My Cute Buddies!

Thursday 9 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan PROLOG


PROLOG

Maya Ellisa memandang kaku tubuh yang terlantar di atas katil itu. Pilu sungguh hatinya apabila mengetahui kebenaran mengenai suaminya itu. Datin Suraya juga dihambat rasa pilu apabila mengenangkan nasib anak dan menantunya itu. Dia hanya mampu mengusap belakang Maya Ellisa, menantu sulungnya, sebagai tanda sokongan.
Kata – kata Doktor Shah masih terngiang – ngiang di telinganya.

“ Encik Megat is suffering from short term amnesia. I rasa, you tahu nak buat apa kan? Help him, mungkin lebih cepat ingatan dia akan pulih. Ada sesetengah benda yang dia boleh ingat, dan mungkin hanya sebahagian kecil daripada memori dia sahaja yang dia tak boleh ingat. I pasti yang dia ingat pasal kemalangan yang berlaku tu. I harap you akan tabah Maya. I know you will.” nasihat Doktor Shah kepada Maya Ellisa.

Tubuh yang kaku itu dilihat bergerak – gerak. Amat sukar sekali untuk Megat Andrian bergerak dengan tubuh yang berbalut itu. Sakitnya menyerang hingga ke tulang. Maya Ellisa cepat – cepat mendekati Megat Andrian.

“ Abang... abang... shh...shh... Maya ada sini. Abang?” Maya Ellisa mengusap kepala Megat Andrian. Wajah lebam lelaki itu dipandang sayang.

“ Mama... ni siapa? Kenapa dia panggil Rian abang?” tanya Megat Andrian dengan mata yang tidak berkelip memandang segenap wajah Datin Suraya dan Datuk Megat Amriz.

Sreet... bagaikan belati yang menghiris hatinya, Maya Ellisa hanya mampu mengalirkan air matanya. Memang ini yang sudah diduga olehnya. Tabahlah wahai cik hati...

“ Rian... Rian tak ingat ke ni siapa?” Datin Suraya memegang tangan anaknya. Datuk Megat Amriz hanya menggelengkan kepalanya mengenangkan nasib yang menimpa pasangan yang baru mendirikan rumah tangga tidak sampai pun enam bulan.

“ Mama... Rian tak ingat pun. Kalau ada perempuan dalam hidup Rian pun, perempuan itu ialah Ria. Hanya Ria Zawanna. Siapa pulak ni? Merimaskan betullah...” Megat Andrian menepis tangan Maya Ellisa yang sedang mengusap kepalanya.

“ Rian... Ria tu kan sepupu Rian yang dulunya sama sekolah dengan Rian? Dia hanyalah pramugari dalam syarikat penerbangan papa, bukan sesiapa pun dalam hidup Rian. Rian, cuba tengok wajah perempuan ni? Takkan Rian tak ingat dia?” Datuk Megat Amriz mencuba nasib.

“ Tak ingatlah papa... papa! Papa suruh dia jangan pegang Rian boleh tak? Mama dia tak ajar ke agama, salah untuk pegang lelaki yang bukan muhrim? Harap pakai tudung aje. Kau... siapa?! Kenapa asyik menangis – nangis dekat tangan aku ni? Kau ke doktor yang merawat aku? Mama! Get me another doctor! Ria! Hisy... rimaslah kau ni!” gumam Megat Andrian sambil menolak kasar tangan Maya Ellisa. Megat Andrian mengerutkan dahinya. Semakin membara hatinya apabila melihatkan wanita di hadapannya ini tidak memberikan sebarang reaksi.

“ Megat Andrian Haikal! Show some respect! Nak tahu dia ni siapa? Dia ialah isteri Rian. Dah lebih lima bulan Rian dah kahwin dengan dia. Ingat lagi tak?” tahap kesabaran Datuk Megat Amriz sudah mencecah tahap maksimum.

“ Sabar papa... bagi Abang Haikal masa untuk pulih. Jangan terlalu memaksa, papa. Nanti ada komplikasi dalam pembentukan sel – sel memori otak dia.” Maya Ellisa cuba menyabarkan bapa mertuanya.

“ Hei! Aku tak ingat kau langsung la! Yang kau nak buat macam mother theresa apesal? Aku tak heran pun. I want to see Ria!” Megat Andrian mula meninggikan suaranya.

