My Cute Buddies!

Thursday 24 May 2012

Cinta Tak Cukup Seringgit


“ Mama... Qiz dah buat keputusan muktamad ma. Qiz memang ikhlas terima dia sebagai suami Qiz.” lembut mataku memandang tepat ke arah mama. Mama tidak bersetuju aku berkahwin dengan lelaki itu yang kurang siuman? Entahlah. Tetapi dia elok sahaja minggu lepas. Tiga hari yang lalu baru sahaja dia berkelakuan begitu. Sungguh, aku sebagai seorang doktor pun tidak dapat mengenal pasti puncanya.

“ Qiz Zahra, mama tak nak sebab terpaksa dan kesiankan auntie Mai masa depan anak mama rosak. Mama tak sanggup sayang.” Datin Nooraine hampir – hampir sahaja menitiskan air matanya. Dia tidak dapat terima keputusan anaknya untuk menjadi pengantin terjun untuk anak jirannya sepuluh tahun lalu, Datuk Seri Syed Putera Azman dan Datin Seri Maira.

Pegantin perempuan yang dipilih sendiri oleh Datin Maira itu tidak bersetuju untuk berkahwin dengan Syed Putera Airiz kerana keadaannya kurang siuman. Sebenarnya bukan kurang siuman, tetapi lebih kepada kebudak – budakkan. Esok sepatutnya Syed Putera Airiz bernikah, tetapi pada saat – saat akhir pula pengantin perempuan larikan diri. Oleh sebab tidak mahu menanggung malu yang amat, Datin Seri Maira terpaksa meminta jasa baik jiran lamanya dan juga kawan baiknya sejak zaman sekolah lagi, Datin Nooraine.

Aku bingung. Aku masih tidak dapat melupakan kata – kata auntie Mai yang tersemat kukuh di mindaku.

' Auntie dah tak tahu apa nak buat Qiz sayang. Kalau Qiz tak setuju tak apa. Tapi auntie sendiri tak faham kenapa Fatin tak setuju. Last minute pula tu. Dulu bukan main beria – ia nak kahwin dengan Riz, Riz pula yang tak nak kahwin dengan dia. Bila si Riz dah setuju, Fatin pula yang tak nak. Auntie tak dapat terima yang anak auntie jadi macam tu, secara tiba – tiba. Auntie dah cuba berubat, tapi tak dapat sembuhkan Riz. Tapi auntie reda. Qiz, cuba pertimbangkan ye? Auntie malu sangat Qiz. Allah dah tunjukkan pada auntie yang Fatin itu hanyalah pura – pura. Ya Allah...besar sungguh dugaanmu.'

Aku okey aje nak kahwin dengan mamat tu. Dari dulu semasa kami bejiran lagi aku sudah jatuh cinta pada lelaki itu. Aku pendam perasaanku selama ini. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa pedihnya hati aku apabila mendapat tahu bahawa dia akan ke United States untuk belajar di international school di sana. Kini dia kembali.

Di sini pula, aku digemparkan dengan berita dia akan berkahwin dengan anak tauke minyak, Fatin Nabila. Ah! Aku pasrah namun aku reda sahaja. Saat itu, rasa cinta aku terhadapnya terus padam. Aku tahu hukum mencintai suami orang. Aku tidak sanggup menanggung dosa, namun aku terpaksa. Dan sekarang, aku pula diberi pilihan untuk berkahwin dengannya. Bagaimana aku hendak mencambahkan rasa cinta aku terhadapnya semula? Ya aku boleh. Tetapi dengan keadaannya yang tidak cukup seringgit itu, bolehkah aku bersabar dengannya?

Tidak pasal – pasal keluar berita ' ANAK AHLI KORPORAT TERKENAL MALAYSIA MATI DIKERJAKAN ISTERINYA'. Tak ke naya kat aku sahaja? Besar pahalanya jika aku menjaga suami aku yang keadaan mentalnya tidak stabil. Aku lebih pentingkan kehidupan di akhirat daripada di dunia. Aku juga berharap dapat sembuhkannya. Ingin aku melihatnya dalam keadaan normalnya. Handsomenya.... hindung mancung, kulit putih kemerahan, mata yang menggoda. Aku pula yang kena tahan diri aku daripada ' menerkamnya'. Itu namanya ambil kesempatan atas orang yang lemah! Keputusan aku muktamad, aku akan mengahwini juga lelaki itu dan menjalankan tanggungjawab aku sebagai isteri yang solehah. Aku akan menyaranya. Berinya makan, minum. Segalanya. Ya, aku boleh! Dr. Qiz Zahra is coming, watch out!

