BAB 16
“
Hmmm..... bau sedaplah mak masak ni. Apa ni?” Qaireena Airysha
menjongketkan kakinya untuk mengintai masakan Mak Som di dapur.
“
Ketam masak lemak pedas cili api. Rysha makan pedas tak? Takut pula
kalau mak masak pedas sangat.”
“
Makan.... Rysha orang utagha. Mesti makan punya. Siapa pulak yang
suka makan pedas – pedas pulak ni? Dahlah Rysha tengok semua macam
gaya mat salih aje. Takkan makan pedas?” Qaireena Airysha
meletakkan dagunya di atas bahu Mak Som. Manja sungguh gayanya. Mak
Som sungguh tersentuh kerana anaknya di kampung juga sering berbuat
begitu terhadapnya.
“ Puan
Sri makan. Selalu makan. Yang si Danial dengan Hanie tak makan. Suami
Hanie tu makan kekadang aje, ye la sebab selalu sangat pergi
outstation.” Mak Som menerangkan satu persatu kepada menantu baru
di rumah agam itu.
“
Abang Danial tak makan pedas ek? Habis tu, apa yang budak tu nak
makan nanti?” He... he.... he... tak makan pedas? Masa untuk balas
dendam. Idea jahat sudah muncul!
“
Tu.... mak dah masakkan lasagna untuk Danial dengan Hanie.” kata
Mak Som sambil menujukkan ke arah lasagna yang sedang berada di dalam
oven.
“
Hebatlah mak ni! Sampai masakan orang barat pun boleh tahu masak.
Bangganya! Mak, boleh tak mak ajar Rysha masak? Senang sikit kalau
Abang Danial nak makan apa – apa.”
“
Boleh aje Rysha... bertuah si Danial tu dapat bini macam kamu. Pandai
dia memilih.” turut terselit rasa syukur kerana anak bongsu dan
manja majikannya itu akhirnya dipertemukan dengan seorang perempuan
yang sungguh bertanggungjawab. Segala kerja rumah, semua Qaireena
Airysha yang lakukan, walaupun ditegah olehnya beberapa kali.
Qaireena
Airysha hanya tersenyum sumbing apabila dipuji begitu. Bunyi pintu
yang kedengaran menandakan bahawa Tengku Danial sudah pulang ke rumah
selepas waktu bekerja. Qaireena Airysha mengambil sepotong lasagna
lalu menitiskan beberapa titis sos pedas di atas permukaanya.
“ Mak,
yang ni Rysha letak untuk Abang Danial tau. Rysha letakkan di meja
makan dulu ye?” Qaireena Airysha sudah mula mengatur langkah
perlahan – lahan sambil memegang pinggan yang mengandungi lasagna
berapi khas buat suaminya.
“
Terima kasih ye Rysha...” ucap Mak Som ikhlas.
“
Alaaa.... mak, yang ni kan memang tanggungjawab Rysha sebagai isteri
kepada Abang Danial? So, no hal lah.. apa pun, sama – sama!”
balas Qaireena Airysha mengikut gaya kumpulan Alleycats. Minat
agaknya....
Aku
melihat Tengku Danial meletakkan kotnya di atas sofa. Aku mengerekot
ke arah meja makan lalu meletakkan pinggan buat suamiku itu. Aku
berlalu ke arahnya lalu mencium lembut tangannya. Seperti biasa, dia
akan mencium dahiku selepas itu. Aku suka!
“ Jom
makan dululah. Kenapa awak lambat hari ni? Dah nak makan malam. Lunch
makan tak?” Qaireena Airysha menarik tangan Tengku Danial ke arah
meja makan. Kasihan pula dia melihat keadaan suaminya yang kelihatan
agak letih.
Kesiannya
dia.... hmmm.... kalau dia tak makan lunch, tak lawa dahlah body dia
yang sasa itu! Akhirnya, Tengku Danial yang gagah akan menjadi cicak
kubin! Naya sungguh dia disebabkan kesibukan bekerja...
“
Meeting dengan board of directors. Lunch dah makan, sedap tau. Danny
makan nasi briyani. Rugi tau Reena tak ada...” Tengku Danial
sengaja mengusik isterinya. Dia tahu bahawa makanan kegemaran
isterinya itu ialah nasi briyani.
