BAB 19
Qaireena
Airysha sedang menunggu dengan sabar di kaunter sementara menunggu
pesanan ayam dan burger KFC. Untuk siapa lagi makanan itu kalau bukan
untuk suami terchentanya? Sebab sayang suami punya pasal, dia sanggup
menunggu.
Kalau
sebulan lepas, pastinya dia sudah menyumpah – yumpah lelaki kacukan
Inggeris dan Perancis itu. Kini, segalanya begitu indah buat pasangan
ini yang bagaikan baru sahaja berada di alam cinta. Memang pun bagi
Qaireena Airysha, ini ialah kali pertamanya menempuh alam cinta
bersama suami tercinta. Segala rintangan yang bakal tiba, akan
diharunginya dengan tabah.
Rintangan?
“
Hei... look who we have here Izzat? Hmm... nampak gembira aje you
hari ni? Nak beli makanan untuk Danial ke?” oh, ini rupanya
rintangan yang dimaksudkannya. Siapa lagi kalau bukan minah gatal tu,
Nadia. Jejaka yang tercongok di sebelahnya, hanya tergamam melihatkan
gadis pujaanya berada di hadapan matanya sekarang.
“
Hmm...” Qaireena Airysha hanya beriak selamba. Malas mahu melayan
manusia hipokrit seperti ini.
“ I
rasa Danial dah makan la, buang duit you aje beli makanan untuk dia.
Dia sibuk aje hari ni. Tak payahlah you nak ganggu suami kesayangan
you tu...” Nadia memaut erat lengan Izzat. Izzat hanya membatukan
dirinya sedari tadi. Qaireena Airysha pula melemparkan senyuman yang
tidak ikhlas buat belangkas berdua itu.
“ Aku
suka jadi penyibuk. Kalau sayang aku dah makan pun, aku lahaplah
sorang – sorang. Hmm... dapatlah aku makan lebih.” sengaja
perkataan 'sayang' itu ditekankannya. Di dalam hatinya tidak lepas –
lepas berdoa agar makanan yang dipesannya cepat sampai. Malas mahu
melayan manusia berdua ini.
“ Kau
ni badan aje kecik. Makan mengalahkan big show! Kau jangan ganggu
suami kau la. Kau kan sayangkan dia? Hmm... kau dah makan, Rysha?”
dalam nada sinisnya pun, Izzat masih sempat bertanya tentang Qaireena
Airysha. Ye la... nak amik hati dia kan?
“ Aku
tak makan lagi. Nak makan dengan suami aku yang teramat handsome tu
la. Ahh... mata dia yang biru, cair hati aku! Tutur katanya yang
lembut, lagi lemah lutut aku! Tak sabar aku nak jumpa dia!” ' dan
aku juga tak sabar nak berambus dari sini daripada menengok muka
korang!' tambahnya dalam hati.
“
Eleh... setakat laki macam Danial tu, petik jari aje aku boleh dapat!
Kau ingat kau tu bagus sangat ke dapat Danial?!” Nadia mula rasa
tercabar dengan riak selamba Qaireena Airysha. Dan juga pujian
melambung yang ditujukan khas buat Tengku Danial.
“
Semua hal kau nak sibuk. Kalau kau ingat kau dapat sakitkan hati aku
dengan bermesra dengan Danial kat dalam ofis tu, kau silap besarlah
Rysha.” sakit hati Izzat masih belum pulih lagi. Kalau boleh, walau
dengan apa cara sekalipun, dia tetap ingin memiliki hati wanita ini.
“
Nadia, memanglah kau boleh dapat beratus lelaki macam Danial. Tapi
aku? Aku hanya nak satu lelaki sepertinya dan itu ialah Tengku
Danial, dan tiada siapa lagi yang dapat menggantikan tempatnya dalam
hati aku.” Qaireena Airysha menjeling tajam Nadia. Kini panahan
matanya jatuh pada Izzat pula. Nasib kaulah Izzat, kan nak kena fire
dengan perempuan kecik ni?
