My Cute Buddies!

Thursday 29 November 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 12


BAB 12

“ Masuklah mama, papa...” pelawa Megat Andrian kepada Datuk Megat Amriz dan seluruh angkatan Megat bersamanya.

“ Congrats, bro....” Megat Danial, saudara jauh Megat Andrian yang kini menetap di Pulau Pinang berkata sambil menepuk belakang Megat Andrian.

“ Mana auntie Maya? Zaara nak jumpa dia!” Zaara, anak saudara Datuk Megat Amriz berkata sambil menarik – narik hujung t-shirt yang dipakai oleh Megat Andrian. Suka benar budak itu dengan Maya.

“ Auntie Maya tengah mandi la Zaara... kejap lagi, dia datanglah.”

“ Rian! Hisy... baru sehari tinggalkan rumah mama, dah serabut macam ni! Rambut dahla serabai habis, bau macam tak mandi pulak!” bebel Datin Suraya kepada anak keduanya itu. Megat Andrian hanya tersenyum sumbang ke arah mamanya.

“ Awak tu Su... biarlah diorang pengantin baru, sekali – sekala bangun lambat. Awak kenalah faham. Dulu kita pun macam tu jugak kan?” Datuk Megat Amriz mengenyitkan matanya kepada anaknya, Megat Andrian.

Megat Andrian menggaru – garu kepalanya yang tidak gatal. Alamak! Papa dah tahu rahsia kau la Andrian!

“ Abang ni... tak tahu malulah!!” rona wajah Datin Suraya sudah berubah merah.

“ Besaq dah hang Andrian... tu la, Mak Leha tengok hang pun hensem hari tu! Tapikan... bini hang lagi lawa la! Aku mai sini pun dok syok nak tengok dia la!” puji, Mak Leha yang cukup terkenal dengan loghat Pulau Pinangnya yang pekat.

“ Mak....” tegur Megat Danial, walaupun dia sebenarnya mengaku bahawa isteri saudaranya itu sememangnya sangat jelita orangnya.

' Hisy... kalaulah Maya tu belum kahwin lagi, mesti aku suruh mak aku pinangkan dia untuk aku!' kata Megat Danial dalam hatinya sahaja. Mahunya didengar Megat Andrian, meroyan tak tentu pasal pula lelaki itu nanti!

“ Duduklah dulu... kejap lagi Maya datang. Err... I nak mandi dululah.” kata Megat Andrian yang tidak dapat menyembunyikan senyumannya lagi kerana terimbau kembali kenangan indah semalam bersama isterinya.

“ Sengihla kau Rian... aku tau sebab apa! Anyway, abang tabik kaula sebab dah buktikan....” mulut Megat Adam ditekup dengan Megat Andrian, kerana bimbang perbualan tidak berapa senonohnya dengan abangnya itu akan terbongkar di hadapan keluarga diraja ini.

“ Uncle! Kenapa dekat leher uncle macam ada animal cakar?” soal Megat Zaquan, adik kepada Zaara. Dia lihat terdapat kesan cakaran yang berwarna merah di leher Megat Andrian yang menimbulkan kemusykilannya itu.

“ Err... yang tu kerja vampire!” jawab Megat Adam bagi pihak adiknya.

“ Dekat sini ada vampire? Uwaa... i'm scared daddy.....” Megat Zaquan terus memeluk ayahnya.

“ Tak adalah... Uncle Adam tipu aje tu! Kan, abang Adam?” Puteri Intan Hawani menjeling tajam abangnya. Agak – agaklah kalau nak cover pun! Janganlah sampai nak takutkan budak kecik tu!

“ Err... ya!”

“ Kau, masuk dalam, pakai mekap! Benda – benda macam ni, budak – budak kecik tak boleh tengok! Inappropriate betullah kau ni!” bisik Megat Adam rapat di telinga Megat Andrian.

“ Mana Rian nak tahu ada kesan dekat sini? Rian pun baru bangun aje tau! Awal sangat korang datang, kacau daun betullah!” balas Megat Andrian, geram.

“ Woi! Kau kata awal?? Tengok jam tu! Kau guna waktu Amerika ke?!”

“ Sorry.... aaa... aku pergi dulu! Tolong uruskan mereka, please?” rayu Megat Andrian. Kasihan pula Megat Adam melihat adiknya itu, lantas menanggukkan kepalanya.

Megat Andrian memecut laju terus ke biliknya. Biliknya itu diketuk beberapa kali kerana berkunci. Pintu terbuka selepas beberapa saat. Maya kelihatan masih mengelap rambutnya yang basah.

Mata Megat Andrian menangkap kesan lebam di leher Maya yang sungguh ketara kelihatan tambahan pula dengan kulit putih gebu isterinya itu.

“ Sayang? Nanti pakai tudung tau...”

“ Memanglah Maya pakai. Takkanlah depan saudara – mara abang tu Maya nak buat iklan syampoo Rejoice pulak?” Maya mengerutkan dahinya dengan soalan yang ditimbulkan oleh suaminya itu.

“ Bukan sebab tu... tapi...” Megat Andrian menarik tubuh Maya agar menghadap cermin lalu ditunjuknya ke arah kesan tersebut. Megat Andrian tersenyum lagi dan cuba untuk mencium leher Maya namun cepat pula Maya mengelak.

“ Abang busuk laaa.... ini semua abang punya pasallah! Tengok? Mesti berhari – hari baru kesan ni nak hilang! Nasib baik ada tudung tau!”

