BAB 17
Aku
sedang mengeringkan rambutku yang basah di hadapan meja solek.
Panahan mata suamiku yang cukup mempesonakan itu makin galak aku
lihat sedang menyapaku. Makin tidak selesa dibuatnya aku.
“
What?” soal Qaireena Airysha.
“
Kenapa Reena tak nak pergi kerja? Memanjang aje duduk rumah. Hmm....
tak boring ke?” tanya Tengku Danial sambil membetulkan kemeja hitam
yang tersarung di tubuhnya.
“
Hisy.... cepat sangat awak lupa la. Kan dulu awak sendiri yang pernah
cakap, saya tak payah pergi kerja. Lagipun, plan asal saya ialah nak
buat PhD, sekarang kan dah terbantut. All because of you.” selamba
Qaireena Airysha bertutur tanpa perasankan riak wajah Tengku Danial
yang sudah berubah.
Tengku
Danial berjalan menuju ke meja solek. Rambutnya hanya disisir
menggunakan tangan. Sebenarnya, dia agak terasa apabila dituduh
begitu oleh isterinya. Sebuah idea yang bernas kini muncul di
benaknya.
“
Reena, hari ini ikut Danny pergi kerja. No objections. Skop kerja
Reena, nanti Danny terangkan di ofis nanti. Lagipun, Danny hanya nak
Reena kerja only for today. Not for the rest of the years that I am
going to spend with you.”
“
Huh?! Laa.... kalau nak kerja pun, biarlah sampai ke pangkal lengan.
Kenapa awak tak nak bagi saya kerja lama sikit? Ala..... tak best la
macam ni...” Qaireena Airysha mengeluh perlahan. Anak matanya
sempat lagi menatap wajah tampan milik suaminya.
“ I'm
the boss. You will listen to me. Reena hanya perlu menjadi queen of
my heart. Tak payahlah nak kerja. Biar Danny yang cari nafkah untuk
Reena dan anak – anak kita.”
“
Huh?!” membulat mata Qaireena Airysha dengan setiap patah perkataan
yang baru sahaja diucapkan oleh Tengku Danial.
Biar
betul laki aku ni. Kenapalah dia perlu jadi romantik begini denganku?
Cair aku dengan setiap tutur katanya. Ya Allah, sungguh aku sukar
untuk memahami perkara yang tersirat di dalam hati lelaki yang
bergelar suamiku ini. Sekejap dia jadi romantik, sekejap lagi dia
jadi tak ubah seperti kanak – kanak.
“
Ummm.... ummm.... errr..... tolong ikatkan tali leher ni untuk Danny!
Err.... lepastu, tolong bersiap, kita nak pergi ofis dah.” arah
Tengku Danial bagi menutup kegugupan yang semakin menguasai dirinya.
Mesti dah berjangkit dengan Qaireena Airysha ini.
Qaireena
Airysha maju ke arah Tengku Danial. Wangian Giorgio Armani yang
dipakai oleh Tengku Danial menusuk hidungnya. Makin tergugat imannya
pada ketika ini. Matanya dipejam seketika kerana ingin mengawal
gelodak perasaan yang semakin menggila.
Tangan
Qaireena Airysha dengan ligat memutar tali leher yang kini berada di
sekitar kolar kemeja Tengku Danial. Sekejap pusing ke arah ini,
sekejap ke arah itu. Tengku Danial hanya tersenyum kerana walaupun
tidak tahu hendak mengikat tali leher, Qaireena Airysha masih enggan
mengakuinya.
Sudahlah
aku tak tahu nak ikat menda alah ni. Tahu – tahu aje dia ni nak
kenakan aku. Aku tersenyum ke arah Tengku Danial, sudah bersedia
hendak mengalah kerana sudah hampir lima belas minit aku mengikat
tali leher ini dan masih juga belum kelihatan seperti bentuk tali
leher yang sepatutnya.
Tengku
Danial dengan selamba melingkari tangannya di sekitar pinggang
Qaireena Airysha. Tersentak dibuatnya Qaireena Airysha. Mata Qaireena
Airysha sengaja dibulatkan tanda marah akan tindakan di luar jangkaan
Tengku Danial itu.
