My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 2


BAB 2

“Now I will announce Student of the Year Award. This prestigious award goes to....Miss Nur Qaireena Airysha Hakimi Nordin!” Umum Presiden Harvard, Mr. Drew Faust.
Aku hampir terlopong. Sudah terlopong pun. Kerana itu...
Terkejut pun janganlah melodramatik sangat. Kang aku rembat hadiah kau tu baru tau!sanggah Afifah apabila menyedari aku masih tidak lagi berganjak. Afifah menepuk lembut bahuku.
Dengan air mata gembira, aku berjalan menuju ke pentas. Lutut aku terasa sudah longgar semua skrunya. Skru? Aku bukan iRobot la! Tapi memang tidak dapat aku nafikan bahawa begitulah aku rasakan pada ketika itu. Waktu yang aku ambil untuk sampai ke pentas terasa sungguh lama. Namun detik itu amat membahagiakan. Aku menerima segulung ijazah. Inilah detik paling bersejarah dalam hidupku. Duit ibu bapaku tidak siasia. Aku gembira kerana telah dapat memenuhi harapan mereka.
Sesungguhnya aku tidak dapat membayangkan sekiranya aku gagal. Pastinya harapan mereka kepada aku sebagai anak dan juga cucu sulung dalam keluarga punah. Aku tidak ingin perkara seperti itu berlaku. Ya Allah,terima kasih banyak Ya Allah, Engkau telah banyak membantuku sepanjang perjalanan aku sebagai pelajar ini. Tidak lupa juga ibu bapa aku dan juga minah laser kesayangan aku!
Aku hanya bersalaman dengannya. Takkanlah aku nak peluk dia kot? Kalau perempuan tak apalah, tapi Mr. Drew Faust tu lelaki! Kalau dia peluk aku, dah lama aku bagi karatedo kat dia! Haiyaaa!!!
Pada detik itu, aku sudah tidak sabar untuk pulang ke tanah air aku. Malaysia yang sentiasa aku cintai. Aku tidak sabar untuk membawa pulang segulung ijazah untuk ditunjukkan kepada ibu bapaku. Aku tidak sanggup membiarkan mereka menanti lebih lama. Aku telah membuktikan bahawa Malaysia hebat,penuh dengan golongan cerdik pandai.
Aku sudah berjaya mengikis tanggapan hanya orang Barat sahaja boleh berjaya. Aku bangga menjadi rakyat Malaysia. Yes! Malaysia Boleh!
Aku terlebih semangat la pulak..He..He..He...



KINI, aku menjejakkan kaki atas tanah airku. Aku menghirup udara sedalamdalamnya sejurus selepas aku sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang (KLIA). Sebentar lagi aku akan menaiki pesawat transit ke Pulau Pinang, tempat aku menghabiskan 'zaman kegemilangan' aku sebelum menghabiskan masa beberapa tahun di Amerika Syarikat.
Aku sungguh asyik dengan lamunanku sebelum aku disanggah oleh Afifah. Dia sedang memberikan jelingan tajam kepada aku. Marah kot? Sebab apa eh?
“Rysha! Jangan berangan pada siang hari! Aku hempuk kang baru tahu. Meh sini, tolong aku amik beg. Tak boleh diharap langsung!”
Eii...minah laser ni kalau satu hari tak usik aku tak sah! Aku tonyohtonyoh mulut tu dengan cili baru tahu. Dahlah bibir dia macam Whoopi Goldberg! Tapi Afifah cakap aku sebenarnya jeles kat dia sebab bibir dia tu macam Angelina Jolie. Itu kalau tengok dari jauh! Tengok dari jarak dekat, boleh terkejut wo!
Nak amik la ni...Aku hanya membalas hambar.
Fif, jom kita pergi minum. Ya la, lepas ni kau duduk dekat sini. Yang aku pula kena balik Pulau Pinang. Sedih tau.Aku mula membuat muka puppy face. Aku memandang mata Afifah dengan pandangan redup. Sebenarnya aku nak Afifah belanja aku! Jimat sikit duit aku!
“ Aku kenal la kau ni Rysha. Jangan buat muka macam beruk tu. Tak elok langsung. Fine, aku belanja kali ni. Lain kali kau pula yang belanja tau!” Afifah sudah memuncungkan bibir tebalnya. Aku tak mahu berkata apa – apa. Nanti dia tak mahu belanja aku.
Nasib baiklah dia ni cepat memahami aku. Tu la, aku bertuah kenal minah ni dari dulu lagi. Memang dia cepat memahami aku.
Yei! Yei! Akak muda belanja! Eh, aku lagi muda la.. So that means, akak tua la yang belanja!Ujarku dengan ceria.
