My Cute Buddies!

Thursday, 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 9


BAB 9

Afifah telah terlebih dahulu memberitahuku bahawa bosku itu ialah seorang yang berdarah kacukan MelayuPerancisInggeris. Sebenarnya dia bimbang akan reaksiku yang spontan dan mungkin akan memalukan bosnya itu. Ada ke patut dia cakap aku ni prak? Kononnya aku tak pernah tengok orang berdarah kacukan ni. Hampeh punya kawan.

Assalamualaikum, Tengku Hanie Sofea. Saya Nur Qaireena Airysha.sapaku lembut kepada wanita berambut coklat berkilat itu. Dilihat bersamanya ialah seorang bayi lelaki yang sedang lena tidur di pangkuannya.

Waalaikumsalam. Tak payah bertengkutengku dengan saya. Cukuplah panggil Kak Hanie. Oh, Afifah, inilah kawan yang kamu sering katakan itu yekelihatan Kak Hanie sedang mengusap lembut rambut lebat berwarna hitam milik anaknya itu.

Kata Afifah, anak Kak Hanie itu berusia sebulan dan kelihatan lebih iras kepada suaminya. Kini suaminya berada di luar negara kerana terpaksa mengendalikan beberapa pesawat yang telah dijadualkan kepadanya.

Iye Kak Hanie. Lagipun, kawan saya ni kerja di sini hanya untuk empat bulan sahaja, seperti yang saya dah inform pada Kak Hanie hari tu.

Oh..so, Airysha, saya telah diberitahu bahawa kamu akan bekerja sebagai guru sementara di sini, betul? Bukannya apa, tetapi saya hanya ingin mendapatkan kepastian dari Airysha sendiri.

Ye Kak Hanie,betul tu.aku memandang tepat ke arah Kak Hanie. Sekalisekala, aku curicuri pandang akan bayinya yang sungguh comel itu. Ah...seronoknya kalau aku ada anak aku sendiri..

Airysha,you can start your work on Monday. Is that okay with you?bukannya Kak Hanie tidak perasan kawan Afifah ini asyik mencuri pandang kepada anaknya. Hmmm.... teringin kot budak ni..

Yes kak!aku memberi tabik hormat kepadanya lalu tersenyum lebar kepadanya.

Your friend is so funny and cute la Afifah. Dah kahwin ke dik? Nak buat apa selepas tamat tempoh empat bulan tu?memang menawan orangnya perempuan yang bernama Qaireena Airysha ini. Hmmm, pasti sesuai jika dijodohkan dengan adiknya. Tunggu dulu! Karang dia kata dia dah kahwin macam mana? Ataupun nak kahwin lepas empat bulan ni?!

Kak, Airysha belum kahwin lagilah. Lepas empat bulan ni, Airysha nak sambung Ph.D.

Yes! Still single!

Baguslah macam tu dik. Akak doakan kejayaan adik nanti tau.Tengku Hanie Sofea memang sudah tahu tujuan asal Qaireena Airysha bekerja di sini. Hanya sekadar untuk membantu keluarga kawan baiknya. Mulia sungguh hati budak ni walaupun perangai terusterang macam budakbudak!

Akak, boleh tak kalau Airysha pegang baby akak tu? Apa namanya kak?aku sudah tidak dapat tahan tangan gatalku daripada menyentuh bayi comel itu. Aku membahasakan diriku Airysha kerana Kak Hanie memanggilku dengan panggilan tersebut.

Boleh..namanya Muhammad Irfan Zafriel.Kak Hanie menghulurkan bayi tersebut dengan hati -hati kepadaku. Aku pula mengamati setiap inci wajah bayi tersebut. Tulus dan polos. Sungguh comel. Afifah hanya tersenyum melihat gelagatku. Tu la, orang suruh kahwin tak nak, sekarang kempunanlah kau Airysha nak ada anak!

Sis! I'm back....let's go home.suara seseorang kedengaran jelas di corong telingaku. Ini rupanya adik bos aku. Mesti handsome kan macam kakak dia yang teramatlah cantik itu. Agaknya muka dia ada tak macam Prince Charming? Bestnya kalau aku dapat berkahwin dengan dia...

Punyalah sesedap aku berangan sampaikan tidak sedar lelaki tiu sudahpun berada di belakangku di dalam pejabat Kak Hanie. Terus aku memalingkan wajahku ke arahnya. Kus semangat! Terkejut beruk aku! Dia! Ya, memang dia Mr. Bean yang langgar aku tu!

Qu'estce qui?! terus aku hamburkan katakata itu di hadapannya. Tidak henti setakat itu, aku menyambung lagi.

M. Bean fou! M. Bean important tete!kan dah keluar Bahasa Perancis aku? Nasib baik dia tak faham. Kalau berlaku yang sebaliknya, aku akan memakai beg kertas di kepalaku dan hanya akan membukanya sekiranya lelaki itu bercicit dua belas!

