My Cute Buddies!

Friday 18 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 11


BAB 11

Hari ini genaplah sebulan aku bekerja. Tak sabar rasanya nak ambil gaji pertamaku nanti. Sekarang aku baru tahu bagaimana rasanya hendak mendapat gaji pertama. Sungguh teruja. Petang nanti aku perlu menghadiri kenduri aqiqah Muhd Irfan Zafriel di rumah Kak Hanie. Hmmm..... dapat gaji lepastu dapat makan free. Alhamdulillah, memang rezeki aku hari ini.

Dengan semangat baru aku melangkah ke dalam kelas. Semua anakanakku sudah menanti aku agaknya.

Selamat pagi kelas!dengan kuat aku laungkan kepada budakbudak itu. Tercuit hatiku apabila melihat terdapat sesetengah daripada mereka sudahpun menutup telinga. Nyaring sangat ke suara aku ni?!

Hari ini, cikgu nak ajar kamu bunyibunyi binatang. Suka tak?!

Suka!!!serentak mereka menjawab.

Kalau suka mari kita mula....cikgu nak tanya siapa yang tahu bunyi lembu? Cikgu bagi hadiah tau kepada sesiapa yang tau buat bunyi lembu.

Belum mula apapun lagi sudah ada seorang budak mengangkat tangannya. Oh budak nakal itu.....apa namanya? Hmmm....Shane!

Any question Shane? It's weird when I haven't started teaching anything and you've raised your hands. Interesting.....proceed, Shane...

“ Sesiapa yang tahu buat, kena buat betul – betul tau teacher Rysha. Promise?” Shane mengangkat jari kelingkingnya kepadaku. Aku menyambut hulurannya. Shane tersenyum tersendirian. Aku pula termangu – mangu. Apa pula budak ni nak buat kali ni?!

“ Siapa tahu buat bunyi lembu, angkat tangan?!!”

Tiada sesiapa pun yang mengangkat tangan. Qaireena Airysha sudah kebingungan. Hairan kerana bunyi lembu pun mereka tidak tahu, kesiannya...

“ Teacher Rysha buat lah sekarang. Kami betul – betul tak tau ni. Tolonglah...please.....” rengek seorang budak bernama Haykal.

“ Okey....semua dengar ye?? Ehem...Ehem...Moooooo......mooooo......moooo....”

Shane memandang ke luar kelas dan mengisyaratkan sesuatu kepada seseorang. Orang misteri itu pun menyuruhnya untuk mengenakan cikgu tak berdaya itu lagi. Shane menaikkan kedua – dua ibu jarinya sambil tersenyum. Keningnya diangkat tanda mahukan lebih 'habuan'.

“ Teacher Rysha....we don't know laa...please, buat dengan gaya sekali?”

Macam mana aku nak buat ni. Melebih la pula aku tengok budak ni. Nasib aku la...

Aku melutut. Tanganku aku letakkan atas lantai. Aku benar – benar kelihatan seperti seekor lembu sekarang ini. Harap – harap tiada sesiapa yang nampak sudah. Aku merangkak ke sekeliling kelas dengan membuat gaya lembu meragut rumput sekali dengan bunyinya. Aku kelihatan seperti seorang badut di ketika ini. Demi anak – anakku yang terlebih nakal hari ini, aku sanggup....

“ Mooo.....waa...ini lembu sudah tak larat wo. Faham ke semua? Amboi, seronok ye buang masa tengok hiburan free?” nafasku tercungap – cungap menahan rasa penat. Sungguh tidak kusangka menjadi seekor lembu begini susah. Memang aku respect gila pada para lembu di luar sana!



TRINGG!!!! bunyi loceng sudahpun kedengaran. Maka berakhirlah sesi mengajarku pada hari ini. Seperti biasa, semua budak – budak itu sudah berlari keluar. Macamlah aku tidak tahu perasaan jadi budak tadika. Seronok, boleh balik awal pula tu!

