Namaku ialah
Zulaiqa Nur Zahra. Aku ialah suri rumah sepenuh masa. Kehidupan aku
begitu indah sekali, sebelum aku terikat dengan lelaki cerewet itu!
Namanya ialah,
Alexander Zulkarnain, seorang muallaf yang wajib aku lindungi sebagai
seorang muslim yang sejati. Papa dan mamanya juga seorang muallaf
yang berbangsa cina. Alex sudah sah menjadi suamiku sejak tiga bulan
yang lepas.
Aku tidak akan
mengatakan bahawa aku telah dipaksa berkahwin dengannya. Papaku ialah
kawan baik papanya, dan perkahwinan itu berlangsung dengan
persetujuan kami berdua. Tetapi satu sahaja aku tidak memahami
tentangnya, kenapa dia begitu cerewet denganku? Bahasanya.... Ya
Allah.... kasar sungguh.
Walaupun semua
sifat itu ada pada dirinya, aku tabik spring padanya kerana.... dia
sangat bertanggugjawab dalam melaksanakan tanggungjawabnya sebagai
seorang suami. Aku? Usah ditanya kerana sememangnya aku melaksanakan
tanggungjawab aku kepadanya dengan baik.
Lena sungguh Alex
sekarang. Erk! Macam mana pula aku boleh tahu? Sedangkan aku pun
sedang membelakanginya dan sibuk mencoret dalam dairi ini.
“ Kau buat apa
pagi – pagi buta ni? Tak ada kerja lain nak dibuat ke? Aku nak
solat Subuh, kau nak ikut?” sergahnya tiba – tiba membuatkan aku
berasa terkejut yang amat sehingga aku jatuh tergolek di sebelah
katil.
Dia tahu rupanya
aku tengah meluahkan perasaan dalam dairi aku tu! Malunya!
“ Kalau kau tak
gelabah satu hari tak boleh ke? Dah! Jangan mengada! Pergi ambil
wudhuk!” arahnya kepadaku sambil menyisir rambutnya yang terjuntai
di dahi.
“ Saya....” aku
cuba menjelaskan kepadanya perkara yang sebenar.
“ Apa?!”
“ Tak boleh
solat....” akhirnya aku menjawab dengan jujur.
“ Cakaplah... ini
tak, malu pun macam kambing yang nak sembunyikan janggutnya! Malaslah
nak layan kau! Pergi buat air untuk aku, gelas tu kau basuh dengan
air panas lepastu masuk dalam pengering. Sediakan baju ofis aku, aku
tak nak nampak satu kedutan pun! Faham?!” entah kenapa, jantungku
bagaikan hendak luruh sahaja memandang wajah tampannya.
Buat seketika, aku
tergoda....
“ Wei minah! Aku
bagi kau kuliah dengar tak? Asyik – asyik nak berangan!” katanya
lalu terus berlalu ke bilik air untuk membersihkan dirinya.
<<<<<>>>>>
Aku menggosok
bajunya seperti biasa, tanpa satu kedutan langsung. Jikalau ada
kedutan, Alex akan menyuruhku menggosok baju itu semula, bermula dari
awal dan bukannya hanya tempat yang berkedut itu.
Gelas itu aku basuh
menggunakan air panas seperti biasa, juga. Kemudian aku masukkan
gelas tersebut ke dalam pengering. Pernah aku ajukan soalan ini
kepadanya mengenai air panas dan gelas itu. Dan jawapannya ialah....
“ Kalau gelas ni
retak, kau nak tanggung? Tak, kan? Lagi satu, kalau menda ni pecah
dan kena tangan kau, itupun kau nak tanggung ke? Sebab... benda –
benda kecik macam ni boleh tunjukkan bahawa aku tak menjalankan
tanggungjawab aku sebagai suami dalam menjaga keselamatan kau. Kau
faham tak?!” suka sangat Alex menggunakan nada yang tinggi apabila
bercakap denganku.
Terkejut beruk aku
apabila aku rasakan tangan sasa yang menarik pinggangku yang kecil ke
tepi. Hisy... ingatkan ada peneman dalam rumah ni! Rupa – rupanya
mamat cerewet tu!
“ Apa? Kau tak
pernah tengok manusia ke? Hari ni aku nak jus oren aku dalam mug ni.”
arahnya kepadaku selamba.
