My Cute Buddies!

Thursday 26 July 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 18


BAB 18

Alhamdulillah, kini usia perkahwinanku dengan Tengku Danial mencecah lima bulan. Sepanjang lima bulan ini, aku tidak dapat menafikan rasa bahagiaku setiap detik aku habiskan bersama Tengku Danial, seorang lelaki yang sungguh tidak kusangka akan menjadi suamiku.

Qaireena Airysha menuju ke dapur untuk memulakan misi mengusik Mak Som. Memang itulah kerjanya sekiranya dia tidak mengikut Tengku Danial ke pejabat. Semua ahli keluarga yang lain sedang bersantai di ruang tamu sambil melayan kerenah Irfan Zafriel. Manja sungguh budak itu sekiranya papanya ada bersama sekali – sekala jika dia tidak bertugas di luar negara.

“ Mak!” sergah Qaireena Airysha dengan kuat.

“ Oh Mak kau hantu raya!!!” latah Mak Som sambil mengurut dadanya beberapa kali. Dia memang sudah masak dengan perangai nakal Qaireena Airysha.

Laki dengan bini, memang dua kali lima sama aje nakalnya! Desis Mak Som kepada diri sendiri.

“ Mak, ibu Rysha bukan hantu raya la... Hmm... masak apa tu? Ada apa – apa ke yang Rysha boleh tolong?” soal Qaireena Airysha sambil menjengukkan sedikit kepalanya ke arah periuk yang bertutup itu.

“ Ish... budak ni... ada ke sergah orang tua macam tu? Ingatkan apa tadi... rupanya nak mulakan misi dia la tu! Rysha... mak belum masak apa – apa pun lagi, tu... nampak tak periuk tu bertutup? Kalau dah masak, memang mak tak tutup periuk tu la...” kata Mak Som sambil tersengih bak kerang expired.

“ Itu namanya nak eksyen dengan Rysha! Mak... bagilah Rysha masak.... please? Mak tak tahu lagi yang Rysha ni memang jaguh memasak tau!” Qaireena Airysha pula menayangkan barisan giginya yang putih bersih.

Belum sempat Mak Som menjawab, Tengku Danial terlebih dahulu mencelah.

“ Mak! Jangan bagi dia masak! Uwek!! Tak sedap! Baik aje mak suruh Danny masak, lagi berbaloi tau...” kata Tengku Danial sambil bersandar di dinding dapur.

“ Eleh... awak tu yang tak pernah makan saya masak, sebab itu yang awak kata tak sedap. Kalau sekali awak rasa saya masak, memang sampai bila – bila pun awak tak akan mahu keluar rumah. Confirm, sayalah akan jadi bini mithali awak dunia akhirat, insyaAllah!” Qaireena Airysha menjelirkan lidahnya ke arah Tengku Danial.

Tengku Danial juga tidak ingin mengalah lalu mendekati isterinya dengan lidahnya dijelirkan juga. Mak Som yang melihat keletah kedua – duanya hanya mampu menggeleng sahaja. Qaireena Airysha yang sedang menutup matanya tidak dapat melihat keadaan yang sebenarnya. Kononnya sedang menghayati saat itu.

Tengku Danial semakin menghampiri isterinya. Idea nakal muncul untuk mengenakan isterinya pula. Lidahnya 'dicantumkan' dengan lidah Qaireena Airysha. Qaireena Airysha yang terkejut tahap beruk itu terus melompat ketakutan. Terkekek – kekek Tengku Danial sedang mengetawakan Qaireena Airysha.

“ Gelak ye.... huh! Dengan ini, saya, Qaireena Airysha, mencabar Tengku Danial Mukhriz untuk memasak untuk semua ahli keluarga dalam rumah ini untuk makan malam ini sahaja. Setuju?” Mak Som sudah mencerlungkan matanya. 'Biar betul budak ni!', bisiknya dalam hati.