Qaireena Airysha melangkah keluar dari kelas itu. Pada saat matanya menangkap kelibat Tengku Danial, dahinya dikerutkan. Mamat ni tak ada kerja ke asyik nak melepak dekat tadika ni? Malas aku nak tengok! Pandai pula minah ni panggil mamat kesayangan dia Tengku Danial. Mana perginya Mukhriz? Misteri...misteri....

“ Afifah sayang! Jom balik! Aku tak sabar nak makan ni! Aja aja let's go!” suaranya sengaja dikuatkan supaya didengari Tengku Danial.

“ Jangan menggedik dengan akulah...geli aku dengar. Nak balik,cakap ajelah nak balik. Kau tak payah nak sayang – sayang dengan aku. Lainlah kalau kau masih nak aku belanja kau makan? Tapikan,nanti kita makan free tau..” Afifah dengan lurusnya menjawab tanpa memahami bara di hati Qaireena Airysha.

“ Diamlah kau. Tak nak sayang, sudah! Jom, balik!” tangan Afifah ditariknya kuat menuju ke pintu keluar tadika. Tengku Danial pula tersenyum sendirian memandang rakaman TOP SECRET di Blackberry miliknya. Agaknya rakaman apa ye???......Misteri...misteri....



QAIREENA Airysha memakai baju kurung moden berwarna putih bersama kain chifon warna sama yang dibelinya semasa bercuti di Itali bersama keluarganya. Hanya mekap nipis dikenakannya bersama – sama selendang bermanik untuk majlis kenduri aqiqah Muhd Irfan Zafriel.

Aku sungguh kagum dengan saiz rumah Puan Sri Arelia dan arwah suaminya. Extravaganza! Lima kali ganda lebih besar daripada rumah ayahku di Pulau Pinang. Memang patut pun, sebab dah nama pun Tan Sri kan?! Cantik pula rumah ini. Tema Inggeris, just the way I like it.

Aku mencedok nasi serta gulai daging yang nampak sungguh menyelerakan di mataku. Banyak juga yang aku ambil tanpa sedikit pun rasa malu. Aku menapak ke arah meja Kak Hanie, Puan Sri Arelia dan tentunya Afifah dan Tengku Danial. Baru aku perasan baju kurungku sepadan dengan baju Melayu yang dipakai Tengku Danial. Lengkap bersamping, cuma songkoknya tidak dipakai lagi kerana mungkin panas kut. Rambut dia perang?! Takkan baru aku nak perasan? Teruklah aku ni. Tidak dinafikan bahawa pandangan matanya masih mendebarkan hatiku, sama seperti kali pertama aku melihatnya. Handsomenya....tapi aku tak suka dia lah....

Mana aku nak duduk ni? Semua tempat dah penuh. Ada kosong pun....sebelah 'dia'. Adoii.... fuh...nasib baik dia pelawa aku duduk sebelah kanan dia. Tengku Danial menarik kerusi untukku. Aiseyman....gentleman pulak dia ni. Jangan aku tergoda sudah. Di sebelah kiri Tengku Danial, aku mengagak wanita itu ialah teman wanitanya. Tetapi perempuan lain daripada yang aku nampak hari itu. Dah memang kerja dia agaknya tukar girlfriend tiap – tiap hari. Yang aku nak menyibuk apesal? Masalah dialah nak tukar girlfriend ke tak, none of my bussiness.

Aku membaca bismillah. Aku hairan kenapa daging aku ada tulang. Bukankah daging lembu tiada tulang? Melainkan.....daging kambing! Aku tak makan daging kambing la! Macam mana aku boleh tak perasan ni?!

Afifah menahan tawanya. Kenapa minah ni ambil kambing kalau tak makan? Mesti kes silap tengok ni! Qaireena Airysha menguis – guis nasi di pinggannya. Nak cuba masuk mulut, tapi mulutnya pula tidak mahu buka. Qaireena Airysha menjeling tajam Afifah.