“ Tapi... saya
dah basuh dan letakkan dalam pengering yang lagi satu....” sebelum
aku sempat memberi alasan, Alex terlebih dahulu menyampuk.
“ Kau jangan nak
menjawab. Hari ni aku rasa macam nak minum dalam tu, kau ikut je la,
susah sangat ke nak ikut cakap aku?” soal Alex dengan keningnya
dinaikkan.
Aku menghela
nafasku denga berat sebelum mengambil gelas itu daripada gapaiannya.
Aku menyediakan nasi goreng cina kesukaannya. Apa yang pelik tentang
nasi goreng kesukaan Alex ialah.... ikan salmon! Dan dia makan nasi
goreng cina campur salmon tu sampai licin pinggan.
Aku mengambil
tempatku di sebelah Alex. Alex sedang membetulkan tali lehernya
sambil memandang sekilas pada jam tangannya.
“ Alamak!”
“ Apa yang
alamaknya?” soalku bodoh.
“ Aku dah lambat
masuk ofis la. Nanti papa banyak soal. Dahla ada meeting aku kena
attend dalam masa dua puluh minit ni. Manalah nak sempat....” keluh
Alex sambil tergesa – gesa menghabiskan nasi goreng di pinggannya.
Mukanya sedikit berkerut.
Hmm... kenapa
agaknya muka dia berkerut? Entahlah... tengah fikirkan masalah dunia
kot...
“ Makanlah pelan
– pelan. Nanti tersedak.” saranku kepada Alex. Aku mengambil
keputusan untuk tidak menanyakan tentang isu mukanya yang berkerut
itu. Karang tidak pasal – pasal aku kena jerkah dengan Alex.
Tiba – tiba Alex
menghentikan suapannya sambil matanya tajam menikam kalbuku.
“ Aku tak sangka
kau ambil berat pasal aku. Nanti taklah aku mati katak.”
“ Well, you know
me....”
“ Dah! Dah!
Pantang orang puji sikit, perasan sampai terkembang – kembang
hidung tu. Kau ingat elok sangat ke muka kau dengan lubang hidung
macam bazooka? Meh sini, tolong betulkan tie aku sampai aku puas
hati.” seperti biasa, kutukannya aku terima dengan hati yang
amatlah 'terbuka'.
Aku membetulkan
tali lehernya yang kelihatan sedikit terjuntai sana – sini. Itulah
padahnya kalau kalut sangat. Dah ada kelebihan sebagai anak tauke
besar, itupun tak nak bersyukur. Hisy Alex ni... kalau papa Robert
tanya soalan tu, jawab ajelah! Banyak pulak songehnya...
“ Dah! Tepi!”
arahnya kepadaku. Kalaulah tahap kesabaranku begitu rendah, memang
sudah lama aku sumbat Alex ke dalam Gua Tempurung!
“ Zul, nasi
goreng tadi tu tak cukup panas, terlalu suam. Aku tak suka. Jangan
buat macam tu lagi lain kali.” katanya tanpa memandangku. Alex
sedang sibuk menyarungkan kasutnya di hadapan penthouse kami.
Sudah beberapa kali
juga aku melarangnya memanggilku dengan nama Zul, tetapi dia tetap
berbuat demikian. Zul bagiku adalah nama lelaki, dan Alex ni memang
buat aku rasa seperti seorang lelaki!
“ Okey sir....”
Alex menjegilku dengan tajam. Langsung tiada senyuman di wajahnya.
Kecut perut aku yang melihatnya.
“ Err... okey
sayang!” aku tekankan perkataan 'sayang' itu pada ayatku. Alex
tersenyum.
“ Ek eh... awak
senyumlah! Sweet sangat! Nak kena masuk facebook ni! Wah... comelnya
lesung pipit awak, ruginya awak tak gunakan senjata yang ada pada
awak!”
“ Aku tak
senyumlah minah senget! Apa? Kau nak aku goda perempuan lain? Kenapa?
Kau suka sangat ke kalau nak bermadu? Aku tak kisah.” soalnya terus
kepadaku. Soalan cepumasnya membuatkan aku sedikit tersentak.
“ Tak....”
kataku sambil menundukkan wajahku.
“ Meh sini cepat.
