My Cute Buddies!

Tuesday 5 June 2012

Suamiku Mr. Bean Manja Bab 14


 BAB 14

Hari ini merupakan hari untuk majlis perkahwinan Qaireena Airysha dan Tengku Danial. Majlis yang berprestij itu akan diadakan di Hotel Serenade, iaitu salah satu hotel milik syarikat Tengku Danial. Segalanya teratur rapi. Yalahkan, kan bos besar nak kahwin....eh! Dah kahwin pun. Nampaknya frust menungging la perempuan – perempuan di luar sana.

Tema perkahwinan mereka ialah ros merah dan ros putih. Merah, warna kegemaran Tengku Danial, dan putih pula kegemaran Qaireena Airysha. Di pelbagai sudut ballroom yang berhias cantik itu, terdapat jambangan besar ros merah dan putih. Sama juga seperti di atas meja makan. Para tetamu yang dijemput pula, semuanya VIP.

Tengku Danial memandang tubuh sasanya yang dibaluti kot berwarna putih. Dia memusing ke kanan. Ke kiri pula. Ke belakang pula. Hmmm.....handsome dah! Rambutnya pula, seperti biasa disisir ke belakang dengan hanya menggunakan tangan. Sedang dia asyik mengamati kekacakan wajahnya, tiba – tiba dia dikejutkan dengan bunyi ketukan di pintu.

“ Masuk!” arahnya lantang. Hisy....siapa pula yang datang masa saat – saat kritikal ni? Kacau line betullah...

“ Tuan, semua dah menunggu. Cuma tunggu tuan dan puan untuk turun ke ballroom.” kata seorang butler yang masih terjengul di muka pintu.

“ Hmmm.....okey. Arman! Mana Puan Reena?” ditanya pula kepada butler yang bernama Arman itu. Rasa gemuruhnya tidak dapat disembunyikan lagi kerana sedari tadi dia asyik memikirkan tentang si isteri. Rindu pun ada, sayang pun ada, malu pun ada. Inilah yang dikatakan oleh Nana Tanjung, malu tapi mahu! Ha....ha....ha....nasib baik sempat rembat. Kalau tidak, agaknya si Izzat dah kahwin dengan bini aku. Huh! Perasan hencem punya Izzat! Aku sejuta kali lagi hencem daripada dia tau.... desis Tengku Danial kepada dirinya sendiri.

“ Puan Reena ada di bilik sebelah. Err....Puan Reena....”

“ Kenapa dengan Reena?!”

“ Dah hot....err...marah! Semuanya la tuan. Dia kata tuan bersiap mengalahkan perempuan. Dia jugak cakap.....tuan perasan handsome! Tapi, tuan, saya pasti Puan Reena tengah marah – marah sayang aje tu. Bagi saya, tuan memang kacak.” kata Arman. Naik gerun dia apabila puan besar sudah naik panas. Bini bos, apa boleh buat? Nasib aku la...

“ Saya handsome? Awak okey ke tak ni Arman? Awak.....”

“ Tuan! Saya bukan macam tu! Errr.. tuan, saya rasa baik tuan cepat. Sekarang juga!” Bos aku memang macam budak – budak. Apalah...aku baru puji sikit, dia dah ingat aku ni gay. Hisy...

Tanpa berlengah lagi, Tengku Danial terus keluar daripada biliknya dan menuju ke bilik sebelah. Terus dia membuka pintu tanpa mengetuknya.

“ Awak ni.... kenapa lambat sangat?! Awak tahu tak semua orang dah tunggu kat bawah tu?! Awak ni kenapa?! Jual ikan betullah!” Qaireena Airysha terus menyembur suaminya. Baju pengantin yang terasa rimas di tubuhnya tidak dihiraukan lagi. Wah....handsomenya laki aku. Comel! Kiut! Argh.....rasa macam nak gigit aje! Ya Allah....aku kena bersabar. Dalam kemarahannnya itu, sempat lagi dia memuji si suami yang tercegat di muka pintu.

Lawanya dia.....kontrol Danial. Berlagak maco. Maco. Maco. Okey, sedia, mula.

“ Err...jom.”

Tengku Danial memegang erat tangan Qaireena Airysha. Mereka berdua turun lalu berjalan di laluan yang ditabur dengan bunga ros. Semua yang berada di situ terpegun melihat pasangan pengantin yang kelihatan sungguh secocok bersama. Qaireena Airysha terpegun melihat hiasan di ballroom hotel itu. Terharu dibuatnya.

