My Cute Buddies!

Wednesday 15 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 1


BAB 1

2 tahun lalu...

Maya Ellisa memandang skrin telefon bimbitnya yang memaparkan nama pemanggil itu. Bibirnya mengukir senyuman. Pastinya seronok jika lelaki pujaan sudah berada di tanah air. Tanpa berlengah, dia menekan punat hijau di Blackberrynya.

Assalamualaikum...lembut suara Maya Ellisa memberi salam kepada lelaki itu. Makanan yang berada di hadapannya tidak disentuh langsung. Dania yang sedang berada di hadapannya juga tidak dihiraukan.

Waalaikumsalam... rindunya Kal lama tak dengar suara Maya. Hmm... Maya tengah buat apa tu?sengihan Megat Andrian sampai hingga ke telinga. Sebiji macam kerang basi.

Maya ada kat kafeteria ni... baru nak makan. Appointment dengan patient pun dah habis, so Maya nak makan lah ni. Awak dah sampai Malaysia ke belum ni?soal Maya Ellisa. Dia menguisnguis spageti di hadapannya.

Dah sampai la Maya oii... dekat Amsterdam tu mana nak dapat coverage kan? Apa punya soalan la. Maya! Jangan makan!tibatiba Megat Andrian memberi arahan.

Maya Ellisa yang terkejut peringkat dewa itu terus terbatuk. Air matanya juga sudah mengalir. Dania pula sibuk mengekekngekek ketawakannya sambil menghulurkan tisu kepadanya.

Auch... kenapa tak boleh makan pulak? Alaa Kal... Maya laparlah. Tengahari tadi pun Maya tak makan tau, sakit perut...kata Maya Ellisa sambil mengurut hidungnya yang terasa pedih.

Sorry! So sorry sayang. Kal tak bermaksud nak bagi Maya tersedak pun. Sakit sangat ke? Hmm? Nak Kal datang peluk Maya ke?selamba badak Megat Andrian mengusik.

Sekali lagi Maya Ellisa tersedak. Dania ketawa terbahakbahak tanpa berselindung seolaholah dia mengetahui apa yang diperkatakan oleh Megat Andrian. Megat Andrian pula ketawa bagaikan lelaki termaco Malaya. Memang maco pun...

Hisy! Janganlah! Awak ni... cepatlah... kenapa tak boleh makan? Orang dah lapar tau tak?Maya Ellisa memuncungkan bibirnya.

Alaa... Kal nak ajak Maya balik rumah Kal la. Mama Kal kata nak jumpa Maya. Rindu sangat dengan bakal menantu dia agaknya. Sebenarnya Kal pun tak makan lagi tau... sebab flight tadi dipercepatkan, so tak sempatlah. Tak apalah, Maya makanlah. Kal nak balik rumah aje.nada suara Megat Andrian seolaholah merajuk. Megat Andrian tersenyum sambil menguak rambutnya yang terjuntai sedikit ke dahinya. Dia pasti taktik yang digunakannya ini pasti akan berhasil. Sudah sepuluh tahun dia mengenali wanita ini.

Awak! Janganlah macam ni. Okey... okey... kejap lagi Maya sampai rumah Kal. Tunggu tau? Jangan makan lagi, kalau Kal makan, memang sengaja mau cari gaduh dengan Maya la...

Walaupun seribu tahun, Kal sanggup tunggu. Walaupun Kal dah ada dalam kubur, Kal masih akan setia menunggu Maya. Sayang Maya! Sayang Haikal tak?Megat Andrian sengaja menggunakan nada yang cukup romantis.

Sayang sangatsangat. Okeylah, Maya nak gerak dulu, takut bila subuh nanti baru Maya sampai. Hisy... cakap dengan Kal ni, sampai Lee Min Ho datang baru Maya nak sedar.

Maya...

