My Cute Buddies!

Thursday, 30 August 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 4


BAB 4

“ Maya! Auntie nak mintak tolong sikit boleh eh?” panggil Datin Suraya dari jauh.

“ Auuchhh... Ameer... turun kejap boleh? Kakak sakit belakang la...” Maya Ellisa menahan rasa sakit di belakangnya akibat mengendong Megat Ameer.

Megat Ameer menggeleng lalu semakin kuat dia mencengkam leher Maya Ellisa. Dagunya diletakkan di atas bahu Maya Ellisa.

“ Ameer... kesian kakak sakit. Ameer tak nak kakak balik kan? Kalau Ameer bagi kakak sakit, nanti Nanna suruh kakak balik rumah.” ugut Datin Suraya.

“ No! I want kakak! Nanna jangan suruh kakak balik... Ameer janji tak bagi kakak sakit dah!” serta – merta Megat Ameer turun dari belakang Maya Ellisa lalu mengangkat tangan kanannya bagaikan sedang berikrar.

“ Haa... itulah cucu Nanna! Ameer nak ikut kakak pergi jalan – jalan tak?” Datin Suraya menggomol tubuh cucunya sehingga dia mengekek – ngekek ketawa.

“ Nak!” dengan penuh semangat Megat Ameer melaung.

Jika hendak diharapkan anak bongsu Datin Suraya itu, memang sampai bila pun satu kerja tidak akan diselesaikannya. Itulah kerja Puteri Intan Hawani di hujung minggu jika tidak mempunyai sekolah. Tidur aje kerjanya. Walaupun sudah berumur enam belas, sikap malasnya itu tidak pernah setia meninggalkannya.

“ Maya, auntie nak mintak tolong sikit boleh?” tanya Datin Suraya sambil mengambil tempat di sebelah Maya Ellisa. Anak mata gadis itu direnung dalam. Cantik!

“ Boleh. Nak mintak tolong apa auntie?”

“ Tuu... jiran sebelah rumah tu nak buat majlis cukur jambul anak dia yang baru lahir tu. Auntie nak mintak tolong Maya pergi beli hadiah untuk baby tu boleh?”

“ Boleh... anak dia lelaki ke perempuan?” tanya Maya Ellisa. Memang membeli – belah adalah hobinya sejak dahulu lagi. Sesiapa sahaja yang mengikutnya untuk pergi membeli – belah, pasti akan merana.

“ Lelaki. Thank you so much Maya. Auntie dah menyusahkan Maya la pulak. Nak harapkan sekor lagi, tu, tengah sedap buat tahi mata kat bilik dia. Maya ajaklah Rian pergi sekali ke? Tak adalah Maya duduk sorang – sorang.” Megat Ameer bermain – main dengan gelang tangan berlian yang tersarung kemas di pergelangan tangan Datin Suraya.

“ No hal lah auntie. Lagipun Maya memang suka bab – bab shopping ni. Maya tak duduk sorang la, Ameer kan ada?” Maya Ellisa tersenyum manis. Pasti akan seronok misi membeli – belahnya pada kali ini dengan kehadiran Megat Ameer yang handsome!

“ And, Maya boleh ke jaga budak ganas macam Ameer ni? Karang dia naik atas Maya sekali lagi macam mana?” Datin Suraya menyuarakan kebimbangannya. Memang budak itu tidak boleh dipercayai tindak – tanduknya itu.

“ Nanna! People call me gentleman, not ganas! Ameer promise akan jaga kakak nanti, please Nanna... I wanna go with kakak. You can ask daddy and uncle Rian to come if you still don't trust me..” rayu Megat Ameer.

“ Ye la.. ye la...” akhirnya Datin Suraya terpaksa mengalah dengan Megat Ameer. Walaupun hanya kanak – kanak, Megat Ameer boleh tahan juga keras kepalanya.

“ Yes! I love you Nanna! Let's go now kakak! Can we watch a movie? Please... please... I wanna watch Wonderpets the movie. Baru release dekat cinema. Come on kakak?” rayu Megat Ameer sekali lagi.

