My Cute Buddies!

Tuesday, 13 November 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 10


BAB 10

“ Home sweet home...” kata Megat Andrian seraya melangkah masuk ke dalam penthousenya itu.

Maya terpegun seketika melihat hiasan dalaman penthouse itu yang sungguh eksklusif. Tidaklah berwarna putih sangat sehingga mewujudkan suasana hospital di dalamnya, tetapi cukup putih untuk membuatkan ruangan itu kelihatan bersih.

“ Cantiknya..... just the way I like it!”

Sukar bagi Maya mempercayai bahawa lelaki yang amat dicintainya itu sudah sah menjadi suaminya sejak tiga hari yang lalu. Masih dia teringat muka gelabah Megat Andrian sewaktu melafazkan akad. Masih terasa kehangatan kucupan suaminya itu di dahinya.

“ So... yang ini ialah living room. Haaa.... tuu tempat sayang masak nanti! Kalau sayang tak nak masak, bagitau aje, nanti abang upah bibik. Okey?” tanya Megat Andrian apabila mereka berdua sampai ke ruangan dapur.

Megat Andrian melingkarkan tangannya di sekitar pinggang Maya. Maya pula hanya membiarkannya. Dia suka!

“ Tak naklah ada bibik... tak ada privasi langsung! Maya nak masak sendiri. Dapat jugak Maya kumpul pahala masak untuk abang....” Maya melentokkan kepalanya di bahu Megat Andrian sambil matanya meliar memerhati hiasan di dapur barunya.

“ Abang kalau boleh, tak nak ada orang langsung datang rumah kita untuk seminggu ni aje... ye la... time tengah cuti ni, abang nakkan privasi sikit...” Megat Andrian tersenyum nakal.

“ Tetamu tu kan membawa rezeki, tak baik tau tak bagi orang datang rumah. Kaun kerabat family abang datang esok kan? Pagi ke diorang datang?”

“ I don't know...”

Megat Andrian menarik tangan Maya ke arah balkoni luas penthouse itu. Pemandangan luas bandaraya Kuala Lumpur itu sungguh indah, cukup untuk menggambarkan tahap kemajuan yang dicapainya.

“ This is my favourite spot of the house.”

“ Oooo... cantiknya! Hmm... bolehlah kita lepak sini kan? Maybe lepas balik kerja ke?”

“ Balik kerja? Bila tu? Pukul dua pagi? Hmm?” tanya Megat Andrian, dengan niat untuk hanya bergurau sahaja. Langsung tidak mahu merosakkan mood romantik pasangan baru berkahwin mereka kini.

“ Abang... kan Maya dah mintak maaf? Abang cakap Maya tapi abang pulak macam mana? Memanjang aje menghadap pramugari! Macam Maya tak tau semua tu!” Maya mengalihkan pandangannya ke arah lain. Tawanya sedaya upaya ditahan.

“ Ohhh... nak salahkan abang pulak! Okey, abang bawak Maya pergi satu lagi favourite spot abang dalam rumah ni. Lepas ni, confirm sayang bersara terus daripada jadi doktor!”

“ Kenapa pulak Maya.....”

Megat Andrian terus mencempung tubuh Maya ke bilik utama yang terletak di tingkat atas. Pintu bilik yang sudah terbuka itu memudahkannya untuk masuk ke dalam bilik itu. Maya diletakkan perlahan di atas katil bersaiz king itu sebelum merebahkan tubuh sasanya di sebelah Maya.

Maya tersenyum memandang Megat Andrian yang sudah menguap. Padahal matahari pun masih belum bertukar syifnya. Baru sahaja pukul tiga petang, mengantuk apanya?!

“ Abang...”

“ Hmm...”

“ Maya suka la bilik ni. Maya sayang abang.” kata Maya dan terus memeluk Megat Andrian. Megat Andrian agak terkejut dengan lagak manja isteri barunya itu.

“ Alololo.... simpan sikit sayang Maya tu, abang ada surprise lagi untuk sayang!”

Dan sekali lagi tubuh Maya diangkatnya.

' Tahulah dia tu kuat, tapi sampai aku nak berjalan pun tak boleh ke?! Hampeh punya suami! Tapi... aku suka!' bisik Maya kepada dirinya.

Matanya sedikit berair melihat bilik yang dihiasi dengan pelbagai hiasan keanak – anakan. Tahulah dia bahawa itu ialah bilik anak mereka yang terletak bersebelahan dengan bilik utama.

“ Abang....”

