Aryssa Ellyna
memangku kepalanya yang terasa berat. Ahh..... Rambutnya ditarik
kasar. Kejadian hitam sebentar tadi menjengah kepalanya.
“ Sayang.....”
panggil Damien lembut di telinga kekasih hatinya dengan suara buaya
karat diiktiraf itu. Dia tahu wanita di hadapannya ini sedang hanyut
dek belaiannya yang lembut itu.
Rambut beralun
Aryssa itu diciumnya berkali – kali. Aryssa yang sudah cair itu
tidak mampu menolak belaian penuh kasih lelaki kacukan Cina-Amerika
di hadapannya ini.
“Hmmm?”
bergetar suaranya pada ketika itu. Dia tahu, apa yang dilakukan
olehnya sekarang ini salah. Dia tahu itu. Bagaikan tersedar dari
mimpi,lantas dia cuba melepaskan diri dari rangkulan erat Damien Wong
itu.
“ Damien....
I.... I …. ke.... kena pergi sekarang. Dah lambat. Mama dengan papa
tengah tunggu I. Please.....”
Damien mula
bertindak kasar. Dengan sekuat hati dia menarik tangan Aryssa dan
merebahkan tubuh genit wanita itu di atas katil. Jangan ingat kau
boleh lari Aryssa! You're mine tonight!
“ You kata you
sayangkan I kan? So, I nak you buktikan kasih sayang you tu
sekarang!” Damien mula membuka bajunya. Terserlah tubuhnya yang
sasa itu. Aryssa sudah mengalirkan air matanya dek rasa takut yang
kian mengusai dirinya.
“ Damien.....
tolonglah..... I takut ni....” Aryssa mula menyesal akan
tindakannya untuk mengikuti lelaki ini ke bilik hotel kononnya hendak
berjumpa dengan klien. Kepala hotak kau nak jumpa klien!
“ Huh! Nak takut
apanya? Alaa.... bukannya you tak nak kan? I tau,you memang dah lama
nak tidur dengan I kan.....”
“ Puihh!! Jahanam
kau Damien! Jantan sial! Lepaskan akulah!!!”
Aryssa menolak
sekuat hati tubuh sasa Damien yang mula menindih tubuhnya. Manalah
kudrat seorang wanita mampu melawan kudrat lelaki yang bagaikan
dirasuk itu.
Damien menampar
kuat pipi gebu Aryssa. Matanya mencerlung memandang ke arah wanita
itu. Ahh... dia tidak kira! Apa yang dia nak, kena dapatkan jugak
malam ni! Dah sebulan aku tunggu,takkan nak tunggu lagi?!
“Kau diam! Kau
ingat aku heran ke dengan air mata kau tu?! Jeritlah! Tak ada siapa
pun yang akan dengar!”
Damien mula
menggila di seluruh tubuh Aryssa yang tanpa seurat benang itu.
Jeritan wanita itu langsung tidak dihiraukannya. Dia tidak kira!
Taruhan yang dibuat bersama rakannya itu harus dilaksanakan.
“ Kau kena tidur
dengan seorang perempuan yang masih dara and hmm..... i'll give you
RM100,000!”
Damien ketawa jahat
di dalam hati. Dia tahu Aryssa masih dara. Buktinya ialah pada
pertama kali bertemu dengan Aryssa, wanita itu langsung tidak
membenarkannya menyentuh tangannya. Sedikit demi sedikit ilmu
playboynya digunakan bagi mencairkan hati wanita itu. Akhirnya dia
berjaya! Berjaya mendapatkan mahkota Aryssa Ellyna Dato' Azwan!
“ Allah.....”
itu kata – kata terakhir yang terbit dari bibir Aryssa. Akhirnya
dunianya menjadi gelap dan hanya pasrah akan nasib yang menimpanya.
“ Arghhh!!!! Kau
memang jantan tak guna Damien!!! Aku benci kau!!!” jeritan Aryssa
bergema dalam biliknya. Gambar lelaki itu yang sedang tersenyum itu
dikoyak-koyakkan dan dihempaskan ke lantai. Nasib baik Dato' Azwan
dan Datin Marina keluar untuk menghadiri kenduri saudara maranya itu.
Kalau tak, memang sampai ke Afrika kedengaran suara Aryssa yang
bagaikan King Kong mengamuk itu.
Air matanya tidak
henti-henti mengalir sedari tadi. Dia tiada sesiapa pun hendak
diberitahu tentang kejadian yang menimpanya ini. Sudahlah lelaki itu
meninggalkannya keseorangan dalam bilik dan hilang tanpa jejak.
Memang dasar pengecut!
Aryssa tahu memang
salahnya juga kerana terlalu mempercayai lelaki itu. Sekarang apa
yang dia ada? Mahkotanya yang paling berharga itu sudahpun diragut
oleh lelaki yang sangat dicintainya itu. Masih segar lagi di
ingatannya kata-kata lelaki itu yang berjaya menawan hatinya.
“ Aryssa....
mungkin kita berbeza agama. Tapi..... kita kan berkongsi rasa cinta
yang sama? Apalah sangat kalau kena ucapkan err... apa itu
ahh......” Damien mengerutkan dahinya kerana tidak mampu
mengingati ayat yang perlu dilafazkan untuk memeluk Islam. Itulah
yang dikatakan oleh kebanyakan kawan Melayunya.
“ Dua kalimah
syahadah?” soal Aryssa seraya membiarkan sebelah tangannya di dalam
genggaman Damien. Rambut Damien yang sedikit mencecah ke dahi itu
disekanya perlahan. Suka benar dia melihat mata coklat gelap yang
sedikit sepet milik Damien itu. Betul – betul menggoda.
“ Yes! That one
la. Nanti bila kita kahwin nanti, I masuk Islam tapi I nak mintak
sangat dengan you, I nak kekal dengan gaya hidup I sekarang. Tak
salahkan? I tengok ramai kawan I yang macam tu. Rileks aje diorang.
Kita kahwin ye sayang? I betul-betul sayangkan you....”
“ Aku memang
bodoh!!!” tidak semena-mena handphone iPhone 5s pemberian Damien
hancur berkecai dibaling Aryssa ke dinding. Hamek kau jantan tak
guna! Bentak hati Aryssa masih tidak puas hati.
<<<<<>>>>>
Ayam
goreng berempah di hadapannya kini hanya dipandang sepi. Sedari tadi
Aryssa hanya menguis-nguis nasi di dalam pinggannya. Dato' Azwan dan
Datin Marina semakin bingung dengan perubahan sikap anak tunggalnya
ini sejak sebulan lalu. Cakap pun tak nak,makan pun tak nak. Memerap
dalam bilik aje memanjang. Tak tahulah masalah dunia apa yang dia ni
tengah fikirkan.
Dato'
Azwan berdehem. Berdehem lagi. Berdehem lebih kuat lagi. Nasibnya
tidak baik apabila dia tersedak kerana berdehem terlalu kuat.
Perhatian anaknya itu langsung tidak beralih kepadanya. Datin Marina
menepuk lembut belakang suaminya itu. Dia tahu, ada hal penting yang
harus dibincangkan dengan anak mereka yang berperangai tidak ubah
seperti mayat hidup sahaja.
Aryssa
masih lagi dengan 'aktiviti'nya iaitu menguis nasi di pinggan.
Macamlah dengan buat macam tu dia boleh kenyang.
“
Aryssa sayang......” panggil Datin Marina lembut sambil memegang
tangan anaknya. Sebagai ibu, dia dapat merasakan sesuatu telah
berlaku kepada anaknya. Kalau tidak masakan anaknya yang happy go
lucky itu boleh berubah dalam sekelip mata.
