My Cute Buddies!

Wednesday 15 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 2


BAB 2

Maya Ellisa memasuki perkarangan rumah banglonya. Jam menunjukkan waktu pukul lapan malam. Sehari suntuk dia tidak pulang ke rumah kerana mempunyai kes kecemasan yang perlu diberi perhatian. Dia tidak pernah mengeluh, kerana karier sebagai doktor ini sudah menjadi sebahagian besar daripada hidupnya.

Maya Ellisa mengerutkan dahinya apabila melihat kereta kakaknya terletak kemas di perkarangan banglo itu. Biasanya kereta itu terletak di garaj, tetapi kenapa pula ia berada di luar? Sedangkan kakaknya itu masih berada di Auckland? Dia terus mempercepatkan langkahnya ke arah pintu utama.

Assalamualaikum....laung Maya Ellisa dengan lantang. Suara riuhrendah itu datang dari arah ruang tamu. Langkahnya diayunkan ke arah ruang tamu. Bersinar matanya apabila melihat kakak kesayangan di hadapan matanya.

Along!Maria Erina memeluk satusatunya adiknya. Maya Ellisa turut membalas pelukan kakaknya dengan kemas. Datuk Mukhriz dan Datin Munirah tersenyum melihatkan anak - anak mereka.

Apa khabar dik?tanya Maria Erina sebaik sahaja Maya Ellisa melabuhkan punggungnya di atas sofa. Tudungnya sudah dilucutkan dari kepala kerana rasa panas yang amat.

Along tengok macam mana?tanya Maya Ellisa kembali.

Heee... orang tanya dia, dia boleh pulak tanya kita balik. Apa punya budak la. Maya nampak tembam sikit, ada apaapa ke?Maria Erina membuat serkap jarang.

Along! Orang belum kahwin dengan Haikal la. Alamak... nanti Maya kena exercise la.

Ye la tu. Exercise banyakbanyak sikit, kalau badan macam badak, nanti abang Haikal dia tinggalkan dia pulak. So, kerja macam mana? Hmm? Seronok tak membelah manusia?Maria Erina memang sudah sedia maklum akan minat adiknya sejak kecil itu. Dia juga tahu bahawa adiknya itu suka memasak.

Alhamdulillah long... kerja okey aje. Apa along cakap macam ni?! Haikal akan terima Maya dalam apa keadaan sekalipun la. Yang along tengah cakap pasal orang tu kenapa? Apa? Along belum dapat orang yang sesuai ke yang nak dibuat suami?Maya Ellisa melentokkan kepalanya di atas bahu Maria Erina.

Anakanak umi ni... cakap tak sedar diri langsung! Sorang tu dah dua puluh lapan tahun. Yang lagi sekor tu, dua puluh enam tahun. Duadua tak kahwin lagi. Asyik sibuk dengan kerja aje. Sekali tengok dah macam mayat hidup!bebel Datin Munirah. Datuk Mukhriz masih asyik membaca surat khabarnya.

Apa ni umi...Rina nantinantilah kahwin. Walid... tengoklah umi ni.Maria Erina mengadu kepada walid kesayangannya.

Mun... awak tu jangan memaksa anakanak kita. Nanti jadi kes mati katak. Tak ke naya? Mati sebab kena paksa kahwin.kata Datuk Mukhriz sambil matanya asyik membaca surat khabar.

Abang! Yang abang kaitkan berita dalam akhbar dengan anak kita buat apa? Tu la... asyik sangat dengan surat khabar tu sampai kalau boleh nak masuk dalam berita tu kan?Datin Munirah memuncungkan bibirnya.

Hehe...sengih Datuk Mukhriz dengan lebar.

Along, kenapa along tetiba aje balik Malaysia? Tak ada warning pun?Maya Ellisa mula menyuarakan kebingungannya sejak tadi.

Kenapa? Tak suka ke? Nak along balik Auckland?ugut Maria Erina.

Jangan cakap macam tu la along. Maya sayang dan rindu sangat dengan along tahu?

Alaa... gurau ajelah. Along balik pun sebab minggu depan along kena handle tutorial class dengan student along. Diaorang ada exam hujung semester ni. So, minggu depan tak boleh balik la. Kan umi dengan walid nak pergi umrah dah next week?terang Maria Erina dengan panjang lebar.

