BAB 15
Wajah cemberut anak keduanya itu dipandang sekilas
sebelum menyambung suapannya. Datin Suraya sungguh bersimpati
terhadap menantunya itu yang terpaksa menempuh pelbagai dugaan dalam
keadaannya yang berbadan dua itu.
“ Andrian? Kau okey tak nanti papa dengan mama nak
stay sini untuk malam ni?” Datuk Megat Amriz memulakan bicaranya.
“ Hah?!” matanya sudah mencerlung mendengar butir
bicara Datuk Megat Amriz itu.
“ Kenapa terkejut sampai macam ni? Kau tak suka ke?”
“ Err....” Megat Andrian teragak – agak untuk
menjawab. Sempat lagi matanya menjeling Maya dihadapannya.
“ Tak kisahla. Kau suka atau tak, papa tetap akan
duduk sini jugak.....” sengih Datuk Megat Amriz. Bukan dia tidak
perasankan perubahan riak wajah anaknya sebentar tadi.
Huh... baik tak payah tanya aku! Ni semua sebab menantu
kesayangan papa tu la! Entah apa yang papa dengan mama nampak pada
dia pun aku tak tau!
Maya mengurut tekaknya yang terasa agak mual. Nasi
berlaukkan gulai ayam itu berbau sungguh tengik di hidungnya.
Datin Suraya menjatuhkan pandangannya pada menantu yang
amat dikasihinya itu.
“ Maya sayang.... sayang okey ke?”
Dalam hati Megat Andrian, dia sudah menyumpah seranah
Maya yang dianggap terlalu dimanjakan oleh mama dan papanya itu.
Maya hanya mengangguk lemah. Akhirnya dia berlari
sepantas kilat ke tandas apabila rasa mualnya itu tidak dapat ditahan
lagi.
“ Andrian?! Kamu tengok apa lagi? Pergilah! Bini
tengah mengandung, boleh pulak dia buat tak tahu!” tegur Datin
Suraya apabila melihat Megat Andrian yang masih tidak berganjak dari
tempat duduknya.
Megat Andrian mendengus kasar.
Dengan hati yang sebal, dia melangkah ke bilik air
kerana tidak ingin mendengar bebelan mama tersayangnya itu. Kelihatan
Maya masih tertunduk-tunduk di singki memuntahkan isi perutnya. Dari
belakang, dia menjelirkan lidahnya kepada Maya.
Maya hanya tersenyum melihat gelagat keanak-anakan
suami tersayangnya itu. Rasa ingin ketawa pun ada.
“ Seronok la kau... gelakkan aku sebab mama marah aku
kan? Huh!”
“ Mana ada! Abang la.... buat lawak time siang hari
macam ni!”
“ Aku tengah marah.... kau boleh cakap aku buat
lawak? Kau.....”
Kata – katanya terus terhenti apabila melihat Maya
kembali memuntahkan isi perutnya yang kosong. Kasihan pula dia
melihat wanita itu. Sejahat mana pun dia, dia tetap mempunyai sifat
berperikemanusiaan.
Belakang Maya diusap perlahan. Maya agak tersentak
dengan sentuhan suaminya itu. Entah ikhlas entahpun tidak. Dahinya
berkerut sambil memandang Megat Andrian.
“ Errr.... kau okey? Kenapa ya, perempuan mengandung
selalu macam ni? Teruk sangat....” Megat Andrian cuba menutup
debaran di dada apabila matanya berlaga dengan mata Maya. Dia seperti
pernah melihat pandangan mata yang redup itu namun tidak dapat pula
dia mengingati kejadian itu.
Satu saat.... dua saat.... tiga saat... keadaan mereka
masih begitu.
Maya melingkarkan tangannya di sekitar pinggang Megat
Andrian yang hampir dengannya sehingga deruan nafas lelaki itu pun
boleh didengarinya. Jarak wajahnya didekatkan lagi dengan wajah
bersih Megat Andrian itu. Degupan jantung kedua – duanya sudah
memainkan irama 'rock'.
Megat Andrian semakin hanyut dengan tindakan berani
mati Maya itu. Selamba bibir isterinya itu bertaut dengan bibirnya.
Lama. Dia seakan-akan lupa akan segala kata-kata caciannya terhadap
Maya tempoh hari. Dirinya seperti sudah dapat menerima wanita itu
dalam hidupnya.
Maya terasa seakan-akan hendak menangis sahaja waktu
itu. Megat Andrian Haikal yang berada di hadapannya ini seakan-akan
Megat Andrian Haikal yang dikenalinya dulu. Seperti suaminya yang
dulu.