“ No problemo... Tengku Danial Mukhriz sedia menerima cabaran anda. Tetapi, mestilah ada hadiahnya kan? Danny yang akan tetapkan hadiahnya, okey?” Tengku Danial menaikkan keningnya sedikit.

“ Fine... tapi, kalau nak hadiah, mesti ada syarat pertandingan kan? Syaratnya ialah, makanan yang awak masak tu mestilah sedap. Kalau tak sedap, maknanya awak kalah dan saya pulak yang akan claim hadiah tu. Deal?” Qaireena Airysha menghulurkan jari kelingkingnya kepada Tengku Danial. Tengku Danial pula menyambutnya tanda dia bersetuju akan perjanjian tidak rasmi yang baru sahaja termeterai.

“ Hadiahnya akan diumumkan kemudian ye. Mak, rehat kat depan aje ye? Hari ni, Danny yang masak. And you minah, shuh! Shuh! Out of this kitchen. Jangan nak curi resipi Danny pulak.” arah Tengku Danial sambil tangannya terkial – kial memakaikan apron di tubuhya. Amat jelas sekali apron berbunga itu terlalu kecil saiznya buat lelaki yang gagah perkasa seperti Tengku Danial. Kelakar sungguh dia kelihatan pada ketika ini.

Biar betul laki aku ni! Cayalah! Siap pakai apron yang tak cukup kain tu! Tabiklah kat suami aku! Suami aku aje yang buat tau, bangga habis! Aiii... Qaireena Airysha, nampaknya kau tidak boleh berhenti daripada memuji suami kau sendiri. Masuk lif tekan butang sendiri nampak?

Buat seketika, Tengku Danial terpinga – pinga. Dia mengeluarkan semua bahan di dalam peti sejuk dan diletakkan di atas meja dapur. Keningnya bertaut seketika, terangkat seketika, dan bergerak – gerak tanda sedang berfikir. Itulah, terlajak perahu boleh diundurkan, terlajak kata... err...makan diri sendiri la pulak!

“ Apa pulak aku nak masak sekarang ni? Isy... minah tu memang tahu – tahu aje yang aku memang 'terhebat' dalam bidang memasak ni. Hmm... ahah! Hari tu kan Chef Hottie tu ada masak menda tu? Ahhh... senang aje kalau aku masak tu! Thank you my darling!” melompat riang Tengku Danial apabila teringatkan suatu rancangan memasak yang pernah ditontonnya bersama Puan Sri Arelia pada suatu ketika dahulu. Itupun ditonton olehnya kerana chef tersebut sungguh jelita orangnya.

Segala bunyi makhluk alam terhasil dari arah dapur. Semua yang berada di ruang tamu hanya tersenyum kerana mereka masih tidak percaya bahawa lelaki yang menyandang gelaran buaya terhebat di dunia kini sedang memasak! Memasak dengan mengenakan apron berbunga pulak tu!

“ Abang masih tidak boleh percaya yang Danny tengah masak tu... fuh! Dahsyat! How did you do that Airysha?” tanya Adam Zafran sambil menggomol perut anaknya. Irfan Zafriel pula ketawa tidak henti – henti kerana seronok diperakukan begitu oleh papa tersayangnya.

“ See the leg la abang....” kata Qaireena Airysha dengan penuh rasa bangga dan riak.

“ Hahaha! Keh...keh...keh...” Tengku Hanie pula masih tidak berhenti daripada ketawa sedari tadi.

“ Hanie... gelak tu berpada – pada. Hisy... silap hari bulan, Danny tu masak mengalahkan Chef Wan! Anak mummy la kan...” Puan Sri Arelia pula masih berasa geli hati kerana anak bongsu kesayangannya akan memasak buat pertama kali. Sebelum ini, jika hendak menjejakkan kakinya ke dapur pun sudah menjadi sejarah, apatah lagi jika dia memasak?!

“ Hahahaha.....” Tengku Hanie menyambung kembali rancangan ketawanya yang tergendala seketika tadi.