Qu'estce quiApa?

M. Bean fouMr. Bean gila M. Bean important teteMr. Bean berkepala besar

Masya – Allah, berdosa besar aku cakap yang kepala dia tu besar. Padahal, pada pandangan mataku, kepalanya, hidungnya, matanya....semuanya ciptaanmu ya Allah kelihatan sungguh sempurna di mataku. Tidak mengapa, dia tidak faham kut...

Qu ' estce qui est votre probleme femme?!lantang kedengaran suaranya. Namun sehabis daya cuba ditahan supaya tidak membangunkan Irfan yang sedang lena tidur di dalam pelukanku.

Qu ' estce qui est votre probleme femme?! Apa masalah kau, perempuan?!

Aduh..parah ni. Dia faham la! Mangkuk ayun betul aku ni, bukankah Afifah ada cakap yang mamat ni dengan kakak dia kacukan MelayuPerancisInggeris? Nak teruskan tak rancangan beg kertas aku tadi? Lantaklah, yang penting, aku kena berlagak kuat depan mamat geronyot ni.

Afifah kulihat sedang menahan tawanya di suatu sudut. Minah ni pun satu, bukan nak tolong aku! Siap kau nanti...Kak Hanie pun sama! Semua orang gelakkan aku kerana mukaku sungguh pucat pada ketika ini. Hanya lelaki itu memandangku serius. Gayanya seperti mahu telan aku hiduphidup sahaja.

Nampaknya aku harus mengalah sahaja pada kali ini. Terpaksa aku berbuat demikian kerana aku tidak mahu memegang status penganggur yang baru sahaja aku lepaskan. Adoii.....

Merci.... eh! Ummm.... desole.aku hanya mengalihkan mataku ke lantai. Aduh! Merci tu kan terima kasih? Apa pula dengan aku ni? Nanti dia ingat aku gila pula. Patutnya aku minta maaf. Tak apalah, yang penting, aku dah minta maaf pada dia.

Sis, you ambil pekerja asing ke? Kenapa sampai tak reti nak cakap Melayu? English pun tak tau? Asyik cakap Perancis aje? Ke.. kau nak tunjuk pandai hah perempuan?!soalnya terus kepadaku.

Kurang ajar betul mamat depan aku ni. Dahlah tak ingat muka aku. Hina aku pula lagi. Ada juga yang nak kena wrestling dengan aku. Aku pun satu, macam mana aku boleh tersasul cakap Perancis? Tu la.. geram sangat agaknya kat mamat geronyot tu. Pirraaah! Aku tak heran pun dengan muka mat saleh celup kau tu!

Maaf...saya tak sengaja.pendek sahaja aku ucapkan padanya. Dan kau pun patut ucapkan maaf pada aku sebab mulut gatal kau dan juga badan gatal kau yang senangsenang aje langgar aku. Tumbuk muka tu sampai tak handsome baru tau. Biar jadi hidung tak mancung, pipi tersorongsorong!

Danny...enough. Jom balik. Mummy tengah tunggu kat rumah tu.Kak Hanie mengambil Irfan daripada dukunganku lalu memberikanku senyuman ikhlas dan meminta maaf atas perangai terlebih kurang ajar adiknya itu.

Saat keduadua insan itu hendak melangkah keluar dari bilik itu, mamat Mr. Bean tu tersadung lalu jatuh tersembam. Hidung mancungnya kelihatan sungguh merah. Mukanya jelas menyeringai kesakitan. Ha! Ha! Ha! Padan muka. Memang sahlah dia ni Mr. Bean! Apabila kulihat Kak Hanie sudahpun keluar dari bilik itu, terus aku meledakkan ketawaku tanpa menghiraukan kehadirannya.

Kau memang perempuan.....tak gu....

Aku tak heran pun... blalah! Buat menyemak aje kat sini!aku memotong percakapannya. Jelas terpampang riak wajah terkejutnya apabila aku sudah tidak menggunakan kata ganti sayaawak.

Terus lelaki itu berlalu dengan wajah bengang. Kenapa dengan perempun ini aku tak mampu nak lawan cakap dia? Aneh sungguh aku rasa bila duduk dengan dia. Sama yang aku rasa ketika aku bersama Adriana dulu. Tetapi kali ini, lebih hebat bahananya. Mungkinkah aku....ahh!! Tidak! Perempuan macam dia tak layak dicintai langsung. Patutnya minah tu kahwin aje dengan kanakkanak Ribena!

Nun jauh di sana, Qaireena Airysha tersenyum puas kerana dapat mengenakan kembali lelaki itu. Hamek kau!


1 comment:

surat layang untukku:-)