My Cute Buddies!

Thursday, 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 6


BAB 6

Aku dan ibu mengambil tempat. Kelihatan tiada ramai pengunjung di sini. Di satu sudut, terdapat sepasang kekasih. Romantis sungguh aku lihat mereka. Iyalah, suap menyuap. Siap silangkan tangan lagi!

Aku hanya memesan aiskrim vanilla siap dengan topping kegemaranku, whipping cream. Ibu? Tak payah nak suruh pun ibu dah pesan bermacam – macam jenis aiskrim, termasuklah ice blended. Habislah kalau poket aku lokek lepas ni!

Rasa resahku masih belum surut lagi. Macam mana kalau ibu cakap tak boleh pergi KL? Tak pasal – pasal aku kena perintah berkurung! Aku dah janji dengan minah tu aku nak pergi kerja. Aku pun bukan jenis yang suka mungkir janji. Kalau sekali – sekala dalam keadaan terpaksa tu tak apalah.... nampaknya, aku kena juga membodeks ibu aku!

Aku berdehem. Berdehem lagi. Aik? Tak ada respon pun? Oh, patutlah! Ibu tengah khusyuk menjamu selera.

“Hang ni sakit tekak ke? Pasai pa dok ber- ehem ehem dari tadi?” Puan Wan Noor Hidayah memandang anaknya dengan pandangan pelik. Matanya sudah dikecilkan ala – ala James Bond.

“ Bukan macam tu ibu. Umm... ibu, Rysha nak tanya sikit boleh tak” aku cuba mengeluarkan nada comel tapi malang tidak berbau, comel bunyi macam menggedik! Cis!

“ Tanyalah. Ibu sanggup tadah telinga sebab dah dapat pengerasnya!” gurau ibuku. Awat dengan anak dara aku ni? Entah – entah...... pembawa budak tak? Sebab tu dia sampai belanja aku! Astaghfirullahalazim.... tak baik aku cakap anak aku macam tu. Tapi apa yang dia buat sampai muka macam banduan nak pergi hukuman bunuh aje? Lama Puan Wan Noor Hidayah bermonolog dalam dirinya tanpa memaparkan sebarang reaksi.

“ Ibu.... Rysha... Rysha...umm...” ah sudah! Aku kedengaran seperti robot yang tidak diisi petrol. Tunggu masa aje nak 'jalan'.
“ Rysha nak kerja kat KL. Rysha nak ibu bagi kebenaran boleh tak? Please... please... please...”

“ Okey ja... tapi bukan hang cakap nak sambung Ph.d ke?”

Senangnya aku nak pujuk ibu. Yes!! Tak sabar aku nak beritahu kepada minah tu!

“ Empat bulan aje Rysha kerja kat sana. Rysha memang nak sambung Ph.d tapi mungkin lepas 4 bulan tu kot... sebenarnya, Rysha nak tolong mak Afifah yang sakit tu. Rysha kesian kat keluarga dia bu. Sebelum ni pun, dah banyak Afifah tolong Rysha bu.” dengan panjang lebar aku menerangkan segalanya kepada ibu. Ibu kulihat sekarang sedang menguntum senyuman ke arahku.

“ Alhamdulillah.. eloklah kalau hang nak tolong kawan hang tu. Ibu hairan, kenapalah lama sangat ibu nak perasan anak ibu ni baik orangnya?”

“ Itu memang dah lama dah. Ibu aje yang lambat tau!” wah... wah... wah... aku bukan tolong Afifah sebab nak dapat pengiktirafan. Nak dapat pangkat Datuk ke? Datin ke? Tan Sri ke? Aku ikhlas. Sumpah! Tapi kalau dapat juga, maknanya itu bonus kut....hehe..
Ibu menyekeh kepala aku dengan kuat. Sekali dengan kesan aiskrim coklat melekat pada tudung putih aku. Ibu!!!!!

Puan Wan Noor Hidayah ketawa terbahak – bahak melihatkan anak dara sulungnya itu sudah kemerahan menahan geram + marah + malu!

“ Haha... padan muka hang!” masih bersisa usikan kepada anaknya itu.

Ibu dah okey. Ayah? Mestilah okey. Aku ni kan anak kesayangan ayah?

Kesimpulannya, dalam masa sebulan, aku akan berangkat ke KL. Maka dengan itu secara rasminya mulalah hidupku sebagai seorang yang boleh menyara diri sendiri dan bukan hanya makan duit ayah!






1 comment:

surat layang untukku:-)