My Cute Buddies!

Friday 3 August 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 19


BAB 19

Qaireena Airysha sedang menunggu dengan sabar di kaunter sementara menunggu pesanan ayam dan burger KFC. Untuk siapa lagi makanan itu kalau bukan untuk suami terchentanya? Sebab sayang suami punya pasal, dia sanggup menunggu.

Kalau sebulan lepas, pastinya dia sudah menyumpah – yumpah lelaki kacukan Inggeris dan Perancis itu. Kini, segalanya begitu indah buat pasangan ini yang bagaikan baru sahaja berada di alam cinta. Memang pun bagi Qaireena Airysha, ini ialah kali pertamanya menempuh alam cinta bersama suami tercinta. Segala rintangan yang bakal tiba, akan diharunginya dengan tabah.

Rintangan?

“ Hei... look who we have here Izzat? Hmm... nampak gembira aje you hari ni? Nak beli makanan untuk Danial ke?” oh, ini rupanya rintangan yang dimaksudkannya. Siapa lagi kalau bukan minah gatal tu, Nadia. Jejaka yang tercongok di sebelahnya, hanya tergamam melihatkan gadis pujaanya berada di hadapan matanya sekarang.

“ Hmm...” Qaireena Airysha hanya beriak selamba. Malas mahu melayan manusia hipokrit seperti ini.

“ I rasa Danial dah makan la, buang duit you aje beli makanan untuk dia. Dia sibuk aje hari ni. Tak payahlah you nak ganggu suami kesayangan you tu...” Nadia memaut erat lengan Izzat. Izzat hanya membatukan dirinya sedari tadi. Qaireena Airysha pula melemparkan senyuman yang tidak ikhlas buat belangkas berdua itu.

“ Aku suka jadi penyibuk. Kalau sayang aku dah makan pun, aku lahaplah sorang – sorang. Hmm... dapatlah aku makan lebih.” sengaja perkataan 'sayang' itu ditekankannya. Di dalam hatinya tidak lepas – lepas berdoa agar makanan yang dipesannya cepat sampai. Malas mahu melayan manusia berdua ini.

“ Kau ni badan aje kecik. Makan mengalahkan big show! Kau jangan ganggu suami kau la. Kau kan sayangkan dia? Hmm... kau dah makan, Rysha?” dalam nada sinisnya pun, Izzat masih sempat bertanya tentang Qaireena Airysha. Ye la... nak amik hati dia kan?

“ Aku tak makan lagi. Nak makan dengan suami aku yang teramat handsome tu la. Ahh... mata dia yang biru, cair hati aku! Tutur katanya yang lembut, lagi lemah lutut aku! Tak sabar aku nak jumpa dia!” ' dan aku juga tak sabar nak berambus dari sini daripada menengok muka korang!' tambahnya dalam hati.

“ Eleh... setakat laki macam Danial tu, petik jari aje aku boleh dapat! Kau ingat kau tu bagus sangat ke dapat Danial?!” Nadia mula rasa tercabar dengan riak selamba Qaireena Airysha. Dan juga pujian melambung yang ditujukan khas buat Tengku Danial.

“ Semua hal kau nak sibuk. Kalau kau ingat kau dapat sakitkan hati aku dengan bermesra dengan Danial kat dalam ofis tu, kau silap besarlah Rysha.” sakit hati Izzat masih belum pulih lagi. Kalau boleh, walau dengan apa cara sekalipun, dia tetap ingin memiliki hati wanita ini.

“ Nadia, memanglah kau boleh dapat beratus lelaki macam Danial. Tapi aku? Aku hanya nak satu lelaki sepertinya dan itu ialah Tengku Danial, dan tiada siapa lagi yang dapat menggantikan tempatnya dalam hati aku.” Qaireena Airysha menjeling tajam Nadia. Kini panahan matanya jatuh pada Izzat pula. Nasib kaulah Izzat, kan nak kena fire dengan perempuan kecik ni?