Mata
Aryssa bulat memandang wajah ibu kesayangan. Tidak sanggup dia
memandang wajah penuh pengharapan itu sedangkan dia tahu, jika hal
'itu' sampai ke pengetahuan orang tuanya,pastinya mereka akan berasa
cukup kecewa dengannya.
“ Ya
mama?”
“
Aryssa okey ke sayang? Mama bukannya apa, mama tengok anak mama yang
cantik ni dah tak cun sejak sebulan ni la....” Datin Marina cuba
bergurau. Malangnya Aryssa hanya membalas gurauannya dengan senyuman
yang hambar sahaja. Ala.... lawak kedai kopi aku tak menjadi la
pulak! Gumam Datin Marina.
Dato'
Azwan yang melihat pula diam tidak berkutik. Biasanya Aryssa ini akan
gelak sampai tak hingat dunia walaupun benda itu tidaklah kelakar
manapun. Tapi sekarang.....
“ Alaa
mama ni. Jangan risau la. Anak mama yang cun lagi meletop ni okey
ajelah. Cuma.... banyak sangat kerja ofis yang Aryssa kena buat
sekarang. Itu aje....” maafkan Aryssa mama sebab tipu mama. Aryssa
tak banyak kerja ofis pun,masalah aje yang banyak. Macam ada benda
aje mama dengan papa aku ni nak bagitau. Apa pulak kali ni?
Aduss.....
“
Kalau macam tu, papa ada benda nak bagitau Aryssa ni. Hmm.... ingat
lagi tak bussiness partner papa yang pernah datang rumah kita hari
tu? Tan Sri Robert Cheah?” Dato' Azwan memulakan bicaranya. Serba
salah dia hendak menyuarakan hasrat rakan perniagaannya itu.
Aryssa
mengerutkan dahi tanda berfikir. Hmm.... dah ingat! Uncle Robert!
Kenapa pulak papa tanya pasal dia? Eh.... manalah aku nak tahu, papa
tak bagitau pun lagi!
“
Ingat. Kenapa dengan dia papa?”
“ Dia
nak melamar Aryssa......”
“
What?!!! Tak nak! Tak nak! Tak nak! Eee..... papa..... uncle Robert
tu tiga kali ganda umur Aryssa tau? Cuba papa fikirkan,apa pulak kata
orang nanti? Lagipun Aryssa.....” cepat-cepat Aryssa menekup
mulutnya apabila mulutnya itu gatal sahaja hendak mengatakan tentang
dirinya yang sudah tidak suci itu.
“
Hesy....bukan itu la. Takkan la papa nak suruh Aryssa kahwin dengan
uncle Robert tu? Memang tidaklah! Uncle Robert tu nak kahwinkan anak
sulung dia dengan Aryssa. Dia dah berkenan sangat dengan anak papa
yang comel ni. Kalau Aryssa tak nak.... papa tak paksa. Cuma papa
kesiankan Uncle Robert tu yang dah berharap sangat pada papa ni...”
Aryssa
diam sejenak untuk berfikir. Mamat mana pulak nak kahwin dengan dia?
Mahukah dia berkahwin dengannya sekiranya lelaki itu tahu tentang
dirinya yang bukan gadis lagi? Nak kahwin tu memang nak.....
tapi......
Aryssa
menggaru – garu kepalanya yang sudah sedia gatal itu. Memang kena
sungguh dengan situasi yang membingungkan itu!
“
Papa.... Uncle Robert tu bukan Cina ke? Tak silap Aryssa, isteri dia
tu mat saleh kan?” Aryssa mengerutkan dahinya yang licin itu. Sah!
Aku memang gila kalau tak tanya soalan ni!
Dato'
Azwan tersenyum melihat anaknya. Dia tahu soalan itu pasti akan
ditanya oleh Aryssa.
“ Anak
dia yang sulung tu dah masuk Islam. Lima tahun yang lepas. Uncle
Robert dengan wife dia tu masih kekal la dengan agama asal diorang.
Diorang ni jenis yang open minded. Dah ditakdirkan anak dia tu
mendapat hidayah Allah. So... why not? Siapa kita untuk
mempertikaikan benda tu kan?” lembut Dato' Azwan bertutur kepada
anaknya. Wajahnya penuh dengan harapan. Harapan agar anaknya ini
tidak akan menolak lamaran daripada sahabatnya itu.
“
Handsome dan baik budaknya Aryssa sayang.... mama pun dah berkenan
sangat dengan dia. Terima la sayang,hmm?” Datin Marina mengusap
lembut tangan anaknya. Wajah Aryssa kosong tanpa sebarang reaksi.
Lepas satu masalah, satu lagi datang. Aku ni dah jatuh tangga,
bergolek atas papan berpaku lagi!
“
Mama, papa.... Aryssa nak naik dululah. Dah kenyang. Hmm.... Aryssa
perlukan masa untuk berfikir. Err.... papa ada tak nombor budak
hencem tu?” sempat lagi dia bertanya tentang perihal lelaki itu.
Dato'
Azwan tersenyum. Hendak ketawa pun ada. Sangkanya, Aryssa ini malu
tapi mahu! ah... biarlah! Perempuan kan macam tu...
“
Nanti papa mesejkan nombor Danish okey? Err.... nama dia Danish.”
Aryssa mengangguk lemah dan mengorak langkah ke biliknya. Hendak
mengecewakan kedua orang tuanya, tegarkah dia? Atau.... hendak
membuka aib dirinya sendiri kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu?
Sekali lagi,satu keluhan yang berat dilepaskan.
Comel
jugak nama dia. Macam nama biskut favourite aku aje!
<<<<<>>>>>
Aryssa
memandang skrin telefonnya dengan perasaan berbelah bagi. Nak telefon
ke tak nak? Nak tak nak? Hesy.... ah! Lantaklah dia nak fikir apa pun
pasal aku, yang penting, aku dah warning awal-awal dekat dia!
Troot....
troot.....
Dengan
hanya dua deringan, telefon itu dijawab.
“
Assalamualaikum...” sapa satu suara di hujung talian dengan suara
yang macho plus gagah perkasa itu.
Jantung
Aryssa sudah berdegup kencang dek mendengar suara macho lelaki itu.
Apa la kau ni Aryssa, baru dengar suara kau dah menggelabah, kalau
dia ada depan kau mahu kau pengsan nanti!
“
Ehem....waalaikumsalam. Ini Danish ke? Err.... saya Aryssa Ellyna
Dato' Azwan. You are supposed to....”
“
Oh... I know! Yes, anything that I can do to help you?”
“
Umm.... I nak... nak.... tanya.... you ni betul ke nak kahwin dengan
I? You kan tak pernah tengok muka I. Mana la tahu muka I ni macam
nenek kebayan ke....” Aryssa cuba memulakan rancangannya untuk
mengubah keputusan lelaki itu untuk mengahwininya. Dia bukannya apa,
dia sangat malu untuk berdepan dengan lelaki itu andainya dia seorang
lelaki yang baik tapi dia pula? Seorang wanita yang sudah kehilangan
mahkota yang selama ini dijaganya.
“ So?”
selamba Danish bertanya.
Erk!
Biar betul mamat ni. Okey.... tanya lagi.
“
Kalau I ni perempuan jahat?”
“
Kalau you jadi jahat, I boleh jadi lagi jahat daripada you.”
Hesy...
main-main pulak dia ni!
Danish
sudah tersenyum mendengar pertanyaan Aryssa itu. Dia tahu apa yang
perempuan itu inginkan daripadanya. Dia tahu itu.
“
Andai kata I ni.... kalau.... if.... sekiranya....” Aryssa tidak
tahu bagaimana hendak menghabiskan ayatnya itu. Di kala itu, rasa
marahnya membuak – buak terhadap Damien setan itu! Kalaulah Damien
tak buat macam tu kat aku, mesti aku takde masalah ni! Jahanam kau
Damien!