“ Tengku, tengoklah perempuan sebelah you tu. Dahlah tak makan kambing, pergi amik jugak. Rabun biawak betullah kau ni. Kau nak ambik yang baru ke? Kesian aku tengok kau.” Afifah bersuara setelah mendiamkan diri sekian lama. Mungkin berasa simpati terhadap kawannya atau niat sebenarnya mahu mengenakan kawannya itu.

“ Aku tak nak la....semua benda kena ada kali pertama kan? Haa...kau tengok macam mana orang hebat makan. Ngaaammm....” baru sahaja aku hendak makan namun dihalang oleh Tengku Danial. Apa masalah mamat ni?!

“ Laa....kau tak payah makanlah. Nah amik aku punya nasi. Tak ada kambing, ada ayam aje. Kau makan ayam kan? Kalau kau tak kisah, kau makan aku punya la, aku baru makan satu suap aje. Sayang pula kalau nak membazir.”

Aku hanya mengangguk lemah. Aku menyambut hulurannya. Dia pula ambil pingganku lalu menyambung makan seperti tiada apa yang berlaku. Bekas tangan aku tu! Dia makan? Aku teragak – agak untuk makan bekasnya. Makan ajelah...bukan ada apa – apa pun. Aku menyambung makan nasinya. Tengku Danial makan bekasku, aku makan bekasnya. Semua di situ tergamam tidak terkata apa – apa.

Tengku Hanie Sofea, Adam Zafran, Afifah dan Puan Sri Arelia tersenyum sendiri sambil berpandangan sesama mereka. Apa kes?? Tengku Hanie Sofea mengenyitkan matanya pada Puan Sri Arelia.

“ Danny, Danny tahu kan kongsi makanan dengan isteri dapat pahala? Terutamanya bagi si isteri tu....” Tengku Hanie Sofea memulakan bicara setelah mendiamkan diri buat seketika sambil merenung tajam Qaireena Airysha. Afifah mencelikkan matanya tanda mahu mengatakan sesuatu.

“ Betul...betul...saya sokong Kak Hanie. Bukan sahaja makanan, minum ayaq pun sama!” sengaja Afifah bertutur menggunakan kecek Pulau Pinang kerana mahu mendapatkan perhatian Qaireena Airysha. Qaireena Airysha mengerutkan keningnya kerana bingung dengan perlakuan semua di meja yang sedikit mencurigakan.

“ Mummy pun ingat, dah lama sangat Danny bujang, so......mummy ingat nak kahwinkan Danny dengan seseorang secepat mungkin. Hanie, do you have any suggestions on who should marry Danny?” Puan Sri Arelia pun sudah menyambung sketsa yang sedang berlangsung sambil mengendong kemas Muhd Irfan Zafriel.

“ Mummy..... I think that Danny patut kahwin dengan orang yang tengah makan lauk Danny tu. Hanie rasa dia akan jadi isteri yang terbaik buat Danny. Kan bang?” Tengku Hanie Sofea tersenyum kerana Qaireena Airysha masih belum sedar akan sketsa yang sedang berlangsung itu. Adam Zafran mengangguk mengiyakan kata – kata isterinya itu sebelum menyambung suapannya.

“ Rysha, kau setuju kan kahwin dengan Tengku?” Afifah menambahkan lagi perisa kepada lakonannya. Kalah wo Maya Karin kalau lawan dengan minah sekor ni!

“ Aku on aje.... Aku tak ada hal Danial nak kahwin dengan sapa pun....”

Aku mendiamkan diri sebentar setelah menyedari kelancangan kata – kataku. Wajah setiap orang aku teliti. Semua orang sedang tersenyum, termasuklah Tengku Danial. Tetapi wanita di sebelahnya langsung tidak tersenyum, masam aje muka dia aku tengok. Aku cuba flashback hidupku seminit yang lalu.

Flashback.....flashback....flashback lagi.....Ya Allah! Apa yang aku cakap ni?!