“
Memang rugi pun....” aku punyalah berlapar tunggu dia balik makan,
dia sesedap aje makan briyani? Aku hanya mampu mengetap gigi kerana
geram dan juga terliur dengan hanya mendengar nama briyani disebut.
He... he... revenge is sweeter....
Semua
ahli keluarga duduk di meja makan. Tengku Danial mengetuai bacaan doa
sebelum makan. Semua orang kelihatan tidak sabar untuk menjamu
selera. Dengan bacaan bismillah, semua orang mula makan. Mata
Qaireena Airysha tidak lepas – lepas daripada memandang wajah
Tengku Danial yang sedang berada di hadapannya. Wajah kacak itu
sedang berubah merah. Tawanya dengan sedaya – upaya cuba ditahan.
“ Mak,
lasagna ni mak masak macam biasa ke? Atau, orang lain yang masak?”
Tengku Danial bertanya sambil mengelap peluh yang semakin merecik di
dahi. Dia juga meneguk air sejuk di atas meja dengan rakus sampai
habis.
“
Memang macam biasa pun mak masak. Kenapa? Tak sedap ke?” Mak Som
kelihatan kehairanan dengan wajah Tengku Danial yang sudah berubah
merah.
Tengku
Danial melihat bahawa isterinya sedang tersenyum. Ahah! Mesti ini
angkara bini aku. Katanya dalam hati.
“
Reena yang bawak makanan ni untuk Danny ke?” kini Tengku Danial
sedang memandang tepat ke dalam anak mata Qaireena Airysha.
“
Ye... awak tak suka saya tolong bawakkan makanan ni untuk awak ke?
Awak nak makan tak ketam masak lemak cili api tu? Ye la, memandangkan
awak tanya macam tu pada mak. Saya rasa sedap aje lasagna tu?”
Qaireena Airysha masih tidak berhenti tersenyum. Habislah dia malam
ini. Semua yang berada di meja makan hanya mampu memandang pelik ke
arah pasangan suami isteri itu.
“
Danny sebenarnya suka sangat kalau Reena yang amikkan makanan ni
untuk Danny. Lagi suka kalau Reena dapat masakkan untuk Danny. Kan
tak payah nak menyusahkan mak...”
“
Laa.... Danial, apesal cakap macam tu? Bini kamu ni dari siang sampai
malam buat kerja rumah. Apa pulak yang menyusahkan mak? Menyenangkan
mak adalah....” Mak Som membela menantu kesayangan Puan Sri pula.
Membulat mata Tengku Danial apabila mendengarnya.
“
Betul tu Danny. Mummy pun dah suruh Rysha duduk diam – diam. Lagi
menjadi – jadi pulak perangai dia. Mesti kena buat kerja. Yang
Danny tu pun satu, sebelum kahwin nak bangun pagi kalau waktu belum
sampai tengahari tak sah. Hisy.... terbalik pulak perangai kedua –
duanya.” Puan Sri Arelia mula membebel.
“ Alaa
mummy.... Rysha buat sikit aje kerja tu. Bukannya banyak pun. Mummy
pun apa kurangnya, kan mummy dengan Kak Hanie yang tolong mak masak
ketam lemak cili api tu. Adoi... main puji – puji orang la pulak my
mummy kesayangan ni.” kata Qaireena Airysha merendah diri. Kalau
ini berlaku di rumah ibunya, sudah pasti dihebohkan perkara ini di
Facebook. QAIREENA AIRYSHA BUAT KERJA RUMAH TANPA PAKSAAN!.
“
Danny tak sangka...” perlahan kata Tengku Danial.
“ Apa
yang Danny tak sangka?” tanya Qaireena Airysha.
“
Danny tak sangka yang Reena..... begitu rajin. Kuat. Tak lembik.”
“
Huh?! Lembik?! Who? Me?!” Qaireena Airysha seakan – akan tidak
percaya akan andaian yang baru sahaja dibuat terhadapnya. Nafasnya
sudah turun naik menahan rasa geram yang amat.
“ Uh
huh....” Tengku Danial berkata selamba.
“
Danny, dari tadi akak tengok, kenapa muka Danny merah semacam aje?”
Kak Hanie bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri.
“
Abang pun tengok merah semacam. Kalau nak kata kau pakai mekap, tak
logik pulak kan? Kalau nak kata lasagna tu pedas, abang rasa ketam
masak lemak cili api ni lagi pedas. Lagipun, Hanie pun makan lasagna,
tak merah pun muka dia?” Adam Zafran pula menyatakan kesangsiannya.