“ Okey...” Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Wonderpets the movie? Baru sahaja release hari ni dan dia sudah tahu mengenainya? Hebat betul budak ni...

“ Let's go! Let's go! Jom panggil daddy dengan uncle Rian cepat!” Megat Ameer menarik tangan Maya Ellisa ke arah tangga. Datin Suraya membulatkan matanya melihat kelakuan terlebih teruja cucunya yang satu itu.

Tercungap – cungap nafas Maya Ellisa apabila dia sudah sampai di tingkat tiga banglo itu. Megat Ameer kelihatan masih aktif lagi.

“ Kakak, you go call daddy and uncle Rian. Ameer nak pergi wee – wee.” kata Megat Ameer sambil mengepitkan kedua – dua kakinya. Sudah tak tahan sangat la tu...

“ Wee – wee tu apa?” tanya Maya Ellisa lurus.

Megat Ameer tidak berkata apa – apa tetapi hanya mengangkat jari kelingkingnya. Terus dia berlari menuju ke tandas. Maya Ellisa menahan tawanya. Apa la, wee – wee pun tak tahu...

Maya Ellisa mendekatkan dirinya pada pintu bilik Megat Andrian. Kedengaran dua suara lelaki sedang berbicara.

“ Kau kena cepat la Rian. Kalau kau lambat, habis dia kena baham dengan laki lain.” kedengaran suara Megat Adam berkumandang.

Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Mereka sedang bercakap tentang diakah?

“ Aku tengah tunggu masa yang sesuai la abang Adam. Kau bukannya tak tahu yang dia tu sibuk aje memanjang, Rian pun susah nak jumpa dia.” kini kedengaran suara Megat Andrian pula yang menjawab.
“ Aku dah buat silap bila aku kahwin dengan Darina dulu. Aku terburu – buru sangat. Aku tak tahu pun yang dia tu hanya nak pergunakan aku. Tapi kau, aku rasa kau pun tahu kan, Maya tu jenis perempuan yang macam mana? Silap besarlah kalau kau lepaskan dia. Gila punya laki la kau ni Rian, ikatlah dia terus, tunggu apa lagi?” Megat Adam meninggikan suaranya.

Sah! Mereka memang sedang bercakap tentangnya. Roger, skodeng lagi...

“ Tak sabar betullah abang Adam! Ke abang yang suka sangat nak tengok kakak Maya tu? Aku tahulah abang... the way you smiled at her yesterday, it shows...”

“ Diamlah kau! Meh sini, aku nak tengok jap.” arah Megat Adam.

Maya Ellisa terpinga – pinga. Tengok apa? Hisy... mensaspenkan betullah dua beradik ni

“ Wah... cantiknya! Aku tak tahu pun kau punya citarasa jenis high class macam ni? Mesti mahal kan? Bagi kat aku pun lagi berbaloi, bolehlah aku dapat balik berjuta – juta ringgit kalau jual...” gumam Megat Adam.

Tiba – tiba terdengar bunyi dentuman yang kuat. Kedengaran bunyi bercakaran pun ada. Bunyi segala makhluk alam yang keluar daripada bilik Megat Andrian membuatkan Maya Ellisa menjauhkan dirinya sedikit daripada pintu itu.

Megat Ameer yang muncul entah dari mana terus membuka pintu itu. Tergamam seketika Maya Ellisa melihat posisi mereka berdua yang sangat mencurigakan.

Megat Andrian sedang berada di atas Megat Adam yang tidak berbaju itu sambil merebut – rebutkan sesuatu yang dia tidak dapat lihat.

“ Bagi baliklah kotak tu abang!” Megat Andrian masih bercakaran dengan abangnya tanpa menyedari kelibat Maya Ellisa dan Megat Ameer di muka pintu yang terbuka luas itu.

“ Daddy... we... we...” nampaknya Megat Ameer turut sama tergamam melihat keadaan mereka berdua itu.

“ Ameer? Maya? Bila ada dekat sini?” dengan segera Megat Adam dan Megat Andrian berdiri. Muka Maya Ellisa sudah merah kerana melihat Megat Adam yang tidak berbaju itu. Badan memang sasa beb!