“ Hmm... Izzat, kalau kau rasa macam aku ni dalam usaha nak sakitkan hati kau, kau anggap ajelah macam tu. Wah... wah... wah... hepinya dapat sakitkan hati orang lain tanpa usaha sekalipun! Ehem... aku memang penyibuk, tapi setakat penyibuk suami aku ajela, dan aku bukan penyibuk rumah tangga orang lain. Bak kata orang cina, kepochi! Assalamualaikum”

Puas rasa hatinya setelah meluahkan segala yang tersarang di hatinya. Nasib baiklah makanan yang dipesannya itu sudah sampai. Kalau tidak, maka tidak adalah ending dramatik kepada adegan bertikam lidah yang hangat itu.

“ Izzat, you dengar tak apa perempuan sengal tu dah cakap?! Kurang ajar punya betina!” Nadia melepaskan amarahnya terhadap Qaireena Airysha. Namun tidak pula rasa itu melekat pada Izzat. Hatinya masih lembut untuk menerima setiap patah kata yang diucapkan oleh wanita itu terhadapnya. Cuma mulutnya sahaja yang begitu lancang berkata – kata.

Baik apanya mamat tu? Dah sampai peringkat nak musnahkan rumah tangga orang, itukah namanya cinta sejati? Hampeh punya mamat sengal!

“ Habis tu, you nak kita buat apa?” Izzat melepaskan keluhan yang berat.

“ I nak perempuan tu menderita. I nak memiliki Danial. I tak nak betina tu jadi penghalang.” Nadia melepaskan tawanya bagaikan dirasuk sahaja gayanya.

“ You nak Danial. I nak Rysha. I akan jaga dia dan I tak nak sesekali pun dia menderita. You jangan berani nak sakiti dia.” keras bunyi amaran Izzat.

“ Eleh... cinta sehidup semati la konon. Okey la. Kalau macam tu, kita rancangkan sesuatu supaya mereka berpisah. Hmm... amacam? Betina tu bahagia dengan you, I pulak bahagia di samping Danial.” Nadia sudah mula merencanakan rancangan jahatnya. Ya Allah, masih ada jugak manusia yang berhati iblis begini. Nauzubillah...

“ Hmm... tapi you pasti ke Danial tu sukakan you? Macam mana kalau dia betul – betul sayangkan Rysha?” Izzat menyuarakan kebimbangannya. Senyuman jahat Nadia dengan serta – merta mati.

“ Hisy, you ni! Belum apa – apa, dah cakap negatif! You pun apa kurangnya? Betina tu dah reject you dari dulu lagi dan you masih kejar dia bagaikan seekor anjing. Dia tak layan you pun. Sama macam I jugak. Kita kenalah usaha sikit, Izzat oii...” bibirnya yang nipis itu dicebikkan. Macam Donald Duck sungguh!

“ Kalau I macam anjing, then you macam bit....” Izzat melepaskan tawanya sebelum sempat dia menghabiskan kata makian itu. Kelakar baginya.

Nadia mencerlungkan matanya ke arah Izzat tanda marah. Namun buat hanya seketika. Mereka terus melepaskan tawa tanpa menghiraukan mata – mata yang sedang memandang pelik ke arah mereka. Alah... biarlah...



HATI Qaireena Airysha berbunga riang sepanjang berjalan menuju ke bilik suaminya. Sengaja tidak mahu diberitahu tentang kehadirannya kepada Tengku Danial kerana kononnya mahukan surprise. Macam mana kalau dia betul – betul sibuk seperti yang dikatakan oleh Nadia? Dan di manakah dia hendak menyorokkan mukanya yang cun ini jikalau benar Tengku Danial sudah makan?

Biarlah... sayang suami punya pasal, apapun sanggup diredahnya. Termasuklah parasit seperti Nadia dan Izzat.

