My Cute Buddies!

Wednesday 15 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 3


BAB 3

Maya!jerit Megat Andrian dari jauh. Dia sungguh gembira pada hari ini kerana, dalam masa sepuluh hari ini, dia dapat meluangkan lebih masa bersama Maya Ellisa.

Assalamualaikum...Maya Ellisa memasuki perkarangan rumah banglo Datuk Megat Amriz dengan sebelah tangannnya memegang beg pakaiannya yang sangat, sangat besar. Peluh yang merecik di dahi diseka perlahan. Matahari pula semakin membahang.

Waalaikumsalam sayang...sengih Megat Andrian yang semakin mendekati Maya Ellisa.

Kal ni... tak malu ke orang tengok? Asyikasyik dengan sayang... sayang... sayang... malulah...Maya Ellisa menundukkan wajahnya. Memang dia berasa sungguh malu apabila diapnggil sayang sebegitu. Lebihlebih lagi di hadapan Datuk Megat Amriz dan Datin Suraya. Tidak dilupakan juga penyibuk dunia, Puteri Intan Hawani.

Buat apa nak malu? Maya tak suka eh?tanya Megat Andrian dengan nada rajuk popularnya.

Bukan tak suka tapi... tapi...

Tapi apa?sampuk Megat Andrian.

Kal ni... tak sabar betul! Tolong Maya la ambil beg ni. Berat tau. Sakit tangan Maya dah. Ni semua sebab Kal la...rungut Maya Ellisa dengan nada terpaksa kerana tidak mahu menjawab soalan cepumas Megat Andrian.

Sorry! Meh sini, Kal ambil. Jom, masuk dalam. Si mulut becok tu dah tunggu Maya dari tadi lagi.Megat Andrian mengangkat beg pakaian Maya Ellisa dan dengan sertamerta raut wajahnya berubah.

Maya letak apa dalam beg ni? Berat nak mampus!Megat Andrian kelihatan terkialkial untuk mengangkat beg yang terlebih muatan itu.

Baju aje yang Maya letak sekali dengan aksesori. Tu la... Kal kena memahami kehendak wanita sekalian yang amatlah memerlukan perhiasan. Dalam Islam, kita wajib berhias. Sebab, Allah suka orang yang bersih, cantik semulajadi...Maya Ellisa mengeluarkan falsafahnya. Rasanya falsafah itu tidaklah begitu berfaedah.

Para wanita itu wajib berhias untuk suaminya. Itu baru betul. Jadi, kalau Maya nak berhias pun, hanya dibolehkan untuk Kal sahaja.sambung Megat Andrian sambil menekankan perkataan 'sahaja' itu.

Eh! Mana boleh?soal Maya Ellisa kembali.

Apesal pulak tak boleh? Berhias untuk suami, boleh. Bukan sahaja boleh, tapi benda tu memang wajib pun untuk para isteri.terang Megat Andrian sambil mengerutkan dahinya.

Memanglah itu Maya tahu. Tapi... Kal bukan suami Maya kan?soal Maya Ellisa dengan kakinya sudah bersedia dalam posisi untuk memecut.

Maya!lantang kedengaran suara Megat Andrian bergema di banglo itu.

Adios amigos!ucap Maya Ellisa lalu memecut laju ke dalam rumah banglo itu.

'Padan muka! Amiklah beg tu sorangsorang. Siapa suruh cari pasal dengan ahli pasukan debat sekolah ni?! Haa... kan buruk akibatnya?' Maya Ellisa bermonolog pada dirinya.

Megat Andrian tersenyum sendirian lalu masuk ke dalam rumah.



MAYA Ellisa sedang menonton drama Boys Over Flowers bersamasama Puteri Intan Hawani dan Datin Suraya. Maklumlah, ketigatiganya adalah peminat setia Lee Min Ho. Datuk Megat Amriz turut menonton sama walaupun dia sebenarnya tidak memahami sepatah perkataan pun yang diucapkan oleh pelakon Korea itu.

Mama... can you change to some other channel? Boringlah tengok mamat Korea ni...sungut Megat Andrian sambil memuncungkan bibirnya.

Oh my goodness! Comelnya dia!Maya Ellisa membeliakkan matanya. Tindakannya itu mengundang rasa tidak senang Megat Andrian.

Arghhh... naik gila Wani tengok muka Lee Min Ho macam tu! Handsome beb!Puteri Intan Hawani pula memuji kekacakan aktor Korea itu.

Megat Andrian mencapai alat kawalan jauh di atas meja lalu menukar siaran. Kini, drama Sweet Spy pula ditayangkan.

