My Cute Buddies!

Friday 28 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 17



BAB 17

Maya menari – nari mengikut rentak lagu Sepanyol yang rancak itu. Punggungnya digelekkan ke kiri dan kanan. Langsung dia lupa akan keadaan dirinya yang berbadan dua itu.

“ Bailamos....... oh.. oh....” dia hanya menyanyi tanpa memahami sepatah pun yang disebut oleh penyanyi lagu Sepanyol itu.

Tangannya laju memotong sayur – sayuran di papan memotong itu. Dia bercadang untuk memasak tomyam untuk makan malam nanti. Megat Andrian masih belum turun sejak zohor tadi.

Mungkin dia turun lepas maghrib kut... lunch pun tak makan lagi. Hmm... kesiannya dia! Detik Maya dalam hati.

Megat Andrian yang baru turun itu terdengar bunyi muzik yang agak kuat dari arah dapur. Dahinya berkerut seribu. Gila ke apa perempuan ni, dengar muzik kuat – kuat?

Matanya tertancap pada sesusuk tubuh itu. Matanya membulat melihat aksi isterinya yang tidak pernah dilihatnya sebelum ini. Rambut Maya yang disanggul tinggi, menampakkan lehernya yang putih melepak.

Leher dia ni..... memang menggugat keimanan aku! Saja buat ke apa hah? Kenapa lah mata aku ni gatal sangat pergi tengok tempat keramat tu? Karang ada jugak yang kena baham! Hmm.... masa untuk aku mulakan misi mengusik aku! Bisik hati Megat Andrian nakal.

Megat Andrian mengerekot ke dalam dapur. Kehadirannya langsung tidak disedari Maya yang begitu asyik memotong sayur. Tiba – tiba....

Cup!

Sepantas kilat Megat Andrian mendaratkan bibirnya ke leher Maya. Megat Andrian tersenyum kemenangan. Maya pula dilihat sedang berkerut dahinya yang licin itu. Aik? Ini pun nak nangis ke?

“ Kau ni.... aku baru usik sikit dah nangis. Macam kanak – kanak ribena....”

“ Auuuhh.....” keluh Maya. Jarinya yang berdarah itu diletakkan bawah air yang mengalir di singki.

“ Maya.... aku.... tak...”

“ Err... tak pa. Maya yang tak careful masa potong sayur tu...”darahnya semakin laju mengalir di bawah aliran air paip itu.

“ Meh sini. Aku tengok.” tangan Maya ditarik Megat Andrian. Darah yang mengalir itu membuatkan tekaknya berasa mual.

“ Jangan.... abang kan takut tengok darah...” ujar Maya perlahan.

“ Macam mana kau.....” matanya merenung ke dalam sepasang anak mata berwarna hazel Maya. Maya pula sudah gelabah kerana dia memang tidak tahan dengan panahan mata suaminya yang tajam itu.

Adoiii.... confuse aku dengan perempuan ni. Macam mana dia tahu rahsia aku yang memalukan ni? Hisy.... jatuhlah saham aku nanti!

Megat Andrian mengeluh dengan berat. Maya didudukkan di kerusi di bar dapur. Kotak first aid diambil. Kapas diambil dan dihulurkan kepada Maya.

Maya pula sudah berasa pelik.

“ Untuk apa ni abang?”

“ Lap la luka kau tu. Bila darah dah tak ada sangat, nanti aku balut. Sorry la, tapi aku memang tak boleh langsung tengok benda alah tu...” kata Megat Andrian sambil menundukkan wajahnya. Malu beb!

Maya melepaskan tawa yang kecil. Kapas yang dihulur itu dicapai dan dilekapkan pada jarinya yang luka itu.

Satu minit berlalu. Darahnya masih belum berhenti mengalir. Dua minit. Darahnya semakin perlahan mengalir. Lambat pula darahnya berhenti mengalir. Mesti tak cukup vitamin K ni.

“ Lambatnya... meh sini tangan tu.” arah Megat Andrian lalu jari Maya yang runcing itu diletakkan dalam mulutnya. Rasa mual yang terasa cuba dibuang jauh. Tidak sampai satu minit sahaja jari Maya dikeluarkan dari mulutnya.