Okey! Okey! Maya tak sebut dah nama dia! Bye! Assalamualaikum!terus talian dimatikan. Jika tidak, pasti akan cair tahi telinga Maya Ellisa mendengar Megat Andrian membebel seperti tok nenek kerana menyebut nama pelakon Korea itu. Hisy! Cemburu sangat la Megat Andrian Haikal ni.

Waalaikumsalam...jawab Megat Andrian sambil melepaskan keluhan yang berat. Letih agaknya. Mesti hilang terus letihnya apabila berjumpa dengan buah hati pengarang jantung kan? Kan? Kan? Eh, mestilah...



MAYA Ellisa memarkirkan BMW 3 Seriesnya di hadapan pagar rumah banglo milik keluarga Megat Andrian. Sudah lama rasanya dia tidak menjejakkan kakinya ke sini. Rindu pula rasanya.

Maya Ellisa tersenyum apabila terpandangkan Megat Andrian yang sedang berbaring gaya ikan duyung di atas Porsche Carrera kesayangannya. Megat Andrian mengangkat keningnya dengan gaya yang cukup menggoda. Comel pun ada!

Susahnya kalau ada orang tu berangan nak jadi ikan duyung yang tak diiktiraf... woi abang! Turunlah! Hisy... kalau jiran nampak terus labelkan abang gila, nanti tak ada orang yang nak masuk meminang Wani tau!Puteri Intan Hawani menarik kolar baju abangnya supaya turun dari kereta. Datin Suraya hanya menggelang melihat keletah nakal keduadua anaknya itu. Bibirnya mengukir senyuman apabila terpandangkan bakal menantu kesayangannya.

Hisy... kau ni. Hilanglah maco abang tau kalau kau tarik kolar abang macam ni. Apa? Kau nak jiran sebelah tu masuk meminang kau kan? Eleh... macam abang tak tahu yang kau tu sebenarnya tengah hangat bercintancintun dengan Danish tu....terus lengan sasa itu dicubit sekuat hati.

' Hisy abang aku ni...tak reti nak cover line langsung! Macam tahutahu aje hal aku dengan Danish. Nasib baik Kak Maya ada, kalau tak, memang lama aku dah kena pelangkung dengan mama!' bisik Puteri Intan Hawani.

Assalamualaikum auntie... sihat? Uncle mana?tanya Maya Ellisa sambil memeluk Datin Suraya. Megat Andrian melebarkan senyumannya kerana rindunya dapat dilempiaskan pada hari ini. Namun masa yang ada sentiasa terasa pendek tiap kali berjumpa dengan Maya Ellisa. Ini kira cinta peringkat kronik la tu...

Alhamdulillah sihat... uncle ada kat dalam tu, tengah tunggu Maya la tu. Jom masuk Maya...pelawa Datin Suraya.

Ehem... ehem...kat Haikal tak nak peluk? Tak nak bagi salam? Helo, orang tu tak rindu kat kita ke? Sedihnya... Haikal dah rindukan dia bagaikan nak gila...sengaja Megat Andrian membuat muka seposen untuk meraih simpati Maya Ellisa.

Jangan mengada! Gatal punya abang! Macam mana Kak Maya dapat bersabar dengan abang Rian ni? Perangai orang utan pun lagi baik tau! Woi abang, kalau nak jadi gila, jadilah gila. Bolehlah Kak Maya nak tackle Lee Min Ho...terus lepas ketawa Puteri Intan Hawani apabila melihat wajah masam mencuka Megat Andrian.

Oh patutlah sensitif sangat mamat ni bila dengar nama Lee Min Ho. Ruparupanya, Lee Min Ho ni saingan terbesar dia...

Mama, mama tahu tak, Wani kan... Wani kan... dia... bercin...sebelum sempat dia menyambung ayatnya itu, mulutnya terlebih dahulu ditutup oleh Puteri Intan Hawani.

Bawaklah Maya masuk Su oii...awak nak bertapa dekat luar sana ke? Ni lagi dua ekor, sekor macam ni, sekor lagi macam tu. Meh masuk Maya... dah lama uncle tunggu tau...Datuk Megat Amriz tersenyum mesra di muka pintu.

