My Cute Buddies!

Tuesday 20 May 2014

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 22


BAB 22

Maya memisat-misatkan matanya. Kepalanya ditelengkan ke sebelah. Megat Andrian. Tangannya ditepuk-tepuk beberapa kali di atas permukaan itu. Lembut. Tilam. Mungkin lelaki itu yang mengangkatnya ke bilik selepas tertidur di buaian yang teramatlah selesa itu.

Selesa? Hmm.... sengih Maya sendirian.

Itulah tidurnya yang paling nyenyak dalam masa beberapa bulan ini. Jam di sebelah katil dikerling sekilas. Sudahpun pukul 5.05 pagi. Terasa ada pergerakan di sebelahnya. Siapa lagi kalau bukan Megat Andrian yang sedang menggeliat dan meregangkan otot-otot badannya yang sasa. Memang mengancam iman betul kerana lelaki itu sememangnya tidak memakai baju ketika tidur.

Maya menarik nafas dalam. Cuba untuk menahan gelodak rasa terhadap suaminya itu. Dia ni kalau tak menggoda pun dah buat Maya tergoda....

“ Awak mandi dalam bilik air dalam rumah tok wan ni. Saya nak pergi sungai...”serak kedengaran suara Megat Andrian.

“ Sungai?”

“ Ya....”

“ Kenapa tak nak mandi dalam rumah aje?”

“Saja... banyak soallah awak ni....” Megat Andrian menggaru-garu rambutnya yang sedikit kusut itu.

“ Saja nak tayang body lah tu...” gerutu Maya sendirian.

Terbuka sedikit mata Megat Andrian.

“ Memang pun. Dah ada body macam Zac Efron,mestilah nak tayang kan? Bangga! Kenapa? Setakat body awak dengan perut buncit macam tu, tak ada siapa pun yang sudi nak pandang...” selamba sindiran itu dilepaskan.

Aucchh...pedas!

Pagi-pagi lagi dah mula mukadimah nak mulakan perang dengan aku. Susah betul nak layan lelaki hot tapi pedas macam dia ni! Macamlah dia sorang aje yang kacak! Tapi bagi aku,dialah yang paling kacak,macho,seksi,aww.....

Maya tersengih gatal dengan imaginasinya yang semakin liar. Megat Andrian mengerutkan dahinya melihat Maya yang seperti kurang siuman itu. Gila ke apa bini aku ni?!

“ Apa sengih-sengih?!”

“ Saya nak.....” Maya sudah hendak mulakan bom 'gatal'nya. Itu sahaja senjata untuk mengalahkan lelaki di sebelahnya ini.

“ Nak apa....” Megat Andrian menelan liurnya.

“ Nak gomol....”

“ La.....la.....lagi?....”peluh sudah merecik di dahi Megat Andrian. Dalam kedinginan pagi begini ini pun dia boleh berpeluh?

“ Nak kiss.....”

“ Err....”

“ Nak peluk.....”

“ Awak...kenapa?” awak jangan goda sayalah! Sambung Megat Andrian dalam hati.

“ Nak mandikan awak boleh?” Maya menayangkan sengihan mahalnya lagi kepada Megat Andrian. Suka dia melihat suaminya begitu. Comel....

Cis...ingatkan nak buat apa tadi! Kasi haru betullah ini perempuan....

Taap! Satu sekehan yang agak keras mengenai belakang kepala Maya. Maya menggosok-gosok kepalanya yang terasa sedikit sengal selepas disekeh Megat Andrian tadi. Megat Andrian pula tersenyum sinis memandang wanita itu. Kemudian disusuli pula dengan ketawa yang langsung tiada gaya beriman...

“ Huargh...huargh...hahaha...”

“ Awak ni.... sakit tau!”

“ Tu la! Lain kali, nak cakap sesuatu,cakap straight to the point. Tak payah nak guna ayat mengusik jiwa macam tu!”