“ Mama, Qiz memang nak kahwin dengan dia ma. Bukan sebab kesiankan auntie Mai, mama”

“ Macam mana kalau dia sembuh, dia minta cerai daripada Qiz? Dia bukan ingat apa pun dalam keadaan macam ni” rasa kebimbangannya disuarakan juga akhirnya. Datin Nooraine tidak mahu anaknya menanggung derita. Tidak sama sekali anak tunggalnya akan dibiarkannya untuk menanggung derita.

“ Qiz akan berjuang hingga ke akhirnya mama. Kalau dia minta cerai pun, mama dan papa masih ada untuk Qiz kan? Muktamad mama, itulah keputusan Qiz.”

“ Okeylah, kalau itu keputusan Qiz. Ini hidup Qiz kan? Abang, abang setuju kan kalau anak kita kahwin dengan anak kawan baik Aine?” aku pelik dengan perubahan mood mama. Tadi serius semacam, tapi sekarang? Dah macam biskut mood mama aku ni. Entah – entah, mama memang nak aku kahwin dengan mamat tu?

Datuk Bakhtiar hanya mengangguk, tidak mahu mencampur tangan dalam urusan isterinya itu. Kalau Queen sudah cakap, apa boleh buat?

Ya! Anak aku Qiz nanti kahwin dengan anak Mai! Dulu aku pernah janji nak kahwinkan anak aku dengan anak Mai. Tak sangka pula akan jadi kenyataan. Tak disangka juga kawan baik aku bakal jadi besan aku. Namun aku kasihankan juga nasib anak aku yang kena jadi pengantin terjun. Sebab itulah aku tanya keputusannya dulu. Dia pun bagi green light, tak disangka juga dengan begitu mudah. Yang si Riz tu, tiba – tiba aje jadi kureng apesal? Apapun, aku tahu anak aku dapat menjaga budak itu dengan baik dan tak mustahil dia dapat sembuh. Anak aku ni kan doktor terbaik di dunia?! Ha ha ha...

“ Mama nak call auntie Mai! Qiz, jangan risau pasal apa – apa tau. Tadi auntie Mai dah pesan kalau Qiz setuju, semua persiapan dah dibuat untuk pernikahan esok. Qiz hanya perlu bawa diri tau!”

Laju mama berlari ke arah telefon. Pastinya untuk memberitahu berita baik itu kepada kawan baiknya. Mama lari laju macam nak lari maraton tau! Habis bergegar rumah banglo ni!

Tidak percaya rasanya dalam sekelip mata aku akan menjadi isteri orang. Esok, aku akan tinggalkan rumah yang sudah banyak memberikanku kenangan manis. Nak menangis? Entahlah. Aku sendiri yang membuat keputusan ini. Aku akan membawa 'senjata' untuk menahan kerenah suamiku ini. Insya – Allah, rumahtanggaku akan berkekalan.


“ Riz...esok Riz akan kahwin tau, dengan anak auntie Nooraine, Qiz Zahra. Ingat kan dia? Sekarang dia dah jadi doktor. Nanti Qiz boleh jaga Riz dengan baik tau.” betapa gembiranya hatinya apabila mendapat panggilan daripada kawan baiknya sebentar tadi. Mulia sungguh hati budak Qiz Zahra tu. Kenapa aku tak nampak dari dulu lagi? Ah...aku puas sekarang kerana anak aku akan kahwin dengan seorang yang sangat baik. Syukur ke hadratMu Ya Allah..

“ Yei! Yei! Baby nak kahwin esok!”

Budak tu nak kahwin dengan aku? Aku dengan susah – payah berlakon macam budak – budak semata – mata tak nak kahwin dengan Fatin. Dengan budak ni pula. Kenapa dengan budak kecik juga aku kena kahwin. Dah lama rasanya aku tak nampak dia. Doktor? Wah..pandai juga budak cengeng tu. Nampaknya aku terperangkap. Kalau budak tu boleh terima aku walaupun aku otak kureng, mesti dia boleh terima aku dalam keadaan apa pun kan? Ah payah! Layan ajelah budak tu. Susah sangat.

Nak sangat kahwin dengan aku kan? Tanggunglah aku lepas ni. Aku takkan buat apa pun. Berdosa ke aku jika buat macam tu kat dia? Dah nak jadi isteri aku pun, mesti berdosa kalau buat macam tu. Aku akan fikirkan sesuatu. Syed Putera Airiz tidak boleh tunduk pada budak kecik tu! Macam mana kalau aku jatuh cinta pada dia? Budak kecik, takkan aku nak tergoda kat dia.