“
Danial, saya tak tahulah macam mana nak ikat menda ni. Awak ajelah
yang ikat. Saya nak pergi bersiap.” akhirnya Qaireena Airysha
mengaku kalah.
“ Tau
pun tak tau nak ikat. Ish... memang tak reti nak mengaku kalah.
Hmmm.... macam ni lah bini Danny!”
Tengku
Danial merampas tali leher berjalur itu daripada tangan Qaireena
Airysha. Qaireena Airysha hanya mencebikkan bibir tanda protes akan
tindakan Tengku Danial. Terus dia berlalu untuk menukar pakaiannya.
Hmmm....
dah berani kenakan sifu besar ye? Nanti kau Danial, aku akan buat
benda yang paling kau tak suka. Lets see.... kebaya nyonya ni lawa
jugak. Aku pakai kebaya ini hanya untukmu Danial sayang! Desis
Qaireena Airysha disulami dengan ketawa jahat olehnya di dalam hati.
TENGKU
Danial hanya menjegilkan pandangannya terhadap tubuh langsing milik
isterinya. Tubuhnya itu kelihatan sungguh menggiurkan lebih – lebih
lagi dengan kebaya nyonya berwarna hitam yang dipakai oleh Qaireena
Airysha.
Apabila
perasankan banyak mata yang mendarat atas tubuh isterinya, dengan
selamba Tengku Danial mendaratkan tangannya atas pinggang Qaireena
Airysha. Tersentak dibuatnya Qaireena Airysha termasuklah staf –
staf yang sedang memandang adegan itu. Kebanyakan
daripada mereka masih tidak lagi mengetahui bahawa bos besar mereka
itu sudah berkahwin. Mereka menyangka bahawa Qaireena Airysha itu
merupakan salah seorang daripada koleksi teman wanita Tengku Danial.
Mereka agak terkejut kerana cita rasa bos besar mereka itu selalunya
perempuan yang seksi, sekarang sudah terbalik pula.
“
Reena, kan Danny dah cakap jangan sekali – kali pakai kebaya ni?
Kenapa degil nak pakai jugak? Macam mana kalau si cekeding Izzat tu
nampak?!” bisik Tengku Danial rapat di telinga Qaireena Airysha.
Sambil tangannya masih melekap kemas di pinggang isterinya itu,
mereka sama – sama masuk ke dalam lif.
“
Siapa suruh awak kenakan saya pagi tadi? Biarlah kalau Izzat tu nak
tengok. Awak ingat dia akan tergoda dengan saya ke?”
“
Maybe? Kenapa Reena gatal sangat nak bagi dia tengok? Reena suka dia
eh?” rasa cemburu Tengku Danial semakin menggunug terhadap si cicak
kubin Izzat itu.
“
Sekali saya reject dia, sampai bila – bila pun saya takkan terima
dia. Eee.... saya takde kerja lain ke selain nak suka dekat cicak
tu?! Minta dijauhkan. Saya lebih rela duduk dengan awak yang selalu
ganggu ketenteraman hidup saya daripada even just nak sembang dengan
cicak tak bertauliah tu!” Qaireena Airysha terus menghamburkan
kemarahannya terhadap Izzat. Entah kenapa, hatinya manjadi semakin
membara setiap kali teringatkan lelaki itu.
“
Good. Now, jom masuk dalam my room.” Tengku Danial masih merangkul
pinggang isterinya lalu berjalan menuju ke biliknya.
Qaireena
Airysha hanya mampu tersengih kepada setiap staf yang memandangnya.
Dirinya kini menjadi tumpuan setiap staf di dalam bangunan itu
termasuklah insan yang amat tidak disukainya. Terpaku Izzat seketika
apabila melihat gadis pujaannya yang kelihatan sungguh anggun.
Matanya tidak lepas – lepas pula dairpada memandang susuk tubuh
Qaireena Airysha.
Aduh...
menyesal sungguh aku pakai baju ni. Dahlah susah nak jalan, buatkan
aku nampak lebih pendek pula tu. Hisy... aku tahu la laki aku ni
hencem, tak payahlah nak pandang lebih – lebih. Gerutunya dalam
hati. Dia pula tidak tahu – menahu langsung bahawa dirinya itu kini
menjadi tumpuan, dan bukannya Tengku Danial.