Megat Andrian bangun dari katil dan menyarungkan sehelai T-shirt. Memandangkan dia sudah berkain pelekat sejak malam tadi, jadi tidak usahlah dia menukar seluarnya itu kembali. Lagipun, dia hendak mandi. Tuala dicapai. Melihatkan Maya yang masih termangu keseorangan di atas katil, kasihan pula dia melihat wanita itu.

Megat Andrian mendekati Maya. Kepala Maya yang tadi disekehnya itu diusap lembut sebelum dicium tiga kali. Kemudian diusapnya lagi sekali.

“ Dah hilang sakit? Sikit aje pun,lembiklah awak. Jom lah,ikut saya pergi sungai, mandi sekali dengan saya. Cepat sikit, sebelum masuk waktu subuh. Kalau tak ramai orang nanti jenuh pulak awak nak mandi lagi nak jaga aurat awak. Tak nak datang, saya tinggal awak.” sempat lagi sindiran pedas berapi ditujukan buat Maya.

“Nak! Nak!” melompat terus Maya dari katil dan mengekori langkah Megat Andrian. Sempat lagi dicapainya alat-alat untuk mandi nanti.

Yes! Yes! Yes! Dapat mandi dengan dia! Bukan selalu pun. Arrr.....

<<<<<>>>>>

Megat Andrian memegang kemas tangan Maya sepanjang perjalanan menuju ke sungai. Dalam keadaan gelap begitu, apa-apa sahaja boleh terjadi.

Megat Andrian menanggalkan bajunya. Sekali lagi terserlah otot-otot badannya yang mengancam iman. Maya hanya mampu meneguk liur melihat suaminya itu. Maya hanya menonong sahaja mengikut Megat Andrian ke tepi sungai dan berendam di dalamnya.

“ Sejuk.....” terketar-ketar Maya apabila separuh badannya sudah berendam di dalam sungai. Dia hanya memakai kain batik dan T-Shirt longgar. Sehelai selendang pula diletakkan di atas kepalanya. Jadi kalau ada orang lalu, tak adalah kelam kabut mencari tudung yang entah ke mana.

“ Hei....siapa suruh awak ikut saya masuk ni? Awak mandi ajelah kat tepi tu,tak adalah sejuk sangat. Saya dah biasa...”

Megat Andrian memeluk tubuh Maya yang terketar-ketar itu lalu membawanya ke tepi sungai. Maya disuruhnya mandi di situ sahaja.

Selesai mandi, Maya memerhatikan Megat Andrian yang melakukan pelbagai gaya renang dalam suasana gelap itu. Ini tak macam mandi, tapi macam nak latih untuk Olimpik aje...

“ Awak ni mandi ke tak? Macam tak mandi aje saya tengok? Rupa-rupanya mat salih macam awak ni dah biasa jugak ye dengan kehidupan kampung macam ni...”

“ Correction,separuh mat salih, separuh Melayu tulen. Dari kecik tiap-tiap tahun masa raya mesti daddy bawak balik sini. Ye la, family mummy kan semuanya ada kat France. Tapi lepas tu....saya dah tak ingat....” suasana sunyi selepas itu.

Maya memandang Megat Andrian dengan simpati. Dia memahami suaminya itu. Dia tahu suaminya itu bukannya minta untuk dihilangkan ingatan begini. Berapa banyak kenangan manis dan pahit yang sudah dilupakannya pun tidak diketahui. Sungguh sakit rasanya....

“ Hmm... tak apalah. Sekurang-kurangnya Allah masih beri peluang untuk saya bernafas kan? Hmm... berbalik kepada tadi. Awak tanya saya mandi ke tak kan? Memang saya tak nak mandi pun...” selamba Megat Andrian merecikkan air sungai ke wajah Maya.

Maya meludah-ludah air sungai yang termasuk sedikit ke dalam mulutnya.

“ Tak mandi? Cepatlah awak... nanti terlepas pulak waktu Subuh..”

“ Awak mandikan saya lah... saya penat...” matanya dikerdipkan beberapa kali.

