My Cute Buddies!

Sunday 16 March 2014

Megat and Maya in FACE



Ini lah sedikit sebanyak bayangan Hanie utk diorang:) suka tak???



MEGAT ANDRIAN HAIKAL






DR. MAYA ELLISA

Tuesday 4 March 2014

30 HARI MENGEJAR KEBAHAGIAAN BAB 19



BAB 19

Tempoh tiga puluh hari yang diberi oleh Megat Andrian sudahpun habis.... habis seminggu lalu! Gembira bukan main Maya apabila tempohnya untuk 'membangunkan' Megat Andrian yang lama ada extension! Ini semua gara-gara rayuan terlebih manja plus gedik Maya itu!

Seminggu yang lalu.........

“ Awak.... awak tak kesiankan saya ke? Eh.. baby pun la! Kesian tau baby kalau tak de ayah dia... uhuk..uhuk....” sengaja Maya melentokkan kepalanya ke dada bidang Megat Andrian.

“ Alaa.... kau kan ada umi ngan babah? Lagipun....”

“ Shhh...shh...don't say any word! Don't say any word!” jari telunjuk diletakkan di bibirnya sendiri manakala jari kelingkingnya diletakkan tepat di atas bibir merah Megat Andrian. Hehe... kononnya nak jadi macam Johan dalam Lawak Ke Der la tu Maya ni....

Terdiam Megat Andrian dengan tindakan berani mati Maya itu. Suka pun ada! Eleh... kalau dah nama lelaki tu, memang sama ajelah perangai kan? Miang!

Alaaa.... bini sendiri maaa???

Baru sekarang kau nak mengaku dia tu bini kau?!

“ Awak..... please? At least, tunggulah sampai saya lahirkan baby kita ni. Lagipun, I can help you to..... errr..... err..... dapat balik ingatan awak tu! Sumpah! Saya ni memang baik tau! Walaupun masa zaman sekolah dulu orang cop saya sebagai Maya the vogue, the cun, the meletops!” Hesy! Dah datang perangai gedik Maya tu! Sejak akhir-akhir ini, 'kegedikan' Maya semakin menjadi-jadi. Makin suka la laki dia yang tak berapa nak lembut hati tu...

Megat Andrian menggaru-garu kepalanya yang gatal itu. Kasihan pula dia melihat Maya yang merayu kepadanya sampai begitu sekali. Lagipun....kalau dapat bini cun lagi manja macam Maya ni best jugak! Hmm....

“ Fine!” putus Megat Andrian sepatah. Sejak kejadian melihat bulan bersama Maya tempoh hari, hatinya semakin senang dengan kehadiran wanita itu walaupun tidak sepenuhnya.

Yes! Yes! Yes! Serasa ingin melompat sahaja Maya jika tidak memikirkan dirinya yang sedang berbadan empat itu. Ya, Dr. Damia merangkap kawan baiknya sendiri sudah mengesahkan dia mengandungkan anak kembar.

Maya menarik leher Megat Andrian rapat kepadanya lantas bibir merah suaminya itu dikucup lama. Lagi. Lagi. Megat Andrian pun tidak kelihatan seperti mahu berhenti ataupun mengelak. Kata orang, rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari. Cet! Time-time ini baru kau nak lulus peribahasa wahai Megat oii??

Maya melepaskan rangkulan pada leher suaminya. Wajah merah Megat Andrian kelihatan sangat comel pada pandangannya. Macam perempuan pun ada! Kata benci,tapi.....

“ Takkanlah saya nak buat macam tu kalau awak bukan suami saya? Hmm? Good night, husband....”bisik Maya rapat di telinga Megat Andrian yang masih mengerdipkan mata hijaunya beberapa kali.

Serasa ingin memakai mekap tebal-tebal macam opera Cina pun ada supaya Megat Andrian tidak dapat mengecamnya lagi. Malu tujuh keturunan nenek aku kalau tahu aku buat perangai gedik macam tu dengan Haikal! Tak padan gayanya dengan mak budak! Omel Maya dalam hatinya.

“ Makkk!!!!!!” suara garau yang kuat itu memecah kesunyian malam yang dingin itu. Hilang terus lamunannya. Suara siapa lagi kalau bukan.....

“ Haikal?” perlahan bibir Maya menuturkan nama suaminya. Maya bangun dari pembaringannya untuk melihat apa yang sudah terjadi dengan suaminya itu. Bukannya boleh percaya sangat orang yang hilang ingatan ini. Entah-entah, stres sangat sampai hendak terjun bangunan kot?

Hesy... takkanlah Haikal sampai takde akal nak fikirkan semua benda tu??

Langkahnya laju diatur ke tingkat bawah penthouse mereka itu. Membulat mata Maya apabila melihat Megat Andrian sedang berdiri atas meja makan sambil memgang penyapu! Gila ke apa?!

Dah kenapa laki aku ni?!!