Jangan nak buat drama pulak.” Alex menarikku. Aku menyalami
tangannya seperti biasa.
Aku hanya memandang
sepi kelibat tubuhnya menghilang di sebalik pintu lif. Betulkah dia
tak kisah kalau nak kahwin lagi sekali? Walau macam mana sekalipun,
aku takkan bagi dia kahwin punya! Kalau dia kahwin, siap Alex aku
kerjakan.
Telefon bimbit yang
bergetar di atas meja menandakan ada mesej yang masuk. Aku membuka
peti mesejku.
Woi minah! Kau btul
– btul igt aq nak khwn laen ek? Zul, dah cukup aq ad sorang bini
mcm kau la. Nak agy 1? Huish... x kuasa aq! P/s: jgn lupa mkn ek? Aq
tau kau x mkn td sbb trlalu asyik tgok muka hencem aq kn? Haha...
assalamualaikum! :-( -Alexander Zulkarnain
Aku tersenyum
membaca mesejnya. Malu tapi mahu! Sayang Alex aku! Tapi, kenapa dia
letakkan sad face dekat belakang ayat tu? Tak ikhlas kut...
Sekali lagi telefon
bimbitku bergetar.
:-). sori! Silap
taip! - Alexander Zulkarnain
Aku tersenyum lagi.
Adakalanya lelaki ini boleh menjadi sangat keanak – anakan walaupun
sifat ganas pada dirinya itu lebih menyerlah.
<<<<<>>>>>
kau siap cpt, aq
smpai dlm 10 min. kau ltk bju aq wrna itam, kau pun pkai jubah yg aq
beli dkat madinah ari 2. jgn byk soal! - Alexander Zulkarnain
Berkali – kali
aku membaca mesej yang dihantar oleh Alex kepadaku. Aku mula tertanya
– tanya ke manakah dia akan bawaku pula? Aku cepat – cepat
bersiap kerana dia cukup tidak suka menungguku bersiap. Hampeh punya
suami!
Aku sedang
menyarungkan jubah apabila tiba – tiba pintu bilik dikuak dari arah
luar. Aku yang teramat terkejut itu terus melompat ke atas katil dan
menyelubungkan selimut di seluruh tubuhku yang separa terdedah.
“ Zul! Kau tak
payah buat - buat malu dengan aku la. Cepatlah! Dah lambat ni! Yang
kau tercongok kat dalam selimut tu kenapa?” pandangan Alex yang
tajam menimbulkan rasa tidak selesaku.
“ Berapa kali
saya nak cakap, awak ketuklah pintu dulu daripada sergah saya macam
tu aje. Nasib baik saya tak ada penyakit lemah jantung....”
nampaknya dia langsung tidak betah akan kata – kataku tadi. Aku
menghela nafas dengan berat setelah Alex masuk ke dalam bilik air.
Seperti lipas
kudung, aku terus menyambung misiku dalam menyarungkan jubah bermanik
kristal itu ke tubuhku yang langsing.
<<<<<>>>>>
Alex telah
mengajakku makan di sebuah restoran arab yang eksklusif. Hampir gugur
sahaja jantungku melihatkan harga makanan di sini. Patutlah dia suruh
aku pakai jubah, rupa – rupanya nak ajak aku makan dekat sini.
Makanan yang
dipesanku telahpun sampai. Dan seperti biasa, aku akan menunggu
sehingga Alex mula makan. Kononnya isteri mithali la katakan...
“ Kau makanlah
dulu. Jangan tunggu aku.” kata Alex tiba – tiba seraya memotong
keasyikanku berangan.
“ Err... tak
apalah... saya tak lapar pun.” bohongku. Di saat itu juga, perutku
berkeroncong cukup kuat sehingga dapat sampai ke pendengaran Alex.
Tak kenang budi punya perut!
Alex melepaskan
tawa yang kecil dan tersenyum sinis ke arahku. Pelayan itu pun sampai
dan letakkan makanan Alex di hadapannya.
Handsome jugak
pelayan arab tu tadi!
“ Kau jangan
ushar pak arab tu lama – lama. Aku tak suka. Kau tak nak jadi
isteri derhaka kan? Jadi... kau kena ushar muka aku yang handsome ni,
aje tau!”