“ Yes?” Megat Andrian tersenyum, menyerlahkan lesung pipitnya yang semakin kerap bertugas sejak berkahwin dengan Maya ini.

“ Sayang abang!”

“ I know you will....” Megat Andrian pun apa lagi? Terus kesempatan itu diambil dengan memeluk Maya bagaikan tidak mahu melepaskannya.

“ Abang tak nak anak kita tidur sekali dengan kita ke? Bukannya Maya tak suka, tapi...kan nak kena susukan lagi? Kan senang kalau tidur aje dengan kita?”

“ Abang bukannya apa, tapi abang excited sangat! Pasal kena susukan tu, abang dah fikirkan! Sebab tulah abang sengaja letakkan bilik ni sebelah bilik kita. Nanti bila our kids dah besar sikit, tu.... ada lagi dua bilik kosong.” Megat Andrian menuding ke arah dua bilik kosong yang dilengkapi dengan katil dan perabot di hujung tingkat itu.

Maya sebenarnya kagum dengan perancangan masa hadapan yang dirangka oleh suaminya itu. Sangat kagum!

Seperti teringatkan sesuatu, Maya mendongakkan kepalanya memandang tepat ke arah Megat Andrian. Terus dia memecut ke ruang dapur. Megat Andrian ditinggalkan terpinga – pinga di situ.

Pintu peti ais dibuka. Kosong! Dahinya ditepuk.

' Apa pulak aku nak masak malam nanti? Habuk pun takdak dalam peti ais! Hiii.... memang nak kena la dia ni!' desis hati Maya.

Baru sahaja dia hendak membuka langkah untuk memanggil Megat Andrian, lelaki itu sudahpun tercegat di hadapannya, sedang tersenyum bak kerang busuk.

“ Macam mana Maya nak masak nanti? Habuk pun tak da?”

“ Memangla takdak sayang oiii.... dah nama pun baru pindah hari ni, mana nak ada makanan? Abang tak pernah tinggal pun dalam rumah ni sebelum ni. Kita makan kat luar aje la yang...”

Tangan Maya ditarik dengan niat untuk meneruskan hajatnya untuk tidur. Walaupun masih siang, namun kepenatan majlis perkahwinannya itu masih belum surut. Sejak berkahwin ini, suka sahaja Megat Andrian tidur berteman!

Tubuhnya direbahkan kembali di atas katil itu. Maya memandang Megat Andrian dengan rasa tidak percaya.

' Hisy! Kuat tidur betul mamat ni!'

Maya menghela nafasnya dengan berat.

“ Abang... jomlah kita pergi shopping. Maya tak nak makan kat luar. Tak bestla... please...”

“ Alaa.... abang mengantuk sangat ni. Percayalah sayang, nanti malam kita kena guna tenaga jugak. Karang abang jadi zombi pulak...” katanya dengan mata yang masih betutup.

“ Malam nak guna tenaga buat apa?! Tidur ajelah! Jomlah....” Maya menarik – narik tangan Megat Andrian.

“ Sayang memang tak faham atau buat – buat tak faham?” sekarang matanya terbuka luas dan keningnya dijongketkan.

Maya kini faham apa yang dimaksudkan oleh Megat Andrian itu. Dua hari bermalam di rumah mama, tiada privasi. Esok pula, lagilah sesak penthouse ini nanti. Tetapi Maya tidak kira, permintaannya itu harus diturutkan jua.

' Time Chef Maya nak tunjuk skil memasak jugaklah laki dia nak tidoq!' bebelnya kepada diri sendiri.

“ Tak nak ikut, sudah! Maya pergi sorang!” Maya bangun dari duduknya lalu bergerak dengan segera ke tingkat bawah. Kunci kereta BMW kesayangannya dicapai lalu segera ke pintu utama. Belum sempat Maya menutup pintu itu, pintu itu ditahan. Wajah letih Megat Andrian terjengul di situ.

' Kasihannya!' detik hati Maya. Bukannya dia tidak kasihankan Megat Andrian, tetapi apa pula kata mama apabila mendapat tahu bahawa menantunya itu tidak memasak untuk suaminya sendiri?

“ Abang ikut”

Bibirnya mula menguntum senyum. Ya, senyuman bahagia!



2 comments:

  1. best gila kot... writer smbng la
    tapi xmau konflik ya.. please
    mcm ni la baru best sweet2 gitu
    best ka klau jdi heroin, hero baik gila.. baru kahwin pon dah siap perancangan nk ada anak.. bilik baby siap dah kot.. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah dah kahwin... X sabar nk tunggu bila maya usaha nk kembalikan ingatan andrian...:-)

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)