My Cute Buddies!

Saturday 16 June 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 15


BAB 15

Qaireena Airysha mengatur langkahnya tanpa mengetahui arah tujunya sambil berpegangan tangan dengan Tengku Danial. Matanya tidak lepaslepas dari memandang deretan kedai yang berjenama di Suria KLCC. Dirinya tidak ubah seperti rusa masuk kampung.

He.... he..... he..... Aku nak kenakan Tengku Danial. Tapi macam mana ye? Hmmm..... yes! Idea yang nakal muncul di benakku.

Jom!ajak Qaireena Airysha kepada Tengku Danial.

Mana pulak ni? Dari tadi kita asyik pusingpusing aje. Danny yang nak ajak Reena shopping tau, tapi sekarang terbalik pulak.

Qaireena Airysha terus mengatur langkahnya menuju ke sebuah butik pakaian tidur tanpa menghiraukan bebelan suaminya. Matanya ligat mencari sesuatu yang agak menarik dan mustahil baginya untuk melihat suaminya memakai baju tidur sebegitu.

“ Hah..... dah jumpa pun. Comel tak yang ni Danial?” Qaireena Airysha menunjukkan sepasang pyjamas bercorak teddy bear ke arah Tengku Danial. Tengku Danial yang sedari tadi asyik mengelamun sedikit tersentak apabila disergah begitu oleh Qaireena Airysha.

“ Hmmm..... very cute. Mesti lagi cute kalau Danny yang pakai kan? Kan? Kan?” Tengku Danial membulatkan mata biru kehijauannya bagi membuktikan bahawa dia sebenarnya comel. Dia pula tidak tahu – menahu rencana nakal isterinya itu.

“ Memang pun untuk awak....”

“ What?! Why?! Laaa.....kenapa pulak Danny yang kena pakai baju bebudak camtu?!” Hisy.... takkanlah minah ni nak suruh aku pakai baju tu? Corak teddy bear pulak tu! Jatuhlah saham aku sebagai lelaki termaco di dunia!

“ Awak yang cakap awak kan comel kalau pakai baju macam ni? Saya pun nak belikan untuk awaklah...” padan muka! Takut hilang maco Inggeris Perancis dia la tu!

“ Tak naklah... Danny cakap aje macam tu. Sebenarnya Danny nak cakap yang Reena lagi comel kalau pakai baju tu....”

“ Tak ada...tak ada.... jangan nak putar belitkan fakta. Saya tahu yang mana satu fakta dan auta. Faktanya, awak kena pakai baju ni. Kenapa? Awak....takut orang lain nampak ye?”

“ No...”

“ Yes you do!”

“ No!”

“ Yes!”

“ Fine! Tapi dengan syarat pakai dalam bilik aje and only you can see it. Deal?” Tengku Danial menaikkan jari kelingkingnya dan menaikkan kening mata kanannya.

“ Eleh...nak buat malu – malu kambing la pulak. Okeylah... asalkan saya dapat tengok awak pakai.” hatiku melonjak gembira. Tak nak bagi orang tengok ye? Huhu.... aku boleh post di Facebook!

“ Hah! Satu lagi syarat. Reena kena pakai baju yang sama dengan Danny.”

“ But, why?!”

“ Itu syaratnya. Reena tak nak ikut, Danny pun takkan ikut.”

“ Hurghhh.....” Qaireena Airysha merengus geram dan segera mencapai sepasang baju tidur yang sama dan berlalu pergi ke kaunter pembayaran.

“ Kita pergi Switch.” Tengku Danial memegang tangan Qaireena Airysha.

“ Nak tukar apa eh?” dengan lurusnya Qaireena Airysha bertanya. Masih belum jelas dengan pernyataan suaminya itu agaknya.

“ Switch. Itu bukan nak tukar apa – apa pun. Tapi itu ialah kedai handphone. Kan Reena guna iPhone, Danny pun nak guna jugaklah. Lagipun, Danny kan CEO. Kenalah eksyen sikit dengan my staffs.”

“ Nak eksyen konon... nak tiru saya agaknya.” Qaireena Airysha mencebikkan bibirnya.

