My Cute Buddies!

Saturday 19 April 2014

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 20


BAB 20

Maya mengurut-urut pinggangnya yang terasa lenguh. Matanya sempat memandang Megat Andrian yang sedang memandu di sebelah, dengan tersarungnya cermin mata 'gerhana'nya. Bajet hot la tu!

Maya menongkat dagu di atas tangannya sambil tersenyum. Handsomenya suami aku.... hotnya dia.... machonya dia..... seksinya dia.....

Kepala Maya yang sememangnya sudah ting tong itu mula membayangkan yang bukan-bukan tentang Megat Andrian. Megat Andrian ini.... Megat Andrian itu....

Megat Andrian mula berasa tidak selesa dengan renungan maut Maya. Terasa seperti dibogelkan oleh isteri sendiri. Walau hakikatnya memang begitu pun yang terjadi!

“ Kau dah kenapa? Gila ke?”

“ Hmmm.... memang..... Awak..... saya nak.....” soalannya itu sengaja dibiarkan tergantung. Kenapalah dirinya itu terasa ingin menggatal sahaja dengan Megat Andrian pada ketika itu?

“ Nak apa?!” dengan nada kasar Megat Andrian membalas. Hehe....namun tidak berbekas langsung di hati Maya kerana sudah 'terbiasa' dengan layanan terlebih mesra alam suaminya itu.

“ Nak kiss......”

“ Tak boleh! Kau ni miang la!”

“ Boleh la.....”

“ Tak boleh la!”

“ Kenapa?”

“ Err.... kau...kau.... macam nenek kebayan!”

“ Then awak atuk kebayan! Saya yang hot,pedas, cun meletop ni awak kata nenek kebayan? Nenek kebayan ni jugaklah awak tergila-gilakan!” spontan paha Megat Andrian ditepuk.

“ Eh! Suka-suka hati dia aje nak tepuk paha kita! Tak malu!”

“ Kenapa nak malu dengan laki sendiri? Lebih dari tu pun boleh!” balas Maya angkuh. Sempat lagi dia mengoles lipstik merah menyala di bibirnya tebal-tebal. oh... tak nak bagi kiss ye?

“ Kau jangan cabar aku Maya.... karang nanti seminggu aku tak bagi kau tidur!” ugut Megat Andrian dengan mata yang masih di jalan raya.

Hari ini, sengaja dia mengajak Maya ke kampung halamannya di Kelantan, memandangkan isterinya itu betul-betul anak bandar kerana tidak mempunyai kampung. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan tok wannya yang juga merupakan ibu kepada Datuk Megat Amriz. Kali terakhir berjumpa pun....

Eh! Mana ada dia boleh ingat? Dia kan, hilang ingatan!

Megat Andrian menepuk dahinya spontan. Entah Si Maya ni pernah jumpa ke tidak dengan tok wan. Kalau dah nama kahwin dengan aku tu,haruslah sudah jumpa kan?

“ Oh gitu? Seminggu tak boleh tidur? Saya boleh minum kopi,tak nak bagi mengantuk. Pasal tenaga tu, awak jangan risau! Kalau awak tak larat, kat kampung tu nanti ada banyak tongkat ali. Saya boleh suruh tok wan carikan untuk awak. Dijamin takkan menghampakan!” Maya mengerdipkan sebelah matanya. Gaya perempuan hot! Hot mama!

“ Mulut tu asyik nak menjawab aje kerjanya!” balas Megat Andrian geram.

Tangan kirinya disumbatkan ke dalam mulut Maya dengan tangan kanannya masih memegang stereng kereta. Maya yang terkejut dengan tindakan Megat Andrian itu segera meludah ludah air liurnya yang terasa masin. Masin dengan mineral 'asli' di tangan Megat Andrian.

“ Ekekekekekekek.......” ketawa Megat Andrian. Itulah... ek sangat dengan aku kenapa?

“ Habislah lipstik saya yang mahal tu!” keluh Maya sambil mencebikkan bibir.

Megat Andrian hanya menayangkan muka tidak hairan langsung dengan bebelan Maya itu. Kalau dah membebel tu gaya comel, manalah hati ini tidak cair......

“ Elehh... kau ingat aku tak tahu ke yang kau beli lipstik tu kat Petaling Street? Nama aje doktor,tapi poket berlubang...” sindir Megat Andrian selamba.

Tersentak Maya dengan kata-kata selamba Megat Andrian itu. Dia tahu? Alah... kalau pakai lipstik Dior pun, kalau dah alergik,tak boleh nak buat apa pun. Sejak mengandung ini, lipstik tiruan sahajalah yang menjadi pilihan Maya. Jimat duit pun....

“ Alah... bukannya orang tahu pun.. okeylah husband. Saya nak tidur,love you....” spontan sebuah ciuman hinggap di pipi Megat Andrian. Jelas terbentuk lekap lipstik Maya yang merah menyala itu di pipi kiri Megat Andrian.