“ I
tak mintak you translate pun...”
“
Okey! Okey! Hmm... kalau I ni err... dirogol macam mana? Maksudnya...
I dah tak....” air mata hangat mula merembes keluar dari matanya.
Hanya dia saja yang tahu peritnya rasa itu. Beratnya beban yang dia
pikul itu, hanya dia yang rasakan.
Danish
tersentak. Dia meraup-raup wajahnya itu. Sudah tahukah Aryssa tentang
siapa dirinya yang sebenar itu? Pasti wanita itu tidak tahu. Kalau
dia tahu, sudah tentu dia tidak akan bercakap dengannya seperti ini.
Bolehkah Aryssa menerima dirinya seadanya nanti?
“
Aryssa.... walaupun you ni muka macam nenek kebayan ke, perempuan
jahat ke dan sekalipun you ni dah tak ada dara, I tetap akan terima
you. Sebab apa? Sebab I rasa perkahwinan ini bukan hanya untuk
menghalalkan.... err... 'itu', tapi untuk menerima kelebihan dan
kelemahan pasangan masing – masing. Or... dalam bahasa yang lebih
mudah, cinta. Mungkin you tak kenal I, tapi percayalah, I tahu you ni
perempuan yang baik.” panjang lebar Danish bertutur. Susah wo nak
karang ayat macam ni!
Aryssa
yang mendengar sudah menangis teresak -esak. Dia tidak sangka yang
masih terdapat lelaki sebaik Danish di muka bumi ini. Danish ini
memang ciptaan Allah yang cukup sempurna baginya walaupun Danish
bukannya Islam ketika dilahirkan. Dia tidak kisah itu! Kalau Danish
boleh menerima dirinya itu, kenapa tidak baginya?
“
Huwaa.... huwaa.....”
“
Ellyna.....”
“
Huwaa..... huwaa.....” entah mengapa, Aryssa tidak dapat hentikan
tangisannya yang lebih teruk daripada kanak – kanak itu. Sebak juga
dia apabila mendengar Danish memanggilnya dengan nama Ellyna. Itulah
nama yang selalu arwah neneknya memanggilnya.
Danish
sudah menggelabah di atas katilnya. Adoyai... apalah nasibnya kerana
hendak beristerikan Aryssa yang cengeng itu. Aryssa yang cengeng itu
jugalah yang dicintainya sejak kali pertama melihat gadis comel itu.
Aryssa tidak tahu itu!
“
Kenapa ni Ellyna? Hmm.... I ada tersalah cakap ke? Janganlah
nangis.... pergilah tidur okey. Lagipun dah lewat ni. Fikir
masak-masak dulu. I tak paksa you terima I okey? Dah... dah...”
lembut dan macho suara Danish memujuk.
Aryssa
semakin cair dengan lelaki yang sedang bercakap dengannya kini.
Danish yang baik.... Danish yang macho..... Danish yang handsome....
Hoi Aryssa! Macam mana kau tahu Danish tu handsome? Alaaa.... dengar
suara dia pun dah tahu dia hensem. Lagipun dia ni kan mix blood mat
saleh dengan cina, mesti handsome punya!
Layakkah
Aryssa untuk lelaki sesempurna Danish itu? Tapikan Danish dah cakap
yang dia akan terima Aryssa seadanya? Satu keluhan berat dilepaskan
oleh Aryssa seraya bibirnya mengukir satu senyuman manis. Masa untuk
membuat keputusan. Ya, keputusan yang akan mengubah hidupnya
selamanya!
“ I
terima you. Assalamualaikum.” gagang telefonnya diletakkan.
Danish
tersenyum. Alhamdulillah....
<<<<<>>>>>
Dada
Aryssa sudah berdegup kencang menunggu akad dilafazkan oleh Danish.
Dato' Azwan dan Datin Marina tidak lekang dengan senyuman. Tidak
kurang juga dengan besannya, Tan Sri Robert Cheah dan Puan Sri Emma.
Aryssa
sudah terasa semacam apabila melihat wajah Danish yang sememangnya
tampan itu. Dia tidak nafikan itu,tapi kenapa wajah ini seperti
pernah dilihatnya sebelum ini? Kenapa muka Danish ni ada
iras-iras......
“ Aku
nikahkan dikau Danish Azfar bin Abdullah dengan Aryssa Ellyna binti
Azwan dengan mas kahwinnya seribu ringgit tunai.” ucap tok kadi
sambil memegang tangan Danish yang kelihatan tenang.
Danish
menarik nafas panjang. Dadanya berombak kencang. Hanya pada Allah dia
meminta ketenangan supaya segalanya berjalan dengan lancar.
“ Aku
terima nikahnya Aryssa Ellyna binti Azwan dengan mas kahwinnya seribu
ringgit tunai.” dengan sekali lafaz sahaja, Aryssa Ellyna sudah sah
menjadi isterinya.
Aryssa
termangu sendirian. Senyumnya tetap maintain walaupun teka teki masih
bermain di benaknya. Iyelah, dia juga hendak kelihatan cantik dalam
foto kenang-kenangannya nanti! Tangannya langsung tidak dilepaskan
oleh Danish. Okey.... balik rumah mummy dengan daddy nanti, misi
mengetahui siapa sebenarnya suaminya itu harus dilaksanakan!
<<<<<>>>>>
Aryssa
melihat setiap gambar yang terpampang di rumah barunya itu. Mummy dan
daddy bermalam di satu lagi rumah milik Tan Sri Robert Cheah bersama
-sama saudara -mara yang lain,kononnya hendak memberi privasi kepada
Aryssa dan Danish. Mudahlah bagi Aryssa untuk skodeng setiap gambar
di rumah itu.
Baju
pengantinnya sudah ditanggalkan sebaik sampai di rumah tadi. Hari ini
memang sungguh memenatkan! Habis naik kejang wajahnya akibat terlalu
banyak senyum. Senyum kerana bahagia dan bangga dapat bersuamikan
lelaki sekacak Danish!
Majlis
persandingan diadakan sejurus selepas tamat majlis akad nikah. Kata
papa, lebih senang begitu kerana ramai saudara-mara pihak Danish
datang jauh dari Amerika. Aryssa tidak kisah semua itu. Satu lagi
majlis pula akan diadakan minggu hadapan di Houston,Texas, iaitu
tempat kelahiran Puan Sri Emma. Memang sambutan cukup meriah kerana
Aryssa ialah anak tunggal Dato' Azwan dan Datin Marina manakala
Danish pula putera sulung keluarga Tan Sri Robert Cheah.
Paap!
Jantung Aryssa bagaikan hendak tercabut apabila melihat wajah
seseorang yang cukup dikenalinya di dalam foto keluarga Tan Sri
Robert Cheah. Segala urat dan sendinya terasa lemah. Nafasnya sudah
semput bagaikan dihempap batu seribu tan. Takkanlah telahan aku
betul? Tak mungkin! Tak mungkin dia.....
Danish
yang baru sahaja menapak ke ruang tamu rumah agam itu hanya terkaku
melihat Aryssa di situ. Lututnya menggeletar. Dia tidak ingin wanita
itu mengetahui kebenaran yang pahit itu. Belum sampai masanya! Macam
mana pula reaksi Aryssa nanti? Nanti dia ingat aku tipu dia! Tapi
aku.....
Danish
berjalan perlahan menuju ke isterinya. Tangannya menyentuh lembut
bahu Aryssa. Aryssa yang tersentak itu bertindak dengan menepis
tangan Danish yang mendarat di bahunya. Terkejut baboon Danish dengan
tindakan berani isterinya itu. Adoyai.... tak sampai dua puluh empat
jam kahwin dah kena serangan macam ni. Nasib kau la Danish Azfar....