Awak marahlah anak awak yang berdua tu. Asyikasyik nak bergaduh. Nasib mama la dapat anak macam budakbudak ni. Nasib baik menantu dapat yang elok...Datin Suraya sudah mula membebel.

Datin Suraya dan Puteri Intan Hawani berjalan masuk ke dalam rumah dahulu meninggalkan Maya Ellisa berdua dengan Megat Andrian yang sedang tersenyum herot bagaikan kucing jantan hendak mengawan.

Do you know how much I miss you? Busy ke? Kalau macam tu, Kal nak Maya bersara lepas kahwin. Maya jadi assistant pilot. Yea! Let's fly with me eh?Megat Andrian meletakkan keduadua tapak tangannya di antara wajah comel Maya Ellisa. Maya Ellisa makin menggelabah. Boleh goyah iman wo lelaki handsome buat macam tu!

Haikal... jauhlah sikit. Nanti orang tengok macam mana?jantungnya makin berdegup dengan laju.

So?dengan riak selamba Megat Andrian bertanya.

Dosa tau kalau bersentuhan...Maya Ellisa mengingatkan Megat Andrian.

So? I can do more... emas dah ada depan mata...makin menggoda kedengaran suaranya.

Megat Andrian sangat menyayangi wanita itu. Pastinya dia akan menjaganya sebaik mungkin dan bukannya mengambil kesempatan terhadapnya. Tidak sama sekali.

Allahuakbar Rian! Yang buat drama kat depan tu kenapa? Kalau dah rindu sangat pun, bawaklah budak tu masuk rumah dulu. Ini tidak, luar sana jugak budak bertuah ni...bebel Datin Suraya. Puteri Intan Hawani dan Datuk Megat Amriz menaikkan keduadua ibu jari mereka tanda mengejek Megat Andrian.

Maya...jom...akhirnya keduaduanya masuk ke dalam rumah dengan wajah yang merah.

' Mak... malunya aku! Hisy! Haikal ni pun satu, boleh pulak dia buat aksi berani mati depan mak bapak dia? Aduh... mana aku nak sorok muka cun aku ni? Takkan bawah ketiak Haikal? Tak muat tu...' Maya Ellisa mula bertekateki dalam hati.



MAYA, kerja sekarang macam mana? Okey?tanya Datuk Megat Amriz sambil menyuapkan nasi goreng ke dalam mulutnya.

Okey aje uncle...jawab Maya Ellisa. Maya Ellisa mengerutkan dahinya apabila melihat Megat Andrian sedang mengenyitkan matanya ke arahnya.

Maya, panggil aje kami berdua mama dengan papa. Memang pun tak lama lagi kan Maya akan jadi menantu kami berdua?tegur Datin Suraya. Tersedak Maya Ellisa mendengarnya.

Mama ni... ni semua salah anak kesayangan mama la. Lambat sangat nak melamar Kak Maya. Dah berjanggut orang tunggu dia tau...usik Puteri Intan Hawani. Megat Andrian menjegil adiknya atas katakatanya yang tiada insurans langsung.

Sebenarnya auntie, Maya yang mintak tangguhkan dulu sebab nak bagi karier Maya stabil dulu sebelum kahwin....

Lepastu ada rumah, ada kereta, ada twins, and then twins again, sampailah Kal puas hati!Megat Andrian menekup mulutnya apabila menyedari katakata yang sepatutnya disimpan dalam hati itu sudah terlanjur terkeluar. Terlanjur sudah...

Amboi... amboi... amboi... ingat nak ada anak tu senang ke? Sukasuka hati aje nak mintak twins, banyak kali pulak tu! Jangan sampai Maya tak sanggup kahwin dengan Rian sudah.wajah Maya Ellisa sudah merah akibat malu yang amat mendengarkan katakata Datin Suraya.