“ Itu tanda sayangnya abang pada Maya!”

“ Sayang konon!”

“ Sayanglah!!!” Megat Andrian memeluk Maya. Terjerit Maya seketika akibat terlalu terkejut dengan tindakan luar kawalan Megat Andrian.

“ Bucuuukkkk....”

“ Malam tadi tak bucuk pulak??” soal Megat Andrian dengan sengih lebarnya.

“ Itu lain... kita sama – sama busuk waktu tu!”

“ Ye la tu... Maya ada tak mekap? Mekap yang sama tona dengan kulit abang?”

“ Ada... ummm... kenapa? Teringin nak jadi princess?”

“ Bukanlah! Tengok ni! Cakap abang, tapi Maya pun bersalah tau!” Megat Andrian menunjuk pada kesan cakaran di lehernya itu.

“ Err... sorry.... umm... ambiklah mekap kat dalam beg biru tu. Maya nak turun dulu, chow!” Maya terus meninggalkan suaminya kerana tidak mahu membiarkan tetamu menunggu di bawah. Tidak baik pula jika tuan rumah tidak melayan tetamu kan?

<<<<<>>>>>

Maya sedang sibuk memasak dengan Datin Suraya, Mak Leha dan beberapa orang lagi saudara – mara terdekat Megat Andrian. Puteri Intan Hawani pula berada di situ sekadar hanya untuk merasa makanan yang dimasak. Teruk betul!

Tadi, Maya berpeluang untuk mengenali ahli keluarga mertuanya dengan lebih rapat. Mereka semua sangat baik terhadapnya tidak langsung menanggapnya sebagai orang asing dalam keluarga itu. Ohh... ada juga jejaka kacak yang benama Megat Danial! Memang semua jejaka keluarga Megat ini handsome belaka!

Tetapi, sekacak mana pun Megat – Megat lain itu, Megat Andrian tetap menjadi yang paling kacak, yang paling comel, yang paling gentleman, yang paling segala – galanya!, buat Maya.

“ Maya, kamu ada plan dengan Andrian tak bila korang nak pergi honeymoon?” tanya Datin Suraya.

“ Belum lagi mama. Tapi Maya rasa honeymoon pun maybe hujung tahun nanti kut...”

“ Laa... kenapa lambat sangat? Mama dengan papa baru ingat nak sponsor honeymoon kamu berdua. Just tell us the destination and you'll be there in no time! Kalau nak pergi Paris, senanglah jugak sebab banyak saudara mama yang duduk situ. Bolehlah diorang jumpa Maya dengan Rian, bagi yang tak dapat datang KL hari tu.” cadang Datin Suraya.

Datin Suraya pernah memberitahunya, bahawa keluarganya itu tinggal di pusat bandar Paris. Dia telah berjumpa dengan Datuk Megat Amriz ketika urusan kerjanya di Paris waktu itu. Terus Datuk Megat Amriz mengajaknya untuk memeluk Islam dan menyuntingnya sebagai isteri.

“ Nak ikut!” laung Puteri Intan Hawani dengan mulut yang penuh dengan Maggi goreng.

“ Sibuklah hang ni Wani! Biaqlah abang hang pi sana! Kalau hang nak, hang ikut aku balik Penang, nak tak?”

Dengan pantas Puteri Intan Hawani menggeleng pada cadangan Mak Leha. Bukannya dia tidak tahu bahawa Mak Leha itu akan mengenenkannya dengan anak – anak mami di Penang. Helo! Ini Intan Hawani lah, selalu muda dan aggun!

“ Tak apalah mama... nanti Maya bincang dengan abang Haikal. Lepastu bolehlah Maya amik cuti sekali.”

“ I'm home!” laungan Megat Andrian itu cukup kuat hingga boleh didengari hingga ke dapur. Baru sahaja balik dari bermain tenis la tu, dah rindu dekat bini!

Dengan badan berpeluhnya, dia terus memeluk Maya dari belakang. Nasib baik tidak tercampak sudip yang sedang berada di tangannya itu. Mak Leha dan Datin Suraya sudah tersenyum – senyum. Biasalah tu, pengantin baru....

Maya hanya membiarkan sahaja perlakuan manja Megat Andrian itu. Dia akui, memang Megat Andrian semakin manja sejak sudah sah menjadi suaminya tempoh hari. Namun begitu.... Maya suka!

“ Ehem... ehemm....” Datin Suraya berdehem. Seronok dia melihat kebahagiaan anak menantunya itu. Teringat zaman mudanya bersama Datuk Megat Amriz.

“ Jealous ke mama?” tanya Megat Andrian.

“ Hisy... tak kuasa! Dahla badan berpeluh macam tu, pergi peluk Maya pulak! Busuk! Kesian Maya!”

“ Ohh... then Rian peluk mama la!”

Dia benar – benar memaksudkan perkara itu. Datin Suraya dipeluknya bagaikan tidak mahu dilepaskan. Semua yang berada di dapur sudah mengekek – ngekek ketawa melihat telatah menghiburkan dua beranak itu.

“ Megat Andrian Haikal!!!!”

Megat Andrian mencium pipi Datin Suraya dan terus memecut dari dapur. Sempat lagi dia mencium pipi Maya, bukan sekali, tetapi dua kali! Sayang sangat dengan bini dia tu!



3 comments:

  1. best!!! oowww... so sweet both of them :)

    ReplyDelete
  2. Awwww, so sweeeettt lah diorang berdua tu :D Cpt2 lah post next n3 ye :D

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)