My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 4


BAB 4

Kedengaran bunyi lif berhenti. Alamak! Mummy dah mari!. Tok....Tok... Tok.... Bunyi ketukan di pintu itu amat membingitkan. Mummy ni,sengaja tak nak bagi aku tidur la tu. Mummy dengan Kak Hanie sama spesies! Mesti kena bangun awal. Aku tak faham betullah.

Buat apa bangun pagi – pagi? Tak berfaedah langsung sebab dua – dua orang kerja asyik melayan drama Korea. Yang aku? Sepatah apa pun aku tak faham dalam bahasa Korea. Buat serabut kepala aje nak belajar bahasa baru. Tidur lagi best!

Tengku Danial Mukhriz menyelimuti selimut tebal kembali ke muka tampannya. Isy... Perasan betul la mamat kasanova ni!

Tok! Tok! Tok! Kali ini pintu dibuka. Nasib baik pintu mahal, kalau tak dah lama roboh. Mana tak roboh kalau si ibu tiap – tiap hari kena kejut si anak teruna membujang ni? Nasib badan Puan Sri Arelia...

“ Danny sayang, bangun tidur.. Nak pergi kerja dah ni. Nanti lambat masuk ofis pulak.” Budak ni boleh buat tak tau? Telinga tersumbat ke apa?! Apa pun anak aku juga kan..
“ Danny tak mau dengar cakap mummy nanti tak cium bau syurga... Jangan salahkan mummy tau..” Yes! Taktik ini tak pernah mengecewakan hati seorang ibu. Siapa yang tak takut mengenai balasan syurga neraka? Ketaq lutut larh!!

Tengku Danial Mukhriz sudah duduk bersila atas katilnya yang bersaiz king. Nampak pun tahu, katil tebal macam tu siapa yang tak lena diulit mimpi indah? Tambah – tambah pula dengan mamat kasanova macam sekor ni. Tiap – tiap malam mimpi aweks dia la tu!

Mummy ni macam tahu – tahu aje aku ni penakut nombor satu bab – bab ni. Seram sejuk dibuatnya!

“ Mummy..... Danny nak tidur kejap la. Mengantuk sangat.” kata Tengku Danial Mukhriz sambil menguap. Memang pun aku mengantuk sebab semalam aku layan aweks aku lebih masa sikit. Kena layan lama sikit sebab aku kan baru balik dari London, mesti all the girls rindu kat aku. Sukanya bila ada orang minat kita. Tapi dalam kes aku, ramai orang yang minat aku. Kegembiraan mesti berganda. Ha! Ha! Ha!

“ Berapa kali mummy nak cakap jangan layan perempuan la. Buat tambah dosa aje. Tak pun, sekurang – kurangnya jagalah reputasi sebagai CEO syarikat. Bila Danny nak kahwin? Nak tunggu Kak Hanie beranak sedozen baru nak kahwin?” Hamek kau! Queen Arelia dah mengamuk!

Bukannya Queen Arelia opss..... Puan Sri Arelia bukannya tidak tahu anaknya bermesej dengan kawan – kawan perempuannya sehingga larut malam. Yang perempuan – perempuan ni pun satu, tak ada kerja lain ke selain berkepit dengan anak aku? Aku tahu la apa niat sebenar kau orang semua. Nak harap saja kikis duit anak aku. Nasib baik anak aku kena sesi ceramah tiap – tiap pagi dengan aku. Biarlah si Danial ni ada bini. Senang sikit kerja aku. Bolehlah bini dia berleter kat dia tiap – tiap pagi!

Masalahnya,budak ni pun tak mahu kahwin. Kononnya putus cinta pertama, terus frust menonggeng!

“ Mummy, Danny baru umur 28. Muda lagi tau anak mummy ni. Lebih – lebih lagi dengan muka Danny yang handsome ni. Perempuan mana yang pandang, terus cair! Petik jari sahaja, semua beratur nak kahwin dengan Danny.” Selamba Tengku Danial Mukhriz berkata seraya mendabik dadanya yang bidang dan sasa itu. Dia tidak memakai baju. Sebaliknya hanya memakai seluar
pendek. Seksinya! Pengsan la bini dia kalau macam ni! Mana nak tahan gelodak perasaan?!

“ Tua bangka baru nak kahwin? Mummy tak kisah! Tahun ni juga Danny kena kahwin. Tak larat mummy kena kejut Danny tiap – tiap pagi. Dahlah bilik atas sekali, tak larat nak naik!”