Su, awak janganlah tak menggalakkan perkara yang baik. Kalau saya boleh, dah lama si Rian dengan Wani ni ada adik baru. Awak sorang aje tak nak.Anak tu rezeki. Jangan ditolak. Kan Maya?kini semua tumpuan beralih pada Maya Ellisa. Maya Ellisa hanya mampu menangguk sambil menundukkan wajahnya. Kedua beradik di meja itu sedang memegang perut menahan tawa yang akan meletus bilabila masa sahaja.

' Aduh...satu family cakap pasal anak, manalah aku tak malu? Yang si abang dengan adik tu, sibuk gelakkan aku. Memang nak kena dengan aku betullah budak berdua ni!' marah Maya Ellisa dalam hati.

Maya, umi dengan walid sihat?tanya Megat Andrian mengubah topik perbualan.

Alhamdulillah, sihat. Haa... alangalang dah berjumpa ni, Maya nak bagitau something. Umi dengan walid nak pergi umrah awal bulan depan. Umi dengan walid kirim salam dekat auntie Su dengan uncle Riz.

Waalaikumsalam...jawab keduaduanya serentak.

Kak Maya duduk sorang lah dekat rumah tu nanti?tanya Puteri Intan Hawani dengan mata yang bersinarsinar. Megat Andrian yang sudah dapat menangkap rencana adiknya turut tersenyum.

Ah ha...jawab Maya Ellisa lurus. Membulat mata Datin Suraya mendengarnya.

Maya, bahaya tau anak dara duduk sorang dekat rumah agam besar macam tu. Auntie rasa, baik Maya duduk rumah auntie sementara nak tunggu umi dengan walid balik umrah.perangkap sudah mengena!

Eh... tak apalah auntie. Maya dah biasa duduk rumah sorangsorang. Lagipun, Maya bukan budak kecik lagi...

Memang lah Maya bukan budak kecik lagi, tapi cuba Maya kesiankan si Rian tu. Kan dah risau pasal Maya?kata Datin Suraya lagi.

Laa... kalau Maya segan nak duduk sini sebab uncle ada, tak apa. Sebab, bulan depan kan Rian cuti? Tak silap uncle dua minggu cuti rasanya?Datuk Megat Amriz menggarugaru kepalanya yang tidak gatal.

Haah papa. Dua minggu cuti. Maya, Kal kan ada? Panggil saja, Kal akan jadi penyelamat Maya. Kalau Maya segan sebab Kal dengan papa bukan muhrim, kita kahwin ajelah. Senang cerita.cadangan yang tidak berapa hendak bernas diberikan oleh Megat Andrian.

Haikal... kenapa cuti? Bukan kerja ke?soal Maya Ellisa dengan raut wajah yang kelihatan sungguh bingung.

Maya oii... Kal kerja pilot la. Kalau outstation lama, cuti pun lama la sayang... kalau nak, Kal boleh hantar Maya pergi dan balik kerja tiaptiap hari. Kiranya macam kerja driver la.balas Megat Andrian selamba.

Abang! Memang kau dari dulu kerja driver pun, driver kapal terbang, buat macam benda baru pulak dia ni...gerutu Puteri Intan Hawani.

Tengok dululah auntie macam mana...insyaAllah, Maya cuba datang.jawab Maya Ellisa dengan tenang. Megat Andrian masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Maya Ellisa itu.

Mama... nanti Maya tipu. Mama call umi la. Tak pun, papa, papa call la walid. Suruh hantar anak mereka kat sini. Bukannya lama pun...keduadua ibu dan bapa Maya Ellisa itu dipanggilnya umi dan walid. Begitu rapat hubungannya dengan Maya Ellisa sejak dulu lagi.

Megat Andrian menghentakkan kakinya tanda protes. Bibir merahnya dicebikkan. Maya Ellisa tersenyum apabila melihatkan reaksi kanakkanak daripada lelaki itu.

Alaa anak mama ni nak merajuk pulak. Okey... okey... mama call sekarang jugak.Datin Suraya mula mengangkat punggung untuk membuat panggilan demi anak manjanya itu. Umur sudah dua puluh enam tahun, perangai? Wallahualam.

