My Cute Buddies!

Thursday, 20 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 15


BAB 15

Wajah cemberut anak keduanya itu dipandang sekilas sebelum menyambung suapannya. Datin Suraya sungguh bersimpati terhadap menantunya itu yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam keadaannya yang berbadan dua itu.

“ Andrian? Kau okey tak nanti papa dengan mama nak stay sini untuk malam ni?” Datuk Megat Amriz memulakan bicaranya.

“ Hah?!” matanya sudah mencerlung mendengar butir bicara Datuk Megat Amriz itu.

“ Kenapa terkejut sampai macam ni? Kau tak suka ke?”

“ Err....” Megat Andrian teragak – agak untuk menjawab. Sempat lagi matanya menjeling Maya dihadapannya.

“ Tak kisahla. Kau suka atau tak, papa tetap akan duduk sini jugak.....” sengih Datuk Megat Amriz. Bukan dia tidak perasankan perubahan riak wajah anaknya sebentar tadi.

Huh... baik tak payah tanya aku! Ni semua sebab menantu kesayangan papa tu la! Entah apa yang papa dengan mama nampak pada dia pun aku tak tau!

Maya mengurut tekaknya yang terasa agak mual. Nasi berlaukkan gulai ayam itu berbau sungguh tengik di hidungnya.

Datin Suraya menjatuhkan pandangannya pada menantu yang amat dikasihinya itu.

“ Maya sayang.... sayang okey ke?”

Dalam hati Megat Andrian, dia sudah menyumpah seranah Maya yang dianggap terlalu dimanjakan oleh mama dan papanya itu.

Maya hanya mengangguk lemah. Akhirnya dia berlari sepantas kilat ke tandas apabila rasa mualnya itu tidak dapat ditahan lagi.

“ Andrian?! Kamu tengok apa lagi? Pergilah! Bini tengah mengandung, boleh pulak dia buat tak tahu!” tegur Datin Suraya apabila melihat Megat Andrian yang masih tidak berganjak dari tempat duduknya.

Megat Andrian mendengus kasar.

Dengan hati yang sebal, dia melangkah ke bilik air kerana tidak ingin mendengar bebelan mama tersayangnya itu. Kelihatan Maya masih tertunduk-tunduk di singki memuntahkan isi perutnya. Dari belakang, dia menjelirkan lidahnya kepada Maya.

Maya hanya tersenyum melihat gelagat keanak-anakan suami tersayangnya itu. Rasa ingin ketawa pun ada.

“ Seronok la kau... gelakkan aku sebab mama marah aku kan? Huh!”

“ Mana ada! Abang la.... buat lawak time siang hari macam ni!”

“ Aku tengah marah.... kau boleh cakap aku buat lawak? Kau.....”

Kata – katanya terus terhenti apabila melihat Maya kembali memuntahkan isi perutnya yang kosong. Kasihan pula dia melihat wanita itu. Sejahat mana pun dia, dia tetap mempunyai sifat berperikemanusiaan.

Belakang Maya diusap perlahan. Maya agak tersentak dengan sentuhan suaminya itu. Entah ikhlas entahpun tidak. Dahinya berkerut sambil memandang Megat Andrian.

“ Errr.... kau okey? Kenapa ya, perempuan mengandung selalu macam ni? Teruk sangat....” Megat Andrian cuba menutup debaran di dada apabila matanya berlaga dengan mata Maya. Dia seperti pernah melihat pandangan mata yang redup itu namun tidak dapat pula dia mengingati kejadian itu.

Satu saat.... dua saat.... tiga saat... keadaan mereka masih begitu.

Maya melingkarkan tangannya di sekitar pinggang Megat Andrian yang hampir dengannya sehingga deruan nafas lelaki itu pun boleh didengarinya. Jarak wajahnya didekatkan lagi dengan wajah bersih Megat Andrian itu. Degupan jantung kedua – duanya sudah memainkan irama 'rock'.

Megat Andrian semakin hanyut dengan tindakan berani mati Maya itu. Selamba bibir isterinya itu bertaut dengan bibirnya. Lama. Dia seakan-akan lupa akan segala kata-kata caciannya terhadap Maya tempoh hari. Dirinya seperti sudah dapat menerima wanita itu dalam hidupnya.

Maya terasa seakan-akan hendak menangis sahaja waktu itu. Megat Andrian Haikal yang berada di hadapannya ini seakan-akan Megat Andrian Haikal yang dikenalinya dulu. Seperti suaminya yang dulu.