Qaireena Airysha sedang berkira – kira untuk mengetuk pintu bilik suaminya. Tiba – tiba dia terdengar bunyi hempasan yang kuat di atas meja dan suara suaminya mengarahkan seseorang itu keluar. Marah benar bunyinya. Kecut perutnya mendengarkan suara nyaring Tengku Danial.

Aduh... aku salah timing la. Time laki aku nak pecat orang jugak aku nak menyibuk. Sekarang ni, aku patut masuk atau tidak? Kalau aku masuk, besar kemungkinan aku pun akan dijerkah sebegitu. Kalau aku tidak masuk, bazirlah pulak makanan ni.

'Kalau sayang aku dah makan pun, aku lahaplah sorang – sorang. Hmm... dapatlah aku makan lebih.'

Qaireena Airysha tergigit lidahnya sendiri apabila teringatkan kata – katanya kepada Nadia dan Izzat sebentar tadi. Sebelum dia bercadang hendak berlalu, tiba – tiba pintu bilik Tengku Danial dikuak dari arah dalam. Seorang lelaki yang kelihatan segak sedang keluar. Wajahnya kelihatan sungguh kusut sekali.

Handsomenya mamat ni! Aduh! Boleh gugur jantung aku tengok dia lama – lama. Mata dia.... sebijik macam mata Danial! Biru kehijauan! Kulit pun putih kemerahan. Rambut dia pulak warna perang kehitaman. Macam rambut Danial! Tapi rambut Encik Handsome ni gelap sikit warna dia daripada rambut Danial.

Encik Handsome? Pandai – pandai la kau bagi nama kat dia Qaireena Airysha.... Kalau Danial tahu, habislah kau.

Qaireena Airysha melemparkan senyuman kepada jejaka tampan yang berada di hadapannya. Jejaka itu sekadar membalas biasa. Tiada riak yang terpamer di wajahnya.

“ Reena! Masuk cepat! Yang tercegat kat pintu tu kenapa?! Tersengih – sengih!” marah Tengku Danial apabila menyedari Qaireena Airysha sedang tersenyum kepada jejaka itu.

“ Err... okey abang!” Qaireena Airysha terus menikus ke dalam bilik Tengku Danial.

Danial... Danial... bila agaknya kau nak dengar penjelasan aku? Aku yang tidak bersalah pulak disalahkan. Abang? Mungkin perempuan tadi tu bini kau. Sampai hati kau tak bagitau aku?Aku sanggup terima itu demi kau Danial. Dan demi daddy, aku sanggup telan semua ini. Sempat lagi Tengku Dzul yang digelar Encik Handsome itu bermonolog pada dirinya.

Qaireena Airysha berasa amat jauh hati dengan layanan dingin yang diberikan oleh suaminya. Namun hati kecilnya itu dipujuk agar tidak cepat melatah kerana mungkin Tengku Danial sedang sibuk pada ketika itu.

Tengku Danial meraup wajahnya dengan kasar. Qaireena Airysha yang sedari tadi duduk di sofa berhadapan dengan meja Tengku Danial tidak berani untuk bersuara. Kecut perut agaknya. Setelah beberapa minit berlalu, pintu bilik pula diketuk.

“ Masuk!” arah Tengku Danial dengan wajahnya yang masih ditundukkan ke arah meja kerjanya.

Nadia menunjukkan muka meluatnya apabila ternampak Qaireena Airysha sedang duduk dengan eloknya di atas sofa. Dengan gaya jalannya yang sungguh menggedik, dia terus menerpa ke arah Tengku Danial. Dengan muka tidak malunya dia mula mengurut – ngurut bahu Tengku Danial.
Qaireena Airysha yang menyaksikan adegan yang tidak senonoh itu hanya membuntangkan biji matanya.

Ek eleh minah tak semenggah ni! Boleh pulak dia meraba – raba laki aku? Depan aku pulak tu?! Gila betul! Nak aku patahkan tangan dia ke? Hisy... Danial ni pun satu, boleh pulak dia biarkan aje?!

