My Cute Buddies!

Tuesday, 17 December 2013

AKU MAAFKAN DIA...


Aryssa Ellyna memangku kepalanya yang terasa berat. Ahh..... Rambutnya ditarik kasar. Kejadian hitam sebentar tadi menjengah kepalanya.

“ Sayang.....” panggil Damien lembut di telinga kekasih hatinya dengan suara buaya karat diiktiraf itu. Dia tahu wanita di hadapannya ini sedang hanyut dek belaiannya yang lembut itu.

Rambut beralun Aryssa itu diciumnya berkali – kali. Aryssa yang sudah cair itu tidak mampu menolak belaian penuh kasih lelaki kacukan Cina-Amerika di hadapannya ini.

“Hmmm?” bergetar suaranya pada ketika itu. Dia tahu, apa yang dilakukan olehnya sekarang ini salah. Dia tahu itu. Bagaikan tersedar dari mimpi,lantas dia cuba melepaskan diri dari rangkulan erat Damien Wong itu.

“ Damien.... I.... I …. ke.... kena pergi sekarang. Dah lambat. Mama dengan papa tengah tunggu I. Please.....”

Damien mula bertindak kasar. Dengan sekuat hati dia menarik tangan Aryssa dan merebahkan tubuh genit wanita itu di atas katil. Jangan ingat kau boleh lari Aryssa! You're mine tonight!

“ You kata you sayangkan I kan? So, I nak you buktikan kasih sayang you tu sekarang!” Damien mula membuka bajunya. Terserlah tubuhnya yang sasa itu. Aryssa sudah mengalirkan air matanya dek rasa takut yang kian mengusai dirinya.

“ Damien..... tolonglah..... I takut ni....” Aryssa mula menyesal akan tindakannya untuk mengikuti lelaki ini ke bilik hotel kononnya hendak berjumpa dengan klien. Kepala hotak kau nak jumpa klien!

“ Huh! Nak takut apanya? Alaa.... bukannya you tak nak kan? I tau,you memang dah lama nak tidur dengan I kan.....”

“ Puihh!! Jahanam kau Damien! Jantan sial! Lepaskan akulah!!!”

Aryssa menolak sekuat hati tubuh sasa Damien yang mula menindih tubuhnya. Manalah kudrat seorang wanita mampu melawan kudrat lelaki yang bagaikan dirasuk itu.

Damien menampar kuat pipi gebu Aryssa. Matanya mencerlung memandang ke arah wanita itu. Ahh... dia tidak kira! Apa yang dia nak, kena dapatkan jugak malam ni! Dah sebulan aku tunggu,takkan nak tunggu lagi?!

“Kau diam! Kau ingat aku heran ke dengan air mata kau tu?! Jeritlah! Tak ada siapa pun yang akan dengar!”

Damien mula menggila di seluruh tubuh Aryssa yang tanpa seurat benang itu. Jeritan wanita itu langsung tidak dihiraukannya. Dia tidak kira! Taruhan yang dibuat bersama rakannya itu harus dilaksanakan.

“ Kau kena tidur dengan seorang perempuan yang masih dara and hmm..... i'll give you RM100,000!”


Damien ketawa jahat di dalam hati. Dia tahu Aryssa masih dara. Buktinya ialah pada pertama kali bertemu dengan Aryssa, wanita itu langsung tidak membenarkannya menyentuh tangannya. Sedikit demi sedikit ilmu playboynya digunakan bagi mencairkan hati wanita itu. Akhirnya dia berjaya! Berjaya mendapatkan mahkota Aryssa Ellyna Dato' Azwan!

“ Allah.....” itu kata – kata terakhir yang terbit dari bibir Aryssa. Akhirnya dunianya menjadi gelap dan hanya pasrah akan nasib yang menimpanya.

“ Arghhh!!!! Kau memang jantan tak guna Damien!!! Aku benci kau!!!” jeritan Aryssa bergema dalam biliknya. Gambar lelaki itu yang sedang tersenyum itu dikoyak-koyakkan dan dihempaskan ke lantai. Nasib baik Dato' Azwan dan Datin Marina keluar untuk menghadiri kenduri saudara maranya itu. Kalau tak, memang sampai ke Afrika kedengaran suara Aryssa yang bagaikan King Kong mengamuk itu.

Air matanya tidak henti-henti mengalir sedari tadi. Dia tiada sesiapa pun hendak diberitahu tentang kejadian yang menimpanya ini. Sudahlah lelaki itu meninggalkannya keseorangan dalam bilik dan hilang tanpa jejak. Memang dasar pengecut!

Aryssa tahu memang salahnya juga kerana terlalu mempercayai lelaki itu. Sekarang apa yang dia ada? Mahkotanya yang paling berharga itu sudahpun diragut oleh lelaki yang sangat dicintainya itu. Masih segar lagi di ingatannya kata-kata lelaki itu yang berjaya menawan hatinya.

“ Aryssa.... mungkin kita berbeza agama. Tapi..... kita kan berkongsi rasa cinta yang sama? Apalah sangat kalau kena ucapkan err... apa itu ahh......” Damien mengerutkan dahinya kerana tidak mampu mengingati ayat yang perlu dilafazkan untuk memeluk Islam. Itulah yang dikatakan oleh kebanyakan kawan Melayunya.

“ Dua kalimah syahadah?” soal Aryssa seraya membiarkan sebelah tangannya di dalam genggaman Damien. Rambut Damien yang sedikit mencecah ke dahi itu disekanya perlahan. Suka benar dia melihat mata coklat gelap yang sedikit sepet milik Damien itu. Betul – betul menggoda.

“ Yes! That one la. Nanti bila kita kahwin nanti, I masuk Islam tapi I nak mintak sangat dengan you, I nak kekal dengan gaya hidup I sekarang. Tak salahkan? I tengok ramai kawan I yang macam tu. Rileks aje diorang. Kita kahwin ye sayang? I betul-betul sayangkan you....”

“ Aku memang bodoh!!!” tidak semena-mena handphone iPhone 5s pemberian Damien hancur berkecai dibaling Aryssa ke dinding. Hamek kau jantan tak guna! Bentak hati Aryssa masih tidak puas hati.

<<<<<>>>>>

Ayam goreng berempah di hadapannya kini hanya dipandang sepi. Sedari tadi Aryssa hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggannya. Dato' Azwan dan Datin Marina semakin bingung dengan perubahan sikap anak tunggalnya ini sejak sebulan lalu. Cakap pun tak nak,makan pun tak nak. Memerap dalam bilik aje memanjang. Tak tahulah masalah dunia apa yang dia ni tengah fikirkan.

Dato' Azwan berdehem. Berdehem lagi. Berdehem lebih kuat lagi. Nasibnya tidak baik apabila dia tersedak kerana berdehem terlalu kuat. Perhatian anaknya itu langsung tidak beralih kepadanya. Datin Marina menepuk lembut belakang suaminya itu. Dia tahu, ada hal penting yang harus dibincangkan dengan anak mereka yang berperangai tidak ubah seperti mayat hidup sahaja.