' Ekspres gila bakal mama aku! Arrh... takkanlah aku nak duduk sebumbung dengan Haikal? Kalau dah kahwin tu lain la. Haikal ni pun satu, boleh pulak dia buat manja dengan mama dia? Comel jugak aku tengok...' Maya Ellisa mula berdiskusi dengan otaknya.

Maya! Set! Next month, duduk rumah auntie kay? Umi dah bagi lampu hijau!ceria kedengaran suara Datin Suraya.

Walid?soal Maya Ellisa walaupun dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan kelaur dari mulut Datin Suraya. Apa umi cakap, itulah yang walid akan cakap.

Double green light! Cuma walid pesan suruh Maya jaga diri, jaga aurat, jaga maruah... Maya boleh kan? Mesti boleh, sebab auntie yakin dengan Maya. Dan kalau Maya nak auntie halau Rian dengan uncle Riz kamu tu, auntie boleh aje...selamba Datin Suraya bertutur.

Eh! Tak payahlah auntie. Maya okey aje...

Haaa...kan Wani dah cakap, Kak Maya sebenarnya kes malu tapi mahu! Wah... bestnya dapat tengok love story secara live! Abang, you're the best!puji Puteri Intan Hawani. Wajah Maya Ellisa sekali lagi berubah merah kerana malu.

See the leg la sis...tengoklah abang kau tu siapa? Megat Andrian Haikal tau...kata Megat Andrian dengan bangga.

Tengoklah anak siapa?giliran Datuk Megat Amriz pula untuk bergurau.

Dah... dah... jangan usik Maya dah. Karang daripada jadi terus jadi tak jadi. Hmm... Maya, nanti ikut auntie naik atas kejap ye? Auntie nak tunjukkan sesuatu.Datin Suraya menjatuhkan pandangannya pada seraut wajah milik Maya Ellisa.

Maya Ellisa tersenyum sambil mengangguk. Dari ekor matanya, dia dapat melihat Megat Andrian sedang tersenyum ke arahnya.

' Ayoyo... kenapalah semua orang suka sangat senyum kat aku? Terutamanya orang itu. Janganlah... makin tergugat iman aku tau tengok senyuman mamat tu... bahaya... bahaya...' bisik hati kecil Maya Ellisa.



MAYA Ellisa membuntuti langkah Datin Suraya dari belakang. Selepas naik ke tingkat dua rumah banglo itu, Datin Suraya membuka pintu salah satu daripada lima bilik yang berada di aras itu. Bilik itu sungguh besar dan luas bagaikan gelanggang futsal. Bilik ini tidak asing lagi dari pandangan mata Maya Ellisa, kerana sejak bangku sekolah lagi, dia sudah datang ke rumah banglo ini. Cuma tidak pernah tinggal di sana sahaja.

Maya... datang sini kejap.pinta Datin Suraya.

Maya Ellisa mendekati Datin Suraya dengan perlahan. Dia sampai di hadapan sebuah kabinet yang sangat besar. Salah satu daripada bahagiannya, bahagian yang menempatkan barangan kemas. Maya Ellisa tersenyum apabila memandang wajah Megat Andrian sewaktu remaja terletak kemas di bingkai gambar di atas meja solek bersamasama dengan abang dan adiknya.

Ye auntie?tanya Maya Ellisa.

Maya, auntie tahu tak lama lagi Maya bakal menjadi menantu rumah ini. Jadi, auntie nak Maya simpan gelang ni baikbaik. Ini ialah gelang keturunan keluarga Megat dan harus diserahkan pada menantu sulung keluarga ini. Maya, pakai ye?Datin Suraya menghulurkan gelang emas bertatahkan berlian dan kristal kepada Maya Ellisa.

Tapi auntie... Maya bukan menantu sulung?