“ Sayang... thank you. Sayang duduk dulu. Abang nak siapkan kerja ni dulu okey? Nanti kita keluar makan sekali nak? Abang lapar ni...hmm... Reena?” merah menyala mata Tengku Danial apabila melihatkan Nadia sedang tersenyum sambil memicit bahunya. Terus mati senyumannya.

Tengku Danial menarik bahunya dengan kasar daripada pegangan Nadia. Nadia pula hanya mempamerkan riak wajah cuak. Siapa tak takut wo, kalau bapak singa mengamuk?

“ You tengah buat apa ni?! Nadia! Look at me!! You buat apa ni?!! You tahu tak benda yang you tengah buat tu salah?! Atau, you tak belajar agama langsung? Lagipun, you nampak tak bini I ada kat depan tu?!” Tengku Danial terus menyinga.

“ So...so...sorry Tengku. I...i..it won't hap....ha...happen again...” tergugup – gugup Nadia menjawab tanpa memandang langsung wajah lelaki pujaannya itu.

“ Kalau benda ni berulang lagi, tak kiralah kalau my wife ada ataupun tidak, you jangan berani nak sentuh I! Atau tidak, you akan terus dibuang kerja! I tak perlukan parasit untuk ganggu rumahtangga I, faham?!” tegas kedengaran suaranya. Jikalau tahap kemacoannya jatuh sekalipun, dia sudah tidak kisah.

“ Fa..fah...faham Tengku.”

“ You tercegat apa lagi dekat sini?! Keluar kalau you tak ada kerja kat sini. Jangan asyik nak jual minyak dekat sini.” sinis kedengaran ayat yang dituturkan oleh Tengku Danial.

“ Err... Tengku, you kena sign tender syarikat Dato' Kamil ni untuk pusat peranginan baru kita dekat Desaru.” Nadia menghulurkan fail hijau yang berada di tangannya lalu dia terus berlalu keluar dari bilik itu. Tidak sanggup rasanya untuk dimalukan sebegini rupa lagi.

Qaireena Airysha terkedu,terpana,terpempan dan segala perkataan yang seangkatan dengan perasaan terkejut. Terharu pun ada. Terasa dirinya begitu disayangi. Dia telah berjanji pada dirinya bahawa dia tidak sama sekali akan meragui lelaki ini. Lelaki yang bergelar suaminya. Cintanya hanya untuk Tengku Danial.

“ Reena? Are you okay?” tanya Tengku Danial prihatin kerana dia pasti Qaireena Airysha sudah menyaksikan babak yang tidak senonoh itu. Memang tidak senonoh buat mana – mana para isteri di luar sana.

“ Hmm...” Qaireena Airysha masih teragak – agak untuk mengangkat wajahnya.

Tengku Danial menarik dagu Qaireena Airysha agar memandang tepat ke dalam anak matanya. Qaireena Airysha tersentak seketika.

Erk! Mata laki aku, mata yang terdapat hanya sepasang di dunia ini, sama dengan Encik Handsome tu? Ahh... bingung! Hmm... mungkinkah Encik Handsome pakai kanta mata? Atau.... Tengku Danial ni sebenarnya ada pertalian dengan Encik Handsome?

“ Hey... look at me. Is there something bothering you? Sayang? Abang tak tenang selagi sayang tak cakap honey. Abang minta maaf kalau....” Qaireena Airysha meletakkan jari telunjuknya di atas bibir Tengku Danial.

“ Abang tak ada buat salah apa pun, kenapa nak minta maaf? Kalau pasal tadi tu, Reena tak ada apa pun. Memang Nadia tu yang sengaja picit bahu abang. Abang pulak ingat yang Nadia tu ialah Reena kan? Betul ke abang, hari tu masa Reena picit bahu abang sama dengan si Nadia tu?”

Cit! Apa punya perempuan la. Boleh pulak dia pentingkan isu siapa punya picitan lagi hebat? Minah ni kan...