“ Mana ada saya
ushar dia! Awak ajelah yang terlebih perasan!” aku cuba nafikan
kenyataan yang benar.
“ Ye la tu...”
Alex memulakan suapannya. Mukanya berkerut seribu. Ah! Mesti ada yang
tak kena dengan makanan tu! Dia mengangkat tangannya kepada pelayan
tersebut. Pelayan tadi itu dengan segera mendekati meja kami.
“ Helo brother,
this food terlebih garam la. I tak boleh makan. Tolong bawakan yang
baru.” arah Alex kepada pelayan tersebut. Lelaki itu kelihatan
serba salah.
“ You nak I
panggilkan manager you ke? I bayar untuk makanan ni dan semestinya I
nak yang terbaik. Bukan yang macam ni! You nak I kena penyakit darah
tinggi ke?!” serang Alex lagi. Aku hanya tumpukan perhatian pada
makanan yang berada di hadapanku.
“ Bos... jangan
panggil manager la. Okey... okey... nanti saya bawa yang baru ya?
Sabar bos..” kata pelayan itu lalu pergi mengambil pinggan Alex ke
dapur.
“ Helo! You nama
apa?” soal Alex tiba – tiba. Pelayan itu kelihatan takut –
takut.
“ Ahmed...”
anggukannya menandakan bahawa dia akan berlalu.
Alex mencapai
telefon bimbitnya lalu terus mendail beberapa nombor. Dalam beberapa
deringan, telefon itu dijawab.
“ Assalamualaikum
Tariq. Ahmed tu pekerja baru ke? Oh... I nak you pecat dia. I tak nak
restoran ni bankrap sebab orang baru macam dia. Lain kali, you latih
dulu pekerja you tu okey? Kalau tak, you pulak yang dipecat. Hmm... I
ada kat depan la. Nak pergi dah pun. Bye.”
“ Kau dah habis
makan? Jom. Aku nak balik.” katanya lalu terus bangun meninggalkan
aku terpinga – pinga.
“ Eh! Awak tak
makan ke? At least bayarlah dulu!” aku mengejarnya dan terus masuk
ke dalam kereta Lamborghini berwarna kuning milik Alex.
“ Aku tak puas
hati dengan layanan diorang, so aku blah ajelah.” selamba dia
menjawab.
“ Awak cakap
dengan siapa tadi? Oh... maknanya budak tadi tu kena pecat ye? Kesian
dia... macam mana awak boleh ada kuasa nak pecat dia?” soalku
bingung.
“ Sebab.... aku
pemilik restoran ni. So, kalau dia buat macam tu tadi, kau rasa patut
ke? Hmm?” tanya Alex kembali sambil sebelah tangan memegang stereng
dan sebelah tangan lagi memegang tanganku.
“ Oh... saya tak
pernah tahu pun.”
“ Memanglah kau
tak pernah tahu, sebab aku pun tak pernah bagitau kau...” Alex
tersenyum.
“ Hehehe... saya
nak tidur kejaplah. Mengantuk sangat.” aku tersengih bak kerang
expired ke arah Alex.
“ Tidur aje kerja
kau. Hisy...” tenang sahaja pemanduan Alex sepanjang aku 'tak
sedarkan diri'.
<<<<<>>>>>
Aku menggosok
mataku. Eh! Dah ada kat atas katil rupanya. Aku melihat jam di
sebelah katilku yang menunjukkan pukul tiga pagi. Aku cuba
mengiringkan tubuhku ke kanan. Sangat susah untuk aku bergerak kerana
dakapan Alex yang kemas.
Aku melihat tubuhku
yang lengkap dengan gaun tidur yang dibeli oleh Alex di Itali. Sudah
beberapa kali aku menolak untuk memakainya kerana keadaan gaun itu
yang terlalu singkat dan berlubang – lubang.
Hisy... mamat ni
main taktik kotor nampak! Mesti dia yang tukar baju aku tadi! Mesti
dia yang angkat aku sampai kat bilik ni! Aduh... malunya! Dahlah
berat aku bertambah dua kilo semalam masa aku timbang.
“ Tidurlah
sayang... I mengantuk ni...” Alex menguap sebelum mengemaskan lagi
dakapannya. Sebenarnya, agak selesa jugak kalau dia peluk aku macam
tu.