“ Tak
ada apalah bang. Just, Danny rasa stres sangat lepas balik kerja
tadi. Meeting pun lama tadi.” Tengku Danial menjeling tajam
Qaireena Airysha. Qaireena Airysha hanya mempamerkan riak wajah tidak
bersalah.
“ Kali
pertama Reena dengar muka boleh jadi merah kalau stres. Siapa punya
teorilah agaknya ini?” Qaireena Airysha masih lagi dengan niat mahu
mengenakan suaminya.
“
Rysha.... Rysha tak tahu eh? Inilah dipanggil teori Tengku Danial
Mukhriz.” Kak Hanie seperti dapat menghidu perkara yang sedang
berlaku pada ketika itu.
“
Danny nak pergi mandilah. Nak tidur terus. I'm too tired. Reena naik
atas cepat tau. Jangan lupa kemas meja ni, jangan asyik nak goyang
kaki.” nada suara Tengku Danial seakan – akan merajuk. Tengku
Hanie dan Qaireena Airysha hanya tersenyum sesama sendiri. Tersenyum
mengejek!
“
Merajuk dengan your wife ke Danny? Be tough la bro...” Adam Zafran
sengaja mengusik adik iparnya.
“ I am
tough la.... Reena yang lemah – lembut.” Tengku Danial cuba
membela dirinya lalu menyalahkan isterinya pula.
“
Hello, excuse me?! Reena pulak yang lemah – lembut? Nak fight tak?”
Qaireena Airysha segera menekup mulutnya apabila menyedari
keterlanjuran katanya. Alamak.... terlanjur sudah.....
Tengku
Danial yang baru sahaja sampai di hadapan pintu lif terus terhenti
langkahnya. Dia memandang Qaireena Airysha atas bawah. Biar betul
minah ni? Nak fight dengan aku? Seriuosly? She's not joking right?!
“
Oh.... Danny okey aje. Where and when?” oh... ini akan menjadi
sangat menyeronokkan!
“
Errr.... awaklah decide. Awak kan golongan para suami?”
“ Our
room. Lepas awak selesai cleaning up the table.”
“
Malam ni ke? Awak tak nak tangguhkan?” lebih baik berunding dulu
kan? Manalah tahu dapat minta lebih masa ke? Aku sebenarnya sudah
longgar lutut pada ketika ini. Suami aku ni kan body macam Rain?
Manalah nak setanding dengan aku yang cekeding macam model ni?
Aduh....
“
No... no... malam ni jugak. Cepat sikit tau, Reena.” kata Tengku
Danial sebelum terus berlalu menuju ke lif untuk naik ke biliknya.
Sebenarnya dia amat tidak sabar dengan perlawanan antara dia dengan
isterinya yang akan berlangsung seketika nanti.
Aku
terus melangkah ke dapur untuk menolong apa yang patut. Ketika aku
sedang membasuh pinggan mangkuk, bahuku dicuit dari arah belakang.
Siapa lagi kalau bukan kakak ipar kesayanganku?
“
Airysha, kenapa yang muka Danny merah tadi? Pedas ek lasagna tu? Akak
makan tak rasa apa pun? Melainkan.....” Tengku Hanie tersenyum
penuh muslihat.
“
Hisy.... akak ni... mana ada Airysha buat apa – apa. Airysha cuma
letakkan pinggan tu untuk Abang Danial. Itu aje.” Qaireena Airysha
menyambung kembali perbuatannya membasuh pinggan yang tergendala
seketika tadi.
“ Ye
ke? Tiada siapa yang berani buat macam tu pada Danny tau, melainkan
akak. So, kalau akak tak mendengki Danny, maksudnya ada makhluk lain
yang buat macam tu kan?”
“
Errr..... buat apa kak?” dengan poyonya Qaireena Airysha bertanya
kembali.
“
Entahlah.... orang yang buat sahaja akan tahu. Manalah akak nak tahu
kan. Cepat bagitau! Airysha tahu kan? Kalau tak, akak geletek sampai
kau pengsan!” Tengku Hanie mengugut Qaireena Airysha. Tangannya
sudah diletakkan pada posisi untuk menggeletek. Makin gerun dibuatnya
Qaireena Airysha.