“ Apa
semua ni?!” suara Aryssa bergetar menahan marah. Wajah lelaki
durjana itu yang tersenyum manis di samping keluarga Danish. Satu
lagi gambar pula menunjukkan lelaki itu sedang meletakkan tangannya
di keliling bahu Danish. Apakah makna semua gambar ini?!
“
El.... I can explain...”
“ Then
explain it to me now because I feel like a total dimwit! You tahukan
apa yang jadi pada I? Selama ni you tahu tapi you pura-pura tak tahu!
Ni siapa?! Damien tak guna ni siapa?!” nafasnya turun naik menahan
marah. Marahnya terhadap Damien Wong!
“ Dia
adik I.....”
“ Adik
you.... bodohnya I ni! Muka kau orang sama! Tapi malangnya I kan
'bijak' sangat untuk tak tengok wajah you sampai hari perkahwinan
kita dan pada saat-saat akhir itulah baru I sedar yang muka you
sememangnya ada iras lelaki tak guna tu!” air matanya merembes
tanpa dapat ditahan – tahan lagi.
“ I
memang nak bagitau you.... tapi...”
“ Tapi
apa?!” sekali lagi Aryssa menyampuk. Dia tahu berdosa meninggikan
suara terhadap suami yang baru dikahwininya. Namun itu tidak bermakna
dia boleh tidak hormat akan lelaki itu. Suami tetap suami. Seorang
isteri itu wajib mentaati suaminya selagi tidak bercanggah dengan
syariat. Tapi Aryssa sudah cukup terluka.... terluka dengan perbuatan
dua beradik ini!
Hesy....
suka menyampuk betullah bini aku ni! Susah la kalau macam ni. Desis
Danish dalam hati.
“ I
cuma tak nak you lebih terluka sebab dia tu adik I. Damien tu darah
daging I El, seburuk mana pun dia, dia tetap adik I. Sebagai
abang.....”
Aryssa
meletakkan jari telunjuknya di bibir merah Danish. Mata Danish yang
bulat itu terkebil-kebil memandang isterinya itu.
“
Sebagai abang, you kena bertanggungjawab atas adik you yang bengong
tu kan?! You tak rasa ke I lebih terluka kalau korang rahsiakan benda
ni daripada I? Mummy dengan daddy tahu tak?” Aryssa merenung Danish
dengan tajam.
“
Tahu.... selain diorang, tak ada sesiapa pun yang tahu.”
Aryssa
melepaskan keluhan yang berat. Terasa dirinya begitu mudah
diperbodohkan. Aryssa beristighfar beberapa kali. Nafasnya yang turun
naik cuba ditenangkan. Dia tidak harus melibatkan mummy dan daddy
dalam masalah ini. Masalah yang wujud kerana Damien dan penipuan yang
dilakukan oleh lelaki yang sangat dipercayainya. Betul ke Danish tu
menipu? Mendiamkan diri tu kira menipu jugaklah!
“ I
nak tidur. Mengantuk.” ringkas sahaja jawapan Aryssa. Terlalu
banyak untuk dia berfikir pada ketika ini. Pasti ada sebab semua ini
berlaku terhadapnya. Dia tidak akan sama sekali menyalahkan takdir
yang Allah tetapkan untuknya. Biarlah masa mengubati lara di hati
seorang wanita yang bernama Aryssa Ellyna ini.... jiwangnya kau
Aryssa!
Danish
kasihan melihat wanita itu. Danish mengejar isterinya lalu memeluk
Aryssa dari belakang. Dia ingin menenangkan Aryssa. Aryssa pun tidak
menolak. Hanya membiarkan pelukan Danish yang semakin erat di
pinggangnya.
“ I'm
sorry.... I tak berniat nak....” Danish berbisik rapat di telinga
Aryssa. Meremang bulu tengkuk Aryssa mendengar suara garau itu rapat
di telinganya.
“ Kita
cakap lain kali boleh tak? I dah penat ni. Penat dengan semua.....”
Aryssa tidak dapat menghabiskan ayatnya kerana mungkin akan mengguris
hati suaminya pula.
Aryssa
melepaskan dirinya daripada pelukan Danish. Terus – terang dia
merasakan bahawa dia cukup selesa berada dalam pelukan Danish. Nasib
baik dia tidak tertidur. Punyalah selesa kena peluk dengan lengan
sasa seperti itu membuatkan dia hampir-hampir sahaja memejamkan
matanya. Nasib baik aku sedar, kalau tak, mahu malu tujuh keturunan
Dato' Azwan nanti!
Danish
memandang sepi tubuh Aryssa yang beransur-ansur pudar dari pandangan
matanya. Sebenarnya ada perkara lagi yang hendak diberitahu kepada
isterinya itu. Memandangkan keadaan wanita itu yang tidak berapa
stabil, dia hanya mampu mendiamkan diri. Satu perkhabaran yang
mungkin mengejutkan Aryssa sekali lagi. Arghhh.... kenapa perlu dia
berada dalam posisi yang begitu sukar ini?
<<<<<>>>>>
Sebulan
berlalu. Hubungan mereka masih seperti biasa,hanya sekadar kawan
sahaja. Aryssa masih tahu akan tanggungjawabnya sebagai isteri kepada
Danish. Dirinya masih lagi waras untuk mengetahui bahawa Danish
mahupun mummy dan daddy tidak bersalah dalam hal ini. Yang
bersalahnya adalah Damien. Hanya Damien yang jahanam itu!
Kelibat
Damien langsung tidak dilihat olehnya sejak sebulan ini. Entah ke
mana hilangnya lelaki itu. Dasar pengecut yang suka lari dari
masalah! Pernah terdetik di hatinya untuk menanyakan kepada Danish
tentang 'adik kesayangan' suaminya itu, namun kemusykilannya
dibiarkan begitu sahaja memandangkan mummy dan daddy tidak pernah
bercakap tentang lelaki itu di hadapannya. Barangkali hendak menjaga
hatinya daripada terluka.
Aryssa
menggeliat kecil. Keadaan bilik yang suram dan hanya disinari lampu
tidur itu menyukarkannya untuk melihat waktu pada ketika itu. Jam
digital di sisi katil dipandang.
Hmm....
dah pukul sembilan pagi?! Ya Allah, aku dah terlajak tidur! Kenapa
dia tak kejutkan aku? Takkan alarm bunyi pun dia tak dengar. Kalau
aku tu lain ceritalah.. Getus Aryssa dalam hati kerana hairan Danish
tidak mengejutkannya.
Dipandangnya
Danish yang masih enak diulit mimpi tidak berbaju itu. Lelaki itu
lebih senang tidur tanpa bajunya. Katanya panaslah,hangatlah,inilah,
itulah! Cerewet betul! Tubuh sasa Danish yang elok terbentuk dengan
six packsnya itu betul – betul menggugat keimanan Aryssa. Hesy...
memang sengaja betul Danish ni!
“ Tak
bangun lagi ke dia ni? Tak solat ke? Eh...kalau tak bangun tu memang
tak solat la tu!” gumam Aryssa perlahan.
Pada
hari kebiasaannya, Danish lah yang akan mengejutkan Aryssa yang tidur
mati bagaikan mak badak itu. Lelaki itu takkan tidur selepas solat
subuh. Biasanya dia akan membaca al-Quran mahupun menyiapkan kerja
pejabat yang tertangguh. Aryssa? Usah cakaplah perempuan itu! Tidur
aje kerjanya!