Ohh... along! Tidur dengan Maya ye hari ni? Dah lama Maya tak sembang dengan along la. Memanjang duduk kat New Zealand, mana nak ingat kat orang dekat sini?Maya Ellisa menggenggam erat tangan kakaknya. Memang dia sangat rapat dengan Maria Erina. Segala rahsia tentang dirinya, terletak kemas dalam kotak ingatan kakaknya yang satu.

Lama tak sembang ke lama tak korek rahsia?Maria Erina menggosok kepala adiknya lembut.

Two in one... haha...Maya Ellisa melepaskan tawa yang kecil.

Umi, walid, Rina nak naik atas dululah. Memang betullah apa yang umi cakap ni, Maya memang macam mayat hidup. Dah satu hari tak tidur, balik kerja pun lambat, masih boleh cakap macam tak ada apa pun yang berlaku. Hisy...Maria Erina mengangkat punggungnya untuk menyalam keduadua umi dan walidnya.

Along... tak mahu geng dah dengan along la. Geng dengan walid aje!Maya Ellisa menarik lengan Datuk Mukhriz ke arahnya.

Eh... eh... walid geng dengan umi Maya aje tau. Sori ek?gurau Datuk Mukhriz.

Walid ni... tak best la. Okeylah, Maya dah letih sangat ni, nak tidur.Maya Ellisa menyalam tangan walid dan uminya sebelum mengikuti Maria Erina ke tingkat tiga banglo itu yang menempatkan bilik keduaduanya.



MEGAT Andrian tidak dapat melelapkan matanya. Otaknya asyik memikirkan Maya Ellisa. Entah kenapa, penyakit rindunya pada Maya Ellisa semakin tidak terkawal. Nampaknya kenalah ambil langkah drastik. ' Tak apa, minggu depan Maya akan datang. Aku boleh jumpa Maya tiaptiap hari', Megat Andrian menyedapkan hatinya.

Akhirnya dia mengalah juga. iPhonenya yang berada di atas meja itu dicapai dan dengan segera nombor Maya Ellisa didail. Beberapa saat dia menunggu sebelum gagang diangkat.

Helo?sapa satu suara di hujung talian.

Megat Andrian mengerutkan dahinya. Biasanya Maya Ellisa akan memberikan salam kepadanya setiap kali menjawab panggilannya. Takkanlah Maya Ellisa boleh berubah dalam sekelip mata?

Err... saya nak cakap dengan Maya boleh?tanya Megat Andrian dengan hatihati.

Ni Maya la. Awak dah tak kenal suara saya ke?suara di hujung talian itu mula tersenyum nakal apabila melihat nama pemanggil di skrin telefon bimbit itu.

Oh Maya... kenapa Maya lain sangat malam ni? Selalunya Maya bagi salam kan?Megat Andrian masih lagi tidak berpuas hati.

Ye la... Assalamualaikum. Saya letih sangat la sayang malam ni, sebab tu sampai tak boleh nak ingat apa benda pun. Hmm... honey, you tengah buat apa tu? Teringatkan I ke? Rindukan I? Oh... how I wish I was there with you, all the time Andrian...kata wanita itu dengan manja.

Disebabkan rasa terkejut yang amat, Megat Andrian terus menekan punat merah di iPhonenya. Dadanya diurut beberapa kali. Sempat lagi salam wanita misteri itu dijawab dalam hati.

' Itu bukan Maya! Itu orang lain! Maya mana ada gedik macam tu? Maya tak pernah panggil aku dengan nama Andrian. Maya seorang saja yang panggil aku Haikal. Siapa yang angkat telefon tu? Risaunya aku kalau apaapa terjadi pada Maya. Hmm... patut aku call polis ke? Arghh...' Megat Andrian bertekateki dengan benaknya yang berserabut itu.

Maya Ellisa mengiringkan badannya menghadap Maria Erina. Maya Ellisa tersenyum herot kepada kakaknya.

Along... maju nampak? Dengan siapa tu? Eee... Maya tak pernah dengar along menggatal dengan sesiapa sampai tahap kronik macam tu. Handsome tak dia? Ada tak muka dia macam Haikal? Ye la... tadi kan along dah cakap nama dia Andrian?tanya Maya Ellisa dengan senyuman yang masih tidak lekang daripada bibirnya.

