BAB 16
Maya menyalami tangan ibu mertuanya dan bapa mertuanya.
Datin Suraya terasa sebak untuk meninggalkan menantunya ini dengan
anaknya. Kepala otak Megat Andrian bukannya betul sangat pun pada
ketika ini. Suka sangat berbuat sesuka hati dia!
“ Maya... jaga diri tau. Nak apa – apa, call mama
tau.” pesan Datin Suraya sebelum mencium kedua – dua pipi menantu
yang amat disayanginya itu.
Memang dia akui, Maya kelihatan semakin tembam sejak
akhir – akhir ini. Maklumlah, orang tengah mengandung kan, mesti
selera makannya pun meningkat.
“ Okey mama....” jawab Maya lemah. Sempat matanya
memandang Megat Andrian yang sibuk melayan rancangan Teletubbies di
kaca televisyen itu.
Maya mengeluh dengan berat. Lupanya Megat Andrian maka
bermaksud lupalah dia akan kedewasaannya itu. Terasa lucu pula
melihat orang dewasa yang khusyuk melayan rancangan kebudak –
budakkan itu. Megat Ameer pun tidak akan menonton rancangan itu!
Maya menghantar pemergian Datuk Megat Amriz dan Datin
Suraya dengan pandangan matanya. Pintu utama ditutup. Dia perlu
bersiap untuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan kandungannya yang
sudah masuk tiga bulan itu.
“ Abang.... Maya nak keluar kejap. Abang nak apa –
apa tak?” soal Maya lembut sambil melabuhkan punggungnya di sebelah
Megat Andrian.
Megat Andrian tidak memberikan sebarang jawapan dan
hanya menggelengkan kepalanya seraya menunjukkan isyarat tangan
supaya Maya beredar dari situ.
Mengacau betullah perempuan ni! Aku nak tengok Lala
menyanyi pun tak tenang! Gerutu Megat Andrian dalam hati.
Maya hanya mengeluh perlahan. Langkahnya diatur kembali
ke biliknya, memandangkan hanya sehari semalam sahaja ibu dan bapa
mertuanya tinggal di situ. Biliknya itu sepatutnya menjadi bilik
anaknya apabila dewasa kelak. Hisy.... dah terbalik pulak...
“ Sayang.... tengok. Ni bilik sayang nanti bila dah
besar sikit tau. Cantik kan? Hmm... ni semua papa punya idea la!
Sayang papa!” kata Maya ceria sambil mengusap perutnya.
Baru sahaja Maya perasan bahawa perutnya itu sudah
sedikit membukit. Hairan juga dia kerana kandungannya itu baru sahaja
mencecah usia tiga bulan. Sebagai doktor pun dia tidak tahu sebabnya.
Hmm.... mungkin anak aku tembam kot. Comel! Bisik Maya.
Gaun labuh berwarna ungu gelap dipadankan dengan
kardigan putih kelihatan comel di tubuhnya. Tudung Pashmina yang sama
warna itu dililit kemas di kepala. Setelah menyapu sedikit bedak dan
mengoles sedikit lip gloss, Maya meneliti penampilannya di hadapan
cermin gergasi dalam bilik itu.
“ Cantik jugak aku! Kalaulah aku tak mengandung,
mesti aku dah goda Haikal dengan ilmu catwalk aku!” puji Maya
kepada diri sendiri. Sejak berbadan dua ini, suka benar dia puji
dirinya itu.
Entah – entah bukan catwalk, tapi dragonwalk yang
keluar. Daripada nak tergoda, takut pulak si Haikal tu nanti! Bidas
otaknya.
Megat Andrian terpaku seketika melihat penampilan Maya.
Rancangan Teletubbies yang ditayangkan juga tidak dihiraukannya. Maya
kelihatan berseri – seri pada hari ini. Mungkin pembawaan budak
kot.
Maya semakin tidak selesa dengan renungan suaminya itu.
Nampaknya tanpa sebarang usaha pun lelaki itu sudahpun tergoda
dengannya.
Maya mendekati Megat Andrian yang masih merenungnya
bagaikan hendak terjojol sahaja biji matanya itu. Maya berdehem
sekadar untuk menyedarkan Megat Andrian daripada 'tidurnya'.
Kantoi lagi time ushar dia! Hisy.... nak ushar bini
sendiri pun line tak clear!
Muka Megat Andrian sudah merah membahang. Dirinya
menjadi kalut tiba – tiba.
“ Err... kau nak apa?” soalnya gugup.
“ Nak salam...”
“ Buat apa?”
Apa punya soalan la mamat ni! Tak dengar aku bagitau
dia tadi la tu!
“ Nak keluar....”
“ Pergi mana?”
“ Hospital...”
“ Hah?! Kau nak buat apa dekat sana? Siapa yang
sakit?!”
“ Nak buat check up.”
“ Check up apa?”