Aryssa
mencuit-cuit bahu terdedah Danish yang agak sejuk itu. Kasihan pula
dia melihat Danish yang kelihatan letih itu. Mungkin sebab tu kot dia
tak bangun-bangun lagi sampai sekarang!
“
Danish.... ohh... Danish.... bangunlah! Tak pergi ofis ke?
Mentang-mentanglah ofis bapak kau yang punya,kau buat sesuka hati kau
aje eh??” Aryssa memperlahankan suaranya pada ayat terakhirnya
itu,kerana tidak mahu ayat itu didengari Danish. Kalau tak,masaklah
dia! Aryssa oiii.... macam lah Danish tu pernah marah kau!
Bahu
Danish digerakkan dengan lebih kuat. Masih tiada respons. Aryssa
semakin risau dengan suaminya itu. Pengsan ke dia? Pergelangan tangan
Danish diraba. Ada nadi!
“
Danish.... janganlah buat I risau.... bangun lah... kenapa dengan you
ni?”
Takkanlah
letih sangat sampai tidur macam ni sekali? Aku tidur mati pun tak
adalah sampai macam ni. Wait... wait...! Danish kan semalam tengah
duduk sorang-sorang dekat bangku kat luar tu tengah malam tadi?
Entah- entah......
Aryssa
menelan air liur yang terasa pahit. Perkara yang sedang bermain di
benaknya sangat menakutkan. Entah-entah Danish itu telah disampuk?!
Tanpa
berfikir panjang, Aryssa berlari ke bilik air dan mengisi sebuah
baldi kecil dengan air. Dibacanya surah Yasin lalu dihembuskan kepada
air itu. Dengan lafaz Bismillah....
BUSHHHH!!!!
“
Arghhh!!!!” jerit Danish akibat rasa terkejut yang amat. Terkebil –
kebil mata perangnya memandang Aryssa yang menyembunyikan wajahnya di
sebalik baldi itu. Tubuhnya yang terdedah itu sedikit menggigil
akibat rasa sejuk yang mencengkam hingga ke tulang.
“
Wahai makhluk Allah...jann...jangan lah apa-apakan suami... saya yang
hensem ni. Keluar la engkau!” suara Aryssa naik seoktaf tanpa
memandang wajah Danish yang kebingungan itu. Tanpa dia sedari, dia
telah memuji Danish handsome!
“
What?!” balas Danish.
“
Eh... speaking omputih pulak hantu ni! Er....”
“ Are
you okay El?” soal Danish dengan dahi yang berkerut. Sudah gilakah
isterinya itu? Nak kata meroyan,tidak boleh jugak! Aryssa bukannya
mak budak untuk meroyan seperti ini!
“
You.... kenapa..... apa....” Aryssa menggaru-garu keningnya.
“
Kenapa you simbah air ni atas I? You marah kat I ke? Sampaikan you
tak boleh nak sebut nama I pun...” sindir Danish tajam tatkala
menatap mata bundar isterinya.
“
Danish.... I... I... bukan ke you.....”
“ I
apa?”
“ Kena
sampuk dengan hantu......”perlahan sahaja ayat itu keluar dari
bibir Aryssa. Malunya hanya Allah sahaja yang tahu!
Danish
yang hendak ketawa itu menahan tawanya. Ada ke patut ingat suami
sendiri kena sampuk? Dah buang tabiat ke apa minah ni?
“ Apa
yang membuatkan you cakap macam tu?” soal Danish yang cuba berlagak
serius. Padahal dalam hatinya sudah ketawa berdekah-dekah. Langsung
tidak terbit perasaan marah kerana baru sahaja disimbah air oleh
Aryssa.
Aryssa
yang melihat perubahan riak Danish sudah kecut perut. Mak aiii....
seriusnya muka! Nasib baiklah handsome, kalau tak, memang sampai ke
rumah mama aku lari!
“ You
tak nak bangun bila I kejutkan you tadi....”
“ So?”
“ Bila
I kejutkan you errr... dengan lebih kasar,you masih tak bangun...”
“
Maybe I penat. Lagipun, why is it so urgent for you to wake me up?”
“
Nanti you lambat pergi ofis...eh,memang dah lambat pun! lagipun,tak
elok tidur masa matahari dah tegak..” jawab Aryssa dengan wajah
bagaikan udang kena bakar tanpa memandang wajah tampan Danish yang
sedang merenungnya.
“
Matahari tegak? You tengok sekarang pukul berapa? Hmm? Cuba bukak
langsir tu sayang.... tengok matahari dah tegak ke belum?”
Danish
menunjukkan jam digital itu kepada Aryssa. Membulat mata Aryssa
melihat waktu yang tertera pada jam itu adalah enam sepuluh minit
pagi! Matanya digosok-gosokkan beberapa kali. Memang baru pukul enam!
Habis tadi tu...
“ Tadi
I tengok pukul sembilan! Betul....”
“
Sayang.... cuba selak langsir tu. Hmm?” arah Danish lembut. Kasihan
pula dia melihat wajah Aryssa yang merah itu. Comel sangat! Nasib
baik dia masih boleh mengawal nafsu, kalau tidak, memang dah lama
kena ngap!
Aryssa
menyelak langsir putih yang menutupi tingkap besar bilik mereka.
Gelap. Lagsung tiada cahaya. Aryssa baru sedar bahawa dia melihat jam
digital itu terbalik. Patutlah waktu yang sepatutnya pukul enam pagi
bertukar menjadi sembilan pagi! Malunya!
Aryssa
hanya tersengih bak kerang wangi. Tidak tahu hendak menunjukkan
reaksi yang entah apa-apa kepada Danish yang tersenyum menggoda.
Tersenyum menggoda? Hmm... siaplah kau Aryssa! Siapa suruh kau simbah
air kat dia?
Danish
berjalan perlahan kepada Aryssa. Kedua tangannya mencengkam lembut
bahu Aryssa. Sengaja dia buat begitu kerana dia sememangnya penat
selama sebulan ini. Penat kerana tidak boleh menjadi dirinya yang
sebenar. Dirinya sebenar yang nakal. Kalau Damien itu romantik,Danish
pula nakal!
Dahinya
dilekapkan ke dahi Aryssa yang licin. Jantung kedua-duanya sudah
memainkan irama konsert rock kapak. Segala lutut dan sendi Aryssa
sudah bergetar dengan tindakan berani mati Danish itu. Mata Aryssa
galak merenung mata Danish. Baru Aryssa perasan bahawa mata Danish
itu perangnya lebih terang daripada adiknya yang agak gelap itu.
Cantik sangat mata dia! Tidak sepet pun seperti adiknya itu.
Danish
berhenti di saat bibirnya hampir menyentuh bibir Aryssa. Suka dia
melihat Aryssa yang sudah tidak keruan itu.
“
Kalau I kena sampuk,dah lama I kiss you. Sebab.... hantu tu tergoda
dengan kecantikan you. You sangat cute bila kelam kabut macam ni.
Cuma kalau boleh,lain kali tu janganlah sampai simbah air okey? Sejuk
la. Jom,kita solat jemaah...” cubit lembut Danish di pipi gebu
Aryssa sebelum menapak ke bilik air.
Dalam
diam, Aryssa tersenyum senang.
<<<<<>>>>>
Aryssa
terbatuk-batuk apabila menghirup udara berhabuk itu. Hari ini dia
terlebih rajin untuk membersihkan bilik bacaan suaminya itu yang
bersambung dengan kamar tidur mereka. Daripada aku duduk sahaja,baik
aku kemaskan bilik besar bebenor ni! Nasib baik hari ni aku tak payah
masuk ofis,cuti!