“ Saya....”

“ Awak kan suka menggatal dengan saya? So, saya bagi awak peluang nak gomol,kiss dan peluk saya. Macam yang awak nak. Saya tahu,orang mengandung ni memang pelik sikit perangai dia kan?” macam pernah dengar aje ayat tu. Haruslah, itukan ayat yang diciplak dari Maya tadi?

Maya sudah tidak terkata apa. Tugas memandikan suaminya dilakukan dengan hati yang teramatlah gembira.

“ Aduh! Auchh!! arghhh!!!” bergema satu kampung itu dengan jeritan kesakitan Megat Andrian. Mana tidak menjerit kalau dah bini bukannya gosok badan, tapi dah gaya macam menyental pakaian! Haha... padan muka!

<<<<<>>>>>

Datin Suraya memandang suaminya yang sedang menghirup kopi sambil membuang pandangannya ke luar tingkap banglo itu. Jelas kelihatan wajah tua itu sedang menanggung beban yang amat berat.

Datin Suraya menghampiri Datuk Megat Amriz. Ada sesuatu yang penting perlu da bincangkan dengan suaminya itu. Hal ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Lambat-laun akan diketahui oleh semua orang juga.

“ Saya rasa.... dah tiba masanya kita bagitahu hal yang sebenar kepada anak-anak kita..” kata-kata Datin Suraya itu membuatkan Datuk Megat Amriz tersentak. Cawan kopi yang dipegangnya diletakkan di atas meja kecil di hadapannya.

Satu keluhan yang berat dilepaskan.

“ Awak pasti ke sekarang masa yang sesuai? Dengan keadaan menantu kita yang tengah mengandung tu, Adam dengan anak dia pula ada dekat UK?”

“ Habistu? Bila lagi? Sampai bila kita nak rahsiakan perkara besar macam ni?” soal Datin Suraya lagi.

“ Hmm... sepatutnya,dari awal lagi kita tak patut rahsiakan benda ni. Masalah takkan jadi besar kalau dari dulu lagi kita bagitau anak-anak kita tentang ini..” Datuk Megat Amriz menggaru-garu dagunya.

“ Saya tahu.... tapi, keadaan masa tu tak mengizinkan. Saya takut anak-anak kita tak boleh terima kenyataan. Saya bimbang diorang akan kata kita...kita...lepaskan tanggungjawab...” matanya sudah berkaca-kaca. Datin Suraya terasa amat bersalah atas kesalahan di masa silam yang pernah dilakukannya dulu. Sebenarnya bukanlah satu kesalahan pun, cuma... dia hanya menolong orang yang paling disayanginya!

“ Tak sayang... apa pun yang akan berlaku, kita kena hadapinya juga. Tak guna kalau kita terus lari dari masalah ini. Saya percaya, Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya. Apa pun yang berlaku, mereka tetap anak dan kita tetap ibu bapa mereka.” Datuk Megat Amriz mengusap-usap bahu isterinya.

Datin Suraya hanya mengangguk. Mungkin ini suratan takdirnya. Mungkin inilah jalan terbaik yang Allah sudah tetapkan baginya. Apapun yang berlaku, perlu tabah dia hadapinya.

“ Awak dah tanya bila Andrian dengan Maya akan balik ke sini? Berapa lama mereka akan duduk di kampung tu?” soal Datuk Megat Amriz. Isterinya dipandang dengan penuh tanda tanya.

“ Oh... tadi baru saya call diorang. Katanya mungkin lagi seminggu dua lagi kot..”

“ Lamanya nak duduk kampung! Saya baru ingat nak suruh Andrian masuk kerja kat ofis aje. Tak payah bawak kapal terbang lagi buat sementara waktu. Ini tidak, masa mula-mula dulu punyalah bantah kita tak bagi dia kerja. Sekarang nak suruh dia masuk ofis, dia pulak pergi honeymoon! Mentang-mentanglah ni kompeni bapak dia yang punya...” omel Datuk Megat Amriz sendirian.