“
Hmm... Izzat, kalau kau rasa macam aku ni dalam usaha nak sakitkan
hati kau, kau anggap ajelah macam tu. Wah... wah... wah... hepinya
dapat sakitkan hati orang lain tanpa usaha sekalipun! Ehem... aku
memang penyibuk, tapi setakat penyibuk suami aku ajela, dan aku bukan
penyibuk rumah tangga orang lain. Bak kata orang cina, kepochi!
Assalamualaikum”
Puas
rasa hatinya setelah meluahkan segala yang tersarang di hatinya.
Nasib baiklah makanan yang dipesannya itu sudah sampai. Kalau tidak,
maka tidak adalah ending dramatik kepada adegan bertikam lidah yang
hangat itu.
“
Izzat, you dengar tak apa perempuan sengal tu dah cakap?! Kurang ajar
punya betina!” Nadia melepaskan amarahnya terhadap Qaireena
Airysha. Namun tidak pula rasa itu melekat pada Izzat. Hatinya masih
lembut untuk menerima setiap patah kata yang diucapkan oleh wanita
itu terhadapnya. Cuma mulutnya sahaja yang begitu lancang berkata –
kata.
Baik
apanya mamat tu? Dah sampai peringkat nak musnahkan rumah tangga
orang, itukah namanya cinta sejati? Hampeh punya mamat sengal!
“
Habis tu, you nak kita buat apa?” Izzat melepaskan keluhan yang
berat.
“ I
nak perempuan tu menderita. I nak memiliki Danial. I tak nak betina
tu jadi penghalang.” Nadia melepaskan tawanya bagaikan dirasuk
sahaja gayanya.
“ You
nak Danial. I nak Rysha. I akan jaga dia dan I tak nak sesekali pun
dia menderita. You jangan berani nak sakiti dia.” keras bunyi
amaran Izzat.
“
Eleh... cinta sehidup semati la konon. Okey la. Kalau macam tu, kita
rancangkan sesuatu supaya mereka berpisah. Hmm... amacam? Betina tu
bahagia dengan you, I pulak bahagia di samping Danial.” Nadia sudah
mula merencanakan rancangan jahatnya. Ya Allah, masih ada jugak
manusia yang berhati iblis begini. Nauzubillah...
“
Hmm... tapi you pasti ke Danial tu sukakan you? Macam mana kalau dia
betul – betul sayangkan Rysha?” Izzat menyuarakan kebimbangannya.
Senyuman jahat Nadia dengan serta – merta mati.
“
Hisy, you ni! Belum apa – apa, dah cakap negatif! You pun apa
kurangnya? Betina tu dah reject you dari dulu lagi dan you masih
kejar dia bagaikan seekor anjing. Dia tak layan you pun. Sama macam I
jugak. Kita kenalah usaha sikit, Izzat oii...” bibirnya yang nipis
itu dicebikkan. Macam Donald Duck sungguh!
“
Kalau I macam anjing, then you macam bit....” Izzat melepaskan
tawanya sebelum sempat dia menghabiskan kata makian itu. Kelakar
baginya.
Nadia
mencerlungkan matanya ke arah Izzat tanda marah. Namun buat hanya
seketika. Mereka terus melepaskan tawa tanpa menghiraukan mata –
mata yang sedang memandang pelik ke arah mereka. Alah... biarlah...
HATI
Qaireena Airysha berbunga riang sepanjang berjalan menuju ke bilik
suaminya. Sengaja tidak mahu diberitahu tentang kehadirannya kepada
Tengku Danial kerana kononnya mahukan surprise. Macam mana kalau dia
betul – betul sibuk seperti yang dikatakan oleh Nadia? Dan di
manakah dia hendak menyorokkan mukanya yang cun ini jikalau benar
Tengku Danial sudah makan?
Biarlah...
sayang suami punya pasal, apapun sanggup diredahnya. Termasuklah
parasit seperti Nadia dan Izzat.
Qaireena
Airysha sedang berkira – kira untuk mengetuk pintu bilik suaminya.
