My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 8


BAB 8

Aku mencari – cari kelibat Afifah di sebalik lautan orang ramai itu. Mataku ligat memerhati setiap gelagat manusia yang langsung tidak aku kenali. Mana dia? Mau bikin hati gua panas la ni!

Keretaku selamat sampai ke Lapangan Terbang Antarabangsa Sepang,KLIA. Tidak sabar rasanya mahu membuat kejutan kepada kawanku itu. Mesti dia terkejut baboon kan? Aku hanya tersenyum seorang membayangkan wajah kawanku yang terkejut siap dengan gelagat baboon! Ha.. ha... ha...

Tiba – tiba mataku tertancap pada susuk tubuh sasa seseorang yang amat aku kenali. Ya! Tidak syak lagi bahawa itu ialah Mr. Bean yang terlebih clumsy yang langgar aku! Huh! Mana mungkin aku dapat melupakan wajah yang telah menjatuhkan saham aku. Sampai aku amnesia pun aku takkan lupakannya!

Aku menghadiahkan jejaka tampan itu sebuah jelingan maut. Hamek kau! Nak sangat kacau aku kan?

Apa masalah dengan perempuan yang bernama Airysha ni? Buat macam lelaki itu akan takut dengan jelingan mautnya yang tidaklah seberapa maut pun.. karang tak pasal – pasal si Rysha ni juga yang jatuh tersembam kalau lelaki itu membalas pandangannya. Nasib.. nasib...

Suatu perkara yang langsung tidak terlintas di benakku ketika ini berlaku. Dia membalas jelingan aku. Mungkin dia perasan aku sedang memerhatikannya sejak tadi. Dan dia..... tersenyum? Mak aih...serasa mahu tercabut jantung aku di kala ini memandang mata biru kehijauannya yang redup memandangku, senyumannya yang bagaikan penawar dukaku..aduh,aku sudah tergoda!

Aku segera mengalihkan pandanganku ke arah lain. Aku berpura - pura mencari sesuatu. Masya – Allah, susahnya nak berlakon. Aku tabik spring pada Aaron Aziz kerana pandai membawa wataknya. Tidak kira watak gangster mahupun suami yang loving. Ish! Kenapa pulak terpesong sampai masuk Aaron Aziz ni? Ni mesti bahana Ombak Rindu yang aku tonton semalam.

Tiba – tiba aku terasa ketukan kuat di atas kepala aku. Tiada siapa yang berani perlakukan aku begitu kecuali....

“ Afifah Athelia! Aku rindu kau!” lantas aku memluk tubuh gebu Afifah.

“ Ala cayang busyuk – busyuk. Kau over la. Kau buat macamlah aku ni duduk Afrika. Omajaaaayyyyy!!!!!”

“ Diamlah..kau memang memalukan aku tau...dan sebab itu juga aku sayang lebih kat kau.”

“ Aku tau yang semua orang memang sukakan aku..hehe..termasuklah Syed Naufal Irfan tu..” Afifah tersengih – sengih macam kerang busuk. Oh, rupa – rupanya dia masih menaruh hati terhadap jejaka idaman Malaya tu lah? Tak sangka... anak tauke minyak juga dia suka. Hai..macam – macam zaman sekarang. Kiranya betullah kata orang love is blind!
“ Afifah, jom! Aku nak tunjuk satu benda kat kau and aku boleh jamin yang kau memang akan suka punyalah...” sudah tiba masanya aku tunjukkan hadiah aku yang comel tu!

“ Nanti kau tunjuklah. Kita balik dulu. Pak cik teksi yang tersangat hensem tu tengah tunggu kat luar tau. Kang dia tinggal kita kat sini, kita pula yang sesat macam beruk tak berumah!” Afifah menarik lenganku menuju ke pintu utama di mana yang dikatakannya pak cik teksi yang tersangat hensem tu tengah tunggu. Aku tahu apa yang dimaksudkannya dengan 'terlebih hensem' tu...ha..ha...

“ Kau suruh pak cik Brad Pitt balik dulu. Aku tahulah macam mana nak balik. Jangan risau punyalah. Kalau kau hilang pun, mesti ada Syed Bawal nak selamatkan kau. For your information, beruk memang tidak ada rumah.” sengaja aku sebut nama buah hati pengarang jiwa Afifah dengan salah. Tak mahu ikut aku, mamat tu jadi mangsa. Pantang betul kalau ada orang mencarut pasal mamat tu. Huh! Jeles aku dibuatnya.

“ Naufal la..kau tak sayang mulut ye? Kejap, aku jumpa pak cik tu suruh dia amik penumpang lain. Kau biar betul...kalau kita terkandas, sampai tujuh keturunan aku takkan maafkan kau!”

“ Okeylah...fine. Pergi cepat. Kaki aku dah lenguh ni. Tak bolehlah jadi Kate Moss versi pendek” balasku manja seraya menambahkan bara di hati Afifah sebelum dia berlalu. Aku tersenyum puas.



