My Cute Buddies!

Friday 28 December 2012

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 16


BAB 16

Maya menyalami tangan ibu mertuanya dan bapa mertuanya. Datin Suraya terasa sebak untuk meninggalkan menantunya ini dengan anaknya. Kepala otak Megat Andrian bukannya betul sangat pun pada ketika ini. Suka sangat berbuat sesuka hati dia!

“ Maya... jaga diri tau. Nak apa – apa, call mama tau.” pesan Datin Suraya sebelum mencium kedua – dua pipi menantu yang amat disayanginya itu.

Memang dia akui, Maya kelihatan semakin tembam sejak akhir – akhir ini. Maklumlah, orang tengah mengandung kan, mesti selera makannya pun meningkat.

“ Okey mama....” jawab Maya lemah. Sempat matanya memandang Megat Andrian yang sibuk melayan rancangan Teletubbies di kaca televisyen itu.

Maya mengeluh dengan berat. Lupanya Megat Andrian maka bermaksud lupalah dia akan kedewasaannya itu. Terasa lucu pula melihat orang dewasa yang khusyuk melayan rancangan kebudak – budakkan itu. Megat Ameer pun tidak akan menonton rancangan itu!

Maya menghantar pemergian Datuk Megat Amriz dan Datin Suraya dengan pandangan matanya. Pintu utama ditutup. Dia perlu bersiap untuk ke hospital untuk membuat pemeriksaan kandungannya yang sudah masuk tiga bulan itu.

“ Abang.... Maya nak keluar kejap. Abang nak apa – apa tak?” soal Maya lembut sambil melabuhkan punggungnya di sebelah Megat Andrian.

Megat Andrian tidak memberikan sebarang jawapan dan hanya menggelengkan kepalanya seraya menunjukkan isyarat tangan supaya Maya beredar dari situ.

Mengacau betullah perempuan ni! Aku nak tengok Lala menyanyi pun tak tenang! Gerutu Megat Andrian dalam hati.

Maya hanya mengeluh perlahan. Langkahnya diatur kembali ke biliknya, memandangkan hanya sehari semalam sahaja ibu dan bapa mertuanya tinggal di situ. Biliknya itu sepatutnya menjadi bilik anaknya apabila dewasa kelak. Hisy.... dah terbalik pulak...

“ Sayang.... tengok. Ni bilik sayang nanti bila dah besar sikit tau. Cantik kan? Hmm... ni semua papa punya idea la! Sayang papa!” kata Maya ceria sambil mengusap perutnya.

Baru sahaja Maya perasan bahawa perutnya itu sudah sedikit membukit. Hairan juga dia kerana kandungannya itu baru sahaja mencecah usia tiga bulan. Sebagai doktor pun dia tidak tahu sebabnya.

Hmm.... mungkin anak aku tembam kot. Comel! Bisik Maya.

Gaun labuh berwarna ungu gelap dipadankan dengan kardigan putih kelihatan comel di tubuhnya. Tudung Pashmina yang sama warna itu dililit kemas di kepala. Setelah menyapu sedikit bedak dan mengoles sedikit lip gloss, Maya meneliti penampilannya di hadapan cermin gergasi dalam bilik itu.

“ Cantik jugak aku! Kalaulah aku tak mengandung, mesti aku dah goda Haikal dengan ilmu catwalk aku!” puji Maya kepada diri sendiri. Sejak berbadan dua ini, suka benar dia puji dirinya itu.

Entah – entah bukan catwalk, tapi dragonwalk yang keluar. Daripada nak tergoda, takut pulak si Haikal tu nanti! Bidas otaknya.

Megat Andrian terpaku seketika melihat penampilan Maya. Rancangan Teletubbies yang ditayangkan juga tidak dihiraukannya. Maya kelihatan berseri – seri pada hari ini. Mungkin pembawaan budak kot.

Maya semakin tidak selesa dengan renungan suaminya itu. Nampaknya tanpa sebarang usaha pun lelaki itu sudahpun tergoda dengannya.

Maya mendekati Megat Andrian yang masih merenungnya bagaikan hendak terjojol sahaja biji matanya itu. Maya berdehem sekadar untuk menyedarkan Megat Andrian daripada 'tidurnya'.

Kantoi lagi time ushar dia! Hisy.... nak ushar bini sendiri pun line tak clear!

Muka Megat Andrian sudah merah membahang. Dirinya menjadi kalut tiba – tiba.

“ Err... kau nak apa?” soalnya gugup.

“ Nak salam...”

“ Buat apa?”

Apa punya soalan la mamat ni! Tak dengar aku bagitau dia tadi la tu!

“ Nak keluar....”

“ Pergi mana?”

“ Hospital...”

“ Hah?! Kau nak buat apa dekat sana? Siapa yang sakit?!”