“ Umm... baru aje. Err... Maya dengan Ameer nak ajak abang Adam dengan Haikal pergi shopping, nak beli hadiah untuk baby rumah sebelah. Nak ikut?” tanya Maya Ellisa dengan mukanya yang masih dipalingkan.

“ And watch Wonderpets...” mulut Megat Ameer masih ternganga.

“ Okey. Maya tunggu kejap, Kal nak bersiap dulu. Abang, are you coming with us?” tanya Megat Andrian kepada Megat Adam.

“ Of course...”

“ Kalau macam tu, Maya dengan Ameer tunggu dekat bawa dululah.” ujar Maya Ellisa lalu terus beredar. Tidak sanggup rasanya untuk berhadapan dengan situasi yang sangat memalukan itu.

“ Kakak... daddy tak malulah, eeii...” kata Megat Ameer selamba dan dapat didengari oleh semua yang berada di situ termasuklah Megat Adam. Maya Ellisa cepat – cepat menutup mulut Megat Ameer lalu terus menariknya keluar.

Megat Adam masih terpinga – pinga, masih tidak dapat menangkap maksud sebenar Megat Ameer sebentar tadi.

“ Tak malu? Apa maksud Ameer?”

“ Abang... macam manalah abang boleh tak sedar yang abang tak pakai baju? Memang pun abang tak tahu malu...” kata Megat Andrian sambil menunjuk pada tubuh tidak berbaju Megat Adam.

“ Oh... patutlah Maya kalih tadi. Hehe...” Megat Adam tersengih – sengih sebelum keluar dari bilik adiknya untuk bersiap untuk membeli – belah dengan anaknya nanti.

<<<<<>>>>>

“ RIA nak ikut!” jerit Ria sambil menghentak – hentak kakinya.

“ Tak boleh!” balas Megat Ameer.

“ Auntie... Ria nak ikut. Mama, cakaplah dekat auntie Su yang Ria nak ikut. Adam, Rian, Ria nak ikut... please?” rayu Ria lagi sambil memegang tangan mamanya, Datin Ainnur. Datin Ainnur hanya tersenyum kerana dia kenal benar dengan perangai degil anaknya yang satu itu.

“ Su, boleh tak kalau Ria nak ikut mereka nak pergi shopping?” tanya Datin Ainnur lembut.

“ Nak ikut tu boleh aje Ain, tapi si Ameer ni yang tak nak Ria ikut, nak buat macam mana? Nanti kalau Ria ikut jugak, takut Ameer buat apa – apa pada dia pulak. Itu aje yang auntie risau Ria.” kata Datin Suraya.

“ Tak apa auntie. Ria boleh jaga diri sendiri, auntie tak payah risau. Ria nak beli barang sikit, sebab tu Ria nak ikut, bukannya nak buat benda tak elok. Lagipun, tak elok kan kalau Maya aje sorang perempuan ikut lelaki bukan muhrim?” kata Ria, penuh dengan lagak gediknya.

Ria ni, kalau bukan hendak mengurat salah seorang daripada adik – beradik Megat tu, tak luaklah dia hendak ikut sekali pergi membeli – belah. Cemburu juga dia itu, kerana hanya Maya Ellisa yang dijemput, sebaliknya dia? Ditolak bulat – bulat awal – awal lagi. Padan muka.

“ Hmm... betul jugak auntie. Maya rasa kak Ria patut ikut.” sokong Maya Ellisa.

Ria mencemikkan mukanya tanda meluat. ' Nak tunjuk baguslah tu! Muka sikit punya cun dia boleh panggil kakak? Helo, aku awet muda tau!' puji Ria pada dirinya sendiri.

“ Okeylah... Maya, tolong jaga Ameer sikit eh? Takut tak terkawal pulak dia. Kalau abang sendiri yang nak jaga dia, hmm... alamatnya merajuklah Ameer tu..” kata Megat Adam dengan nada kecewanya. Dia juga sebenarnya tidak begitu selesa dengan perlakuan Ria yang suka – suki menyentuhnya walaupun tahu bahawa dia itu bukan muhrimnya.