“ Maya, kenapa lama sangat......” terhenti kata-kata Datin Suraya melihat 'aksi' anak dan menantunya.

Seperti terkena kejutan elektrik, Megat Andrian menjauhkan dirinya daripada Maya. Merona merah wajah kedua-dua budak bertuah itu. Dengan wajah yang bengang, Megat Andrian terus berlalu dari situ dari terus menghadap mamanya. Malu!

Apa yang kau dah buat Andrian? Kata tak nak terima dia sebagai isteri kau, tapi? Baru beberapa hari saja kau dah tumbang! Tumbang pada bini kau sendiri!

Tak! Dia yang goda aku! Aku hanya lelaki biasa yang mempunyai nafsu. Aku tahu dia sengaja ambil kesempatan tadi. Mentang-mentanglah mama dengan papa ada. Dia memang cantik, tapi......

Tapi apa Andrian? Apa yang kau tunggu? Emas dah ada depan mata? Takkan kau tak nak rebut? Eleh.... kalau dia yang goda kau pun, kenapa kau bagi respons yang positif? Mungkinkah kau dah jatuh.......

Megat Andrian menggelengkan kepalanya. Lama juga dia berdiskusi dengan benaknya itu. Datuk Megat Amriz yang sedang memerhatikan anaknya itu hanya memandang dengan kerutan di dahi. Pelik dengan kelakuan anaknya.

“ Kenapa dengan kau tu? Tiba- tiba aje nak geleng kepala...”

“ Nothing papa....” balas Megat Andrian lemah.

“ Papa nak pesan sikit Rian.... kau tu lelaki. Dan sebagai suami, kau kena jugak memahami perasaan bini kau tu. Janganlah kasar sangat dengan Maya tu.... lagipun, diakan mengandungkan anak kau...”

“ But.... Rian tak kasar pun? Dia tu aje yang mengada – ngada! Saja suka nak bangkitkan kemarahan Rian!” bentaknya kasar.

Datuk Megat Amriz menggelengkan kepalanya. Dia tidak menyangka sebegini teruk perubahan tingkah anaknya itu. Dia tidak tahu bagaimana hendak menyembuhkan anaknya itu kecuali dengan hanya mengharap pada menantunya yang satu itu.

“ Orang mengandung ni, sensitif sikit. Okey... kalau Rian tak nak anggap Maya sebagai isteri, sebagai manusia pun, kau kena jaga perasaan dia. Anggap ajelah Maya tu macam adik Rian, bolehkan?”

Macam mana aku nak anggap dia sebagai adik aku? Siap kissing lagi. Dia macam bidadari, cantik, baik, perfect, tapi aku tak tahu kenapa susah sangat aku nak terima dia? Senang pulak aku rasakan waktu dating dengan Ria yang seksi tak bertempat tu!

“ Huh.....” satu keluhan berat dilepaskan. Permintaan papanya itu mustahil untuk dia lakukan. Terlalu mustahil. Terlalu banyak godaan. Apa-apa sahaja boleh terjadi.

“ Argghhhh.....” tiba-tiba sakit kepalanya itu datang menyerang. Kepalanya dipegang. Peluh mula merecik di dahinya.

“ Andrian??? Andrian?!” panggil Datuk Megat Amriz.

Pandangan Megat Andrian makin berbalam – balam. Bayangan terakhir yang dilihatnya ialah wajah isterinya yang menerpa ke arahnya dengan wajah yang cukup menggambarkan kerisauannya itu.

<<<<<>>>>>

Megat Andrian membuka matanya yang terasa berat. Ruang sekeliling bilik itu diamatinya. Ya, itulah biliknya. Seingatnya tadi, dia 'ditangkap muat' dengan Maya oleh mamanya sebelum segalanya menjadi gelap.

Mungkin papa yang angkat aku. Takkanlah minah tu nak angkat aku dengan badan yang tak seberapa tu? Megat Andrian membuat andaian sendiri.

Maya yang baru sahaja keluar dari bilik air perasan bahawa Megat Andrian sudah sedar. Lelaki itu berasa sakit di kepala kerana tekanan yang dialami untuk mengingati sesuatu. Suntikan pun sudah diberikan memandangkan Megat Andrian tidak sedarkan diri sejak tadi.

“ Abang.... are you feeling better?” katanya sambil mendekati katil itu.

“ Hmm....”

“ Ada rasa pening – pening lagi tak?”

“ Tak.”

“ Sakit kepala?”

“ Tak.”