Meremang bulu roma
aku mendengarkan pertuturan manja Alex itu. Mana dia Alex yang ganas?
“ Awak sihat tak?
Ni Zul tau, bukan orang lain.” aku cuba menyakinkannya.
“ Tahulah...
tidurlah sayang. Auuhh.... Zul ni pun mengantuk.” kini, aku benar –
benar terkejut. Terkejut kerana pertama kalinya dia membahasakan
dirinya sebagai Zul!
Akhirnya aku
tersenyum dan mengemaskan lagi pelukanku terhadap Alex. Bahagianya
aku malam ni! Bahagia kerana lelaki ini berubah keranaku biarpun
hanya untuk malam ini sahaja. Aku tetap akan sayangkan Alex walaupun
dia ganas mahupun tidak, dan walaupun dia cerewet mahupun tidak.
<<<<<>>>>>
“ Maafkan saya
puan. Jantung puan lemah sangat. Kena buat transplan atau....” kata
– kata doktor Dani tergantung di situ. Aku sudah tahu hayatku tidak
lama lagi. Aku memegang erat tangan Alex di sebelah.
“ Dah tak ada
cara lain ke doc?” suara Alex kedengaran begitu bergetar di waktu
ini.
“ Tak ada tuan.
Puan dah melepasi tahap yang ketiga dan sebab itulah puan kerap
sangat sesak nafas. Dan puan Zulaiqa perlu menjalani pembedahan
secepat mungkin. Sehingga tu, kami perlu cari jantung penderma yang
sesuai dan proses itu akan mengambil masa tuan, puan.” nampaknya
doktor itu turut bersimpati terhadap nasibku.
Aku sudah reda dan
pasrah sekiranya inilah pengakhiran hidupku dengan lelaki yang amat
aku sayangi, Alexander Zulkarnain.
Kata – kata
doktor Dani masih terngiang – ngiang di corong telingaku. Mataku
terasa amat berat. Aku memandang Alex yang termenung jauh. Papa dan
mama aku dan Alex sudah pualang dan akan kembali pada hari esok.
Aku tidak suka akan
suasana suram di dalam bilik hospital ini.
“ Alex... saya
nak minta maaf atas segala kesilapan saya terhadap awak. Maafkan saya
jika saya tak menjalankan tanggungjawab saya sebagai isteri dengan
baik, Alex. Saya dapat rasakan masa saya kat dunia ni tak lama.....”
“ Kau diam boleh
tak?” kata – katanya membuatkan aku tersentak. Air mataku akan
gugur bila – bila masa sahaja.
“ Saya nak awak
tahu, awaklah suami terbaik saya. Walaupun awak tak nak percaya, saya
sangat sayangkan awak. Terlalu sayangkan awak. Saya nak awak berada
di sisi saya sehingga nafas saya terhenti.” aku melelapkan mataku.
Aku telah
diberitahu bahawa esok aku akan menjalani pembedahan. Aku berasa amat
bersyukur sekiranya aku selamat dalam pembedahan itu, dan jika tidak,
aku reda sahaja dengan ketentuan hidupku.
Daripada ekor mata
Alex, aku dapat melihat air matanya mengalir. Aku bertambah hiba
melihatnya. Namun aku mengambil keputusan untuk terus sahaja
menenangkan diriku dahulu. Aku tidak mahu mengganggunya.
<<<<<>>>>>
Aku
telah diberi ubat tidur oleh doktor. Aku tidak sedarkan diri namun
aku dapat mendengar perbualan orang di sekelilingku. Papa dan mama
aku dan Alex tidak putus – putus berdoa supaya aku berjaya
menjalani pembedahan transplan jantung.
Jikalau
berpeluang, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga
penderma jantung kepadaku itu. Ya Allah, kau kurniakanlah
kesejahteraan buat roh orang yang telah menderma jantungnya kepadaku.
Aku
ingin berjumpa dengan Alex. Ya, hanya Alex sahaja yang dapat membuang
rasa gemuruhku ini. Sebelum aku diberi ubat tidur, langsung aku tidak
berjumpa dengannya. Terus – terang aku cakap, aku sangat
merinduinya. Aku terlalu sayangkan Alex.