Cantik sungguh bunga – bunga ros ni. Sanggup si Danial habiskan beribu ringgit semata – mata nak tempah bunga ros ni untuk wedding kami? Ni yang buat aku terharu ni. Aku benci kau Danial! Aku benci kau sebab kau buat aku rasa sungguh disayangi, sungguh diperlukan. Aku benci kau sebab kau membuatkan aku mahu menyayangi kau, Danial. Buat seketika, air mataku bergenang di tubir mata.

Tengku Danial kalut apabila melihat air mata yang bergenang di mata si isteri. Matanya yang seksi terus membulat berubah kepada mod comel pula. Aiseyman....perasan betul mamat ni!

“ Reena....kenapa ni? Tak suka ke? Kalau awak nak, saya boleh ubah semua ni. Awak tak suka bunga ros? Emmm..... Farah, boleh tak.....” baru sahaja dia hendak memanggil Mia Farah, pereka khas buat majlis perkahwinannya, namun dihalang oleh Qaireena Airysha.

“ Danial....thanks. I love it.”

“ Huh?!”

“ Wooit..... tak dengar ke? Awak tak korek telinga e h? Saya cakap, saya suka. Ada faham?” suaranya sengaja dikuatkan sedikit dengan niat mahu mengusik suaminya. Pada ketika itu, mereka sudah duduk di meja khas yang disediakan untuk mereka bersama – sama ahli keluarga kedua – dua pengantin.

“ He....he....he..... I know you will like it.” tersengih – sengih Tengku Danial menjawab isterinya itu. Agaknya, bilalah dia hendak merasa nikmat panggilan abang tu. Kalau tanya, takut pula jika singa betina mengamuk!

Saat itu juga, video Qaireena Airysha sedang tertunduk – tunduk membuat bunyi lembu sedang ditayangkan. Mukanya merah menahan malu. Sudahlah semua tetamu yang berada di dalam bilik itu sudah ketawa berdekah – dekah.

Video itu diambil oleh Tengku Danial dengan diupahnya Shane dengan gula – gula. Memang pada waktu itu, dia sudah menyimpan niat mahu memperisterikan Qaireena Airysha. Memang bermatlamat betul si Danial ni! Nasib baiklah dapat dicapai.

Siapa pulak yang ambil video aku ni? Memang sengaja cari nahas ni! Aku menoleh ke tepi. Tengku Danial sedang tersenyum sendirian. Aku dah agak dah! Memang kerja dia! Nak kenakan aku ye? Nah, rasakan cubitan mak ketam aku ni! Dengan sekuat hati, aku mencubit paha Tengku Danial yang sedang berada di sebelahku. Aku pasti, selepas cubitan itu, pahanya yang putih melepak serta dipenuhi dengan bulu – bulu jagung, akan merah menyala.

“ Ahhhhh!!!!!!” suara nyaring Tengku Danial memenuhi ruang ballroom Hotel Serenade. Dengan serta – merta, beratus – ratus pasang mata tertancap padanya. Tengku Danial hanya mampu tersengih untuk menutup malunya serta kesakitan yang semakin berbisa di pahanya itu. Tangan aje kecik, tapi memang berbisa wo!

“ Danny, please behave, won't you? Nanti apa pula kata tetamu. Anak mummy dah separuh nuts.” Puan Sri Arelia menegur anaknya. Perlakuan Tengku Danial yang sesuka hati menjerit itu dianggap kurang sopan dan perlu ditegur. Kejadian sebenar yang berlaku tidak pula diketahuinya. Kasihan pula nasib si anak.....

“ Okey mummy....” Tengku Danial sehabis mungkin mengawal suaranya agar kedengaran maco. Qaireena Airysha yang berada di sebelah sudah ketawa terkekek – kekek. Bahunya semakin galak terhinggut – hinggut menahan tawanya. Puan Wan Noor Hidayah dan Dr. Hakimi Nordin menggeleng melihat anak mereka.

“ Minta maaf semua, minta perhatian anda sekejap ye. Tuan Danial ada special request malam ini. Sila tampil ke pentas tuan.” umum En. Hafiz, selaku pengacara bagi majlis perkahwinan bosnya.

Qaireena Airysha terpinga – pinga. Apa pulak mamat ni nak buat? Jangan malukan aku sudahlah...