Maya mengiringkan tubuhnya ke kiri. Sekejap sahaja matanya sudah tertutup.

Megat Andrian di sebelah pula hanya tersenyum. Tersenyum dengan keletah nakal wanita yang bergelar isterinya.....

<<<<<>>>>>

Maya terasa seperti cahaya di wajahnya gelap sahaja pada ketika ini. Padahal, bukan ke masih siang pada waktu ini?

Maya mencelikkan matanya. Satu lembaga kacak sedang merenungnya tanpa berkelip dengan sepasang mata hijaunya.....

“ Argghhh!” spontan kekura tangannya tertampar wajah Megat Andrian yang sedang merenungnya itu. Tersentak Megat Andrian dengan tindakan Maya itu.

“ Weh! Gila!”

“ Haikal..... saya mintak maaf. Sorry sangat – sangat.... saya... err... tak sengaja...” tangannya mengusap wajah yang telah tidak sengaja dia tertampar tadi.

“ Kau ni la...agak-agaklah.... serbu tak pakai helmet!” sembur Megat Andrian. Tangannya pantas menangkap tangan Maya yang sedang mengusap wajahnya.

“ Heh?” terpinga-pinga Maya mendengar kata-kata yang meluncur keluar dari bibir suaminya.

Apa pulak Haikal ni tengah ushar kat muka aku? Oh no,ada jerawat ke?! Ataupun.... dia tergoda dengan kecantikan aku yang tiada tandingannya? Sempat Maya bermonolog dalam hati.

Maya tersenyum gatal.

“ Heh,heh.... elok sangatlah duk asyik cakap macam tu. Ni, aku nak bagitau,kita dah sampai. Berjanggut tau tak aku nak tunggu kau bangun!”

“ Berjanggut? Wahh.... awak simpan janggut untuk saya boleh? Janganlah panjang sangat, sikit-sikit dan ada gaya macam imam muda sudahlah. Seksi betullah janggut sejemput macam tu... arrrr.......”matanya tertutup membayangkan Megat Andrian dengan dagu yang sedikit menghijau dengan dirinya yang sedang mengusap dagu Megat Andrian.

Seram pula Maya terasa dengan dirinya yang terlebih hormon gatal ini. Gatal dengan suami sendiri!

“ Eeee.... gelilah aku dengan kau! Kau panggil aku 'awak',okey? Jangan panggil Haikal, macam tak hormat aku pulak”

“ Tak hormat? Saya bukan panggil awak dengan panggilan yang tak elok pun? Sekurang-kurangnya saya tak panggil awak lembu!”

“ Kat sini memang budaya macam tu. Ikut je lah! Banyak pulak songehnya. Lembu? Apa kena-mengena lembu....”

“ Yang awak asyik duk 'cow', kau, aje? Sampai saya dah tak boleh nak bezakan yang mana satu kau, yang mana satu 'cow'.” balas Maya bersahaja dengan memeluk tubuh. Masih tiada tanda-tanda mereka akan keluar dari perut kereta.

“ Okey,aku panggil kau, Lisa,jangan tanya kenapa. Aku suka,kau ikut. Kau,sebut 'awak' aje. Kasi bunyi macam perempuan melayu terakhir sikit.” nasihat Megat Andrian sambil menyisir rambut lebat sedikit keperangannya dengan jarinya sahaja. Gaya seksi dan bersahaja...

“ Alaa... bukannya nak jumpa siapa-siapa pun. Tok wan aje pun. Tok wan tu kamceng dengan saya lah. Walaupun sekali jumpa waktu kita baru kahwin aje..”

“ Lisa... kau kena ikut aku tau? Kalau kau tak ikut, kau kena denda!” ugut Megat Andrian. Adoyai.... berapa lama lagi nak berborak dalam kereta si pasangan suami isteri ini?

“ Denda? Yessss.........” dalam hatinya sudah bersorak riang. Biasanya sekiranya di dalam novel, kalau si hero kata denda, maka ciuman di bibirlah dendanya. Kalau dendanya itu, Maya lebih dari sanggup untuk didenda! Setiap masa pun tak apa!

Cet! Gatal betul kau, perempuan yea...jaga sikit perangai tu,dah nak jadi mak budak!

“ Eh! Bukan main seronok kau ye? Seronok nak kena ikat dengan kerbau?”

Terbuka luas mata Maya mendengar 'hukuman' yang tidak disangka-sangka itu. Oh,tidak! Bonda, tolonglah anakanda! Harusku terjun ke dalam sungai!

“ Eh... tak nak! Tak nak! Tak nak! Saya ikut aje cakap awak! Itu kalau depan tok wan,kalau saya nak goda awak? Saya panggil......”

“ Panggil apa?”

“ Hmm... nantilah! Tak sesuai pulak suasana ni. Yang ini, tunggu bila kita bersendirian dulu...”

“ Sekarang bukan bersendirian ke?”