“ Okey
everyone. I would like to introduce my wife, Qaireena Airysha.”
umum Tengku Danial kepada staf – stafnya. Hampir tersedak mereka
apabila mendengar pengumuman mengejut Tengku Danial, terutamanya
Izzat.
Qaireena
Airysha tersengih menayangkan barisan giginya yang putih bersih.
“
Tengku, bila agaknya Tengku kahwin?” soal Izzat dengan matanya yang
hampir tersembul keluar.
“
About a month ago. Sorry ye, I tak inform you all pasal semua ni.
Yang ni pun express marriage. Plan pun sebulan sebelum majlisnya.”
“
Sorry no worry la Tengku! Congrats! I tak sangka ye, bini Tengku
sungguh comel orangnya. Tutup aurat pulak tu. Hisy... kalaulah Tengku
tak kahwin dengan Puan Qaireena ni, dah lama I kebas dia tau!” kata
– kata Fazley itu disambut dengan gelak tawa oleh semua staf TDD
Holdings kecuali dua makhluk ini. Makhluk bertuah itu ialah Nadia,
setiausaha Tengku Danial dan Izzat, senior architech syarikat itu.
Sempat
lagi Tengku Danial menjegil Fazley atas kata – katanya yang tiada
insurans langsung. Qaireena Airysha masih lagi tersenyum bagaikan
kerang busuk, pipinya sudah merah kerana dipuji sebegitu. Ececeh...
malu la tu!
“ Okey
semua. Sambung kerja, this is not the time for you to chill. One more
minute like this, gaji anda akan dipotong ye, harap maklum. Izzat,
sudah – sudah la tu renungkan bini I. Bukannya dia pakai gigi emas
pun...” sinis kedengaran ayat terakhir Tengku Danial yang ditujukan
khas buat Izzat.
Kelam –
kabut Izzat mengalihkan matanya ke arah lain. Hisy.... kurang asam
punya bos! Bertahun aku tunggu perempuan tu, alih – alih dia jugak
yang kebas. Pantang sungguh bos gatal aku bila nampak perempuan
berdahi licin sikit! Walaupun kau sudah jadi milik orang lain Rysha,
aku tetap akan rampas kau balik! Kau hanya milik aku! Gerutu Izzat di
dalam hatinya dengan rasa amarah yang amat terhadap Tengku Danial.
Terpaku
seketika Qaireena Airysha apabila masuk ke dalam bilik suaminya.
Kabinet pameran yang diperbuat dengan kaca itu kelihatan sungguh
menarik dan esklusif, lebih – lebih lagi apabila dipenuhi dengan
koleksi kereta Lamborghini. Tengku Danial hanya memerhatikan gelagat
isterinya.
Qaireena
Airysha menapak pula ke arah meja kerja Tengku Danial. Terharu
sungguh dia pada ketika itu apabila dia ternampak akan gambar
perkahwinan mereka di sudut meja Tengku Danial. Makin bergenang air
matanya apabila dia melihatkan gambar bayinya berada di sebelah
gambar bayi lelaki yang dia mengagak mungkin Tengku Danial.
Ni yang
buat aku lemah lutut ni. Mana pulak mamat ni dapat gambar bayi aku?
Mesti kerja ibu! Comel sungguh bayi lelaki ini! Dengan matanya yang
bundar dan sedikit biru kehijauan, kulitnya yang putih melepak,
memang sah itu ialah Tengku Danial!
“
Ehem....”
Terlompat
Qaireena Airysha apabila terdengar suara garau milik Tengku Danial
berdehem. Qaireena Airysha mengurut dadanya akibat rasa terkejut yang
masih bersisa.
“
Isy... bagilah salam dulu! Awak nak saya innalillah cepat ke?! Baru
aje saya nak flashback... kacau daun betullah awak ni Danial!”
Tengku
Danial tersengih – sengih. Suka dia melihat perempuan ini ketika
penyakit kalutnya sudah mari.
“
Emm... awak nak tau tak skop kerja awak? Aii.... takkan nak flashback
aje?” sengaja Tengku Danial ingin mengusik isterinya.
“
Hurgh! Cepatlah awak....” suaranya kini sudah sedikit mengendur.
Dia tahu bahawa dia berdosa besar sekiranya meninggikan suaranya
terhadap Tengku Danial. Kontrol... kontrol....
