My Cute Buddies!

Wednesday 18 July 2012

Suamiku Mr. Bean Manja BAB 17


BAB 17

Aku sedang mengeringkan rambutku yang basah di hadapan meja solek. Panahan mata suamiku yang cukup mempesonakan itu makin galak aku lihat sedang menyapaku. Makin tidak selesa dibuatnya aku.

“ What?” soal Qaireena Airysha.

“ Kenapa Reena tak nak pergi kerja? Memanjang aje duduk rumah. Hmm.... tak boring ke?” tanya Tengku Danial sambil membetulkan kemeja hitam yang tersarung di tubuhnya.

“ Hisy.... cepat sangat awak lupa la. Kan dulu awak sendiri yang pernah cakap, saya tak payah pergi kerja. Lagipun, plan asal saya ialah nak buat PhD, sekarang kan dah terbantut. All because of you.” selamba Qaireena Airysha bertutur tanpa perasankan riak wajah Tengku Danial yang sudah berubah.

Tengku Danial berjalan menuju ke meja solek. Rambutnya hanya disisir menggunakan tangan. Sebenarnya, dia agak terasa apabila dituduh begitu oleh isterinya. Sebuah idea yang bernas kini muncul di benaknya.

“ Reena, hari ini ikut Danny pergi kerja. No objections. Skop kerja Reena, nanti Danny terangkan di ofis nanti. Lagipun, Danny hanya nak Reena kerja only for today. Not for the rest of the years that I am going to spend with you.”

“ Huh?! Laa.... kalau nak kerja pun, biarlah sampai ke pangkal lengan. Kenapa awak tak nak bagi saya kerja lama sikit? Ala..... tak best la macam ni...” Qaireena Airysha mengeluh perlahan. Anak matanya sempat lagi menatap wajah tampan milik suaminya.

“ I'm the boss. You will listen to me. Reena hanya perlu menjadi queen of my heart. Tak payahlah nak kerja. Biar Danny yang cari nafkah untuk Reena dan anak – anak kita.”

“ Huh?!” membulat mata Qaireena Airysha dengan setiap patah perkataan yang baru sahaja diucapkan oleh Tengku Danial.

Biar betul laki aku ni. Kenapalah dia perlu jadi romantik begini denganku? Cair aku dengan setiap tutur katanya. Ya Allah, sungguh aku sukar untuk memahami perkara yang tersirat di dalam hati lelaki yang bergelar suamiku ini. Sekejap dia jadi romantik, sekejap lagi dia jadi tak ubah seperti kanak – kanak.

“ Ummm.... ummm.... errr..... tolong ikatkan tali leher ni untuk Danny! Err.... lepastu, tolong bersiap, kita nak pergi ofis dah.” arah Tengku Danial bagi menutup kegugupan yang semakin menguasai dirinya. Mesti dah berjangkit dengan Qaireena Airysha ini.

Qaireena Airysha maju ke arah Tengku Danial. Wangian Giorgio Armani yang dipakai oleh Tengku Danial menusuk hidungnya. Makin tergugat imannya pada ketika ini. Matanya dipejam seketika kerana ingin mengawal gelodak perasaan yang semakin menggila.

Tangan Qaireena Airysha dengan ligat memutar tali leher yang kini berada di sekitar kolar kemeja Tengku Danial. Sekejap pusing ke arah ini, sekejap ke arah itu. Tengku Danial hanya tersenyum kerana walaupun tidak tahu hendak mengikat tali leher, Qaireena Airysha masih enggan mengakuinya.

Sudahlah aku tak tahu nak ikat menda alah ni. Tahu – tahu aje dia ni nak kenakan aku. Aku tersenyum ke arah Tengku Danial, sudah bersedia hendak mengalah kerana sudah hampir lima belas minit aku mengikat tali leher ini dan masih juga belum kelihatan seperti bentuk tali leher yang sepatutnya.

Tengku Danial dengan selamba melingkari tangannya di sekitar pinggang Qaireena Airysha. Tersentak dibuatnya Qaireena Airysha. Mata Qaireena Airysha sengaja dibulatkan tanda marah akan tindakan di luar jangkaan Tengku Danial itu.