“ Sekeliling kita ni banyak mata yang memandang tahu? Yang lembu ada,kerbau ada, burung ada,termasuklah mak cik- mak cik yang tengah sekodeng kita tu!” jarinya ditunjukkan ke luar tingkap kereta mereka ke arah sekumpulan wanita berusia lima puluhan yang sedang memandang ke arah mereka. Apabila terkantoi,cepat-cepat mereka menghalakan pandangan ke arah lain.

Kelihatan pula seorang wanita tua berjalan keluar ke pangkin rumah itu. Matanya terjenguk-jenguk akan kelibat tetamunya.

“ Eh,itu tok wan lah! Cepat, turun!” arah Megat Andrian. Maya pula mengikut sahaja tanpa bantahan kerana bimbang akan hukuman yang akan dikenakan. Suaminya itu bukannya boleh percaya sangat. Bukannya dia sayang dekat bini dia tu!

Maya mengherotkan bibirnya sebelum turut turun dari kereta untuk mendapatkan tok wan yang sudah menunggu.

Tok Wan mengecilkan matanya untuk melihat tetamu yang datang. Melihatkan sahaja wajah yang berada di hadapannya, lagilah dia bertambah keliru.

Keliru?

“ Azhar?” ucap tok wan kepada Megat Andrian.

Megat Andrian mengerutkan dahinya mendengar nama yang keluar dari bibir tok wannya itu. Sudah nyanyok ke tok wannya itu? Tak mungkin.....

“ Tok wan?” soal Megat Andrian kembali kepada wanita tua itu.

Matanya terpandangkan Maya yang sedang terkedek-kedek jalan akibat perut yang semakin besar ke arah mereka.

“ Laaa..... kamu rupanya Andrian! Maya, marilah masuk” tok wan tidak lagi menggunakan kecek Kelate kerana sememangnya dia tahu kedua-dua cucu dan cucu menantunya ini tidak memahami loghat Kelantan yang pekat.

Tok wan segera memeluk Maya dengan erat walaupun perutnya yang membukit itu sedikit menghalang.

Megat Andrian mencebikkan bibir melihat Maya yang begitu dimanjakan berbanding dirinya itu. Nenda.... kenapa abaikan cucumu ini?

Maya yang melihatkan cebikan suaminya itu membalas dengan mengenyitkan mata kepada Megat Andrian. Namun hampa kerana lelaki itu tidak memberikan sebarang respons. Dia menjelirkan lidah pula sambil tersenyum nakal.

Paap!

Secebis kulit buah langsat tepat mengenai hidungnya. Padan muka!

Maya menggosok hidungnya yang terasa sedikit pedih akibat penangan suaminya yang kejam itu!

“ Mu dok buat apa kat sana Andrian? Tak nak cium tangan tok wan ke?” mata wanita tua itu tepat memandang Megat Andrian yang tersengih.

Megat Andrian mencium tangan wanita itu dengan penuh hormat. Namun rasa ketenangan itu hanya buat seketika kerana.....

“ Arghh!!!” Megat Andrian menggosok pinggangnya yang terasa pedih.

“ Kenapa dengan kamu ni?” soal tok wan yang hairan dengan perlakuan pelik cucunya itu.

“ Kenapa dengan awak,sayang?” soal Maya pula dengan manja dengan niat untuk membakar hati suaminya yang membara kerana angkaranya juga!

Megat Andrian memandang Maya dengan pandangan penuh dendam.

Maya pula hanya menayangkan wajah, 'saya tak takut pun.... awak handsome sangat!' sempat lagi Maya menggigit hujung bibirnya dengan gaya menggoda.

“ Dah-dah. Jom mari masuk. Bersihkan diri dulu. Lepasni, tok wan nak ajak korang berdua pergi kat bendang tu. Apa orang muda suka buat tu? Tengok matahari? Aah, itulah. Romantik katanya. Jangan lewat tau” pesan tok wan sebelum menarik lembut tangan Maya ke dalam rumah.

Paap! Begitu kuat sekali bunyi yang terhasil sehingga tok wan pun memandang ke belakang untuk melihat gerangan bunyi tersebut.

Muka Maya merah terbakar kerana baru sahaja ditampar di punggungnya oleh Megat Andrian. Dan boleh pula lelaki itu menayangkan wajah selambanya?!

“ Err... tak de apa-apa tok wan. Saya tepuk paha aje. Tiba-tiba rasa kebas...” helah Megat Andrian.

Tok wan hanya menganggukkan kepalanya lalu meneruskan langkahnya ke dalam rumah kaya itu.

“ Tu la, jangan sesuka hati cubit pinggang orang!” bisik Megat Andrian di telinga Maya.

“ Awak mulakan dulu!”

“ Ohh... dah pandai buat serangan balas ye?”

“ Well....” dan serentak dengan itu, dengan sekuat hati punggung Megat Andrian itu ditepuknya. Langkahnya laju diatur ke dalam rumah kayu itu sebelum sempat Megat Andrian melepaskan bom amarahnya.

“ Maya Ellisa!!!!”