Satu
sahaja perkara yang merunsingkan fikiranku ini, papa dan mama Alex
kelihatan yang paling hiba. Mama Alex sudah menangis teresak – esak
dan mamaku terpaksa menenangkannya. Kenapa keadaan mereka sampai
begitu sekali? Seperti hendak kehilangan anak mereka sahaja. Tetapi
itu tidak mungkin kerana Alex adalah satu – satunya anak mereka.
Aku
dapat rasakan tangan yang sejuk menyentuh dan menggenggam erat
tanganku ini. Ini ialah tangan Alex. Rindunya aku pada setiap
sentuhannya...
“
Zul sayang... kalau sayang boleh dengar, abang nak minta maaf dekat
sayang. Abang tahu selama abang jadi suami sayang, abang terlalu
kasar dengan sayang. Abang tak pernah panggil sayang dengan panggilan
ini.” Alex terhenti seketika. Alex mengambil nafas dalam.
Ya
Allah.... kenapa aku tidak dapat membalas ucapan sayangnya itu kini?
Ya Allah, Alex....
“
Abang dah tak ada peluang nak cakap dengan sayang lepas ni. Abang nak
sayang janji, tolong jaga anak kita ni. Abang mintak sangat –
sangat, tolong sayang anak kita ni. Walaupun abang takkan ada lepas
ni nak tengok anak kita, abang tahu sayang akan jadi ibu yang baik
kepada anak kita.” kata – katanya terhenti.
Air
mataku mengalir melalui celah kelopak mataku. Aku dapat rasa titisan
air dihujung tanganku. Aku tahu Alex sedang menangis. Kenapa dia
cakap macam ni?
Aku
tak nak dia tinggalkan aku. Aku nak Alex berada di sisi aku untuk
jaga anak kami ini! Dah lama aku nak dengar dia bahasakan diri dia
sebagai 'abang'. Jangan tinggalkan Zul, abang... Mana pulak dia nak
pergi?
“
Dan, seperti yang sayang nak, abang dah maafkan segala kesilapan yang
mungkin sayang buat, tapi abang tak rasa pun sayang pernah buat salah
dengan abang. Abang nak sayang tahu, abang sangat sayangkan sayang,
sejak kali pertama lagi kita berjumpa. Selamat tinggal sayang....”
Terus
dia berlalu meninggalkanku keseorangan dalam bilik pembedahan itu.
Air mataku enggan berhenti mengalir.
<<<<<>>>>>
Aku
mencelikkan mataku. Jantung baruku terasa begitu kuat berdegup dengan
kencang. Rasa seperti kuda pula. Rasa sungguh.... bertenaga. Aku
melihat satu – persatu wajah di hadapanku. Hiba sungguh wajah
mereka.
Alex
mana?
“
Mama... suami Iqa mana?” soalku kepada mama.
Mama
hanya menggelengkan kepalanya dengan air mata yang bergenang di tubir
mata. Mama Alex kulihat semakin teresak – esak menangis. Papa
Robert sedang menenangkan isterinya.
Papa
mendekatiku dan menggenggam tanganku erat.
“
Papa... Alex mana?” soalku lagi kepada papa. Raut wajahnya seperti
suatu yang buruk sahaja telah berlaku.
“
Nak... bersabar ya. Ingat Allah....”
“
Apa semua ni papa? Iqa nak jumpa Alex! Mana dia?!” aku sudah tidak
dapat mengawal diriku.
“
Alex dah tak ada nak...” jawab papa sambil memelukku erat dan
menepuk lembut belakangku. Aku terus merungkaikan pelukanku.
“
Apa maksud papa?! Papa tipu Iqa!” aku tidak dapat menerima
kenyataan. Inikah maksud Alex apabila dia berkata bahawa dia akan
pergi?
“
Sayang... Alex dermakan jantung dia untuk kamu. Sebab tu dia dah tak
ada. Dia pesan dekat papa suruh jaga Iqa dengan anak kamu berdua baik
– baik tau. Papa mintak pada Iqa, jangan sia – siakan pengorbanan
menantu papa, Iqa.”
Di
saat aku mendengar kata – kata keramat itu keluar dari mulut papa,
aku terus pengsan.
<<<<<>>>>>
Sudah
tiga tahun Alex meninggalkan aku. Dia tidak meninggalkan aku seorang
diri, sebaliknya telah memberikanku permata yang sungguh bernilai.