Danish
sudah ke pejabat awal pagi lagi. Danish memang begitu, tidak suka
kelam kabut ke tempat kerjanya walaupun itu adalah syarikat
keluarganya. Aryssa semakin hari semakin kagum dengan sifat baik
Danish yang terbongkar satu demi satu sepanjang tempoh menjadi isteri
kepada lelaki kacak itu. Tidak seperti adiknya yang masih belum
kelihatan batang hidungnya sejak tiga bulan Aryssa berkahwin dengan
Danish! Ada Aryssa kisah tentang lelaki itu? No way!
“ Dari
situ ku sedari,mungkinkah saat nanti... cinta kita berdua bisa ku
miliki.....” Aryssa bernyanyi-nyanyi dengan suaranya yang tidak
berapa sedap itu sambil tangannya sibuk melibas-libas habuk di rak di
atas kepalanya dengan bulu ayam.
Sedang
dia asyik dengan nyanyiannya itu, tiba-tiba sebuah buku berwarna
hitam dan kelihatan agak lama jatuh terhempap di atas kepalanya.
“
Aduh.... kurang asam jawa,asam gelugor, asam segala asam betul buku
ni! Eh! Buku apa ni ek? Kenapa pulak boleh ada dekat atas tu? Mesti
Danish yang punya! Kalau tak,takkan la tulis nama dia?” bebel
Aryssa seorang diri sambil menggosok-gosok kepalanya yang terasa
sedikit sengal itu.
Di muka
pertama buku itu,tertulis sesuatu dalam bahasa Cina. Ye la kan,
Danish ni kan ada campuran Cina?
Ohh....
diari rupanya! Macam perempuan la Danish ni sampai ada diari bagai...
aku pun tak ada tau! Hehe.... idea muncul! Nak baca ke tak? Baca? Tak
baca? Kalau baca,takut Danish marah! Kalau tak baca, tak lenalah
tidur aku nanti!
“
Hmmm..... sebagai isteri Danish Azfar,sememangnya aku layak untuk
baca! Lagipun, Danish ni laki aku, bukannya skandal aku pun!
Bismillahirrahmanirahim....” dengan bacaan bismillah, Aryssa mula
membaca satu persatu coretan dalam diari milik suaminya itu. Ada yang
kelakar, ada yang sedih dan ada jugak yang merepek entah apa-apa!
Jantung
Aryssa berdetak tidak menentu saat melihat namanya tercoret kemas
dalam salah satu catatan diari itu. Dia mula membaca dengan teliti,
bimbang sekiranya Danish mengutuknya dalam diam!
27
November 2005
Hari
ni aku nampak sorang
awek cun! Bukan awek
la, lebih kepada.... aku
tak tahu la. Aku
tak tahu kenapa jantung
aku ni macam nak
terkeluar tengok muka dia
yang begitu polos. Aku
rasa dia ni Melayu.
Aku amat pasti yang
dia ni baru habis
SPM, itulah sebab dia
dengan kawan-kawan dia
melepak dekat dalam pub
ni, masih dalam pakaian
sekolah dengan mulut tak
henti2 menjerit “Yei!
Yei! SPM dah habis!
Kita merdeka! Whoo!!!”.
Comel sangat la dia
ni,entah dah berpunya ke
tidak!
Nama
dia Aryssa Ellyna. Aku
dengar kawan dia menjerit
nama dia bila dia
main baling-baling handphone
diorang. Nakal dan comel
betul! Sebiji macam budak2.
Aku tak berani nak
tackle dia... takut dengan
aku sekali kena baling!
Aryssa
tersentak.
Rupanya
Danish
ini
sudah
lama
mengenalinya.
Dia
tahu
tarikh
itu.
Tarikh
dia
baru
sahaja
selesai
menduduki
peperiksaan
SPM.
Dia
dan
rakan-rakannya
ke
pub
untuk
kononnya
meraikan
hari
bersejarah
itu.
Seburuk-
buruk
dirinya
pada
masa
silam
dahulu,
dia
tidak
pernah
meneguk
air
kencing
syaitan.
Mereka
masuk
ke
pub
pun
hanya
untuk
berseronok,itu
sahaja.
Memang
remaja
di
bawah
umur
tidak
dibenarkan
untuk
masuk
ke
dalam
pub,
lebih-lebih
lagi
pelajar
sekolah,
namun
bila
ada
duit,
semua
boleh
jalan
maa....
Aryssa
meneruskan
bacaannya.
Entri
pada
kali
ini
yang
lebih
menarik
perhatiannya.
5
Mei
2008
Aku
rasa
seperti
dilahirkan
semula.
Aku
yang
dulunya
hidup
dalam
kegelapan
kini
disinari
cahaya
Islam.
Cukup
damai
aku
rasa
apabila
aku
melafazkan
kalimah
syahadah
itu.
Aku
sungguh
bersyukur
kerana
berpeluang
membaiki
hidup
aku
yang
di
ambang
kegelapan
sebelum
ini.
Dulu
aku
dikenali
dengan
nama
Danish
Wong,
kini
nama
aku
Danish
Azfar
bin
Abdullah.
Alhamdulillah....
mummy
dan
daddy
pun
masih
menerima
aku
sebagai
anak
mereka.
Masih
banyak
lagi
yang
perlu
aku
pelajari
tentang
Islam.
Dan
aku
sedar,
semakin
banyak
dugaan
yang
perlu
kutempuhi!
Ya
Allah....
Aryssa
terkelu
sendiri
membaca
luahan
hati
Danish
ketika
baru
memeluk
Islam
lima
tahun
yang
lepas.
Jantung
Aryssa
kembali
berdegup
kencang
apabila
matanya
menangkap
namanya
sekali
lagi
dalam
coretan
seterusnya
dalam
diari
itu.
19
April
2010
Ya
Allah...
aku
benar-benar
tak
sangka
akan
bertemu
dengan
bidadari
itu
lagi.
Bidadari
bernama
Ellyna
yang
pernah
menggegarkan
hati
aku
5
tahun
yang
lalu.
Ellyna...
namanya
seindah
orangnya.
Memang
sah,aku
dah
jatuh
cinta!
Hmm....
kuat
makan
jugak
Ellyna
ni.
Dua
snack
plate
KFC
dia
bantai
sorang2!
Aryssa
mengetap
bibirnya
geram.
Oh...
dah
pandai
kutuk
aku
yea?
Baca
lagi!
22
Februari
2013
Sakitnya
hati
bila
aku
tengok
Damien
berpegang
tangan
dengan
Ellyna!
Mereka
itu
pasangan
kekasih
ke?
Kalau
ya,
baik
aku
undur
diri.
Demi
adik
aku,aku
sanggup.
Tapi
serius
ke
Damien
tu?
Kalau
Damien
berani
nak
apa-apakan
Ellyna,memang
teruk
aku
kerjakan
dia!
Kebahagiaan
Ellyna
adalah
kebahagiaan
aku
juga.
Andai
ada
jodoh
di
antara
aku
dan
Ellyna,
adalah
tu.
Kalau
jodoh
Ellyna
adalah
bersama
adikku
sendiri,
maka
aku
reda
dengan
ketentuan-Mu
Ya
Allah....
:'(
Air
mata
sudah
bergenang
di
tubir
mata
Aryssa.
Ya
Allah
ya
Tuhanku,
Danish
dah
lama
mencintai
aku!
Dan
aku
tergamak
bersangka
buruk
terhadap
suamiku
sendiri!
Aryssa
menyelak
halaman
seterusnya
perlahan-lahan.
Dia
terasa
seperti
hendak
pitam
sahaja
melihat
coretan
pada
tarikh
itu.
Ya,
sehari
selepas
kesuciannya
diragut
tanpa
belas
kasihan!
Coretan
itu
merupakan
coretan
yang
terakhir
dalam
diari
itu.