Si Fatin tak guna tu dah pernah mengandungkan anak orang lain. Tak hingin aku nak ambil bekas orang lain. Qiz Zahra? Mungkinkah orangnya seindah namanya? Well, let's see tomorrow then... Siaplah kau budak kecik kalau aku tuntut hak aku.

Syed Putera Airiz tersenyum sendiri apabila memikirkan kuasa yang ada pada tangannya sebagai seorang suami. Ya....


Fuh...leganya dapat buka tudung. Hish..mamat ni, tidur aje kerjanya agaknya. Aku yang pengantin baru yang cantik lagi anggun tak mahu ditengoknya. Aku pakai ajelah baju tidur lace tu. Bukan si Airiz nak tengok pun. Tengok pun, belum tentu dia nak tergoda tengok aku.

Seriously aku cakap, handsome siot suami aku tadi dengan baju Melayu putih. Badan dia yang sasa macam Dennis Oh betul – betul buat dia nampak segak pakai baju tu, walaupun dia ni sebenarnya tak cukup seringgit. Kadang – kadang aku wonder juga kalau dia ni sebenarnya berpura – pura atau betul – betul macam budak – budak. Sebab masa lafaz nikah tadi, maco betul suara dia.

Ahh... tak usah aku serabutkan kepala otak aku dengan perkara tu. Yang penting, dia suami aku dan aku isteri dia. Mengantuknya... sudahlah esok kerja. Nasib..nasib...aku yang jadi pengantin terjun.



AKU memandang tubuh langsingku di depan cermin tandas. Cantik. Gaun tidur yang hanya separas paha ini aku beli di Sepanyol ketika aku melanjutkan pelajaran di sana. Memang lega, tak panas langsung.

Aik? Apesal mamat ni buka baju? Bukankah tadi dia pakai baju? Badan dia... ya Allah, tolonglah aku tahan nafsu aku ni. Macam tak pernah tengok dia pula. Mungkin dia pun panas kut..

Syed Putera Airiz hanya pura – pura tidur. Niatnya hanya untuk mengenakan isterinya dengan membuka bajunya. Niatnya terbantut apabila melihatkan isterinya hanya ke meja solek untuk memakai losyen di tangan dan kakinya. Syed Putera Airiz terpaku seketika melihat isterinya yang kelihatan sungguh seksi malam ini. Lelaki dan perempuan berdua dalam bilik, hubungan yang sah, halal, segala milik si perempuan milik si lelaki, apa boleh berlaku? Jeng...jeng...jeng...

Syed Putera Airiz cepat – cepat menutup matanya apabila mata isterinya terarah kepadanya. Takut juga jika minah tu perasan aku tengok dia. Masya – Allah.....cantiknya dia. Rambut dia yang panjang, harum sampai ke sini pun boleh bau wo. Belakang dia yang terdedah, putih gebu. Dadanya pula, terdedah juga. Memang menggugat naluri kelakian aku.

Perlahan – lahan aku bergerak ke arah katil. Aku mengambil tempat di sebelah Airiz. Bestnya katil dia. Lena lah aku tidur malam ni. Aku tidur menghadapkan kepalaku ke siling. Aku menutup mata. Sweet dream,here I come!
Tiba – tiba... dupp! Tangan sasa milik Syed Putera Airiz mendarat dengan agak kuat di atas dada Qiz Zahra. Tidak henti setakat itu, Qiz Zahra didakapnya dengan erat pula.

Apa ni? Tiba -tiba aje letak tangan atas aset aku ni. Susahnya aku nak bernafas. Woi..lepaslah aku. Mama.. tengok menantu mama yang gatal ni. Deruan nafasnya yang agak kasar menyapa telingaku. Gelilah..Biar ajelah, dia ni kan cayang busyuk masyam aku....


“ Happy birthday Bobo.” Syed Putera Airiz mengucapkan kepada isterinya. Isterinya sengaja dipanggilnya Bobo. Sabar pula isterinya melayan segala kerenah 'budak' itu.

“ Thank you Baby. Jom, Bobo suap kek” setiap kali makan, aku akan disuruhnya untuk menyuapkannya makanan. Tiga bulan berkahwin dengannya, aku sudah kenal akan segala kerenahnya. Aku juga banyak membuat kajian tentang perangai kebudak – budakkan. Aku juga ada menanya beberapa rakan sekerjaku tentang itu, namun aku hampa kerana semuanya tidak berhasil. Mungkin masa akan menyembuhkannya.

Aku menyuapkan secubit kek ke dalam mulutnya. Mummy dan daddy hanya tersenyum melihat gelagat kami berdua. So sweet... desis mereka berdua.

“ Ouch!”

Budak ni..makin manja aje aku tengok. Tapi aku suka dia manja macam ni. Oh... dah pandai gigit tangan orang ye.