Qaireena Airysha tersedak sampai terbatuk – batuk. Air matanya sudah mengalir menahan rasa sakit dan perit di tekak kerana nasi yang sudah ditelan tadi naik kembali ke tekak. Terus dia mencapai air sirap di atas meja yang sudah tinggal separuh.

Leganya. Sedap pula air sirap yang aku rasa tadi. Semua orang masih tersenyum sumbing ke arahku. Bukankah tadi aku tidak ambil air? Habis itu....air sirap tadi? Adeh! Malunya...minum sampai habis pula tu! Mana aku nak letak muka ni?! Air Tengku Danial juga yang aku minum....

“ Danial, aku minta maaf la...aku tak tahu pun yang itu air kau. Maaf ek? Meh, aku amik air baru untuk kau...” aku baru sahaja berkira – kira untuk bangun dari kerusiku namun lenganku dipaut kemas oleh Tengku Danial. Nasib baik berlapik wo....

Tengku Danial yang perasan akan perubahan riak wajah Qaireena Airysha lantas melepaskan pautannya pada tangan wanita itu. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia begitu berani memegang tangan perempuan itu. Bukannya dia tidak tahu Qaireena Airysha akan mengamuk walaupun dia berada semeter darinya. Hari ini, pelik pula perangai perempuan itu. Baik sangat la pula.

“ Kau tak habis makan lagi. Air aku tak penting. Kalau kau tak makan, kalau kau kena gastrik macam mana? Siapa yang susah?” terlebih ambil berat pula perangai Tengku Danial pada hari ini. Entah hantu mana yang merasuknya pun tidak diketahui. He...he....hantu cinta!

“ Alaa...bukannya kau yang susah. Aku yang tanggung sakit aku sendiri – sendiri. So, maknanya aku takkan susahkan sesiapa pun.” apesal dengan mamat sekor ni? Tak sihat ke? Baik semacam la aku tengok dia hari ini. Aku akan gunakan peluang ini sebaik – baiknya untuk berbaik dengannya. Yes!

“ Maksud aku, nanti kau susahkan doktor – doktor sedunia tahu tak. Doktor tak ada kerja lain ke selain daripada nak rawat kau sorang?” Tengku Danial cuba mengawal debaran di hati. Nasib baik tidak terbongkar rahsianya. Mesti minah cengeng tu gelak kalau aku cakap aku suka kat dia. Aku hanya suka dia, bukannya perangai dia yang macam budak – budak. Paling aku tak tahan apabila dia panggil aku Mr. Bean di hadapan Amber hari itu! Berani punya budak! But I like.....

Qaireena Airysha mendengus kasar. Dah datang balik perangai sengogoi dia tu! Malas aku nak melayan! Tengku Danial rasa bersalah kerana bercakap dengan begitu kasar dengan Qaireena Airysha. Kenapalah perempuan ini selalu buatkan aku rasa bersalah?!

“ Aku minta maaf la Reena. Aku tak bermakna pun nak cakap macam tu. Okey...okey.....nanti aku belanja kau ais krim nak tak? Sedap tau....kalau kau tak nak....”

“ Nak! Nak! Nak!” Qaireena Airysha menekup mulutnya kerana terlepas cakap lagaknya yang seperti seorang kanak – kanak yang dipujuk sahaja. Tengku Danial dan semua yang mendengarnya hanya tersenyum. Hanya Afifah yang ketawa tak habis – habis.

Alamak! Aku terlebih 'comel' la pulak. Wrong timing betullah. Tapi salah dialah aku cakap macam tu. Siapa yang tak nak makan ais krim? Tengku Danial panggil aku Reena? Reena? Hanya dia seorag yang memanggilku dengan panggilan Reena. Terasa sungguh istimewa. Sungguh disayangi. Sungguh dihargai. Cair hati aku bila dia sebut Reena. Alunan suaranya kedengaran sungguh gemersik dan menggoda di telingaku. Ah sudah! Jauhnya aku berangan. Takkanlah mamat sengogoi ni nak romantik? Dengan aku pula tu! Mati hidup balik aku tidak akan percaya!