“
Reena hanya perlu jadi my personal assistance. That is, temankan
Danny dalam bilik ni. Jangan keluar melainkan Danny yang suruh.
Jangan nak mengada buat kerja lain.” tegas suara Tengku Danial
mengarah Qaireena Airysha.
“
Hah?! Apa ni.... baik aje saya pergi shopping dengan mummy. Lagi
seronok daripada tercongok dengan awak yang gatal peringkat dewa
ni....” bidas Qaireena Airysha.
“
Gatal?” Tengku Danial mula merapati Qaireena Airysha.
“
Err... maksud saya, romantik? Err.... atau, awak tuan yang terhebat?
Bukankah gitu?” matanya dipejam sekuat hati. Baginya, angin Tengku
Danial memang tidak dapat dijangka langsung.
“
Romantic? Do you want to see how romantic I can be?” suara Tengku
Danial kedengaran sungguh menggoda.
Tangannya mengusap lembut kepala Qaireena Airysha. Wajahnya sengaja
didekatkan dengan wajah isterinya itu. Desah nafasnya makin jelas
kedengaran di corong telinga Qaireena Airysha.
Pintu
bilik tiba – tiba dikuak dari arah luar tanpa sebarang ketukan.
Seperti terkena kejutan elektrik, kedua – duanya terlompat daripada
kedudukan asal mereka. Merah wajah kedua – dua budak bertuah itu.
Tengku Danial berpura – pura membetulkan kotnya. Marah sungguh dia
pada Nadia pada ketika ini. Nadia hanya mempamerkan riak wajah
terkejut sedangkan di dalam hatinya, hanya Tuhan tahu betapa
meluatnya dia berasa apabila menyaksikan babak mesra antara lelaki
idamannya dengan wanita lain dan bukan dirinya.
“
Nadia?! Can't you knock the door first?!” soal Tengku Danial dengan
berang.
“
Err... sorry Tengku. It won't happen again. Tengku, sebenarnya Tengku
perlu tandatangan beberapa dokumen ini.” kecut perut Nadia apabila
mendengar nada suara Tengku Danial yang sebiji macam incredible Hulk
itu.
“
That's all? Anything else?”
“ You
don't have any meeting today. Meeting pukul dua telah dibatalkan oleh
Dato' Adam dan meeting itu telah ditunda pada hari esok. I think
that's about it.” mukanya merah menahan malu yang amat setelah
ditengking sebegitu di hadapan insan yang amat dibencinya.
Nadia
menghulurkan beberapa kepingan kertas kepada Tengku Danial untuk
ditandatangani olehnya. Qaireena Airysha pula sedang asyik memintal
hujung tudungnya tanpa berani bersua muka dengan kedua – dua
manusia itu.
“ You
may leave now.” arah Tengku Danial kepada Nadia. Terkulat – kulat
Nadia menapak keluar daripada biliknya itu.
“ Awak
ni... kenalah amik precaution sebelum betindak gila – gila macam
tadi. Sekarang siapa yang malu? Awak jugak kan...” Qaireena Airysha
terus menghamburkan rasa ketidakpuasan hatinya kepada Tengku Danial.
“ Not
me, but Reena yang malu. Cuma tak nak mengaku aje...” Tengku Danial
tersenyum nakal ke arah Qaireena Airysha.
“ Ye
la... ye la... awaklah yang menang. But just untuk kali ni aje tau!
Cepat, buat kerja! Jangan buang masa ye, Encik Danial. Terutama
sekali, jangan sengih – sengih macam kerang expired!”
Lebih
galak Tengku Danial tersenyum sebelum menyambung kembali kerjanya.
Mata Qaireena Airysha pula sedang sibuk curi – curi pandang ke arah
wajah tampan milik Tengku Danial. Entah bila pula dia tertidur, tidak
pula dia sedar akan hal itu.
MATAKU
terasa amat berat sekali. Sedapnya tidur dalam pejabat suami aku.
Harap – haraplah tiada sesiapa yang akan ganggu sesi tidur aku.
Sempat lagi Qaireena Airysha berdoa dalam hati.
BUSSHHH!!!!
Simbahan air sejuk itu benar – benar telah mencelikkan mataku.