“ Bobo, Baby ada hadiah untuk Bobo. Jom buka hadiah la Bobo.” Syed Putera Airiz menarik tanganku menuju ke arah dua kotak hadiah kecil. Satu, dari mummy dan daddy. Dan satu lagi, pemberian suamiku.

“ Bobo buka dulu hadiah mummy and daddy.”

Aku membuka bungkusan hadiah pemberian mummy dan daddy. Kunci kereta. Mak! Kereta Ferrari F430 Scuderia. Mahal tu. Mummy dan daddy sayang aku sampai begitu sekali? Terharu sungguh aku terasa pada ketika ini. Bukan sebab hadiah itu mahal, tetapi kesanggupan mereka menghadiahku sesuatu.

“ Mummy, daddy, thank you so much. Qiz suka sangat. Sayang sangat. Thank you , Qiz sayang sangat – sangat mummy and daddy.” aku memeluk mummy dan daddy sekali gus. Kedua – dua insan itu seperti mama dan papaku sendiri.

“ You're welcome sweetheart” mummy berkata kepadaku. Daddy pula hanya tersenyum melihat aku dan mummy yang masih berpelukan.

“ Mummy dah la tu. Now, my turn. Bobo buka hadiah Baby pula la” Syed Putera Airiz menarik tanganku menuju ke arah hadiahnya. Kotak itu bersaiz sederhana dan tidak terlalu kecil.

Aku membukanya. Comelnya.... anak patung yang memakai skirt dan berambut panjang dan diikat. Tak nampak macam beli pun. Buat sendiri ke?!

“ Baby buat sendiri ye?”

“ Susah tau...cantik tak Bobo?”

“ Cantik sangat sayang. I love you so much sayang. Thank you.”

Aku mendakapnya erat dan memberikannya sebuah ciuman di pipi kanannya.

Syed Putera Airiz terpanar dengan tindakan spontan isterinya. Sukanya! Masa untuk ambil kesempatan...hehe..desis Syed Putera Airiz.

Syed Putera Airiz membalas pelukan isterinya lalu menciumnya tepat di bibir. Pantas sahaja dia mencium Qiz Zahra sebelum sempat dia mengelak.

Budak kecik ni dah pandai mencium ye? Hmmm....kemajuan yang bagus untuk dia sembuh. Aku perasan sekarang, sedikit demi sedikit sifat – sifat normalnya mula terserlah. Insya – Allah, dia dapat menjadi Prince Charming aku satu hari nanti!


“ Baby, demam tu okey dah ke? Macam mana Baby rasa sekarang ni?” aku meletakkan tanganku di atas dahi dan lehernya. Panas. Sejak pagi tadi demamnya tidak kebah – kebah pun. Aku ingin mengajaknya ke hospital tetapi dia pula yang enggan mengikutiku. Risau aku dibuatnya. Aku tidak pergi ke kerja hari ini. Seharian aku duduk di rumah menjaganya.

“ Baby nak tidur. Bobo jangan kacau Baby la” Syed Putera Airiz menepis tangan isterinya. Maafkan abang sayang. Tapi sekarang dah pukul 3 pagi. Sayang kena juga tidur. Janganlah risaukan abang sayang.

Syed Putera Airiz memang sudah jatuh cinta pada budak cengeng bernama Qiz Zahra ini. Budak ini bersungguh – sungguh melayan aku sebagai suami. Tak pernah abaikan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Sayang sungguh Syed Putera Airiz kepada isterinya itu. Dia berjanji tidak sama sekali akan menyusahkan isterinya itu. Sudahnya isterinya pergi ke kerja kekadang sehingga lewat malam kerana kes kecemasan atau perlu menjalankan pembedahan.

Selepas ini sayang, abang janji tidak akan sama sekali biarkan sayang kerja sampai macam tu sekali. Abang akan kerja keras dan akan menyara hidup sayang. Sayang hanya perlu menjadi ratu di hati abang.

“ Abang...eh sori! Baby makan ubat ni. Nak sembuh cepat kan? Cepat makan Baby. Bobo takkan tidur selagi Baby tak makan ubat.” Tersasul panggil abang la pula!

Syed Putera Airiz mendongak dan memakan ubat yang dihulurkan oleh isterinya itu. Dia menarik tangan isterinya menyuruhnya tidur di sebelahnya. Qiz Zahra baring di sebelah suaminya itu dan meletakkan kepalanya di atas lengan sasa suaminya. Rezeki jangan ditolak....selesa wo tidur atas lengan dia!

Syed Putera Airiz pula melentokkan kepalanya di atas dada Qiz Zahra. Qiz Zahra mengusap lembut rambut suaminya. Tidurlah wahai suamiku.