Maya terkedu dengan tindakan Megat Andrian. Matanya memandang Megat Andrian dengan rasa tidak percaya.

Baru semalam aku kena marah, tapi hari ni.....

“ Apa? Air liur aku magik tau. Aku rasa kan, aku lagi layak jadi doktor daripada kau. Tengok, kejap aje darah tu dah tak ada. So, dengan rasminya.... Maya Ellisa ialah patient pertama Dr. Megat Andrian Haikal!” kata Megat Andrian bangga, sambil menenyeh hidungnya yang mancung.

“ Eleh... tadi muka abang dah jadi biru, ingat Maya tak nampak eh? Haha... got you!”

“ Cehh... tak nak mengaku aku ni lagi bagus la tu! Jealous!” lidahnya dijelir ke arah Maya.

“ Apa jelir – jelir lidah? Karang nanti Maya....” Maya menekup mulutnya apabila menyedari keterlanjuran katanya. Nakal sungguh kau mulut ye...

“ Kau buat apa? Hmm?”

“ Kiss baru tahu....” jawab Maya perlahan.

Megat Andrian mendekatkan wajahnya. Sengaja ingin melihat reaksi Maya. Suka bernar dia melihat isterinya itu menggelabah tak tentu pasal.

“ Berani ke?” cabar Megat Andrian.

“ Jangan cabar Maya.... abang, cepatlah balut jari Maya tu. Sakit tau!” sengaja dia merengek begitu kerana ingin melepaskan diri daripada situasi ini.

Megat Andrian tersenyum menggoda.

“ Helo cik adik sayang, kau ingat aku tak tahu taktik kau tu? Okey, nanti aku tuntut kiss berharga kau tu. Ingat tau!” pesan Megat Andrian.

Maya hanya mencebikkan bibirnya. Nakal sungguh suaminya ini. Semakin lama semakin nakal pula. Tapi... Maya suka!

Maya memerhati Megat Andrian yang membalut jarinya yang luka itu perlahan. Cermat sungguh setiap balutan lelaki itu. Sebenarnya, Maya agak kagum!

“ Okey... dah settle! Kau, duduk sini. Aku masak, memandangkan aku dah cederakan kau.”

“ Tak payahla...”

“ Nope! Aku ni gentleman tau. Boleh tak kau tolong ikat apron ni?” Megat Andrian menghulurkan apron berbunga itu kepada Maya.

Maya melingkarkan tangannya di sekitar leher Megat Andrian untuk mengetatkan ikatan apron itu. Haruman suaminya itu menusuk hidungnya, bau yang amat dirinduinya. Maya melangkah setapak ke belakang.

Megat Andrian yang tinggi lampai itu kelihatan kekok apabila memakai apron yang agak pendek itu. Maya melepaskan tawa yang ditahan. Merah wajah Megat Andrian menahan malu.

“ Wait... wait..” arah Maya.

Blackberrynya dicapai. Terus gambar Megat Andrian yang sedang memakai apron dengan wajah yang merah habis diambil. Gambar itu diletakkan sebagai latar belakang skrin Blackberrynya itu. Comel!

“ Kau ni memang jahat tau. Tak baik betul menjatuhkan maruah suami sendiri tahu? Habislah kalau member – member aku nampak. Maya....” Megat Andrian menghentak – hentak kakinya lalu membuat muka comel edisi terhadnya.

Maya sudah cair melihat wajah comel Megat Andrian itu. Reaksi wajahnya sedaya upaya dikawal.

“ Yes?”

“ Deletelah.... malu lah aku...” rengek Megat Andrian manja.

“ Alaaa.... bukannya Maya nak tunjuk dekat siapa – siapa pun.”

“ Betul ni?”

“ Yes. Promise. Bila abang nak mula masak ni? Sampai berjanggut kita tak makan kalau macam ni. Betul ke abang tau masak? Hari tu nak goreng telur.....”

“ Aaaahhh... itu dulu. Ini sekarang. Kau mesti terlopong tengok skil memasak aku. Tapi...” Megat Andrian sedikit teragak – agak untuk menghabiskan ayatnya. Bimbang sekiranya dirinya itu menjadi bahan lawak Maya.

“ Tapi?”

“ Kau bagi arahan dekat aku boleh? Haa... mula la tu, dia nak gelak kat kita!”

