My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 3


BAB 3

Aku dapat melihat kelibat ramai orang di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. Tiba – tiba, mata aku tertancap pada susuk tubuh yang amat aku rindui. Sudah menggunung rasanya rasa rindu ini. Aku terus berlari mendapatkan ahli keluarga aku. Dilihatnya ialah ibu, ayah, Pak Su Nazrin dan juga sepupu kesayangan aku, Nurhidayati An - Nur An – Nur.

Aku terus memeluk tubuh tua yang kini berada di hadapanku ini. Lantas aku mencium penuh hormat tangan ibu , ayah , Pak Su Nazrin dan membiarkan tangan aku dikucup lembut oleh sepupuku. Aku ialah sandaran utama keluarga kerana aku ialah anak sulung, bukan sahaja anak sulung, tetapi juga cucu sulung. Aku berasa lega kerana aku telah menunjukkan contoh yang baik kepada ahli – ahli keluargaku yang lebih muda. Rindunya aku pada mereka semua!

“ Ibu! Dah makan bu? Ayah? Hangpa semua dah makan?” tu dia, dah keluar dah pelat Penang aku! Aku sudah tidak sabar untuk berbual dengan insan – insan yang amat aku sayangi. Orang lain yang aku tanya tapi orang lain yang menjawabnya. Siapa lagi kalau bukan Nurhidayati An - Nur An – Nur? Tak apalah, aku rindu dia juga.

“ Kami semua rindu hanglah! Hang tak ada benda lain ke nak sembang? Asyik – asyik makan. Makan, makan, makan. Tanya lah menda lain,ketinggalan zaman betul. Padahal dah berapa tahun duduk kat Amerika tu!”

Aku menekup mulut menahan tawa. Apabila Hidayati menyebut, ' makan, makan, makan, ' ingatan aku terus kembali pada zaman sekolah menengah aku.

Nur Anis Fakhirah , seorang gadis tembam , gebu dan comel. Tidak lupa juga sikapnya yang selalu selamba membuatkan aku tidak jemu berkawan dengannya. Terubat juga rasa rindu aku di kala Afifah tiada di sisiku.

Begini ceritanya, setiap kali selepas waktu rehat, pastinya Anis akan membawa ' buah tangan ' dari kantin. Apa lagi kalau bukan makanan? Kalau dah berani sampai bawa makanan naik ke kelas, mestilah berani menanggungnya.

Anis penuh dengan muslihat. Segala pelosok yang ada dalam kelas pasti akan dicerobohinya untuk menyembunyikan harta karunnya. Taktiknya itu berjaya terhadap semua orang. Setiap kali pasti Anis akan terperangkap pada seorang jejaka bertuah ini. Namanya ialah Hemabushan. Ha! Ha! Ha! Sehebat mana pun pasti tidak dapat menandingi sifunya kan?

Hemabushan ni pun satu. Nama aje pengawas, tapi kerja memanjang menyorok makanan. Tapi yang dia ni lagi hebat, sebab dia sorok makanan sekali dengan tisunya. Nak lap tangan kan senang?

Setiap kali nampak Anis menyorok makanannya, pastinya dia akan menjerkah Anis,

“ Makan! Makan! Makan!” Terus tawaku akan pecah pada ketika itu juga..... Dan masih lagi begitu sehingga sekarang.

“ Apa yang lawak sangat Rysha? Hang ni waras ke tak? Nak ibu bawak pi hospital?” Ibu yang sedari tadi diam mula membuka mulut. Sungguh aku rindu akan suara ibu yang bagaikan dodoian buatku. Tapi ibu aku ni loq – laq sikit. Cakap, straight to the point. Tak pernah terfikir sebelum bercakap. Sebab itu yang buat aku sayang ibu lebih ni..

“ Tarappa la bu. Cuma Rysha flashback tadi..” Aku menjawab lebih kepada hendak ' cover line'. Takkan aku nak habaq kat ibu kot? Buat malu kawan aku aje!

Habaq = beritahu ( pelat pekat Pulau Pinang) yang sebenarnya tak wujud pun dalam Kamus Dewan!

“ Hang nak makan apa Rysha sayang?” Kini ayah menyoal aku pula. Terharunya aku setiap kali ayah panggil aku sayang. Terasa diri ini sungguh disayangi. Kalau boleh, aku nak rakam setiap perkataan sayang yang keluar dari mulut ibu dan ayahku. Ehem... Sayang yang hanya ditujukan kepada aku..

“ Ayah, hari ini Rysha nak belanja pula boleh tak? Kita makan dekat Nando's yang ada kat dalam airport ni. Dah lama rasanya tak makan kat situ. Kempunan pulak.” Aku memberi cadangan kepada mereka. Niat sebenar aku ialah untuk mengisi perut aku yang dah mainkan konsert rock kapak. Kriuk sana, kriuk sini. Tak pasal – pasal aku kena tuduh nak kentut! Tak ke naya kat aku sahaja?


“ Helo mak cik, mengaku sajalah yang hang tu sebenaqnya lapaq. Ati tengok Kak Rysha ni asyik nak kontrol cun! Entah – entah dah ada pakwe kat U.S tu?” Sengaja Nurhidayati An - Nur mengusik aku. Hamek hang, selalu sangat buli aku masa aku kecik! Huh! Mentang – mentanglah dia lagi tua, sedap – sedap badan dia aje nak kutuk aku. Tapi aku sayang la Kak Rysha aku ni....

