My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 5


BAB 5

Aku memerhati keadaan di sekeliling aku. Asing, aneh. Aku berada di mana? Suatu persoalan yang bermain di benakku sejak aku melihat ramai orang berada di sebuah rumah. Tapi rumah ini tidak kelihatan seperti rumah aku. Tiba – tiba aku melihat seorang wanita tua berwajah Korea dan seorang lelaki tua berumur juga, tetapi lelaki ini nampak seperti mat saleh aje. Suami isteri kut?

“ Congratulations” kata kedua – duanya kepadaku lalu memberikanku senyuman yang sungguh manis. Congratulations? Untuk apa ni?! Mereka sambung lagi,

“ We hope that you can be a good wife and mother, which we are hoping soon. We love our son very much, and we were hoping that you can be there for him through hard and easy times.” Kata lelaki itu,mungkin bagi pihak isterinya. Aku dah kahwin? Ya Allah! Dengan siapa yang aku kahwin ni? Aku tak ada setuju apa pun? Mamat mana yang aku pergi tangkap ni?! Takkanlah lelaki Melayu dah pupus sampai aku kena cari orang asing nak dibuat suami?

Dari jauh, mataku tertancap pada sebuah susuk tubuh sasa dan tinggi lampai. Aku memang kes orang konek sikit, sebab itulah semua orang nampak tinggi di mata aku. Tapi mamat ni memang tinggi! Aku agak, mungkin inilah suami aku. Cinta mati kut? Sebab dia sanggup tukar agama nak kahwin dengan aku. Aku mula mengamati belakang tubuhnya. Tiba – tiba, dia menghadap aku dan memberikan aku sebuah senyuman yang menggoda. Pada mulanya aku was – was, tetapi.....

Mak! Itu... Itu.... Dennis Oh la! Aku nak terjun laut la macam ni. Suami aku Dennis Oh! Mak.... Siapa yang tak kenal dia? Model dan pelakon kacukan Korea – Amerika. Segaknya dia. Pakai baju Melayu putih yang tampak sungguh sempurna di tubuhnya. Kalau kahwin, mesti pakai songkok kan? Hmm.. comelnya dia pakai songkok lengkap bersamping hitam bersulamkan benang perak. Naluri wanita aku mula berkocak hebat!

Matanya redup memandangku. Dia sedang berjalan ke arahku. Senyuman masih tidak lekang dari bibirnya. Ish! Tak kering gusi ke senyum aje aku tengok dari tadi. Jantungku bagaikan hendak tercabut dengan renungannya yang memukau itu. Buat seketika, aku lupa akan orang di sekeliling aku.

Spontan dia mencium dahiku. Lama. Bibir seksinya itu terasa terketar – ketar. Mungkin juga gabra tak tentu hala macam aku kot? Okeylah tu, sama geng dengan aku. Aik? Kenapa dia senyum macam tu pada aku? Apa dia nak buat ni, aku pulak yang tak tentu hala. Sepantas kilat, dia mengucup bibirku. Aku terpanar. Lemah terasa lututku.

Malunya! Depan mak bapak dia pulak tu! Siap kau, aku ganyang mulut kau cukup – cukup! Di kala ini, aku tidak tahu reaksi apa yang harus aku tunjukkan.

“ Sweetheart, nak makan apa sayang? Dari tadi abang tengok, sayang tak makan pun.” Mahu sahaja gugur jantung aku. Dia panggil aku sayang la! Sweetheart pun ada! Cara panggilannya pada aku cukup menenangkan hati aku bagaikan mencurah air dingin atas kepalaku.

Satu aje yang aku pelik. Dennis Oh cakap Melayu? Ha! Ha! Ha! Lawaknya! Cakap Melayu pun mengalahkan orang yang dilahirkan Melayu. Pecah perut aku macam ni. Aku terkedu sebenarnya. Tidak tahu apa yang harus aku cakap. Tetapi mulutku sudah bergerak tanpa dapat aku kawalnya terlebih dahulu.