Tengku Danial tesenyum mendengarkan soalan bodoh yang diajukan oleh Qaireena Airysha. Namun kerana sayangkan bini, dia layankan ajelah....

“ Abang rasa tadi macam lembut sangat. Abang ingatkan Reena dah penat, sebab tu abang nak suruh Reena rehat aje. Tapi bila pusing belakang pula, pelakon opera cina pulak yang muncul. Manusia mana yang tak terkezut?” bisik Tengku Danial rapat di telinga isterinya. Qaireena Airysha didudukkan di atas ribanya.

Aku melepaskan tawaku. Kelakar sungguh cara suamiku menyebut terkezut mengikut gaya Azwan Ali. Aku melentokkan kepalaku di atas dadanya.

“ Ye la tu... maksudnya, Reena picit tu best la?” bersinar – sinar matanya apabila menanyakan soalan itu kepada Tengku Danial.

“ Mestilah isteri abang yang terbaik. Dah memang cara dia ganas dan agresif....” Tengku Danial tersenyum nakal ke arah Qaireena Airysha. Qaireena Airysha mencebikkan bibirnya. Akibatnya, bibir mungilnya dicium oleh Tengku Danial.

“ Abang ni... bibir abang memang tak makan saman betul! Abang... lelaki tadi tu siapa?” akhirnya Qaireena Airysha memberanikan dirinya untuk bertanya.

“ Laa... itu yang buat isteri kesayangan abang tak tenang ye? Okey... okey... nama dia Tengku Dzul Muqri. Puas? Jangan tengok dia lama – lama. Abang tak suka dan abang tak izinkan, faham?”

“ Abang ni, tak habis – habis dengan perangai cemburu dia tu! Reena tanya sebab mata dia, kulit dia semua ada iras – iras abang. Itu aje. Dia sepupu abang ke?”

Tengku Danial melepaskan sebuah keluhan yang berat. Berat sungguh masalah yang ditanggungnya lebih – lebih lagi dengan berita yang disampaikan oleh Tengku Dzul sebentar tadi. Ya, Tengku Dzul, merupakan makhluk yang cukup dibencinya.

“ Dia tak ada kaitan dengan abang pun. Dia tu yang ciplak, abang yang hensem. Dia... klien abang aje. Tak lebih daripada itu.” Tengku Danial terpaksa merahsiakan perkara ini daripada isterinya. Cukuplah hanya dia yang menanggung derita kisah silam itu.

“ Abang ajelah yang handsome. Reena sayang abang sorang aje tau. Dah tak ada ruang untuk orang lain dalam hati ni. Hanya nama Tengku Danial terpahat kukuh. Puas? Jom, makan!” Qaireena Airysha mengeluarkan makanan yang dibelinya tadi. Berselera sungguh gayanya.

Tengku Danial menghela nafasnya perlahan. Dia sedikit sebanyak berasa tenang mendengar kata – kata isterinya tadi. Nampaknya budak kecik sudah maju! Daripada pemalu boleh jadi orang yang paling romantis.

“ Good” hanya perkataan itu sahaja yang terkeluar daripada bibir seksi Tengku Danial.

9 comments:

  1. Berani betul Nadia tu...
    Memang padan muka dia kena sound ngan Tengku Danial tu,suka-suka hati dia je nak picit-picit laki orang...#^_^

    ReplyDelete
  2. alaaa, nadia tu sebok je lahh.
    tuka je la PA danny, ganti ngan reena :*
    -hanim-

    ReplyDelete
  3. cik writer, bila nak sambung citer nieh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. sorry!! en3 mungkin lmbat ckit! sorry sgt2!! time kasih ye sbb brsbar slama ni...

      Delete
  4. best la cite nie.cpt la smbg lg..

    ReplyDelete
  5. best citer ni... kalo la citer ni dibukukan mmg terus beli je

    ReplyDelete
  6. bila nk smbng akk?

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)