“ Haikal! Awak buat apa kat atas tu?” soal Maya apabila melihat masih tidak ada tanda – tanda Megat Andrian akan turun dari meja makan itu. Tangannya dicekakkan di atas pinggangnya yang sudah tidak berapa ramping itu. Semuanya demi anak-anak mama.....

“ Aku.... err.....”

Terkebil-kebil Megat Andrian melihat kelibat Maya di situ. Adeh.... buat malu kaum lelaki saja Megat Andrian ni. Ingatkan nampak hantu ke? Jembalang ke? Tak pun lanun hutan? Ini tidak,nampak benda kecik tu pun dah bergegar penthouse ini!

“ Turun! Kalau awak jatuh macam mana? Manalah saya larat nak angkat awak? Dahlah badan berketul-ketul sampai mengoncang iman saya aje....” perlahan saja suara Maya menuturkan ayat terakhirnya itu. Malu!

“ Apa dia?” tanya Megat Andrian. Mata tak usah cakaplah. Tetap kat benda alah tu!

Maya melepaskan keluhan yang berat. Apa lah yang laki aku ni nampak sampai aku yang cun melecun ni dia buat tak tahu aje?

Maya mendekati meja makan itu lalu dihulurkan tangannya kepada Megat Andrian. Teragak-agak Megat Andrian dengan huluran tangan Maya itu. Hesy... orang nak tolong pun salah! Sambut ajelah tangan bini kau tu!

Turun sahaja dari meja itu, Megat Andrian terus menyembunyikan dirinya di belakang Maya. Biarlah maruahnya nak jatuh sekalipun, asalkan dapat selamat dari binatang tu!

“ Awak ni dah kenapa? Buang tabiat ke nak main hide and seek malam-malam ni?”

“ Bisinglah kau ni. Aku hantar kau pergi Bangla baru tau!”

Apa kaitan Bangla dengan aku?!! jerit hati Maya.

“ Dahlah... saya mengantuk ni. Nak pergi Bangla ke, kutub Utara ke, asalkan dengan awak yang handsome, memang saya nak pergi. Sekarang..... anak-anak awak nak tidur.”

Tubuh Megat Andrian di belakangnya ditolak perlahan. Baru sahaja dia ingin berlalu, Megat Andrian sudahpun menarik kembali tubuhnya menjadi human shield. Isk, takde kerja betullah Megat ni!

“ Weh..... tolonglah aku! Kau kan doktor? Tolong aku....”

“ Tolong apa abang sayangku?”

“ Tolong buangkan cicak hitam melegam tu!” jerit Megat Andrian. Matanya masih tidak lepas-lepas dari memandang Encik Cicak betul-betul di hadapan Maya. Takut sangat cicak tu gigit dia!

Errrk? Semua ni hanya untuk........

“ Cicak?!”

Kebetulan pula cicak bertuah itu bergerak sedikit ke hadapan. Apa lagi? Menjerit lah kedua laki bini itu. Maya sudahpun berlari menjauhi cicak yang tidak bersalah itu. Megat Andrian pula tidak habis-habis berlindung di belakang bininya itu. Tak maco betul!

Elok sangat la tu. Yang si suami,takutkan cicak bagai nak rak. Yang si bini pula, dua kali lima aje perangainya!

“ Kau apehal lari ni?!”

“ Saya takut cicak lah! Awak tu kenapa ikut belakang saya?!”

“ Kau lari aku ikutlah!” logik ke jawapan tu? Nampak sangat yang dia tu pun takut cicak!

Mereka kini sedang berlari dalam bulatan. Maya di hadapan, Megat Andrian di belakangnya. Encik Cicak pula di belakang Megat Andrian.

Entah di mana silapnya, kaki Maya tersadung di bucu meja yang terletak di tengah – tengah ruang tamu itu.

“ Arrgghh!!!” jerit Maya dalam kesakitan. Encik Cicak pula sudah hilang entah ke mana. Boleh pula dia hilang sekarang? Tadi beria – ria kejar aku dengan laki aku!

“ Maya!” Megat Andrian segera mendapatkan Maya yang terduduk di lantai itu. Hentakan yang kuat di sisi perutnya membuatkan perutnya berasa sakit yang amat. Darah merah mula keluar dari celah kelangkangnya.

Megat Andrian yang sememangnya mabuk darah itu sudah tidak lagi menghiraukan darah yang banyak. Yang dia tahu, dia sangat risaukan isterinya itu. Risau weh!!

“ Maya! Kau kenapa lari macam tak cukup tanah? Macam lah cicak tu nak makan kau! Tengok sekarang apa dah jadi?! Bangun!!” arah Megat Andrian yang segera mendapatkan kunci kereta.

Memang tak Romantika de Amo betul Megat Andrian ni. Bini tengah sakit macam tu boleh pula senang-senang aje dia rah suruh buat itu dan ini?!

Air mata sudahpun mengalir di pipi mulus Maya. Bukan kerana dia sakit, tetapi dia lebih risaukan tentang anaknya itu. Maya ni doktor pakar kanak-kanak, bukannya doktor pakar sakit puan! Manalah dia nak tahu apa yang jadi sekarang ini?