“ Rysha tak nak makan lagilah abang. Abang pergi makanlah dulu. Nanti Rysha join abang okey?” Aku berkata kepadanya seraya menunjuk ke arah khemah di luar. Ramai juga tetamu yang hadir. Tapi, aku bukannya kenal sesiapa pun. Mak dengan bapa mentua aku pun tadi aku tak kenal kalau bukan Dennis yang selamatkan aku.

“ Sayang, let's go. Temankan abang makan. Abang laparlah sayang.” Dennis sudah merengek seperti kanak – kanak sahaja aku tengok. Dia juga sedang bermain dengan wedding gown aku. Eh! Ini kan, wedding gown Kate Middleton? Agaknya aku ni keluarga pencuri kot... Nasib. …. Nasib. . …

“ Abang pergi dululah sayang. Rysha nak sembang dengan mummy and daddy kejap aje. I will join you shortly okay honey?” Sekali – sekala aku nak juga mengada – ngada dengan suami aku. Kenapa aku tolak pelawaan dia? Pelik sungguh aku tidak dapat mengawal percakapanku seperti biasa. Ah! Maunya aku tampar mulut aku ni.

Dennis sudah membuat puppy facenya. Comelnya... Silap hari bulan aku terkam dia! Astaghfirullahalazim... Apa yang aku mengarut ni?!

“ Sayang, abang nak sayang suapkan abang la. Tangan abang lenguhlah. Suap ya sayang? Jangan ingkar perintah suami tau...”

Aiseyh! Dah pandai main ugut – ugut pulak? Berjangkit dari siapa ni? Aku mengalah juga akhirnya. Macam budak – budak betul suami aku!

“ Okey. Jom, kita pergi sana, Rysha suapkan abang.”

Aku melangkah laju menuju ke arah khemah meninggalkan Dennis termangu sendirian. Aku buat tak endah sahaja. Nak makan kan? Meh sini, aku suap kau! Aku tersentak apabila aku terasa wedding gown ' curi ' aku ditarik dengan kuat. Woi, aku sayang la kat wedding gown ' curi ' ni! Siapa lagi yang tarik kalau bukan budak tu? Memang Dennis The Menace betullah!

“ Sayang, kita makan dekat bilik ajelah. Sayang tak tengok bilik kita lagi kan? Jomlah kita ambil makanan and makan aje dekat bilik”

Aku masih tidak dapat tangkap maksud tersirat suami aku tu.

“ Kat sini ajelah. Nanti bilik kotor la. Bau pulak tu. Tak sayang bilik ke honey” Dengan lurusnya aku menjawab.

Dennis menghampiriku. Segala organ aku sudah meminta tolong. Gabra sangat! Macam mana kalau dia buat lagi benda yang tak senonoh tu? Kali ini aku takkan teragak – agak nak tendang dia punya ' aset ' berharga.

“ Sayang ni blur sangat la. Rysha....” Suara Dennis yang membisik rapat di telingaku kedengaran sungguh menggoda. Iman kuat Qaireena Airysha!.

“ Yes?” aku menelan air liur. Kini, aku sudah dapat mengagak apa yang akan dikatakannya.

“ Jom naik bilik. Tak payah makan. Abang kenyang tengok Rysha sahaja. Lagipun, mummy dah minta cucu. Kita sebagai anak kenalah tunaikan hasrat mereka kan?” Romantiknya laki aku. Gatal terlebih pun ada.

Amboi! Baru kahwin dah minta anak? Aku tak kisah sangat, tapi baru beberapa jam kahwin dah nak kena buat anak? Apa punya laki la ni?! Gelojoh betul!

Aku hanya mengikut Dennis naik ke bilik. Macam mana aku tak boleh nak ikut kalau yang budak ni pegang baju aku? Kang koyak nanti baru tahu. Tak hingin aku baju koyak, walaupun baju
curi.... he..he....