“ Okay everyone! Dinner is ready!” laung Tengku Danial. Dirinya tidak ubah seperti pejuang kemerdekaan yang bertungkus lumus mendapatkan kemerdekaan negara. Dalam kes ini, bertungkus lumus untuk menyiapkan hidangan.

Masing – masing menayangkan wajah terkejut. Tidak sangka sebenarnya! Qaireena Airysha berasa kasihan pula pada Tengku Danial. Sebagai isteri, sepatutnya dia yang memasak, bukannya si suami yang harus memasak untuknya.

“ Thank you sayang....” Qaireena Airysha membisik rapat di telinga Tengku Danial lalu mengambil tempat di sebelahnya di meja makan. Terkedu seketika dibuatnya Tengku Danial. Biar betul! Aku korek telinga ke belum ni? Dah, dan aku semestinya tidak tersalah dengar tadi. Reena cakap sayang dekat aku! Bahagianya!

Qaireena Airysha mencedokkan nasi ke dalam pinggan Tengku Danial dan seterusnya ke dalam pinggannya. Gulai ayam yang kelihatan sedikit kehijauan itu dituangkan ke dalam pinggan suaminya dan seterusnya ke dalam pinggannya. Adam Zafran, Tengku Hanie dan Puan Sri Arelia mengerutkan dahi mereka melihatkan warna gulai tersebut namun tetap diambil jua demi menjaga hati si adik bongsu.

Masing - masing memulakan suapan pertama mereka. Irfan Zafriel pula sedang makan nestum yang baru sahaja dibuat oleh Tengku Hanie sebentar tadi. Terus terhenti suapan kesemuanya kecuali Qaireena Airysha. Tengku Danial masih belum mula makan, kononnya etika chef berwibawa la tu, mengerutkan dahinya apabila melihatkan reaksi mereka semua. Tetapi berbeza pula reaksi isterinya.

Kelihatan Puan Sri Arelia sedang mengawal riak wajahnya tetapi suapannya tidak pula diteruskan. Adam Zafran dan Tengku Hanie sudah berlari ke singki. Anak mereka hanya tersenyum melihat keletah papa dan mamanya. Qaireena Airysha pula masih meneruskan suapannya dengan riak wajah selambanya.

“ Mummy, macam mana rasanya? Tak sedap ke? Kenapa tak sambung makan mummy? Kak? Abang? Kenapa Reena sorang je yang masih makan lagi?” satu – persatu soalan terpacul keluar daripada mulut Tengku Danial. Hairan semestinya.

“ Errr.... Danny, mummy rasa baik Danny rasa makanan tu sendiri. Rysha? Kenapa masih makan lagi tu?” mummy meluahkan kesangsiannya terhadap menantunya itu.

Seperti baru sahaja tersedar daripada mimpi, Tengku Hanie dan Adam Zafran terus membulatkan mata mereka apabila melihatkan Qaireena Airysha masih lagi meneruskan makanannya sambil tersenyum. 'Kalau ya pun sayang laki, takkanlah sampai nak makan makanan yang tak serupa makanan tu?!' jerit mereka berdua dalam hati.

“ Sis! What's wrong dengan lidah kau?!” habis tunggang – langgang bahasa yang digunakan oleh Tengku Hanie akibat rasa terkejut yang amat.

“ Takde apapun...okey ja Rysha rasa. Hisy...akak ni, makanlah, lapar pula nanti. Adik akak tu dah susah payah masak untuk kita semua, takkanlah tak nak jamah sikit pun? Kesian dia...” Qaireena Airysha sedang menahan jerit perih yang dirasakannya setiap kali suapannya dimasukkan ke dalam mulutnya. Kerana berasa kasihan terhadap Tengku Danial, dia tetap makan makanan itu.

Akhirnya Tengku Danial membuat keputusan untuk merasa makanan masakannya yang bertaraf lima bintang itu. 'Piraah! Lima bintang konon!' bisik suara hatinya.

