itu.

Memandangkan lelaki itu juga menetap di Kuala Lumpur, mudahlah baginya untuk mempunyai spy tersendiri di sana merangkap menantunya. Bukankah lebih baik begitu? Mama lelaki itu pula kelihatan sungguh baik orangnya dan Puan Wan Noor Hidayah pasti, anaknya pasti akan bahagia di sisi lelaki itu di dunia dan akhirat.

“ Ibu....dulu kan ibu dah janji nak bagi Rysha sambung study? Ala...ibu, lepas habis Ph.D nanti Rysha sendiri akan kahwin dengan calon pilihan ibu. Ibu.....please??” beginikah nasibku setelah belajar hingga ke tahap ini dan harus menghentikan segalanya semata – mata untuk berkahwin? Argh!

“ Tak da...tak da...hang kena kahwin jugak. Tak ada kerja tak apa, suami hang boleh tanggung hang. Jangan risau sangat. Ibu buat ni pun untuk kebaikan hang jugak Rysha. Hang nak ibu mati tak tenang selagi tak tengok anak ibu bahagia ke?”

“ Jangan cakap macam tu ibu. Hmm.....okey bu. Rysha setuju kahwin dengan lelaki yang entah mana asalnya. Korea ke? Hutan ke? Rysha tak kisah. Yang penting, Rysha nak ibu bahagia.” aku hanya reda jika jodohku sudah sampai. Karang elok juga aku kahwin, tak nanti aku memegang gelaran anak dara tua. Hisy.....minta dijauhkan. Hmm....ada juga positifnya kalau aku kahwin...

“ Rysha.....”

“ Okey fine...Rysha janji tak cakap macam tu dah. Lelaki yang Rysha nak kahwin tu baik kan? Bye ibu. Rysha kena pergi sekarang ni. Tengok kawan Rysha dah meroyan tak tentu pasal. Kesian pulak Rysha tengok dia. Assalamualaikum.” aku sengaja mencipta alasan kerana tidak mahu terlalu memikirkan tentang perkara ini. Aku masih sayangkan rambut aku dan tidak sama sekali aku ingin menjadi botak. Huh, belum sampai masanya...

“ Waalaikumsalam....” kedengaran suara Puan Wan Noor Hidayah mengeluh panjang sebelum meletakkan gagangnya. Dia turut simpati nasib anaknya. Namun apakan dayanya? Susah juga ye jadi comel? Nasib baik aku cantik dan bukannya comel. Gerutu Puan Wan Noor Hidayah kepada diri sendiri. Ini namanya puji diri sendiri. Hehe....

Qaireena Airysha menapak ke dalam. Sempat lagi matanya menagkap kelibat Tengku Danial. Kelihatan bersamanya ialah dua orang wanita yang sedang memaut kedua – dua belah lengannya. Takkan nak berebutkan mamat tu kut?

“ Danial.....you tak mahu dekat I sebab perempuan miang ni kan? I dah agak dah! Please come back to me. I'll make you happy. Bukannya macam si miang tak berbulu ni!” lantang Intan bersuara demi mempertahankan teman lelaki kesayangannya. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa Tengku Danial telah memutuskan hubungan mereka sedangkan segalanya baik – baik sahaja sebelum ini.

Itu baru hanya cerita dari sebelah pihak sahaja. Macam Jepun mengebom Pearl Harbour aje lagak mereka demi berebutkan seorang lelaki.

“ Hey! Kurang tamarind you! Darling, you dengar tak apa binatang tu cakap dekat I? I beri semuanya pada you....kenapa you nak tinggalkan I? I sayangkan you Danny. Terlalu sayangkan you. I akan terima apa sahaja alasan melainkan perempuan tak sedar diri tu yang menjadi punca you nak berpisah dengan I!” Areen pula menjerit sesuka hati mak neneknya. Dahlah terjemahkan perkataan asam jawa tu. Macam ni lagaknya orang yang kemaruk Bahasa Inggeris.

Areen menarik kuat lengan kiri Tengku Danial. Intan menarik lebih kuat lengan kanan Tengku Danial. Tengku Danial pula tersepit di tengah – tengah.

Apalah nasib aku ramai girlfriend. Menyesal pulak. Eh! Tak menyesal...tak menyesal. Kalau aku tak ada ramai girlfriend, nanti jatuhlah saham aku. Dan itu maknanya aku tak laku dan secara langsung tahap kemacoan aku akan merudum sebanyak 99%. Tak boleh jadi ni... aku terpaksa break dengan sweetheart – sweetheart aku kalau nak jadi laki orang. Aduh....

“ Stop it! I say stop it!”