Aku termangu sendirian dalam bilik Dennis yang besar ni. Aku mana tau bab yang ini semua? Aku baru sahaja graduate, sekarang nak kena mulakan keluarga. Lajunya perjalanan hidup aku! Dennis seperti terperasan kemanguan aku, terus maju ke arahku. Ah sudah! Apa lagi dia nak buat? Dennis tersenyum melihat kekagetan aku! Hampeh punya budak hencem!

Tiba – tiba, segalanya menjadi gelap. Apabila aku membuka mata, aku sudah berada di tempat yang bercat putih. Perutku besar dan sangat – sangat memboyot ke hadapan. Apa lagi ni? Aku mengandung dan sekarang aku bakal melahirkan anak. Anak aku dengan Dennis Oh!

“ Push sayang! Push! Do this for our baby!” Dennis memberikan aku kata – kata semangat. Aku dahlah tidak ada sebarang pengalaman, tapi aku tengok dalam tv selalu kata push, aku pun push jugak. Yang pelik bin ajaibnya, aku tidak merasakan walau sebesar hama pun kesakitan. Sedangkan aku tahu betapa peritnya bagi seorang ibu untuk membawa sebuah nyawa ke dunia ini.

“ Ahh!!” suara nyaring aku bergemang dalam wad bersalin itu.

Tiba – tiba, tiada angin, tiada ribut,

EVIL ! ! ! EVIL ! ! ! Nada dering itu khas aku tetapkan untuk Afifah. Aduh! Kacau daun betullah minah laser ni! Kalau tak, mesti aku sempat menatap muka Dennis Oh junior aku. Perbezaannya hanyalah beberapa saat sahaja!

Kenapa dia telefon aku pagi – pagi ni? Alamak! Bukan pagi la, 5 minit lagi nak masuk pukul 12. Lamanya aku tidur! Nasib baik Afifah telefon aku. Kalau tidak, sampai subuh hari berikutnya aku tak boleh nak bangun. Buruk betul perangai aku!.

Tanpa teragak – agak lagi, aku terus menyentuh punat hijau di iPhone aku. iPhone aku memang aku bagi layanan first class. Sampai sekarang, masih berkilat macam aku baru beli semalam. Aku pantang kalau ada iPhone baru keluar pasaran. Akulah orang pertama yang akan cedok benda itu!.

“ Assalamualaikum.” Suaranya kedengaran lembut menyapaku. Sejak bila Afifah tersayangku jadi baik macam ni?

“ Waalaikumussalam- warah- ma- tullah-hi- wa- ba- ra- ka- tuh!” Sengaja aku membuat nada budak darjah satu memberi salam. Tapikan, kalau kita jawab salam panjang, pahala yang diperoleh pun lebih. Tak jawab salam, berdosa. Aku tak mahu berat mulut. Tak hingin aku nak tambah dosa!.

“ Tengah tido ke?” Soal Afifah yang kedengaran seperti penyiasat bersendirian tak bertauliah. Apehal dengan minah ni? Macam tak tahu pula yang aku sememangnya bangun lambat.

“ Aku macam kau tak kenal. Kalau kau tak telefon, dah sah – sahlah aku sambung sweet dream aku tau! Kacau ranting kayu betullah kau ni!” Rungutku dalam nada malas. Aku tidak bermaksud pun nak buat begitu. Cuma aku sudah lama tidak menyakat kakak angkat aku ni. Baru seminggu aje dah rindu peringkat gaban!

“ Maaf. Nanti ajelah aku calling – calling kau.” Suaranya kedengaran sedikit mengendur. Aku kenal nada suara dia lah. Macam ada masalah aje budak ni..