“ Danial, saya tak tahulah macam mana nak ikat menda ni. Awak ajelah yang ikat. Saya nak pergi bersiap.” akhirnya Qaireena Airysha mengaku kalah.

“ Tau pun tak tau nak ikat. Ish... memang tak reti nak mengaku kalah. Hmmm.... macam ni lah bini Danny!”

Tengku Danial merampas tali leher berjalur itu daripada tangan Qaireena Airysha. Qaireena Airysha hanya mencebikkan bibir tanda protes akan tindakan Tengku Danial. Terus dia berlalu untuk menukar pakaiannya.

Hmmm.... dah berani kenakan sifu besar ye? Nanti kau Danial, aku akan buat benda yang paling kau tak suka. Lets see.... kebaya nyonya ni lawa jugak. Aku pakai kebaya ini hanya untukmu Danial sayang! Desis Qaireena Airysha disulami dengan ketawa jahat olehnya di dalam hati.



TENGKU Danial hanya menjegilkan pandangannya terhadap tubuh langsing milik isterinya. Tubuhnya itu kelihatan sungguh menggiurkan lebih – lebih lagi dengan kebaya nyonya berwarna hitam yang dipakai oleh Qaireena Airysha.

Apabila perasankan banyak mata yang mendarat atas tubuh isterinya, dengan selamba Tengku Danial mendaratkan tangannya atas pinggang Qaireena Airysha. Tersentak dibuatnya Qaireena Airysha termasuklah staf – staf yang sedang memandang adegan itu. Kebanyakan daripada mereka masih tidak lagi mengetahui bahawa bos besar mereka itu sudah berkahwin. Mereka menyangka bahawa Qaireena Airysha itu merupakan salah seorang daripada koleksi teman wanita Tengku Danial. Mereka agak terkejut kerana cita rasa bos besar mereka itu selalunya perempuan yang seksi, sekarang sudah terbalik pula.

“ Reena, kan Danny dah cakap jangan sekali – kali pakai kebaya ni? Kenapa degil nak pakai jugak? Macam mana kalau si cekeding Izzat tu nampak?!” bisik Tengku Danial rapat di telinga Qaireena Airysha. Sambil tangannya masih melekap kemas di pinggang isterinya itu, mereka sama – sama masuk ke dalam lif.

“ Siapa suruh awak kenakan saya pagi tadi? Biarlah kalau Izzat tu nak tengok. Awak ingat dia akan tergoda dengan saya ke?”

“ Maybe? Kenapa Reena gatal sangat nak bagi dia tengok? Reena suka dia eh?” rasa cemburu Tengku Danial semakin menggunug terhadap si cicak kubin Izzat itu.

“ Sekali saya reject dia, sampai bila – bila pun saya takkan terima dia. Eee.... saya takde kerja lain ke selain nak suka dekat cicak tu?! Minta dijauhkan. Saya lebih rela duduk dengan awak yang selalu ganggu ketenteraman hidup saya daripada even just nak sembang dengan cicak tak bertauliah tu!” Qaireena Airysha terus menghamburkan kemarahannya terhadap Izzat. Entah kenapa, hatinya manjadi semakin membara setiap kali teringatkan lelaki itu.

“ Good. Now, jom masuk dalam my room.” Tengku Danial masih merangkul pinggang isterinya lalu berjalan menuju ke biliknya.

Qaireena Airysha hanya mampu tersengih kepada setiap staf yang memandangnya. Dirinya kini menjadi tumpuan setiap staf di dalam bangunan itu termasuklah insan yang amat tidak disukainya. Terpaku Izzat seketika apabila melihat gadis pujaannya yang kelihatan sungguh anggun. Matanya tidak lepas – lepas pula dairpada memandang susuk tubuh Qaireena Airysha.

Aduh... menyesal sungguh aku pakai baju ni. Dahlah susah nak jalan, buatkan aku nampak lebih pendek pula tu. Hisy... aku tahu la laki aku ni hencem, tak payahlah nak pandang lebih – lebih. Gerutunya dalam hati. Dia pula tidak tahu – menahu langsung bahawa dirinya itu kini menjadi tumpuan, dan bukannya Tengku Danial.