“ Takkan mummy tak larat. Danny tengok mummy tak naik tangga pun, asyik naik lif...”

Puan Sri Arelia sudah menjegil pada anak lelaki tunggalnya itu. Sayangnya sungguh mendalam terhadap Tengku Danial Mukhriz. Lebih – lebih lagi anak bongsu kan...

Tengku Danial Mukhriz meramas rambutnya yang berwarna hitam keperangan. Lebih kepada warna brunette. Fuh! Handsomenya! Aww...Primoroso! Lalu dia memeluk tubuh ibunya yang sedang duduk di birai katilnya. Anak manjalah katakan...

Primoroso = comel ( bahasa Sepanyol)

“ Nantilah Danny kahwin mummy.. Buat masa terdekat ini, Danny belum bersedia lagi. Kalau Danny dah jumpa my true eternal love, Danny inform terus kat mummy okey? Promise!” Bersungguh – sungguh Tengku Danial Mukhriz menyakinkan mummynya. Susah wo nak buat mummy si Danial ni setuju!

Ayoyo...What's wrong with mummy? Danny nak enjoy life dulu la. Kalau kahwin nanti banyak tanggungjawab. Kena bagi nafkah zahir dan batin lagi. Bab nafkah batin he...he...he... Yang tu aku dengan senang hati boleh bagi. Lagi seronok adalah! Astaghfirullahalazim... apa yang aku cakap ni? Yang ni kan hukum yang ditetapkan Allah sejak azali lagi? Celopar betul mulut aku. Sedar juga diri tu...

Luahan hati Tengku Danial Mukriz yang hanya mampu dipendam dalam hati. Kalau cakap secara terus – terang, Taufan Katrina melanda! Alamatnya singa betina mengamuk sudah! Puan Sri Arelia hanya menggelengkan kepalanya.

“ Hmm... bersiap cepat tau Danny. Takut lambat masuk ofis pulak.”

Baru sahaja dia hendak melangkah keluar menuju ke lif, Tengku Danial Mukhriz bersuara,

“ Mummy! Danny kan bos kat sana? Danny boleh masuk lambat la..” kata – katanya itu hanya berbaur usikan. Tengku Danial Mukhriz tersengih. Macam kerang busuk aje sekali tengok. Dua kali tengok, mahu sahaja luruh jantung ini! Mak... Comel gila senyuman dia. Boleh masuk Tanjung Rambutan kalau tiap – tiap hari macam ni!

Hati Puan Sri Arelia dipagut sayu apabila ingatannya kembali pada insan yang amat dicintainya setulus hati. Siapa lagi kalau bukan Tan Sri Danish Muzaffar, suami yang penyayang dan tidak mungkin sesiapa yang berjaya menakluk ruang di hatinya itu melainkannya. Dua tahun lepas, suatu kejadian yang tidak diingini telah menimpa keluarga mereka.

Tan Sri Danish Muzaffar telah berangkat ke Paris atas urusan bisnes. Walaupun ditegah keras oleh isterinya, namun dia harus melaksanakan tugas yang telah diamanahakan kepadanya segalanya hanya untuk menyara keluarga tersayang. Puan Sri Arelia terpaksa merelakan pemergian suaminya ke Paris. Pada masa yang sama, hatinya sudah berasa tidak sedap hati. Rasa bimbangnya kian menguasai nalurinya sebagai seorang isteri. Dia seperti dapat merasakan sesuatu yang buruk bakal menimpa suaminya itu.

Namun segalanya sudah terlambat. Tika dia hendak menelefon suaminya, dia terlebih dahulu menerima panggilan mengatakan bahawa suaminya itu telah pulang ke pangkuan – Nya buat selama – lamanya akibat diserang serangan jantung. Namun apakan dayanya, dia tetap harus meneruskan kehidupannya demi anak – anaknya, Tengku Hanie Sofea dan Tengku Danial Mukhriz. Hanya memori manis bersama suaminya dapat mengubati rasa rindu yang kian menggunung dalam sanubarinya.

Rasa cinta terhadap suaminya itu tidak pernah padam walau sesaat pun. Suaminya ialah seorang yang sangat mementingkan kesempurnaan. Sejak kejadian malang yang menimpa keluarga mereka, Tengku Danial Mukhriz menjadi sandaran utama dan memegang jawatan sebagai CEO syarikat keluarga mereka, TDD Holdings SDN. BHD.

