My Cute Buddies!

Friday, 5 October 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 6

BAB 6

Jam sudah menunjukkan pukul dua pagi. Maya Ellisa baru sahaja sampai di rumah banglo Datuk Megat Amriz. Rumah itu kelihatan gelap, menambahkan lagi suasana seram sehingga menaikkan bulu tengkuk Maya Ellisa.

Dengan perlahan – lahan Maya Ellisa menggunakan kunci pendua yang telah diberikan kepadanya untuk membuka pintu utama. Gelap.

“ Baru nak balik?” sergah suara itu tiba – tiba.

Maya Ellisa terkejut tahap cipan itu terus melompat ketakutan. Disangkanya hantu jenglot yang bercakap kepadanya tadi. Rupa – rupanya, wajah kacak Megat Andrian yang terpancar dalam kesamaran cahaya malam itu.

“ Ya Allah... Maya ingatkan apa pulak tadi. Hisy... kenapa tak tidur lagi Haikal? Dah dua pagi tau...” bebel Maya Ellisa.

Megat Andrian menunjukkan muka tidak puas hatinya lalu bangun seraya mendekati Maya Ellisa. Maya Ellisa membelakangi dirinya kerana... dalam suasana gelap begini, ditambah pula sunyi, apa – apa sahaja boleh berlaku.

“ Tak ingat?” soalnya dengan dengusan nafas yang kasar membuatkan Maya Ellisa sedikit terketar – ketar untuk menatap wajah kacak itu.

Takut tergoda tengok mata lawa bakal laki dia la tu...

“ Tak ingat apa?”

“ Today.... is a waste. All these years? Kal nak tanya satu soalan, am I someone to you?”

“ You'r... you're.... everything to me, Haikal....” jawabnya dengan suara yang perlahan. Bimbang jika perbualannya ini dapat didengari oleh mana – mana ahli keluarga Megat ini.

“ Then... check today's date. Oops! Yesterday's date. Goodnite, assalamualaikum.” kata Megat Andrian lalu terus mendaki anak tangga menuju ke biliknya.

Maya Ellisa ditinggalkan terkulat – kulat di situ. Maya Ellisa memandang jam tangannya yang juga pemberian Megat Andrian untuk memastikan tarikh pada hari ini. Erk!

13 September? Maksudnya semalam ialah.... 12 September! Tarikh yang cukup bermakna buat Maya Ellisa dan Megat Andrian. Tarikh itu menandakan bahawa sudah sebelas tahun perkenalannya dengan Megat Andrian. Patutlah mamat maco macam tu pun sanggup merajuk....

Maya Ellisa menelan air liurnya yang kelat. Dia cuba mendail nombor telefon Megat Andrian, namun tidak berjawab. Ye la, takkan nak masuk bilik anak teruna orang kut? Dah dua pagi pun, nanti apa pula kata mama dan papa Haikal?

Nak merajuk pun agak – agaklah Haikal oii... awek yang sibuk macam tu pun takkan tak boleh nak fahami situasi dia? Maya ni pun satu, macam mana dia boleh lupakan tarikh bersejarah mereka berdua? Nampak gayanya kedua – dua orang bersalah dalam hal ini.

Langkahnya diatur perlahan mendaki setiap anak tangga. Esok sahajalah Maya Ellisa memulakan misi memujuk buah hati pengarang jantung dia. Maya Ellisa mengerutkan dahinya apabila melihatkan sebuah botol kecil di anak tangga ketujuh. Terdapat segulung kertas di dalamnya dengan sekuntum bunga Camelia.

Maya Ellisa tersenyum sendirian. Pastinya pesanan ini adalah untuknya. Takkanlah Megat Adam pula hendak bercintan – cintun dengannya? Langsung tidak dapat diterima dek akal. Bunga Camelia, bunga yang menjadi simbolik cinta mereka berdua.