Dengan laju ,Tengku Danial juga berlari untuk memuntahkan makanan itu. Sekembalinya di meja makan itu, air matanya sudah kelihatan. Bukan sebab terharu isteri sanggup makan makanan yang tidak seperti makanan itu, tetapi kerana masakannya itu teruk! Kronik sungguh rasanya. Bayangkan rasa buah peria dicampur dengan garam segenggam, mual sungguh rasanya. Melihatkan makanan itu sahaja, belum tentu kucing pun akan makan. Begitu sekali konklusinya terhadap masakannya sendiri. Hamek kau!

“ Reena, dahla tu. Macam mana Reena boleh makan benda tu? Danny sendiri tak sanggup nak tengok pun. Jangan paksa......”

“ Hmm! Dah habis pun! Ibu saya cakap, tak elok kalau membazir makanan tau. Okey jugaklah awak masak ni, memandangkan ini first time awak kan? Emmm... thank you!” ucap Qaireena Airysha sambil matanya redup memandang suaminya. Dalam hatinya terasa sungguh lega kerana berjaya juga dia habiskan makanan itu. Jika tidak, alamatnya menggigit jarilah Tengku Danial nanti!

“ Thank you untuk?” dengan wajah lurusnya, Tengku Danial bertanya.

“ Masak dinner ni la...” dengan selambanya Qaireena Airysha menjawab.

Terkedu dibuatnya semua orang di meja makan itu. Masing – masing berdiam seribu bahasa. Tengku Danial sudah tidak terkata apa pun. Adam Zafran sudah mendail di telefon bimbitnya untuk memesan makanan lain memandangkan makan malam pada hari ini tidak berapa hendak menjadi.



SEDARI tadi Qaireena Airysha asyik keluar masuk tandas akibat cirit – birit yang teramat teruk. Semua itu gara – gara dirinya yang berdegil hendak menghabiskan makanan yang kononnya dimasak dengan penuh kasih oleh suami tersayangnya, Tengku Danial. Peristiwa malam tadi yang sungguh mencuit hati kembali menerjah fikiran.

“ Aduh.....” keluh Qaireena Airysha perlahan sambil memegang kuat perutnya yang memulas. Dia tahu ini bukannya senggugut, tetapi, bahana makanan king kong yang kini sedang berada di dalam perutnya.

Sakitnya perut aku! Dahlah dari tadi aku tengah ceri – beri, tak nak hilang – hilang pula sakitnya. Nasib baiklah Danial tu tidur membelakangi aku. Tak adalah dia nampak muka aku yang teruk ni.

Tiba – tiba Tengku Danial memusingkan tubuhnya menghadap Qaireena Airysha. Dengan serta – merta raut wajah Qaireena Airysha ditukar kepada mod ceria. Namun dalam hatinya, hanya Tuhan yang tahu betapa azabnya sakit perutnya pada ketika ini.

“ Kenapa Reena makan jugak tadi? Kan dah sakit perut sekarang?” matanya berkelip – kelip persis seorang bayi memandang isterinya.

“ Mulut saya, saya nak makan apa pun suka hati sayalah. Macam mana awak tahu saya sakit perut? Awak bukannya.....” belum sempat Qaireena Airysha menyambung ayatnya, tiba – tiba Tengku Danial mencelah.

“ Jangan nak berlakon la. You are the worst actor that I have ever seen. Maya Karin pun boleh bersara tengok Reena punya lakonan. Dah! Jangan cakap banyak. Meh sini!” arah Tengku Danial sambil menarik tubuh genit Qaireena Airysha ke arahnya. Qaireena Airysha hanya mencebikkan bibir tanda protes akan tindakan tidak semenggah Tengku Danial itu.

Tengku Danial menyelak t-shirt yang dipakai oleh Qaireena Airysha itu. Terserlah kulitnya yang putih gebu itu. Dengan perlahan, Tengku Danial memulakan picitan di atas perut Qaireena Airysha. Akhirnya dia lena dengan tangan Tengku Danial yang merangkulnya dengan erat.