“ Mummy harap sangat Danny dapat jadi macam arwah daddy. Jangan ambil urusan kerja ini remeh – temeh. Pastinya arwah daddy akan sungguh kecewa kalau dia tahu Danny cakap macam ni. Danny seorang sahaja harapan kami berdua. Tolong jangan memusnahkan harapan kami.”

Puan Sri Arelia pantas menyeka air mata yang hendak gugur. Dia tahu dia harus kuat menempuh dugaan hidup demi orang yang amat disayanginya.

Alamak! Aku dah bagi mummy sedih la! Mulut aku ni memang tak boleh duduk diam.
Macam mana ni? Parah... parah...

“ Danny minta maaf mummy. Danny tak akan buat macam tu lagi. Danny janji tak sesekali akan mengecewakan insan yang paling Danny sayang. Danny sayang sangat mummy and arwah daddy.”

“ Hmm...okey.”

Puan Sri Arelia terus meninggalkan Tengku Danial Mukhriz termangu sendirian. Dia faham bahawa itu isyaratnya untuk bersiap. Lantas dia bangkit dari katilnya dan menuju ke bilik air.

Pakaiannya sudah dilucutkan daripada tubuh sasanya. Tengku Danial Mukhriz berdiri di bawah pancutan air sejuk yang segar. Begitu serabutnya kepalanya itu. Apalah yang akan terjadi kepada aku jika aku berumahtangga? Lagi serabut lah kepala aku! Getus hati Tengku Danial Mukhriz.

Mula – mula , dia menyapu syampu ke rambutnya yang basah itu. Bukan sebarang syampu, tapi Carrie Junior! Bau strawberry pula tu! Selepas itu, dia . . . . . . . Isy! Takkan nak cerita kot? Mandi lah!

Sejurus selepas dia keluar dari bilik air, fuh! Harum semerbak! Pengsan perempuan yang ada 1 kilometer jauh jaraknya. Ruang bilik Tengku Danial Mukhriz kini dipenuhi dengan aroma strawberry yang menusuk hidung. Dia sudah menyarungkan kot hitam Dunhill dengan kemeja berwarna biru gelap lengkap bertali leher. Cermin mata ' gerhana 'nya diambil dan disangkutkan pada kolar bajunya. Rambutnya hanya disisir menggunakan tangan, sudah elok begitu sahaja. Siap! Lantas dia menuju ke lif dan menekan punat lif menuju ke ruang tamu di bawah. Hmmm... Agaknya mamat ni tak ingat ' aset ' berharga dia la tu.

“ Kak , mana mummy?” Tengku Danial Mukhriz bertanya kepada kakaknya apabila matanya tertancap pada tubuh mengandung kakaknya. Dalam masa 2 minggu lagi, kakaknya itu bakal melahirkan anak sulungnya. Sudah disahkan bahawa anak yang bakal dilahirkan itu ialah bayi lelaki. Namanya? Muhammad Irfan Zafriel. Dipilih sendiri olehnya bersama – sama suami terchenta!

“ Mummy tengah bersiap. Nanti mummy dengan Kak Hanie nak pergi shopping barangan baby. Kenapa? Jeles ke mummy nak keluar dengan Kak Hanie?” Sengaja Tengku Hanie Sofea menduga adik kesayangannya itu.

“ Mana ada! Kenapa pula nak jeles? Tak ada sebab pun...”

“ Hmm... Manalah tahu ada orang tu kan teringin nak beli barangan baby jugak..” Seronok juga dapat usik adik aku. Tapi yang tak bestnya, dia dah tak menggelabah macam dulu lagi. Kan best kalau dia ni masih budak – budak lagi.

“ Eleh, tak heran pun lah kak. Nanti Danny ada baby sendiri, Danny pula pergi shopping dengan mummy. Kak tunggu ajelah. Tengok – tengok, akak yang cemburu!”

“ Cakap aje lebih Danny tu. Kahwin dulu baru cakap pasal baby. Ini, belum apa – apa lagi dah berangan jauh!” Adik aku ni memang kuat berangan. Cakap tu memang senang, bila nak buat tu semua jadi payah.