“ To my wife, Qaireena Airysha, saya nak hadiahkan lagu ini untuk awak. Saya harap awak suka, walaupun suara saya tak berapa okey. Tapi sebenarnya sedap jugaklah....” sempat lagi Tengku Danial bergurau.

Dengan satu nafas, Tengku Danial mula menyanyi untuk isterinya.

If you ever leave me, baby,
Leave some morphine at my door
Cause it would take a whole lot of medication
To realize what we used to have,
We don't have it anymore.

There's no religion that could save me
No matter how long my knees are on the floor, oh
So keep in mind all the sacrifices I'm making
To keep you by my side
And keep you from walking out the door.

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

I'll never be your mother's favorite
ah ,Your daddy can't even look me in the eye
Oooh if I were in their shoes, I'd be doing the same thing
Saying there goes my little girl
walking with that troublesome guy

But they're just afraid of something they can't understand
Oooh well little darling watch me change their minds
Yeah for you I'll try, I'll try, I'll try, I'll try
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain

Ooooh Don't just say
goodbye, don't just say, goodbye
I'll pick up these broken pieces 'til I'm bleeding
If that'll make it right

Cause there'll be no sunlight
if I lose you, baby
There'll be no clear skies
if I lose you, baby
Just like the clouds,
my eyes will do the same if you walk away
Everyday, it will rain,
rain, rain, rain...

Air mataku terus mengalir. Aku sungguh terharu. Walaupun suaranya tidak setanding Bruno Mars, tetapi ia kedengaran sungguh merdu di telingaku. Sayang? Entahlah. Tetapi, yang bahagian morfin tu memang tak masuk dek akal. Aku memang tidak pernah tinggalkan morfin depan pintu rumah sesiapa pun.

Entah angin apa yang merasukku, aku terus memeluk Tengku Danial apabila dia tiba di meja. Aku yang baru sahaja menyedari keterlanjuranku, terus merungkaikan pelukan lalu menyambung makan. Rasa maluku sudah tidak tertahan lagi. Mataku hanya dihalakan ke arah pinggan yang masih penuh dengan juadah yang semuanya sedapsedap.



QAIREENA Airysha dan Tengku Danial pulang ke rumah agam Tengku Danial dengan menggunakan kereta kuda. Tengku Danial telah menempah khas kereta kuda buat isteri tersayang kerana dia telah dimaklumkan bahawa Qaireena Airysha sangat suka akan kuda. Ini juga salah satu daripada pelannya untuk memikat isterinya. Perkara yang dia belum tahu ialah Qaireena Airysha sudah pun terpikat padanya sejak awal lagi, cuma egonya yang manghalangnya untuk mengakui perasaannya.

Beberapa buah Mercedes Benz berwarna hitam akan mengiringi kereta kuda mereka sehingga sampai ke rumah mereka. Puan Wan Noor Hidayah dan Dr. Hakimi Nordin sudah menaiki pesawat pulang ke Pulau Pinang kerana mereka mempunyai hal mustahak yang perlu diselesaikan. Jikalau tidak, sudah pasti mereka ingin tinggal bersama anak mereka walaupun selama sebulan lamanya.

Sesampainya di rumah Tengku Danial, aku hanya tercegat di satu sudut. Aku tidak tahu apa yang harus kulakukan. Rumah yang pernah menjadi idamanku, kini aku akan tinggal di dalamnya. Macam tak percaya aje! Aku melihat Kak Hanie sedang melambaikan tangannya kepadaku. Aku menghampirinya perlahanlahan kerana baju pengantin yang mengehadkan pergerakanku.

Kenapa kak?

Akak nak bagi satu hadiah to my new sis. But before that, janji dulu dengan akak.terang Tengku Hanie Sofea apabila ditanya oleh Qaireena Airysha.

Janji apa kak?

Just do it.

Apalah sangat kan kalau setakat nak janji. Aku menghulurkan jari kelingkingku kepada Kak Hanie dan disambut pula olehnya.

Janji yang you akan pakai baju ni on your first night, which is tonight.Tengku Hanie Sofea tersenyum simpul. Ini sebenarnya hadiah kepada adik lelakinya itu. Keh...keh...keh...

Okey....

Tengku Danial memanggilku untuk naik bersamanya ke dalam lif. Sesampainya di aras empat, Tengku Danial membuka pintu untukku. Aku pun masuk seolaholah bilik itu kepunyaanku. Eh! Memang aku punya pun...