Ria melompat kegirangan. Sempat lagi dia menjelirkan lidah pada Megat Ameer. Seronok kerana dia yang menang pada kali ini. Bukan mudah jika bertentangan dengan Megat Ameer.

Megat Ameer hanya menunjukkan muka masam, geram dengan tindakan Ria sebentar tadi. Terus dia memeluk Maya Ellisa bagi menenteramkan hatinya yang panas. Inilah yang dia tidak suka, setiap perkara yang diinginkannya, pasti akan ditentang oleh perempuan itu. Selalunya dia akan menang, tetapi kali ini nasib tidak menyebelahinya.

“ Kakak... I don't like that ghost. Stay with me, don't leave me with her, kakak.” pesan Megat Ameer rapat di telinga Maya Ellisa.

Maya Ellisa hanya tersenyum lucu mendengarkan panggilan Megat Ameer terhadap Ria.

“ Then, let's go now...” kata Megat Andrian sambil tersenyum ke arah Maya Ellisa.

“ Are you driving bro?” tanya Megat Adam sebaik sahaja sampai di muka pintu.

“ Abang... Ria duduk depan dengan abang eh?” Ria melingkarkan tangannya di sekitar lengan sasa Megat Adam. Megat Adam yang jelas kelihatan terkejut hanya kaku, bimbang sekiranya Ria melaporkan perkara tersebut pada Datuk Megat Azhar.

“ Err... kalau tak keberatan Ria, boleh tak Ria aje yang drive? Abang rasa lenguh semacam la tangan abang ni. Boleh eh?” mukanya sengaja dikerutkan.

“ Alaa... abang Haikal? Tak nak drive ke?” kini si adik pula menjadi mangsanya.

Abang Haikal? Erk! Umur pun lebih tua daripada si Andrian masih nak berabang – abang lagi? Padahal si Ria tu pun bukannya muda mana, dah memang dua tahun lebih tua daripada Megat Andrian.

“ Ria... berapa kali Rian nak cakap, jangan panggil Rian dengan nama Haikal?” tanya Megat Andrian dengan riak wajah yang serius. Maya Ellisa hanya kaku di sana dengan sebelah tangannya memegang tangan Megat Ameer.

“ Sorry...”

“ Rian tak nak drive. You je la yang drive.”

“ Dia boleh pulak panggil Andrian dengan nama Haikal, menyampah betul aku!” gerutu Ria pada diri sendiri lalu terus masuk ke tempat duduk pemandu.

Megat Adam mengenyitkan matanya pada Megat Andrian. Fahamlah dia bahawa itu ialah isyarat untuk memulakan misi mengenakan perempuan tidak sedar diri itu. Megat Andrian tersenyum nakal.

“ Maya, let me handle this ghost. Ameer? Are you ready?” tanya Megat Andrian dengan suaranya yang diperlahankan, dia tidak mahu rancangan jahatnya itu didengari oleh Ria yang berada di dalam kereta itu.

“ Yeah man...” jawab Megat Ameer dengan penuh gaya.

“ Abang! Cepatlah! Dah lambat tau tak?” jerit Ria dari dalam kereta.

“ Go now.” arah Megat Adam kepada Megat Ameer.

Megat Ameer berjalan terkedek – kedek lalu memasuki tempat duduk di sebelah pemandu. Ria langsung tidak menyedari kelibat Megat Ameer di sebelahnya. Megat Adam mengambil tempat di hujung, Megat Andrian pula di tengah tempat duduk penumpang, iaitu di sebelah Maya Ellisa.

“ Don't worry Maya. Takkan kena kaki Kal pada kaki Maya.” Megat Andrian menenangkan Maya Ellisa yang kelihatan sedikit kalut.

“ Kalau kena, nanti abang belasah dia cukup – cukup.” Megat Adam pula berkata – kata. Maya Ellisa tersenyum lega.

“ Abang...” baru sahaja dia hendak meletakkan tangannya di atas paha lelaki yang disangkanya Megat Adam, terus dia terperanjat apabila melihat Megat Ameer sedang tersenyum penuh muslihat ke arahnya.

“ Abang! Kenapa dia duduk depan?! Ria tak sukalah...” Ria mula merengek.