Tengku Hanie Sofea mula mengerutkan dahinya. Yang si adik tu pula tengah bingung kakaknya berkerut dahi secara tiba – tiba. Kakak aku nak bersalin ke? Takkanlah baru 8 bulan lebih baby dah tak sabar nak keluar?

“ Kak , cakap jangan sembarangan tau. Nak kahwin senang aje, petik jari, dapat bini! Itulah tuahnya kalau muka dah handsome macam ni.”

Tengku Hanie Sofea sudah membuat gaya orang muntah – muntah. Ceh! Perasan betul budak ni. Tapi memang pun dia handsome. Kalaulah dia bukan adik aku, dah lama aku rembat dia!

Tengku Danial Mukhriz mendapat satu idea nakal untuk mengusik kakaknya. Just wait and see. Belum sempat dia hendak berkata apa – apa, Tengku Hanie Sofea sudah mencelah.

“ Danny, you didn't forget anything didn't you?”

“ What? Oh! You are gonna finally admit that I' m goodlooking?”

Belum apa – apa lagi adik aku dah buat hal. Tak habis – habis dengan muka dia. Macamlah aku heran sangat!

“ No! Jangan perasanlah. Are you sure?” Tengku Hanie Sofea mula berteka – teki dengan adiknya.

“ Kak, tolonglah. I' m late. Cepatlah, apa yang Danny lupa?” Lebih baik bertanya daripada terus berdiam diri.

“ Giorgio......” Belum sempat Tengku Hanie Sofea menghabiskan ayatnya, Tengku Danial Mukhriz sudah meluru ke lif untuk naik ke biliknya. Tingkat empat kan, mampuslah dia kalau nak naik tangga tiap – tiap hari. Tu la, siapa suruh bina rumah besar – besar?

Ruang tamu sahaja sudah sebesar padang futsal. Di satu sudut terdapat SAMSUNG LED TV sebesar 72 inci. Terdapat juga fireplace olok – olok. Semuanya bertema Inggeris.

Aduh! Macam mana aku boleh lupa perfume Giorgio Armani aku? Perfume ni banyak berjasa kepada aku tau.. Aku ada ramai girlfriend pun sebab terpikat kat bau perfume ni. Yang lelaki terpikat pun ada...Eiii..Pssst...Pssstt..Pssst..... Siap!

Niat tadi untuk mengusik kakaknya kembali. He …. He … Buat muntah – muntah ek?

“ Kak, kenapa kak nak muntah tadi? Oh! Danny faham. Yang baby sorang belum keluar lagi
dah ada lagi satu? Wah! Hebatnya Abang Adam!”

Tengku Hanie Sofea tersenyum sendirian apabila terkenangkan suaminya, Kapten Adam Zafran yang kini sedang berkhidmat sebagai juruterbang MAS. Ketiadaan suami di sisinya membuatkan rindu kepada suaminya kian menggunung. Namun, harus ditahan jua demi anak yang dikandungnya kini.

“ Kak, do you notice that you have been acting really weird sejak mengandung ni. Tersenyum seorang diri. Entah apa yang difikirkannya.” Ish sempat lagi Si Danial ni! Nanti ibu mithali mengamuk macam mana? Muka pun dah nampak macam nak meletup!

“ Go away Danny! Before I twist your head!”

“ Okey..okey... Bye, Assalamualaikum!”

“ Waalaikumussalam” Tahu pun takut dengan aku..




TENGKU Danial Mukhriz memecut laju Lamborghini LP 640 miliknya membelah jalan raya bandar metropolitan Kuala Lumpur. Banyak mata yang memandang keretanya. Maklunlah, kereta mahal gitu tambah – tambah pula dengan warna kuning striking pula. Mamat ni memang sayang gila dengan kereta dia. Nak sentuh sikit pun dah kena merayu pada dia. Kalau tak, jangan harap nak bagi orang lain sentuh.

Tengku Danial Mukhriz mempunyai sebuah lagi kereta iaitu Lamborghini Gallardo Spyder berwarna oren terang. Yang tu pula tak ada bumbung. Rambutnya yang perang kehitaman berterbangan mengikut aliran angin. Macam ni memang sesuai nak dibuat iklan dalam slow motion!

Puan Sri Arelia menggunakan BMW 7 Series berwarna biru gelap. Kereta itu mempunyai banyak kenangan antara dia dan suaminya. Suaminya pula, Tengku Danish Muzaffar menggunakan kereta Mercedes Benz. Kereta itu masih disimpan dengan kenangan suaminya.