“ Laa.... jangan terasa. Sejak bila kau jadi skema? Agak – agak kau pakai kaca mata yang
besar bebenor tu tak? Mesti kau nampak lagi comel kan?” Gurauku. Aku cuba ceriakan suasana. Aku tidak tahu menahu pula lawak bodoh aku akan menjadi pada kali ini. Aku juga cuba
mengurangkan rasa risau yang semakin bersarang dalam diri aku. Hairan juga tiba – tiba dia call.

“ Hmm....” Jawabnya hambar.

“ Afifah Athelia, aku kenal kau la . . . .. Aku bukan pakar sakit jiwa tetapi aku tahu kau ni
tengah sakit jiwa kan? Paling dekat pun mungkin kau ni sakit hati. Dengan siapa eh? Cuba cerita sikit pada aku..... Sharing is caring tau...” Aku cuba memujuknya.

Ish... Kawan aku yang bernama Airysha ni kalau tak pandai satu hari, hari lain mulalah perangai bendul dia yang kadang – kadang over! Bendul tu bukan bendul sikit, tapi bendul stail kaw – kaw punya. Kiranya bendul peringkat kritikal ni! Afifah bermonolog kepada dirinya sendiri. Sempat bermonolog lagi tu sebelum memulakan bicaranya. Aisey! Dah macam Bicara Hati la pulak!

“ Aku nak tanya kau sikit boleh tak?” soal Afifah dalam nada ragu – ragu. Takut minah bendul Qaireena Airysha ni terkejut sampai kena heart attack. Astaghfirullah! Tak baik aku mintak kawan aku macam tu.

“ Jangan buat saspen. Sebab tak bunyi macam saspen pon... Tanya ajelah!” selamba aku berkata – kata.

“ Umm. . … Kau nak kerja tak? Atau kau dah pun ada kerja?”

“ Aku? Aku masih penganggur setia. La.... Mestilah aku menganggur kalau kerja aku yang
asal ni pun tidur 24 jam, berangan tak habis – habis. Boleh jugak kalau kau nak aku kerja buat sementara waktu. Lagipun aku plan nak sambung buat Ph.d.. Kerja sekali dengan kau kan? Kerja tu ada kat mana? Kerja apa tuh? Huhu.... Tak sabarnya aku.” sekali dengar dah macam machine gun!

“ Woi perempuan! Slow la sikit. Gelojoh betul la kau ni. Macam ni, kerja dekat KL la, takkan dekat Afrika kot? Yes, aku pun kerja kat sana. Kerja tu.....” ragu – ragu kedengaran suaranya. Tak berani nak cakap perkara yang sebenar kepada Airysha. Bukan apa, risau jugak kalau dia gelak sampai tak sedar diri!

Afifah ni kalau nak cakap, cakap ajelah! Tak payah nak buat macam Aznil waktu nak umumkan peserta tersingkir Akademi Fantasia tu.. Ha! Ha! Ha! Aku tak boleh nak bayangkan kalau Afifah jadi Aznil Hj. Nawawi. Lawaknya! Kalau dia tahu aku bayangkan dia sebagai Aznil, memang sengaja aku cari pasal dengan Big Show ni!

“ Helo cik akak, tak sayang kredit ke?” aku mengingatkannya sebab lama sangat nak jawab soalan 'cepumas' aku tu!

“ Owh... Oh.... Kerja mengajar budak tadika. Cikgu la tu. Nak ke? Ada tempat... oh sori, kerja kosong. Bos aku suruh cari orang. Aku apa lagi? Nama kau seorang yang keluar kat kepala otak aku.” habis semua perkataan disemburnya dalam nada kalut. Takut kredit kong la tu. Orang sayang kredit la katakan....

“ Kau ni kan graduate 1st Class Honours Degree. Takkan kerja terbaik kau dapat kat tadika kot? Aku tak faham la... Cerita sikit kat aku kenapa kau sangkut dengan budak – budak? Jangan – jangan..... pembawa budak tak?” Aku bingung betullah. Minah ni pun satu, kerja kat tadika? Dari
pandangan profesional aku, aku rasa dia terdesak nak main dengan budak – budak kot....