BUNYI bip daripada telefon bimbit itu menandakan tanda mesej masuk. Qaireena Airysha tersenyum sendirian apabila terkenangkan memori indahnya bersama Tengku Danial malam tadi. Kalau orang lain nampak, mesti dirinya akan dilabel sebagai orang gila. Nasiblah orang yang sedang dilamun cinta....

Wat pe 2? :-) - Tengku Danial

Qaireena Airysha mengerutkan dahinya membaca mesej daripada suaminya itu. Pelik. Tidak mungkin hanya kerana ingin mengambil tahu perkara yang dilakukan olehnya sekarang, masakan sampai lelaki itu terdesak sampai begini? Tak ada kerja ke dia ni? Akhirnya bibirnya menguntum senyuman apabila teringatkan orang di sana.

Nak wat pe lagi? Teringatkan awk lerrr....:-p – Qaireena Airysha

Walaupun hanya bernada gurauan, namun jauh di sudut hatinya, Qaireena Airysha mengakui kebenarannya.

Owh.... I miz u, syg...r u ok? Sakit 2 camna? - Tengku Danial

Erk?! Syg?? Demam ek awak niyh? Sakit ok je laa... not much beza.... - Qaireena Airysha

Tengku Danial tersenyum membaca mesej bendul yang dikirimkan oleh isterinya sebentar tadi. Eleh... buat – buat tak faham la pulak minah ni...

4rom 2day, u call me ABANG. Ok? ABANG! Bkn Abu! Hmm.... changes is always gud, rite? - Tengku Danial

Jauhnye awk berangan....jgn jd mat jenin sdh! Sya x nk suami sya jd mat jenin, sya nak dia jd mat danial! Hahaha....xD – Qaireena Airysha

Qaireena Airysha melekapkan tangannya pada dadanya. Laju. Makin laju dirasakan degupan jantungnya. Baru sahaja Tengku Danial suruh memanggilnya dengan panggilan abang, sudah gelabah semacam. Hisy... mahunya pengsan dia kalau Tengku Danial suruh panggil darling ke? Love ke? Tak pun, sayang?

I M SERIUS...:-# - Tengku Danial

Ok ABANG... hehehe...sj nk usik org kt sana tu, rupanya dia marah kat kite nmpak? Abang? :-D – Qaireena Airysha

I luv u, Reena... so much! <3 – Tengku Danial

Pandai dia buat love kat hujung ayat dia tu. Mamat ni memang saja nak bagi aku blushing la tu! Nasib baik dia tak ada kat depan aku, kalau tak memang dia akan usik muka aku yang merah macam tomato ini. Tapi aku..... bahagia! Sangat bahagia! Lelaki handsome cakap 'I love you' kat aku la! Rasa seperti hendak menjerit pada seluruh dunia sahaja pada ketika ini, tetapi, aku masih waras untuk tidak bertindak gila – gila seperti itu!

Hmm... apa yang aku nak balas ye? Takkan nak cakap 'I love you too, Danny sayang!' terlebih gedik pulak. Kalau aku cakap bahasa Perancis, mesti dia faham. Baik aku cakap bahasa Sepanyol aje, tak adalah malu sangat...

Yo tambien, abang. - Qaireena Airysha

Tengku Danial mengerutkan dahinya seketika. Pastinya dia tidak memahami bahasa yang digunakan oleh Qaireena Airysha. Perlahan – perlahan bibir seksinya mula mengukir senyuman. Senyuman pastinya kerana perkataan abang yang tertulis kemas pada hujung ayat itu. Lama dia merenung skrin telefon bimbitnya sebelum membalas mesej isterinya itu.

Sebenarnya, dia tahu bahawa Qaireena Airysha pasti tidak akan menjawab panggilannya kerana rasa malu yang amat. Memang Tengku Danial kenal sangat dengan perangai malu isterinya itu.