DUA jam aku sudah berada di sini. Aku sudah berkira – kira untuk beredar. Takkan nak duduk lama sangat? Apa pula kata tuan rumah nanti walaupun aku tahu mereka tidak kisah aku menghabiskan masaku di sini. Dari jauh aku dapat melihat Tengku Danial sedang berbicara dengan beberapa orang yang aku anggap mungkin rakannya. Tiba – tiba, Tengku Danial melambaikan tangannya ke arahku. Oh, rupanya dia memanggil aku ke sana. Ingatkan dia nak tuntut balik air dia tu! Nasib baiklah orangnya tidak buruk siku!

Qaireena Airysha melemparkan senyuman manis buat staf - staf Tengku Danial. Seorang daripadanya mengulurkan tangannya kepada Qaireena Airysha, namun dibiarkan sahaja. Sebaliknya, Tengku Danial yang menyambut huluran salam lelaki itu.

Aku rasa macam pernah nampak la lelaki ini. Siapa eh? Dah la hulur tangan pada aku. takkan aku nak sambut pula? Karang aku dicop perempuan gatal! Nasib baik la Mr. Bean aku memahami.

“ Reena, perkenalkan my staffs, Faiz, Raj, Alvin, Izzat. You all, this is my very good friend, Qaireena Airysha.” Oh, baru aku ingat, lelaki tadi itu ialah Muhammad Izzat. Aku berjumpanya ketika aku bercuti di Washington D.C. Afifah pun kenal dengan mamat ni. Aku ingatkan aku hanya akan berjumpa dengannya sewaktu di Washington, namun sangkaan aku ternyata meleset sama sekali. Rupa – rupanya dia mengekoriku hingga ke kampus Harvard. Dia meluahkan perasaannya terhadapku. Cinta? Entahlah. Waktu itu aku hanya menumpukan perhatian terhadap pengajianku sahaja. Langsung tidak terlintas di mindaku untuk bercinta. Aku menolak dengan cara baik. Namun dia berkata bahawa dia sentiasa akan menantiku tidak kira berapa lama. Bukannya tidak mahu, tapi aku memang tak ada perasaan cinta langsung terhadapnya. Sekarang aku hanya boleh berharap dia sudah lupa akanku.

“ Rysha, dulu sampai sekarang. Still gorgeous as always. Tak pernah ubah.” dengan selamba Izzat berkata kepada Qaireena Airysha tanpa sedikit pun rasa malu mahupun segan terhadap rakan – rakan sekerjanya yang lain. Tengku Danial mengerutkan dahinya. Bila masa pula Izzat jumpa Reena?!

Ternyata dia masih ingat padaku. Qaireena Airysha bermonolog kepada dirinya.

“ You dah pernah jumpa dengan Reena? Bila? I tak tahu pun?” pipi Tengku Danial sudah kemerahan kerana hari itu cuaca agak panas. Dia kelihatan seperti memakai blusher. Blusher semulajadi. Comel!

“ Bos, ingat tak masa kita punya company trip ke Washington three years ago? Masa itulah I berjumpa dengan dia. Then I followed her to her Harvard campus. That's when I knew Rysha. Bos, tahu tak Rysha ni student of the year Harvard? Pandai kan? Sebab itulah I suka dia dari dulu lagi.” satu persatu Izzat menerangkan kepada bosnya yang sudah separuh gila memikirkan tentang perkara itu. Qaireena Airysha pula hanya mendiamkan diri. Hanya sekadar menjadi pendegar setia rancangan Selamat Pagi Mat Saleh dengan Mat Tempatan.