'Bunga Camelia – memanggil semangat cinta dan kebahagiaan yang berkekalan.'

Maya Ellisa membuka gulungan tersebut.

Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah sukar diperoleh. - Haikal lovey....

p/s: move seven steps forward, you'll find my eyes....

“ Lovey? Sengaja nak menggedik dengan akulah tu. Tapi aku suka!” sengih Maya Ellisa semakin lebar.

Maya Ellisa bergerak tujuh langkah seperti yang diarahkan dalam surat tersebut. Dalam kepalanya sedang mengira tujuh langkah apabila Maya Ellisa melihat sebuah botol lagi di hadapan pintu biliknya dengan satu lagi bunga Camelia.

Maya Ellisa membuka gulungan kertas itu dengan berhati – hati dengan sebelah tangannya masih memegang botol pertama yang dijumpainya.

Kelemahan terbesar dari sebahagian besar manusia adalah keengganan mereka untuk menyatakan pada orang lain betapa mereka mencintai orang itu, ketika mereka masih hidup – Haikal lovey lovey....

p/s: jgn lupa selak selimut, to find my hands....

Maya Ellisa lakukan seperti yang disuruh. Satu lagi botol? Kali ini sudah masuk tiga botol yang dirungkaikan isinya yang cukup romantik. Maya Ellisa meletakkan kedua – dua botol yang sebelumnya sebelum membuka gulungan yang ketiga itu. Hatinya berdebar – debar pada kali ini.

If you want to know how much I love you, count the waves (if you can! :-p) – Haikal lovey lovey lovey...

p/s: move four steps to find my heart...

“ Boleh pulak dia usik aku macam tu? Tapi... sweet sangatlah ayat Haikal tu. Mana dia cilok ayat tu pun aku tak tahu. Hmm... boleh tahan jiwang jugak Haikal ni!” gumam Maya Ellisa lalu mara empat langkah seperti yang disuruhnya.

Maya Ellisa buka gulungan yang keempat. Makin teruja rasanya untuk mengetahui isinya.

Kalaupun ada saat yang paling lemah dalam hidup kita, kalaupun ada saat yang paling kuat dalam hidup kita, ia adalah ketika kita sedang dialun gelombang cinta – Haikal lovey lovey lovey lovey...

p/s: move another three steps to find my shoulder...

Maya Ellisa mengerutkan dahinya. Shoulder? Dah tak ada anggota badan lain ke dia nak sebut?

Sekali lagi, Maya Ellisa lakukan seperti yang disuruh. Gulungan dibuka, sengihannya makin melebar apabila terbaca bait – bait ayat di atas kertas tersebut.

It's easy to love a rose, but it takes a great deal to love a leaf! You are my leaf Maya! - Haikal lovey lovey lovey lovey lovey....

p/s: move two more steps to find my lips...

Aik? Ada lagi ke? Baru sahaja Maya Ellisa perasan, perkataan 'lovey' itu bertambah mengikut setiap gulungan kertas yang dibacanya.

Dengan sebelah tangannya memegang lima kuntum bunga Camelia dan lima keping kertas, Maya Ellisa mengikut sahaja arahan yang seterusnya. Kali ini sudah masuk botol yang keenam.

Love was when I loved you, it's a promise I kept till today. Hanya Maya Ellisa di dalam hatiku – Haikal lovey lovey lovey lovey lovey lovey

p/s: move one more step to find my ear....

Maya Ellisa semakin tidak sabar untuk membuka botol yang ketujuh. Apakah maknanya semua ini? Entah mengapa, Maya Ellisa seperti dapat mengetahui bahawa jawapannya akan ada pada botol terakhir nanti.

Don't love someone who is beautiful, but love the one who can make your life beautiful. Maya, you are beautiful, and can also make my life beautiful. Terima kasih sebab hadir dalam hidup Kal... - Haikal lovey lovey lovey lovey lovey lovey lovey

p/s: look up, and you'll find my soul in front of your eyes...

