My Cute Buddies!

Friday 3 August 2012

SINOPSIS: 30 Hari Mengejar Kebahagiaan


SINOPSIS: 30 HARI MENGEJAR KEBAHAGIAAN



Segalanya indah dalam hidup Maya Ellisa, sejak kehadiran lelaki itu. Maya Ellisa, seorang wanita yang tidak pernah kenal akan erti putus asa. Perasaan sayang yang mula bercambah sejak bangku sekolah menengah lagi telah memperkukuh ikatan di antara mereka. Hidup mereka adalah dengan satu janji, janji yang akan mengikat mereka selama – lamanya dalam lautan kasih yang tiada penghujungnya.

Megat Andrian Haikal, jejaka tampan yang telah berjaya mendapat tempat dalam hati Maya Ellisa. Rasa cinta buat wanita itu tidak pernah berkurangan walau sesaat pun.

“ Kal sayang sangat dengan Maya. Dengan ini, saya, Megat Andrian Haikal, dengan setulus hati saya, inginkan kepastian sama ada puteri kesayanganku, Dr. Maya Ellisa, sudi menjadi peneman hidupku, di kala susah dan senang, pengubat rinduku, ratu hatiku dan nadi jiwaku?” romantis suara Megat Andrian menyapa gegendang telinga Maya Ellisa.

Akhirnya perasaan cinta yang semakin membara tiap hari berlalu itu menyemarak lagi dengan sebuah ikatan yang suci. Itulah janji yang dipegang oleh Maya Ellisa dan Megat Andrian Haikal. Dan sekarang, ia menjadi kenyataan. Kedua – duanya bagaikan pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Tiada kata – kata yang mampu diucapkan di bibir Maya Ellisa kerana jejaka idamannya sudah sah menjadi miliknya.

Mestilah Megat Andrian Haikal itu jejaka idamannya. Lelaki itu juga didambakan oleh rata – rata wanita yang melihatnya, mereka pasti akan cair jua, termasuklah yang sudah berumahtangga. Matanya berwarna kehijauan, rambut hitamnya yang berkilat serta suara yang mampu menggetarkan jiwa mana – mana wanita. Itulah Megat Andrian Haikal yang bergelar suami kepada Maya Ellisa.

Di kala kebahagiaan dicapai, pasangan itu pula diuji dengan kejadian yang tidak diingini. Pesawat yang dikendalikan oleh Megat Andrian Haikal telah terhempas. Malangnya, dia telah disahkan menghidap amnesia jangka pendek.

“ Kau... siapa?! Kenapa asyik menangis – nangis dekat tangan aku ni? Kau ke doktor yang merawat aku? Mama! Get me another doctor! Ria! Hisy... rimaslah kau ni!”- Megat Andrian Haikal

Ya Allah... siapa pula Maya Ellisa di matanya kini? Siapa pula gerangan Ria yang dimaksudkan sebentar tadi?

“ Kalau kau dah cakap yang kau ni isteri aku, aku perlukan masa sama ada nak percayakan kau ataupun tidak. Sebab, aku takkan boleh hidup dengan orang yang aku tak cintakan langsung. Aku beri kau masa tiga puluh hari untuk buktikan yang kau ni isteri aku. Sepanjang tempoh itu, kau akan tinggal dengan aku dekat kondominium aku. Ingat, aku bebas nak buat apa pun, kau tak ada hak langsung dalam rumah tu. Dan kalau kau gagal, kau akan pergi dari hidup aku selama – lamanya dan jika benar kau tu isteri aku, aku akan ceraikan kau lepas kau lahirkan anak dalam kandungan kau tu. Ria, akan jadi isteri aku lepas tu. Kau setuju?”- Megat Andrian Haikal

“ Baiklah... kalau itu yang abang nak. Maya sanggup lakukan apa sahaja untuk abang, sebab Maya sayang sangat dekat abang.” - Maya Ellisa

Kerjaya Maya Ellisa sebagai doktor terpaksa ditinggalkan bagi memenuhi hasrat si suami. Dirinya tidak ubah bagaikan orang gaji sahaja di kondominium lelaki yang sangat dicintainya itu. Dimaki, dicerca, segalanya ditelan demi suaminya yang belum pulih sepenuhnya itu dan demi anak yang dikandungnya.

Mampukah Maya Ellisa mengembalikan rasa cinta yang pernah terbit di hati lelaki yang bernama Megat Andrian Haikal itu? Mampukah dia terus bertahan dengan kerenah lelaki itu? Akan berkekalankah cinta Maya Ellisa buat Megat Andrian Haikal?






Apa pendapat anda?? Syiqin nak start novel baru ni. Hope to get your support, my dear blog readers! Komen2 anda akan sangat membantu! Assalamualaikum, selamat berbuka puasa! :-D


11 comments:

  1. macam best....mmmm pasti best....wahai syiqin hanie sila la start novel baru tu...
    i vote yes....coz i believe in u...
    x pernah menghampahkan peminat2 anda...

    -emmy-

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih emmy...
      syiqin dah start pun, because of you, syiqin lagi bersemangat!!!
      thank you! thank you!

      Delete
  2. Best lh x sbar nak bace .... Good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you...saya akan cuba tulis cepat2 buat anda! syiqin dh pun post dekat penulisan2u, cuma tggu utk diupdate kat sana aje. terima kasih to my blog readers!!! :-D

      Delete
  3. Sinopsis best!
    Maca dekat P2U, best lah
    Sambung cepat2 eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tima kaseh cik pea...
      next entry,b4 raya k? 17 haribulan...
      thank u again, everyone!!
      syiqin sgt2 sygkan anda!!
      huhuhuhu......

      Delete
  4. best nye sinopsis dyee.
    x sabar nak baca :D
    go go go, fighting !
    karya hanie semua best2. cerpen pun best gila !
    x rugi bukak blog hanie nihh

    -hanim-

    ReplyDelete
  5. er.sory.tapi cerita ni macam pernah kuar da.i mean jln cerita dye.nway, all the best

    ReplyDelete
  6. saya baru aje baca sinopsis pun dah best.

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)