“ Buat masa ni aku tak dapat cari lagi kerja betul aku. Aku pun bukan nak sambung buat Ph.d. macam kau. Sementara waktu ni, aku ajarlah budak – budak tadika tu. Mak aku sakit la. Bapa aku mana mampu nak tanggung kos perubatan mak aku seorang? Aku kan anak tunggal, bukan macam kau, ada adik, bapa doktor, duduk rumah banglo. No need to worry anything la... Aku faham kalau kau tak nak kerja kat sana.

Ya la kan, buat rendah martabat anak doktor aje. Aku cuma nak cakap apa yang bos aku suruh aku buat.” Sayu kedengaran suaranya. Mungkin juga Afifah tengah menangis. Aku tak tahu. Tapi dia macam serius aje! Aku setiakawan, kena tolong jugak!

“ Woi perempuan! Bila masanya aku cakap yang aku tak nak kerja kat sana? Jangan buat cerita Doraemon boleh tak?! Okey macam ni, aku kerja sekali dengan kau okey? Korek telinga tu betul – betul!”

“ Aku.....”

“ Cop! Kerja dengan sweetheart aku? Siapa tak nak? Kau gila? Apa kata, masa aku datang KL nanti, aku bawak ayah aku untuk rawat mak kau. Free of charge! Jangan risau okey? Nanti kalau kau jadi botak fikirkan pasal banyak benda jangan salahkan aku tau.” Aku cuba menyedapkan hati Afifah yang aku sendiri tidak tahu keadaannya sekarang. Sudahlah aku memotong percakapannya tadi! Apa punya jenis kawan la aku ni?!

“ Tak payah la nak heret ayah kau sekali. Doktor dah check mak aku cuma aku perlukan duit nak beli ubat dia yang mahal tu. Eloklah kau kerja dengan aku. Tak adalah aku duduk sorang – sorang! Eh, Rysha, kau tahu tak doktor yang check mak aku tu handsome giler. Cair aku tengok!” suaranya kembali bernada ceria. Sempat lagi belek muka doktor tu. Memang tak patut betul Afifah ni. Buat malu doktor tu aje kalau dia ada jerawat macam volcano kat atas batang hidung dia!

Aku mendapat idea bernas untuk mengusik minah ni. Selalu aje dia yang usik aku, kini giliran aku pula nak mengusik dia! Oh... Tak nak aku bawa ayah aku ye?....

“ Ayah aku tak mengurat mak kau la. Tak hingin pun! Baru aku tahu kenapa kau tak senang duduk sejak tadi. Rupanya kau takut aku jadi adik tiri kau!” bom!!! Aku sudah meledakkan bom!

Ketawa sudah tidak dapat aku tahan lagi. Aku bergolek – golek atas katil aku sambil melekapkan iPhone aku ke telinga aku. Aku memang ganas sikit!

“ Gelak tu berpada – padalah. Ini tidak, nama aje perempuan tapi mengalahkan langsuir mengilai!”

Ish... Tak sopan betul kawan aku ni. Agaknya laki dia pun cabut lari kalau dah dapat bini macam Airysha ni. Nasib... Nasib......

“ Eh, aku kerja ni pun bersyarat tau. Syarat pertama dah pun kau tolak iaitu rawatan free. Syarat kedua mesti dipenuhi. Okey tak?” Aku sudah mempunyai rencana aku tersendiri.

“ Apa syaratnya? Kau nak kerja banyak masalah betullah. Cepat cakap, kang kredit aku habis, kau beli kad top up baru untuk aku. Dahlah kau guna Celcom! Menyusahakan larh...” rungut Afifah sendirian. Kang tak pasal – pasal kredit aku kong jugak hari ni. Tak apa, demi minah bendul kesayangan aku, it's okay!