Danny change first, okay? Oh! Sebelum Danny lupa, tadi Mak Som dah susun semua baju Reena kat dalam closet tu. Yang sebelah kiri, mine. Yang sebelah kanan dan sedikit bahagian kiri itu, Reena punya. Tak sangka betul baju Reena begitu banyak...

Helo....awak ingat saya tak nak bergaya? Of courselah nak...

Ye la...lepas ni, Reena nak pakai baju, tanya Danny dulu. Kalau Danny tak setuju, Reena tak boleh pakai.Tengku Danial menanggalkan kotnya dan kemejanya. Susuk tubuh sasanya jelas kelihatan. Kini dia menanggalkan seluarnya pula dan memakai boxers berwarna biru. Segalanya dilakukan di hadapan Qaireena Airysha tanpa sedikit pun rasa malu.

Apa ni?! Tukar baju dahlah depan aku. Dengan body dia yang seksi tu....Ya Allah, kenapa dia buat macam aku tak wujud ni?

Macam....macam....apa yang....yang....tak boleh pakai?dengan rasa gugupnya yang masih bersisa Qaireena Airysha memberanikan dirnya untuk bertanya.

Kebaya nyonya. That's too sexy.

Kenapa pulak?

Reena, awak hanya untuk tatapan saya sahaja. Not outsiders. Not even my mummy or my sister. Faham? Lebihlebih lagi Abang Adam. No.jangan ingat aku nak suka nak tayangkan bini aku kepada semua orang. Bini aku, hanya untuk aku and that's final.

Macamlah dia orang nak tergoda tengok saya....

Why not? Kalau pinggang dah kecik macam tu, siapa yang tak nak tengok? Tak percaya? Tengok. Secekak tangan Danny pun sebesar pinggang Reena. Danny tahu benda yang berada dalam fikiran orang lelaki zaman sekarang ni.Tengku Danial sudah mendaratkan tangannya di atas pinggang ramping Qaireena Airysha. Namun cepat sahaja Qaireena Airysha mengelak. Meremang bulu roma dibuatnya!

Okey...okey....saya nak tukar baju dulu boleh? Awak pergilah tidur dulu. Go...go...Qaireena Airysha menghalau Tengku Danial ke arah katilnya. Sebenarnya mahu menghilangkan rasa malu yang masih bersarang di jiwa. Hisy..... dengan suami sendiri pun nak malu. Apa punya perempuan la....

Aku membuka kotak yang diberikan oleh Kak Hanie sebentar tadi. Kalau dah janji, mesti kena tunaikan kan? Huh?! Lingerie? Macam mana aku nak pakai baju yang sebesar.....tapak tangan aku ni? Dahlah berlubang merata! Tidak mengapa, cuba dulu....

Adeh.... baju ni labuhnya sampai atas paha aku ajelah! Kak Hanie memang sengaja nak kenakan aku la! Dada aku pula terbentang luas macam Laut China Selatan. Lengan pula tidak ditutup. Sejuklah aku malam ni. Takkan aku nak kongsi katil dan selimut dengan dia? Tapikan dia suami aku? Aduh....

Aku menjengulkan kepalaku ke luar. Selamat, Tengku Danial dilaporkan sudah tidur. Tidur pun gaya macam tak nak bagi aku tidur aje. Satu katil dia kuasai! Bentuk starfish pula tu! Penat sangat agaknya....

Qaireena Airysha menyelongkar beg pakaiannya lalu mengambil teddy bear kegemarannya. Perlahanlahan dia mengerekot ke arah sofa dan mendaratkan tubuhnya di situ. Terus dia lena sambil mendakap teddy bearnya itu.

Tengku Danial terjaga apabila menyedari tiada sesiapa di sisinya. Dicarinya meratarata Qaireena Airysha. Akirnya matanya tertancap pada sekujur tubuh seksi yang sedang lena di atas sofa. Kasihan pula dia melihat isterinya tidur di atas sofa sematamata tidak mahu kejutkannya.

Seksi gila bini aku! Aku, si suami pun boleh tergugat tengok keadaan dia macam ni. Cuba bayangkan orang lain. Kalau boleh aku nak simpan bini aku dalam bilik aje. Susah pula jika dikatakan sebagai kes penderaan pula. Comelnya dia tidur peluk teddy bear. Kan best kalau dia tidur peluk aku?

Dengan perlahanlahan Tengku Danial mengangkat tubuh Qaireena Airysha ke arah katil. Nampak sahaja kecil, tetapi minah ni berat tulang tahu! Tengku Danial menyelimutkan Qaireena Airysha sebelum memeluknya lalu tidur. Keduaduanya lena dalam dakapan masingmasing pada malam itu.