“ MAK siot lawa kut! Tak mau story the morry dengan aku pulak! Mentang – mentang dah dapat benda ni, ronda sakan la kau! Bestnya...” pujinya ambil tangannya mengusap perlahan keretaku itu.

“ Jom balik. Mak kau okey kan aku tinggal sekali dengan kau?”

“ Okey sangat – sangat. Mak aku tak sabar nak jumpa kau la Rysha. Kesudian kau nak tolong family aku pun dah very very the big tau..”

Aku duduk di tempat duduk pemandu manakala Afifah duduk di tempat duduk penumpang di sebelahku. Arahan akan dikeluarkan oleh Afifah tentang arah untuk ke rumahnya. Aku suruh dia aje yang pandu tetapi pelawaan aku itu ditolak. Katanya, tidak sanggup pandu kereta mahal macam ni. Rasa macam nak tampar aje minah tu tau! Suka sangat pertikaikan tentang kemewahan keluarga aku. Sudah banyak kali aku harus nyatakan bahawa itu semua adalah rezeki Allah.

Aku menghidupkan enjin kereta. Dengan lafaz bismillah,aku memulakan pemanduanku. Tenang sungguh rasanya. Lagu kami kedengaran di corong radio. Lagu apa lagi kalau bukan Someone Like You, nyanyian Adele.


I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now.
I heard that your dreams came true.
Guess she gave you things I didn't give to you.

Old friend, why are you so shy?
Ain't like you to hold back or hide from the light.

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, "
Yeah

You know how the time flies
Only yesterday was the time of our lives
We were born and raised
In a summer haze
Bound by the surprise of our glory days

I hate to turn up out of the blue uninvited
But I couldn't stay away, I couldn't fight it.
I'd hoped you'd see my face and that you'd be reminded
That for me it isn't over.

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

Nothing compares
No worries or cares
Regrets and mistakes
They are memories made.
Who would have known how bittersweet this would taste?

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."

Never mind, I'll find someone like you
I wish nothing but the best for you too
Don't forget me, I beg
I remember you said,
"Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead,
Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead."
Yeah

AdeleSomeone Like You

Aku sampai di rumah pangsa Afifah lima belas minit kemudian. Aku bersalaman dengan mak Afifah dan berkenalan dengan dirinya. Nama mak Afifah ialah Khatijah namun aku disuruh memangilnya Mak Katy.

Mak, sukasuka hati mak aje nak tukar nama. Tukar nama penyanyi pula tu. Ish, tak padan dengan umur betul!marah Afifah kepada Puan Khatijah. Aku hanya tersenyum melihat gelagat dua beradik itu. Mesra sungguh.

Mak sekalisekala aje nak ada nickname. Apa? Kamu ingat kamu seorang saja yang boleh ada nickname? Mak tak boleh ada?Puan Khatijah membuntangkan matanya kepada Afifah. Wah...patutlah minah sekor ni takut bebenor dengan mak dia. Boleh gerun wo. Tak nampak macam orang sakit pun!

Alaa..mak. Nama tu biarlah yang elok, kenapa nak nama orang mat saleh jugak?

Ye la...Rysha boleh panggil mak cik Mak Jah. Puas hati?

Sedap sikit nama tu..okeylah mak yang ku sayang, kami berdua chow ke bilik dulu! Muah!Afifah melayangkan flying kiss kepada Mak Jah. Mak Jah hanya melayan ala kadar. Merajuk la tu.

Mak Jah, Rysha pergi dulu ye? Assalamualaikum Mak Jahaku mencium tangan tua itu buat kali kedua. Sebagai tetamu, aku harus hormat tuan rumah. Ya!

Mak Jah tersenyum sendirian. Bertuah betul bakal suami budak tu kalau tiaptiap hari macam ni. Walaupun anak orang kaya, ibu ayah dia memang telah memberi cukup didikannya.



SUNGGUH penat aku terasa di kala ini. Aku baring di atas katil Queen size Afifah. Rasa sedikit kekok kerana katilku bersaiz king dan lebih tebal. Tak apalah. Aku akan sesuaikan diri. Afifah kulihat sedang melayan Facebooknya. Sibuk dengan Facebook dia!

Esok kan hari Sabtu, aku nak kenalkan kau dekat bos aku. Jangan lupa bangun awal tau.

Tibatiba Afifah bersuara sambil matanya masih memandang skrin komputer. Afifah menggunakan komputer, manakala aku pula menggunakan laptop Apple MacBook Air yang harganya tiga kali ganda lebih mahal. Jauh perbezaan antaranya dan aku. Namun, aku tidak kisah.

Okey...kita pergi guna kereta aku kan?

Ye la..takkan aku nak angkut kau guna lori kut. Dah ada kereta tu pakai ajelah..

Whatever...aku mengantuk la. Jet lag kot.

Woi mangkuk! Apa namanya jet lag kalau kau travel dari Pulau Pinang sampai KL aje? Over la kau ni. Apaapa pun, pergilah tidur. Aku nak online jap. Assalamualaikum.

Waalaikumsalam.aku terus merebahkan kepala aku di atas bantal. Nikmatnya dapat tidur. Oh sweet dream, come to mama!


No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)