“ Bukanlah.... Kan senang kalau kita guna fon yang sama? iPhone tu pulak susah nak connect dengan handphone lain. Kalau boleh, Danny nak lagi senang nak connect dengan Reena. Ada faham mak cik?”
“ Mak cik awak panggil saya? Muka sikit punya cun awak panggil mak cik?! Kan lebih senang kalau awak beli aje fon kerek untuk saya daripada nak belanja beribu untuk menda alah tu?” lebih menjadi – jadi muncung yang dibuat oleh Qaireena Airysha. Macam mak itik sudah...

“ Menda alah tu jugak yang Reena sayang kan? Awak ingat saya tak nampak masa kat tadika dulu, tiap – tiap hari awak polish iPhone awak tu? Tak dilupakan jugak your MacBook Air. Polish bagaikan nak gila! So, lebih baik Danny beli benda yang Reena suka daripada yang tak suka langsung. Plus, would you stop doing that?” panjang lebar Tengku Danial menerangkan kepada isteri tersayang yang teramatlah blur.

“ Apa?”

“ This.” Tengku Danial meniru aksi yang ditunjukkan oleh Qaireena Airysha sebentar tadi.

“ Awak buat tu sungguh huduh!” Qaireena Airysha menjelirkan lidahnya kepada Tengku Danial. Mereka sudahpun sampai di kedai Switch. Genggaman tangan mereka masih belum dilepaskan.

“ Excuse me, I would like to have the latest model of an iPhone. Give me two of them.” kata Tengku Danial kepada jurujual yang namanya tertera sebagai Jeremy itu.

“ Kenapa dua? Awak nak guna dua – dua? Tamak betullah awak ni.” Qaireena Airysha mencelah sebelum sempat Jeremy berkata apa – apa.

“ Sir, would you want both black in colour or, one of them in white?” Jeremy bertanya lagi kepada Tengku Danial seolah – olah tidak kisahkan kewujudan Qaireena Airysha di situ. Makin baran Qaireena Airysha dibuatnya.

“ Reena, awak nak colour hitam atau putih?”

“ White, of course. Wait! Handphone ni untuk......”

“ Pack these up. One black and one white. Cash.” sebelum sempat Qaireena Airysha membuka mulut, Tengku Danial terlebih dahulu mencelah.

“ Ini untuk saya?” Qaireena Airysha bertanya kepada Tengku Danial untuk mendapatkan kepastian.

“ Ye la....habis tu? Takkan saya nak beli untuk opah awak la pulak?”

“ Saya kan dah ada iPhone? Kenapa nak membazir?”

“ Bini CEO hensem macam Danny kena guna semua latest teknologi. iPhone awak tu yang lama, dah outdated. Tak kelas la. Kalau Reena tak nak, tak apalah. Danny boleh bagi dekat Abang Adam.” Tengku Danial mengugut isterinya. Dia tahu isterinya tidak sama sekali akan menolak pemberian benda yang paling disukainya.

“ Nak la.... terima kasih Danial...”

“ You are most welcome, my lady. Jom, kita pergi makan. Danny nak ajak Reena pergi tempat favourite Danny selalu makan. Sedap tau...” sekali lagi Tengku Danial menarik tangan Qaireena Airysha.

Pak cik mawas ni memang nak kena dengan aku! Suka – suka hati dia aje tarik tangan aku merata. Kalau tercabut, macam mana? Sabar ajelah....dia kan dah beli handphone baru untuk aku? Ala.... ni yang buat aku sayang lebih si Danial ni...

Qaireena Airysha dan Tengku Danial menapak ke arah meja yang ditunjukkan oleh pelayan tadi. Masing – masing mengambil tempat duduk face – to – face. Mereka mula membelek menu yang tersedia dia atas meja restoran itu. Pelayan tadi masih setia menunggu pesanan dibuat.

“ Saya nak mee kung fu.” Qaireena Airysha dan Tengku Danial berkata serentak. Pelayan itu hanya tersenyum.

“ Reena nak minum apa? Abang nak pesan dah ni.”

Hampir tersembur air liur aku mendengar perkataan keramat itu keluar daripada mulut Tengku Danial. Abang? Err..... aku nak cakap apa pulak ni?

“ Reena nak..... espresso lah bang.” terkeluar juga perkataan keramat itu. Tengku Danial dengan sedaya – upaya menahan rasa geli hatinya melihat wajah isterinya yang merah akibat menahan rasa malu yang amat.

“ Then, give me two espresso.” pelayan itu terus berlalu setelah mengambil pesanan. Dia turut berasa agak geli hati melihat si isteri yang sungguh malu apabila berhadapan dengan suaminya. Ada jugak bini yang malu dengan suami sendiri....desisnya sendiri.