Mestilah nak buat check up kandungan aku tu! Tu la,
sibuk sangat 'berdating' dengan sepupu dia tu sampai tak ingat aku
yang tengah mengandung ni! Maya mengutuk suaminya lagi.
“ Monthly check up untuk baby.”
“ Oh.... kenapa tak cakap kat aku?”
Sebab.... abang tak pernah tanya! Hisy.... kalau macam
ni, rosaklah title aku sebagai isteri muslimah. Maafkan Maya
abang....
“ Err....” sudahnya dia tidak tahu jawapan yang
harus diberikan olehnya.
“ Aku nak ikut. Jangan banyak soal.” Megat Andrian
memberi kata putusnya.
Alat kawalan televisyen dicapai dan butang merah
ditekan. Terus nyanyian Lala yang sedang melontarkan vokalnya itu
tidak kedengaran lagi. Kunci kereta Porschenya dicapai dan langkahnya
diatur laju ke pintu utama.
Megat Andrian tidak tahu kenapa dia berasa sungguh
teruja untuk melihat kandungan Maya yang dikatakan anaknya itu. Dia
merasakan bahawa dia perlu memberi peluang kepada Maya. Mungkin dia
harus mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Masakan Maya begitu
sabar melayani kerenahnya?
Pasti ada rahsia besar di sebalik semua ini.
Entahlah.... dia sendiri tidak tahu untuk mempercayai sesiapa buat
masa ini. Terlalu banyak benda yang semakin menyemakkan fikirannya
itu.
<<<<<>>>>>
Maya memandang Megat Andrian yang masih berada dalam
bilik ultrasound itu. Dr. Dania yang sedang memakai sarung tangan
dicuit.
“ Woi! Kau nak scan aku depan dia ke?” bisik Maya.
“ Biarlah... dia tu kan laki kau. Apa salahnya?”
soal Dania bodoh tanpa memahami situasi sebenarnya.
Maya mengeluh perlahan. Megat Andrian pula dilihat
masih sibuk membelek poster bayi – bayi di dinding bilik itu.
“ Dia kan hilang ingatan.....”
“ So?” selamba wajah yang ditayangkan oleh Dania.
“ Aku.....” terhenti kata – katanya apabila mata
suaminya itu tajam menikamnya. Air liur yang ditelan terasa pahit.
Dia …. dengarkah?
“ Korang bisik – bisik apa? Cepatlah!”
“ Abang.... tunggu kat dalam ni ek?” soal Maya
dengan wajah yang berubah merah. Malu!
Megat Andrian melepaskan tawa yang kecil. Mula-mula
cakap aku ni laki dia, lepastu nak malu dengan aku pulak. Lawak
betullah perempuan ni!
“ Ye la... kenapa?”
Megat Andrian mendekati Maya yang kaku bagai ketul ais.
Tangannya diletakkan di atas perut Maya dan diusap perlahan. Sengaja
dia ingin mengusik wanita itu. Suka dia melihat wajah yang berubah
merah itu.
“ Errr.....” kaku Maya dengan tindakan berani mati
Megat Andrian itu. Bukannya dia tidak rela, tetapi....
“ Eh? Kau ni pregnant berapa bulan?” tangannya
masih melekap kemas di perut Maya yang sedikit membukit itu.
“ Three months....” jawab Maya perlahan.
“ Tiga bulan?! Besarnya perut kau! Kau makan apa ni?
Entah – entah kau melahap belakang aku tak?” serkap Megat
Andrian.
Dania yang menjadi pemerhati sedari tadi hanya ketawa.
Wajah masam sahabat baiknya itu dikerling sekilas.
“ Weh... Maya, kau jangan buat muka masam macam tu.
Nanti masam jugaklah muka baby kau!” usik Dania.
“ Is she okay doctor? Peliknya pregnancy dia....”
gumam Megat Andrian.
“ Hmm.... nanti kita tengok. Most probably bukan baby
yang ada dekat dalam tu....” belum lagi Dania menghabiskan ayatnya,
dia telah disampuk oleh Megat Andrian yang masih dilanda kemusykilan
itu.
“ What do you mean? Bukan baby? Maksudnya alien ke?”
akhirnya soalan bodoh itu juga terpacul dari mulutnya itu.
Nampak sahaja macam orang bijak, tapi hampeh betul la
Andrian ni!
“ Ha... ha... bukan alien. Tapi babies....” mata
Maya terus membulat mendengar kata – kata Dania itu.
“ Maksud kau, twins? Tapi macam mana kau tahu?
Bukannya akan nampak pun waktu ultrasound. Ye la, aku ni kan masih
kat early stage pregnancy?”
“ Hmm.... betul. Tapi berdasarkan pengalaman aku,
biasanya twins atau more than one baby pregnancy ni akan menunjukkan
saiz perut yang lebih..... kembung! Dalam kes kau ni, aku tak tahu
sangat la. Kalau twins, mesti kau seronok kan?” ceria sahaja nada
suara Dania pada ketika ini.