Aku terasa darah hangat menyerbu ke muka aku. Malu! Apa dengan budak ni? Tak malu ke Pak Su aku yang juga bapa dia ada sekali? Lebih – lebih lagi ayah dengan ibu aku. Apa pula
tanggapan ibu pada aku? Tak boleh jadi ni, mesti kena balas balik dengan bazooka!!

“ Yati, hang tak boleh makan banyak. Nanti tak ada orang nak pandang kau. Nak kahwin? Lagilah tak! Nanti hang cakap aku punya pasal tak ada orang nak masuk meminang. Aku bukan apa, aku takut hang tukaq jadi Chucky!” Selamba aku berceloteh. Nah hamek kau! Nak sangat main dengan profesional kan?

Aku lihat muka Nurhidayati An - Nur sudah berubah merah. Aku ketawa terbahak – bahak. Tak ada langsung rasa malu. Mukanya semakin merah. Aku tidak pasti sama ada menahan malu atau geram yang teramat. Aku takut apa? Aku kan sifu besar? He.. He...

“ Pa, tengoklah Kak Rysha pa. Dari dulu sampai sekarang tak ubah perangai langsung. Ingatkan dah insaf, tapi makin teruk adalah!” Mari sudah perangai Nurhidayati An - Nur yang manja. Dia mula membuat muncung sedepanya. Tak comel langsung! Buruk bebenor. Masa budak dulu dia buat nampak comel la, tapi sekarang gerun sungguh aku tengok. Agaknya betul apa yang Afifah cakap. Mungkin juga aku nampak buruk ketika aku memuncungkan bibir aku. Tapi, yang itu kan tindakan refleks aku jika merajuk? Takkan aku nak membeliakkan mata jika merajuk? Senang cerita aku pakai mask aje!

Lagi menjadi muncungnya apabila Pak Su Nazrin aku menjawab,

“ Biaqlah... Baru balik tu. Nak lepas rindu la budak tu. Pak Su sayang Rysha tahu tak?”

Lagi aku meluat apabila muncungnya sudah melebih -lebih! Kang tangan aku yang gatal ni ikat riben keliling mulut tu baru tahu!

Aku hanya tersenyum menyerlahkan kedua – dua belah lesung pipitku. Comel! Cair hati mana – mana jejaka yang memandang.

Yei! Yei! Ni yang best ni, semua orang backing aku. Nurhidayati An - Nur sudah menghentakkan kakinya laju menuju ke arah aku. Takut juga aku dibuatnya, seperti King Kong mengamuk! Aku cuba berlagak selamba.

Lantas dia memaut lenganku dan mencium pipi kiriku seraya memelukku dengan erat.

“ I miss you sis. I love you. Don't you ever forget that.” Aku sungguh terharu mendengar kat a – katanya. Agaknya Nurhidayati An - Nur ni jatuh cinta tak? Pada siapa ek? Kata – katanya jelas menunjukkan bahawa dia memang telah jatuh cinta pada seseorang. Biarlah... Dia bukan budak lagi. Aku juga turut gembira untuknya. Yang aku pelik ni, kenapa aku susah sangat nak jatuh cinta? Eloklah tu. Membuktikan cinta aku terhad, hanya untuk orang tertentu. Pertama, Allah. Kedua, Rasulnya. Seterusnya ibu dan ayah. Tidak lupa juga bakal suami aku. Siapa lah lelaki ' bertuah ' itu. Kalau dia tahu aku ni tak Romantika De Amo, mahu terus dia cabut!

Aku pun nak tunjuk pandai juga. Aku menjawab dalam bahasa asing.

“ Moi aussi”

Moi aussi = aku juga

Dalam bahasa Perancis. Jangan pandang rendah tau, bahasa Perancis aku A+. Masa mula – mula ambil kelas Perancis di Harvard, mahu sahaja aku menangis. Satu apa pun aku tak tahu! Aku pun merangkak lagi perlahan daripada kura – kura nak catch up dengan pelajarannya. Nasib baik tutor aku banyak membantu aku. Akhirnya, aku berjaya juga memperoleh A+ dalam bahasa Perancis.

“ Dah mula dah bahasa Bangla dia!” Marah Nurhidayati An - Nur. Pastinya dia marah jika apa yang dikatakan oleh aku langsung tidak difahaminya. Aku pun akan marah jika aku tidak faham apa yang diperkatakan oleh seseorang itu. Dalam kes aku, aku dah ' terbiasa ' usik sepupu aku ni!

“ Kalau tak tahu maknanya, habaq je la..”

“ Mana ada. Ati saja nak uji kalau akak ingat lagi bahasa Bangla tu.”

“ Bukan Bangla, tapi Perancis. Macam ni faham? Wah hebatnya, faham maksud tapi tak faham bahasa!” Tak mahu mengaku juga minah sekor ni!

“ Ye la....”

Huh! Nasib baik mengalah juga! Kalau tak,memang aku ingat nak wrestling dengan dia. Bigshow pun boleh kalah dengan aku! Aku juara dalam bab ganas – ganas ni. Tapi aku juga kosong dalam bab mengayat orang. Tak boleh buat apa dah, teruk sangat!






















No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)