Masing – masing hanyut dalam kehangatan perasaan cinta yang membara. Kini, mereka menjalani hidup mereka sebagai suami dan isteri dalam erti kata yang sebenarnya. Malam itu merangkak dengan seribu satu rahsia miliknya, melakarkan sejarah buat kedua – duanya. Moga – moga bahtera kebahagiaan yang dibina akan berkekalan buat selamanya. Amin.


Lima bulan berlalu menandakan usia perkahwinanku dengan lelaki yang bernama Syed Putera Airiz. Hari ini, aku berasa tidak sedap hati. Aku tidak tahu mengapa. Sejak pagi tadi, aku asyik muntah – muntah. Mungkinkah.....

TROOT.....TROOT.... 'My Cayang Busyuk Masyam calling'

Hah?! What are you talking about Baby? Baby terjatuh? Macam mana boleh jatuh ni? Ya Allah...Darah banyak? Sayang, tunggu kejap sayang, Bobo sampai kejap lagi.. jangan nangis Baby, I'm coming.

Tanpa berlengah lagi, aku menyambar kunci kereta dan bergegas keluar hospital. Segala lampu isyarat aku langgar. Memang berguna sungguh kereta Ferrari aku ni. Laju tak terkata. Yang penting, suami aku tak boleh menderita tak kira apa pun yang jadi. Aku sayang dia, dan aku tak sanggup melihatnya dalam kesakitan.

Syed Putera Airiz sudah menyediakan surprise party buat isteri tersayangnya. Hari ini, dia akan meluahkan cintanya kepada isterinya sekali gus memberitahunya perkara yang sebenar. Sudah lima bulan dia menyimpan rahsia ini dan dia kini tidak sanggup hidup dalam kepurapuraan lagi. Dia terlalu mencintai wanita itu.

Laju sungguh kereta Ferrari yang aku pandu. Tibatiba....BAM!! segalanya menjadi gelap selepas itu.



Mataku terasa amat berat sekali. Aku membuka mataku sedikit. Hospital? Oh...tadi kan aku dah remukkan Ferrari aku? Alaa...sayangnya kereta tu. Nanti ajelah aku hantarkan pergi 'hospital' Ferrari. Alhamdulillah, kecederaanku tidaklah begitu serius. Ciri – ciri keselamatan yang ada pada keretaku itu telah sedikit sebanyak menyelamatkan nyawaku. Ya Allah, terima kasih kerana masih benarkan aku bernafas di muka bumi ini.

Dalam aku sibuk mengelamun, aku terdengar bunyi pintu wad dibuka. Cepat – cepat aku menutup mataku. Aku nak buat kerja skodeng....hehe...

“ Riz, sanggup kamu tipu mummy dan daddy. Tengok sekarang? Siapa yang jadi mangsanya?! Budak tu tak bersalah Riz. Macam – macam dia buat untuk Riz, dan ini balasan Riz? Apa mummy nak jawab pada mama Qiz, Riz?” tersedu – sedan aku dengar suara mak mertuaku di kala ini. Apa pula yang dia tipu aku sampai mummy marah sangat ni?

“ Daddy rasa memang tak ada gunanya Riz berlakon selama ini. Riz tahu tak berapa lama dia tak tidur dan bersengkang mata semata – mata nak sembuhkan Riz? Dia sayang sangat pada Riz. Kalau sekalipun Riz tak nak kahwin dengan si Fatin tu, beritahu ajelah kat daddy. Tak perlu semua ini.” daddy pula yang bersuara ketika ini. Nada suaranya agak keras.

“ Riz memang cintakan Qiz, mummy, daddy. Sayang sangat. Tapi Riz tak sangka akan berlaku semua ini.. Riz menyesal daddy.” kini aku dapat mendengar dengan jelas suara suamiku yang maco. Aik? So, memang benar tekaan aku itu? Dia memang sedang berpura – pura? Aku tahu, sehebat mana pun seorang pelakon itu, dia takkan dapat menipu seorang doktor! Lebih meyakinkan aku bahawa dia normal ialah kejadian pada malam itu. Jikalau dia tidak cukup seringgit, mustahil dia tahu segala perkara yang dia lakukan terhadapku pada malam itu. Apapun, aku tidak sedih kerana menipuku, sebaliknya aku gembira kerana suamiku normal. Aku bersyukur kerana tidak perlu lagi mendengar kata – kata cacian terhadapnya. Tiba masanya untuk aku mengenakannya kembali.

“ Tolong jangan sia – siakan hidup dia.” tegas suara mummy kedengaran seperti askar sedang memberi koman.