“ If you don't like then....” sengaja ayat Megat Ameer dibiarkan tergantung supaya dapat disambung oleh Megat Andrian dan Megat Adam.

“ Get lost!” kata kedua – dua beradik itu serentak.

Ria merengus geram lalu terus memecut kereta itu. Hatinya menjadi semakin panas apabila melihatkan Megat Andrian sedang duduk dengan selesa di sebelah Maya Ellisa.

<<<<<>>>>>

SETELAH selesai membeli hadiah buat jiran rumah sebelah itu, Megat Adam pula hendak membelanjakan mereka semua aiskrim. Semua maksudnya termasuklah Ria, walaupun mahu sahaja ditinggalkannya tadi kerana asyik merungut hendak menonton wayang. Megat Adam masih boleh mengingati kata – kata adik kesayangannya sebentar tadi.

“ Nak sangat tengok wayang kan, nanti kita pergi ye...” kata Megat Andrian sambil mengenyitkan matanya pada Megat Adam dan Megat Ameer.

“ Hmm... kalau macam tu, Ria nak tengok movie yang romantik la, macam Twilight saga ke? Bridesmaids ke? Anything like that, would definitely light up my boring day!” Ria memandang tajam ke arah Maya Ellisa yang sibuk memilih hadiah dengan Megat Ameer.

“ Okey! Nanti abang beli tiket, ye Ria? Ria sabar sikit eh?” kini Megat Adam menggunakan nada manjanya. Hampir terhambur tawa Megat Andrian namun ditahan sahaja.

“ Untuk abang, berapa lama pun Ria sanggup tunggu...” Ria sudah berada di awang – awangan. Disangkanya rancangannya untuk memikat salah seorang daripada adik – beradik Megat ini akan berjaya.

Kau tunggu ajelah Ria... memang rancangan 'baik' punya adik – beradik Megat ini dah sediakan untuk kau.

Sesampainya mereka di kedai Haagen Dazs, Megat Ameer merupakan orang pertama membuat pesanan aiskrim. Maya Ellisa pula sedang memandang menu – menu aiskrim yang kelihatan sungguh berselera.

“ I nak fresh orange sherbet, please..” pesan Ria.

“ You... ambillah banyak sikit, banyak tu mana cukup? Tak padan langsung dengan duit yang I bayar kat you tau! Jangan sampai I panggil manager you!” banyak pula kerenah Ria pada kali ini.

Semua pelanggan sudah memandang pelik ke arahnya. Namun itu langsung tidak menghiraukannya. Pekerja itu kelihatan takut – takut, mungkin bimbang sekiranya betul – betul laporan akan dibuat pada bosnya. Permintaan Ria itu hanya diturutkan sahaja.

“ Minah ni... tak padan dengan badan kecik, makan macam badak! Nasib akulah nak kena layan dia setiap kali ada trip..” bisik Megat Andrian rapat di telinga Megat Adam.

“ Tu lah! Siapa suruh kau jadi pilot?” bisik Megat Adam kepada Megat Andrian pula. Belum sempat Megat Andrian menjawab, Megat Ameer terlebih dahulu mencelah.

“ Daddy... when can we go watch the movie? It feels like years now...”

“ Ameer sayang... kejap lagilah. Ameer yang mintak aiskrim dulu kan? Kita tunggu kak Ria habis buat pesanan dulu, okey? Ameer gentleboy kan?” soal Maya Ellisa lembut kepada Megat Ameer sambil mengusap rambut lebatnya.

“ Gentleman...” tangkas Megat Ameer. Megat Adam hanya tersenyum melihat anaknya. Inilah satu – satunya permata yang membuatkan dia masih mempunyai semangat untuk hidup selepas bekas isterinya meninggalkannya.

“ Maya pandai layan budak. Bertuahnya kau. Pandai kau pilih.” Megat Adam berbisik kepada Megat Andrian.

“ Tengok kaki la abang...” kata Megat Andrian dengan bangganya.

“ Eh? Mana kaki? Oooo.... berbulunya kaki kau! Macam kaki orang utan!” gurau Megat Adam.