Kali ini air matanya sudah mengalir. Hingus juga semakin deras mengalir. Nasib baiklah Megat Andrian tak nampak! Kalau nampak pun, mesti sayang punya. Sebabnya? Usah ditanya lagi kerana.... cinta itu buta!

Maya Ellisa mendongak dan matanya melihat pemandangan yang cukup indah. Di atas meja santainya, terdapat jambangan bunga Camelia yang diperbuat dari kristal. Semuanya ada lapan kuntum bunga Camelia kristal dan di tengah – tengahnya terdapat sekuntum bunga Camelia hidup.

Maya Ellisa berasa sedikit hairan kerana biasanya bunga Camelia itu akan terdapat bersama – sama botol yang kelapan. Matanya meliar mencari botol yang kelapan itu. Ahh... rupanya tersembunyi di sebalik bunga kristal itu. Tiada bunga di dalamnya, oh... kan bunga itu terletak elok di tengah – tengah jambangan bunga kristal itu?

How long will my love last for you? Selagi aku masih bernafas, selagi itulah aku tetap akan mencintaimu.... dan di saat nafasku terhenti, saat itu jualah cintaku terhenti....

Lovey – gabungan perkataan love + you

Mesti Maya rasa pelik dengan anggota badan yang Kal sebutkan tadi kan? Don't worry, i've got the best explanation for you...

Eyes – mataku yang sentiasa menatap wajahmu...
Hands – tanganku yang sentiasa melindungimu...
Heart – jantungku yang sentiasa berdegup untukmu...
Shoulder – bahuku untukmu bergantung...
Lips – bibirku untuk memujukmu...
Ear – telingaku untuk mendengar setiap madahmu...
Soul – jiwa ragaku hanya buat cinta yang satu untukmu...
HMM.... kenapa tengah – tengah jambangan bunga tu adalah bunga hidup?
CINTAKU AKAN SENTIASA HIDUP BUATMU, DAN KALAU IA MATI, IA BAGAIKAN JASADKU, SAMA SEPERTI BUNGA – BUNGA KRISTAL YANG LAIN...

Ever wonder why the number eight? Lapan kuntum bunga? Lapan botol? Lapan coretan? ( termasuk yang ini)

Because....

I LOVE YOU...

cuba kira berapa huruf? Hehe... :-) - Megat Andrian Haikal

Air mata Maya Ellisa sudah mengalir. Memang dia berasa sungguh terharu kerana tidak menyangka bahawa dirinya sangat bermakna dalam hidup lelaki bernama Megat Andrian Haikal. Sungguh, Maya Ellisa sangat menyayangi lelaki itu. Tidak mungkin dia akan mensia – siakan cinta tulus Megat Andrian terhadapnya.

“ Maya pun sayangkan Haikal.... sangat sangat sayang....” ucapnya perlahan lalu mendakap erat bunga Camelia yang diberikan oleh Megat Andrian. Tanpa dia sedar, dia tertidur dengan mendakap bunga pemberian lelaki yang amat disayanginya itu.

<<<<<>>>>>

Maya Ellisa menuruni anak tangga. Matanya meliar tercari – cari kelibat Megat Andrian. Hari ini juga dia mesti memujuk lelaki itu. Atas segala yang telah lelaki itu berikan kepadanya, adakah ini balasannya?

Tidak! Suara hatinya menafikan perkara itu.

“ Auntie... nampak tak Haikal?” soalnya kepada Datin Suraya yang sedang menggubah jambangan bunga hidup di atas meja makan.

“ Hmm... ada kat luar kut? Cuba Maya tengok? Entahla... auntie tengok monyok aje muka dia dari tadi. Maya gaduh ke dengan dia?” serkap Datin Suraya dengan pandangan yang tajam menikam anak mata Maya Ellisa.