“
Okey! Okey.... Airysha ada letak sikit sos pedas atas lasagna Abang
Danial. Tapi sikit aje tau akak. Rasanya Abang Danial pun dah tahu
yang itu kerja Airysha. Sorry ek kak...”
“ Buat
apa nak sorry? Akak nak ucap terima kasihlah sebab kenakan si Danny
tu. Dah lama akak tak kenakan dia.” Tengku Hanie amat berbangga
bahawa adik iparnya itu sekepala dengannya. Jangan haraplah masakan
dia begitu beramah dengan adik iparnya jika dia tidak sekepala dengan
otak gila – gilanya.
“
Akak.... wish me luck.” suaranya sedikit bergetar tatkala menyebut
beberapa butir perkataan itu. Qaireena Airysha begitu bimbang
sekiranya Tengku Danial melakukan apa – apa terhadapnya. Dulu,
iyelah dia tidak takut kerana Tengku Danial itu bukan suaminya.
Sekarang, apa pula dia hendak lakukan jika lelaki itu menuntut haknya
sebagai seorang suami? Parah....
Dengan
malasnya Qaireena Airysha menekan punat lif. Sesampainya di tingkat
empat, hatinya mula memainkan rentak tidak sekata. Tombol pintu mahal
itu dipulasnya perlahan – lahan. Terkejut beruk dia apabila melihat
comforter dan selimut tebal telah dihamparkan di atas lantai.
Eee....
apa pulak mamat ni nak buat? Hisy.... kata nak fight? Takkan nak
fight on the floor? Lebih kepada 'tumbling' on the floor adalah. Naik
gerun aku! Aku mencari kelibat suamiku merata – rata, namun tidak
pula aku melihatnya.
Pada
saat mata bundarku tertancap pada tubuh Tengku Danial yang hanya
memakai tuala separas lutut, aku dapat merasakan darah hangat
menyerbu ke mukaku. Tengku Danial kelihatan sungguh maco dengan
sebelah tangannya sedang mengelap rambut perangnya yang basah. Lebih
menggoda apabila aku dapat melihat butir – butir jernih air
menuruni tubuh sasanya.
Kenapa
kau buat aku gila bayang kat kau Danial?! Argh.... dengan terpaksa,
aku menggagahkan lututku untuk berjalan menuju ke bilik air untuk
menukar kepada pakaian 'fight' aku. Aku mengambil seluar trek dan t –
shirt berwarna hitam bersamaku. Tiba – tiba, tanganku direntap oleh
Tengku Danial.
“
Auch... sakitlah! Sabar boleh tak? Mana aci? Belum mula fight lagi
tau....” Qaireena Airysha mengelus – ngelus perlahan pergelangan
tangannya. Rasanya sungguh perit. Oh.... ini maknanya dia perlu lebih
berhati – hati memandangkan lelaki ini sungguh kuat kuasanya.
“ Aci
ada kat India la. Sorry.”
“
Untuk?”
“ Dah
terbiasa sangat cakap aci ada kat India. Dengan sebab tarik tangan
sayang tadi. Sikit aje abang tarik tadi, sayang lembik sangatlah....”
secara tidak sengaja, Tengku Danial telah terlepas cakap perkataan
abang dan sayang. Langsung dia tidak menyedarinya.
“
What?!” Qaireena Airysha sedikit terkejut dengan panggilan abang
dan sayang yang telah digunakan oleh Tengku Danial sebentar tadi.
Sebenarnya terkejut juga dengan andaian suaminya yang senang –
senang telah mengatanya lembik. Huh!
What?!
Dia.... baru cakap aku sayang? Dan dia pulak jadi abang? Gila ke apa
dia ni? Wow, aku perlu akui, jantung aku tidak pernah bergetar hebat
seperti ini sebelum ini. Romantiknya.... ahh...kalaulah tiap – tiap
hari aku macam ini... Jauhnya kau berangan Qaireena. Isy! Tak
mungkin... aku rasa dia hanya teringatkan makwe lama dia kut... Aduh,
merananya hatiku ini!
“
Danny want Reena tukar pyjamas yang kita beli hari itu. Ala.... yang
comel bercorak teddy bear tu? Takkan tak ingat Reena sayang? Nyanyuk
betullah bini aku....” gumam Tengku Danial kepada diri sendiri. Dia
terus berlalu ke almari untuk mengambil baju tidur yang
dimaksudkannya itu. Saiz yang kecil itu dihulurkan kepada Qaireena
Airysha sementara dia menyambung misinya untuk memakai pakaian comel
itu di tubuh sasanya.