“ Alah... biarlah diorang tu. Dulu pun, tak sempat nak pergi honeymoon kan?”

“ Awak ni, asyik nak sokong anak awak aje.”

“ Eh, awak dah bagitau mak awak tak untuk rahsiakan dulu perkara ini?” membulat mata Datin Suraya apabila teringatkan ibu mertuanya di kampung suaminya di Kelantan.

“ Dah, jangan risau...” Datin Suraya menghela nafas lega mendengar kata-kata dari mulut suaminya. Walau apa pun yang terjadi, merekalah harus menjadi yang pertama untuk memberitahu tentang hal itu. Tidak elok didengari dari mulut orang lain pulak.

Bagaikan teringatkan sesuatu, Datin Suraya bertanya,

“ Azhar ada dekat mana sekarang?”

<<<<<>>>>>

Maya terasa seperti hujung baju Kedahnya ditarik ketika dia sedang asyik menikmati bau haruman bunga tahi ayam. Pelik, bukan? Pelik tidak pelik, bunga itulah bunga yang paling harum baunya daripada semua jenis bunga yang wujud. Jangan tanya kenapa....

Budak kecil itu sedang menjinjit sesuatu di tangannya. Matanya bulat memerhatikan Maya.

“ Hai adik.... siapa ni?” Maya sedikit menunduk kerana ketinggian budak itu hanya separas pahanya.

Budak itu mendiamkan diri seketika. Kepalanya terjenguk-jenguk ke dalam rumah seperti mencari seseorang. Megat Andrian yang sedang bersantai-santai di pangkin rumah tok wan Peah pun sedikit terangkat kepalanya melihat gerangan budak yang bertandang ke rumah tok wannya.

“ Kakak.... tok wan mana?” soal budak itu dalam loghat Kelantan pekatnya. Kepalanya masih lagi terjenguk ke dalam rumah.

“ Oh... adik cari tok wan ye? Tok wan pergi kenduri la. Sekejap nanti tok wan baliklah. Adik nak apa? Kakak boleh tolong buatkan. Tapi.... adik kena bagitau dulu, siapa nama adik?”

“ Okey! Akak boleh panggil kita, boboy! Nama kita sebenarnya Aqeel. Akak, akak ni cantik lah....” puji Boboy ikhlas dalam kecek Kelantan. Memang pun kakak yang baru pertama kali dijumpainya ini sangat-sangat cantik! Mujur juga Maya memahami 'cantik' dalam bahasa Kelantan. Tadi pun dia sudah berguru dengan tok wan.

Maya terus cair mendengar pujian itu dari mulut Boboy. Kalau Boboy yang sekecil itu pun tahu dia cantik, kenapalah makhluk Allah yang bergelar suaminya ini tidak reti-reti hendak perasan bahawa dia mempunyai isteri yang sangat hot,sexy and naughty?!

“ Alololo... comelnya Boboy ni! Terima kasih sayang. Boboy boleh panggil akak....” Maya berfikir seketika. Lisa? Oh,tidak. Itu nama istimewa. Hanya Megat Andrian sahaja yang boleh memanggilnya dengan nama itu! Tangannya diletakkan di atas bahu kecil Boboy.

“ Kak Maya! Okey?”

“ Tak nak lah.... kita nak panggil kakak.... Kak Yaya!” putus Boboy. Maya tercengang seketika. Namanya yang punyalah sedap itu diubahnya menjadi Yaya? Hmm... Yaya pun Yaya lah!

“ Kenapa Boboy nak jumpa tok wan?”

“ Boboy nak kasi kuih yang ibu buat dekat tok wan. Boboy dengan ibu duduk dekat rumah sebelah ni aje..” Boboy menghulurkan sebuah bekas kecil yang berada di tangannya kepada Maya. Tangannya menunjukkan ke sebuah rumah kayu di sebelah rumah tok wannya ini, tetapi saiznya lebih kecil sedikit.