“ Maya, kenapa lama sangat......” terhenti
kata-kata Datin Suraya melihat 'aksi' anak dan menantunya.
Seperti terkena kejutan elektrik, Megat Andrian
menjauhkan dirinya daripada Maya. Merona merah wajah kedua-dua budak
bertuah itu. Dengan wajah yang bengang, Megat Andrian terus berlalu
dari situ dari terus menghadap mamanya. Malu!
Apa yang kau dah buat Andrian? Kata tak nak terima dia
sebagai isteri kau, tapi? Baru beberapa hari saja kau dah tumbang!
Tumbang pada bini kau sendiri!
Tak! Dia yang goda aku! Aku hanya lelaki biasa yang
mempunyai nafsu. Aku tahu dia sengaja ambil kesempatan tadi.
Mentang-mentanglah mama dengan papa ada. Dia memang cantik,
tapi......
Tapi apa Andrian? Apa yang kau tunggu? Emas dah ada
depan mata? Takkan kau tak nak rebut? Eleh.... kalau dia yang goda
kau pun, kenapa kau bagi respons yang positif? Mungkinkah kau dah
jatuh.......
Megat Andrian menggelengkan kepalanya. Lama juga dia
berdiskusi dengan benaknya itu. Datuk Megat Amriz yang sedang
memerhatikan anaknya itu hanya memandang dengan kerutan di dahi.
Pelik dengan kelakuan anaknya.
“ Kenapa dengan kau tu? Tiba- tiba aje nak geleng
kepala...”
“ Nothing papa....” balas Megat Andrian lemah.
“ Papa nak pesan sikit Rian.... kau tu lelaki. Dan
sebagai suami, kau kena jugak memahami perasaan bini kau tu.
Janganlah kasar sangat dengan Maya tu.... lagipun, diakan
mengandungkan anak kau...”
“ But.... Rian tak kasar pun? Dia tu aje yang mengada
– ngada! Saja suka nak bangkitkan kemarahan Rian!” bentaknya
kasar.
Datuk Megat Amriz menggelengkan kepalanya. Dia tidak
menyangka sebegini teruk perubahan tingkah anaknya itu. Dia tidak
tahu bagaimana hendak menyembuhkan anaknya itu kecuali dengan hanya
mengharap pada menantunya yang satu itu.
“ Orang mengandung ni, sensitif sikit. Okey... kalau
Rian tak nak anggap Maya sebagai isteri, sebagai manusia pun, kau
kena jaga perasaan dia. Anggap ajelah Maya tu macam adik Rian,
bolehkan?”
Macam mana aku nak anggap dia sebagai adik aku? Siap
kissing lagi. Dia macam bidadari, cantik, baik, perfect, tapi aku tak
tahu kenapa susah sangat aku nak terima dia? Senang pulak aku rasakan
waktu dating dengan Ria yang seksi tak bertempat tu!
“ Huh.....” satu keluhan berat dilepaskan.
Permintaan papanya itu mustahil untuk dia lakukan. Terlalu mustahil.
Terlalu banyak godaan. Apa-apa sahaja boleh terjadi.
“ Argghhhh.....” tiba-tiba sakit kepalanya itu
datang menyerang. Kepalanya dipegang. Peluh mula merecik di dahinya.
“ Andrian??? Andrian?!” panggil Datuk Megat Amriz.
Pandangan Megat Andrian makin berbalam – balam.
Bayangan terakhir yang dilihatnya ialah wajah isterinya yang menerpa
ke arahnya dengan wajah yang cukup menggambarkan kerisauannya itu.
<<<<<>>>>>
Megat Andrian membuka matanya yang terasa berat. Ruang
sekeliling bilik itu diamatinya. Ya, itulah biliknya. Seingatnya
tadi, dia 'ditangkap muat' dengan Maya oleh mamanya sebelum segalanya
menjadi gelap.
Mungkin papa yang angkat aku. Takkanlah minah tu nak
angkat aku dengan badan yang tak seberapa tu? Megat Andrian membuat
andaian sendiri.
Maya yang baru sahaja keluar dari bilik air perasan
bahawa Megat Andrian sudah sedar. Lelaki itu berasa sakit di kepala
kerana tekanan yang dialami untuk mengingati sesuatu. Suntikan pun
sudah diberikan memandangkan Megat Andrian tidak sedarkan diri sejak
tadi.
“ Abang.... are you feeling better?” katanya sambil
mendekati katil itu.
“ Hmm....”
“ Ada rasa pening – pening lagi tak?”
“ Tak.”
“ Sakit kepala?”
“ Tak.”
“ You'll be fine abang...” baru kini hatinya berasa
lega dengan keadaan suaminya yang tidak begitu serius itu.