Hancur luluh hatinya pabila mendengar nama wanita lain yang meniti di bibir lelaki yang amat dicintainya.

Di saat itu jua pintu bilik hospital itu dikuak dari arah luar. Kelihatan seorang wanita tinggi lampai memakai blaus sendat tanpa lengan dengan skirt labuh paras lutut. Rambutnya disanggul tinggi dan mukanya tebal dengan mekap. Plastik sungguh!

“ Andrian! You tengah cari I ke? Oh... Rian, I rindu sangat dengan you. Kenapa you tak hati – hati? Kan dah jadi macam ni? Nasib baik you selamat, kalau tak, I tak tahulah apa yang I nak buat dengan hidup I ni.” Ria melabuhkan punggungnya di atas birai katil Megat Andrian.

Ria mengusap lengan Megat Andrian dengan penuh gaya menggedik tanpa menghiraukan jegilan tajam Datuk Megat Amriz dan Datin Suraya. Puteri Intan Hawani memalingkan wajahnya ke arah lain akibat rasa meluat yang amat.

' Piraah...ingat aku tak tahu la tu yang dia tu asyik skodeng dari luar pintu bilik tu. Woi Ria! Aku tahu la yang kau tu dari dulu lagi syok dekat abang aku, tapi ingat sikit, dia dah ada bini la! Mangkuk ayun punya perempuan. Suka ambil kesempatan atas kesulitan betul!' desis Puteri Intan Hawani.

“ Ria...” tegur Datuk Megat Amriz.

“ Tapi uncle, Andrian memang perlukan Ria sekarang ni... Ria cuma nak tolong Abang....”

“ Kau tak payah nak tolong la. Tu, kau nampak, bini sikit punya elok ada depan mata, yang kau tercongok dekat depan muka abang aku tu kenapa? Penyibuk dunia betullah kau ni...” marah Puteri Intan Hawani.

“ Wani....behave yourself. Ria, Ria tak patut buat Rian macam tu. Lebih – lebih lagi bila Ria dah tahu keadaan sebenarnya kan? Auntie rasa tak elok Ria buat macam tu, Ria sepatutnya tolong sembuhkan Rian, dan bukannya buat keadaan dia lebih teruk.” nasihat Datin Suraya dengan lembut.

Ria memuncungkan bibirnya lalu terus bangun dari duduknya. Hampir tersembul mata Maya Ellisa apabila terpandangkan tangan suaminya melekap dengan kemas di pergelangan tangan Ria.

“ Ria, don't go... I need you. Kenapa semua orang tak nak memahami Rian? Rian hanya perlukan Ria, dan bukannya perempuan tu. Apa maksud mama dengan sembuhkan Rian? Bukan ke Rian sememangnya dah sihat pun? Doktor sebelum ini pun cakap yang Rian tak cedera teruk sangat lepas plane crash tu.” soal Megat Andrian dengan penuh tanda tanya.

Sakit kepala yang menyerang secara tiba – tiba tiap sepuluh minit amat merunsingkan kepalanya. Apa sebenarnya perkara yang berlaku? Inilah persoalan yang sering bermain di kepalanya sejak tadi.

Maya Ellisa menjatuhkan pandangannya pada Datuk Megat Amriz. Datuk Megat Amriz hanya mengangguk. Maya Ellisa mara ke katil suaminya dengan derapan langkah yang perlahan. Dirinya cukup terseksa dengan babak yang sedang berlangsung di hadapannya kini.

“ Hisy kau ni Ria! Boleh tak kalau kau lepaskan tangan abang aku?! Rimaslah aku yang menengok ni pun!” Puteri Intan Hawani terus merentap tangan Ria yang sedang berada dalam genggaman Megat Andrian.

“ Wani! Kenapa melampau sangat ni? Hormat sikit sepupu kau ni! Yang kau nak membela sangat perempuan ni kenapa?” Megat Andrian memarahi Puteri Intan Hawani.

“ Membela?! Abang cakap membela? Abang, Wani sebenarnya tak tahan tengok ulat bulu yang tak berbulu ni berlakon, abang tahu tak? Meluat! Tak habis – habis dengan cinta tak kesampaian dia tu. Belajar terima kenyataan ajelah Ria!” kata Puteri Intan Hawani sebelum meluru keluar dari bilik yang menyesakkan itu.