“ Rysha....kan saya kata saya akan tunggu awak? Awak dah bersedia ke? Saya dah cukup terseksa dulu. Tolonglah hormati perasaan saya. Awak nak apa sahaja, saya akan berikan. Janji awak hidup bersama saya.” Izzat masih belum berputus asa untuk memiliki gadis kecil molek itu.

“ Aku....eh! Saya, nak...nak...sambung study lagi. Saya tak nak ada apa – apa hubungan dengan awak lagi la...” tergugup – gagap Qaireena Airysha menjawab kerana bimbang akan reaksi lelaki itu. Qaireena Airysha tidak mahu menerima lelaki itu lagi kerana lelaki itu sendiri mengaku bahawa perasaan suka itu hanyalah datang daripada dasar reputasinya yang baik di universiti. Bukannya sebab cinta yang tulus seperti yang pernah dikatakan oleh Izzat tiga tahun dahulu.

Aku memang bertekad walau apa pun yang terjadi, tidak sama sekali aku akan berkahwin dengan lelaki ini. Nak ke dia kahwin dengan aku kalau aku ni pelajar tercorot di universiti? Pastinya dia tidak lalu untuk memandang wajahku pun. Kalau di masa depan aku menjadi isterinya dan jika dia menemui wanita lain yang lebih bereputasi tinggi daripadaku, mahunya aku menangis tak berlagu apabila ditinggalkan lelaki sengal materialistik itu! Aku sanggup kahwin dengan orang utan daripada hidup dalam kepura – puraan bersama dia! Astaghfirullahalazim....minta dijauhkan.....

“ Sampai bila awak nak saya tunggu ni? Sampai mak bapak saya suruh saya kahwin lain?! Nak ke awak macam tu?” Izzat memandang tepat ke dalam anak mata Qaireena Airysha. Tidak pula dia berasa dia gerun. Tetapi, sumpah, kalau Tengku Danial tengok macam tu, cair terus agaknya. Tengku Danial tu kan kasanova bertaraf buaya antarabangsa??

“ Suka hati awaklah nak kahwin dengan siapa pun. Saya kisah apa. Bukannya kita ada apa – apa hubungan istimewa pun. Dari dulu pun saya cakap saya tidak akan mungkin sayangkan awak. Not even as a friend...” Qaireena Airysha menunduk ke bawah. Lagipun, dia hanya menyatakan yang fakta, bukan yang auta!

“ Woi! Senang aje kau cakap macam tu?! Aku jadi macam lintah liat tunggu kau dan sekarang kau tak nak kat aku?! Maaf...maaf....awak....saya tak bermakna nak cakap macam tu pun...please...”

“ Titik tolaknya, aku tak pernah suruh kau tunggu aku pun! Yang kau sesuka hati mak nenek tergedik tunggu aku apesal?! Kau nak jadi lintah liat ke, kerbau busuk ke atau gorila tak waras, bukan hal aku! Woi sengal! Kau dengar sini, orang takkan cakap benda yang dia tak maknakan, benda yang tak terlintas dalam kepala otak dia. Melainkan kau tak ada otak, mungkin kau boleh cakap macam tu. Sembang aje banyak!” aku terus membara apabila dia bercakap seolah – olah aku yang kempunan nakkan dia.

“ Rysha....saya tak....”

“ Sudah! Aku dah hilang sabar dengan kau! Sekarang kau dengar aku cakap, aku, Qaireena Airysha bersumpah tidak akan sama sekali berkahwin dengan lelaki bernama Muhammad Izzat walaupun aku perlu gantikan dengan nyawa aku. Kau nak aku mati, kau cuba kahwim dengan aku. Aku takkan sama sekali serahkan hati aku kat kau! Bla lah!” leganya aku apabila aku sudah melepaskan apa yang terbuku di hatiku. Kalau dah sumpah, aku hanya berharap ia tidak akan memakan diriku kelak. Insya – Allah. Aku terus berlalu dari situ tanpa menoleh belakang lagi. Aku hanya ingin lari daripada bayangan lelaki itu. Bayangan yang sentiasa menjadi seperti cicak kepadaku. Kalau boleh, mahu sahaja aku membunuhnya. Namun, aku tahu aku masih waras. Fuh....