Aryssa masih lagi dengan 'aktiviti'nya iaitu menguis nasi di pinggan. Macamlah dengan buat macam tu dia boleh kenyang.

“ Aryssa sayang......” panggil Datin Marina lembut sambil memegang tangan anaknya. Sebagai ibu, dia dapat merasakan sesuatu telah berlaku kepada anaknya. Kalau tidak masakan anaknya yang happy go lucky itu boleh berubah dalam sekelip mata.

Mata Aryssa bulat memandang wajah ibu kesayangan. Tidak sanggup dia memandang wajah penuh pengharapan itu sedangkan dia tahu, jika hal 'itu' sampai ke pengetahuan orang tuanya,pastinya mereka akan berasa cukup kecewa dengannya.

“ Ya mama?”

“ Aryssa okey ke sayang? Mama bukannya apa, mama tengok anak mama yang cantik ni dah tak cun sejak sebulan ni la....” Datin Marina cuba bergurau. Malangnya Aryssa hanya membalas gurauannya dengan senyuman yang hambar sahaja. Ala.... lawak kedai kopi aku tak menjadi la pulak! Gumam Datin Marina.

Dato' Azwan yang melihat pula diam tidak berkutik. Biasanya Aryssa ini akan gelak sampai tak hingat dunia walaupun benda itu tidaklah kelakar manapun. Tapi sekarang.....

“ Alaa mama ni. Jangan risau la. Anak mama yang cun lagi meletop ni okey ajelah. Cuma.... banyak sangat kerja ofis yang Aryssa kena buat sekarang. Itu aje....” maafkan Aryssa mama sebab tipu mama. Aryssa tak banyak kerja ofis pun,masalah aje yang banyak. Macam ada benda aje mama dengan papa aku ni nak bagitau. Apa pulak kali ni? Aduss.....

“ Kalau macam tu, papa ada benda nak bagitau Aryssa ni. Hmm.... ingat lagi tak bussiness partner papa yang pernah datang rumah kita hari tu? Tan Sri Robert Cheah?” Dato' Azwan memulakan bicaranya. Serba salah dia hendak menyuarakan hasrat rakan perniagaannya itu.

Aryssa mengerutkan dahi tanda berfikir. Hmm.... dah ingat! Uncle Robert! Kenapa pulak papa tanya pasal dia? Eh.... manalah aku nak tahu, papa tak bagitau pun lagi!

“ Ingat. Kenapa dengan dia papa?”

“ Dia nak melamar Aryssa......”

“ What?!!! Tak nak! Tak nak! Tak nak! Eee..... papa..... uncle Robert tu tiga kali ganda umur Aryssa tau? Cuba papa fikirkan,apa pulak kata orang nanti? Lagipun Aryssa.....” cepat-cepat Aryssa menekup mulutnya apabila mulutnya itu gatal sahaja hendak mengatakan tentang dirinya yang sudah tidak suci itu.

“ Hesy....bukan itu la. Takkan la papa nak suruh Aryssa kahwin dengan uncle Robert tu? Memang tidaklah! Uncle Robert tu nak kahwinkan anak sulung dia dengan Aryssa. Dia dah berkenan sangat dengan anak papa yang comel ni. Kalau Aryssa tak nak.... papa tak paksa. Cuma papa kesiankan Uncle Robert tu yang dah berharap sangat pada papa ni...”

Aryssa diam sejenak untuk berfikir. Mamat mana pulak nak kahwin dengan dia? Mahukah dia berkahwin dengannya sekiranya lelaki itu tahu tentang dirinya yang bukan gadis lagi? Nak kahwin tu memang nak..... tapi......

Aryssa menggaru – garu kepalanya yang sudah sedia gatal itu. Memang kena sungguh dengan situasi yang membingungkan itu!

“ Papa.... Uncle Robert tu bukan Cina ke? Tak silap Aryssa, isteri dia tu mat saleh kan?” Aryssa mengerutkan dahinya yang licin itu. Sah! Aku memang gila kalau tak tanya soalan ni!

Dato' Azwan tersenyum melihat anaknya. Dia tahu soalan itu pasti akan ditanya oleh Aryssa.

“ Anak dia yang sulung tu dah masuk Islam. Lima tahun yang lepas. Uncle Robert dengan wife dia tu masih kekal la dengan agama asal diorang. Diorang ni jenis yang open minded. Dah ditakdirkan anak dia tu mendapat hidayah Allah. So... why not? Siapa kita untuk mempertikaikan benda tu kan?” lembut Dato' Azwan bertutur kepada anaknya. Wajahnya penuh dengan harapan. Harapan agar anaknya ini tidak akan menolak lamaran daripada sahabatnya itu.

“ Handsome dan baik budaknya Aryssa sayang.... mama pun dah berkenan sangat dengan dia. Terima la sayang,hmm?” Datin Marina mengusap lembut tangan anaknya. Wajah Aryssa kosong tanpa sebarang reaksi. Lepas satu masalah, satu lagi datang. Aku ni dah jatuh tangga, bergolek atas papan berpaku lagi!

“ Mama, papa.... Aryssa nak naik dululah. Dah kenyang. Hmm.... Aryssa perlukan masa untuk berfikir. Err.... papa ada tak nombor budak hencem tu?” sempat lagi dia bertanya tentang perihal lelaki itu.

Dato' Azwan tersenyum. Hendak ketawa pun ada. Sangkanya, Aryssa ini malu tapi mahu! ah... biarlah! Perempuan kan macam tu...

“ Nanti papa mesejkan nombor Danish okey? Err.... nama dia Danish.” Aryssa mengangguk lemah dan mengorak langkah ke biliknya. Hendak mengecewakan kedua orang tuanya, tegarkah dia? Atau.... hendak membuka aib dirinya sendiri kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu? Sekali lagi,satu keluhan yang berat dilepaskan.

Comel jugak nama dia. Macam nama biskut favourite aku aje!

<<<<<>>>>>

Aryssa memandang skrin telefonnya dengan perasaan berbelah bagi. Nak telefon ke tak nak? Nak tak nak? Hesy.... ah! Lantaklah dia nak fikir apa pun pasal aku, yang penting, aku dah warning awal-awal dekat dia!

Troot.... troot.....

Dengan hanya dua deringan, telefon itu dijawab.

“ Assalamualaikum...” sapa satu suara di hujung talian dengan suara yang macho plus gagah perkasa itu.

Jantung Aryssa sudah berdegup kencang dek mendengar suara macho lelaki itu. Apa la kau ni Aryssa, baru dengar suara kau dah menggelabah, kalau dia ada depan kau mahu kau pengsan nanti!

“ Ehem....waalaikumsalam. Ini Danish ke? Err.... saya Aryssa Ellyna Dato' Azwan. You are supposed to....”

“ Oh... I know! Yes, anything that I can do to help you?”