“ Maafkan Wani, kak.” sempat lagi Puteri Intan Hawani berbisik kepada Maya Ellisa sebelum keluar.

“ You, you tengoklah apa yang adik kesayangan you tu cakap pada I! Malaslah I nak duduk sini!” Ria menghentakkan kakinya sebelum meninggalkan mereka berempat di dalam bilik itu.

“ Now, you! You have some explanations to make. What's going on? Apa sebenarnya yang berlaku pada aku?” Megat Andrian menhembuskan nafasnya dengan kasar sambil memandang tepat ke dalam anak mata Maya Ellisa.

Maya Ellisa menghela nafasnya dengan berat sebelum memulakan bicaranya.

“ Sebenarnya, abang hidap penyakit amnesia jangka pendek. Maksudnya, abang hilang ingatan, tetapi hanya ingatan zaman kanak – kanak sahaja yang abang masih boleh ingat. Biasanya, amnesia jangka pendek ni dapat pulih sepenuhnya dalam masa seminggu, dua minggu, sebulan ataupun setahun, bergantung pada pesakit itu dan tahap kecederaannya. Sebab tu, abang tak boleh ingat...” Maya Ellisa tidak dapat meneruskan bicaranya kerana berasa terlalu sebak. Datin Suraya mengusap lembut belakang menantunya itu.

“ Sabar Maya... ini semua ujian Allah. Maksudnya Allah sayangkan Maya, tahu?” Datin Suraya membisik di telinga menantunya. Menantunya itu bagaikan anaknya sendiri. Menantu kesayanganlah katakan...

“ And... do you expect me to believe this? Okey... kau isteri aku kan? Hmm... let's see, apa nama kau? Nama penuh please.” Megat Andrian memandang sinis Maya Ellisa.

“ Maya Ellisa binti Datuk Mukhriz. Ke.. ke... kenapa abang?” tergugup – gugup dirinya pada ketika ini. Maya Ellisa dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal berlaku terhadap dirinya pada waktu ini.

“ Dengan ini, aku, Megat Andrian Haikal bin. Datuk Megat Amriz, menceraikan dikau, Maya Ellisa Datuk Mukhriz dengan talak satu. Dah, selesai tanggungjawab aku!” dengan satu nafas sahaja Megat Andrian melafazkan kata – kata keramat itu.

Semua yang berada di situ turut terkejut dengan tindakan spontan Megat Andrian. Mana tidaknya, Maya Ellisa adalah satu – satunya wanita yang berjaya mengetuk pintu hatinya. Wajah Datuk Megat Amriz sudah menyinga. Lemah terasa segala otot dan sendi Maya Ellisa.

“ Kau jangan melampau Andrian! Kau tak boleh ceraikan Maya! Sia – sia aje papa didik kau dari kecil untuk tengok kau buat benda tak semenggah macam ni!” lantang kedengaran suara Datuk Megat Amriz.

“ Why not papa? Sebagai suami kan Rian ada kuasa nak ceraikan dia? Rian hanya nak kahwin dengan Ria. Not her.” Megat Andrian tidak ingin mengalah.

Maya Ellisa hanya kaku dalam dakapan Datin Suraya. Baginya, apa yang hendak berlaku, biarlah. Tetapi dia tidak sama sekali akan mengalah.

“ Kau nak tahu kenapa Andrian? Sebab, Maya mengandung! Dah dua bulan Maya mengandungkan anak kau! Kau tahu apa hukumnya kan? Takkan itu pun papa nak ajar kau?! Kau kena bertanggungjawab!”

“ What?! No way papa, papa tipu... tak mungkin Rian...” Megat Andrian tidak dapat menghabiskan kata – katanya akibat rasa terkejut yang amat.

“ Abang... Maya tak mintak pun abang terima Maya. Maya cuma harap abang dapat terima anak abang ni. Maya tahu, abang tak boleh buat keputusan dalam keadaan abang macam ni. Tidak sehingga ingatan abang pulih.” akhirnya, Maya Ellisa bersuara.

“ So? Kau nak buat keputusan untuk aku? Aku tak kisah. Lepas kau bersalin, aku akan ceraikan kau. Mama, papa, jangan masuk campur dalam urusan hidup Rian.” benci sungguh dia ingin melihat wajah Maya Ellisa.

