My Cute Buddies!

Thursday 3 May 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 10


BAB 10

Hari ini, aku akan memulakan hari pertama kerjaku sebagai guru tadika. Empat bulan selepas ini, pasti aku sudah berada di US menyambung Ph.D aku. Tak sabarnya aku nak belajar semula. Aku akan memandu kereta Volkswagen Beetle, si comel aku ke kerja hari ini. Dan semestinya aku akan membawa bersama Afifah.

Aku merancang hendak membeli novel selepas waktu kerja nanti. Aku memang sudah ketagih akan novel. Memang patut ibu selalu marah aku sebab ketagih macamlah novel tu dadah. Aku tak kisah pun. Yang penting, aku memang suka novel dan berangan. He he...cikgu aku cakap berimaginasi tu bagus, tapi berangan tu dikira sebagai berimaginasi ke? Entah lah...serabut aje kepala aku memikirkan perkara itu.

Masuk sahaja ke dalam kereta aku, aku mengucapkan lafaz bismillah sebelum memulakan perjalanan. Rasa kalut aku tak dapat aku sembunyikan lagi. Aku menyanyi seperti orang sakit tekak. Mangsanya? Siapa lagi kalau bukan Afifah. Kesian....kesian.....

Apa masalah kau ni? Nape kalut semacam aje aku tengok?soal Afifah kepadaku. Aku sudah pun memberhentikan kereta di hadapan tadika. Hanya tunggu masa sahaja hendak turun dari kereta.

Tak ada apalah..jangan sibuklah....

Kau nervous nak jumpa dengan Tengku Danial Mukhriz ye? Aku agak dah kau mesti ada hati dengan dia. Okeylah kau dengan dia, sorang CEO, seekor lagi anak doktor yang tak tetap kerja.teka Afifah. Dilihatnya Afifah sedang membetulkan tudung di depan cermin. Macam tak pernah tengok cermin betul!

Mangkuk! Buat apa aku nak nervous jumpa dengan mamat geronyot tu?! Aku tak ada masa la. Muka dia aku nak tengok pun tak sanggup. Orang utan pun seribu kali lagi comel! Piraaah! Lain la kalau muka dia tu macam Aaron Aziz. Seribu tahun suruh tengok pun aku sanggup!aku sudah keluar dari perut kereta. Diikuti pula oleh Afifah. Semangat aku sudah kembali. Aku harus memberanikan diri. Ada sahaja peluang, aku akan mengenakan Mr. Bean tak sedar diri tu. Padan muka! Siapa yang suruh cari pasal dengan aku?! Lupa pula yang mamat tu ada kerja. Mestilah, takkan dia nak bertenggek tengok muka aku yang terlebih comel ni?

Kak Hanie, assalamualaikum.aku menyalami tangan Kak Hanie lalu memberikannya segaris senyuman. Afifah juga berbuat demikian. Cantik sungguh Kak Hanie tambahtambah pula dengan baju putih yang sedikit kontras dengan rambutnya yang berwarna coklat berkilat.

Waalaikumussalam. Hai...dah makan belum you berdua ni?

Dah Kak Hanie. Kami takkan ke manamana selagi tak mengisi perut ini!Afifah menjawab bagi pihakku. Minah ni kalau bab makan, memang aku tabik springlah. Aku hanya menangguk mengiyakan katakatanya.

Okeylah kalau macam tu. Kak nak pergi breakfast jap. Kak datang awal ni sebab nak buka lock tu. Airysha, kelas nanti mula pukul 9. Airysha boleh tengok jadual mengajar untuk hari ni di atas meja akak. Afifah, you macam biasa tau...jangan pontengponteng. Nanti akak denda.pesan Kak Hanie seperti aku dan Afifah ialah budak nakal.

Babai sis! I'll miss you!dengan penuh semangat aku laungkannya kepada Kak Hanie yang berada semeter dariku.

Baru nampak akak dah miss me? Manja betul lah Airysha ni. Kay, akak pergi dulu. My baby's waiting!

Dia memang manja akak. Dia tidur pun dengan teddy bear...spontan Afifah menjawab.

Minah ni memang nak kena dengan aku. Rahsia aku tu! Aku memang tidak lena tidur jika tiada teddy bear di dalam dakapanku. No teddy, no sleep. Habislah aku kalau Kak Hanie beritahu Tengku Danial Mukhriz. Kenapalah nama dia kena panjang? Susah aku nak sebut, but I like....the name, not the person!

Really? Danny pun tidur dengan teddy bear tau! Ada jodoh la! Don't tell Danny about this! Kalau bagitau jugak, gaji ditolak dan juga ketuk ketampi lima puluh!