“ Umm.... I nak... nak.... tanya.... you ni betul ke nak kahwin dengan I? You kan tak pernah tengok muka I. Mana la tahu muka I ni macam nenek kebayan ke....” Aryssa cuba memulakan rancangannya untuk mengubah keputusan lelaki itu untuk mengahwininya. Dia bukannya apa, dia sangat malu untuk berdepan dengan lelaki itu andainya dia seorang lelaki yang baik tapi dia pula? Seorang wanita yang sudah kehilangan mahkota yang selama ini dijaganya.

“ So?” selamba Danish bertanya.

Erk! Biar betul mamat ni. Okey.... tanya lagi.

“ Kalau I ni perempuan jahat?”

“ Kalau you jadi jahat, I boleh jadi lagi jahat daripada you.”

Hesy... main-main pulak dia ni!

Danish sudah tersenyum mendengar pertanyaan Aryssa itu. Dia tahu apa yang perempuan itu inginkan daripadanya. Dia tahu itu.

“ Andai kata I ni.... kalau.... if.... sekiranya....” Aryssa tidak tahu bagaimana hendak menghabiskan ayatnya itu. Di kala itu, rasa marahnya membuak – buak terhadap Damien setan itu! Kalaulah Damien tak buat macam tu kat aku, mesti aku takde masalah ni! Jahanam kau Damien!

“ I tak mintak you translate pun...”

“ Okey! Okey! Hmm... kalau I ni err... dirogol macam mana? Maksudnya... I dah tak....” air mata hangat mula merembes keluar dari matanya. Hanya dia saja yang tahu peritnya rasa itu. Beratnya beban yang dia pikul itu, hanya dia yang rasakan.

Danish tersentak. Dia meraup-raup wajahnya itu. Sudah tahukah Aryssa tentang siapa dirinya yang sebenar itu? Pasti wanita itu tidak tahu. Kalau dia tahu, sudah tentu dia tidak akan bercakap dengannya seperti ini. Bolehkah Aryssa menerima dirinya seadanya nanti?

“ Aryssa.... walaupun you ni muka macam nenek kebayan ke, perempuan jahat ke dan sekalipun you ni dah tak ada dara, I tetap akan terima you. Sebab apa? Sebab I rasa perkahwinan ini bukan hanya untuk menghalalkan.... err... 'itu', tapi untuk menerima kelebihan dan kelemahan pasangan masing – masing. Or... dalam bahasa yang lebih mudah, cinta. Mungkin you tak kenal I, tapi percayalah, I tahu you ni perempuan yang baik.” panjang lebar Danish bertutur. Susah wo nak karang ayat macam ni!

Aryssa yang mendengar sudah menangis teresak -esak. Dia tidak sangka yang masih terdapat lelaki sebaik Danish di muka bumi ini. Danish ini memang ciptaan Allah yang cukup sempurna baginya walaupun Danish bukannya Islam ketika dilahirkan. Dia tidak kisah itu! Kalau Danish boleh menerima dirinya itu, kenapa tidak baginya?

“ Huwaa.... huwaa.....”

“ Ellyna.....”

“ Huwaa..... huwaa.....” entah mengapa, Aryssa tidak dapat hentikan tangisannya yang lebih teruk daripada kanak – kanak itu. Sebak juga dia apabila mendengar Danish memanggilnya dengan nama Ellyna. Itulah nama yang selalu arwah neneknya memanggilnya.

Danish sudah menggelabah di atas katilnya. Adoyai... apalah nasibnya kerana hendak beristerikan Aryssa yang cengeng itu. Aryssa yang cengeng itu jugalah yang dicintainya sejak kali pertama melihat gadis comel itu. Aryssa tidak tahu itu!

“ Kenapa ni Ellyna? Hmm.... I ada tersalah cakap ke? Janganlah nangis.... pergilah tidur okey. Lagipun dah lewat ni. Fikir masak-masak dulu. I tak paksa you terima I okey? Dah... dah...” lembut dan macho suara Danish memujuk.

Aryssa semakin cair dengan lelaki yang sedang bercakap dengannya kini. Danish yang baik.... Danish yang macho..... Danish yang handsome.... Hoi Aryssa! Macam mana kau tahu Danish tu handsome? Alaaa.... dengar suara dia pun dah tahu dia hensem. Lagipun dia ni kan mix blood mat saleh dengan cina, mesti handsome punya!

Layakkah Aryssa untuk lelaki sesempurna Danish itu? Tapikan Danish dah cakap yang dia akan terima Aryssa seadanya? Satu keluhan berat dilepaskan oleh Aryssa seraya bibirnya mengukir satu senyuman manis. Masa untuk membuat keputusan. Ya, keputusan yang akan mengubah hidupnya selamanya!

“ I terima you. Assalamualaikum.” gagang telefonnya diletakkan.

Danish tersenyum. Alhamdulillah....

<<<<<>>>>>

Dada Aryssa sudah berdegup kencang menunggu akad dilafazkan oleh Danish. Dato' Azwan dan Datin Marina tidak lekang dengan senyuman. Tidak kurang juga dengan besannya, Tan Sri Robert Cheah dan Puan Sri Emma.

Aryssa sudah terasa semacam apabila melihat wajah Danish yang sememangnya tampan itu. Dia tidak nafikan itu,tapi kenapa wajah ini seperti pernah dilihatnya sebelum ini? Kenapa muka Danish ni ada iras-iras......

“ Aku nikahkan dikau Danish Azfar bin Abdullah dengan Aryssa Ellyna binti Azwan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.” ucap tok kadi sambil memegang tangan Danish yang kelihatan tenang.

Danish menarik nafas panjang. Dadanya berombak kencang. Hanya pada Allah dia meminta ketenangan supaya segalanya berjalan dengan lancar.

“ Aku terima nikahnya Aryssa Ellyna binti Azwan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.” dengan sekali lafaz sahaja, Aryssa Ellyna sudah sah menjadi isterinya.

Aryssa termangu sendirian. Senyumnya tetap maintain walaupun teka teki masih bermain di benaknya. Iyelah, dia juga hendak kelihatan cantik dalam foto kenang-kenangannya nanti! Tangannya langsung tidak dilepaskan oleh Danish. Okey.... balik rumah mummy dengan daddy nanti, misi mengetahui siapa sebenarnya suaminya itu harus dilaksanakan!

<<<<<>>>>>

Aryssa melihat setiap gambar yang terpampang di rumah barunya itu. Mummy dan daddy bermalam di satu lagi rumah milik Tan Sri Robert Cheah bersama -sama saudara -mara yang lain,kononnya hendak memberi privasi kepada Aryssa dan Danish. Mudahlah bagi Aryssa untuk skodeng setiap gambar di rumah itu.

Baju pengantinnya sudah ditanggalkan sebaik sampai di rumah tadi. Hari ini memang sungguh memenatkan! Habis naik kejang wajahnya akibat terlalu banyak senyum. Senyum kerana bahagia dan bangga dapat bersuamikan lelaki sekacak Danish!