Bunyi pintu bilik ditutup menandakan mummy dan daddy sudahpun keluar dari bilikku. Hanya tinggal aku dan suamiku sahaja pada ketika ini. Tanganku dipegangnya erat. Aku berasa sangat selesa dengan tangannya yang hangat menyapa kulitku yang sejuk itu.

“ Sayang, abang minta maaf sebab tipu Qiz selama ini. Percayalah sayang, abang sememangnya cintakan Qiz seorang sahaja. Abang tak niat semua ini berlaku pada Qiz. Kalaulah abang boleh putarkan masa, abang mohon sangat abang berada di tempat sayang... abang tak sanggup kehilangan Qiz.” Syed Putera Airiz mencium tangan isterinya.

“ Qiz? Boleh Qiz dengar suara abang tak? Bangunlah Qiz, abang rindu sangat nak dengar suara Qiz.”

Terharu aku mendengar pengakuannya. Aku menahan air mataku daripada gugur. Setiap perkataan yang diucapkannya bagaikan air dingin yang menyimbah ke atas kepalaku. Segala kesakitan akibat kesan lebam tidak terasa lagi. Kini, aku hanya merasa nikmat cinta suamiku.

“ Baby, boleh baby dengar suara papa tak? Baby jaga mama elok – elok tau. Jangan susahkan mama.” aku mengandung? Alhamdulillah.... Segala perasaan bahagia bercampur dalam diriku ketika ini. Aku terasa perutku dicium lembut. Selepas itu, diusap pula. Sudah! Aku dah tak tahan lagi...

“ Baby? Baby buat apa kat sini? Kenapa pegang perut Bobo? Kaki Baby okey dah ke? Darah banyak keluar ye? Mari sini, Bobo nak tengok.” aku berpura – pura dia masih budak tak cukup seringgit itu. Nasib baik aku dapat menahan tawaku kerana muka bingungnya sungguh melucukanku.

“ Sayang, ini Syed Putera Airiz la. Suami sayang. Bukan Baby. Sayang abang minta maaf...”

“ Baby mamai ke? Sihat ke tak ni? Apa panggil sayang-abang? Eeii...Baby tak geli ke?” aku meletakkan tanganku di atas dahinya untuk menjayakan lagi lakonanku.

“ Sayang, kenapa sayang cakap macam tu? Abang minta maaf sayang sebab menyusahkan sayang selama ini. Sebab berpura – pura dengan sayang. Sayang, ini anak kita tau yang ada dalam perut sayang ni. Qiz tak sayang kat dia ke?” matanya sudah bergenang air mata. Sungguh, aku tidak mahu melihat air mata lelaki milik suamiku gugur. Tidak sama sekali.

Aku terus menariknya ke dalam pelukanku. Aku membasahi bajunya dengan air mataku. Aku tidak kisah dengan lebam – lebam yang terasa sungguh sakit di badanku. Aku merungkaikan pelukanku. Aku merenung dalam ke dalam anak matanya yang berwarna sedikit perang. Handsomenya....

“ I love you sayang....abang minta maaf tau. Sayang marah tak dengan abang?”

“ Shhh...Qiz tak pernah marah dengan abang. Abang ingat Qiz tak tahu ye abang tu sebenarnya berlakon? Qiz ni doktor la abang...Qiz tahu yang mana satu asli dan tiruan. Ini doktor terbaek di dunia tau!” aku meletakkan jari telunjukku di atas bibirnya.

“ Nakalnya isteri abang! Abang rasa malu sangat berlakon depan director besar macam sayang...hish, tak sangka betul. Punya syok abang berlakon tau...” Syed Putera Airiz membuat muka puppy facenya sambil meletakkan dagunya dia atas birai katil.

“ Ha..ha...ha...padan muka. Lebih – lebih lagi masa malam tu...lakonan abang memang tak menjadi langsung!” aku tersenyum teringatkan kejadian pada hari itu. Dia juga begitu.

“ Hmm....kita tunggu sama – sama ye detik baby kita tengok dunia ni?”

“ Okey sayang...anything for you.” dengan romantis aku membisikkan kepadanya.


Aku sedang menidurkan anakku di atas katil. Suamiku kulihat sedang menunaikan solat isyak. Hari ini, kami berdua pulang agak lewat kerana menziarahi rumah mama dan papa. Mama tidak dapat berpisah dengan cucu sulungnya, Syed Putera Aizril. Comel + handsome = hot sungguh anakku. Memang iras sungguh dengan papanya, raja hatiku.

“ Qiz tak solat ke sayang?”

“ Qiz tak boleh la abang...” dengan perasaan malu aku menjawab. Kenapa perlu ada rasa malu? Diakan suami aku? Loq – laq la aku ni...

