My Cute Buddies!

Friday 7 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 13


BAB 13

SEKARANG.....
“ Masuklah! Yang kau tercegat kat pintu tu kenapa? Ingat cantik sangat muka tu?!” sergah Megat Andrian kasar kepada Maya yang sedari tadi teringatkan detik – detik indah bersama suaminya itu sebelum dia hilang ingatannya.

Maya mengeluh dengan berat. Dia tahu, dia perlu banyak bersabar dengan kerenah suaminya yang tidak sihat ini. Emosinya perlu ditenangkan, lebih – lebih lagi dalam keadaannya yang sedang mengandung itu.

Suasana penthousenya itu kelihatan suram, sama seperti dirinya yang sedang berperang hebat dengan perasaannya sendiri.

Maya mengikuti langkah Megat Andrian ke bilik mereka. Megat Andrian langsung tidak menyedari kelibat Maya yang berada di belakangnya itu.

“ Eh! Kau nak buat apa ni?! Helo, ini rumah aku, so aku yang tentukan apa yang berlaku dalam rumah ni. Kau, tidur dalam bilik yang hujung tu. Itu pun dah baik hati aku tau! Baik kau pergi cepat sebelum aku ubah fikiran aku!” terus pintu itu ditutup.
“ Sampai hati abang....” satu persatu manik mutiara jernih mula gugur di pipi mulus Maya. Langkahnya diatur perlahan ke bilik yang berada di hujung. Tubuhnya dihempas perlahan ke katil.

Hancur berkecai hatinya apabila suaminya itu melayannya tidak ubah seperti orang asing sahaja. Sepuluh tahun mengenali lelaki itu, dengan begitu mudah dia boleh melupakannya. Maya sangat rindu akan lagak manja Megat Andrian yang sentiasa mencuit hatinya. Terlalu rindu.

Maya mengeluarkan album perkahwinannya dengan Megat Andrian dari bawah katil. Ditatapnya betapa gembiranya dia di sisi Megat Andrian enam bulan lalu. Dengan sisa – sisa air mata yang masih berbaki, Maya tidur dengan lena dengan album itu dalam dakapannya.

<<<<<>>>>>

Bunyi bising dari arah ruang tamu di bawah mengejutkan Maya dari tidurnya. Dahinya berkerut. Siapa pula yang datang? Sekarang sudah pukul tujuh setengah malam. Ya Allah... lamanya dia tertidur!

Maya mengambil wudhuk lalu segera menunaikan solat maghrib. Usai menunaikan kewajipannya, digagahkan jua dirinya untuk melangkah ke bawah. Dia masih ingat bahawa dia perlu memasak untuk suaminya itu namun dirinya pula tidak terasa lapar pada ketika ini.

Alangkah terkejutnya Maya apabila melihat Ria sedang bergelak sakan dengan tangannya dilingkarkan di sekitar leher Megat Andrian. Kepalanya pula dilentokkan pada bahu Megat Andrian. Lelaki itu hanya membiarkan perlakuan tidak senonoh Ria.

' Laki aku ni la.... bini yang halal ada tak mau! Nak jugak yang haram tu! Nasib baik aku ada sekali dalam rumah ni, kalau tak dah sah – sahlah kena tangkap basah! Panas betul hati aku!' getus Maya dalam hatinya dengan wajahnya yang masam.

Apabila teringatkan anak yang dikandungnya itu, Maya menyabarkan dirinya dan memaksa segaris senyuman. Dalam hatinya hanya Allah yang tahu betapa sakitnya dia merasa ketika itu. Maya percaya bahawa di sebalik setiap ujian yang diberikan oleh-Nya, pasti akan ada hikmahnya.

“ Ehem....” Maya berdehem sebelum memulakan bicaranya. Kini, dua pasang mata sedang tajam menikamnya. Ah! Lantak diorang nak pandang aku lah! Aku tahu aku ni cantik!

“ Abang... nak makan apa? Maya nak masak.”