Ria yang sedari tadi memandang ke arah mereka semakin panas dengan adegan mesra antara mereka berempat. Jika adanya dia, tidak pula mereka pernah begini.

' Semua ini disebabkan oleh kau, Maya! Kau rosakkan segalanya!' Ria berkata – kata dalam hatinya.

Dengan hati yang panas, Ria sengaja memaniskan mukanya lalu berjalan gaya 'dragonwalk' ke arah mereka. Lalu aiskrim yang dipegangnya sengaja ditumpahkan ke atas baju Maya Ellisa. Basah lencun bajunya dek aiskrim oren itu.

“ Waaa.... basahlah baju Maya! Apa Maya nak buat ni?” Maya Ellisa cuba menyabarkan dirinya kerana dia tahu Ria sengaja menumpahkan aiskrim itu ke bajunya. Malah, Megat Andrian juga perasankan hal itu.

“ Ops... tak sengaja!” kata Ria sambil menekup mulutnya. Megat Andrian yang melihatnya sudah penuh dengan perasaan meluat terhadap wanita gedik itu.

“ Apa masalah kau ni sebenarnya Ria?! Kau jangan ingat aku tak nampak apa yang kau buat kat Maya tadi. Hei! Jangan kau buat muka seposen la, meluat tau tak aku tengok?!” Megat Andrian melepaskan kemarahannya terhadap Ria kerana perlakukan wanita kesayangannya begitu.

Ria ternyata begitu terkejut dengan perubahan drastik perwatakan Megat Andrian demi wanita yang amat dibencinya.

“ Apa abang ni? Ria tak sengaja la. Abang Adam... tengoklah abang Rian...” rengek Ria kepada Megat Adam namun tidak menampakkan apa – apa kesan pun terhadap lelaki itu. Lelaki itu hanya mempamerkan riak wajah bingung. Megat Ameer masih lagi sibuk menghabiskan aiskrimnya.

“ Jangan kau panggil aku abang! Sedar diri sikit tu, kakak!” hambur Megat Andrian sambil menekankan perkataan 'kakak' lalu terus menarik lengan Maya Ellisa untuk beredar dari situ. Megat Adam mendukung Megat Ameer lalu mengekori mereka dari belakang. Dia tahu, kemarahan adiknya itu susah hendak surut.

<<<<<>>>>>

MASUK sahaja ke dalam panggung wayang itu, Maya Ellisa masih lagi membelek blaus yang dibeli oleh Megat Andrian kepadanya sebentar tadi. Blaus berbunga kecil dan beropol itu kelihatan begitu comel sekali di tubuhnya yang langsing.

“ Maya... Maya... kalau ya pun sayang sangat dekat baju yang Rian beli ni, takkan nak belek macam tak pernah tengok baju? Hmm? Dah angau nampaknya...” tegur Megat Adam yang duduk selang satu kerusi iaitu di sebelah Megat Andrian. Kata – katanya membuatkan Megat Andrian tersengih.

Marah dia dah surut la tu... mesti buah hati pengarang jiwa dia dah bagi warning!

“ Mestilah dia sayang... sama macam dia sayang dekat orangnya kan?” Megat Andrian menaikkan sebelah keningnya.

Muka Maya Ellisa sudah merah bak udang dipanggang. Malu pastinya. Terus dia mengalihkan pandangannya ke arah Megat Ameer di sebelah kirinya untuk menyuapkan popcorn ke dalam mulut budak itu.

“ Aaaa....” Megat Ameer membuka mulutnya. Gulp! Selamat sebiji popcorn masuk ke dalam mulutnya.

“ Good boy! Kak Ria tak nak makan popcorn?” soal Maya Ellisa walaupun dia tahu pastinya Ria marah terhadapnya kerana dimarah sebegitu tadi oleh Megat Andrian.

“ Tak nak!” terus wajahnya dipalingkan.

' Dahla aku kena duduk sebelah budak tak semenggah ni, kena menghadap pulak muka betina tu! Budak ni pun satu, kaki tak boleh nak duduk diam. Asyik – asyik tendang kaki aku. Apa? Dia ingat aku tak tau yang ini sebahagian daripada rancangan bebudak dia? Tunggulah kau Ameer... ini Ria, kau tak kenal aku la budak kecik!' marah Ria dalam hati.