Teriakan Tengku Danial tidak membuat kedua – dua wanita itu berhenti, namun lebih galak mereka menarik dia. Qaireena Airysha sudah ketewa berdekah – dekah. Sampai berguling dibuatnya. Nasib baik sempat cover aksi bergulingnya itu.

“ Dengar apa yang I nak cakap dulu boleh tak?! You ni manusia ke makhluk asing sampai tak reti nak faham bahasa yang I cakapkan ni?!”

“ Sorry Danny love.....” Areen dan Intan berkata serentak. Baru sahaja mereka hendak bersuara kembali, Tengku Danial cepat – cepat memotong percakapan mereka. Perempuan kalau cakap, kalau aku pengsan bangun balik pun tak habis lagi. Huh....nasib badan la...

“ I putuskan hubungan dengan you berdua sebab I nak......”

“ Danial....you sanggup duakan I dengan perempuan miang ni? You tahukan betapa I sayangkan you?” Intan mencelah. Aku yang seratus peratus kecantikan tulen ni dia sanggup duakan? How could you Danial?!

“ Woi binatang! Cakap tu sedar diri sikit eh! F.Y.I, dia keluar dengan I dulu sebelum dengan you. Nampak gaya you pun macam perempuan gatal, miang! Tak mustahil Danial I boleh tergoda dengan perempuan murahan macam you!” Areen membalas dengan kata – kata pedasnya sebelum menarik kuat rambut Intan. Si Intan pula menarik kuat rambut Tengku Danial disebabkan cengkaman kuatnya pada rambut Tengku Danial.

Ahhh....rambut aku yang handsome jugak jadi mangsa?! Menyesal sungguh berdating dengan dua harimau ni. Lepas ni tak mahu buat dah. Bawa – bawa insaflah Danial....

“ Ladies! Dengar dulu, please...sebenarnya, I yang salah dalam hal ni. I yang keluar dengan you berdua pada err....masa yang sama. Intan, I keluar dengan you waktu petang. On the same day, malam tu I keluar dengan you Areen. I betul – betul minta maaf. I was just.....” akhirnya keluar juga pengakuan keramat dari mulut Tengku Danial. Sekarang dia berdepan dengan ancaman menjadi mangsa amukan dua wanita garang. Hehe...padan muka hensem kau!

Pang! Merah pipinya bagaikan pakai blusher berbentuk tapak tangan. Pang! Sekali lagi Tengku Danial terkena penangan tamparan yang cukup hebat. Kedua – duanya terus berlalu dari situ tanpa berkata apa – apa pun.

Qaireena Airysha mula mendekati Tengku Danial. Ketawanya masih bersisa. Masih tidak dapat melupakan kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi yang dianggapnya sebagai lucu. Entah apa yang lucu sangat padanya, hanya tuan empunya badan yang tahu.

“ Danial...Danial...inilah padahnya ramai sangat awek. Sekarang tengok? Apa yang kau dapat? Cantek punya penangan roti parotta! Hahahaha! Aku kesian sungguh kat bakal bini kau. Malang sungguh nasib dia. Jangan kau buat kat dia macam ni sudah! Keh keh keh....” Qaireena Airysha langsung tidak menyedari kelancangan kata – katanya mampu mengundang kemarahan Tengku Danial. Yang dia tahu, dia berasa amat tertekan setelah dipaksa berkahwin dalam masa sebulan ini. Siapa yang tak kalut beb?!

Pang! Satu tamparan pula mengenai pipi gebu milik Qaireena Airysha. Matanya sudah berair menahan rasa sakit yang amat. Namun ditahan jua daripada gugur di hadapan lelaki itu.

“ Kau tak ada hak nak cakap macam tu pasal bini aku! Jangan kau berani nak cakap pasal dia lagi! Bini aku, aku yang jaga! Kau tak payah nak sibuk – sibuk dalam hal aku.” kata Tengku Danial sebelum berlalu dengan wajah bengang menuju ke kereta Lamborghini miliknya.

Rupa – rupanya seluruh sketsa tadi telah disaksikan oleh seorang manusia. Siapa lagi kalau bukan kawan baik si Rysha tu, Afifah. Dah memang nama penyibuk sedunia kan.....

“ Rysha, relaks la....” Afifah menyentuh lembut bahu Qaireena Airysha sambil menggosok – gosokkannya.

“ Aku nak balik.”

“ Rysha....”

“ Aku cakap aku nak balik! Kau nak ikut aku ke? Ke, kau nak duduk sini lagi?!” tegas kedengaran suara Qaireena Airysha. Otaknya semakin berdenyut – denyut akibat kedua – dua kejadian yang baru menimpa dirinya sebentar tadi.