Terpaku seketika Megat Andrian melihat rambut panjang Maya yang sudah mencecah bahunya. Cantik! Benda yang tertutup ni lebih cantik daripada yang terbuka.... desis Megat Andrian.

“ Abang....” Maya kaku di situ, tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan panahan mata Megat Andrian yang sungguh tajam itu.

Ria yang berada di sebelah Megat Andrian sudah tidak senang duduk dengan tenungan lelaki itu.

“ You!” kejut Ria.

“ Hah?” buat seketika, Megat Andrian terpinga – pinga. Kantoi sebab ralit sangat ushar bini dia tu!

Ria merengus geram. Aku yang cantik macam ni dia tak nak pandang, muka sememeh betina tu jugak dia nak tengok!

“ Tak payah masak la. Buang masa aje. Bukannya kami kebulur nak makan kau punya masakan pun!” jawab Ria bagi pihak Megat Andrian.

“ Aku tak tanya kau. Kau pekak ke? Aku tanya suami aku. Abang, nak makan tak? Maya nak masak.” menggelegak sudah darahnya dengan jawaban kurang ajar daripada Ria itu.

“ Tak payah! Andrian dah kenyang!” Ria masih enggan mengalah. Membara hatinya dengan kata – kata pedas Maya sebentar tadi.

“ Abang.... sekali lagi Maya tanya, nak makan atau tidak?” disabarkan jua dirinya menghadap manusia yang tidak berapa disukainya itu yang sedang duduk di sebelah Megat Andrian.

“ Tak nak.” sepatah sahaja perkataan yang keluar dari mulut Megat Andrian. Sebenarnya, dia masih terpukau dengan kecantikan Maya. Semulajadi sungguh!

“ Kan aku kata dia tak nak makan. Dah, bla aje lah. Malas aku nak menghadap muka kau!” kata Ria dengan sombong, disertai dengan senyuman sinis yang ditujukan kepada Maya.

Maya naik ke atas dengan hati yang membengkak. Dia hanya mahu tidur dan ingin menyediakan senjata untuk menghadapi Megat Andrian esok. Day two, here I come! Dia berhasrat ingin membuatkan lelaki itu jatuh cinta kepadanya sekali lagi. Itu janjinya!

Megat Andrian tidak dibenarkan bekerja sebagai juruterbang sehingga dia sihat sepenuhnya. Itu arahan papa. Maya pula disuruh Megat Andrian agar duduk di rumah sahaja akibat berasa tercabar kerana tidak mahu seorang perempuan yang menyaranya.

Megat Andrian pula sudah tidak senang duduk. Perutnya berkeroncong kerana sedari tadi tidak diisi dengan makanan. Sibuk sangat melayan kerenah Ria sehingga tidak sempat pun dia mengisi perutnya sendiri.

' Pandai – pandai aje Ria cakap aku tak nak makan. Tapi... nanti jatuhlah ego aku kalau aku makan apa yang Maya masak. Baru hari pertama dah tumbang! Tapi, dia kan bini aku... macam mana aku nak percaya Maya sedangkan aku sendiri ragu – ragu terhadap diri aku sendiri?' Megat Andrian berdiskusi dengan otaknya.

Dalam kepalanya sudah terancang sesuatu, malam nanti dia akan menyelinap dan masak sesuatu. Telur goreng pun jadilah!

<<<<<>>>>>

Jam di sisi katil dipandang. Baru pukul dua pagi. Perut Maya sudah berkeroncong seperti biasa pada waktu ini setiap hari.

“ Anak mummy lapar ye? Hmm... nak makan apa ek? Mummy rasa.... kita makan aiskrim la!” Maya berbual dengan anaknya sambil mengusap perutnya yang masih kempis itu.

Sampai sahaja ke anak tangga yang ketiga, bau asap yang tengik menusuk rongga hidung Maya. Sempat lagi Maya melihat ke arah bilik Megat Andrian yang terkatup rapat.

“ Bau macam.... telur hangus! Siapa pulak yang nak goreng telur malam – malam ni? Melainkan.....” Maya tersenyum sendirian. Itulah, tadi jual mahal sangat!