“ Why sayang? Sayang tahu kan dosa besar kalau tak sembahyang? Go, pergi sembahyang sekarang. Abang sebagai suami kena tegur isteri abang tau, sebab yang nak kena tanggung tu abang jugak.” dengan penuh semangat dia berhujah kepadaku. Aku tahulah mangkuk! Aku memang tak boleh sembahyang, nak aku buat exam tunjuk kat dia ke?! Faham – faham la abang oii....

“ Qiz uzur abang...”

“ Hah?!” dia ni sengaja buat – buat tak tahu atau memang tak tahu? Dah anak seorang pun tak tahu? Memang nak kena dengan aku!

Aku turun dari katil dan menuju ke arahnya dan mencekiknya. Dia terjatuh dan aku berada di atasnya. Aku menekup mulutnya kerana tidak mahu Syed Putera Aizril yang teramat handsome terjaga.

“ Abang ni memang sengaja kan? Dah ada anak sorang pun tak tahu? Nampaknya Qiz kena bawa abang masuk tingkatan tiga baliklah, belajar sains bab 4.”

Dalam sekelip mata, aku berada di bawahnya. Nafasnya turun naik menahan gelodak perasaannya sendiri. Rentak jantungku sudah tidak sekata.

“ Lama lagi ke yang? Abang mana boleh tahan lama – lama...”

“ Gatal! Lagi empat hari kut...”

Sekali lagi kami bertukar posisi. Aku kini sedang berbaring di atasnya. Aku melentokkan kepalaku dia atas dadanya.

“ Lamanya...sayang, hari ni kita tidur macam ni aje okey? Abang tak larat nak bangun la. Biarlah Aizril tidur sorang – sorang pulak. Bagi dia ruang, okey?” dia mengusap rambutku.

“ Abang ni memang suka ambil kesempatan betul. Nanti kalau Aizril minta susu macam mana? Qiz jugak nak kena bangun. Lagi satu, tak berat ke Qiz ni sedap aje baring atas abang?”

“ Tak pun...tengoklah tangan abang yang sasa ni!” Syed Putera Airiz menunjukkan lengan sasanya kepada isterinya. Lalu, dia mencium ubun – ubun isterinya itu. Kasihnya hanya tertumpah buat wanita yang bernama Qiz Zahra ini.

Masing – masing terlena dalam dakapan sesama sendiri. Si anak, tidur atas katil. Si mama dan papa, tidur di lantai. Nyaman sungguh malam itu.


“ Uwaa! Uwaa! Uwaa!” suara Syed Putera Aizril kedengaran nyaring di corong telingaku. Aku segera bangun dan membetulkan rambutku yang sehabis serabai. Syed Putera Airiz bangun tidur dengan mata yang masih terkebil – kebil.

Aku menyelak baju tidurku lalu menyusukannya. Pukul 2 pagi inilah waktu putera kesayanganku akan bangun tidur. Aku sudah biasa dengan itu. Aku sanggup berbuat apa sahaja buat anakku sayang.

Kepalaku tersengguk – sengguk menahan mengantuk. Aku terasa ada tangan yang menahan kepalaku dari belakang. Mesti kesayangan aku yang lagi satu. Aku menyandarkan kepalaku di atas tangannya. Syed Putera Aizril masih menyusu. Aku hanya membiarkannya. Anakku ini memang kuat minum susu. Memang kena sungguh dengan pipinya yang tembam dan gebu itu.

“ Tak nak tidur ke yang?” soal Syed Putera Airiz prihatin kepada isterinya. Kasihan sungguh dia melihat isterinya yang terpaksa bangun setiap pagi semata – mata untuk menyusukan anaknya itu. Ada juga dia mencadangkan kepada Qiz Zahra untuk membelikan anaknya susu tepung, namun Qiz Zahra menolak. Katanya dalam usia Syed Putera Aizril yang masih mentah lagi ini, dia amat perlukan susu ibu. Setiap kali jawapan sama akan diberikan, ' doktor hebat tahu what's best for her hero!'.

Aku hanya menggeleng.

Syed Putera Airiz mencium Syed Putera Aizril lama. Qiz Zahra terasa hujung rambut suaminya terkena dadanya. Geli rasanya.

Nak aku cukur ke rambut dia? Nanti ajelah cium anak tu. Takkan lari ke mana aku nak bawa dia. Hisy...meremang bulu roma aku! Buat aku lagi malu dengan dia adalah!

Syed Putera Airiz perasan akan muka Qiz Zahra yang sudah berubah merah itu. Dah kahwin pun nak malu dengan aku. Ayoyo kadawale...apa mau jadi sama bini wa???