Majlis persandingan diadakan sejurus selepas tamat majlis akad nikah. Kata papa, lebih senang begitu kerana ramai saudara-mara pihak Danish datang jauh dari Amerika. Aryssa tidak kisah semua itu. Satu lagi majlis pula akan diadakan minggu hadapan di Houston,Texas, iaitu tempat kelahiran Puan Sri Emma. Memang sambutan cukup meriah kerana Aryssa ialah anak tunggal Dato' Azwan dan Datin Marina manakala Danish pula putera sulung keluarga Tan Sri Robert Cheah.

Paap! Jantung Aryssa bagaikan hendak tercabut apabila melihat wajah seseorang yang cukup dikenalinya di dalam foto keluarga Tan Sri Robert Cheah. Segala urat dan sendinya terasa lemah. Nafasnya sudah semput bagaikan dihempap batu seribu tan. Takkanlah telahan aku betul? Tak mungkin! Tak mungkin dia.....

Danish yang baru sahaja menapak ke ruang tamu rumah agam itu hanya terkaku melihat Aryssa di situ. Lututnya menggeletar. Dia tidak ingin wanita itu mengetahui kebenaran yang pahit itu. Belum sampai masanya! Macam mana pula reaksi Aryssa nanti? Nanti dia ingat aku tipu dia! Tapi aku.....

Danish berjalan perlahan menuju ke isterinya. Tangannya menyentuh lembut bahu Aryssa. Aryssa yang tersentak itu bertindak dengan menepis tangan Danish yang mendarat di bahunya. Terkejut baboon Danish dengan tindakan berani isterinya itu. Adoyai.... tak sampai dua puluh empat jam kahwin dah kena serangan macam ni. Nasib kau la Danish Azfar....

“ Apa semua ni?!” suara Aryssa bergetar menahan marah. Wajah lelaki durjana itu yang tersenyum manis di samping keluarga Danish. Satu lagi gambar pula menunjukkan lelaki itu sedang meletakkan tangannya di keliling bahu Danish. Apakah makna semua gambar ini?!

“ El.... I can explain...”

“ Then explain it to me now because I feel like a total dimwit! You tahukan apa yang jadi pada I? Selama ni you tahu tapi you pura-pura tak tahu! Ni siapa?! Damien tak guna ni siapa?!” nafasnya turun naik menahan marah. Marahnya terhadap Damien Wong!

“ Dia adik I.....”

“ Adik you.... bodohnya I ni! Muka kau orang sama! Tapi malangnya I kan 'bijak' sangat untuk tak tengok wajah you sampai hari perkahwinan kita dan pada saat-saat akhir itulah baru I sedar yang muka you sememangnya ada iras lelaki tak guna tu!” air matanya merembes tanpa dapat ditahan – tahan lagi.

“ I memang nak bagitau you.... tapi...”

“ Tapi apa?!” sekali lagi Aryssa menyampuk. Dia tahu berdosa meninggikan suara terhadap suami yang baru dikahwininya. Namun itu tidak bermakna dia boleh tidak hormat akan lelaki itu. Suami tetap suami. Seorang isteri itu wajib mentaati suaminya selagi tidak bercanggah dengan syariat. Tapi Aryssa sudah cukup terluka.... terluka dengan perbuatan dua beradik ini!

Hesy.... suka menyampuk betullah bini aku ni! Susah la kalau macam ni. Desis Danish dalam hati.

“ I cuma tak nak you lebih terluka sebab dia tu adik I. Damien tu darah daging I El, seburuk mana pun dia, dia tetap adik I. Sebagai abang.....”

Aryssa meletakkan jari telunjuknya di bibir merah Danish. Mata Danish yang bulat itu terkebil-kebil memandang isterinya itu.

“ Sebagai abang, you kena bertanggungjawab atas adik you yang bengong tu kan?! You tak rasa ke I lebih terluka kalau korang rahsiakan benda ni daripada I? Mummy dengan daddy tahu tak?” Aryssa merenung Danish dengan tajam.

“ Tahu.... selain diorang, tak ada sesiapa pun yang tahu.”

Aryssa melepaskan keluhan yang berat. Terasa dirinya begitu mudah diperbodohkan. Aryssa beristighfar beberapa kali. Nafasnya yang turun naik cuba ditenangkan. Dia tidak harus melibatkan mummy dan daddy dalam masalah ini. Masalah yang wujud kerana Damien dan penipuan yang dilakukan oleh lelaki yang sangat dipercayainya. Betul ke Danish tu menipu? Mendiamkan diri tu kira menipu jugaklah!

“ I nak tidur. Mengantuk.” ringkas sahaja jawapan Aryssa. Terlalu banyak untuk dia berfikir pada ketika ini. Pasti ada sebab semua ini berlaku terhadapnya. Dia tidak akan sama sekali menyalahkan takdir yang Allah tetapkan untuknya. Biarlah masa mengubati lara di hati seorang wanita yang bernama Aryssa Ellyna ini.... jiwangnya kau Aryssa!

Danish kasihan melihat wanita itu. Danish mengejar isterinya lalu memeluk Aryssa dari belakang. Dia ingin menenangkan Aryssa. Aryssa pun tidak menolak. Hanya membiarkan pelukan Danish yang semakin erat di pinggangnya.

“ I'm sorry.... I tak berniat nak....” Danish berbisik rapat di telinga Aryssa. Meremang bulu tengkuk Aryssa mendengar suara garau itu rapat di telinganya.

“ Kita cakap lain kali boleh tak? I dah penat ni. Penat dengan semua.....” Aryssa tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana mungkin akan mengguris hati suaminya pula.

Aryssa melepaskan dirinya daripada pelukan Danish. Terus – terang dia merasakan bahawa dia cukup selesa berada dalam pelukan Danish. Nasib baik dia tidak tertidur. Punyalah selesa kena peluk dengan lengan sasa seperti itu membuatkan dia hampir-hampir sahaja memejamkan matanya. Nasib baik aku sedar, kalau tak, mahu malu tujuh keturunan Dato' Azwan nanti!

Danish memandang sepi tubuh Aryssa yang beransur-ansur pudar dari pandangan matanya. Sebenarnya ada perkara lagi yang hendak diberitahu kepada isterinya itu. Memandangkan keadaan wanita itu yang tidak berapa stabil, dia hanya mampu mendiamkan diri. Satu perkhabaran yang mungkin mengejutkan Aryssa sekali lagi. Arghhh.... kenapa perlu dia berada dalam posisi yang begitu sukar ini?

<<<<<>>>>>

Sebulan berlalu. Hubungan mereka masih seperti biasa,hanya sekadar kawan sahaja. Aryssa masih tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada Danish. Dirinya masih lagi waras untuk mengetahui bahawa Danish mahupun mummy dan daddy tidak bersalah dalam hal ini. Yang bersalahnya adalah Damien. Hanya Damien yang jahanam itu!

Kelibat Damien langsung tidak dilihat olehnya sejak sebulan ini. Entah ke mana hilangnya lelaki itu. Dasar pengecut yang suka lari dari masalah! Pernah terdetik di hatinya untuk menanyakan kepada Danish tentang 'adik kesayangan' suaminya itu, namun kemusykilannya dibiarkan begitu sahaja memandangkan mummy dan daddy tidak pernah bercakap tentang lelaki itu di hadapannya. Barangkali hendak menjaga hatinya daripada terluka.