Pandai pulak bdk ni guna bhs yg abg x paham! Nakal! Reena, tggu abg blk taw..abg rindu Reena la.. - Tengku Danial

Reena x nk tggu! Buang msa aje taw tggu abg! Abg x da keja ke? Asyik msej dgn Reena je? Mcm org tgh angau...:-p – Qaireena Airysha

Qaireena Airysha bimbang sekiranya dia menganggu suaminya bekerja. Tak ke naya buat dirinya sahaja? Mentang – mentanglah Tengku Danial itu bos, maka tidak bermaksud dia boleh berbuat apa sahaja sesuka hati mak datuk dia! Sedang dia asyik mengutuk suaminya, bunyi bip menandakan mesej masuk.

Angau kt Reena sorang la...u make me CRAZY!!! wait 4 me, i'll be back soon. Abg nk smbg keja k? Bye syg, XOXO, assalamualaikum. - Tengku Danial

Aduh... suami aku memang dah gila bayang kat aku! Aku suka! Lagak kami berdua seperti remaja yang baru sahaja bercinta. Indahnya cinta, lebih – lebih lagi suamiku ialah cinta pertamaku dan aku berharap dia akan menjadi cinta terakhirku. Amin.



TENGKU Danial menuju ke meja Hamzah, rakannya ketika zaman sekolah. Hamzah telah melanjutkan pelajaran ke Holland dan mahir dalam pelbagai bahasa. Kini, dia bekerja sebagai pengurus besar di syarikat Tengku Danial itu.

“ Zah, kau sibuk tak?” Tengku Danial sekadar berbasa basi. Dia tidak mahu stafnya menghidu tujuan utamanya ke meja Hamzah itu.

“ Hmm... tak berapa sibuk. Apesal? Kau takkan ada kat sini kalau tak ada benda kan? Oh, kau nak tips nak pikat bini ke? Kalau macam tu....”

“ Woi! Dengar dululah! Aku dah pikat bini aku pun dan aku tak perlukan sesiapa nak tolong pikat dia. Helo, aku ni kasanova peringkat kebangsaan tau?” bidas Tengku Danial, yang pantang apabila maruahnya sebagai kasanova terulung dicabar. Tetapi itu dululah. Sekarang dah ada bini, sayang bini seorang ajelah.

“ Talk.” hanya sepatah perkataan yang dikeluarkan oleh Hamzah memberi isyarat kepada Tengku Danial untuk kembali kepada tujuan asalnya menjual minyak di mejanya.

“ Kau baca mesej ni. Kau translate kat aku maksud dia. Ni.” Tengku Danial menunjukkan skrin telefon bimbitnya yang memaparkan mesej misteri yang dikirimkan oleh Qaireena Airysha sebentar tadi.

Hamzah tersenyum sendirian apabila membaca mesej tersebut. Senyumannya makin menjadi nakal apabila terpandangkan nama penghantar mesej tersebut.

“ Me too, abang....” ajuk Hamzah dengan gaya 'lelaki lembut' yang terakhir Malaya. Geli – geleman dibuatnya Tengku Danial.

“ Ye? Bahasa apa tu?” Tengku Danial tersenyum bahagia. Rupa – rupanya dalam diam nakal rupanya isterinya itu.

“ Amboi! Excited bukan main lagi! Bahasa Sepanyol. Bini kau dahsyat la, sampai bahasa Sepanyol dia boleh cakap. Kau cakap apa kat dia? I love you kan? Aww.... so sweet...” Hamzah pula yang terlebih teruja kini.

“ Kau jangan sibuk. Sambung kerja cepat. Thanks bro.” Tengku Danial baru sahaja ingin mengatur langkah dengan hati yang kembang bak bunga tahi ayam. Hisy! Tak ada bunga lain ke mamat ni?!

“ Ye la... dah dapat bini, kawan dilupakan. Takkan thank you aje? Mesti kau tak sabar – sabar nak balik rumah kan? Dalam kepala otak kau, balik rumah, peluk bini, cium bini.....”