“ Nak buat check up.”

“ Check up apa?”

Mestilah nak buat check up kandungan aku tu! Tu la, sibuk sangat 'berdating' dengan sepupu dia tu sampai tak ingat aku yang tengah mengandung ni! Maya mengutuk suaminya lagi.

“ Monthly check up untuk baby.”

“ Oh.... kenapa tak cakap kat aku?”

Sebab.... abang tak pernah tanya! Hisy.... kalau macam ni, rosaklah title aku sebagai isteri muslimah. Maafkan Maya abang....

“ Err....” sudahnya dia tidak tahu jawapan yang harus diberikan olehnya.

“ Aku nak ikut. Jangan banyak soal.” Megat Andrian memberi kata putusnya.

Alat kawalan televisyen dicapai dan butang merah ditekan. Terus nyanyian Lala yang sedang melontarkan vokalnya itu tidak kedengaran lagi. Kunci kereta Porschenya dicapai dan langkahnya diatur laju ke pintu utama.

Megat Andrian tidak tahu kenapa dia berasa sungguh teruja untuk melihat kandungan Maya yang dikatakan anaknya itu. Dia merasakan bahawa dia perlu memberi peluang kepada Maya. Mungkin dia harus mengenali wanita itu dengan lebih rapat. Masakan Maya begitu sabar melayani kerenahnya?

Pasti ada rahsia besar di sebalik semua ini. Entahlah.... dia sendiri tidak tahu untuk mempercayai sesiapa buat masa ini. Terlalu banyak benda yang semakin menyemakkan fikirannya itu.

<<<<<>>>>>

Maya memandang Megat Andrian yang masih berada dalam bilik ultrasound itu. Dr. Dania yang sedang memakai sarung tangan dicuit.

“ Woi! Kau nak scan aku depan dia ke?” bisik Maya.

“ Biarlah... dia tu kan laki kau. Apa salahnya?” soal Dania bodoh tanpa memahami situasi sebenarnya.

Maya mengeluh perlahan. Megat Andrian pula dilihat masih sibuk membelek poster bayi – bayi di dinding bilik itu.

“ Dia kan hilang ingatan.....”

“ So?” selamba wajah yang ditayangkan oleh Dania.

“ Aku.....” terhenti kata – katanya apabila mata suaminya itu tajam menikamnya. Air liur yang ditelan terasa pahit. Dia …. dengarkah?

“ Korang bisik – bisik apa? Cepatlah!”

“ Abang.... tunggu kat dalam ni ek?” soal Maya dengan wajah yang berubah merah. Malu!

Megat Andrian melepaskan tawa yang kecil. Mula-mula cakap aku ni laki dia, lepastu nak malu dengan aku pulak. Lawak betullah perempuan ni!

“ Ye la... kenapa?”

Megat Andrian mendekati Maya yang kaku bagai ketul ais. Tangannya diletakkan di atas perut Maya dan diusap perlahan. Sengaja dia ingin mengusik wanita itu. Suka dia melihat wajah yang berubah merah itu.

“ Errr.....” kaku Maya dengan tindakan berani mati Megat Andrian itu. Bukannya dia tidak rela, tetapi....

“ Eh? Kau ni pregnant berapa bulan?” tangannya masih melekap kemas di perut Maya yang sedikit membukit itu.

“ Three months....” jawab Maya perlahan.

“ Tiga bulan?! Besarnya perut kau! Kau makan apa ni? Entah – entah kau melahap belakang aku tak?” serkap Megat Andrian.

Dania yang menjadi pemerhati sedari tadi hanya ketawa. Wajah masam sahabat baiknya itu dikerling sekilas.

“ Weh... Maya, kau jangan buat muka masam macam tu. Nanti masam jugaklah muka baby kau!” usik Dania.

“ Is she okay doctor? Peliknya pregnancy dia....” gumam Megat Andrian.

“ Hmm.... nanti kita tengok. Most probably bukan baby yang ada dekat dalam tu....” belum lagi Dania menghabiskan ayatnya, dia telah disampuk oleh Megat Andrian yang masih dilanda kemusykilan itu.

“ What do you mean? Bukan baby? Maksudnya alien ke?” akhirnya soalan bodoh itu juga terpacul dari mulutnya itu.

Nampak sahaja macam orang bijak, tapi hampeh betul la Andrian ni!

“ Ha... ha... bukan alien. Tapi babies....” mata Maya terus membulat mendengar kata – kata Dania itu.

“ Maksud kau, twins? Tapi macam mana kau tahu? Bukannya akan nampak pun waktu ultrasound. Ye la, aku ni kan masih kat early stage pregnancy?”