“ Aku kerja pun untuk empat bulan aje tau. Lepas tu aku nak blah dah. So, berapa gajinya?”

“ RM 1200. Aku rasa okey apa....”

“ Oi... Aku belum cakap apa pun lagi. Dengar! Syarat keduanya ialah dari RM 1200 tu, RM 600 bagi dekat mak kau. Kau jangan kebas pula tau. Kalau tak mahu terima, aku pun tak mau kerja dengan kau!”

He..... He..... Sekali – sekala aku suka mengugut Afifah. Aku dapat rasakan rancangan aku akan berjaya. Nak berjaya... Akan berjaya.... Kejayaan dapat aku rasakan 'berenang' ke arahku. Cewah! Boleh jadi novelis kalau macam ni!

“ Ya la... Ya la... Tapikan, kau tak nak guna ke duit tu? Nak berdikari ke?” soal Afifah. Macam interrogator la pulak. Boleh jadi Afifah a.k.a Horatio Caine.

“ Aku tak berapa nak guna duit tu lagi. Aku rasa RM 600 cukup untuk aku. Aku berdikari full time masa aku dapat kerja betul aku. Sekarang berdikari part time dulu lah. Mungkin jugak kau nak lepas gian beli novel cinta. Dah lama aku tak layan tau!”

Aku dah siap buat plan masa depan dah. Aku ni ada bakat nak jadi wedding planner jugak tau!

“ Okeih. Bereih ja! Bye. Tak sabaq aku nak jumpa hang kat KL. Aku tunggu hang tau! Assalamualaikum.” Afifah kalau cakap Penang, gaya pun dengar macam dia tengah mencarut. Orang waras pun boleh jadi gila wo! Cakap serupa tak bikin! Ayoyo kadawale... apa mau jadi ni?!

“ Waalaikumsalam”

Aku sudah mengantuk peringkat antarabangsa. Aku merebahkan kepala aku ke bantalku lalu mendakap erat bantal busyuk aku. Sudah beberapa kali ibu nyaris buang tau. Nasib baik aku sempat selamatkan buah hati pengarang jiwa aku sampai aku heret 'dia' ke US. Tapi bukankah sekarang dah waktu tengah hari? Aku masih ' jet lag ' kot....

Alamak! Ibu ajak aku pergi shopping di Queensbay Mall nanti. Aku ikut ajelah. Aku nak belanja ibu aku makan aiskrim Haagen Dazs. Mahu juga aku membodek ibu supaya membenarkan aku bekerja di KL dengan minah laser tu. Aku juga akan menerangkan tujuan sebenarnya aku bekerja di sana. Salah satunya ialah nak tolong mak Afifah. Aku kan masyarakat penyayang sikit?

SENARAI SHOPPING DI QUEENSBAY MALL:

  1. Novel cinta Melayu ~ supply nak pergi KL nanti. Nak juga lepas gian!
  2. Veet ~ aku sememangnya tidak mahu kelihatan seperti orang utan.
  3. Handbag ~ lawa punya la! Aku ingat nak beli Coach. Yang ringkas dan cute ajelah. Ibu mengamuk pula kalau aku dikatakannya membazir.
  4. Alat tulis ~ aku ni kan bakal Guru Cemerlang Malaya!
  5. Pencuci muka Olay ~ jenama setiaku.
  6. Perfume ~ aku nak beli jenama apa eh? Aku kalau boleh nak pakai yang koman aje, tapi kalau koman tak tahan lama la pula. Kalau aku malas nak cuci baju, boleh aku guna perfume mahal nak tutup bau segala mak nenek yang ada. Aku suka Nina Ricci dengan Midnight Fantasy by Britney Spears. Mungkin juga aku beli kedua – duanya. Justin Bieber? Sorrylah, tapi aku bukan jenis baby, baby, baby ooohhh.....