Aku ni memang terkenal dengan perangai aku yang kedekut tahi hidung masin. Maaf, tahi hidung manis sebab aku ni kan comel, semua kenalah manis. Hu.... Hu...
Aku dan Afifah berjalan menuju ke restoran yang terdapat dalam lapangan terbang tersebut. Lagipun, kejap sahaja aku akan berada di sana kerana sudah tentu aku tidak mahu tertinggal pesawat. Maunya aku menangis tak berlagu nanti.
“ Eh Rysha, mana kau inherit perangai Haji Bakhil kau ni hah? Aku tengok mak dengan ayah kau elok aje murah hati. Entah – entah kau anak Haji Bakhil tak?” Seloroh Afifah seraya memulakan perbualan,
“Aku memang baka ayah dengan ibu aku tau. Jangan pertikaikan tu. Nanti apabila aku kerja aku okeylah. Entah – entah lagi murah hati daripada Michael Jackson.” Sekali lagi aku memulakan drama seposen aku yang famous tu. Siap kerdip – kerdip mata lagi.
Afifah sudah mengetap gigi menahan geram. Tapi aku tahu minah ni tak marah kat aku. Alaa.. Kita orang ni kan sehati sejiwa.. Afifah ni kan cayang busyuk masyam aku..
“Rysha, kau jangan la buat muka macam tu. Buruk sangat. Lagi satu, yang kerdip – kerdip mata tu kenapa? Kau teringin nak jadi Kassim Selamat ke? Muka macam tu Persatuan Hantu Bungkus pun reject tau. Baik kau percaya cakap aku sebab aku ni memang banyak pengalaman daripada orang yang lagi muda tu kan..”
Aduh! Pandainya dia memulangkan paku buah keras. Kalau bukan dia yang belanja, dah lama aku simbah hot chocolate aku kat muka dia! Aku sempat menjelingnya. Afifah hanya buat dek.
Buat macam aku takut sangat. Kawan jenis apa yang aku ada ni? Macam budak – budak!
“ Aku tahu aku ni comel sebab tu kau jeles kat aku kan? Kau comel juga, tapi comel sikit. Aku comel banyak!” Kata – kata aku itu hanya untuk menyejukkan hati aku yang berkocak hebat ini!
Kenapa aku sensitif sangat? Macamlah minah tu tak pernah kutuk aku. Lagi teruk dia kutuk aku adalah! Aku nak ada menstrual cycle aku la tu! Seronok juga guna perkataan asing macam tu, tak adalah malu sangat!
Aku sungguh asyik bersembang sehinggakan aku tidak sedar masa berlalu. Kini tiba masa yang tidak sama sekali aku lalui. Cukuplah sekali aku berpisah dengan minah ni. Sangkaan aku meleset sama sekali kerana aku terpaksa melaluinya lagi.
Kali pertama aku laluinya ketika aku darjah enam. Keluarga Afifah terpaksa berpindah ke Kuala Lumpur kerana ayahnya terpaksa bekerja di situ. Aku pasrah! Akulah orang yang paling gembira apabila mendapat tahu Afifah juga mendapat biasiswa untuk belajar di Harvard University.
Alhamdulillah, takdir telah menemukan kami berdua sekali lagi. Kami berdua dapat biasiswa yang sama kerana keputusan SPM sama! Pelik kan? Sungguh aku sukar mahu mempercayai apabila aku dipanggil ke atas pentas untuk mengambil slip keputusan aku yang tertera 9A+.
“Bye”
“Bye – bye” Sayu sahaja kedengaran suara aku. Feeling la tu...
“ Assalamualaikum” ucap Afifah dalam suara sebak.
“Waalaikumsalam.” Aku pun apa lagi, sebak jugalah! Pantang orang nangis depan aku. Aku mesti tumpang sekaki menangis. Tambah – tambah lagi aku sedang mengalami Pre - Menstrual Cycle Symptom (PMS).
Lantas aku memeluk tubuh gebu Afifah. Aku akan rindu 'bantal peluk' aku ni!
“Adoi!” Aku mengerang kesakitan apabila pelukan dirungkaikan. Aku rasa seperti tulang aku dibetulkan. Kalau macam ni, jimat duit aku nak pergi buat massaging. Senang sebab aku dah ada mesin massage aku depan mata aku!
“ Tu la..Orang suruh bela badan tak mau. Nak juga jadi cekeding macam Kate Moss.” gurau Afifah lalu memandang aku dengan pandangan sayu sebelum aku tidak dapat nampak kelibatnya lagi.
Aku melepaskan keluhan yang berat. Dengan perlahan, aku berjalan menuju ke balai berlepas. Aku menarik bagasiku dengan malas. Tiba – tiba....