“ Oh... ayah Boboy mana?”

Wajah anak kecil itu berubah mendung. Megat Andrian yang sedang memerhati dari jauh mula mengorak langkah mendekati Maya dan Boboy. Entah apalah yang bini aku bualkan dengan budak kecik itu!

“ Ayah Boboy.... tak ada kat sini. Ibu cakap ayah ada dekat atas langit. Tu... ayah tengah tengok Boboy la tu! Ayah sayang dekat Boboy. Boboy pun sayang sangat dekat ayah....” jari telunjuk Boboy dihalakan ke arah langit.

Maya berasa simpati terhadap anak kecil itu. Sudah kehilangan ayah di usia yang mentah ini. Kasihan sungguh... Maya menunduk dan memeluk Boboy. Megat Andrian mengerutkan dahi melihatkan Maya yang begitu mesra dengan budak yang baru sahaja dikenalinya itu.

“ Kak Yaya.... pak cik mat salih tu siapa?” meletup terus bom di kepala Megat Andrian mendengar panggilan Boboy terhadapnya. Pak cik?!

Maya mengalihkan kepalanya ke belakang. Megat Andrian sedang tercongok di belakangnya dengan muka tidak puas hati. Maya hanya tersenyum. Ini mesti sebab panggilan pak cik tu!

“ Oh... pak cik ni, suami akak. Handsome kan dia?” sengaja Maya turut menggunakan panggilan pak cik yang glamor itu.

“ Suami?” Boboy mengerutkan dahinya tanda tidak faham. Megat Andrian menrengus tanda tidak puas hati.

“ Abang lah! Bukan pak cik! Abang sama umur aje dengan kakak ni!” tambah Megat Andrian dengan suara yang ditahan.

Maya menjeling ke arah Megat Andrian.'Kenapa dengan awak ni? Tiba-tiba aje nak angin!'

Megat Andrian hanya menayangkan wajah selamba.' Ada saya kisah?'. Lidahnya dijelirkan.

“ Suami tu....macam boyfriend kakak. Tahu boyfriend? Cuma suami ni pangkat dia tinggi sikit daripada boyfriend.” terang Maya dengan lebih jelas sambil mengusap rambut lebat Boboy.

Boboy terangguk-angguk mendengar penjelasan Maya.

“ Pak cik mat salih, ibu cakap, tak baik jelir-jelir lidah kat orang. Nanti gengster datang kerat...” selamba pula Boboy mengenakan Megat Andrian.

Maya menahan tubuh Megat Andrian yang hendak menerkam Boboy. Ketika Maya sedang memberi pandangan amaran kepada lelaki itu, Boboy pula yang menjelirkan lidahnya kepada Megat Andrian seraya tersenyum mengejek.

“ Hesy... apalah awak ni! Dengan budak kecik pun nak ajak bergusti. Biarlah kat dia..” bisik Maya di telinga Megat Andrian. Boboy pula sedang berlindung di belakang Maya.

“ Tapi....”

Jari telunjuk Maya diletakkan di atas bibir Megat Andrian.

“ Nak bergusti, jom, kita bergusti dalam bilik. Bukan dengan budak ni,okey?” nakal sahaja sebelah tangan Maya diletakkan di atas punggung Megat Andrian. Ditepuknya lembut bagai menyuruhnya masuk sahaja ke dalam rumah dahulu.

Terkejut Megat Andrian dengan perlakuan berani Maya. Terus terpaku di situ. Masih lagi ternganga. Tidak sangka yang Maya akan bertindak seberani itu.
“ Boboy!! Mari masuk, dah nak masuk waktu maghrib ni!” laung seorang wanita dari rumah sebelah. Apabila terpandangkan Maya, sebuah senyuman manis dilemparkannya. Maya pula membalasnya dengan menganggukkan sedikit kepalanya.'Pastinya itu ibu Boboy!'