AKU berada di sisi ibu tersayangku dalam kereta Honda Accordku. Bukan aku punya tetapi ibu punya. Aku tak mampu nak beli kereta itu lagi. Aku sedang asyik menikmati pemandangan di luar tanpa sedikitpun menghiraukan kedinginan penghawa dingin yang seudah membuatkan hidung aku sedikit kemerahan.

Hah! Aku lupa nak beritahu bahawa ayah aku belikan aku Volkswagen Beetle berwarna kuning. Comel sahaja aku lihat kereta pertamaku. Aku janji akan jaga kereta aku itu sepenuh hati aku. Sebenarnya, ayah berkata kereta itu hadiah untukku kerana aku telah berjaya menggenggam segulung ijazah dan juga dinamakan sebagai Student Of The Year. Kiranya memang berbaloi aku belajar sungguh – sungguh.

Macam mana pula aku hendak membawa Beetle comel aku ke KL nanti? Nanti aku suruh ayah aku uruskan ajelah. Tak pun aku kargokan kereta aku tu sampai KL. Tak sabar aku nak eksyen dekat minah laser tu! Mesti dia suka sebab dia ni kalau nampak kereta, kalau boleh satu dunia dia nak pusing!

Adeh! Aku dah berangan nak pergi KL padahal sepatah perkataan pun aku belum suarakan kepada ibuku.

Lagu My Heart Will Go On nyanyian Celine Dion berkumandang memenuhi ruang kereta.

Every night in my dreams
I see you. I feel you.
That is how I know you go on.

Far across the distance
And spaces between us
You have come to show you go on.

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

Love can touch us one time
And last for a lifetime
And never let go till we're gone

Love was when I loved you
One true time I hold to
In my life we'll always go on

Near, far, wherever you are
I believe that the heart does go on
Once more you open the door
And you're here in my heart
And my heart will go on and on

You're here, there's nothing I fear,
And I know that my heart will go on
We'll stay forever this way
You are safe in my heart
And my heart will go on and on

Celine DionMy Heart Will Go On

Serta – merta ingatanku kembali pada zaman aku kemaruk novel cinta. Bukan apa, aku cuma ketagih dalam bab cintan – cintun ni dalam usia aku yang menjangkau 15 tahun. Baru hendak melangkah ke alam dewasa, mestilah rasa ingin tahu itu membuak. Aku ingin tahu bagaimana rasanya untuk dicintai dan mencintai orang yang amat kita sayangi. Terus – terang aku cakap, perasaan itu sungguh indah dan memang tidak dapat dinafikan.

Bagiku, rasa cinta itu biarlah apabila aku melangkah ke alam perkahwinan. Lagipun, cinta selepas kahwin tu kan lebih banyak nikmatnya?! He... he.....

Cukuplah aku berangan. Tak puas aku berangan lagi, dah sampai Queesbay Mall. Aku melangkah masuk pintu utamanya. Mataku tidak berkelip memerhati keadaan di sekeliling. Sudah lama rasanya aku tidak menjejakkan kaki ke sini. Ibu seperti sudah dapat meneka 'angin jakun' aku. Namun, tidak pula ibu marah! Rasanya, ibu pun memahami perasaan aku.

Destinasi pertama aku, aku menuju ke Switch. Kedai komputer yang menjual barangan komputer berjenama Apple. Aku ke sini untuk menghantar laptop MacBook Air kepunyaanku untuk diupdatekan. Ada ke perkataan tu? Suka hati aku aje merosakkan bahasa.

Aku juga menghantar iPhone aku, juga untuk tujuan yang sama. Nak pergi KL, semuanya mestilah latest! Sekarang, aku nak shopping! Kejap lagi aku akan datang ambil segala menda tu.

Aku menggunakan eskalator untuk turun ke tingkat bawah. Terdapat medan selera di North Zone. Aku terus menuju ke South Zone. Di situlah aku akan jumpa ' syurga ' aku, Popular Bookstore!