“ Baiklah... kalau itu yang abang nak. Cuma Maya nak mintak sedikit masa untuk buktikan betapa sayangnya Maya pada abang walaupun abang tak terima Maya. Izinkan Maya jaga abang sehingga abang pulih. Maya tak tahu berapa lama, tapi InsyaAllah, Maya doakan abang cepat pulih.” makin berkaca mata Maya Ellisa apabila mengetahui bahawa dia akan ditinggalkan oleh lelaki itu. Lima belas tahun bercinta, dan dalam sekelip mata sahaja cinta itu terus lenyap.

“ Jangan mengada – ngada. Aku yang tetapkan segalanya. Kalau kau dah cakap yang kau ni isteri aku, aku perlukan masa sama ada nak percayakan kau ataupun tidak. Sebab, aku takkan boleh hidup dengan orang yang aku tak cintakan langsung. Aku beri kau masa tiga puluh hari untuk buktikan yang kau ni isteri aku. Sepanjang tempoh itu, kau akan tinggal dengan aku. Ingat, aku bebas nak buat apa pun, kau tak ada hak langsung dalam rumah tu. Dan kalau kau gagal, kau akan pergi dari hidup aku selama – lamanya dan jika benar kau tu isteri aku, aku akan ceraikan kau lepas kau lahirkan anak dalam kandungan kau tu. Ria, akan jadi isteri aku lepas tu. Kau setuju?” dengan bersahaja Megat Andrian berkata.

Semua yang berada di sana terpempan mendengar kata – kata kasar yang baru sahaja terbit daripada mulut lelaki itu. Makin berdarah hati Maya Ellisa mendengar butir bicara kasar Megat Andrian itu. Datuk Megat Amriz hanya mampu beristighfar dalam hati. Nasib baik anak sulungnya tiada di sini pada ketika ini. Jika tidak, pasti mulut Megat Andrian sudah dicilikan dengan cili padi!

“ Papa? Do I have my own house? Kalau tak ada, Rian nak mintak tolong papa tolong carikan rumah untuk Rian secepat mungkin.” sambung Megat Andrian lagi.

Datuk Megat Amriz menghela nafasnya dengan berat. Memang tiada sesiapa pun yang dapat mengubah keputusan yang sduah diambil oleh Megat Andrian, kerana dia cukup kenal dengan anak keduanya itu. Megat Andrian memang seorang yang keras kepala. Hanya seorang sahaja yang mampu membuatkan dia menukarkan fikirannya, orang itu ialah abangnya dan juga Maya Ellisa. Namun dalam keadaan genting begini, bolehkah sesiapa mengubah buah fikiran anaknya itu?

“ Sebenarnya, sebelum ni pun Rian memang tinggal dengan Maya dekat penthouse. Penthouse tu Rian yang beli, bukan papa. Kalau Rian nak tinggal kat sana dengan Maya, papa tak nak masuk campur hal suami isteri. Tapi papa cuma nak pesan, Maya tu macam anak papa sendiri. Dan kalau sesuatu berlaku pada dia, Rianlah orang pertama yang papa akan cari.” tegas kedengaran suara Datuk Megat Amriz.

“ Ye la... ye la... dan kau, tinggal dengan aku dekat penthouse yang papa cakap tu. Apa aku cakap, kau kena ikut. Faham?” soal Megat Andrian dengan panahan mata yang cukup tajam dihadiahkan buat Maya Ellisa.

“ Baiklah... kalau itu yang abang nak. Maya sanggup lakukan apa sahaja untuk abang, sebab Maya sayang sangat dekat abang.”

Mulai hari itu, Maya Ellisa telah bertekad, bahawa dia akan mengembalikan rasa cinta di hati Megat Andrian. Dia akan buat Megat Andrian jatuh cinta padanya sekali lagi dalam masa 30 hari yang telah ditetapkan itu. Hari itu menandakan bahawa perjuangannya sudah bermula.

Ya, perjuangan selama 30 hari untuk mencari kebahagiaan.


Slamat berbuka puasa semua! buat 10 hari terakhir bulan ramadhan ini, marilah sama2 kita beribadah dgn EKSTREM kepadaNYA. terima kasih, pada yg sudi lawat blog saye yg x seberapa ni. sila2 komen ye...

2 comments:

surat layang untukku:-)