“ He.. he... mestilah!” kata Maya.
“ Hebatnya aku! Mesti babies tu nanti cute macam aku
kan?” sampuk Megat Andrian tiba-tiba.
Maya dan Dania tercengang mendengar kenyataan Megat
Andrian itu. Mereka berpandangan seketika sebelum mengalihkan mata ke
arah Megat Andrian.
' Eh... ini Andrian yang mereng atau Andrian yang
waras? Setahu aku, Andrian yang mereng yang masuk dalam bilik aku
tadi. Hisy.... musykil...musykil....' bisik Dania dalam hati dengan
rasa tidak percaya.
“ Korang memang tak pernah tengok laki hensem ke?
Oh... patutla. Hmm... aku tahula aku hensem kan, so....”
“ Err.... we start now?” soal Dania kerana tidak
sanggup lagi mendengar ayat 'syok sendiri' yang keluar dari mulut
suami kawan baiknya itu.
Aku tahula dia tu hensem, tak payahla buat kenyataan
macam tu! Bikin aku jealous dengan kawan aku aje. Buang karan betul!
Sedikit gel disapu pada permukaan perut Maya yang
terdedah itu. Scanner di tangan dilekapkan pada permukaan perut Maya
itu. Mata Dania tekun memandang skrin di hadapannya itu.
“ Haa.... Andrian, Maya.... korang tengok tompok
warna hitam ni. Ni la baby korang. Sekarang memang tak berapa jelas.
Lepas enam bulan pregnant baru akan nampak jelas berapa baby yang ada
dekat dalam tu. Kalau sorang aje maksudnya baby korang ni tembam
la...” Dania menunjuk ke arah skrin yang menunjukkan gambar
berwarna hitam putih itu.
Tersentuh hati lelaki Megat Andrian melihat tompok yang
berwarna putih itu. Iyalah.... siapa yang tidak tersentuh melihat
anak sendiri buat pertama kali?
Anak sendiri? Bisik hati Megat Andrian.
Maya hanya tersenyum manis.
Megat Andrian terpaku melihat senyuman manis isterinya
itu. Kenapalah aku kena hilang ingatan? Aku.... tak tahu apa – apa,
aku... tak ingat apa – apa! Siapa Ria tu? Kekasih aku ke? Kalau aku
ada kekasih, kenapa pulak aku kahwin dengan Maya? Arghhh...... berat
sungguh ujianMu ya Allah!
“ Anak aku.....” gumam Megat Andrian perlahan.
Maya yang seperti terdengar sesuatu, terus menoleh ke
arah Megat Andrian yang matanya sudah berkaca – kaca.
“ Abang... okey ke?” lengan suaminya itu dipegang
lembut.
Megat Andrian tersentak dengan sentuhan Maya. Air mata
yang hampir menitis diseka laju. Lelaki maco, mana boleh menangis....
“ Kau.... err.... aku tunggu luar. Kau datang.” dia
terus bangun dan ingin menuju keluar. Lengannya dipaut manja oleh
Maya.
“ Abang.....”
“ Kau satu hari tak menyusahkan aku boleh tak? Aku
kata aku tunggu luar, kau ikut ajelah!” bentaknya keras. Megat
Andrian seperti baru sedar bahawa dia tidak berdua dengan Maya ketika
ini. Dania sedang memandangnya dengan terkejut.
Megat Andrian mendengus kasar sebelum keluar.
Dania mengusap lengan tangan Maya. Mata kawan baiknya
itu dilihat sedikit berair. Barangkali terkejut.
“ Mangkuk ayun tingkat lima puluh betullah laki kau
ni!” marah Dania. Maya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Kasihan pula dia melihat Maya pada ketika ini.
“ Kau kena sabar Maya. Aku tahu banyak mana mamat tu
sayangkan kau. Cuma mungkin dia keliru dengan hidup dia sendiri. Kau
kena faham Maya, dugaan dia tu berat. So... aku cuma boleh suruh kau
tolong ringankan dugaan yang dia hadapi itu, okey?” soal Dania
lembut sambil mengusap kepala Maya yang berbalut Pashmina itu.
Maya hanya mengangguk, mengiakan kata-kata Dania itu.
“ Ingat Maya, kalau Allah bagi satu kesusahan pada
hambanya, maka Dia akan memberi dua kesenangan kelak. Sebagai
hambaNya, kita kena bersabar...”
Kata – kata semangat Dania itu begitu meresap ke
sanubarinya. Maya pasti, sinar kebahagiaan pasti akan hadir dalam
hidupnya. Cuma masa sahaja yang menetukannya.
Best... #^_^
ReplyDeleteKesiannyerr dkt maya :(
ReplyDelete