Maria Erina terus ketawa sehingga tergolekgolek. Matanya sudah berair. Perutnya dipegang kuat kerana rasa sakit yang amat.

Maya... Maya... kenapalah Maya ni kolot sangat? Sampai along cakap dengan boyfriend Maya pun Maya boleh tak sedar. Hahaha...Maria Erina menyambung tawanya yang tergendala sebentar tadi.

What the katak?! Yang along cakap tadi tu dengan Haikal la?!soal Maya Ellisa dengan matanya yang terbeliak.

Haaa...jawab Maria Erina dengan selamba badaknya.

Along! Along... kenapa along buat Maya macam ni? Kenapa along sanggup berteman tapi mesra dengan Haikal?! Kenapa tak bagitau dekat Maya? Along pun tahu kan betapa banyaknya Maya sayangkan...Maya Ellisa menyembamkan wajahnya ke bantal. Dia menangis sepuasnya di bantal busuknya itu.

Maya... Maya dengan boyfriend Maya tu sama aje kalutnya. Baru aje along acah sikit, dah gelabah tahap gaban. Memang padan sungguh...komen Maria Erina selamba.

Maksud along?Maya Ellisa masih dengan sedu sedannya.

Bila along cakap gaya mesra sikit, boyfriend kesayangan Maya tu dah letak telefon. Si Andrian memang kenal sangat dengan Maya eh? Sampaikan bab Maya bagi salam pun dia boleh tangkap, memang hebat! Patutlah orang tu cintakan dia bagaikan nak gila!Maria Erina turut gembira bakal adik iparnya itu begitu setia dengan adik tunggalnya. Kalau tak setia, memang free sahaja Megat Andrian itu kena karate dengan Maria Erina.

Maya Ellisa tersenyum seraya menghela nafas lega.

Along... tadi along mesra sangat dengan dia la. Mesti Haikal tu dah kalut semacam... kesiannya dia.luah Maya Ellisa dengan jujur.

Memang kalut pun. Entahentah, dia dah call polis tak? Sebab dia takut kalaukalau bakal bini dia kena culik dengan kakak sendiri? Baik Maya call dia balik, sebelum dia panggil FBI!Maria Erina ketawa lagi. Perkara iu dirasakan sungguh kelakar baginya.

Maya Ellisa menggelang sebelum mendail nombor telefon Megat Andrian.

Assalamualaikum?Maya Ellisa memulakan bicaranya.

Waalaikumsalam! Ya Allah, Maya! Maya okey ke tak ni? Maya ada dekat mana? Maya? Maya?soal Megat Andrian betubitubi.

Haikal... Maya okey aje ni. Maya ada kat dalam bilik...

Bilik? Bilik mana? Cepat bagitau Maya! Mana diaorang simpan Maya?! Kal akan datang sana secepat mungkin!potong Megat Andrian.

Haikal... relaks la. Kan Maya cakap Maya okey? Maya ada kat dalam bilik Maya la. Yang jawab telefon tadi tu kakak Maya, Maria Erina. Ingat dia lagi tak?tanya Maya Ellisa dengan lembut. Maria Erina yang berada di sebelahnya masih menyambung siaran tawanya.

Huh... Kal ingatkan penculik tadi...Megat Andrian menghela nafasnya.

Hisy awak ni... hmm... kenapa Kal call malammalam ni?

Saja. Rindukan Maya la. Saja Kal nak dengar suara Maya sebelum tidur.jawabnya dengan jujur.

Rakam aje suara Maya, confirm lena tidur Kal tiaptiap hari. Kal memang sengaja nak bagi Maya angau kan? Ye la, dengan ayat jiwang karat terpelihara Kal tu. Ingat Maya tak tau ye?serkap Maya Ellisa. Megat Andrian melepaskan tawa yang kecil, senang dengan bual bicara Maya sekarang, bukan tadi ye...

Tidurlah Maya. Nanti Maya tak bangun pagi pulak sebab mimpikan muka handsome Kal. Nanti mesti anakanak kita comel macam Kal kan? Mata hijau, hidung mancung...Megat Andrian sudah berangankan masa sepuluh tahun akan datang.