20
Mac 2013
Sial
kau Damien! Tegar kau
hancurkan hati Ellyna!
Kenapa kau buat macam
tu?! Arghh!!!!
Nasib
baik aku paksa dia
bagitau aku pasal ni
sebab Damien balik pun
pukul 4 pagi semalam.
Jantung aku bagai nak
luruh dengar jawapan
selamba adik aku yang
tak guna tu! Katanya,
dia boleh sahaja berkongsi
RM 100,000 yang dia
dapat sebab dah.....
Aku
tahu Ellyna tu perempuan
baik. Dia terlalu baik.
Buktinya? Dia terlalu
mempercayai adikku yang
terkenal dengan perangai
playboynya itu! Seburuk –
buruk Damien, dia tetap
adikku. Aku tetap
bertanggungjawab menginsafkannya. Ya
Allah.... berilah aku
kekuatan untuk menghadapi
dugaanMu ini!
Macam
mana pulak dengan Ellyna?
Kasihan sungguh dia.... aku
sayangkan dia tapi.... dia
langsung tak kenal aku!
Mana mungkin dia nak
kenal dengan abang kepada
lelaki yang telah.....
Tabahlah
wahai Ellyna.... aku
sentiasa berdoa untukmu
dari jauh,kerana aku
tahu.... amat mustahil
untukmu menjadi teman
hidupku.:-(
Aryssa
sudah
menangis
teresak-esak.
Betapa
berdosanya
dia
kepada
suaminya
sendiri
yang
selama
ini
tidak
bersalah
langsung.
Selama
ini
dia
telah
bersangka
buruk
terhadap
Danish
Azfar!
Sedangkan
seorang
Danish
Azfar
begitu
telus
menerima
diri
Aryssa
Ellyna
yang
tidak
sempurna
ini.
“
I
love
you
Danish....”
kata-kata
keramat
itu
meluncur
lancar
di
bibir
mungil
Aryssa.
Kata-kata
yang
dirasakan
terus
dari
sekeping
hatinya
yang
kecil
itu.
<<<<<>>>>>
Malam
itu
Danish
pulang
agak
lewat.
Aryssa
pura-pura
tidur
sementara
menunggu
Danish
membersihkan
dirinya.
Mungkin
lelaki
itu
sudah
solat
isyak
di
tempat
kerjanya,telah
Aryssa.
Danish
tahu
yang
isterinya
hanya
berpura-pura
tidur.
Nampak
sangat
anak
mata
Aryssa
yang
kelihatan
bergerak-gerak
di
sebalik
kelopak
matanya
yang
tertutup
itu.
Hesy...
perempuan
ni
memang
tak
reti
berlakon
betullah!
Sengaja
Danish
hendak
mengusik
isterinya.
Danish
mendekatkan
wajahnya
pada
wajah
Aryssa.
Dihembus-hembus
nafasnya
yang
hangat
ke
leher
wanita
itu.
Aryssa
yang
kegelian
itu
terus
mencelikkan
matanya.
Mulutnya
dicebikkan
ke
arah
Danish
yang
sedang
ketawa
di
sebelahnya
sambil
berbaring
di
atas
katil.
“
You
ni...
suka
tau!
Meh
sini,
I
nak
tunjuk
skil
I
pulak!”
ujar
Aryssa
sambil
menggeletek
perut
Danish
yang
berotot.
Danish
hanya
beriak
selamba.
Seperti
sengaja
hendak
menaikkan
rasa
geram
Aryssa,
sempat
lagi
dia
menguap
tanda
dia
langsung
tidak
terkesan
dengan
tindakan
Aryssa
itu.
“
Huwaargh.....
you
nak
tidur
dah
ke
sayang?
Ke
you
masih
nak
geletek
I?
I
tahulah
you
suka
kan
perut
I
yang
macam
Rain
tu?
eh...
tak
..
tak...
perut
I
lagi
smart
la!”
“
Perasan
betullah!”
Aryssa
menampar
lembut
perut
Danish
sambil
merebahkan
kepalanya
dia
atas
lengan
sasa
Danish
yang
sudah
didepangkan
itu.
Sengaja
dia
ingin
bermanja
dengan
suaminya
sendiri.
Takkan
tak
boleh?
Kalau
dengan
Damien,
memang
haram!
“
Hei...
kenapa
ni?
Hmm...
ada
apa-apa
ke
El?”
Danish
mengusap
lembut
rambut
ikal
Aryssa
yang
kelihatan
seperti
mendambakan
perhatiannya
itu.
Tiba-tiba
Aryssa
memeluk
Danish
seraya
meletakkan
kepalanya
di
dada
bidang
Danish.
Air
matanya
sudah
mengalir.
Dia
terlalu
sebak
pada
ketika
ini.
Danish
terlalu
baik
untuk
dirinya!
“
Ellyna....
kenapa
nangis
ni?
I
ada
buat
salah
ke?”
tanya
Danish
lembut
sambil
mengesat
air
mata
Aryssa.
“
Danish....
I
nak
mintak
maaf...
I...
tak
bermakna
nak
berkasar
dengan
you.
I
tak
tahu
pun
yang.....”
“
Shhh.....
don't
worry
sayang.
I
akan
selalu
dan
sentiasa
memaafkan
you...”
“
Kenapa
you
tak
bagitau
I
yang
you
dah
lama
kenal
dengan
I?
Hmm?”
soal
Aryssa.
Danish
tersentak
dengan
soalan
Aryssa
itu.
Adakah
wanita
itu
sudah
membaca
sesuatu
yang
tidak
patut
dibacanya?
Aryssa
yang
perasankan
kebisuan
suaminya
itu
tahu
pastinya
lelaki
itu
sedang
berfikir
bagaimana
dia
boleh
mengetahui
hal
itu.
Maafkan
El,
abang....
“
El
baca
diari
abang...
El
mintak
maaf
sangat-sangat.
Bukannya
El
nak
baca
pun,
tapi...
kalau
El
tak
baca,
mesti
tak
lena
El
tidur
malam
ni.
Lagipun....
benda
dah
ada
depan
mata,
takkan
El
nak
biarkan
aje?
El
mintak
maaf
abang....”
tanpa
sedar
Aryssa
sudah
mengubah
cara
percakapannya
dengan
Danish.
Aryssa
rasa
lebih
baik
dia
memanggil
suaminya
itu
dengan
'abang'
sebagai
tanda
dia
menghormati
lelaki
itu
sebagai
suami
dan
ketua
keluarga.
Tak
adalah
asyik
'I',
'You'
aje
memanjang...
Danish
hanya
tersenyum
dengan
perubahan
Aryssa.
Nampaknya
doanya
sudah
dimakbulkan
Allah.
Alhamdulillah...
“
Laa...
its
okay
sayang...
lagipun...
I...”
Aryssa
meletakkan
jari
telunjuknya
di
bibir
Danish
tanda
lelaki
itu
sudah
terlepas
cakap
'I'.
“
Abang
rasa
El
memang
selayaknya
untuk
baca
pun.
Kita
kan
suami
isteri?
Rahsia
abang
adalah
rahsia
El
jugak.
So...
El
memang
dah
tahu
la
yang
abang
memang
dah
lama....”
“
Moi
aussi...”
ucap
Aryssa
dalam
bahasa
Perancis.
Dia
tahu
lelaki
bijak
seperti
Danish
tahu
maksudnya.
Maksudnya
'I
love
you
too'.
“
Abang....”
Aryssa
merasakan
sudah
sampai
masanya
dia
bertanya
tentang
perihal
adik
iparnya.
“
Hmm?”
“
Errr...
Damien
mana?
Tak
nampak
pun....”soal
Aryssa
tergugup-gugup
saat
bibirnya
menyebut
nama
lelaki
itu.