“ Hmm.... betul. Tapi berdasarkan pengalaman aku, biasanya twins atau more than one baby pregnancy ni akan menunjukkan saiz perut yang lebih..... kembung! Dalam kes kau ni, aku tak tahu sangat la. Kalau twins, mesti kau seronok kan?” ceria sahaja nada suara Dania pada ketika ini.

“ He.. he... mestilah!” kata Maya.

“ Hebatnya aku! Mesti babies tu nanti cute macam aku kan?” sampuk Megat Andrian tiba-tiba.

Maya dan Dania tercengang mendengar kenyataan Megat Andrian itu. Mereka berpandangan seketika sebelum mengalihkan mata ke arah Megat Andrian.

' Eh... ini Andrian yang mereng atau Andrian yang waras? Setahu aku, Andrian yang mereng yang masuk dalam bilik aku tadi. Hisy.... musykil...musykil....' bisik Dania dalam hati dengan rasa tidak percaya.

“ Korang memang tak pernah tengok laki hensem ke? Oh... patutla. Hmm... aku tahula aku hensem kan, so....”

“ Err.... we start now?” soal Dania kerana tidak sanggup lagi mendengar ayat 'syok sendiri' yang keluar dari mulut suami kawan baiknya itu.

Aku tahula dia tu hensem, tak payahla buat kenyataan macam tu! Bikin aku jealous dengan kawan aku aje. Buang karan betul!

Sedikit gel disapu pada permukaan perut Maya yang terdedah itu. Scanner di tangan dilekapkan pada permukaan perut Maya itu. Mata Dania tekun memandang skrin di hadapannya itu.

“ Haa.... Andrian, Maya.... korang tengok tompok warna hitam ni. Ni la baby korang. Sekarang memang tak berapa jelas. Lepas enam bulan pregnant baru akan nampak jelas berapa baby yang ada dekat dalam tu. Kalau sorang aje maksudnya baby korang ni tembam la...” Dania menunjuk ke arah skrin yang menunjukkan gambar berwarna hitam putih itu.

Tersentuh hati lelaki Megat Andrian melihat tompok yang berwarna putih itu. Iyalah.... siapa yang tidak tersentuh melihat anak sendiri buat pertama kali?

Anak sendiri? Bisik hati Megat Andrian.

Maya hanya tersenyum manis.

Megat Andrian terpaku melihat senyuman manis isterinya itu. Kenapalah aku kena hilang ingatan? Aku.... tak tahu apa – apa, aku... tak ingat apa – apa! Siapa Ria tu? Kekasih aku ke? Kalau aku ada kekasih, kenapa pulak aku kahwin dengan Maya? Arghhh...... berat sungguh ujianMu ya Allah!

“ Anak aku.....” gumam Megat Andrian perlahan.

Maya yang seperti terdengar sesuatu, terus menoleh ke arah Megat Andrian yang matanya sudah berkaca – kaca.

“ Abang... okey ke?” lengan suaminya itu dipegang lembut.

Megat Andrian tersentak dengan sentuhan Maya. Air mata yang hampir menitis diseka laju. Lelaki maco, mana boleh menangis....

“ Kau.... err.... aku tunggu luar. Kau datang.” dia terus bangun dan ingin menuju keluar. Lengannya dipaut manja oleh Maya.

“ Abang.....”

“ Kau satu hari tak menyusahkan aku boleh tak? Aku kata aku tunggu luar, kau ikut ajelah!” bentaknya keras. Megat Andrian seperti baru sedar bahawa dia tidak berdua dengan Maya ketika ini. Dania sedang memandangnya dengan terkejut.

Megat Andrian mendengus kasar sebelum keluar.

Dania mengusap lengan tangan Maya. Mata kawan baiknya itu dilihat sedikit berair. Barangkali terkejut.

“ Mangkuk ayun tingkat lima puluh betullah laki kau ni!” marah Dania. Maya masih tidak menunjukkan sebarang reaksi. Kasihan pula dia melihat Maya pada ketika ini.

“ Kau kena sabar Maya. Aku tahu banyak mana mamat tu sayangkan kau. Cuma mungkin dia keliru dengan hidup dia sendiri. Kau kena faham Maya, dugaan dia tu berat. So... aku cuma boleh suruh kau tolong ringankan dugaan yang dia hadapi itu, okey?” soal Dania lembut sambil mengusap kepala Maya yang berbalut Pashmina itu.

Maya hanya mengangguk, mengiakan kata-kata Dania itu.

“ Ingat Maya, kalau Allah bagi satu kesusahan pada hambanya, maka Dia akan memberi dua kesenangan kelak. Sebagai hambaNya, kita kena bersabar...”

Kata – kata semangat Dania itu begitu meresap ke sanubarinya. Maya pasti, sinar kebahagiaan pasti akan hadir dalam hidupnya. Cuma masa sahaja yang menetukannya.

2 comments:

surat layang untukku:-)