“ Eh! Tak adalah... hmm... kalau macam tu, Maya pergi tengok dia kejap eh?”

“ Maya! Hari ni kerja tak? Maya balik pun lambat kan semalam? Rian ada cakap dia ada surprise untuk Maya, Maya dah tengok?” soalan Datin Suraya pada kali ini betul – betul menimbulkan rasa bersalah di dalam hatinya.

Sedaya upaya dia cuba menenangkan jantungnya yang sedang berombak kini.

“ Dah tengok auntie... nanti petang baru Maya masuk hospital. Mungkin hari ni pun Maya balik lambat auntie. Tapi... Maya cuba balik awal kalau boleh eh?”

“ Laa... auntie tak kisah pun kalau Maya nak balik pukul berapa pun. Tapi auntie cuma risau kalau Maya balik lambat sangat, Rian tu pulak dah meroyan sebab asyik risaukan Maya. Hmm... kalau macam tu, pergi tengoklah dia. Takut merajuk pulak. Dia ada kat pool...” beritahu Datin Suraya yang memahami akan perkara yang sedang bermain di benak Maya Ellisa.

Maya Ellisa mengangguk lalu mengorak langkah menuju ke kolam renang di luar rumah banglo Datuk Megat Amriz.

Hmm... ada pun Megat Andrian di situ! Kelihatan lelaki itu sedang berenang dengan hanya memakai seluar pendek hawaii dan tidak berbaju. Rona wajah Maya Ellisa sedikit berubah merah apabila terpandangkan tubuh sasa Megat Andrian yang sesekali timbul ketika dia sedang berenang.

“ Haikal....” panggilnya, namun tidak bersahut. Mungkin Megat Andrian tidak mendengar panggilannya itu. Maya Ellisa mencuba lagi.

“ Haikal.... Haikal!” sedikit terjerit suara lembut Maya Ellisa memanggil nama Megat Andrian.

Megat Andrian menaikkan kepalanya sambil menyelak rambutnya yang terjuntai di dahi. Matanya merenung dalam anak mata Maya Ellisa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan. Kemudian seperti tiada apa – apa yang berlaku, dia menyambung misinya dalam berenang.

Macamlah si Haikal tu nak masuk Olimpik! Awek tengah panggil dia pun buat tak tahu, ni apa kes? Agak – agaklah kalau nak merajuk pun Haikal...

Maya Ellisa sudah ketandusan idea. Dia tidak menyangka bahawa memujuk seorang lelaki begini susah. Langit pun sudah menjadi gelap, tandanya akan hujan nanti.

Ting! Idea muncul! Dan seperti yang dijangka, hujan mula turun renyai – renyai. Maya Ellisa membaringkan tubuhnya menghadap titisan hujan tersebut. Matanya ditutup kerana terasa pedih apabila titisan hujan itu masuk ke dalam matanya.

Biarlah jika dia demam sekalipun, dia tidak akan berganjak dari situ selagi Megat Andrian tidak keluar dari kolam renang itu. Jika benar lelaki itu sayangkannya, pastinya dia tidak akan membiarkan Maya Ellisa bermandi hujan.

Maya Ellisa terasa matanya yang ditutup iu menangkap sebuah kelibat yang gelap. Tiada lagi titisan hujan dirasainya kini. Matanya dibuka dan dia tersenyum.....

Haikal!

“ Maya tengah buat apa ni?” nada suara Megat Andrian keras. Maya Ellisa hanya tersenyum manis ke arahnya.

“ Bestnya dapat duduk bawah raindrops ni...”

“ Bangunlah... nanti Maya demam.”

“ Tak nak.” Maya Ellisa sengaja berdegil dengannya.

“ Okay fine. Then Kal pun duduk sekali.” Megat Andrian membaringkan tubuhnya yang tidak berbaju itu di sebelah Maya Ellisa.