Setelah selesai membuat pesanan, dalam masa setengah jam sahaja makanan yang dipesan sudah pun sampai. Kasihan pula Tengku Danial melihat Qaireena Airysha makan dengan rakusnya tetapi sempat dikontrol cunnya. Lapar sangat agaknya....

“ Reena memang tak makan daging kambing eh? Atau memang tak pernah makan daging kambing?” tiba – tiba Tengku Danial menyoal seraya menerbitkan rasa hairan dalam diri Qaireena Airysha.

“ Nope. Memang dari kecik tak pernah makan benda tu. Tak biasa. My whole family pun tak pernah makan. Well, my daddy pernah makan la, tapi lepas kahwin dengan ibu tak makan terus sebab ibu tak makan. So, me and my bro just ikut keturunan yang tak makan la.” Qaireena Airysha kembali menyambung makan.

“ Kenapa tak makan? Sedap apa...” Tengku Danial cuba mengorek rahsia isterinya. Bila dah kahwin ni, kenalah ambil tahu pasal isteri jugak kan....

“ Entahlah.... tapi, saya rasa geli bila teringatkan muka kambing setiap kali nak makan..”

“ Macam mana dengan lembu, ayam....semua tu Reena makan kan?” pertanyaan Tengku Danial dibalas dengan jelingan maut daripada Qaireena Airysha. Tengku Danial hanya tersenyum melihatkan reaksi spontan daripada isterinya itu.

“ Danny sayang!!!!” suara nyaring seorang wanita kedengaran menyapa telinga seluruh pelanggan restoran itu. Qaireena Airysha tidak putus – putus berdoa agar nama yang disebut itu tidak ditujukan buat suaminya. Namun jangkaannya meleset sama sekali apabila wanita itu terus merangkul erat leher suaminya. Terus berubah riak wajahnya.

“ Danny, how are you? I rindu you tau tak? You sihat tak?” wanita itu terus meletakkan dagunya di atas bahu Tengku Danial.

“ Kelly, you tak nampak ke yang I tak terlantar di hospital? Alhamdulillah... I sihat. Boleh tak you alihkan tangan gatal you ni? Rimaslah...” Tengku Danial menepis kasar lengan wanita itu yang melingkari lehernya.

“ You merajuk dengan I ke sebab lama tak jumpa you? Sorrylah darling... and....who do we have here? Girlfriend baru you ke? Tak bagitau I pun...” Kelly duduk di kerusi bersebelahan dengan Tengku Danial tanpa dijemput.

“ Kelly, I kan dah cakap yang hubungan kita dah lama berakhir. So, boleh tak you jangan ganggu hidup I? I ada buat apa – apa salah dengan you ke?” Tengku Danial mengerutkan dahinya kerana dia menanggap wanita seperti itu hanya akan merosakkan kesejahteraan rumah tangganya yang masih mentah lagi.

“ No Danny... I cuma nak kenal dengan perempuan ni. Sebab dia ke you putus dengan I? Woi perempuan! Kau siapa hah?” Kelly mula bertukar kepada mod kasar. Qaireena Airysha hanya mempamerkan riak selamba.

“ Aku? Aku ialah Datuk Seri Qaireena Airysha. Kau dah kenal dengan aku? Dah, kan?” Qaireena Airysha masih lagi menyambung makan.

Kelentong ajelah dekat minah tak cukup kain dan budi bahasa ni. Bukannya dia nak siasat pun kalau aku ada title Datuk Seri pun. Berlagak ajelah dengan dia. Dah dia yang cari pasal dengan aku. Pandai – pandailah si Danial ni uruskan.

“ You...... Danny?! You keluar dengan perempuan berguni ni sebab dia ni Datuk Seri? You memang mata duitan!” Kelly sudah mencekak kolar Tengku Danial. Mata Tengku Danial sudah berubah merah akibat menahan rasa amarah yang amat.

“ Kau cakap tu elok – elok sikit! Dia ni bini aku! Suka hati aku nak kahwin dengan sesiapa pun. Memang aku mata duitan! Aku mata duitan sebab aku sangat cintakan dia! Bukannya kau! Perempuan berguni ini hanya untuk aku. Padahal kau, terbuka sana sini, semua laki boleh tengok. Dah tentu aku tak nak ambil bekas tatapan orang lain! Kau pergi sekarang! Aku tak bagi kebenaran untuk kau duduk di sini pun!” lantang suara Tengku Danial menghalau Kelly.