Aryssa menggeliat kecil. Keadaan bilik yang suram dan hanya disinari lampu tidur itu menyukarkannya untuk melihat waktu pada ketika itu. Jam digital di sisi katil dipandang.

Hmm.... dah pukul sembilan pagi?! Ya Allah, aku dah terlajak tidur! Kenapa dia tak kejutkan aku? Takkan alarm bunyi pun dia tak dengar. Kalau aku tu lain ceritalah.. Getus Aryssa dalam hati kerana hairan Danish tidak mengejutkannya.

Dipandangnya Danish yang masih enak diulit mimpi tidak berbaju itu. Lelaki itu lebih senang tidur tanpa bajunya. Katanya panaslah,hangatlah,inilah, itulah! Cerewet betul! Tubuh sasa Danish yang elok terbentuk dengan six packsnya itu betul – betul menggugat keimanan Aryssa. Hesy... memang sengaja betul Danish ni!

“ Tak bangun lagi ke dia ni? Tak solat ke? Eh...kalau tak bangun tu memang tak solat la tu!” gumam Aryssa perlahan.

Pada hari kebiasaannya, Danish lah yang akan mengejutkan Aryssa yang tidur mati bagaikan mak badak itu. Lelaki itu takkan tidur selepas solat subuh. Biasanya dia akan membaca al-Quran mahupun menyiapkan kerja pejabat yang tertangguh. Aryssa? Usah cakaplah perempuan itu! Tidur aje kerjanya!

Aryssa mencuit-cuit bahu terdedah Danish yang agak sejuk itu. Kasihan pula dia melihat Danish yang kelihatan letih itu. Mungkin sebab tu kot dia tak bangun-bangun lagi sampai sekarang!

“ Danish.... ohh... Danish.... bangunlah! Tak pergi ofis ke? Mentang-mentanglah ofis bapak kau yang punya,kau buat sesuka hati kau aje eh??” Aryssa memperlahankan suaranya pada ayat terakhirnya itu,kerana tidak mahu ayat itu didengari Danish. Kalau tak,masaklah dia! Aryssa oiii.... macam lah Danish tu pernah marah kau!

Bahu Danish digerakkan dengan lebih kuat. Masih tiada respons. Aryssa semakin risau dengan suaminya itu. Pengsan ke dia? Pergelangan tangan Danish diraba. Ada nadi!

“ Danish.... janganlah buat I risau.... bangun lah... kenapa dengan you ni?”

Takkanlah letih sangat sampai tidur macam ni sekali? Aku tidur mati pun tak adalah sampai macam ni. Wait... wait...! Danish kan semalam tengah duduk sorang-sorang dekat bangku kat luar tu tengah malam tadi? Entah- entah......

Aryssa menelan air liur yang terasa pahit. Perkara yang sedang bermain di benaknya sangat menakutkan. Entah-entah Danish itu telah disampuk?!

Tanpa berfikir panjang, Aryssa berlari ke bilik air dan mengisi sebuah baldi kecil dengan air. Dibacanya surah Yasin lalu dihembuskan kepada air itu. Dengan lafaz Bismillah....

BUSHHHH!!!!

“ Arghhh!!!!” jerit Danish akibat rasa terkejut yang amat. Terkebil – kebil mata perangnya memandang Aryssa yang menyembunyikan wajahnya di sebalik baldi itu. Tubuhnya yang terdedah itu sedikit menggigil akibat rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang.

“ Wahai makhluk Allah...jann...jangan lah apa-apakan suami... saya yang hensem ni. Keluar la engkau!” suara Aryssa naik seoktaf tanpa memandang wajah Danish yang kebingungan itu. Tanpa dia sedari, dia telah memuji Danish handsome!

“ What?!” balas Danish.

“ Eh... speaking omputih pulak hantu ni! Er....”

“ Are you okay El?” soal Danish dengan dahi yang berkerut. Sudah gilakah isterinya itu? Nak kata meroyan,tidak boleh jugak! Aryssa bukannya mak budak untuk meroyan seperti ini!

“ You.... kenapa..... apa....” Aryssa menggaru-garu keningnya.

“ Kenapa you simbah air ni atas I? You marah kat I ke? Sampaikan you tak boleh nak sebut nama I pun...” sindir Danish tajam tatkala menatap mata bundar isterinya.

“ Danish.... I... I... bukan ke you.....”

“ I apa?”

“ Kena sampuk dengan hantu......”perlahan sahaja ayat itu keluar dari bibir Aryssa. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu!

Danish yang hendak ketawa itu menahan tawanya. Ada ke patut ingat suami sendiri kena sampuk? Dah buang tabiat ke apa minah ni?

“ Apa yang membuatkan you cakap macam tu?” soal Danish yang cuba berlagak serius. Padahal dalam hatinya sudah ketawa berdekah-dekah. Langsung tidak terbit perasaan marah kerana baru sahaja disimbah air oleh Aryssa.

Aryssa yang melihat perubahan riak Danish sudah kecut perut. Mak aiii.... seriusnya muka! Nasib baiklah handsome, kalau tak, memang sampai ke rumah mama aku lari!

“ You tak nak bangun bila I kejutkan you tadi....”

“ So?”

“ Bila I kejutkan you errr... dengan lebih kasar,you masih tak bangun...”

“ Maybe I penat. Lagipun, why is it so urgent for you to wake me up?”

“ Nanti you lambat pergi ofis...eh,memang dah lambat pun! lagipun,tak elok tidur masa matahari dah tegak..” jawab Aryssa dengan wajah bagaikan udang kena bakar tanpa memandang wajah tampan Danish yang sedang merenungnya.

“ Matahari tegak? You tengok sekarang pukul berapa? Hmm? Cuba bukak langsir tu sayang.... tengok matahari dah tegak ke belum?”

Danish menunjukkan jam digital itu kepada Aryssa. Membulat mata Aryssa melihat waktu yang tertera pada jam itu adalah enam sepuluh minit pagi! Matanya digosok-gosokkan beberapa kali. Memang baru pukul enam! Habis tadi tu...

“ Tadi I tengok pukul sembilan! Betul....”

“ Sayang.... cuba selak langsir tu. Hmm?” arah Danish lembut. Kasihan pula dia melihat wajah Aryssa yang merah itu. Comel sangat! Nasib baik dia masih boleh mengawal nafsu, kalau tidak, memang dah lama kena ngap!

Aryssa menyelak langsir putih yang menutupi tingkap besar bilik mereka. Gelap. Lagsung tiada cahaya. Aryssa baru sedar bahawa dia melihat jam digital itu terbalik. Patutlah waktu yang sepatutnya pukul enam pagi bertukar menjadi sembilan pagi! Malunya!

Aryssa hanya tersengih bak kerang wangi. Tidak tahu hendak menunjukkan reaksi yang entah apa-apa kepada Danish yang tersenyum menggoda. Tersenyum menggoda? Hmm... siaplah kau Aryssa! Siapa suruh kau simbah air kat dia?