Maya Ellisa mengesot sedikit kerana bimbang dirinya akan tersentuh Megat Andrian. Tubuh sasanya yang tidak berbaju itu menambahkan lagi getaran di dadanya.

Relaks Maya... itu semua godaan. Sabarlah sampai dia jadi suami kau nanti Maya. Takkan lari gunung dikejar...

“ Haikal...” panggilnya lembut dengan mata yang masih tertutup.

“ Hmm...”

“ Haikal merajuk dengan Maya ke?” soalnya lagi.

“ Tak...”

“ Habis tu... kenapa elakkan Maya? Malam tadi pun tak jawab fon... sedih tau bila Kal buat macam tu...” air matanya bergenang lagi di sebalik tubir mata yang tertutup. Dia tidak tahu mengapa dia berasa sungguh sensitif atas perkara yang remeh sebegini.

“ Kal tidur terus semalam. Kalau nak tunggu orang tu, sampai king kong mengamuk pun dia takkan balik rumah. Tadi tu pun Kal saja nak acah sikit aje....” selamba sahaja Megat Andrian menjawab.

“ Maya bukannya sengaja buat macam tu. Maya ada appointment dengan patient, sebab tu Maya balik lambat. Jangan buat macam tu lagi la...” manja suara Maya Ellisa kedengaran di cuping telinga Megat Adrian.

“ Okey... okey... Maya suka tak hadiah tu?” tiba - tiba topik perbualan mereka berubah. Inilah dinamakan perbualan mata tertutup. Hanya suara hati bergerak dalam rentak yang sama.

“ Suka... hadiah yang paling bermakna dalam hidup Maya. Terima kasih.”

“ Terima kasih aje?”

“ Habis tu nak apa?” Maya Ellisa mendongak memandang Megat Andrian di sebelahnya seketika sebelum baring kembali ke posisi asalnya. Seronok apabila titisan hujan itu terkena pada kelopak mata, rasanya seperti pakej mengurut mata pula.

“ Kiss ke? Hug ke? Tak pun....” sengaja ayatnya dibiarkan tergantung begitu dengan kenyitan mata serta sengihan nakal daripadanya. Hanya Maya Ellisa dan dirinya yang memahami maksud kenyitannya itu.

“ Mengada!”

“ Dengan you aje I mengada!”

“ Eeeee....”

“ Eeee.... tapi dengan I aje you sayang kan?” mata Megat Andrian berkelip – kelip memandang Maya Ellisa di sebelah. Hujan yang semakin lebat langsung tidak dihiraukannya.

“ Eh! Tapikan, macam mana Kal boleh jadi jiwang macam tu? Selama ni tak pernah berjiwang pun? Ayat paling power pun, I love you?” soal Maya Ellisa. Kini baru matanya terasa sedikit sakit akibat hentakan kuat air hujan yang semakin lebat itu.

Megat Andrian yang perasankan kerutan di wajah Maya Ellisa terus meletakkan tapak tangannya di atas mata Maya Ellisa, melindungi sepasang mata yang indah itu daripada kesakitan.

Sayang peringkat kronik betullah...

Maya Ellisa tersenyum. Betapa bahagianya dirinya itu di sisi lelaki yang amat dicintainya.

“ Back to that question, hmm... anggap ajelah hantu cinta dah rasuk Kal.”

“ Haikal....” panggilnya lagi. Rasanya tidak puas jika hanya berterima kasih kepada Megat Andrian. Terlalu bermakna segala yang dilakukan oleh lelaki itu terhadapnya.

“ Ye sayang?”

“ Thank you... hadiah tu sangat – sangat bermakna pada Maya. I love it.” ucapnya tanpa ragu – ragu.

“ It?” sengaja Megat Andrian bertanyakan demikian kerana ingin Maya Ellisa mengatasi penyakit malunya yang semakin menjadi – jadi. Takut pula jika menjadi lebih kronik selepas kahwin nanti.

“ Je'taime...”, yang juga bermaksud aku sayangkan engkau.