Terbeliak
mata Qaireena Airysha menonton adegan tidak senonoh yang sedang
dipertontonkan oleh Tengku Danial itu. Dengan selamba Tengku Danial
menanggalkan tualanya lalu menyarungkan baju tidur itu ke tubuhnya.
Tengku Danial hanya tersenyum sendirian memandangkan isterinya masih
lagi terpaku melihatnya dalam keadaan yang kurang sempurna ini.
Hisy...
patut bergambar untuk majalah Playboy aje mamat ni! Tak boleh.... tak
boleh... suami aku, hanya untuk tontonan aku sahaja! Sempat lagi
Qaireena Airysha bermonolog kepada dirinya.
“
Reena? Are you there? Reena suka eh tengok Danny change? La....
kenapa tak beritahu Danny? Boleh Danny buat free show untuk Reena
tiap – tiap hari....”
“ Tak
payah! No need.... errr.... saya nak tukar baju dululah. Awak.....
err.....tunggu ye?” dengan gugupnya Qaireena Airysha bersuara.
Setiap kali diusik dengan perkara tidak senonoh begitu oleh Tengku
Danial, makin gugup dia menjadi. Tengku Danial pula berasa sangat
terhibur setiap kali dia mengusik wanita itu. Makin galak pula dia
tersenyum sendirian apabila terkenangkannya ketika berada di pejabat.
Dengan
membuka langkah kuda – kudanya, Qaireena Airysha berlari ke bilik
air lalu secara tidak sengaja menghempas pintu bilik air itu.
Lajunya
jantung aku ni.... silap hari bulan boleh terkeluar agaknya! Aku
melekapkan tanganku di atas dadaku lagi, masih lagi berdegup dengan
kencang. Hisy..... ubat guna – guna apa yang kau gunakan kat aku
Danial?! Sampai naik gila kau buat aku. Sampai tidak keruan aku tiap
kali memandang wajah polos dan comelmu Danial. Mungkin bukan polos,
tetapi... maco! Perkataan yang paling tepat ialah maco, lebih –
lebih lagi dengan lesung pipit dia yang dalam itu.... Huh.... cair
aku....
Qaireena
Airysha menjengulkan kepalanya ke luar. Tengku Danial sedang
menunjukkan ekspresi serius kepadanya. Hilang semua kecomelannya.
Tetapi tetap maco!
“
Okey... saya dah bersedia. So.... awak masih nak fight ke? Awak tahu
kan masih mempunyai masa untuk mengundur diri?”
“
Nope. Sinilah.... jangan lengah – lengahkan masa. I know what
you're trying to do. No mercy. Argh!!!!” dengan satu libasan
sahaja, tangan sasa Tengku Danial sudah mencengkam kuat pinggang
Qaireena Airysha. Mahunya patah pinggang kecil itu nanti! Wajah
Qaireena Airysha sudah terlekap dengan kemas di dada bidang Tengku
Danial yang kelihatan sungguh comel dalam pyjamas bercorak teddy bear
itu.
“
Danial! Janganlah kasar sangat. Saya ni kan perempuan yang wajib awak
hormati tau... lagipun, saya ni jugak isteri awak kan...”
“ So?”
selamba Tengku Danial soalnya kembali.
Baru
sahaja Qaireena Airysha mendengus tanda tidak puas hati, dalam
sekelip mata dia sudah berada di atas comforter yang dibentang oleh
Tengku Danial sebentar tadi. Kedua – dua tangan Qaireena Airysha
dipegang ke lantai menjadikannya easy target buat pemburu yang tidak
berbelas kasihan langsung terhadapnya.
Mataku
kupejam rapat. Hembusan hangat nafas lelaki itu kian kurasakan hangat
menyapa pipiku. Nafasku tercungap – cungap menahan lelah. Aku kini
diselubungi rasa takut. Macam mana kalau dia nak tuntut hak dia
sebagai suami? Ah, sudah tentu aku tidak mampu menolak lagi. Aku
belum bersedia.....
“ If
you're my wife then.....”
“
Then?!” Qaireena Aiysha menyoal kembali sebelum sempat Tengku
Danial menghabiskan ayatnya.
“
Hisy.... cakap tu memang Reena nombor satu! Diam kejaplah....”