Tiba – tiba dia terdengar bunyi hempasan yang kuat di atas meja dan
suara suaminya mengarahkan seseorang itu keluar. Marah benar
bunyinya. Kecut perutnya mendengarkan suara nyaring Tengku Danial.
Aduh...
aku salah timing la. Time laki aku nak pecat orang jugak aku nak
menyibuk. Sekarang ni, aku patut masuk atau tidak? Kalau aku masuk,
besar kemungkinan aku pun akan dijerkah sebegitu. Kalau aku tidak
masuk, bazirlah pulak makanan ni.
'Kalau
sayang aku dah makan pun, aku lahaplah sorang – sorang. Hmm...
dapatlah aku makan lebih.'
Qaireena
Airysha tergigit lidahnya sendiri apabila teringatkan kata –
katanya kepada Nadia dan Izzat sebentar tadi. Sebelum dia bercadang
hendak berlalu, tiba – tiba pintu bilik Tengku Danial dikuak dari
arah dalam. Seorang lelaki yang kelihatan segak sedang keluar.
Wajahnya kelihatan sungguh kusut sekali.
Handsomenya
mamat ni! Aduh! Boleh gugur jantung aku tengok dia lama – lama.
Mata dia.... sebijik macam mata Danial! Biru kehijauan! Kulit pun
putih kemerahan. Rambut dia pulak warna perang kehitaman. Macam
rambut Danial! Tapi rambut Encik Handsome ni gelap sikit warna dia
daripada rambut Danial.
Encik
Handsome? Pandai – pandai la kau bagi nama kat dia Qaireena
Airysha.... Kalau Danial tahu, habislah kau.
Qaireena
Airysha melemparkan senyuman kepada jejaka tampan yang berada di
hadapannya. Jejaka itu sekadar membalas biasa. Tiada riak yang
terpamer di wajahnya.
“
Reena! Masuk cepat! Yang tercegat kat pintu tu kenapa?! Tersengih –
sengih!” marah Tengku Danial apabila menyedari Qaireena Airysha
sedang tersenyum kepada jejaka itu.
“
Err... okey abang!” Qaireena Airysha terus menikus ke dalam bilik
Tengku Danial.
Danial...
Danial... bila agaknya kau nak dengar penjelasan aku? Aku yang tidak
bersalah pulak disalahkan. Abang? Mungkin perempuan tadi tu bini kau.
Sampai hati kau tak bagitau aku?Aku sanggup terima itu demi kau
Danial. Dan demi daddy, aku sanggup telan semua ini. Sempat lagi
Tengku Dzul yang digelar Encik Handsome itu bermonolog pada dirinya.
Qaireena
Airysha berasa amat jauh hati dengan layanan dingin yang diberikan
oleh suaminya. Namun hati kecilnya itu dipujuk agar tidak cepat
melatah kerana mungkin Tengku Danial sedang sibuk pada ketika itu.
Tengku
Danial meraup wajahnya dengan kasar. Qaireena Airysha yang sedari
tadi duduk di sofa berhadapan dengan meja Tengku Danial tidak berani
untuk bersuara. Kecut perut agaknya. Setelah beberapa minit berlalu,
pintu bilik pula diketuk.
“
Masuk!” arah Tengku Danial dengan wajahnya yang masih ditundukkan
ke arah meja kerjanya.
Nadia
menunjukkan muka meluatnya apabila ternampak Qaireena Airysha sedang
duduk dengan eloknya di atas sofa. Dengan gaya jalannya yang sungguh
menggedik, dia terus menerpa ke arah Tengku Danial. Dengan muka tidak
malunya dia mula mengurut – ngurut bahu Tengku Danial.
Qaireena
Airysha yang menyaksikan adegan yang tidak senonoh itu hanya
membuntangkan biji matanya.
Ek eleh
minah tak semenggah ni! Boleh pulak dia meraba – raba laki aku?
Depan aku pulak tu?! Gila betul! Nak aku patahkan tangan dia ke?