Selesai menyusukan puteraku, aku membaringkannya di dalam baby cot sambil menepuk lembut bahagian perutnya. Sayangku comel, tidurlah. Mama akan sentiasa ada di sisimu sayang. Selesai, aku beredar ke katil.

“ Papanya tak mahu dodoikan ke?”

“ No, limited hanya untuk Prince Caspian sahaja.” sengaja aku mengusiknya.

“ Why Prince Caspian?” Syed Putera Airiz sudah tidak senang duduk. Bimbang jika isterinya ada hati terhadap lelaki lain pula. Tak mahu aku! Susah payah aku cari bini baik, tengok – tengok orang lain yang rembat!

“ Sebab, Prince Caspian tu handsome...”

“ Oh...fine. Abang nak tidur dululah. Mengantuk.”

Merajuk ek? Cemburu juga laki aku ni. Ni yang buat aku nak sayang dia lebih ni!

“ Tapikan bang, abang tahu tak ada seseorang yang lebih handsome daripada Prince Caspian tu. Nak tahu tak sapa?”

“ I want to sleep...”

Hisy...merajuk betul ni. Tak padan dah jadi bapa anak orang masih kuat merajuk. Kalah perempuan wo!

“ Orang tu ialah..... Syed Putera Airiz. Hanya dia yang menjadi penakluk hati Qiz. Sejak dulu lagi. Sejak kali pertama Qiz jumpa dia dulu. Airiz yang dulu masih sama dengan yang sekarang. Cinta Qiz padanya tak pernah ubah walau sesaat pun. Itulah cinta Qiz yang pertama dan akan menjadi yang terakhir.” selamba aku mengucapkannya. Aku merasakan bahawa sudah tiba masanya dia mengetahui perasaanku terhadapnya dari dulu lagi. Ingin dia tahu betapa aku sayangkan dia.

Tiba – tiba dia bangun dari tidurnya dan mendakapku erat. Dia mendakapku seperti tidak mahu melepaskanku sahaja. Aku membalas pelukannya lalu menepuk lembut bahagian belakangnya yang terdedah. Macam budak – budak aku kena pujuk dia. Alololo...sayangku Airiz.

“ I love you Qiz. Abang pun sayang Qiz dari dulu lagi tapi abang tengok Qiz masa tu budak kecik la. Sebab tu abang tak berani nak dekati Qiz. Takut Qiz report kat mama and papa.” manja suaranya bertutur kepadaku.

“ Qiz bukan budak kecik la bang. Tengok, sekarang Qiz dah jadi mama anak abang. Hebat tak Qiz?”

“ Qiz memang hebat dan akan sentiasa menjadi permata di hati abang. Dalam diri abang ada ramai orang, seperti mama, papa, mummy, daddy. Tapi dalam hati abang hanya ada Qiz Zahra dan Syed Putera Aizril.”romantis sungguh suaranya. Kalaulah imanku tak berapa kuat, aku pasti sudah hanyut dalam bicaranya yang sentiasa menambat hatiku.

“ Qiz sayang abang sangat – sangat. Abang janji takkan sama sekali tinggalkan Qiz okey?”

“ I won't. Abang sentiasa akan berada di sisi Qiz dan hanya akan berpisah dengan Qiz jika Allah tarik nyawa abang. Cinta Qiz dan kasih sayang anak kita akan abang bawa hingga ke liang lahad. Izinkan abang untuk buat ini pada Qiz. Sejak kita kahwin lagi, abang langsung tak berpeluang. Izinkan abang ye?”

Aku mengangguk dan baring. Syed Putera Airiz mengisyaratku agar menutup mataku. Aku pun berbuat demikian.

Mula – mula, dia mencium ubun – ubunku. Kemudian, dahiku. Dan selepas itu, mencium kedua – dua mataku, hidungku, pipiku dan akhir sekali bibirku, lama.

“ My love for Qiz Zahra will last for a lifetime. I have spent every breath loving you, every year, every month, every week, every day, every hour, every minute and every second. Thank you for your love my dear.”

Ya Allah, aku bersyukur kerana telah berikanku seorang yang cukup baik untuk menjagaku sepanjang hayatku. Cintaku terhadap lelaki ini tidak sama sekali akan pudar walaupun badai ribut yang melanda. Akan aku pertahankan cinta dan kasih sayangku terhadap suamiku dan anakku sehingga akhir nafasku. Aku rela berpisah dengan kedua – dua insan itu hanya jika Engkau menarik roh daripada jasadku ya Allah.

Moga – moga kisah cinta antara Qiz Zahra dan Syed Putera Airiz akan berkekalan. Amin.


3 comments:

surat layang untukku:-)