Abang! Hisy... abang ni kacau line betullah. Cemburu dengan Lee Min Ho la tu! Tak habishabis.gerutu Puteri Intan Hawani yang tidak berpuas hati kerana tidak dapat menonton drama kegemarannya.

Wani... yang ni lagi best! Waa... cair hati Kak Maya tengok Dennis Oh yang teramatlah handsome tu!Maya Ellisa hanya tersenyum setiap kali kamera difokuskan ke wajah Dennis Oh.

Maya sama geng dengan auntie la! Auntie pun minat dia!kata Datin Suraya lalu menampar lembut bahu Maya Ellisa. Datuk Megat Amriz hanya menggelengkan kepalanya melihat keletah isteri kesayangannya.

Mama! Jomlah!kata Megat Andrian lalu bangun daripada duduknya.

Eh.. eh... kenapa ni Rian? Takkan sebab tak nak tengok drama Korea ni, Rian nak heret mama sekali? Mama nak tengok kejap, please?rayu Datin Suraya.

Mama... mama lupa ke yang kita kena pergi ambil abang Adam? Hari ni kan dia balik dari UK? Tu la... tengok mamat Korea yang tak handsome tu sampai lupa dunia. Maya pun sama!kata Megat Andrian dalam nada cemburu. Namun katakatanya langsung tidak memberi kesan terhadap Maya Ellisa yang masih sibuk memuji kekacakan aktor Korea itu dengan Puteri Intan Hawani.

Awal lagi la Rian...pujuk Datuk Megat Amriz bagi pihak isterinya.

Papa, kalau flight abang Adam land awal macam mana? Kesian kat dia sebab kena tunggu.Megat Andrian cuba memberi alasan. Sebenarnya dia semakin tidak selesa jika Maya Ellisa terus menonton drama Korea. Macamlah Maya tu nanti kahwin dengan pelakon Korea tu, sebab itulah risau sangat sampai tak lekat punggung duduk tiap kali duduk.

Eleh... baru sekarang nak terlebih sayang kat abang Adam... alasan aje tu...dalih Puteri Intan Hawani.

So? Kalau Rian, Rian pun tak suka nak tunggu lamalama.alasan demi alasan diberikannya.

Okeylah kalau Rian dah cakap macam tu...akhirnya Datuk Megat Amriz mengalah. Punggungnya diangkat jua. Megat Andrian tersenyum kemenangan.

Haikal... kalau kakak Maya nak ikut boleh?tanya Maya Ellisa setelah membisu selama beberapa lama.

Hmm...kata Megat Andrian lalu tersenyum. Jejaka ini memang tidak pernah kedekut dengan senyumannya yang boleh mencairkan manamana wanita.

' Yes!', bisik hati Maya Ellisa.



MAYA Ellisa mengheret tangan Maria Erina menuju ke tempat menunggu. Jam menunjukkan pukul dua petang. Pesawat yang akan dinaiki oleh Maria Erina ke Auckland pula akan berlepas pada pukul empat nanti. Maria Erina telah dipaksa untuk mengikut sama awal, sematamata kononnya ingin berjumpa dengan Megat Adam Hafie, kata Maya Ellisa.

' Hampeh punya adik! Ada ke patut suruh aku jumpa dengan bakal abang ipar dia? Dah tu, suruh aku berkenalan dengan Adam tu. Hisy... tak habishabis nak jodohkan aku dengan Adam. Dah tak ada kerja lain agaknya Maya ni, memang mulut nak kena sental dengan aku!' marah Maria Erina dalam hati. Mukanya terpaksa dimaniskan.

Psst... tengok tu along! Abang Adam dah sampai. Tu... handsome, kan dia? Tapi Haikal lagi handsome la...bisik Maya Ellisa kepada kakaknya lalu memuncungkan bibirnya ke arah Megat Adam. Megat Adam pula sedang menolak troli dengan tangan kirinya dan sebelah tangannya lagi pula sedang memegang erat tangan anaknya, Megat Ameer Harriez.

Daddy, look! Nanna and Grandpa!kuat suara Megat Ameer manggamit telinga papanya. Anak kecil itu berlari mendapatkan datuk dan neneknya.

Datuk Megat Amriz terus memeluk erat cucu kesayangannya lalu mencium keduadua belah pipi Megat Ameer. Megat Ameer terkialkial untuk melepaskan diri daripada pelukan erat datuknya itu. Kini, giliran Datin Suraya pula hendak melepaskan rindu terhadap satusatu cucunya itu.

How are you, Rian? Well, I guess... you've never felt any better than this? Cuti eh?tanya Megat Adam dengan pelat Inggerisnya sambil memandang sekilas ke arah Maya Ellisa yang sedang berada di sebelah Megat Andrian. Dia tidak perasankan Maria Erina yang berada di belakang Maya Ellisa.