Hisy... Danial ni pun satu, boleh pulak dia biarkan aje?!
“
Sayang... thank you. Sayang duduk dulu. Abang nak siapkan kerja ni
dulu okey? Nanti kita keluar makan sekali nak? Abang lapar
ni...hmm... Reena?” merah menyala mata Tengku Danial apabila
melihatkan Nadia sedang tersenyum sambil memicit bahunya. Terus mati
senyumannya.
Tengku
Danial menarik bahunya dengan kasar daripada pegangan Nadia. Nadia
pula hanya mempamerkan riak wajah cuak. Siapa tak takut wo, kalau
bapak singa mengamuk?
“ You
tengah buat apa ni?! Nadia! Look at me!! You buat apa ni?!! You tahu
tak benda yang you tengah buat tu salah?! Atau, you tak belajar agama
langsung? Lagipun, you nampak tak bini I ada kat depan tu?!” Tengku
Danial terus menyinga.
“
So...so...sorry Tengku. I...i..it won't hap....ha...happen again...”
tergugup – gugup Nadia menjawab tanpa memandang langsung wajah
lelaki pujaannya itu.
“
Kalau benda ni berulang lagi, tak kiralah kalau my wife ada ataupun
tidak, you jangan berani nak sentuh I! Atau tidak, you akan terus
dibuang kerja! I tak perlukan parasit untuk ganggu rumahtangga I,
faham?!” tegas kedengaran suaranya. Jikalau tahap kemacoannya jatuh
sekalipun, dia sudah tidak kisah.
“
Fa..fah...faham Tengku.”
“ You
tercegat apa lagi dekat sini?! Keluar kalau you tak ada kerja kat
sini. Jangan asyik nak jual minyak dekat sini.” sinis kedengaran
ayat yang dituturkan oleh Tengku Danial.
“
Err... Tengku, you kena sign tender syarikat Dato' Kamil ni untuk
pusat peranginan baru kita dekat Desaru.” Nadia menghulurkan fail
hijau yang berada di tangannya lalu dia terus berlalu keluar dari
bilik itu. Tidak sanggup rasanya untuk dimalukan sebegini rupa lagi.
Qaireena
Airysha terkedu,terpana,terpempan dan segala perkataan yang
seangkatan dengan perasaan terkejut. Terharu pun ada. Terasa dirinya
begitu disayangi. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak
sama sekali akan meragui lelaki ini. Lelaki yang bergelar suaminya.
Cintanya hanya untuk Tengku Danial.
“
Reena? Are you okay?” tanya Tengku Danial prihatin kerana dia pasti
Qaireena Airysha sudah menyaksikan babak yang tidak senonoh itu.
Memang tidak senonoh buat mana – mana para isteri di luar sana.
“
Hmm...” Qaireena Airysha masih teragak – agak untuk mengangkat
wajahnya.
Tengku
Danial menarik dagu Qaireena Airysha agar memandang tepat ke dalam
anak matanya. Qaireena Airysha tersentak seketika.
Erk!
Mata laki aku, mata yang terdapat hanya sepasang di dunia ini, sama
dengan Encik Handsome tu? Ahh... bingung! Hmm... mungkinkah Encik
Handsome pakai kanta mata? Atau.... Tengku Danial ni sebenarnya ada
pertalian dengan Encik Handsome?
“
Hey... look at me. Is there something bothering you? Sayang? Abang
tak tenang selagi sayang tak cakap honey. Abang minta maaf kalau....”
Qaireena Airysha meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Tengku
Danial.
“
Abang tak ada buat salah apa pun, kenapa nak minta maaf? Kalau pasal
tadi tu, Reena tak ada apa pun. Memang Nadia tu yang sengaja picit
bahu abang. Abang pulak ingat yang Nadia tu ialah Reena kan? Betul ke
abang, hari tu masa Reena picit bahu abang sama dengan si Nadia tu?”
Cit! Apa
punya perempuan la. Boleh pulak dia pentingkan isu siapa punya
picitan lagi hebat? Minah ni kan...