“ Okey everyone. I would like to introduce my wife, Qaireena Airysha.” umum Tengku Danial kepada staf – stafnya. Hampir tersedak mereka apabila mendengar pengumuman mengejut Tengku Danial, terutamanya Izzat.

Qaireena Airysha tersengih menayangkan barisan giginya yang putih bersih.

“ Tengku, bila agaknya Tengku kahwin?” soal Izzat dengan matanya yang hampir tersembul keluar.

“ About a month ago. Sorry ye, I tak inform you all pasal semua ni. Yang ni pun express marriage. Plan pun sebulan sebelum majlisnya.”

“ Sorry no worry la Tengku! Congrats! I tak sangka ye, bini Tengku sungguh comel orangnya. Tutup aurat pulak tu. Hisy... kalaulah Tengku tak kahwin dengan Puan Qaireena ni, dah lama I kebas dia tau!” kata – kata Fazley itu disambut dengan gelak tawa oleh semua staf TDD Holdings kecuali dua makhluk ini. Makhluk bertuah itu ialah Nadia, setiausaha Tengku Danial dan Izzat, senior architech syarikat itu.

Sempat lagi Tengku Danial menjegil Fazley atas kata – katanya yang tiada insurans langsung. Qaireena Airysha masih lagi tersenyum bagaikan kerang busuk, pipinya sudah merah kerana dipuji sebegitu. Ececeh... malu la tu!

“ Okey semua. Sambung kerja, this is not the time for you to chill. One more minute like this, gaji anda akan dipotong ye, harap maklum. Izzat, sudah – sudah la tu renungkan bini I. Bukannya dia pakai gigi emas pun...” sinis kedengaran ayat terakhir Tengku Danial yang ditujukan khas buat Izzat.

Kelam – kabut Izzat mengalihkan matanya ke arah lain. Hisy.... kurang asam punya bos! Bertahun aku tunggu perempuan tu, alih – alih dia jugak yang kebas. Pantang sungguh bos gatal aku bila nampak perempuan berdahi licin sikit! Walaupun kau sudah jadi milik orang lain Rysha, aku tetap akan rampas kau balik! Kau hanya milik aku! Gerutu Izzat di dalam hatinya dengan rasa amarah yang amat terhadap Tengku Danial.

Terpaku seketika Qaireena Airysha apabila masuk ke dalam bilik suaminya. Kabinet pameran yang diperbuat dengan kaca itu kelihatan sungguh menarik dan esklusif, lebih – lebih lagi apabila dipenuhi dengan koleksi kereta Lamborghini. Tengku Danial hanya memerhatikan gelagat isterinya.

Qaireena Airysha menapak pula ke arah meja kerja Tengku Danial. Terharu sungguh dia pada ketika itu apabila dia ternampak akan gambar perkahwinan mereka di sudut meja Tengku Danial. Makin bergenang air matanya apabila dia melihatkan gambar bayinya berada di sebelah gambar bayi lelaki yang dia mengagak mungkin Tengku Danial.

Ni yang buat aku lemah lutut ni. Mana pulak mamat ni dapat gambar bayi aku? Mesti kerja ibu! Comel sungguh bayi lelaki ini! Dengan matanya yang bundar dan sedikit biru kehijauan, kulitnya yang putih melepak, memang sah itu ialah Tengku Danial!

“ Ehem....”

Terlompat Qaireena Airysha apabila terdengar suara garau milik Tengku Danial berdehem. Qaireena Airysha mengurut dadanya akibat rasa terkejut yang masih bersisa.

“ Isy... bagilah salam dulu! Awak nak saya innalillah cepat ke?! Baru aje saya nak flashback... kacau daun betullah awak ni Danial!”

Tengku Danial tersengih – sengih. Suka dia melihat perempuan ini ketika penyakit kalutnya sudah mari.

“ Emm... awak nak tau tak skop kerja awak? Aii.... takkan nak flashback aje?” sengaja Tengku Danial ingin mengusik isterinya.

“ Hurgh! Cepatlah awak....” suaranya kini sudah sedikit mengendur. Dia tahu bahawa dia berdosa besar sekiranya meninggikan suaranya terhadap Tengku Danial. Kontrol... kontrol....