“ Woi! Itu aku punya pasallah nak buat apa dengan bini aku. Hmm... apa kata kalau aku belanja kau lunch? Jangan kata itu pun tak cukup. Kalau tak cukup, ini aje yang kau akan dapat!” kata Tengku Danial sambil mengepal penumbuk di tangannya.

Hari ini merupakan hari yang paling bahagia buat Tengku Danial. Memang benar kata orang itu, kalaupun ada saat yang paling kuat dan kalaupun ada saat yang paling lemah dalam hidup kita, ia adalah ketika kita sedang dialun gelombang cinta. Dan gelombang yang dirasakannya pada ketika ini cukup hebat.



NUN JAUH DI PRAGUE....


TENGKU Dzul menyisir rambutnya dengan rapi. Dia sudah fikir masak – masak. Biarlah jika sekalipun semua orang tidak dapat menerima dirinya lagi, dia tetap ingin membuat penjelasan atas perkara sebenar. Sudah cukup terseksa dia hidup di bumi Prague ini hanya ingin mencari ketenangan. Namun, di manakah ketenangan itu?

Adriana merangkul leher suaminya dengan erat. Dagunya diletakkan di atas bahu suaminya itu. Rasa cintanya hanya tertumpah buat lelaki itu sahaja.

“ Abang... abang dah fikir masak – masak ke nak balik Malaysia? Macam mana pulak dengan penerimaan Danial nanti? Hmm??”

Tengku Dzul memandang isterinya tepat ke dalam anak matanya. Cantik sungguh sepasang mata bundar milik isterinya itu.

“ Sayang... sampai bila kita nak hidup macam ni,hmm? Walau macam mana sekalipun penerimaan semua family abang dan jugak Danial, abang tetap kena jelaskan perkara yang sebenar. Sayang pun tahu kan kenapa abang tak beritahu perkara ni dari awal lagi pada mereka?” Rasa bersalah kian menyelubungi dirinya kerana rahsia besar itu tersimpan kemas dalam dirinya. Kerana rahsia itulah, hati lelaki bernama Tengku Danial paling terluka.

Adriana menghela nafasnya dengan perlahan. Walaupun dia tetap berasa bersalah terhadap Tengku Danial, dia tetap ingin mempertahankan dirinya bahawa dia juga mempunyai hati dan perasaan. Dia juga berhak menentukan teman hidupnya. Dia juga ingin hidup bahagia. Namun, semua itu tidak dapat dikecapi ketika sedang hangat bercinta dengan Tengku Danial.

Alasannya mudah sahaja, Tengku Danial terlalu mengongkong hidupnya.

“ Okeylah kalau abang dah buat keputusan macam tu. Hmm... macam mana pulak dengan Deena?” tanya Adriana sambil matanya galak memandang anaknya yang sedang lena tidur di atas katil bersaiz king itu.

“ Hisy... Riana ni. Ada ke tanya soalan macam tu? Of courselah abang akan bawak Riana dengan puteri kesayangan abang sekali balik. Ye tak begitu?” Tengku Dzul mencuit dagu isterinya sedikit. Adriana memuncungkan bibirnya tanda protes.

“ Tapi kan bang... Riana takut la. Macam mana kalau mummy abang tak dapat nak terima Riana? Habis tu, mana abang nak campak Riana ni?!”

“ Alaa... mummy kalau tak dapat terima Riana, mesti dia dapat terima Deena punya. Sebab, kan Deena tu anak abang? Riana ni abang campaklah dekat kedai apek jual gula – gula kapas ke... hutan ke...” Tengku Dzul menahan tawanya. Niatnya sengaja ingin mengusik isteri kesayangannya itu.

“ Habis tu?! Deena tu anak abang sorang ye? Yang beranak dia susah payah ni dah tak ingat?! Malaslah Riana nak cakap dengan abang. Pergi layan cerita Korea lagi best. Tak adalah hero Korea tu jenis orang yang tak sayang bini dia langsung.....” Adriana mula melangkah pergi meninggalkan suaminya.