“ Yang kau berlagak macam doktor kenapa? Siap tanya
banyak soalan pulak. Macam mak nenek betul...”
“ Abang lupa kot... Maya memang doktor la. Abang yang
suruh Maya pencen sementara waktu kan? Hmm?”
Megat Andrian termalu sendiri dengan soalan tidak masuk
dek akalnya itu. Memang dia lupa langsung bahawa dia yang menyuruh
Maya duduk sahaja di rumah kerana berasa tercabar kerana dia tidak
dibenarkan bertugas, mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Datuk
Megat Amriz.
“ Aku nak tidur.” ucapnya lalu terus membelakangi
Maya yang masih terpinga-pinga.
“ Err.... abang? Maya nak tidur sebelah ab...
abang... bo...bol..boleh..?” tanya Maya sedikit gugup kerana
bimbang akan reaksi yang akan diberikan oleh Megat Andrian.
Megat Andrian menghela nafasnya. Memandangkan perempuan
ini sedang mengandung, dia mengangguk sahaja.
Maya tersenyum bahagia. Betapa rindunya dia setelah
lama tidak tidur dengan suaminya itu. Maya bosan asyik kena tidur
seorang diri.
Sejak beberapa hari ini juga, tidur Megat Andrian tidak
lena. Kalau hendak dikatakan tiada bantal peluk, tidak pula. Terasa
seperti kehilangan sesuatu. Bukan sesuatu, tetapi lebih kepada
seseorang.
Maya merebahkan tubuhnya di sebelah Megat Andrian yang
sedang tidur membelakanginya. Lampu tidur di sisi katil dimalapkan.
Matanya cuba ditutup.
“ Abang?”
“ Apa lagi......” balas Megat Andrian acuh tak acuh
sahaja.
“ Maya nak mintak maaf. I mean... kalau Maya tak
sempat nak...”
“ Kau jangan membebel boleh tak? Aku mengantuk la.”
Megat Andrian tidak begitu selesa apabila Maya membincangkan hal itu
dengannya. Rimas dan resah terasanya.
Sumpah, aku tak boleh tidur lagi! Agak – agaknya
patut ke aku kira bebiri sampai aku tidur? Hisy... macam Mr. Bean!
Tapi kalau aku nak tanya dia.... ego aku macam mana? Bisik hati Megat
Andrian.
Helo Encik Haikal, ego awak tu takkan turun pun kalau
nak setakat nak mintak tolong isteri sendiri. Ilmu mana yang kau
pakai ni?!
“ Maya? Kau dah tidur ke?” tubuhnya dipusing
menghadap Maya yang menghadap dirinya kini.
“ Tak.”
“ Err... aku nak mintak tolong boleh?”
“ Anything.”
“ Aku nak peluk kau waktu tidur boleh?”
“ Boleh. Suami mana yang kena mintak izin kalau nak
peluk isteri?” dalam hati Maya sudah mula tumbuh bunga – bunga
bahagia.
“ Hisy kau ni.... aku cakap sikit, kau dah membebel.
Harap-haraplah baby kita tak ikut perangai kau ye. Goodnight.”
terus tubuh Maya dibawa dalam dakapannya.
'Baby kita?' Sekali lagi Maya terasa bahagia dengan
kata – kata suaminya itu. Hmm... perubahan positif, walaupun sikit!
Lena sungguh tidur Maya dalam dakapan erat Megat
Andrian. Terasa sungguh selesa. Jujur dia mengatakan, dia sebenarnya
amat rindukan Megat Andrian seperti ini. Manis dan tidak garang
seperti beberapa hari sebelumnya.
~ TAHNIAH BUAT SEMUA CALON PMR YE! BAGI YANG MEMPEROLEH KEJAYAAN, TERUSKAN USAHA ANDA! BAGI YG TDK, JADIKAN ITU SEBAGAI PENDORONG DAN MENCAPAI KECEMERLANGAN PD MSA HDPN! :-) ~
Kesian Maya :( Bilelah Megat Andrian nk ingat blk dkt Maya nie... Haishhh :( Btw, nie mini novel ke atau akan dibukukan? Besttt and suke sgt bace novel nie!!! Romantic, sedih, and rase geram pun ade! HEHEHE :D
ReplyDeletethank u...
Deleteciter nie habis dekat blog aje, kalau ada rezeki, mgkin nk bukukan! :-D
Best.....
ReplyDeleteteruskan misi mengorat rian, maya :)
ReplyDeletebestnya... hehe
ReplyDeleteHehehe best best! Btw, thanks sbb mention calon pmr. Alhamdulillah saya straighg As...
ReplyDeletetahniah dik! :-D
Delete