Perasan betullah Kal ni. Anakanak?soal Maya Ellisa kembali.

Yes dear... I don't want just anak, but anakanak. Kalau boleh boys twins. Haaa... kalau macam tu, tak payahlah Maya lalui labour pain banyak kali, sekali proses, dapat dua sekali gus. Kal pun takkan kempunan dan Maya pun takkan terseksa. Ada faham sayang, rancangan masa depan Kal ni?terang Megat Andrian dengan panjang lebar.

Oh...hanya perkataan itu yang keluar kerana begitu terharu dengan sikap yang ditunjukkan oleh Megat Andrian. Makin bertambah sayanglah Maya Ellisa terhadap lelaki itu.

Good night dear. Assalamualaikum.ucap Megat Andrian.

Waalaikumsalam. Haikal, Kal perlu tahu yang Maya sanggup lalui apa sahaja, asalkan Kal ada di sisi Maya selamanya. Kalau Kal nak anak ramai pun, Maya sanggup. Sebab, Maya sayangkan Kal dan akan sayangkan Kal selamalamanya. Hanya dengan Megat Andrian Haikal, Maya sanggup lalui apaapa pun.luah Maya Ellisa dengan jujur. Terus gagangnya diletakkan.

Hampir menitis air mata lelaki Megat Andrian mendengarkan pengakuan jujur Maya Ellisa. Benar, memang hanya ada seorang sahaja seperti Maya Ellisa di dunia ini dan wanita itu miliknya. Terima kasih ya Allah.

Wah... romantiknya adik along ni. Maya sayang budak Andrian tu sampai macam tu sekali ke?Maria Erina tersengih bak kerang busuk.

Hmm...

Bertuah la Andrian tu. Maya? Along nak tanya sesuatu boleh?Maya Ellisa mengangguk.

Abang Andrian tu, apa nama dia? Megat Adam Hafie... haaa, dia dah balik Malaysia belum?tanya Maria Erina malumalu.

Manalah Maya nak tahu... Maya bukannya bercinta dengan Abang Adam. Kenapa? Along berminat nak jadikan dia suami ke?tibatiba soal itu muncul di benak Maya Ellisa.

Mana ada! Dia kan dah kahwin...

Dan jugak dah bercerai!sampuk Maya Ellisa.

Adam tu kan dah ada anak pun. Manalah dia nak terima along Maya yang terlebih cun ni?raut wajahnya kelihatan sedih.

Along, minat dekat abang Adam ye? Wah... bestnya along dapat jadi kakak ipar Maya!dan disebabkan katakatanya yang tidak mempunyai insurans itu, lengannya ditampar dengan kuat oleh Maria Erina. Maya Ellisa menggosok lengannya yang terasa pedih.

Along... Maya kenal sangatlah dengan abang Adam tu. Siapa yang dapat terima anak dia, dia tak kisah kalau perempuan tu nak jadi isteri dia. Along dapat terima ke anak dia?sambung Maya Ellisa lagi, kali ini dengan nada yang serius.

Memanglah boleh...jawab Maria Erina malumalu.

Kalau macam tu, lebih senanglah kerja Maya!

Apa cakap macam ni?! Dahla malas along nak cakap dengan Maya. Nak tidur layan mimpi lagi best.Maria Erina memusingkan tubuhnya membelakangi adiknya.

Ye la... mimpikan abang Adam tau...

Maya!marah Maria Erina namun bibirnya masih dapat mengukir senyuman.

Telefon bimbit yang bergetar menandakan ada mesej yang masuk. Dengan segera Maya Ellisa membuka peti mesej.

I LOVE u, Maya Ellisa. Only u.- Megat Andrian

Me too Haikal...balas Maya Ellisa perlahan dengan bibirnya mengukir senyuman. Alangkah indahnya hidup ini dengan kehadiran lelaki itu dalam hidupnya. Akhirnya Maya Ellisa terlelap dengan bayangan Megat Andrian di matanya.

1 comment:

  1. Hi there, just became aware of your blog through Google, and found that it is
    really informative. I'm going to watch out for brussels.
    I'll appreciate if you continue this in future. Lots of people will be benefited
    from your writing. Cheers!

    Review my web site ... panic attack medication (http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_Self-help_books)

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)