Hmm... two weeks of holiday. Abang sihat?tanya Megat Andrian sambil memeluk Megat Adam.

Alhamdulillah... and... who do we have here? Maya! Long time no see eh? Wah... makin comel la Maya sekarang ni! Patutlah sampai sekarang Rian tak nak lepaskan Maya!puji Megat Adam tanpa menyedari langsung bahawa butir bicaranya boleh menjulang api cemburu Megat Andrian.

Maya Ellisa hanya tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih. Sudah kembang kuncup hidungnya apabila dipuji sebegitu. Megat Andrian hanya menjeling tajam ke arah Maya Ellisa. Megat Ameer masih lagi sibuk bermain dengan datuk dan neneknya yang tidak pernah jemu untuk melayannya.

Abang Adam... ingat lagi tak ni siapa?Maya Ellisa sudah memulakan misinya. Megat Andrian turut tersenyum apabila mengetahui rancangan sebenar Maya Ellisa itu.

Err... err... hah! You are the one who spilled the curry on my shirt! I jumpa you masa wedding I dulu tu, kan?tanya Megat Adam kepada Maria Erina bagi mendapatkan kepastian.

'Cis! Boleh pulak mamat ni ingat saat paling memalukan aku! Aku ni pun satu, kalut sangat bila jumpa dengan dia sampai tumpahkan kari tu atas baju Melayu dia! Exwife dia memang mulut jenis yang tak makan saman. Menyampah aku!' Maria Erina bermonolog kepada dirinya sambil tersengih sendirian.

Along... kenapa sengihsengih? Ingat... you are not alone...tegur Maya Ellisa dalam nada lagu Michael Jackson itu.

Ye...jawab Maria Erina tersipusipu.

Tak sangka dapat jumpa dengan awak lagi sekali. Ameer, come here! Salam dengan auntie dengan uncle.panggil Megat Adam. Megat Ameer berlarilari anak ke arah mereka lalu tangan seorang demi seorang dicium.

Meh sini dekat uncle Rian. Wah... handsomenya Ameer sekarang ye?gamit Megat Andrian lalu memeluk kemas Megat Ameer.

Of courselah uncle Rian.. uncle Rian?panggil Megat Ameer lalu membisik sesuatu di telinga Megat Andrian.

Congrats bro! What's her name?suara Megat Andrian yang terlalu kuat membuatkan Megat Ameer bertindak untuk menutup mulut pak ciknya dengan menggunakan tangannya yang kecil itu. Sekali lagi dia berbisik rapat di telinga Megat Andrian.

Ooo... Victoria... nice name. Nanti uncle bagi petua nak pikat dia kay?kata Megat Andrian. Megat Ameer tersenyum menampakkan keduadua lesung pipit di pipinya.

Awak nak pergi mana ni?tanya Megat Adam kepada Maria Erina. Tangannya mengusap lembut rambut anaknya yang lebat itu.

Saya nak balik Auckland. Terpaksa handle tutorial class, sebab saya dah janji dengan my students hari tu.

Oh... kalau ada masa, jangan lupa singgah rumah tau. Okeylah kalau macam tu, saya nak balik dulu.kata Megat Adam sambil tersenyum menggoda ke arah Maria Erina. Maria Erina hanya mengangguk tanda setuju.

Papa, kita gerak dulu ye?cadang Megat Andrian.

Okey.

Haikal, Maya nak tunggu dekat airport kejap sampai my sis balik boleh? Nanti Maya balik sendiri.redup mata Maya Ellisa memandang Megat Andrian.

Laa... tak apalah. Rian tunggu dengan Maya dekat sini. Papa dengan mama balik dengan abang Adam dululah. Kesian Ameer tu, mesti letih naik flight kan?keningnya diangkat.

Boleh ke? Nak papa panggilkan driver nak ambil Rian dengan Maya?tanya Datuk Megat Amriz prihatin.

Tak payahlah papa. Rian nak jugak rasa duduk dalam teksi. Maya okey kan?mata Megat Andrian kini beralih kepada Maya Ellisa.

Ah? Oh! Okey!Maya Ellisa tersentak kerana sedari tadi dia asyikasyik berangan.

Dengan Andrian, apa pun sanggup diredahnya...katakata itu meluncur selamba daripada mulut Maria Erina. Semua yang berada di situ tersengih penuh makna, terutamanya Megat Andrian dan Puteri Intan Hawani yang menjadi pemerhati sejak tadi. Muka Maya Ellisa sudah berubah merah.