CAHAYA matahari yang menerobosi melalui tingkap mengejutkanku daripada tidurku yang sungguh lena. Aku tersentak. Bagaimana pula aku boleh berada di atas katil ini? Mungkinkah.... Aku tersentak sekali lagi apabila mendapati Tengku Danial sedang memandangku dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Apa yang berlaku malam tadi? Aku memeriksa baju tidurku yang seksi, tiada apa yang berlainan. Fuh...nasib baik.

“ Apa tengok – tengok? Tak pernah tengok manusia ke? Apa, muka saya ni bentuk empat segi ke?” Qaireena Airysha bertanya kepada Tengku Danial kerana semakin lama dia ditenung begitu, makin tidak keruan dibuatnya.

“ Nope. Just wondering kenapa baju tidur awak macam tu? Baru saya faham. Kalau perempuan berbalut masa keluar rumah, di dalam rumah pula terbuka merata kan? Oh...patutlah...”

“ Apa yang patut?”

“ You and that extremely sexy night dress.” matanya semakin tidak berkelip memandang isterinya. Hanya tuhan sahaja tahu betapa terseksanya dia pada malam semalam kerana menahan gelodak perasaan yang begitu hebat.

“ Kalau awak nak tahu sangat, your sis yang suruh saya pakai macam ni. Bukan saya suka – suka nak tayang body. Huh!” Qaireena Airysha menarik selimut untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah itu. Malunya....

“ Macam ni tiap – tiap malam Danny tak lena tidurlah....”

“ What?!”

“ Jangan pakai macam ni tau kat luar. Only in bedroom, you're allowed. That is, just untuk Danny.” Tengku Danial sudah bangun dari pembaringannya. Pagi ini, dia berhasrat mahu mengenakan lagi Qaireena Airysha. Muka kemerahan isterinya sentiasa mencuit hatinya. Tidak kiralah jika dia marah atau malu. Tetapi jika marah, muka isterinya itu hodoh sikitla... sikit aje tau sebab ada banyak kedutan. Tapi tetap comel di mata Tengku Danial.

“ Macamlah aku beria – ria sangat nak pakai baju tak cukup kain ni....” Qaireena Airysha menggerutu kepada diri sendiri.

“ Jom!” ajak Tengku Danial tiba – tiba.

“ Pergi mana pulak ni? Kalau ya pun, saya nak mandi dulu.” Qaireena Airysha mengalihkan selimut daripada tubuhnya lalu beransur pergi ke bilik air yang sebesar sebuah apartment. Tangannya ditangkap oleh Tengku Danial dengan kuat.

“ Kita mandi sekali.”

“ Tak mahulah... Danial....tolonglah lepaskan saya.” Qaireena Airysha memuncungkan bibirnya tanda protes sambil menghentakkan kakinya.
“ Nope. Reena kena mandikan Danny. Then you can shower on your own. Kalau nak Danny duduk sekali pun boleh.” Tengku Danial tersenyum herot seperti kucing jantan yang sudah bersedia untuk mengawan.

“ Pulak dah?!”

“ Arahan suami jangan sesekali dingkari tau...”

“ Fine... jomlah!” Qaireena Airysha menarik tangan Tengku Danial ke bilik air.

“ Bukak baju! Cepat!” arah Qaireena Airysha. Buat seketika, dia terlupa bahawa suaminya itu tidak memakai baju sewaktu tidur. Tangannya ligat memutar tombol pili air suam ke dalam tab mandi.

Tengku Danial baru sahaja ingin membuka boxer yang dipakainya namun cepat – cepat dihalang oleh Qaireena Airysha.

“ Kenapa ni? Reena suruh bukak, Danny bukak la. Kalau tak dapat buka baju, buka seluar pun jadi kan?”

“ Tak payah! Tak payah!”

“ Habis tu macam mana Reena nak mandikan Danny? Nanti basahlah boxer favourite Danny...” Tengku Danial masih memegang tangan Qaireena Airysha.

“ Bolehlah...please? Janganlah buat macam ni. Awak lebih sayangkan boxer awak yang tak macam manusia tu daripada saya?” Qaireena Airysha menggunakan teknik mengugut pula. Matanya dikerdip – kerdipkan beberapa kali.

“ Okey...” Tengku Danial melangkah masuk ke dalam tab mandi yang sudah dipenuhi air suam.