Di dapur, Megat Andrian terkial – kial mengikis telur yang melekat di kuali. Telur yang hangus itu tidak dihiraukan dan terus diletakkan ke dalam pinggan. Yang penting, perut yang kosong mesti diisi dahulu!

“ Abang tengah buat apa tu?” Maya menyandar di dinding dapur sambil tersenyum.

“ Aku....” Megat Andrian kehilangan kata – kata kerana ditangkap 'basah' oleh Maya.

“ Abang lapar eeekkk??”

“ Mana ada! Aku cuma....”

“ Dahla. Hmm... abang nak makan apa? Maya nak masak sekarang. Sayang, kita makan dengan daddy nak?” sekali lagi Maya mengusap perutnya. Tersentuh hati Megat Andrian dibuatnya.

“ Aku nak maggi.”

“ Alaaa... maggi tak elok untuk kesihatan la...”

“ Aku nak makan jugak! Kau kena dengar cakap aku!”

“ Ye la... tak apa, mummy buat maggi sihat untuk daddy!” kata Maya ceria.

“ Gila ke apa kau ni? Cakap sorang – sorang...” Megat Andrian tersenyum sinis. Maya tidak cepat melatah, tapi dia masih lagi tersenyum manis. Semuanya untuk baby sayang....

Hanya lima minit sahaja Maya sudah siap menggoreng maggi. Dihidangkan maggi itu di atas meja makan. Megat Andrian sudah tertidur. Sebaik sahaja terbau maggi yang sungguh menyelerakan itu, terus matanya terbuka.

' Takkan aku nak makan apa yang dia masak? Karang dia bubuh racun, mati aku!' ragu Megat Andrian dalam hati.

Maya turut serta di meja makan itu dengan bekas besar aiskrim vanila perancis. Yum... yum! Nikmat sungguh!

“ Kau makan sikit. Sikit aje tau!” arah Megat Andrian. Maya hanya buat apa yang disuruh tanpa banyak soal. Dijamahnya sedikit maggi yang masih berasap itu. Dalam sekelip mata, maggi itu sudah hilang dari pandangan mata.

“ Kalau abang lapar... abang cakap aje lah dekat Maya. Tak payah dengar cakap sepupu abang tu. Perut abang bukan dia yang rasa!”

Megat Andrian menghentikan suapannya. Dipandangnya Maya lama.

“ Habis tu? Perut aku kau yang rasa? Hmm? Kau nak kata yang kau hidup dalam aku? Kau rasa apa yang aku rasa? Okey fine! Kau patut tahu apa rasanya kalau hidup dengan orang yang kita tak suka kan?” soalan Megat Andrian itu mengenai tepat ke batang hidungnya.

“ Tapi.....”

“ Dahla! Mati selera aku. Kemas. Jangan ingat kau tu mem besar dalam rumah ni.” Megat Andrian terus pergi tanpa menghabiskan makanannya itu.

“ Tapi situasi kita berbeza... Haikal tak... tak.... ingat Maya langsung....” kata Maya perlahan. Diambilnya pinggan Megat Andrian dan dihabiskan jua sisa makanan yang ditinggalkan Megat Andrian itu dalam tangisan.

' Kau kena kuat Maya. Kau kena rebut balik hak kau! Haikal tu hak kau, jangan bagi sesiapa pun, termasuklah Ria! Kau tak boleh nangis Maya, ingat anak kau! Anak kau dengan Haikal. Sebabnya Maya, kau sendiri tahu betapa sayangnya Haikal pada dirimu dan betapa sayangnya kau pada dirinya itu.' bisik suara hati Maya.


5 comments:

  1. Alaaa, kesiannyer Maya :( Rase geram plak dgn Megat Andrian dgn minah gedik tu, Ria =_=". Haiishh!

    ReplyDelete
  2. sedihnya... kesian Maya... jahat la Ria tu.. ambik kesempatan...

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)