“ Maya... aku... aku.....” Megat Andrian sudah kalut melihat Maya yang menangis itu. Dia buntu. Nak buat apa pun dia tak tahu!

Akhirnya terus dicempung tubuh Maya yang boleh tahan beratnya itu menuju ke kereta Porsche Carrera kesayangannya. Sempat tudung disarungkan ke kepala Maya. Jauh betul jarak antara penthouse yang mereka diami dengan garaj kereta. Nasib baiklah laratlah Megat tu nak dukung bini dia.

Pedal minyak ditekan sekuat hati menuju ke Princecourt Medical Centre. Nak call ambulans? Memang dah tak sempat lebih-lebih lagi malam-malam ini. Tangan Megat Andrian tidak lepas-lepas dari mengusap tangan Maya yang berada dalam genggaman tangan kirinya.

“ Sabar Maya.... tahan sikit ye? Kejap lagi dah nak sampai...” tidak putus-putus Megat Andrian berdoa dalam hati.

<<<<<>>>>>

Alhamdulillah. Kedua-dua bayinya selamat. Pendarahan yang berlaku pun disebabkan hentakan yang kuat pada dinding rahim. Cuma dia perlu lebih berhati-hati lain kali. Bukan mama dia saja yang perlu berhati-hati, tapi papa dia jugak! Benda yang jadi sekarang pun disebabkan oleh papa dia,kan?

Kasihan pula Maya melihat Megat Andrian kena leter dengan Dr. Syuhadah. Doktor berumur separuh abad itu tidak henti-henti pot pet itu dan ini. Semuanya demi bayi dalam kandungan Maya itu..

Maya sudah berasa mengantuk yang amat menunggu di lobi hospital pagi itu. Semalaman dia tidak tidur kerana dirawat oleh doktor. Megat Andrian pula pergi menjelaskan bayaran di kaunter.

Matanya yang menangkap kelibat Megat Andrian yang kelihatan cukup berbeza. Bila pula dia tukar baju kerja ni? Sejak bila dia dah start masuk kerja?

“ Awak!” lelaki itu kelihatan terkejut akibat disergah Maya. Mata hijaunya membulat melihat Maya yang semakin mendekatinya. Terus terhenti langkahnya.

“ Awak ni... dah bayar bil dah? Hmm? Haikal.... awak okey ke? Kenapa awak tiba-tiba aje nak pakai baju kerja macam ni? Bukan ke semalam awak pakai T-shirt dengan seluar trek aje masa kita datang sini semalam?” tercungap-cungap Maya menanyakan soalan kepada lelaki di hadapannya.

Lelaki itu pula lebih senang mendiamkan diri. Terkejut barangkali ditegur oleh Maya.

“ Errr..... I nak pergi gents!” terus langkahnya laju diatur ke tandas lelaki yang berdekatan.

“ Sejak bila pulak Haikal ni cakap guna I dan you dengan aku? Ahah! Dia sayangkan aku la kan?” seronok betul Maya bermonolog dengan dirinya sendiri tanpa sedari kehadiran seseorang yang sedang memerhatinya.

“ Siapa yang sayangkan kau?” selamba sahaja wajah yang ditayangkan Megat Andrian.

“ Ehh!” terkejut monyet Maya apabila ditanya sebegitu oleh Megat Andrian. Alahai... dah mula dah aku dan kau dia tu! Baru aje aku nak berangan...omel Maya dalam hati.

“ Gila ke kau? Cakap sorang – sorang? Dah,jom balik. Kau tu, kalau dah nak jadi mak budak, perangai tu ubah sikit ye, okey? Ini tidak,lari satu rumah macamlah hantu tanah kejar dia. Aku ni macam nak pengsan kau tahu tak bila kau dalam keadaan macam semalam tu?”

Maya pun apa lagi? Tersenyum sampai ke telinga bila dapat tahu yang Megat Andrian risaukan dia. Kalau dia risau, dia sayang kat aku walaupun sikit. Maknanya aku ada peluanglah nak goda dia? Hehe....

Megat Andrian yang melihat senyum gatal Maya itu berpura-pura serius. Pura- pura seperti tiada apa yang berlaku. Comel betul Maya bila senyum. Wahai hati, janganlah engkau tergoda!

“ Eh... apa senyum-senyum? Kau jangan pula ingat aku risaukan kau okey? Aku cuma menjalankan tanggungjawab aku sebagai suami kepada kau. Mana-mana suami pun akan buat macam tu kat wife diorang..”

Makin melebar senyum herot Maya. Kepalanya makin tidak betul sejak mengandung ini. Makin gatal pula!

“ Sebab.... husband tu sayang kat wife diorang....”kata Maya lagi namun Megat Andrian sudah jauh menonong ke hadapan.

Ditilik pakaian Megat Andrian. Zuup!

Kalau Megat Andrian masih memakai T-shirt dan seluar trek semalam, habis tu yang tadi itu ialah.......

Hantu Megat Andrian Haikal?!