“ Reena hanya perlu jadi my personal assistance. That is, temankan Danny dalam bilik ni. Jangan keluar melainkan Danny yang suruh. Jangan nak mengada buat kerja lain.” tegas suara Tengku Danial mengarah Qaireena Airysha.

“ Hah?! Apa ni.... baik aje saya pergi shopping dengan mummy. Lagi seronok daripada tercongok dengan awak yang gatal peringkat dewa ni....” bidas Qaireena Airysha.

“ Gatal?” Tengku Danial mula merapati Qaireena Airysha.

“ Err... maksud saya, romantik? Err.... atau, awak tuan yang terhebat? Bukankah gitu?” matanya dipejam sekuat hati. Baginya, angin Tengku Danial memang tidak dapat dijangka langsung.

“ Romantic? Do you want to see how romantic I can be?” suara Tengku Danial kedengaran sungguh menggoda.

Tangannya mengusap lembut kepala Qaireena Airysha. Wajahnya sengaja didekatkan dengan wajah isterinya itu. Desah nafasnya makin jelas kedengaran di corong telinga Qaireena Airysha.

Pintu bilik tiba – tiba dikuak dari arah luar tanpa sebarang ketukan. Seperti terkena kejutan elektrik, kedua – duanya terlompat daripada kedudukan asal mereka. Merah wajah kedua – dua budak bertuah itu. Tengku Danial berpura – pura membetulkan kotnya. Marah sungguh dia pada Nadia pada ketika ini. Nadia hanya mempamerkan riak wajah terkejut sedangkan di dalam hatinya, hanya Tuhan tahu betapa meluatnya dia berasa apabila menyaksikan babak mesra antara lelaki idamannya dengan wanita lain dan bukan dirinya.

“ Nadia?! Can't you knock the door first?!” soal Tengku Danial dengan berang.

“ Err... sorry Tengku. It won't happen again. Tengku, sebenarnya Tengku perlu tandatangan beberapa dokumen ini.” kecut perut Nadia apabila mendengar nada suara Tengku Danial yang sebiji macam incredible Hulk itu.

“ That's all? Anything else?”

“ You don't have any meeting today. Meeting pukul dua telah dibatalkan oleh Dato' Adam dan meeting itu telah ditunda pada hari esok. I think that's about it.” mukanya merah menahan malu yang amat setelah ditengking sebegitu di hadapan insan yang amat dibencinya.

Nadia menghulurkan beberapa kepingan kertas kepada Tengku Danial untuk ditandatangani olehnya. Qaireena Airysha pula sedang asyik memintal hujung tudungnya tanpa berani bersua muka dengan kedua – dua manusia itu.

“ You may leave now.” arah Tengku Danial kepada Nadia. Terkulat – kulat Nadia menapak keluar daripada biliknya itu.

“ Awak ni... kenalah amik precaution sebelum betindak gila – gila macam tadi. Sekarang siapa yang malu? Awak jugak kan...” Qaireena Airysha terus menghamburkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada Tengku Danial.

“ Not me, but Reena yang malu. Cuma tak nak mengaku aje...” Tengku Danial tersenyum nakal ke arah Qaireena Airysha.

“ Ye la... ye la... awaklah yang menang. But just untuk kali ni aje tau! Cepat, buat kerja! Jangan buang masa ye, Encik Danial. Terutama sekali, jangan sengih – sengih macam kerang expired!”

Lebih galak Tengku Danial tersenyum sebelum menyambung kembali kerjanya. Mata Qaireena Airysha pula sedang sibuk curi – curi pandang ke arah wajah tampan milik Tengku Danial. Entah bila pula dia tertidur, tidak pula dia sedar akan hal itu.



MATAKU terasa amat berat sekali. Sedapnya tidur dalam pejabat suami aku. Harap – haraplah tiada sesiapa yang akan ganggu sesi tidur aku. Sempat lagi Qaireena Airysha berdoa dalam hati.