Tengku
Danial tesenyum mendengarkan soalan bodoh yang diajukan oleh Qaireena
Airysha. Namun kerana sayangkan bini, dia layankan ajelah....
“
Abang rasa tadi macam lembut sangat. Abang ingatkan Reena dah penat,
sebab tu abang nak suruh Reena rehat aje. Tapi bila pusing belakang
pula, pelakon opera cina pulak yang muncul. Manusia mana yang tak
terkezut?” bisik Tengku Danial rapat di telinga isterinya. Qaireena
Airysha didudukkan di atas ribanya.
Aku
melepaskan tawaku. Kelakar sungguh cara suamiku menyebut terkezut
mengikut gaya Azwan Ali. Aku melentokkan kepalaku di atas dadanya.
“ Ye
la tu... maksudnya, Reena picit tu best la?” bersinar – sinar
matanya apabila menanyakan soalan itu kepada Tengku Danial.
“
Mestilah isteri abang yang terbaik. Dah memang cara dia ganas dan
agresif....” Tengku Danial tersenyum nakal ke arah Qaireena
Airysha. Qaireena Airysha mencebikkan bibirnya. Akibatnya, bibir
mungilnya dicium oleh Tengku Danial.
“
Abang ni... bibir abang memang tak makan saman betul! Abang... lelaki
tadi tu siapa?” akhirnya Qaireena Airysha memberanikan dirinya
untuk bertanya.
“
Laa... itu yang buat isteri kesayangan abang tak tenang ye? Okey...
okey... nama dia Tengku Dzul Muqri. Puas? Jangan tengok dia lama –
lama. Abang tak suka dan abang tak izinkan, faham?”
“
Abang ni, tak habis – habis dengan perangai cemburu dia tu! Reena
tanya sebab mata dia, kulit dia semua ada iras – iras abang. Itu
aje. Dia sepupu abang ke?”
Tengku
Danial melepaskan sebuah keluhan yang berat. Berat sungguh masalah
yang ditanggungnya lebih – lebih lagi dengan berita yang
disampaikan oleh Tengku Dzul sebentar tadi. Ya, Tengku Dzul,
merupakan makhluk yang cukup dibencinya.
“ Dia
tak ada kaitan dengan abang pun. Dia tu yang ciplak, abang yang
hensem. Dia... klien abang aje. Tak lebih daripada itu.” Tengku
Danial terpaksa merahsiakan perkara ini daripada isterinya. Cukuplah
hanya dia yang menanggung derita kisah silam itu.
“
Abang ajelah yang handsome. Reena sayang abang sorang aje tau. Dah
tak ada ruang untuk orang lain dalam hati ni. Hanya nama Tengku
Danial terpahat kukuh. Puas? Jom, makan!” Qaireena Airysha
mengeluarkan makanan yang dibelinya tadi. Berselera sungguh gayanya.
Tengku
Danial menghela nafasnya perlahan. Dia sedikit sebanyak berasa tenang
mendengar kata – kata isterinya tadi. Nampaknya budak kecik sudah
maju! Daripada pemalu boleh jadi orang yang paling romantis.
“
Good” hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar daripada bibir
seksi Tengku Danial.
Berani betul Nadia tu...
ReplyDeleteMemang padan muka dia kena sound ngan Tengku Danial tu,suka-suka hati dia je nak picit-picit laki orang...#^_^
haha, mmg berani pun...padan muka dia!!
Deletealaaa, nadia tu sebok je lahh.
ReplyDeletetuka je la PA danny, ganti ngan reena :*
-hanim-
cik writer, bila nak sambung citer nieh....
ReplyDeletesorry!! en3 mungkin lmbat ckit! sorry sgt2!! time kasih ye sbb brsbar slama ni...
Deletebest la cite nie.cpt la smbg lg..
ReplyDeleteKnapa cite nyeh x da smbngn?
ReplyDeletebest citer ni... kalo la citer ni dibukukan mmg terus beli je
ReplyDeletebila nk smbng akk?
ReplyDelete