Mula – mula aku mula menyental rambut suamiku yang berwarna perang dengan syampoo Carrie Junior strawberry. Dah itu aje syampoo yang ada. Best pula aku rasa waktu nak sental rambut dia. Lembut. Bukan macam rambut aku, memanjang aje kusut.

Tengku Danial sengaja menyemburkan air ke arah Qaireena Airysha. Qaireena Airysha hanya mampu menunjukkan muka bengang. Mata Tengku Danial tidak lepas – lepas daripada memandang susuk tubuh isterinya yang begitu menggiurkan lebih – lebih lagi dalam keadaan basah seperti ini.

“ Awak tolong jangan pandang saya macam awak nak makan saya boleh tak? Kalau orang lain nampak, mesti awak dah dicop sebagai cannibal. Buang karan aje. Dah. Keluar sekarang. Saya nak mandi pulak.”

“ Boleh tak Danny nak tengok macam mana Reena mandi? Danny nak belajar la..”

“ Jangan nak menggatal! Keluar!” arah Qaireena Airysha. Makin dilayan Tengku Danial, makin menjadi – jadi pula jadinya dia.

Tengku Danial membalutkan tubuh sasanya dengan sehelai tuala. Sebelum menapak keluar, dia sempat lagi mencuit pipi isterinya. Makin membahang Qaireena Airysha dibuatnya.



AKU keluar dari bilik air lengkap berpakaian. Aku berasa hairan kerana Tengku Danial masih belum lagi memakai baju. Dirinya tidak ubah seperti kali terakhir aku melihatnya. Siap bersantai atas katil lagi! Nak kena fire dengan aku betullah mamat ni!

“ Kenapa tak pakai baju lagi ni?”

“ Danny nak Reena tolong pakaikan untuk Danny.”

Huh...manjanya suami aku. aku memakaikannya dengan T- shirt merah dan jeans Texan berwarna hitam. Aku tahu jika aku menolak, pasti dia akan menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Malas nak bertekak lagi dengan dia.

“ Reena, lepas ni kita keluar tau. Lapar tak? Sebab Danny nak ajak Reena shopping and then terus brunch.”

“ Brunch?”

“ Tak pernah dengar ek? Breakfast and lunch.” Tengku Danial menerangkan kepada Qaireena Airysha. Boleh tahan blur jugak bini aku ni. He... he.... he...

Aku tahulah malaun. Mana pulak dia nak ajak aku makan? Baru satu hari kahwin, tak bagi duduk rumah. Bayangkanlah seumur hidup aku dengan mamat ni...

“ Okey ja.... sekarang ke?”

“ Yes darling.... jom.”

“ Kejap. Nak pakai tudung.” Qaireena Airysha mengambil sehelai selendang lalu menuju ke arah meja solek.

“ Reena....”

“ Hmmm?”

“ Jangan pakai mekap tau.”

Ada lagi pulak larangan dia? Aku dah jadi tak lain macam tawanan askar Jepun aje.

“ Why?”

“ Awak dah cukup cantik macam ni. Tak payah nak bertukar jadi macam zombi lagi macam perempuan – perempuan lain. Macam kawan baik awak tu..” selamba Tengku Danial berseloroh.

“ Saya memang tak suka pakai mekap. Sebelum ni pun mana pernah saya pakai mekap? Kecuali on our wedding day. Maksudnya, saya nampak macam zombi ke semalam?” Qaireena Airysha mengerutkan dahinya.

“ Tak lah....awak cantik sangat semalam. Danny ugut aje tak nak Reena pakai mekap sebab takut orang lain rembat Reena from Danny.”

“ Cemburu sangatlah awak ni. Dah peringkat kronik, tahu tak?”

“ Itulah padahnya ada bini cantik macam awak ni. Tapi saya pun hensem tau. Ada pangkat, kedudukan lagi.” Tengku Danial tersenyum bangga.

“ Dan jugak status sebagai suami orang. Tu la...siapa yang gatal sangat nak menikah dengan saya?” sambung Qaireena Airysha.

“ Danny jugak! Jom....jom.... kalau tak sampai esok tak pergi shopping tahu tak?”

“ Perasan hensem punya budak....” Qaireena Airysha meluahkan isi hatinya sambil membuntut Tengku Danial dari arah belakang menuju ke lif. Di dalam hatinya pula, dia sangat mengakui bahawa suaminya itu teramat kacak! Sangat, sangat kacak!




No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)