Mereka berlambaian sebelum masingmasing pulang. Megat Adam sempat memberikan senyuman kepada Maria Erina sebelum berbisik sesuatu kepada Megat Andrian sambil matanya terarah pada Maya Ellisa. Megat Andrian tersenyum simpul.



MAYA Ellisa mengibarkan rambutnya yang panjang melepasi bahu itu beberapa kali. Sedang dia asyik mengibarngibarkan rambutnya bagakan iklan syampoo Rejoice, tibatiba pintu diketuk beberapa kali. Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Jam baru menunjukkan pukul sembilan malam, esok pula dia cuti.

Siapa tu?tanya Maya Ellisa dengan suaranya ditinggikan sedikit.

Maya, pakai tudung cepat, Kal nak masuk ni!pesan Megat Andrian.

Dengan kalut Maya Ellisa menyarungkan tudung ekspres yang disangkutkan di ampaian di dalam almari. Keadaan tudungnya itu langsung tidak dilihat.

Pintu dibuka. Megat Andrian terjengul di muka pintu sambil menutup matanya. Kononnya gaya lelaki gentleman.

Maya dah pakai tudung ke belum ni?tanya Megat Andrian bagi mendapatkan kepastian.

Maya Ellisa menuju ke cermin untuk melihat penampilan dirinya. Aduh! Dia sudah tersalah pakai tudung. Dia tidak memakai tudung, sebaliknya hanya menyarungkan t-shirt. Sekali lagi Maya Ellisa hilang arah, bimbang sekiranya Megat Andrian akan membuka matanya.

Err... Haikal! Jangan bukak mata tau! Maya tak pakai tudung lagi!kata Maya Ellisa lalu cepatcepat mengambil tudung yang tersidai. Kali ini dia memeriksa sama ada apa yang disarungkannya itu adalah tudung. Ya, betul!

Sebenarnya, Megat Andrian sudah memandang sekilas diri Maya Ellisa tanpa hijab itu. Namun cepatcepat bayangan itu dihapuskan kerana dia tahu, menjaga kehormatan dirinya adalah sama seperti memelihara kehormatan diri Maya Ellisa.

Ececeh... itulah prinsip yang dipegang oleh gentleman terakhir Malaya kita ini.

Okey... green light, boleh bukak mata sekarang.Maya Ellisa menghela nafas lega.

Maya... jom turun kejap. Mama nak tengok sesuatu. Boleh?tanya Megat Andrian, yang masih lagi menyembunyikan agenda rahsia Datin Suraya. Amanah harus dipelihara, itulah katanya.

Hmm...

But wait! Jangan basuh tangan tau! Maya ada basuh tangan tak dalam masa sepuluh minit sebelum ni?riak wajah Megat Andrian berubah bimbang.

Maya Ellisa memandang wajah tampan Megat Andrian dengan seribu kedutan di dahinya. Tapak tangannya dibawa ke hadapan wajahnya lalu ditelek dengan lebih dekat.

Kenapa? Nak ambil gambar buat iklan ke?lurus soalan yang diajukan oleh Maya Ellisa. Megat Andrian melepaskan tawa yang kecil kerana sikap lurus Maya Ellisa yang datang secara tibatiba dan pergi pun secara tibatiba.

Taklah... Maya basuh tak tangan tu?Megat Andrian mengulangi pertanyaannya yang masih belum dijawab.

Tak pun...

Good! Jom pergi sekarang! Let the truth set me free!Megat Andrian berlari menurun anak tangga. Entah apa yang sangat ditunggunya itu pun tidak diketahui, wallahualam. Apa yang pasti, perkara itu pasti ada kena - mengena dengan Maya Ellisa.

Maya Ellisa memandang sepi tubuh sasa Megat Andrian menuruni anak tangga itu sebelum mengikutinya dari belakang.

Sesampainya di bawah, semua ahli keluarga berada di situ, termasuklah Mak Cam, orang gaji di rumah Megat Amriz. Megat Ameer sedang duduk dengan selesa di atas pangkuan papanya, Megat Adam. Mata Megat Ameer bersinarsinar sebaik terpandangkan kelibat Maya Ellisa.

Maya... meh sini, duduk sebelah auntie kejap.pinta Datin Suraya lalu menepuk lembut ruangan kosong di sebelahnya.

Err... auntie nak buat apa ni?tanya Maya Ellisa sebaik sahaja melabuhkn punggung di atas sofa bersebelahan dengan Datin Suraya.

Semua orang bergerak mendekati mereka berdua. Puteri Intan Hawani tersenyumsenyum sambil menjilat aiskrim. Mukanya sudah comot dengan lendir aiskrim.