Auntie tahu Maya adalah orang yang selayaknya. Selepas Darina keluar dari rumah ni, dia bukan lagi menantu auntie. Auntie harap Maya faham, auntie tak nak cakap pasal perempuan tu lagi.tegas Datin Suraya. Maya Ellisa menyarungkan gelang itu di pergelangan tangan kanannya.

Terima kasih auntie... cantik sangat, Maya suka. Sayang auntie...kata Maya Ellisa lalu terus memeluk Datin Suraya.

Kalau sayang mama pun dah macam gila bayang sampai tak sedar, bayangkan banyak mana Kak Maya sayangkan abang Rian? Mesti dia peluk sampai tak nak lepaskan. Syoklah abang Rian...tersentak Maya Ellisa apabila mendengar suara Puteri Intan Hawani.

Maya Ellisa mengangkat wajahnya. Duup! Berderau darahnya apabila melihat tangannya sedang memeluk kemas Megat Andrian yang sedang tersengih bak kerang busuk ke arahnya. Sepantas kilat dia menjauhkan dirinya daripada lelaki bahaya itu.

' Bila masa pulak makhluk berdua ni ada kat sini? Macam mana aku boleh peluk mamat tu? Malu weii... depan mama dia pulak tu! Hisy... aku nak peluk auntie Su, bukan nak peluk dia. Mesti dia perasan!' gerutu Maya Ellisa dalam hati.

Maya, auntie ada dekat sini....tegur Datin Suraya sambil tersenyum. Dia tahu Maya Ellisa secara tidak sengaja memeluk anak terunanya. Megat Andrian pun apa lagi, ambil kesempatanlah!

Err... auntie... Maya... Maya tak sengaja....tergugupgugup Maya Ellisa menjawab.

Mama! Ada orang dah cabul Rian! Oh no, lepas ni, siapa lagi yang sanggup kahwin dengan Rian? Mama!suaranya sengaja dikalutkan. Niatnya hendak menakutnakutkan Maya Ellisa.

Puteri Intan Hawani sudah mengekekngekek ketawa melihat lakonan bertaraf antarabangsa abangnya. Datin Suraya menampar lembut tangan Megat Andrian.

Maya kan ada... err...Haikal, Kal janganlah macam ni. Nanti Maya...katakata Maya Ellisa terhenti apabila melihat Megat Andrian sedang galak mengetawakannya. Datin Suraya pula nampak seperti sedang menahan tawanya.

Maya nak balik.terus dia berlalu selepas mengucapkan tiga perkataan itu. Skrin telefon bimbitnya dipandang sekali lagi untuk mendapatkan kepastian.

Maya!jerit Megat Andrian dari belakang yang sedang mengejarnya. Datin Suraya dan Puteri Intan Hawani turut mengejar.

Maya Ellisa terus masuk ke dalam BMW 3 Seriesnya lalu menutup pintunya. Dia dapat melihat Megat Andrian sedang tercungapcungap di pintu hadapan rumah banglo itu. Maya Ellisa menurunkan cermin tingkap keretanya lalu memberikan senyuman yang cukup manis buat keluarga bakal mertuanya. Bila masa Datuk Megat Amriz sampai pun dia tidak sedar.

Thank you so much auntie, uncle and Wani. I love you so much! Ada emergency kes dekat hospital, terpaksa pergi, sorry ya! Assalamualaikum!laung Maya Ellisa sebelum memecut laju BMWnya.

Megat Andrian cukup terasa dengan layanan Maya Ellisa terhadapnya. Buat semua ahli keluarganya ada ucapan ' I love you', tetapi buat dirinya? Hanya kebisuan dihadiahkan. Wajahnya kecut seperti asam jawa pada ketika ini.

Tibatiba poket seluarnya bergetar menandakan ada mesej yang masuk.

I luv u so much more!<3Maya Ellisa

Megat Andrian pun apa lagi, tersenyumlah dia hingga ke hujung telinga. Bahagianya apabila mendapat mesej sebegitu daripada buah hati. Alahai Andrian... Andrian...

2 comments:

surat layang untukku:-)