Tidak mengapa jika gunakan bahasa asing pun, asalkan mempunyai maksud yang sama, sudah memadai buat Megat Andrian.

Makin lebar sengihan Megat Andrian mendengarkan pengakuan ikhlas daripada Maya Ellisa.

“ Astaghfirullahalazim!!!! Budak – budak bertuah ni... boleh pulak duk bersantai bawah air hujan? Megat Andrian Haikal! Naik atas sekarang! Yang Rian bagi pengaruh buruk dekat Maya tu kenapa? Meh sini!” marah Datin Suraya dari muka pintu. Niat sebenar hanyalah untuk mengusik, bukannya marah betul pun.

Bukannya dia tidak perasankan wajah cemberut anak keduanya itu sejak pagi tadi. Lega hatinya apabila rajuk anak terunanya sudah surut. Hisy... dah dewasa pun nak merajuk, teruk betullah...

Sepantas kilat kedua – duanya terus bangun daripada pembaringan dengan sengihan bak kerang busuk dan wajah merah akibat malu yang amat. Badan Megat Andrian sudah sedikit menggigil akibat kesejukan bermandi air hujan.

“ Kalau sejuk sangat, jom panggil tok kadi sekarang. Kita kahwin, then Kal boleh peluk Maya.” selamba Megat Andrian mengusik Maya Ellisa yang sedang bergerak perlahan menuju ke pintu utama rumah banglo itu.

Usikannya itu dibalas dengan jelingan maut oleh Maya Ellisa. Comel sahaja wajah gadis itu di mata Megat Andrian.

“ Tabiat buruk? Laa... ingatkan Maya sorang aje yang suka baring bawah air hujan ni. Tak sangka pulak Haikal pun suka buat macam ni. Hisy... dah sebelas tahun kenal, baru Maya tahu tabiat Haikal ni...” gumamnya sambil memandang tajam ke arah Megat Andrian.

“ Tu la... banyak lagi benda yang Maya tak tahu pasal Kal. Lama – kelamaan, Maya akan tahu jugak...”

“ Asalkan tak ada benda pelik – pelik sudahlah...”

Jiran di sebelah pula sedang bermain dengan cakera frisbee bersama – sama anaknya. Dalam hujan – hujan pun nak main? Pelik betullah...

Tanpa disedari, sebuah cakera frisbee melayang ke arah Maya Ellisa. Megat Andrian terus membulatkan matanya.

“ Maya!!!!” jeritnya.

Paaap!!

Cakera frisbee itu tepat mengenai mendarat atas kepalanya. Namun Maya Ellisa hanya kelihatan berjalan dengan selamba. Hampir gugur jantung Megat Andrian menyaksikan adegan yang mencemaskan di hadapan matanya.

Siapa pula mangsa 'amukan' cakera itu? Jeng... jeng... jeng...




So sorry sbb lmbt upload entry kali ni! got exam, doakan saye! trima kasih sbb byk bersabar... ily!! :-)

5 comments:

  1. best2... smbng please
    tpi konflik dia jgan lah truk2 sngat...
    hehe
    jgan mrah writer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks!! saye amat2 hargai pandangan anda!!
      sgt2 memberi semangat!

      Delete
  2. Salam, Akak dah baca novel adik ni sangat menarik jalan ceritanya. Tetapi macam pening skit sekarang ni story adik ni flashback ke? Sorry ya dik akak sukar nak baca kat blog sebab font dia menyakitkan mata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. trima kasih,kak...
      hhuhu...saye byk dpt complain pasal font yg menyakitkan mata niyh, soo... saye dah tukar. sorry, sbb font sblm ni sgt menyakitkan mata!! ( wont happen again) :-)

      Delete
    2. huhuhu..yg ni mmg flashback, sblum andrian hilang ingatan...(mcm yg dlm prolog 2)

      Delete

surat layang untukku:-)