“
Damien
dah
meninggal.
Meninggal
selepas
terlibat
dalam
kemalangan
sebab
dia
memandu
dalam
keadaan
mabuk.”
Danish
menghela
nafasnya
dengan
berat.
Perkara
ini
yang
dia
sudah
hendak
memberitahu
Aryssa
sejak
hari
pertama
pernikahan
mereka.
Aryssa
terpempan
dengan
jawapan
yang
baru
sahaja
diberikan
oleh
Danish.
Biar
betul?!
Terus
dia
terduduk
bersila
di
atas
katil
sambil
matanya
terkebil-kebil
memandang
Danish
seperti
meminta
kepastian.
Danish
hanya
mengangguk
lembut.
Matanya
berkaca
apabila
teringatkan
satu-satunya
adiknya
itu.
“
Bila?
El
tak
tahu
pun...”
“
Seminggu
selepas
dia
dengan
El....”
kata-kata
Danish
mati
di
situ
apabila
menangkap
perubahan
riak
isterinya
itu.
Barangkali
terkejut.
“
Innalillahwainnalillahirrajiun.....
El....
umm....
terlalu
banyak
kejutan
hari
ni...
rasa
macam
nak
pecah
aje
kepala
El
ni...”
“
Maafkan
abang
sebab
tak
bagitau
El
awal-awal.
Sebenarnya,
abang
memang
nak
bagitau
masa
first
day
kita
kahwin
tu,tapi...
entahla.
Abang
macam
tak
ada
kekuatan
masa
tu.”
Danish
memegang
tangan
Aryssa
yang
sejuk.
Diusap-usap
tangan
itu
dengan
lembut
seperti
menyalurkan
kekuatan
kepada
wanita
itu.
“
Abang
tak
perlu
minta
maaf...”
“
Mummy
dengan
daddy
kesiankan
El.
Apalah
nasib
El
lepas
ditinggalkan
oleh
anak
mereka
sendiri?
Mummy
dengan
daddy
cukup
stres
bila
satu
persatu
masalah
datang
masa
tu.
Kesian
abang
tengok
diorang.
Sedih
sebab
kehilangan
anak
kesayangan
diorang,
dan
sedih
jugak
sebab
anak
diorang
dah
aniayai
seorang
gadis
yang
baik....”
Danish
menghela
nafasnya
sebelum
menyambung
bicaranya.
“
Mummy
suruh
abang
kahwin
aje
dengan
El.
Pada
mulanya
daddy
membantah
sebab
tak
nak
abang
rasa
terbeban
sebab
mengahwini
wanita
yang
tidak
dikenalinya.
Tapi
bagi
abang....
bila
mummy
suruh
abang
kahwin
dengan
El,
abang
rasa
macam
menang
loteri
aje
tau!”
Aryssa
mencubit
manja
paha
suaminya.
“
Mana
boleh
main
loteri....
kan
haram?”
“
Itu
dululah.
Sekarang
mana
abang
main
lagi
lepas
memeluk
Islam.
Dan
alhamdulillah,
daddy
pun
setuju
bila
abang
setuju
nak
kahwin
dengan
El.
Abang
cintakan
El.
Sungguh
abang
tak
sangka
yang
cinta
pertama
abang
akan
menjadi
cinta
terakhir
abang....”
bisik
Danish
romantis.
Aryssa
sudah
tersipu-sipu
mendengar
luahan
hati
suaminya.
Bahagia
sangat
dia
rasakan
pada
ketika
ini.
Perihal
Damien
dilupakan
begitu
sahaja.
Biarlah,
berdendam
dengan
orang
yang
tiada
pun
tidak
ada
gunanya.
Aryssa
kembali
berbaring
di
dada
bidang
Danish.
“
Ellyna,
abang
nak
minta
sesuatu
boleh?”
Aryssa mengerutkan dahinya. Kenapa pulak kena mintak kebenaran?
Tanya ajelah.
“ Tanya ajelah bang oii... tak payah mintak kebenaran. El ni
bukannya mem besar dalam rumah ni pun....”
“ Tapikan El ni kan mem besar dalam hati abang?” sengihan Danish
bertambah lebar. Suka dia bermanis mulut dengan isterinya yang comel
itu.
“ Ye la tu... membodek aje lebih...”
“ Sayang tahukan, diri kita ini tidak akan disakiti melainkan ia
adalah ketentuan daripada qada dan qadar daripada Allah?” Danish
semakin serius. Tangannya masih setia mengusap rambut Aryssa.
“ Hmm?”
“ Bila kita memaafkan seseorang ni, ia merupakan suatu penghapusan
dosa tau?” soal Danish lagi.
“ Hmm...”
“ Sesungguhnya ia adalah tingkatan yang lebih tinggi dalam
kehidupan seseorang itu.”
Aryssa semakin tidak faham dengan bicara suaminya itu. Berbelit
sana, berbelit sini!
“ Sebenarnya abang nak cakap apa ni?”
“ Err... El maafkan Damien tak? Tolong maafkan dia ek? Abang
tahu,kesalahan dia tu besar.....”
Aryssa bertindak berani dengan segera mengucup bibir merah suaminya
itu. Terdiam Danish dengan tindakan berani mati Aryssa itu.
“ El dah maafkan dia. Lagipun, tak guna kalau berdendam dengan
orang yang dah tiada kan? Buang karan aje...” Aryssa menatap wajah
Danish yang sudah merah akibat malu. Hesy... sepatutnya perempuan
yang malu, tapi ini terbalik pulak!
“ Terima kasih sayang...” kini giliran Danish pula menghadiahkan
kucupan di pipi gebu isterinya itu.
“ Your kasih accepted.”
“ I loved you before, I love you now, I will love you in the
future and I will love you always...” ucap Danish penuh syahdu.
“ El jugak....” balas Aryssa sambil tersenyum manis.
Ya Allah, sungguh hebat percaturanMu. Sekalipun digantikan dengan
lautan seluas Lautan Atlantik, aku takkan sesekali melupakan segala
pahit dan manis dalam hidupku. Terima kasih padaMu Ya Allah...
Sesungguhnya Allah berfirman dalam surah as-Syuura ayat 40 yang
berbunyi: Dan (jika kamu hendak membalas maka) balasan terhadap
kejahatan adalah pembalasan yang setimpal, tetapi barangsiapa yang
memaafkan dan berbuat baik, ganjarannya ditanggung oleh Allah (dengan
diberi balasan yang sebaik-baiknya). Sesungguhnya Allah tidak suka
orang-orang yang berlaku zalim.
*HMM...DAH LAMA RASANYA KAN SAYA TAK POST CERPEN? CERPEN NI SEBENARNYA SAYA HASILKAN SEBAB SAYA SEDAR BETAPA PENTINGNYA KEMAAFAN ITU DALAM KEHIDUPAN SESEORANG. SAYA SENDIRI PERNAH MENGALAMI PENGALAMAN MEMAAFKAN ORG LAIN,WALAUPUN HAKIKATNYA MUNGKIN MENYAKITKAN. HRP2,ANDA BOLEH TERIMA PENGAJARAN DLM CERITA NI YE...
*IDEA MUNCUL! KALAU ADA SESIAPA YG NAK CERITA ATAU PENGALAMAN MEREKA DIJADIKAN SEBAGAI PENGAJARAN, ANDA BOLEHLAH SUBMIT 'JLN CERITA' KAT RUANGAN KOMEN TU. INSYAALLAH,KALAU TIADA ARAL,SAYA AKAN CUBA HASILKAN CERPEN BERINSPIRASIKAN CERITA ANDA.( NAMA ANDA AKAN DISERTAKAN SEKALI YE!)