Danish berjalan perlahan kepada Aryssa. Kedua tangannya mencengkam lembut bahu Aryssa. Sengaja dia buat begitu kerana dia sememangnya penat selama sebulan ini. Penat kerana tidak boleh menjadi dirinya yang sebenar. Dirinya sebenar yang nakal. Kalau Damien itu romantik,Danish pula nakal!

Dahinya dilekapkan ke dahi Aryssa yang licin. Jantung kedua-duanya sudah memainkan irama konsert rock kapak. Segala lutut dan sendi Aryssa sudah bergetar dengan tindakan berani mati Danish itu. Mata Aryssa galak merenung mata Danish. Baru Aryssa perasan bahawa mata Danish itu perangnya lebih terang daripada adiknya yang agak gelap itu. Cantik sangat mata dia! Tidak sepet pun seperti adiknya itu.

Danish berhenti di saat bibirnya hampir menyentuh bibir Aryssa. Suka dia melihat Aryssa yang sudah tidak keruan itu.

“ Kalau I kena sampuk,dah lama I kiss you. Sebab.... hantu tu tergoda dengan kecantikan you. You sangat cute bila kelam kabut macam ni. Cuma kalau boleh,lain kali tu janganlah sampai simbah air okey? Sejuk la. Jom,kita solat jemaah...” cubit lembut Danish di pipi gebu Aryssa sebelum menapak ke bilik air.

Dalam diam, Aryssa tersenyum senang.

<<<<<>>>>>

Aryssa terbatuk-batuk apabila menghirup udara berhabuk itu. Hari ini dia terlebih rajin untuk membersihkan bilik bacaan suaminya itu yang bersambung dengan kamar tidur mereka. Daripada aku duduk sahaja,baik aku kemaskan bilik besar bebenor ni! Nasib baik hari ni aku tak payah masuk ofis,cuti!

Danish sudah ke pejabat awal pagi lagi. Danish memang begitu, tidak suka kelam kabut ke tempat kerjanya walaupun itu adalah syarikat keluarganya. Aryssa semakin hari semakin kagum dengan sifat baik Danish yang terbongkar satu demi satu sepanjang tempoh menjadi isteri kepada lelaki kacak itu. Tidak seperti adiknya yang masih belum kelihatan batang hidungnya sejak tiga bulan Aryssa berkahwin dengan Danish! Ada Aryssa kisah tentang lelaki itu? No way!

“ Dari situ ku sedari,mungkinkah saat nanti... cinta kita berdua bisa ku miliki.....” Aryssa bernyanyi-nyanyi dengan suaranya yang tidak berapa sedap itu sambil tangannya sibuk melibas-libas habuk di rak di atas kepalanya dengan bulu ayam.

Sedang dia asyik dengan nyanyiannya itu, tiba-tiba sebuah buku berwarna hitam dan kelihatan agak lama jatuh terhempap di atas kepalanya.

“ Aduh.... kurang asam jawa,asam gelugor, asam segala asam betul buku ni! Eh! Buku apa ni ek? Kenapa pulak boleh ada dekat atas tu? Mesti Danish yang punya! Kalau tak,takkan la tulis nama dia?” bebel Aryssa seorang diri sambil menggosok-gosok kepalanya yang terasa sedikit sengal itu.

Di muka pertama buku itu,tertulis sesuatu dalam bahasa Cina. Ye la kan, Danish ni kan ada campuran Cina?

Ohh.... diari rupanya! Macam perempuan la Danish ni sampai ada diari bagai... aku pun tak ada tau! Hehe.... idea muncul! Nak baca ke tak? Baca? Tak baca? Kalau baca,takut Danish marah! Kalau tak baca, tak lenalah tidur aku nanti!

“ Hmmm..... sebagai isteri Danish Azfar,sememangnya aku layak untuk baca! Lagipun, Danish ni laki aku, bukannya skandal aku pun! Bismillahirrahmanirahim....” dengan bacaan bismillah, Aryssa mula membaca satu persatu coretan dalam diari milik suaminya itu. Ada yang kelakar, ada yang sedih dan ada jugak yang merepek entah apa-apa!

Jantung Aryssa berdetak tidak menentu saat melihat namanya tercoret kemas dalam salah satu catatan diari itu. Dia mula membaca dengan teliti, bimbang sekiranya Danish mengutuknya dalam diam!

27 November 2005

Hari ni aku nampak sorang awek cun! Bukan awek la, lebih kepada.... aku tak tahu la. Aku tak tahu kenapa jantung aku ni macam nak terkeluar tengok muka dia yang begitu polos. Aku rasa dia ni Melayu. Aku amat pasti yang dia ni baru habis SPM, itulah sebab dia dengan kawan-kawan dia melepak dekat dalam pub ni, masih dalam pakaian sekolah dengan mulut tak henti2 menjeritYei! Yei! SPM dah habis! Kita merdeka! Whoo!!!. Comel sangat la dia ni,entah dah berpunya ke tidak!

Nama dia Aryssa Ellyna. Aku dengar kawan dia menjerit nama dia bila dia main baling-baling handphone diorang. Nakal dan comel betul! Sebiji macam budak2. Aku tak berani nak tackle dia... takut dengan aku sekali kena baling!

Aryssa tersentak. Rupanya Danish ini sudah lama mengenalinya. Dia tahu tarikh itu. Tarikh dia baru sahaja selesai menduduki peperiksaan SPM. Dia dan rakan-rakannya ke pub untuk kononnya meraikan hari bersejarah itu. Seburuk- buruk dirinya pada masa silam dahulu, dia tidak pernah meneguk air kencing syaitan. Mereka masuk ke pub pun hanya untuk berseronok,itu sahaja. Memang remaja di bawah umur tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam pub, lebih-lebih lagi pelajar sekolah, namun bila ada duit, semua boleh jalan maa....

Aryssa meneruskan bacaannya. Entri pada kali ini yang lebih menarik perhatiannya.

5 Mei 2008

Aku rasa seperti dilahirkan semula. Aku yang dulunya hidup dalam kegelapan kini disinari cahaya Islam. Cukup damai aku rasa apabila aku melafazkan kalimah syahadah itu. Aku sungguh bersyukur kerana berpeluang membaiki hidup aku yang di ambang kegelapan sebelum ini.

Dulu aku dikenali dengan nama Danish Wong, kini nama aku Danish Azfar bin Abdullah. Alhamdulillah.... mummy dan daddy pun masih menerima aku sebagai anak mereka. Masih banyak lagi yang perlu aku pelajari tentang Islam. Dan aku sedar, semakin banyak dugaan yang perlu kutempuhi!

Ya Allah.... Aryssa terkelu sendiri membaca luahan hati Danish ketika baru memeluk Islam lima tahun yang lepas. Jantung Aryssa kembali berdegup kencang apabila matanya menangkap namanya sekali lagi dalam coretan seterusnya dalam diari itu.