Nafasku turun naik menahan rasa sejuk yang amat serta amarah
terhadap.... Tengku Danial! Malaun punya suami! Basah lencun la
aku...
“
Kenapa dengan awak ni?! Apa masalah awak huh?! Awak boleh kejutkan
saya kan?! Sekarang kalau dah basah, macam mana nak keluar ofis?!
Awak memang sengaja nak Izzat tergoda tengok saya kan?! Kurang asam
jawa betullah!!” Qaireena Airysha menggigil kesejukan. Tengku
Danial hanya tersengih menunjukkan wajah tidak bersalahnya.
“
Reena yang tidur sampai tak sedar diri. Sekarang pun dah pukul enam
empat puluh. Tujuh setengah masuk waktu maghrib. Nak kejutkan, Danny
tak sampai hati la....”
“
Habis tu?! Kalau simbah air atas saya, hati awak sampai ye?! Sejuk
awak tahu tak?! Dahlah bilik aircond aje memanjang!” bentak
Qaireena Airysha sambil mengibar – ngibarkan baju kebaya yang
dipakainya.
“
Sorry Reena....”
“ Apa
sorry sorry?! Sori naik Ferrari la!” tahap kemarahan Qaireena
Airysha kian memuncak.
Raut
wajah serius ditunjukkan oleh Tengku Danial. Dia mendekati Qaireena
Airysha yang sedang membelakanginya. Lantas bahu isterinya itu dipaut
dan dipusing agar menghadapnya.
“
Bukak baju tu.” arah Tengku Danial dengan wajah yang serius.
Langsung tiada senyuman di wajah serius itu.
“
Hah?! Awak biar betul nak.....”
“
Danny suruh bukak, bukak ajelah! For once, tolong jangan melawan
boleh tak?!” potong Tengku Danial.
“ Saya
tak pernah lawan cakap awak tau...takkan nak bukak kat sini? Saya
boleh pergi toilet la...” dalih Qaireena Airysha pula. Tangannya
digenggam erat oleh Tengku Danial.
“
Takde sapa – sapa pun dekat ofis. Nanti ada hantu, terjerit pulak
Reena nanti. Jangan risau, Danny dah kunci pintu.” Tengku Danial
cuba menenangkan isterinya. Memang dia mengakui, dia yang bersalah
dalam hal ini kerana mengambil kesempatan terhadap Qaireena Airysha.
Namun begitu, sekali – sekala, bergurau senda adalah rahsia bagi
rumah tangga yang mantap kan?
“ Suka
amik kesempatan la awak ni...” gerutu Qaireena Airysha.
Kebaya
yang tersarung di tubuh Qaireena Airysha ditanggalkannya. Kerana itu,
tubuhnya yang menggigil kini sudah membeku. Sejuk tahap kritikal dah!
Lantas kebaya itu diletakkan di atas sofa sementara menunggu ia
kering.
Tengku
Danial cuba melawan naluri kelakiannya yang semakin berombak
melihatkan tubuh langsing Qaireena Airysha dengan hanya berbaju dalam
itu. Nasib baik Qaireena Airysha masih memakai kainnya. Melihatkan
keadaan isterinya itu, Tengku Danial terus menanggalkan kotnya lantas
disarungkan di tubuh genit Qaireena Airysha.
Tengku
Danial bergerak ke arah mejanya untuk menyudahkan tugasnya yang
tergendala seketika tadi. Matanya dengan tekun asyik menghadap
laptopnya. Qaireena Airysha yang berasa kasihan akan Tengku Danial,
terus bergerak dan berdiri di belakangnya.
Aku nak
urut dia atau tidak? Nak urut atau tidak? Kalau aku urut, aku dapat
pahala dan title isteri mithali. Kalau tak urut, hanya dapat
kemarahan Tengku Danial. Tapi, benarkah bahawa dia akan berasa marah
terhadapku sekiranya aku tidak mengurutnya?
“
Kenapa Reena berdiri belakang Danny? Is there anything that you
need?” soal Tengku Danial setelah berdiam buat kesekian lamanya.
Dia tahu
rupanya bahawa aku sedang berdiri kat belakang dia. Hisy... memanglah
dia tahu! Kan ke dia ada dua biji mata untuk tengok? Soalan tidak
masuk dek akal betullah...