Aku dan Afifah melambai ke arah Kak Hanie. Kami berdua ni teruk betul la, Kak Hanie kan cakap yang dia akan datang nanti? Siap lambailambai lagi pula...hish, apa nak jadi niyh?!

Jom!aku dan Afifah berkata serentak lalu memulakan langkah kami masuk ke dalam tadika. Harapharap hari ni segalanya akan berjalan dengan lancar. Amin.



AKU berasa sungguh lega kerana sesi pengajaran aku sebagai guru pada pertama kalinya berjaya. Alhamdulillah, budakbudak tadika itu semuanya banyak berikan kerjasama pada aku. Nasib baik tak banyak kerenah yang perlu aku layan. Budakbudak ini semuanya comel. Sebahagian besar mereka berdarah kacukan. Aku dah selidik pun. Aku pun nak juga anak comel. Karang nanti aku kidnap kang baru tahu!

Jam sudah menunjukkan pukul satu tengah hari. Aku bercadang hendak pergi ke Popular Bookstore untuk melepas gian beli novel. Ajak minah tu la. Bukannya dia bussiness woman pun nak sibuk dua puluh empat jam. Berkepit dengan aku juga kerja utama dia.

Aku berjalan ke hadapan tadika untuk mencari Afifah. Itu dia, aku melihatnya sedang berbual - bual dengan seseorang dalam telefon sambil tersengihsengih. Seketika kemudian, dia meletakkan gagang sambil tersenyumsenyum. Aku mula waswas. Sihat ke tak minah ni?!

Afifah, jom pergi Popular. Nak tak? Jomlah....aku merengek sambil memaut lengannya manja.

Okey jugak. Kita beritahu dulu kat Kak Hanie okey? Manalah tahu kalau dapat makan free lagi kan..

Adoii...makanan juga yang berada dalam fikiran kawanku ini.

Ye la...kau ingat aku nak lari dari sini ke? Kalau kau nak datang balik sini lepas ni, aku ajak la.

Selesai memaklumkan kepada Kak Hanie, kami berdua masuk ke dalam perut Si Comel kesayangan aku. Aku memulakan perjalanan. Sepanjang perjalanan, aku berasa sungguh gabra. Entah kenapa. Aku dapat merasakan sesuatu bakal berlaku nanti. Aku harap tiada apa - apa yang berlaku. Here we come Popular Bookstore!



AKU membelek novel – novel di tanganku. Aku tidak pasti antara lapan buah novel ini. Love You Mr. Arrogant? Takdir Itu Milik Aku? Kampung Girl? Sepupuku Suamiku? Jodoh Itu Milik Kita? Biarkan Ia Pergi? Suamiku Ustaz? Semuanya kedengaran best sahaja. Baik aku tanya sahaja pendapat Afifah.

“ Hmm.... kau rasa aku patut ambil novel yang mana satu? Kau pilih antara yang lapan ni” aku menujukkan kelapan – lapan novel yang berada di tanganku. Afifah kulihat sedang sibuk menjilat aiskrim vanila yang baru sahaja dibeli di McDonald's. Aku juga kena bagi pengeras. Nasib.....nasib.....

“ Aku rasa kan, kau ambil aje yang mana paling tak tebal. Kalau aku, novel nipis pun belum tentu aku tak tidur. Aku tak faham betullah dengan kaki novel macam kau ni.”

“ Aku lagi suka novel yang tebal. Kau memang badak betul. Tak habis – habis tidur!” aku mencebikkan bibirku. Sementara itu, jantung aku semakin laju rentaknya. Aduh....apa pulak nak jadi ni??

“ Aku ni badak cantik tau..”

“ Pirrraaaaah......” kata – kataku terhenti setakat itu apabila aku nampak kelibat Tengku Danial Mukhriz dan seorang wanita yang sedang memaut lengannya. Pastinya teman wanitanya. Cina pun dia kaut? Dasar lelaki buaya!

Mereka berdua sedang berjalan masuk ke dalam Popular. Aku segera memalingkan mukaku. Aku masih berasa malu akibat tegurannya hari itu.

“ Kan aku kata, kau memang suka kat dia. Sebab tu kau tak sanggup tengok dia dengan girlfriend dia yang macam belangkas tu. Aku yang tak minat dia pun rimas tengok dia asyik berkepit dengan minah tu. Berbulu kau tau tak?!” Afifah memuncungkan bibirnya ke arah belangkas berdua itu. Tidak henti setakat itu, dia siap memberikan jelingan maut lagi. Ya Allah....muka Afifah macam ikan buntal!