Kenapa lelaki itu selalu sahaja mahu menyakitkan hatinya?! Perlukah dia tampar aku? Besar sangatkah kesalahan aku? Kalau ya pun, tidak bolehkah dia tegur kesalahan aku tu? Ayah aku sendiri pun tak pernah naik tangan atas aku. Sedangkan dia? Tengku Danial hanyalah seorang lelaki sadistik yang hanya akan menyakitkan hati aku! Argh! Aku benci dia!

“ Okey....” Afifah tidak mampu berkata apa – apa pun memandangkan mood kawannya itu tidak baik pada ketika ini. Baik ikut sahaja daripada kena bomb sudah!

Qaireena Airysha berjalan laju menuju ke kereta Beetlenya. Dari ekor mata, dia dapat lihat kereta Lamborghini milik Tengku Danial memasuki perkarangan tadika. Cepat – cepat dia masuk ke dalam kereta kerana mahu mengelak daripada berjumpa dengan lelaki itu. Afifah pula terkedek – kedek berjalan mengejar Qaireena Airysha. Nafasnya sudah turun naik menahan penat.

“ Rysha....kau laju sangat la. Aku tahu la kau atlet dulu tapi jaganlah tinggalkan aku macam tu. Kesian aku tau...” Afifah mula bersungut sejurus selepas memasuki ke dalam perut kereta. Qaireena Airysha dilihatnya masih menumpukan perhatian ke jalan raya. Marah lagi ek minah tu? Baik aku tanya. Karang nanti dicop pula sebagai kawan tak prihatin...

“ Rysha... kau marah lagi ke? Kalau kau marah, aku mintak maaf ler bagi pihak Tengku Danial. Dia tak sengaja kot. Selama ni, aku tak pernah pun tengok dia angkat tangan dia atas mana – mana perempuan. Aku rasa dia mereng sikit tadi tu.....”

“ Aku tak nak dengar kau cakap pasal dia. Dia punya masalah, dia punya pasal. Aku tak nak amek tau. Hmm....Afifah, aku nak mintak maaf.” suaranya sudah tidak setegang tadi. Mata Qaireena Airysha redup memandang kawan baiknya memandangkan lampu isyarat kini sedang merah.

“ Kat sape kau nak sorry ni?”

“ Dekat engkaulah....”

“ Sebab?” Afifah masih kurang pasti dengan maksud kawannya itu.

“ Aku nak berhenti kerja. Kau boleh tolong beritahu Kak Hanie tak aku mintak maaf sebab berhenti kerja secara tiba – tiba tanpa bagi sebarang notis pun. Gaji untuk bulan ni, kau amiklah sepenuhnya untuk mak kau. Sorrylah sebab aku tak dapat nak tolong Mak Jah kau tu dengan lebih lama.” matanya terkebil – kebil seketika memandang raut wajah Afifah yang jelas sekali terkejut dengan keputusan drastiknya.

“ Laa... takkan kau nak merajuk dengan Tengku Danial sampai macam tu? Aku kan ada. Bila lagi masa aku nak jumpa dengan kau? Kau tak kesian kat aku ke siang malam menanggung rindu kat kau yang langsung tak fikirkan aku? Aku tahulah kau tu nak sambung study kan? Cakap terus terang ajelah...ke, kau rasa membebankan kau nak bagi separuh gaji kau kat mak aku? Kalau macam tu, tak payah bagilah. Aku kan ada? Kau duduk dengan aku sudah.......”

“ Woi perempuan! Aku sendiri frust tau tak?! Tolong jangan ungkit pasal Tengku Danial! Aku nak tegaskan bahawa aku tolong mak kau sebab aku ikhlas. Bukan sebab simpati! Sampai hati kau anggap aku macam tu. Aku tak seburuk yang kau sangka tau...” pada saat itu, gugur juga air mata jernih di pipinya yang sedikit merah akibat ditampar dengan kuat tadi. Qaireena Airysha pantas menyeka air mata yang mula membasahi wajahnya. Nanti hilang cun. Desisnya. Isy, sempat lagi!

“ Rysha, kaulah orang yang paling rapat dengan aku selain mak dan bapak aku. Aku nak kau ada di sisi aku selagi boleh. Itu aje.”

“ Aku tak boleh nak ada kat sisi kau buat masa sekarang. Bukan dalam masa terdekat ni. Aku tak boleh sambung study. Aku tak boleh nak kerja. Aku tak boleh luangkan masa lagi dengan family aku mahupun kau.” ujar Qaireena Airysha sambil tersedu – sedan. Rasa sebaknya sudah tidak dapat ditahan lagi. Ketika ini, keretanya diberhentikan di sebuah taman permainan. Kelihatan ramai kanak – kanak sedang bersuka ria.