19 April 2010

Ya Allah... aku benar-benar tak sangka akan bertemu dengan bidadari itu lagi. Bidadari bernama Ellyna yang pernah menggegarkan hati aku 5 tahun yang lalu. Ellyna... namanya seindah orangnya. Memang sah,aku dah jatuh cinta!

Hmm.... kuat makan jugak Ellyna ni. Dua snack plate KFC dia bantai sorang2!

Aryssa mengetap bibirnya geram. Oh... dah pandai kutuk aku yea? Baca lagi!

22 Februari 2013

Sakitnya hati bila aku tengok Damien berpegang tangan dengan Ellyna! Mereka itu pasangan kekasih ke? Kalau ya, baik aku undur diri. Demi adik aku,aku sanggup. Tapi serius ke Damien tu? Kalau Damien berani nak apa-apakan Ellyna,memang teruk aku kerjakan dia!

Kebahagiaan Ellyna adalah kebahagiaan aku juga. Andai ada jodoh di antara aku dan Ellyna, adalah tu. Kalau jodoh Ellyna adalah bersama adikku sendiri, maka aku reda dengan ketentuan-Mu Ya Allah.... :'(

Air mata sudah bergenang di tubir mata Aryssa. Ya Allah ya Tuhanku, Danish dah lama mencintai aku! Dan aku tergamak bersangka buruk terhadap suamiku sendiri!

Aryssa menyelak halaman seterusnya perlahan-lahan. Dia terasa seperti hendak pitam sahaja melihat coretan pada tarikh itu. Ya, sehari selepas kesuciannya diragut tanpa belas kasihan! Coretan itu merupakan coretan yang terakhir dalam diari itu.

20 Mac 2013

Sial kau Damien! Tegar kau hancurkan hati Ellyna! Kenapa kau buat macam tu?! Arghh!!!!
Nasib baik aku paksa dia bagitau aku pasal ni sebab Damien balik pun pukul 4 pagi semalam. Jantung aku bagai nak luruh dengar jawapan selamba adik aku yang tak guna tu! Katanya, dia boleh sahaja berkongsi RM 100,000 yang dia dapat sebab dah.....

Aku tahu Ellyna tu perempuan baik. Dia terlalu baik. Buktinya? Dia terlalu mempercayai adikku yang terkenal dengan perangai playboynya itu! Seburukburuk Damien, dia tetap adikku. Aku tetap bertanggungjawab menginsafkannya. Ya Allah.... berilah aku kekuatan untuk menghadapi dugaanMu ini!

Macam mana pulak dengan Ellyna? Kasihan sungguh dia.... aku sayangkan dia tapi.... dia langsung tak kenal aku! Mana mungkin dia nak kenal dengan abang kepada lelaki yang telah.....
Tabahlah wahai Ellyna.... aku sentiasa berdoa untukmu dari jauh,kerana aku tahu.... amat mustahil untukmu menjadi teman hidupku.:-(


Aryssa sudah menangis teresak-esak. Betapa berdosanya dia kepada suaminya sendiri yang selama ini tidak bersalah langsung. Selama ini dia telah bersangka buruk terhadap Danish Azfar! Sedangkan seorang Danish Azfar begitu telus menerima diri Aryssa Ellyna yang tidak sempurna ini.

I love you Danish....kata-kata keramat itu meluncur lancar di bibir mungil Aryssa. Kata-kata yang dirasakan terus dari sekeping hatinya yang kecil itu.

<<<<<>>>>>

Malam itu Danish pulang agak lewat. Aryssa pura-pura tidur sementara menunggu Danish membersihkan dirinya. Mungkin lelaki itu sudah solat isyak di tempat kerjanya,telah Aryssa.

Danish tahu yang isterinya hanya berpura-pura tidur. Nampak sangat anak mata Aryssa yang kelihatan bergerak-gerak di sebalik kelopak matanya yang tertutup itu. Hesy... perempuan ni memang tak reti berlakon betullah!

Sengaja Danish hendak mengusik isterinya. Danish mendekatkan wajahnya pada wajah Aryssa. Dihembus-hembus nafasnya yang hangat ke leher wanita itu. Aryssa yang kegelian itu terus mencelikkan matanya. Mulutnya dicebikkan ke arah Danish yang sedang ketawa di sebelahnya sambil berbaring di atas katil.

You ni... suka tau! Meh sini, I nak tunjuk skil I pulak!ujar Aryssa sambil menggeletek perut Danish yang berotot.

Danish hanya beriak selamba. Seperti sengaja hendak menaikkan rasa geram Aryssa, sempat lagi dia menguap tanda dia langsung tidak terkesan dengan tindakan Aryssa itu.

Huwaargh..... you nak tidur dah ke sayang? Ke you masih nak geletek I? I tahulah you suka kan perut I yang macam Rain tu? eh... tak .. tak... perut I lagi smart la!

Perasan betullah!Aryssa menampar lembut perut Danish sambil merebahkan kepalanya dia atas lengan sasa Danish yang sudah didepangkan itu. Sengaja dia ingin bermanja dengan suaminya sendiri. Takkan tak boleh? Kalau dengan Damien, memang haram!

Hei... kenapa ni? Hmm... ada apa-apa ke El?Danish mengusap lembut rambut ikal Aryssa yang kelihatan seperti mendambakan perhatiannya itu.

Tiba-tiba Aryssa memeluk Danish seraya meletakkan kepalanya di dada bidang Danish. Air matanya sudah mengalir. Dia terlalu sebak pada ketika ini. Danish terlalu baik untuk dirinya!

Ellyna.... kenapa nangis ni? I ada buat salah ke?tanya Danish lembut sambil mengesat air mata Aryssa.

Danish.... I nak mintak maaf... I... tak bermakna nak berkasar dengan you. I tak tahu pun yang.....

Shhh..... don't worry sayang. I akan selalu dan sentiasa memaafkan you...

Kenapa you tak bagitau I yang you dah lama kenal dengan I? Hmm?soal Aryssa.

Danish tersentak dengan soalan Aryssa itu. Adakah wanita itu sudah membaca sesuatu yang tidak patut dibacanya?

Aryssa yang perasankan kebisuan suaminya itu tahu pastinya lelaki itu sedang berfikir bagaimana dia boleh mengetahui hal itu. Maafkan El, abang....

El baca diari abang... El mintak maaf sangat-sangat. Bukannya El nak baca pun, tapi... kalau El tak baca, mesti tak lena El tidur malam ni. Lagipun.... benda dah ada depan mata, takkan El nak biarkan aje? El mintak maaf abang....tanpa sedar Aryssa sudah mengubah cara percakapannya dengan Danish.

Aryssa rasa lebih baik dia memanggil suaminya itu dengan 'abang' sebagai tanda dia menghormati lelaki itu sebagai suami dan ketua keluarga. Tak adalah asyik 'I', 'You' aje memanjang... Danish hanya tersenyum dengan perubahan Aryssa. Nampaknya doanya sudah dimakbulkan Allah. Alhamdulillah...

Laa... its okay sayang... lagipun... I...Aryssa meletakkan jari telunjuknya di bibir Danish tanda lelaki itu sudah terlepas cakap 'I'.