“
Err... awak nak saya tolong picitkan bahu awak ke? Kalau awak tak
nak....”
“ Yes
please...thanks sayang.” dengan selamba Tengku Danial mengucapkan
perkataan keramat itu.
Dengan
lembut, Qaireena Airysha memulakan picitan di bahu sasa Tengku
Danial. Boleh terasa setiap ketul otot dan urat saraf di bahunya itu.
Tengku Danial berasa sedikit lega selepas dipicit seketika oleh
Qaireena Airysha.
“
Dahlah tu Reena. Jom, kita solat sekali nak?” ajak Tengku Danial.
Kedengaran
bunyi azan dilaungkan menandakan waktu maghrib sudah masuk. Nyaman
dan menenangkan sungguh suasana pada saat azan dilaungkan.
“
Nak!” dengan suara ceria, Qaireena Airysha bersetuju.
Qaireena
Airysha memulangkan kot milik Tengku Danial kepadanya. Kelihatan
lelaki itu masih mengusap – usap tengkuknya, mungkin kerana berasa
sangat lenguh. Dengan pantas Qaireena Airysha menyarungkan kebayanya
di tubuh genitnya.
Setelah
mengambil wuduk, mereka menunaikan kewajipan mereka secara berjemaah.
Suara Tengku Danial kedengaran lunak mengalunkan setiap patah kalimah
ayat – ayat suci. Setelah memberi salam pada rakaat yang ketiga,
masing – masing berdoa dengan kusyuk.
Ya
Allah, andai kata jodohku adalah bersama Tengku Danial, engkau
panjangkanlah jodohku bersamanya. Kau ampunilah dosa – dosaku Ya
Allah, serta dosa – dosa suamiku. Engkau lindungilah rumahtanggaku
daripada hasad dengki orang lain Ya Allah.Kau kukuhkanlah rasa cinta
aku terhadapnya. Sesungguhnya aku mencintai lelaki ini selepasMu Ya
Allah dan para rasulMu. Doa Qaireena Airysha dalam hati.
Air
matanya bergenang. Dia tidak tahu mengapa dia berasa sungguh sebak
pada ketika ini terutamanya ketika berdoa tadi. Dengan lembut,
Qaireena Airysha mencium tangan Tengku Danial. Tengku Danial pula
mencium dahi isterinya dengan penuh syahdu. Sunyi sungguh suasana
pada ketika ini.
“
Hmm.... batal wuduk saya...”
Tengku
Danial hanya tersenyum apabila mendengar kata – kata selamba
Qaireena Airysha. Bekas air wuduk masih kelihatan di hujung rambut
perangnya yang kelihatan sedikit hitam akibat basah.
“ Jom,
balik rumah nak? Mummy dah tunggu tu, risau pulak dia nanti kalau
kita balik lambat sangat. Sekarang pun dah dikira lambat tau...”
Tengku Danial terus bangun daripada duduknya sambil memimpin tangan
Qaireena Airysha.
“
Laa... mestilah balik. Takkan awak nak ajak saya pergi disko pulak?
Mengarut tak kena tempat betullah awak ni...” gerutu Qaireena
Airysha sambil tersenyum menyerlahkan kedua – dua lesung pipitnya.
“ Ada
– ada je lah Reena ni...” Tengku Danial pula tersengih sendirian
kerana berasa sungguh bahagia. Bahagia sungguh dia kerana berpeluang
mengimamkan solat bersama isterinya buat pertama kali. Harap –
harapnya akan berkekalan kebahagiaan mereka ini. Amin.
So sweet...#^_^
ReplyDeletethanks dear...
Deletebest and sweet gile ... cerita ni... tapi sebenarnye novel ni namenye ape? sebab dekat penulisan2u namenye ade dua... novel suamiku mr.bean manja dan si manja milikku ... jadi nanti bile novel ni dibukukn saye nk kene beli novel yg mane satu tajuknye
ReplyDeletebest and sweet ... tapi sebenarnye novel ni tajuknye ape?...sebab dekat penulisan2u namenye ade dua, novel suamiku mr.bean manja dan si manja milikku ... jadi nanti bile novel ni dibukukn...dia punye tajuk ape?
ReplyDeletesuamiku mr. bean manja.
Deletetima kaseh ye, sbb sukakan cerite nie!