“ Baik, ibu!!” Boboy berlari keluar dari perkarangan rumah tok wan. Dia berhenti seketika dan berpatah balik.

Dalam hati Megat Andrian sudah menyumpah seranah budak penyibuk yang masuk kembali ke rumah tok wan. Ini tidak lain kalau bukan nak sakitkan hati aku aje!

“ Kak Yaya, boleh cium Boboy? Esok Boboy ada exam. Kalau orang cantik kiss kita nanti kita bersemangat nak amik exam. Boleh tak Kak Yaya?” Boboy membesarkan matanya.

Maya hanya tersenyum.

“ Boleh....” tubuh Boboy yang kecil itu dipeluknya lalu sebuah ciuman diberikan di pipinya.

Boboy mengangkatkan ibu jarinya kepada Megat Andrian yang sedang berada di belakang Maya. Lidahnya dijelirkan, bibirnya pula dicebikkan tanda kemenangan. Megat Andrian 'menghadiahkan' Boboy renungan mautnya. Kan dah kata, memang nak sakitkan hati aku aje budak kecik tak sedar diri ni!

Boboy melambai-lambai kepada kakak barunya sebelum berlari masuk ke rumahnya. Maya terperasankan muka masam Megat Andrian. Ini tidak lain kalau bukan.....

“ Awak marah kat Boboy ke? Biarlah,dia tu kan budak aje... dia bukannya tahu awak ni 'pak cik' ke, abang ke? Asalkan dia tak panggil awak dengan nama yang tak elok sudahlah”

Maya mengekori Megat Andrian yang menonong sahaja masuk ke dalam rumah kayu tok wan. Tiba-tiba Megat Andrian mengalihkan tubuhnya menyebabkan Maya terlanggar dada bidang lelaki itu. Hidungnya yang terasa sedikit pedih diusap-usap.

“ Awak, tak apalah. Dia panggil awak kakak cantik! Saya? Pak cik mat salih?! Tak sesuai langsung! Gatal pulak tu! Suka-suka hati nak suruh bini orang cium dia!” gerutu Megat Andrian marah.

Bahu Maya sudah terhinggut-hinggut menahan tawa. Wajah cemberut Megat Andrian itu begitu lucu di matanya.

“ Alah...setakat kiss kat pipi aje pun. Tak ada feeling langsung....”

Megat Andrian menarik wajah Maya dekat dengannya lalu diciumnya geram di pipi wanita itu. Tidak cukup sekali, dua kali diciumnya. Macam nak lepas geram pun ada!

“ Tak ada feel?! Awak patut tengok muka dia bila awak kiss dia tadi macam tu!”

Maya sudah jadi macam..... patung cendana. Patung cendana yang tersenyum gatal! Kalau tadi dia mencium Boboy, memanglah tak ada feel langsung, kalau yang lelaki hot plus macho plus seksi yang menciumnya seperti tadi cukup membangkitkan segala rasa gemuruh dalam dirinya. Hormonnya dapat dirasakan sedang bergerak laju.. jantungnya berdegup laju...matanya berkelip laju...Ah, indahnya dunia!

“ Saya kiss sekali aje! Awak tu aje yang melebih kiss dua kali!”

“ Saya....”

Maya menjongketkan kakinya lalu mencium lembut pucuk hidung mancung Megat Andrian. Hidungnya pula menyentuh lembut hidung Megat Andrian. Satu, dua, tiga,empat saat berlalu....

“ Dah, jangan buat muka lagi okey. Walaupun seribu Boboy yang datang, tetap takkan sama dengan awak. Awak,istimewa dengan cara awak tersendiri. Jangan tanya saya kenapa sebab saya memang tak boleh nak jawab. Jom, saya nak ambil wudhuk dulu,kita solat maghrib kat surau kampung ye..” pipi Megat Andrian ditepuknya lembut sebelum berlalu ke bilik air.

Beberapa saat berlalu... Megat Andrian tersenyum sendirian....

1 comment:

surat layang untukku:-)