Sejurus selepas dia sampai di pejabat TDD Holdings, Tengku Danial Mukhriz memarkir keretanya di tempat letak kereta khas yang sememangnya telah disediakan untuk CEO syarikat itu. Dia bergegas ke arah lif. Sesampainya di atas, sudh kelihatan ramai pekerja yang sibuk menlaksanakan tugas mereka. Tentunya mereka tidak mahu ' ditangkap basah 'bercot – cet cot – cet.
Sengaja cari nahas tu!

“ Hello sir”

“ Good morning bos”

“ Hi sir”

Tengku Danial Mukhriz hanya menjawab dengan anggukan dan senyuman yang mampu menggetarkan jiwa mana – mana perempuan. Kalau dia tidak menjawab sapaan pekerjanya, takut nanti mereka mogok! Tak mogok pun mesti kena boikot!

“ Bos, meeting in 10 minutes” Maklum Nadia, setiausaha Tngku Danial Mukhriz sejak dia mengambil alih pucuk pentadbiran syarikat itu.

“ Nadia, I want all the documents for this meeting on my table in 5 minutes. Are you clear?” Tegas kedengaran suaranya dengan pandangan tajam kepada setiausahanya. Pandangan tajam tu bukannya pandangan romantik ya, sila ambil maklum!

“ Okey bos” lalu dia berjalan keluar dari bilik Tengku Danial Mukhriz. Siap dengan lenggok manja dia pula tu. Kalau tengok betul – betul, memang nampak macam angsa betina kena buasir! Elok sangat la tu, pakai baju sendat, skirt sendat paras paha, semua bulat – bulat nampak. Tak tahu malu ke perempuan ni?

Bos aku ni, muka aku sikit punya lawa dia tak nak pandang? Helo, excuse me! Tak kira apa pun aku mesti jadi bini bos aku. Aku sahaja yang layak jadi bini bos. Kalau ada perempuan lain, siaplah aku kerjakan. Kenapa dia tak nak tengok aku? Dahlah ada ramai girlfriend, aku yang seribu kali lagi cantik tak nak dibuat girlfriend? Aku rasa my darling nak kekalkan etika bos profesional kut. Nadia cuba menyedapkan hatinya.

Aku tidak akan sama sekali berputus asa sampai aku dapat apa yang aku nak. Kalau sekalipun tak dapat nak goda Tengku Danial Mukhriz, aku godalah mummynya!

Sebenarnya, di sebalik wajah kasanova milik Tengku Danial Mukhriz, terdapat suatu kesedihan yang menyiat – yiat hatinya bagaikan sembilu. Mamat ni telah kehilangan cinta pertamanya. Wanita itu amat disayanginya. Tuan empunya bertuah itu bernama Nur Adriana. Cinta mereka sehangat – hangat kasih tulus yang membara. Tidak pernah terlintas langsung pada minda Tengku Danial Mukhriz untuk berpaling cintanya terhadap orang lain.

Nur Adriana, wanita tinggi lampai yang sungguh anggun dan bertudung. Dia sanggup berpaling cintanya terhadap orang lain hanya kerana lelaki itu bergelar jutawan. Patahnya hati seorang lelaki itu apabila cinta tulusnya telah ditolak hanya kerana sebab yang remeh itu. Namun begitu, lain yang diharap, lain yang terjadi. Lelaki durjana itu sebenarnya bekas banduan yang baru sahaja dibebaskan dari penjara. Nur Adriana telah ditipu hidup – hidup.

Dia telah dirogol pada suatu malam. Malang sungguh nasibnya kerana telah memberi seluruh kepercayaan kepada lelaki durjana itu. Nur Adriana membunuh diri pada malam itu juga akibat tidak dapat menahan kekecewaan yang amat.

Hanya Tuhan tahu betapa kecewanya Tengku Danial Mukhriz apabila dia kehilangan wanita yang amat dicintainya. Sejak itu, dia tidak berani untuk menyerahkan seluruh hati dan kepercayaan untuk dicintai mana – mana wanita lagi. Baginya, semua kaum Hawa sama sahaja perangainya. Kerana itu, dia terkenal dengan gelaran kasanova yang dipegangnya kini. Biarlah Tuhan menentukan jodohnya dengan seorang wanita yang tulus mencintainya. Insya – Allah.




No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)