“
Okey.” sekali lagi Qaireena Airysha menyampuk Tengku Danial. Mata
biru kehijauan milik Tengku Danial ditatapnya lama. Tubuh Tengku
Danial masih menindih tubuhnya.
“ Tak
ada apa – apalah. Saja.” dengan bersahaja, Tengku Danial
mendaratkan kepalanya di atas dada Qaireena Airysha. Bagaikan
dihempap dengan batu berwarna perang, terkejut dibuatnya Qaireena
Airysha.
Pelik
betullah aku tengok laki aku. Pertama, Danial nampak penat tahap dewa
tadi. Kedua, dia kelihatan serius semacam. Ketiga, berteka – teki
dengan aku. Keempat, manja pula gayanya. Ah.... biarkanlah. Mungkin
penat sangat.
Qaireena
Airysha mengusap perlahan rambut suaminya. Rambut suaminya yang
lembut dan perang itu diusapnya dengan penuh kasih. Aii.... dah kena
penangan cinta agaknya minah ni.
“
Danial, mata awak cantiklah. Mana awak dapat ni? Kalau nak cakap
mummy, mata mummy hijau total. Daddy awak pulak macam mana?” entah
muncul dari arah mana soalan itu dari benaknya pun tidak ketahui.
Yang dia pasti, dia sememangnya dia amat tertarik dengan keindahan
sepasang mata milik Tengku Danial.
“
Daddy? Hmm.... daddy bermata biru, so I got the best of both worlds.
Hijau pun ada, biru pun ada. Kan Danny dah cakap, Danny memang
comel!” dengan bongkaknya Tengku Danial mengaku dirinya comel. Tapi
memang comel pun....
“
Perasan! Saya cakap mata awak je. Bukan tuannya!”
“ Ye
la... Reena nak berapa orang anak?” kadang – kadang dia perlu
beralah juga demi isteri kesayangan. Sudahnya, soalan cepumas juga
yang terkeluar melalui bibir seksi itu!
“
Hmm..... asalkan ada rezeki, saya tak kisah langsung. Sebab anak tu
kan anugerah Allah. Takkan nak tolak anugerah pulak kan? Apa punya
soalan la....”
Bicara
Qaireena Airysha terhenti sebaik melihatkan senyuman nakal plus comel
Tengku Danial. Berkerut keningnya. Lantas sebuah cubitan mak ketam
dihadiahkan buat suami yang terlebih gatal...
“
Auch.... janganlah garang macam ni. Nanti perangai garang tu turun
pulak dekat anak kat dalam perut tu,” makin galak Tengku Danial
mengusik Qaireena Airysha. Tangannya diletakkan atas perut Qaireena
Airysha, namun ditepis pantas. Wajah Qaireena Airysha sudah berubah
kelat.
“ Mana
ada anak dalam perut? Buat anak pun belum....” cepat – cepat
Qaireena Airysha menekup mulut lasernya.
“
Belum lagi kan? So, apa kata kita buat anak sekarang? Jom! Let's have
some fun!” mata Tengku Danial bersinar sebaik sampai ke topik
'itu'.
“
Banyaklah awak punya buat anak! Hurgh..... mengantuknya. Bangunlah
Danial. Saya dah mengantuk ni. Dahlah awak bazirkan masa saya dengan
kata nak fight. Last – last, kepala awak yang tersembam atas saya.”
rungut Qaireena Airysha. Namun jauh di sudut hati, dia amat suka
diperlakukan begitu oleh Tengku Danial.
“
Ummm... Danny tired la. Kita tidur bawah ajelah, okey?” lembut
suara Tengku Danial bertanya.
“
Hmm....”
Malam
itu berlalu dengan dengkuran halus milik sang suami dan si isteri.
Kedua – duanya tidur berpelukan. Masing – masing tidur lena dalam
kehangatan dakapan masing – masing, tanpa gangguan. Malam itu
melakarkan sejarah buat kedua – keduanya. Siapa sangka bendera
kedamaian akan diangkat secepat begini? Hmm.... nampaknya, perjalanan
hidup antara Qaireena Airysha dan Tengku Danial masih jauh lagi.
Best...cepat-cepat sambung ya...#^_^
ReplyDeletetengku danial macam budak2 la...comel giler!!! geram dgn dya punya mata!!
ReplyDeletehahaha funny...
ReplyDeletehahhah..menarik sungguh an funny...cpt2 smbung ye..:)
ReplyDelete