Abang rasa El memang selayaknya untuk baca pun. Kita kan suami isteri? Rahsia abang adalah rahsia El jugak. So... El memang dah tahu la yang abang memang dah lama....

Moi aussi...ucap Aryssa dalam bahasa Perancis. Dia tahu lelaki bijak seperti Danish tahu maksudnya. Maksudnya 'I love you too'.

Abang....Aryssa merasakan sudah sampai masanya dia bertanya tentang perihal adik iparnya.

Hmm?

Errr... Damien mana? Tak nampak pun....soal Aryssa tergugup-gugup saat bibirnya menyebut nama lelaki itu.

Damien dah meninggal. Meninggal selepas terlibat dalam kemalangan sebab dia memandu dalam keadaan mabuk.Danish menghela nafasnya dengan berat. Perkara ini yang dia sudah hendak memberitahu Aryssa sejak hari pertama pernikahan mereka.

Aryssa terpempan dengan jawapan yang baru sahaja diberikan oleh Danish. Biar betul?! Terus dia terduduk bersila di atas katil sambil matanya terkebil-kebil memandang Danish seperti meminta kepastian. Danish hanya mengangguk lembut. Matanya berkaca apabila teringatkan satu-satunya adiknya itu.

Bila? El tak tahu pun...

Seminggu selepas dia dengan El....kata-kata Danish mati di situ apabila menangkap perubahan riak isterinya itu. Barangkali terkejut.

Innalillahwainnalillahirrajiun..... El.... umm.... terlalu banyak kejutan hari ni... rasa macam nak pecah aje kepala El ni...

Maafkan abang sebab tak bagitau El awal-awal. Sebenarnya, abang memang nak bagitau masa first day kita kahwin tu,tapi... entahla. Abang macam tak ada kekuatan masa tu.Danish memegang tangan Aryssa yang sejuk. Diusap-usap tangan itu dengan lembut seperti menyalurkan kekuatan kepada wanita itu.

Abang tak perlu minta maaf...

Mummy dengan daddy kesiankan El. Apalah nasib El lepas ditinggalkan oleh anak mereka sendiri? Mummy dengan daddy cukup stres bila satu persatu masalah datang masa tu. Kesian abang tengok diorang. Sedih sebab kehilangan anak kesayangan diorang, dan sedih jugak sebab anak diorang dah aniayai seorang gadis yang baik....Danish menghela nafasnya sebelum menyambung bicaranya.

Mummy suruh abang kahwin aje dengan El. Pada mulanya daddy membantah sebab tak nak abang rasa terbeban sebab mengahwini wanita yang tidak dikenalinya. Tapi bagi abang.... bila mummy suruh abang kahwin dengan El, abang rasa macam menang loteri aje tau!

Aryssa mencubit manja paha suaminya.

Mana boleh main loteri.... kan haram?

Itu dululah. Sekarang mana abang main lagi lepas memeluk Islam. Dan alhamdulillah, daddy pun setuju bila abang setuju nak kahwin dengan El. Abang cintakan El. Sungguh abang tak sangka yang cinta pertama abang akan menjadi cinta terakhir abang....bisik Danish romantis.

Aryssa sudah tersipu-sipu mendengar luahan hati suaminya. Bahagia sangat dia rasakan pada ketika ini. Perihal Damien dilupakan begitu sahaja. Biarlah, berdendam dengan orang yang tiada pun tidak ada gunanya. Aryssa kembali berbaring di dada bidang Danish.

Ellyna, abang nak minta sesuatu boleh?

Aryssa mengerutkan dahinya. Kenapa pulak kena mintak kebenaran? Tanya ajelah.

“ Tanya ajelah bang oii... tak payah mintak kebenaran. El ni bukannya mem besar dalam rumah ni pun....”

“ Tapikan El ni kan mem besar dalam hati abang?” sengihan Danish bertambah lebar. Suka dia bermanis mulut dengan isterinya yang comel itu.

“ Ye la tu... membodek aje lebih...”

“ Sayang tahukan, diri kita ini tidak akan disakiti melainkan ia adalah ketentuan daripada qada dan qadar daripada Allah?” Danish semakin serius. Tangannya masih setia mengusap rambut Aryssa.

“ Hmm?”

“ Bila kita memaafkan seseorang ni, ia merupakan suatu penghapusan dosa tau?” soal Danish lagi.

“ Hmm...”

“ Sesungguhnya ia adalah tingkatan yang lebih tinggi dalam kehidupan seseorang itu.”

Aryssa semakin tidak faham dengan bicara suaminya itu. Berbelit sana, berbelit sini!

“ Sebenarnya abang nak cakap apa ni?”

“ Err... El maafkan Damien tak? Tolong maafkan dia ek? Abang tahu,kesalahan dia tu besar.....”

Aryssa bertindak berani dengan segera mengucup bibir merah suaminya itu. Terdiam Danish dengan tindakan berani mati Aryssa itu.

“ El dah maafkan dia. Lagipun, tak guna kalau berdendam dengan orang yang dah tiada kan? Buang karan aje...” Aryssa menatap wajah Danish yang sudah merah akibat malu. Hesy... sepatutnya perempuan yang malu, tapi ini terbalik pulak!

“ Terima kasih sayang...” kini giliran Danish pula menghadiahkan kucupan di pipi gebu isterinya itu.

“ Your kasih accepted.”

“ I loved you before, I love you now, I will love you in the future and I will love you always...” ucap Danish penuh syahdu.

“ El jugak....” balas Aryssa sambil tersenyum manis.

Ya Allah, sungguh hebat percaturanMu. Sekalipun digantikan dengan lautan seluas Lautan Atlantik, aku takkan sesekali melupakan segala pahit dan manis dalam hidupku. Terima kasih padaMu Ya Allah...

Sesungguhnya Allah berfirman dalam surah as-Syuura ayat 40 yang berbunyi: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan terhadap kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah (dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang berlaku zalim.






*HMM...DAH LAMA RASANYA KAN SAYA TAK POST CERPEN? CERPEN NI SEBENARNYA SAYA HASILKAN SEBAB SAYA SEDAR BETAPA PENTINGNYA KEMAAFAN ITU DALAM KEHIDUPAN SESEORANG. SAYA SENDIRI PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN MEMAAFKAN ORG LAIN,WALAUPUN HAKIKATNYA MUNGKIN MENYAKITKAN. HRP2,ANDA BOLEH TERIMA PENGAJARAN DLM CERITA NI YE...

*IDEA MUNCUL! KALAU ADA SESIAPA YG NAK CERITA ATAU PENGALAMAN MEREKA DIJADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN, ANDA BOLEHLAH SUBMIT 'JLN CERITA' KAT RUANGAN KOMEN TU. INSYAALLAH,KALAU TIADA ARAL,SAYA AKAN CUBA HASILKAN CERPEN BERINSPIRASIKAN CERITA ANDA.( NAMA ANDA AKAN DISERTAKAN SEKALI YE!) 

2 comments:

surat layang untukku:-)