Aaron Zikree, anakku bersama Alex, adalah penyeri hidupku.
Wajahnya
mirip papanya, dan menjadi pengubat rinduku setiap detik aku rindukan
Alex. Aku sangat sayangkan Aaron, dia adalah satu – satunya
pemberian Alex yang mengandungi sebahagian daripada dirinya selain
dari jantungnya yang tidak pernah berhenti berdegup dalam diriku ini.
Tiap
kali aku rasakan kehadiran Alex, akanku meletakkan tanganku di atas
jantung Alex. Selama ini, aku sedar Alex tidak mati, sebaliknya, dia
hidup dalam diriku. Tiap masa, dia bersamaku.
“
Mummy... I miss daddy. A lot.” kata Aaron dengan matanya yang bulat
memandangku.
Aku
menarik selimut menutupinya hingga paras dada. Aku turut berbaring di
sebelah Aaron.
“
I miss him too...” kataku, cuba menahan sebak di dada.
“
What does daddy look like, mummy? Is he handsome?” tanya anakku
yang tidak kurang celiknya juga seperti daddynya.
“
Daddy's very handsome. Macam Aaron jugak. In fact, exactly like you!”
“
And that's why girls menjerit bila tengok Aaron? Because i'm
handsome?” Aaron tersengih menunjukkan dua gigi hadapannya yang
sudah gugur. Comel sahaja aku melihatnya.
“
Yeah... Aaron sangat handsome.” aku menjawab dan mengusap kepalanya
yang lebat dengan rambutnya yang lembut bak sutera, sama seperti
rambut Alex dahulu.
“
Do you love me, mummy?”
“
So much, lebih daripada nyawa mummy sendiri.” jawabku tanpa rasa
sangsi.
“
Daddy?” anakku ini sudah kenal akan daddynya kerana aku selalu
bercerita mengenai Alex kepadanya kerana aku mahunya kenal akan
daddynya.
“
Daddy lagi sayang Aaron.”
“
I love mummy and daddy. So much!” kata Aaron lalu mendaratkan
sebuah kucupan di pipiku.
“
Mummy dengan daddy pun sayang Aaron sangat – sangat. Go to sleep
honey. I'll see you in my dream, baby.” aku pula mencium ubun –
ubun Aaron dengan lembut.
“
And daddy too!”
“
Yes... and daddy too.”
Aku
menuju ke balkoni penthouse aku dan Alex. Aku mendongak ke langit dan
melihat bintang – bintang berkelipan. Terdapat tiga bintang di
langit. Itu ialah Alex, aku dan Aaron. Aku tahu, Alex pastinya
berbangga denganku. Aku harap.
Abang,
walaupun abang tak dapat rasa Iqa, Iqa dapat rasa kehadiran abang.
Abang, walaupun abang tak dapat hidup dengan Iqa sekarang, tapi Iqa
tetap dapat hidup dengan abang dalam setiap saat hidup Iqa.
Kerana
abang, abang hidup dalam diri Iqa dan juga anak kita. Iqa sayang
abang, dan Iqa takkan sia – siakan pengorbanan abang untuk Iqa dan
Aaron. Insya – Allah.
Cerpen ni
sememangnya sangat bermakna buat saya, sedih saya apabila menulisnya.
syiqin harap, pembaca2 akan suka hasil yg x seberapa ni ye...
slamat
hari raya, syiqin nak mintak maaf kalau ada mana2 karya syiqin yg
menyinggung perasaan pembaca di luar sana. :-)
Best...#^_^
ReplyDeleteSangat-sangat terharu dengan pengorbanan Alex untuk Zul...T_T
Selamat Hari Raya!!!!
best la jalan cerita ni....tapi sedih sangat, sampai meleleh air mata ...apa pun tq syiqin
ReplyDeleteSedihnya but susah nak cari suami yang sanggup berkorban dgn bagi jantung kat isteri sendiri :)
ReplyDeletesedih sangat tapi terBAIK!
ReplyDeleteBestlarr... Sanggat touching...
ReplyDeleteRase nk menangis bace cerpen nie T-T
ReplyDeletesedihnyer...sampai begitu sekali pengorbanan alex pd isterinya.. sgt2 menyentuh perasaan...
ReplyDelete