Izzat termangu sendirian. Aku akan dapatkan kau Rysha. Aku akan buktikan kau salah. Aku akan buktikan kau memang perlukan aku satu hari nanti. Kau dah malukan aku depan bos dan member – member aku. Aku tidak sama sekali akan melupakan itu.

Tengku Danial mengejar Qaireena Airysha dari belakang. Dengan hanya beberapa langkah sahaja, dia sudah sampai pada Qaireena Airysha. Kakinya yang panjang dan tubuhnya yang sasa amat membantu. Tengku Danial memaut lengan Qaireena Airysha namun ditepisnya kuat.

“ Kau jangan sentuh aku sesuka hati boleh tak?!” bentakku. Entah angin apa yang merasukku hari ini, aku memarahinya tanpa sebab. Kesian Tengku Danial. Tetapi dia tetap salah. Aku bukan seperti perempuan lain yang dia boleh sentuh sesuka hati. Aku hanya milik suami aku. That's it. Itulah prinsip aku.

“ Reena, kenapa ni? Why you marah sangat ni? Kau nak aku pecat dia ke? Aku boleh aje..” Tengku Danial berkata selepas dia yakin suhu kemarahan Qaireena Airysha sedikit reda.

“ Kau tak payah pecat dia la...ini masalah aku dengan dia. Kau tak ada kena – mengena pun. Tapi kalau kau nak....ummm...tak payahlah, kesian kat cicak tu. Nanti nangis pulak dia.”

“ Cicak? Kau memang suka bagi gelaran kat orang lain ye? Aku, kau panggil Mr. Bean. Izzat , kau panggil cicak. Lawaklah kau ni... entah siapa yang akan jadi mangsa kau yang seterusnya..hahaha.... kau ni, boleh tahan jugak ye, orang nak kat kau bagai nak gila. And then kau reject mereka macam petik jari aje.” Tengku Danial tersenyum menyerlahkan lesung pipit di kedua – dua pipinya. Baru aku nak perasan ini jugak? Entah berapa banyak perkara tentang dia yang aku masih belum perasan. Setiap satunya begitu indah.

“ Haaa....kau ingat kau sorang aje boleh jadi kasanova? Helo, aku pun kasanovi baek punya tau....jangan tak percaya..”

“ Kasanovi? Suka hati kau aje rosakkan bahasa. Kesian kat para bahasawan. Ada ke kasanovi baek punya?” Qaireena Airysha tergelak kerana cara Tengku Danial menyebut perkataan 'baek punya' sungguh melucukan.

“ Kau pun rosakkan bahasa tau. Mana ada perkataan bahasawan? Kasanovi baek punya tu macam aku. Orang minat kat aku, tapi aku rileks aje. Aku tak nak menggatal balik dengan ulat – ulat tu. Sebab aku tahu benda itu salah. Lebih – lebih lagi aku ni perempuan. Bagi aku, prinsip aku senang aje, aku hanya milik mutlak suami aku. Tiada mana – mana lelaki yang berhak menyentuhku, selain daripada lelaki yang bergelar suami aku. Tapi aku tak kata aku ni baik sangat. Banyak jugak salah dan dosa aku buat. Apa aku buat sekarang ialah cuba untuk menjadi hamba Allah yang solehah.” panjang lebar aku terangkan kepadanya. Aku berasa sungguh selesa untuk berterus – terang begini dengannya supaya dia tidak salah sangka terhadapku. Harapnya la....

Interesting....” Tengku Danial sebenarnya kagum dengan perempuan di hadapannya ini. Dia tidak menyangka bahawa budak cengeng boleh berubah menjadi ustazah pilihan dalam satu saat. Amazing....let's see what's going to happen between us,well, soon enough....desis Tengku Danial kepada dirinya sendiri.

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)