“ Kau memang tak sayang mulut....kang nanti aku bagi....” tanpa sempat aku meneruskan amarahku pada Afifah, seperti yang dijangka, Mr. Bean itu sudahpun mencelah.

“ You again....looks like we have jodoh to meet again.” katanya sambil tersenyum sumbing ke arahku menampakkan barisan giginya yang sempurna.

“ Kau ni nampak saja pandai. Dalamnya? Kosong! Cakap English pun tak reti, ada hati nak sembang dengan aku. Geronyot!” aku hamburkan kata – kata pedas itu di hadapannya.

“ Kau pula berlagak cakap Perancis dengan aku. Kononnya aku tak faham. Kau tu pun sama aje geronyot dengan aku. I don't even know what the katak that word means!” Tengku Danial Mukhriz membuat muka bingungnya sambil mengerutkan dahinya. Matanya dikecilkan sedikit.

What the katak? Macam budak – budak betul! Sudahlah tak tahu makna perkataan geronyot tu, pandai – pandai dia aje nak gunakan perkataan tu.

“ Ha! Ha! Ha!.....kalau tak reti tu, tak payah nak berlagak pandai la. Buat malu diri kau aje. Kau tahu tak, aku semakin tak percaya kau tu CEO. Woi, pi bukak kamus kamus la! Sekarang aku tak ragu – ragu yang kau tu sebenarnya memang Mr. Bean!” aku ketawa tanpa sedikit pun rasa malu. Wanita di sisinya sudah membuat muka tidak senang akan kehadiran aku di sana.

“ Kau gelak pun langsuir lari tau. Teruk dan kronik sangat. Kesian laki kau, kena tadah telinga tiap – tiap hari!”

“ Suka hati aku la nak gelak macam mana pun! Ini bukan tempat bapak kau atau perempuan yang ekspresi dia terlebih kurang ajar sangat. Macam lah cantik sangat. Hidung tersorong – sorong. Sama aje laki dengan perempuan tu!” puas hati aku selepas meluahkan kata – kata aku yang berbaur geram itu. Memang patut pun dia kena dengan aku.

“ You.....” perempuan yang aku tidak tahu – menahu asal usulnya itu mahu sahaja bersuara tetapi dipintas oleh teman lelaki kesayangannya itu.

“ Enough darling. Buang masa you aje layan budak hingusan ni. Kita balik lagi bagus. Tak payah nak tengok muka dia ni. I lebih rela tengok muka you yang cantik ni.”

“ Bla lah...aku pun tak hingin nak tengok Mr. Bean macam kau ni. Kau cakap aku budak hingusan? Kau tu sebenarnya antertu! Anak teruna tua! Tak kahwin sampai sekarang. So, lebih baik kau cerminkan muka kau yang tak hensem tu daripada kutuk muka aku yang terlebih cun ni!” aku menggeserkan hidung aku lalu terus berlalu. Sempat lagi aku membayar bil untuk kelapan – lapan novel yang telah aku pilih tadi.

Hati aku masih membengkak kerana aku agak terasa dengan kata – kata Tengku Danial Mukhriz tadi. Boleh pula dia kata aku budak hingusan? Kutuk aku depan perempuan itu pula! Aku baru sahaja ingin berbaik dengannya kerana aku tahu dalam Islam, memang tak baik kalau bermusuhan lama – lama.

Aku tidak faham dengan perasaanku ini. Aku ingin membencinya, tetapi aku tidak mampu bencinya sepenuh hati aku. Lebih baik kalau aku lupakan sahaja perkara ini......

Jauh di sana, seorang lelaki pula sudah tidak senang duduk.

Alamak....bersalah pula aku rasa sebab cakap macam tu kat perempuan tu tadi. Apa pun salah dia, aku yang sepatutnya mengalah sebab aku sendiri yang kata dia tu budak hingusan. Terasakah dia? Aku memang langsung tidak berniat untuk menghinanya di hadapan Amber tadi. Aku patut minta maaf padanya. Kalau dia gelak nanti macam mana?!

Lantaklah. Aku ada rancangan yang baik punya. Tunggu kau Qaireena. Aku akan kenakan kau cukup – cukup kerana buatkan aku fikirkan tentang kau siang malam. Aku rasa aku...aku....ahhh!!!! Tengku Danial Mukhriz menghentakkan stereng keretanya dengan kuat. Adakah dia bersedia untuk memikul sebuah tanggungjawab yang besar atas keputusan yang bakal diambilnya nanti? Ya Allah....berikanlah aku hidayahMu.....

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)