BUSSHHH!!!! Simbahan air sejuk itu benar – benar telah mencelikkan mataku. Nafasku turun naik menahan rasa sejuk yang amat serta amarah terhadap.... Tengku Danial! Malaun punya suami! Basah lencun la aku...

“ Kenapa dengan awak ni?! Apa masalah awak huh?! Awak boleh kejutkan saya kan?! Sekarang kalau dah basah, macam mana nak keluar ofis?! Awak memang sengaja nak Izzat tergoda tengok saya kan?! Kurang asam jawa betullah!!” Qaireena Airysha menggigil kesejukan. Tengku Danial hanya tersengih menunjukkan wajah tidak bersalahnya.

“ Reena yang tidur sampai tak sedar diri. Sekarang pun dah pukul enam empat puluh. Tujuh setengah masuk waktu maghrib. Nak kejutkan, Danny tak sampai hati la....”

“ Habis tu?! Kalau simbah air atas saya, hati awak sampai ye?! Sejuk awak tahu tak?! Dahlah bilik aircond aje memanjang!” bentak Qaireena Airysha sambil mengibar – ngibarkan baju kebaya yang dipakainya.

“ Sorry Reena....”

“ Apa sorry sorry?! Sori naik Ferrari la!” tahap kemarahan Qaireena Airysha kian memuncak.

Raut wajah serius ditunjukkan oleh Tengku Danial. Dia mendekati Qaireena Airysha yang sedang membelakanginya. Lantas bahu isterinya itu dipaut dan dipusing agar menghadapnya.

“ Bukak baju tu.” arah Tengku Danial dengan wajah yang serius. Langsung tiada senyuman di wajah serius itu.

“ Hah?! Awak biar betul nak.....”

“ Danny suruh bukak, bukak ajelah! For once, tolong jangan melawan boleh tak?!” potong Tengku Danial.

“ Saya tak pernah lawan cakap awak tau...takkan nak bukak kat sini? Saya boleh pergi toilet la...” dalih Qaireena Airysha pula. Tangannya digenggam erat oleh Tengku Danial.

“ Takde sapa – sapa pun dekat ofis. Nanti ada hantu, terjerit pulak Reena nanti. Jangan risau, Danny dah kunci pintu.” Tengku Danial cuba menenangkan isterinya. Memang dia mengakui, dia yang bersalah dalam hal ini kerana mengambil kesempatan terhadap Qaireena Airysha. Namun begitu, sekali – sekala, bergurau senda adalah rahsia bagi rumah tangga yang mantap kan?

“ Suka amik kesempatan la awak ni...” gerutu Qaireena Airysha.

Kebaya yang tersarung di tubuh Qaireena Airysha ditanggalkannya. Kerana itu, tubuhnya yang menggigil kini sudah membeku. Sejuk tahap kritikal dah! Lantas kebaya itu diletakkan di atas sofa sementara menunggu ia kering.

Tengku Danial cuba melawan naluri kelakiannya yang semakin berombak melihatkan tubuh langsing Qaireena Airysha dengan hanya berbaju dalam itu. Nasib baik Qaireena Airysha masih memakai kainnya. Melihatkan keadaan isterinya itu, Tengku Danial terus menanggalkan kotnya lantas disarungkan di tubuh genit Qaireena Airysha.

Tengku Danial bergerak ke arah mejanya untuk menyudahkan tugasnya yang tergendala seketika tadi. Matanya dengan tekun asyik menghadap laptopnya. Qaireena Airysha yang berasa kasihan akan Tengku Danial, terus bergerak dan berdiri di belakangnya.

Aku nak urut dia atau tidak? Nak urut atau tidak? Kalau aku urut, aku dapat pahala dan title isteri mithali. Kalau tak urut, hanya dapat kemarahan Tengku Danial. Tapi, benarkah bahawa dia akan berasa marah terhadapku sekiranya aku tidak mengurutnya?

“ Kenapa Reena berdiri belakang Danny? Is there anything that you need?” soal Tengku Danial setelah berdiam buat kesekian lamanya.

Dia tahu rupanya bahawa aku sedang berdiri kat belakang dia. Hisy... memanglah dia tahu! Kan ke dia ada dua biji mata untuk tengok? Soalan tidak masuk dek akal betullah...