Tengku Dzul cepat – cepat menarik Adriana ke dalam pelukannya lalu mencium pipinya berkali – kali. Terkial – kial Adriana cuba menolak tubuh sasa milik suaminya itu. Yelah... genetik mat saleh la katakan...

“ Abang takkan sama sekali tinggalkan Riana. Kalau ada orang yang nak pisahkan kita pun, abang akan sembelih dia hidup – hidup! Termasuk Danial...” Tengku Dzul membisik rapat di telinga Adriana. Pelukannya makin dikemaskan lagi.

“ Dahla kita banyak buat salah dekat budak tu, lepas tu abang suka – suka hati nak sembelih dia. Kesian la dia bang....”

“ Riana masih cintakan dia?” riak wajah Tengku Dzul sudah berubah kelat.

“ Hisy abang ni...jangan cakap macam makhluk asing boleh tak? Riana cuma nak cakap, abang ingat dia nak terima Riana semula ke? Lepas apa yang Riana dah buat pada dia? Hmm?”

“ Riana memang masih suka dia ek?”

Adriana mencubit pipi suaminya. Tengku Dzul terjerit kecil akibat cubitannya itu.

“ Kalau Riana suka dia, takkan Riana sanggup jadi pengkhianat dunia semata – mata nak jadi bini abang? Riana dah pun jadi mak orang dah...”

Tengku Dzul tersenyum seraya merungkaikan pelukannya. Amboi! Kalau boleh memang tak nak lepaskan la tu! Gatal punya Dzul!

“ Abang sayang Riana. Kita sama – sama doakan ye agar mereka terbuka hati nak terima kita semula?” Tengku Dzul bertanya seraya mengenggam erat tangan isterinya.

“ InsyaAllah bang. Dah, nanti abang lewat masuk ofis pulak nanti. Assalamualaikum..” Adriana mencium tangan Tengku Dzul. Memang inilah rutin hariannya sejak bergelar isteri kepada Tengku Dzul Muqri.

“ Waalaikumsalam. Jaga diri tau. And you too, my princess, Tengku Deena Insyirah. I love you both so much. See you!”

Tengku Dzul mencium pipi gebu anaknya sebelum berlalu keluar melalui pintu kondominium yang didiaminya sejak dua tahun lalu.

Adriana menepuk lembut punggung anaknya. Dia bangkit daripada katil itu lalu mencapai sebuah album lama yang terletak kemas di atas rak buku itu. Sedang dia asyik menyelak helaian demi helaian album tersebut, matanya tertancap pada seraut wajah yang sudah lama tidak ditatapinya.

Biarpun tiada lagi rasa cinta buat lelaki itu, namun dia cukup merindui segala tindak – tanduk lelaki itu yang agak keanak – anakan. Lelaki itu bagaikan sahabat yang namanya tidak dapat dipadamkan daripada kotak memorinya. Tanpa sedar, air mata ibu muda itu menitis jua.

“ Maafkan aku Danial....” hanya kata – kata itu yang terbit daripada bibirnya itu.

** SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK. MOGA - MOGA ANDA DIBERKATI ALLAH DI BULAN INI. INSYAALLAH. DENGAN KASIH SAYANG ALLAH, TIADA YANG MUSTAHIL. SUBHANALLAH...**


SYUKRAN LAKA, SHIE SHIE, NANDRI, MERCI, GRACIAS, DANKE, OBRIGADO, GRAZIE, THANK YOU, TERIMA KASIH!!



4 comments:

  1. Replies
    1. Thanks nuratiza....keep supporting yea! jasamu akan sentiasa dikenang!!! :-)

      Delete
  2. Cerita ni best, bila nk sambung lagi cik writer...

    ReplyDelete
  3. Cerita ni dh jadi novel ke?maaf brtnya..����

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)