My Cute Buddies!

Saturday, 14 December 2013

TANDA ORANG BERTAUHID APABILA DISAKITI:



*Sudi memaafkan dan berlapang dada. Sikap sedemikian itu membuktikan keikhlasan hatinya terhadap orang yang menyakitinya. Malah, setiap kejahatan dibalas dengan kebaikan. Sesungguhnya, ia adalah tingkatan yang lebih tinggi.


*Yakin terhadap qada yang ditentukan. Dia menyedari yang dirinya tidak akan disakiti melainkan ia adalah ketentuan qada dan qadar daripada Allah. Justeru, dia berserah diri sepenuhnya kpd Allah tanpa sebarang keraguan.


*Suatu penghapusan dosa. Seseorang itu menyedari kejahatan yang dilakukan orang terhadap dirinya bermakna dosanya akan dihapuskan, malah kesalahnnya itu dimaafkan. Ketika itu, darjatnya juga akan terangkat.


*Timbul kesedaran terhadap kekurangan dirinya dan dosa yang sudah dilakukannya. Justeru ramai ulama' salaf (yg trdahulu) selalu menyebut dlm doa mereka "Ya Allah,jadikanlah aku org yg dizalimi dan bukannya org yg menzalimi"


*Menunjukkan sikap yg ramah terhadap org yang menyakiti dirinya.

No comments:

Post a Comment

surat layang untukku:-)