Qaireena Airysha terpaku seketika kerana dia tidak menyangka Tengku Danial yang dikenalinya selama ini yang seorang lemah – lembut, boleh berubah menjadi incredible hulk dalam sekelip mata. Dahsyat!

“ Ha...kau dah dengar laki aku halau kau kan? So, lebih elok kau bla aje. Sekarang Danny sayang kau dah jadi Danny maut kau. Keh..keh...keh.... bye..bye...” sempat lagi Qaireena Airysha menambah perisa kepada adegan panas yang baru berlangsung sebentar tadi.

“ Kau tunggu guni... aku takkan lepaskan kau! Kau pun sama Danial! You tak tahu betapa I sayangkan you. Sekarang, rasa itu dah hilang. Kau akan terima balasannya Danial....” Kelly kononnya memberi amaran kepada pasangan suami isteri itu.

“ Tunggu apa Kerek? Tunggu aku pregnant? Ha... ye la. Nanti aku bagitau kalau aku pregnant. Abang, abang tolong Reena pregnant cepat sikit eh? Kesian kawan abang tu dah lama menunggu.” Qaireena Airysha sudah mula merepek. Nama Kelly itu ditukar menjadi kerek. Tolong pregnant cepat? Memang dah mereng agaknya minah ni. Entah sedar atau tidak apa yang dicakapnya. Tengku Danial berasa terkejut, namun rasa bahagianya tetap ada.

“ Kalau betul you sayangkan I, dah tentu rasa sayang itu tidak pernah hilang. Kalau betul you sayangkan I, dah tentu you tunggu I. Kalau betul you sayangkan I, you tidak akan berdendam dengan I. Sebaliknya, you akan doakan kebahagian I.” terus terdiam Kelly dengan kata – kata yang dilemparkan oleh Tengku Danial. Terus dia berlalu dari situ. Tidak sanggup rasanya bagi dia untuk berdepan dengan lelaki ini.

“ Boleh tahan gatal jugak ye awak ni? Fuh! Tabik spring! Girlfriend keliling pinggang. So, sekarang, macam mana? Ada lagi tak girlfriend yang awak masih simpan, hmmm?” mata Qaireena Airysha tidak lepas – lepas dari menatap wajah kacukan milik Tengku Danial yang sentiasa berupaya untuk merentap jantungnya daripada tangkainya.

“ Reena, Danny dah putus dengan semua orang even sebelum kita kahwin.” Tengku Danial pula memandang redup wajah comel isterinya.

“ Iya ke? Hmm..... just wondering, berapa ramai makwe yang awak ada?”

“ Hmm.... lebih daripada lima belas agaknya. Waktu student seorang sahaja.” jujur Tengku Danial menjawab. Wajahnya bertukar keruh apabila dia teringatkan Nur Adriana.
“ Wah.... hebat! Bangganya hanya saya yang terpilih untuk jadi bini awak. Boleh masuk buku world record ni!” Qaireena Airysha cuba bergurau. Dia sudah sedia maklum bahawa Tengku Danial putus fius akibat kehilangan first love. Dia sudah siasat akan semua itu sewaktu mula – mula bekerja di tadika Kak Hanie.

“ Reena nak pregnant cepat eh? La... Kenapa tak bagitau Danny semalam?” mulalah si kucing jantan mengeluarkan senyum herotnya yang penuh dengan muslihatnya tersendiri.

“ Mana ada.... saya cuma berlakon aje depan minah tu tadi. Kenapa kalau bagitau Danny semalam? Is there something that you're hiding?”

“ Ye la... kan dah boleh bereskan hal anak semalam. Memandangkan Reena pun begitu menggoda semalam. You have no idea how hard I felt last night.”

“ Semalam cannotlah.....” Qaireena Airysha terlanjur berkata – kata. Sekarang, perahu pula tidak boleh diundurkan. Mulut sendiri yang terlebih gatal!

“ Kenapa?”

“ Sebab itulah....” Qaireena Airysha sudah tidak mampu lagi untuk melawan panahan mata suaminya kerana rasa malunya yang teramat hebat.

“ Oh.... okey.”

Dia tahu? Macam mana pula dia tahu? Jeng... jeng... jeng....

