Megat Andrian
Haikal, jejaka tampan yang telah berjaya mendapat tempat dalam hati
Maya Ellisa. Rasa cinta buat wanita itu tidak pernah berkurangan
walau sesaat pun.
“ Kal sayang
sangat dengan Maya. Dengan ini, saya, Megat Andrian Haikal, dengan
setulus hati saya, inginkan kepastian sama ada puteri kesayanganku,
Dr. Maya Ellisa, sudi menjadi peneman hidupku, di kala susah dan
senang, pengubat rinduku, ratu hatiku dan nadi jiwaku?” romantis
suara Megat Andrian menyapa gegendang telinga Maya Ellisa.
Akhirnya perasaan
cinta yang semakin membara tiap hari berlalu itu menyemarak lagi
dengan sebuah ikatan yang suci. Itulah janji yang dipegang oleh Maya
Ellisa dan Megat Andrian Haikal. Dan sekarang, ia menjadi kenyataan.
Kedua – duanya bagaikan pasangan kekasih yang sedang hangat
bercinta. Tiada kata – kata yang mampu diucapkan di bibir Maya
Ellisa kerana jejaka idamannya sudah sah menjadi miliknya.
Mestilah Megat
Andrian Haikal itu jejaka idamannya. Lelaki itu juga didambakan oleh
rata – rata wanita yang melihatnya, mereka pasti akan cair jua,
termasuklah yang sudah berumahtangga. Matanya berwarna kehijauan,
rambut hitamnya yang berkilat serta suara yang mampu menggetarkan
jiwa mana – mana wanita. Itulah Megat Andrian Haikal yang bergelar
suami kepada Maya Ellisa.
Di kala kebahagiaan
dicapai, pasangan itu pula diuji dengan kejadian yang tidak diingini.
Pesawat yang dikendalikan oleh Megat Andrian Haikal telah terhempas.
Malangnya, dia telah disahkan menghidap amnesia jangka pendek.
“ Kau... siapa?!
Kenapa asyik menangis – nangis dekat tangan aku ni? Kau ke doktor
yang merawat aku? Mama! Get me another doctor! Ria! Hisy... rimaslah
kau ni!”- Megat Andrian Haikal
Ya Allah... siapa
pula Maya Ellisa di matanya kini? Siapa pula gerangan Ria yang
dimaksudkan sebentar tadi?
“ Kalau kau dah
cakap yang kau ni isteri aku, aku perlukan masa sama ada nak
percayakan kau ataupun tidak. Sebab, aku takkan boleh hidup dengan
orang yang aku tak cintakan langsung. Aku beri kau masa tiga puluh
hari untuk buktikan yang kau ni isteri aku. Sepanjang tempoh itu, kau
akan tinggal dengan aku dekat kondominium aku. Ingat, aku bebas nak
buat apa pun, kau tak ada hak langsung dalam rumah tu. Dan kalau kau
gagal, kau akan pergi dari hidup aku selama – lamanya dan jika
benar kau tu isteri aku, aku akan ceraikan kau lepas kau lahirkan
anak dalam kandungan kau tu. Ria, akan jadi isteri aku lepas tu. Kau
setuju?”- Megat Andrian Haikal
“ Baiklah...
kalau itu yang abang nak. Maya sanggup lakukan apa sahaja untuk
abang, sebab Maya sayang sangat dekat abang.” - Maya Ellisa
Kerjaya Maya Ellisa
sebagai doktor terpaksa ditinggalkan bagi memenuhi hasrat si suami.
Dirinya tidak ubah bagaikan orang gaji sahaja di kondominium lelaki
yang sangat dicintainya itu. Dimaki, dicerca, segalanya ditelan demi
suaminya yang belum pulih sepenuhnya itu dan demi anak yang
dikandungnya.
Mampukah Maya
Ellisa mengembalikan rasa cinta yang pernah terbit di hati lelaki
yang bernama Megat Andrian Haikal itu? Mampukah dia terus bertahan
dengan kerenah lelaki itu? Akan berkekalankah cinta Maya Ellisa buat
Megat Andrian Haikal?
Apa pendapat anda?? Syiqin nak
start novel baru ni. Hope to get your support, my dear blog readers!
Komen2 anda akan sangat membantu! Assalamualaikum, selamat berbuka
puasa! :-D
macam best....mmmm pasti best....wahai syiqin hanie sila la start novel baru tu...
ReplyDeletei vote yes....coz i believe in u...
x pernah menghampahkan peminat2 anda...
-emmy-
terima kasih emmy...
Deletesyiqin dah start pun, because of you, syiqin lagi bersemangat!!!
thank you! thank you!
Best lh x sbar nak bace .... Good luck
ReplyDeletethank you...saya akan cuba tulis cepat2 buat anda! syiqin dh pun post dekat penulisan2u, cuma tggu utk diupdate kat sana aje. terima kasih to my blog readers!!! :-D
DeleteSinopsis best!
ReplyDeleteMaca dekat P2U, best lah
Sambung cepat2 eh
tima kaseh cik pea...
Deletenext entry,b4 raya k? 17 haribulan...
thank u again, everyone!!
syiqin sgt2 sygkan anda!!
huhuhuhu......
Menarik....#^_^
ReplyDeletebest nye sinopsis dyee.
ReplyDeletex sabar nak baca :D
go go go, fighting !
karya hanie semua best2. cerpen pun best gila !
x rugi bukak blog hanie nihh
-hanim-
thank you hanim...:-D
Deleteer.sory.tapi cerita ni macam pernah kuar da.i mean jln cerita dye.nway, all the best
ReplyDeletesaya baru aje baca sinopsis pun dah best.
ReplyDelete