“ Tak nak sudah...” hilang terus adab sopannya terhadap wanita itu. Geram, marah, semuanya bercampur dalam Maya Ellisa. Inilah dinamakan air susu dibalas dengan air tuba.

Betul ke peribahasa tu? Suka hati kau la Maya...

Tiba – tiba lampu digelapkan. Siaran mula ditayangkan. Masa untuk kejutan.

“ Wonderpets... Wonderpets...”

“ Maya! Kenapa kita tengok movie ni? Aku ingat tadi abang Adam dah amik tiket movie romantik? Hisy! Kau ni pekak ke hape?!” Ria mencuit paha Maya Ellisa. Maya Ellisa sengaja pura – pura tidak mendengarnya. Dia terlompat sedikit apabila dicuit sebegitu oleh Ria.

“ Maya tak pekak! Ameer yang nak tengok Wonderpets. Mana boleh ajak dia tengok sekali movie yang tak senonoh? Jangan kacau Maya boleh tak? Kak Ria tengok ajelah, tu...” Maya Ellisa menuding ke arah skrin besar itu.

“ Yeah! Go Ming Ming!” Megat Ameer masih lagi dengan rasa terujanya. Matanya bersinar – sinar.

“ Menyampah betul!” rungut Ria. Bibirnya dicebikkan. Marah benar dia terasa pada waktu ini kerana telah ditipu hidup – hidup oleh mereka semua. Pastinya perkara ini akan dilaporkan pada papa kesayangannya itu. Mengada betul!

Tiba – tiba seorang lelaki yang agak berisi mengambil tempat di sebelah Ria. Lelaki itu tersenyum manis ke arahnya. Ria memandangnya dengan riak wajah yang cuak.

“ Sorry...” ucap lelaki itu tanpa dipinta.Semakin bingung Ria apabila lelaki itu meminta maaf kepadanya.

Prrrraaaggghhh..... Ria menutup hidungnya dengan segera selepas 'bom' nuklear telah dilepaskan oleh lelaki yang duduk di sebelahnya.

Prrraaaggghhh..... sekali lagi 'bom' dilepaskan. Barulah dia mengerti kini mengapa lelaki itu meminta maaf kepadanya sebentar tadi, rupa – rupanya bersebab! Azab sungguh dia rasakan setiap kali lelaki itu membuang angin.

Megat Ameer masih khusyuk melayan Wonderpetsnya. Bahu Maya Ellisa sudah terhinggut – hinggut kerana menahan tawa. Ditambah pula dengan kejadian yang berlaku sebentar tadi, seperti hukum karma pula yang membalas kan?

Megat Andrian mengerutkan dahinya melihat Maya Ellisa yang sedang mengekek – ngekek ketawa. Lengan berlapik Maya Ellisa dicuit perlahan sambil menunjukkan wajah bingungnya. Maya Ellisa terus membisik kejadian yang sedang berlaku kepada Megat Andrian. Kini Megat Andrian pula yang menahan tawanya. Dengan segera berita 'hangat' itu dibisikkan ke telinga abangnya. Megat Adam pun apa lagi? Ketawa jugalah...

“ How irony, right Maya?” tanya Megat Andrian dengan nada berbisiknya setelah tawanya reda sedikit. Namun tawa Megat Adam masih belum surut. Maklumlah, orang ini sudah dijangkiti penyakit gelak berlebihan.

Ditambah pula dengan tayangan yang sungguh membosankan, ketiga – tiganya ralit dalam dunia mereka sendiri. Oops! Keempat – empat... tidak termasuk Megat Ameer.

Maya Ellisa hanya mengangguk tanda setuju sambil tersenyum. Jika diingatkan kembali, jahat juga ya, Maya Ellisa kerana mentertawakan Ria. Memang pada muka pun Ria, siapa suruh berniat buruk terhadap orang lain? Haa... itulah padahnya.

2 comments:

  1. Best...
    Padan muka dengan Ria tu,nak kenakan orang lain tapi dia yang terkena....hahaha XD

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)