DUM!!! Bagasiku bergolek. Bukan sahaja bagasi aku bergolek, aku pun sudah berada di lantai balai berlepas itu. Aduh! Malunya bukan kepalang! Hulk mana yang langgar aku? Aku segera mendongak kepala untuk mengetahui siapa Mr. Bean yang berani langgar aku!
Masya - Allah! Mak aii...handsomenya mamat tu! Cayalah! Memang berbaloi sungguh aku kena langgar! Nakal juga aku ni. Nasib baik tak bersentuhan dengan dia tadi. Kalau tak aku kena tanggung dosa kering sudah!
Dia kelihatan tergesa – gesa menuju ke balai berlepas anatarabangsa. Tapi takkanlah aku yang sejuta kali lebih besar daripada tahi hidung dia tu dia boleh tak nampak? Rabun agaknya!
Comelnya!! Sabar.. Sabar.. Rysha. Iman kau kena kuat. Jangan nampak lemah depan mamat tu. Yang penting kau kena kontrol cun!
Cis! Kurang asam punya jantan! Ingatkan nak tolong aku. Kok ya pun, mintalah maaf sebab dia yang langgar aku! Badan aje yang nampak sasa, tapi tuan empunya mengalahkan merak betina sombong! Dia boleh buat selamba aje lepas langgar aku? Nasib baik minah laser tak nampak, kalau tak satu dunia sudah dihebohkannya pasal kejadian yang sememangnya aku tidak duga ini.
Aku tak rasa mamat ni orang Melayu. Muka serupa macam mat saleh,handsome pula tu. Sebelum ini, tidak ada seorang lelaki pun yang berjaya membuat hati aku bergetar hebat begini. Kenapa dengan dia? Aku berasa sungguh aneh setiap kali bersamanya walau hanya sesaat dua seperti tadi!
Sungguh aku tidak mengerti perasaan yang baru hendak menjalar dalam diriku. Cepat – cepat aku membuang perasaan itu jauh – jauh. Jadi, inilah yang dikatakan orang love at first sight? Buat seketika, aku terasa seperti berada di awang – awangan. Segalanya begitu indah.
Rosak! Perangai teruk! Tak hingin aku hidup bersamanya. Silap hari bulan aku kena melutut pada dia! Memang suami tetap suami,tetapi jika suami itu adalah dia, aku tidak pasti dialah orang yang terbaik.
Apapun aku tak mahu tambahkan dosa aku dengan berprasangka buruk pada orang lain. Biarlah mamat tu dengan cara hidup dia.
Nak aku huraikan tentang dia? He.. He... Dalam marah juga aku nak juga huraikan tentang si dia yang berjaya membuat jiwa perempuanku berkocak hebat. Sekali imbas, nampak macam Bradley James. Alaa.... yang jadi King Arthur dalam cerita Merlin tu..
Kulitnya putih kemerah – merahan. Nampak sangat putera lilin. Mesti comel gila kalau duduk bawah cahaya matahari kan? Rambut? Perang kehitaman. Tak perlu sikat, guna jari pun boleh. Dah tu, sebiji macam rambut Zac Efron. Handsomenya!
Hidung? Standardlah mancung. Cukup mancung sehinggakan boleh gantung hanger! Bibir dia merah menyala. Seksi gila aku tengok. Itu aku tengok dari jauh. Kalau duduk dekat, mahu sahaja aku terkam dia! Tak hisap rokok la tu. Kalau muka semua dah handsome tapi bila mari dekat bibirnya sahaja, berwarna coklat dan berkedut. Tak jadi herolah macam tu!
Mata? Tak usah tanya! Ni yang aku payah nak bertentang mata dengan dia sebab mata dia paling power! Berwarna biru laut kehijauan ala – ala model lelaki Perancis. Subhanallah..indahnya makhluk ciptaanmu. Aku terpesona! Mesti ibu bangga kalau aku dapat kahwin dengan dia. Hisy! Bukan aku kata tak nak ke tadi?
Aku inginkan seorang lelaki yang dapat membimbing aku ke jalan yang benar serta kuat pegangan agamanya. Aku sedar betapa kerdilnya aku jika hendak dibandingkan dengan kuasa Yang Maha Esa. Mungkin aku hanya sebesar kuman. Suami aku juga perlu sayang aku sampai peringkat kritikal, tapi tak lebih daripada kasihnya pada Allah S.W.T dan Nabi Muhammad S.A.W.
Kalau ada rezeki, alhamdulillah kalau dapat yang handsome macam mamat tadi tu. Kalau tidak dapat pun, aku tidak kisah. Cukuplah aku dapat suami yang dapat menyayangi aku seadanya. Insya – Allah.

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)