“ You'll be fine abang...” baru kini hatinya berasa lega dengan keadaan suaminya yang tidak begitu serius itu.

“ Yang kau berlagak macam doktor kenapa? Siap tanya banyak soalan pulak. Macam mak nenek betul...”

“ Abang lupa kot... Maya memang doktor la. Abang yang suruh Maya pencen sementara waktu kan? Hmm?”

Megat Andrian termalu sendiri dengan soalan tidak masuk dek akalnya itu. Memang dia lupa langsung bahawa dia yang menyuruh Maya duduk sahaja di rumah kerana berasa tercabar kerana dia tidak dibenarkan bertugas, mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Datuk Megat Amriz.

“ Aku nak tidur.” ucapnya lalu terus membelakangi Maya yang masih terpinga-pinga.

“ Err.... abang? Maya nak tidur sebelah ab... abang... bo...bol..boleh..?” tanya Maya sedikit gugup kerana bimbang akan reaksi yang akan diberikan oleh Megat Andrian.

Megat Andrian menghela nafasnya. Memandangkan perempuan ini sedang mengandung, dia mengangguk sahaja.
Maya tersenyum bahagia. Betapa rindunya dia setelah lama tidak tidur dengan suaminya itu. Maya bosan asyik kena tidur seorang diri.

Sejak beberapa hari ini juga, tidur Megat Andrian tidak lena. Kalau hendak dikatakan tiada bantal peluk, tidak pula. Terasa seperti kehilangan sesuatu. Bukan sesuatu, tetapi lebih kepada seseorang.

Maya merebahkan tubuhnya di sebelah Megat Andrian yang sedang tidur membelakanginya. Lampu tidur di sisi katil dimalapkan. Matanya cuba ditutup.

“ Abang?”

“ Apa lagi......” balas Megat Andrian acuh tak acuh sahaja.

“ Maya nak mintak maaf. I mean... kalau Maya tak sempat nak...”

“ Kau jangan membebel boleh tak? Aku mengantuk la.” Megat Andrian tidak begitu selesa apabila Maya membincangkan hal itu dengannya. Rimas dan resah terasanya.

Sumpah, aku tak boleh tidur lagi! Agak – agaknya patut ke aku kira bebiri sampai aku tidur? Hisy... macam Mr. Bean! Tapi kalau aku nak tanya dia.... ego aku macam mana? Bisik hati Megat Andrian.

Helo Encik Haikal, ego awak tu takkan turun pun kalau nak setakat nak mintak tolong isteri sendiri. Ilmu mana yang kau pakai ni?!

“ Maya? Kau dah tidur ke?” tubuhnya dipusing menghadap Maya yang menghadap dirinya kini.

“ Tak.”

“ Err... aku nak mintak tolong boleh?”

“ Anything.”

“ Aku nak peluk kau waktu tidur boleh?”

“ Boleh. Suami mana yang kena mintak izin kalau nak peluk isteri?” dalam hati Maya sudah mula tumbuh bunga – bunga bahagia.

“ Hisy kau ni.... aku cakap sikit, kau dah membebel. Harap-haraplah baby kita tak ikut perangai kau ye. Goodnight.” terus tubuh Maya dibawa dalam dakapannya.

'Baby kita?' Sekali lagi Maya terasa bahagia dengan kata – kata suaminya itu. Hmm... perubahan positif, walaupun sikit!

Lena sungguh tidur Maya dalam dakapan erat Megat Andrian. Terasa sungguh selesa. Jujur dia mengatakan, dia sebenarnya amat rindukan Megat Andrian seperti ini. Manis dan tidak garang seperti beberapa hari sebelumnya.



~ TAHNIAH BUAT SEMUA CALON PMR YE! BAGI YANG MEMPEROLEH KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA ANDA! BAGI YG TDK,  JADIKAN ITU SEBAGAI PENDORONG DAN MENCAPAI KECEMERLANGAN PD MSA HDPN! :-) ~

7 comments:

  1. Kesian Maya :( Bilelah Megat Andrian nk ingat blk dkt Maya nie... Haishhh :( Btw, nie mini novel ke atau akan dibukukan? Besttt and suke sgt bace novel nie!!! Romantic, sedih, and rase geram pun ade! HEHEHE :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank u...
      citer nie habis dekat blog aje, kalau ada rezeki, mgkin nk bukukan! :-D

      Delete
  2. teruskan misi mengorat rian, maya :)

    ReplyDelete
  3. Hehehe best best! Btw, thanks sbb mention calon pmr. Alhamdulillah saya straighg As...

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)