“ Err... awak nak saya tolong picitkan bahu awak ke? Kalau awak tak nak....”

“ Yes please...thanks sayang.” dengan selamba Tengku Danial mengucapkan perkataan keramat itu.

Dengan lembut, Qaireena Airysha memulakan picitan di bahu sasa Tengku Danial. Boleh terasa setiap ketul otot dan urat saraf di bahunya itu. Tengku Danial berasa sedikit lega selepas dipicit seketika oleh Qaireena Airysha.

“ Dahlah tu Reena. Jom, kita solat sekali nak?” ajak Tengku Danial.

Kedengaran bunyi azan dilaungkan menandakan waktu maghrib sudah masuk. Nyaman dan menenangkan sungguh suasana pada saat azan dilaungkan.

“ Nak!” dengan suara ceria, Qaireena Airysha bersetuju.

Qaireena Airysha memulangkan kot milik Tengku Danial kepadanya. Kelihatan lelaki itu masih mengusap – usap tengkuknya, mungkin kerana berasa sangat lenguh. Dengan pantas Qaireena Airysha menyarungkan kebayanya di tubuh genitnya.

Setelah mengambil wuduk, mereka menunaikan kewajipan mereka secara berjemaah. Suara Tengku Danial kedengaran lunak mengalunkan setiap patah kalimah ayat – ayat suci. Setelah memberi salam pada rakaat yang ketiga, masing – masing berdoa dengan kusyuk.

Ya Allah, andai kata jodohku adalah bersama Tengku Danial, engkau panjangkanlah jodohku bersamanya. Kau ampunilah dosa – dosaku Ya Allah, serta dosa – dosa suamiku. Engkau lindungilah rumahtanggaku daripada hasad dengki orang lain Ya Allah.Kau kukuhkanlah rasa cinta aku terhadapnya. Sesungguhnya aku mencintai lelaki ini selepasMu Ya Allah dan para rasulMu. Doa Qaireena Airysha dalam hati.

Air matanya bergenang. Dia tidak tahu mengapa dia berasa sungguh sebak pada ketika ini terutamanya ketika berdoa tadi. Dengan lembut, Qaireena Airysha mencium tangan Tengku Danial. Tengku Danial pula mencium dahi isterinya dengan penuh syahdu. Sunyi sungguh suasana pada ketika ini.

“ Hmm.... batal wuduk saya...”

Tengku Danial hanya tersenyum apabila mendengar kata – kata selamba Qaireena Airysha. Bekas air wuduk masih kelihatan di hujung rambut perangnya yang kelihatan sedikit hitam akibat basah.

“ Jom, balik rumah nak? Mummy dah tunggu tu, risau pulak dia nanti kalau kita balik lambat sangat. Sekarang pun dah dikira lambat tau...” Tengku Danial terus bangun daripada duduknya sambil memimpin tangan Qaireena Airysha.

“ Laa... mestilah balik. Takkan awak nak ajak saya pergi disko pulak? Mengarut tak kena tempat betullah awak ni...” gerutu Qaireena Airysha sambil tersenyum menyerlahkan kedua – dua lesung pipitnya.

“ Ada – ada je lah Reena ni...” Tengku Danial pula tersengih sendirian kerana berasa sungguh bahagia. Bahagia sungguh dia kerana berpeluang mengimamkan solat bersama isterinya buat pertama kali. Harap – harapnya akan berkekalan kebahagiaan mereka ini. Amin.


5 comments:

  1. best and sweet gile ... cerita ni... tapi sebenarnye novel ni namenye ape? sebab dekat penulisan2u namenye ade dua... novel suamiku mr.bean manja dan si manja milikku ... jadi nanti bile novel ni dibukukn saye nk kene beli novel yg mane satu tajuknye

    ReplyDelete
  2. best and sweet ... tapi sebenarnye novel ni tajuknye ape?...sebab dekat penulisan2u namenye ade dua, novel suamiku mr.bean manja dan si manja milikku ... jadi nanti bile novel ni dibukukn...dia punye tajuk ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. suamiku mr. bean manja.
      tima kaseh ye, sbb sukakan cerite nie!

      Delete

surat layang untukku:-)