Tawanya sedaya upaya ditahan. Dia tidak ingin suami tersayangnya itu merajuk. Hodoh sungguh jika lelaki yang merajuk!

“ Okey....”

Megat Andrian memulakan 'peperangannya' di dapur. Segala arahan Maya dituruti dan segala bunyi makhluk alam juga yang keluar dari dapur itu. Hmm... tengok ajelah hasilnya macam mana!

<<<<<>>>>>

“ Hmm... sedap jugak aku masak ni.” puji Megat Andrian terhadap masakannya sendiri.

Maya pula terkial – kial mengopek kulit udang dengan satu jarinya yang terluka. Entah di mana silapnya, jarinya tertusuk kulit udang. Sekali lagi, jarinya yang lagi satu terluka tetapi pada kali ini, darah tidaklah begitu banyak mengalir.

Megat Andrian sudah ketawa melihat Maya yang sedang menghisap jarinya sendiri. Tu la... ego sangat sampai tak nak mintak aku suapkan!

“ Apalah nasib kau hari ni, asyik kena cucuk aje. Kesian.. kesian... kau ni reti ke tak nak kopek kulit udang ni?” soal Megat Andrian dengan tawa yang masih bersisa.

“ I know... tapi... tak tahu. Semua macam, tak nak jadi... boleh tak abang tolong...” belum sempat Maya menghabiskan ayatnya, Megat Andrian sudah mula mengopek udang di dalam pinggannya itu.

Udang yang sudah dikopek itu diletakkan ke dalam pinggannya sendiri. Nasi ditambah, dan kuah tomyam juga ditambah. Maya semakin pelik. Apa pula aku nak makan kalau semua dia yang bantai?

“ Abang.... nak pergi mana tu?” soal Maya apabila melihat Megat Andrian sudah bangun dari meja makan.

“ Hari ni bulan penuh, so, aku ingat nak tengok bulan sambil makan. Meh, aku suap kau sekali ek?”

Terkedu Maya dengan segala tindakan Megat Andrian hari ini. Demam ke lelaki itu? Kenapa baik sangat ni?

“ Duduk la. Mari... mari.. meh rasa masakan Chef Haikal.”

Makanan yang disuap itu dikunyah perlahan. Dengan sabar Megat Andrian menanti komen dari Maya. Berdebar – debar pula rasanya.

“ Hmm... not bad. Sedap! Nak lagi!”

“ Haaa.... kan aku dah kata? Aku memang pandai masak. Cuma bakat kena asah aje! Maya... cantikkan bulan tu?” Megat Andrian menjuihkan bibirnya ke arah bulan.

“ Indahnya ciptaan Allah....” kata Maya perlahan.

“ Macam kau.....” gumam Megat Andrian perlahan.

“ Apa dia?” Maya kurang mendengar ayat terakhir yang keluar dari mulut suaminya itu. Matanya memandang Megat Andrian dengan dahi yang berkerut.

“ Err... nothing! Eh... makanlah...”

Megat Andrian cuba mengawal debaran yang semakin menggila di dada. Entah mengapa sejak kebelakangan ini, dia kerap berasa berdebar – debar setiap kali berdua – duaan dengan Maya. Kemacoannya sedaya upaya cuba dikawal di hadapan wanita itu.

Bayangan Ria juga sudah beberapa lama tidak menjengah kotak fikirannya itu. Hanya senyuman ikhlas wanita yang dikatakan isterinya itu sering mengganggu tidurnya siang dan malam. Arghh.... apakah maksudnya semua ini?!

Takkanlah....... Gulp!


**Salam bloggers! Kat sini, Syiqin nak mintak maaf sbb yg inilah last entry utk 3oHMK (buat tahun 2012). tahun depan saye kena fokus pd study sbb final year. Apa2 pun, kalau ada masa, syiqin akan masukkan entry utk bab 18. thank u utk segala komen dan sokongan anda sblum ini! I love y'all!! :-D**

4 comments:

  1. Best.....
    Bila lah si Haikal tu nak pulih dari amnesia dia.....

    ReplyDelete
  2. alaaa... rindu la kat haikal ngan maya nanti... sob sob son...

    ReplyDelete
  3. Bila nak sambung lagi? Cepat lah sambung

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)