Mama... cepatlah...rengek Megat Andrian manja. Bibirnya dicebikkan sedikit. Nasib baik handsome, kalau tak, wallahualam.

Mama! Go! Go! Go! Cepat tengok kalau Am akan dapat anak buah yang ramai!katakata Megat Adam itu membuatkan Maya Ellisa sedikit cuak. Apa maksudnya dengan anak buah yang ramai? Apa pula yang akan dilakukan oleh Datin Suraya terhadapnya?

Hisy... Am dengan Rian, sama aje gelojohnya. Yang sekor lagi, asyikasyik dengan aiskrim dia. Maya jangan risau, auntie takkan buat apaapa pun, hulurkan tangan Maya kejap.Datin Suraya mengusap lembut tapak tangan Maya Ellisa. Datin Suraya tersenyum manis.

Ehem... ehem... berdasarkan pemantauan mama, kita bakal ada ramai ahli baru dalam keluarga ni tak lama lagi, alhamdulillah.ucap Datin Suraya. Semua yang berada di ruang tamu itu bersorak dengan gembira. Terutamanya Megat Andrian. Makin bingung jadinya Maya Ellisa.

Megat Adam memeluk adiknya bagaikan baru sahaja menerima anak buah.

Congrats, bro...ucap Megat Adam kepada Megat Andrian, lalu Datuk Megat Amriz disertakan dalam pelukan erat mereka bertiga.

Auntie... apa semua ni?akhirnya Maya Ellisa bersuara.

Haaa... Maya, auntie cuma tengok kalau Maya subur ataupun tidak. Tangan Maya hangat, merah, maksudnya Maya subur.kata Datin Suraya dengan tenang.

Hah? Subur? Apa tu?Maya Ellisa masih tidak faham akan situasi di hadapannya sekarang.

Subur, maksudnya lebih senang nak dapat anak. Tak perlu nak susahsusah sangat. Macam, sekali proses, boleh keluar dah...jawab Puteri Intan Hawani bagi pihak mamanya.

Okey! Okey! Maya faham!merah wajah Maya Ellisa menahan rasa malu yang amat.



MAYA Ellisa mengusap lembut rambut lebat Megat Ameer yang kelihatan sedikit perang sekiranya berada di bawah panahan cahaya matahari. Lena sungguh anak itu tidur di pangkuan Maya Ellisa. Maya Ellisa masih belum dapat melelapkan matanya. Kelakar juga apabila dia teringatkan kejadian luar biasa sebentar tadi.

Maya?panggil Megat Andrian dengan lembut memandangkan semua orang sudah tidur kecuali Datin Suraya yang masih melayan cerita Hindustan.

Hmm?Maya Ellisa mengangkatkan kepalanya untuk melihat wajah Megat Andrian.

Kalau Maya terasa pasal tadi, mama sebenarnya tak...

Shh...

Kal yang suruh...

Shh... bisinglah Kal ni! Kesian Ameer tengah tidur...bisik Maya Ellisa.

I'm sorry...

For?

Just now... Kal tak patut...

No... no... just now was funny. I actually loved it. Thanks. Bukan selalu kena kantoi macam tu kan?soal Maya Ellisa sambil tersenyum.

Hmm...Megat Andrian tersenyum. Bahagia sungguh rasanya pada ketika ini.

“ Rian? Mama nak tidur dah. Rian nak tengok tv lagi ke?” tanya Datin Suraya.

“ Rian pun nak tidur dah ni. Mengantuk sangat.” Megat Andrian bangun.

“ Maya, Ameer tu biar tidur dengan auntie ye? Menyusahkan Maya pulak budak ni...”

“ Eh! Taklah auntie. Biar Ameer tidur dengan Maya hari ni. Boleh ye?” Maya Ellisa masih mengusap rambut Megat Ameer.

“ Okeylah... auntie naik tidur dulu ye?” Datin Suraya naik ke tingkat atas. Maya Ellisa mendukung Megat Ameer yang tidak kurang beratnya itu ke dalam biliknya lalu mendaratkannya di atas katil.

Maya Ellisa menuju ke pintu bilik untuk menutupnya. Maya Ellisa tersentak dan mengurut dadanya akibat rasa terkejut kerana Megat Andrian masih tercegat di hadapan muka pintu itu.

“ Nite... I'm so jealous of him. Bertuahnya dia...” kata Megat Andrian lalu terus berlalu ke biliknya yang berada di sebelah. Maya Ellisa hanya menggelengkan kepalanya sambil tersenyum sebelum tidur bersebelahan Megat Ameer.

2 comments:

surat layang untukku:-)