“ Ibu, ibu! Rysha nak beli novel boleh tak?” tanyaku kepada ibu. Aku masih lagi memegang erat lengan ibu. Tak mahu aku kehilangan ibu kerana ibu mudah sangat terbawa – bawa dengan barang – barang yang dijual di sini.

Alamak! Kenapa ibu buat muka macam ni? Gerunlah aku tengok gaya ibu yang mengerutkan dahinya sambil bermain – main dengan bibirnya seperti hendak berkata sesuatu.

“ Ambiklah! Hang macam tak biasa pulak nak amik novel. Dulu bukan main lagi memborong segala novel yang ada. Pasai apa hang jadi baek semacam ni?!”

Rupa – rupanya ibu sebenarnya ragu – ragu dengan tindakanku yang baik semacam tiba- tiba ini. Kena jadi baik kan kalau tujuan sebenar nak membodeks? Takut juga jika ibu dapat menghidu udang di sebalik mi aku. aku hanya mampu tersengih menampakkan barisan gigi yang putih bersih.

“ Pasai pa hang sengih – sengih camtu? Tutup mulut tu! Haa.... Ni mesti ada apa – apa kan?” ibu mendugaku sambil mengecilkan matanya.

“ Eh, mana ada apa – apa ibu. Rysha cuma rindu lama tak jumpa ibu.” aku apa lagi? Cover linelah!

“ Pi amik novel cepat. Kata nak shopping. Cepat sikit. Tangan ibu dah gatai ni...” ibu sudah menggaru – garu tangannya sambil membuat gaya orang menguap. Cis! Ibu perli aku! Ibu ni, kalau ya pun nak buat lawak, jangan sampai jadi joker. Tapi tidak mengapa. Aku tak rasa pun malu pun walaupun ibu membuat gaya orang utan mengganas tengah – tengah Popular! Rysha sayang iboooo!




AKU mengheret kaki aku mengelilingi Jusco. Rasa seperti hendak tercabut sahaja kaki aku ni. Pantang sungguh ibu nampak satu barang, mesti hendak diambilnya! Demi ibu tersayang, aku sanggup menyeret kaki aku demi ibu tersayang. Ehem... walaupun aku akan kelihatan seperti Suster Ngesot! Eii... takut aku! Bukan takut, tapi gerun sebab muka dia nampak macam baru kena langgar lori aje...
Mataku tertancap pada sebuah baby stroller yang sungguh cantik dan comel. Mataku tidak berkelip memandangnya. Terdapat renda putih di sekelilingnya. Awww... mesti comel kalau anak aku pakai benda tu kan? Niat baru aku, aku nak beli baby stroller yang macam tu. Tak kisahlah kalau harga dia pun lawa macam benda dia. Asalkan anak aku selesa, aku sanggup!
Lamanya ibu aku shopping. Bilalah aku nak beritahu ibu pasal berita keramat tu? Aku mendekati ibu dan memaut lengannya, manja. Aku cuba menguatkan semangatku untuk beritahu ibuku tentang hal sebesar itu. Aku tahu amat sukar untuk ibu melepaskanku buat kali kedua. Pertama kali, ketika aku berangkat ke US. Modus operandi aku pada kali ini adalah untuk membawa ibu ke Haagen Dazs, kedai aiskrim kegemaran ibu. Di situlah aku akan menceritakan segalanya kepada ibu.

“ Ibu, jomlah ikut Rysha pergi Haagen Dazs. Rysha tengah ada mood nak belanja ni ibu. Nanti kalau lambat tak pasal – pasal ibu pulak yang kena belanja Rysha. Jomlah bu....” aku merayu sepenuh hati kepada ibu,mengharapakan ibu supaya setuju akan rancanganku ini.
“ Hmm.. okey sayang.”

Senyuman manis terukir di bibir mungilku. Yes! Inilah masanya!

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)