“ Macam mana awak tahu? Awak ada buat kajian ke?”

“ No.... kan Danny ramai makwe? Helo.... lupa ke Reena sayang?” hampir gugur jantung Qaireena Airysha apabila dipanggil sayang dalam nada yang begitu romantis itu.

“ Tak malu betullah makwe awak sampai benda macam tu pun nak diceritakan pada boyfriend mereka. Ee....”

“ Memang dia orang semua tak malu. Tapi Reena ni? Dengan suami Reena sendiri nak malu. Macamlah Danny ni orang luar.” Tengku Danial sengaja membuat muka sedihnya untuk mendapatkan simpati daripada Qaireena Airysha. Berkaca – kaca matanya memandang redup wajah isterinya. Sungguh menenangkan.

“ Give me some time. Lama kelamaan, awak akan kenal saya jugak. Kita hidup sama – sama, kongsi benda sama – sama kan?”

“ Do you really like me?” Tengku Danial tiba – tiba bertanya kepada Qaireena Airysha.

“ Do you?” Qaireena Airysha bertanya kembali kepada Tengku Danial. Terdiam Tengku Danial buat seketika.

“ Awak akan tahu bila sampai masanya. Sekarang ini, kita bukan lagi main suka – suka, tapi cinta. Sebab kita ini suami isteri. Jika awak nak tahu sama ada saya mencintai awak, awak sendiri akan merasai perasaan itu Danial. Dengan sendirinya awak dapat tahu if I love you. Cinta itu perasaan yang sangat indah. Hmmm.... nampaknya awak kena sabar la...” panjang lebar Qaireena Airysha merangkap doktor cinta berhujah.

“ Danny akan sentiasa sabar...”

“ But wait, kenapa nama perempuan tadi tu Kelly? Kenapa bukan nama Melayu? Padahal muka sebijik macam anak Melayu.” Qaireena Airysha memotong percakapan Tengku Danial demi meluahkan kesangsian yang sedari tadi bersarang di hatinya.

“ Memang Melayu pun... dia tu aje saja – saja suka hati tukar nama dia jadi nama yang glamor sikit.”

“ Apa nama sebenar dia? Teruk sangat ke nama dia sampai nak tukar nama lain?”

“ Kalsom”

“ Ha! Ha! Ha! Keh! Keh! Keh!” terus terburai tawa Qaireena Airysha. Air matanya sudah mengalir deras. Perutnya dipegang kerana semakin sakit akibat tawanya yang semakin menjadi – jadi. Sampai tersedak dibuatnya.

Adoii.... mak bapak si Kelly tu dah bagi nama yang sikit punya sedap. Dia senang – senang aje tukar nama pergi nama minah salleh? Jauh sangat tu perbezaan antara nama Kelly dengan Kalsom.

Tengku Danial menepuk belakang Qaireena Airysha. Dia juga turut berasa terhibur kerana melihat tawa isterinya yang begitu 'extravagant'. Sudah ditepuknya beberapa kali namun, sedak Qaireena Airysha masih belum berhenti. Ini dah peringkat kronik ni...

Akhirnya Tengku Danial bertindak berani mati dengan mencium bibir isterinya sepantas kilat. Terpana Qaireena Airysha. Terus berhenti sedaknya. Matanya yang berair menatap lembut wajah suaminya.

“ Hah..... dah berhenti pun. Lawak sangat ye? Hisy.... gerun Danny tengok Reena gelak macam tu.”

“ Awak janganlah buat macam tu lagi. Kan awak dah ragut kesucian bibir saya? Awak buat sekali lagi, awak akan terima akibat yang sama. Jaga – jaga tau...” Qaireena Airysha memberi amaran kepada Tengku Danial.

“ Ooohh..... I'm scared. But I like....” Tengku Danial mengenyitkan matanya kepada Qaireena Airysha.

“ Jomlah balik.... mummy mesti dah tunggu kat rumah tu.”

“ Meh sini, pegang tangan Danny. Nanti hilang. Siapa yang susah?” sekali lagi Tengku Danial memegang erat tangan Qaireena Airysha. Memang ambil kesempatan betullah mamat ni...

“ Danny jugak....” Qaireena Airysha mengulangi intonasi comel yang sering digunakan oleh Tengku Danial ketika bercakap dengannya.


1 comment:

surat layang untukku:-)