Afifah menggenggam tangan Qaireena Airysha seakan – akan memberi kekuatan kepadanya untuk meluahkan perkara yang terbuku di hatinya. Dia tahu, kawannya ini sedang berdepan dengan dilema yang besar. Jikalau tidak, masakan hingga dia boleh menangis seperti budak yang tak dapat lolipop?

“ Rysha.... aku tak fahamlah...kau cerita kat aku, mana tahu aku boleh tolong?”

“ Aku akan berkahwin.”

Terlopong mulut Afifah apabila mendengar perkataan keramat itu daripada bibir mungil Qaireena Airysha. Biar betul minah ni?!

“ Bulan depan, aku akan bernikah dengan.... lelaki yang aku sendiri tak tahu siapa. Ibu aku yang beria – ia sangat. Aku tak faham. Aku terpaksa. Aku tak nak semua ni. Tapi aku nak ibu aku bahagia, itu aje.”

“ Laa.... kenapa kau tak bagitau aku? Takkan kau tak tahu dengan siapa kau nak kahwin? Ini dah kes kritikal ni...”

“ Kau tak bagi aku peluang nak cakap pun. Ibu aku cakap pun tadi sebelum aku kena.....kau tahulah kan? Aku tak berminat langsung nak amik tahu dengan siapa aku nak kahwin. Malas.” kepala Qaireena Airysha diletakkan di atas stereng kereta seolah – olah melepaskan bebanan yang sedang bersarang dalam kepala otaknya.

“ Oh.... kesian...kesian....bila kau nak balik?” pertanyaan Afifah itu dijegil dengan pandangan maut daripada Qaireena Airysha. Alamak! Aku tersalah cakap ek?!

Paaap! Innalillah terus nyamuk yang berada di atas pipi tembam Afifah. Ingatkan sebab apa tadi dia tenung aku. Fuh....lega.

“ Sorry....nyamuk tu besar sangat. Tangan aku gatal sangat nak pukul dia. Hehehe..... aku? Aku balik esok pagi pukul 9.”

“ Awalnya...”

“ Kau takkan tak tahu aku nak jadi bini orang dalam masa sebulan ni?! Kenalah balik.”

“ Macam mana kau nak balik ni?”dengan lurusnya Afifah bertanya.

“ Aku terbang.” sama lurus juga jawapan yang diberikan oleh Qaireena Airysha.

“ Hek?? Macam mana tuh? Kau tak ada sayap pun....” kalau otak tu dah melekat, memang susah nak berjalan balik. Macamlah dua ekor manusia ni bussinesswoman nak ada banyak benda yang kena fikirkan. Aduh....dah kes parah ni.

“ Aku naik flight la.”

“ Bila kau book tiket? Bukan last minit takda tiket ka?”

“ Lepas ibu aku call, aku terus book flight tiket. Ada tiket first class la. Aku amik la first class tu, nak juga rasa dimanjakan. Hahaha....”

“ Aku nanti rindu kau. Sangat sangat.” Afifah melentokkan kepalanya atas bahu Qaireena Airysha. Manja sungguh lagaknya.

“ Hah...dah terlanjur jumpa kau, jemput datang eh ke majlis perkahwinan aku nanti. Kau datang tau masa aku nak menikah kat rumah aku. Lepas tu, majlis dekat sini pulak. Aku tak tahu kat mana tapi ibu aku ada cakap yang majlis tu akan berlangsung kat hotel lima bintang. Haa...part tu memang aku sayang ibu aku. Ibu aku memang pandai nak sejukkan hati anak perempuan dia.”

“ Wah...bestnya kau, dapat kahwin ala – ala wedding of the year.” komen Afifah selamba sambil mencelikkan matanya. Dia turut tumpang gembira majlis perkahwinan Qaireena Airysha akan berlangsung di hotel lima bintang. Memang sama aje otak mereka berdua ini, memang sah kanak – kanak Ribena!

“ Banyak kau wedding of the year. Yang aku kena paksa kahwin kau jangan lupa tau.... tapi memang best kahwin ala – ala wedding of the year! Hmmm.....doakan aku bahagia ek dengan suami tidak diketahui identitinya okey?”

“ Aku sentiasa inginkan kau bahagia tak kira mana kau berada. Selamat pengantin baru, Rysha....aku sayang kau.”

“ Kau overlah....aku belum kahwin lagi tau. Hmmm....aku pun sayang kau, dunia dan akhirat. Aku pun harap kau kahwinlah cepat dengan anak tauke minyak tuh, Syed Bawal....”

“ Bukan bawal lah, Naufal. Insyaallah...” pantang sungguh Afifah jika nama buah hati pengarang jiwanya disebut salah. Nasib....nasib....

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)