My Cute Buddies!

Tuesday, 20 May 2014

30 Hari Mengejar Kebahagiaan BAB 23


BAB 23

“ Kenapa nak kena memancing malam-malam jugak? Siang tak boleh ke awak?” dari tadi Maya asyik merungut kerana 'terpaksa' dan dipaksa mengikuti Megat Andrian memancing pada waktu malam. Kakinya dihentak-hentak di atas permukaan perahu itu sebagai tanda protes. Teroleng -oleng perahu yang dikemudi oleh Megat Andrian.

“ Habistu? Dah benda tu akan bangun pada waktu malam. Siang nanti diorang tidur la..”

“ Tak ada logika langsung alasan awak tu!”

“ Awak yang nak pergi memancing sangat kan?!” sindir Megat Andrian.

Memanglah pada mulanya Maya memang teringin sangat untuk pergi memancing. Hasratnya, ingin menangkap ikan dan memasaknya sendiri. Tapi....yang diingininya ialah memancing pada waktu siang, bukannya malam! Malam apa yang nampak?!

Terpaksa juga dia mengikut Megat Andrian ini. Siap membawa baju untuk tidur di dalam rumah perahu nanti. Entah selesa ataupun tidak. Jenuh juga Megat Andrian hendak memberi alasan kepada tok wan yang sudah membebel dalam bahasa Kelantan. Entah-entah tok wan sedang memakinya ya tidak? Apa motif Megat Andrian membawanya ke sungai malam-malam begini? Tak ke bahaya namanya itu?!

Hampir-hampir sahaja Maya terjatuh akibat pergerakan perahu yang tidak menentu itu. Nasib baiklah sempat Megat Andrian memeluk pinggangnya dengan lengan kirinya. Tangan kanannya itu pula digunakan untuk mendayung perahu tersebut.

Sebenarnya tak adalah teruk sangat duduk dalam perahu ni. Malam-malam. Gelap. Berdua-duaan dengan lelaki hot. Hubungan yang halal. What could possibly go wrong?

Maya tersenyum sungging. Sengaja tangannya mengusap bulu-bulu halus di tangan Megat Andrian. Kemas dan rapi. Bau badan lelaki itu yang cukup mengasyikkan...No. No. perkataan yang tepat ialah memabukkan. Ya, memabukkan....

“ Ehem...ehem...” Megat Andrian berdeham. Tidak mahu terlalu hanyut dengan isterinya itu.

“ Apa? Potong stim betullah awak ni....” bebel Maya.

“ Kita dah sampai. Jangan asyik berangan. Karang jatuh dalam sungai saya tak nak tolong!” ugut Megat Andrian. Pegangannya pada pinggang Maya sudah dilepaskan. Sauh dijatuhkan untuk mengelakkan perahu mereka terhanyut lebih jauh ke dalam laluan anak sungai itu.

“ Tak nak tolong sudah! Bapak duyung kan ada? Tak ada bapak duyung, anak duyung yang hot tu pun boleh selamatkan saya!” bantai ajelah si Maya oii..

“ Ek eleh... riak pulak dia! Tak habis-habis dengan hot dia tu! Gedik betullah awak ni. Mana ada duyung wujud?!”

“ Mana awak tahu dia tak wujud?”

“ Saya tahulah!”

“ Auta aje awak ni!”

“ Duyung yang paling hot kat sini ialah saya! Me, and nobody else!” Megat Andrian mendabikkan dadanya,bangga.

“ Ye la tu....” Maya mencebikkan bibirnya. Malas mahu membalas kata-kata suaminya. Kenapa malas? Ayat dia yang terakhir itu ada benarnya jugak...aww....

Maya memerhatikan sahaja Megat Andrian yang mengeluarkan peralatan memancing. Kelihatan seperti lelaki itu sememangnya sudah biasa dengan semua ini. Mungkin juga arwah tok ayah sudah menurunkan segala ilmu warisannya kepada cucu kesayangannya ini. Nampak tidak kekok langsung dengan suasana kampung ini. Cuma yang aneh sedikit mungkin kerana wajah Megat Andrian yang sebiji mat salih kerana mewarisi genetik dari ibunya. Kacak sungguh!

“ Apa tengok-tengok? Ada hutang ka?” tidak keruan Megat Andrian apabila ditenung sebegitu oleh Maya. Malu pula dia rasakan.

Maya tersentak dengan sergahan Megat Andrian itu namun tidak diendahkannya langsung. Dia mengambil tali pancing yang sudah dipasang dengan umpan dan melabuhkan punggungnya di bangku kecil yang diletakkan di bahagian kanan perahu itu.

“ Saya nak memancing kat sini. Awak, pergi sana. Jangan kacau saya tau! Nanti ikan-ikan saya lari!”

“ Okey. Jangan nak ek sangat Lisa.... kita tengok siapa yang dapat lagi banyak hasil!” cabar Megat Andrian. Tubuhnya membelakangi Maya. Sekali-sekala dia mencuri pandang ke arah Maya yang kelihatan khusyuk memancing.

Malam yang pekat itu sungguh sunyi tanpa sebarang bunyi. Cahaya yang suram daripada lampu kalimantang tidak mampu menghilangkan rasa seram yang mula menghantui. Bunyi cengkerik membuatkan bulu roma di tangan Maya menegak. Masa itu jugalah dia hendak teringat pada cerita-cerita seram yang pernah diceritakan kak longnya dulu.

Megat Andrian menarik tali pancingnya. Mengena! Sekali lagi ditariknya, mengena lagi! Sudah lebih dua belas kali tali pancingnya ditarik dan semuanya mengena! Maya di sudut sana sudah tidak betah duduk sendirian apatah lagi dalam keadaan malam yang menyeramkan itu. Satu sahaja tali pancingnya mengena, itupun dapat seekor anak sotong.

Megat Andrian sudah membuat tarian kemenangannya. Melihatkan muka masam Maya menambahkan lagi kemanisan kejayaannya itu. Pinggangnya digelek-gelek gaya Shakira. Sekali pandang,nampak macam orang yang kurang siuman. Dua kali pandang, nampak seperti dia sedang menggoda isterinya itu dengan tarian itu.

'Hesy... apa pasallah ikan tak nak makan umpan aku ni? Sama aje umpan yang aku guna dengan laki aku! Port dia tu lubuk ikan ke? Tak boleh jadi ni!' gerutu Maya dalam hati.

Punggungnya diangkat perlahan. Langkahnya perlahan diatur ke arah Megat Andrian. Dia cuba untuk mengintai di sebalik baldi yang mengandungi 'hasil' tangkapan suaminya itu, namun ditutup pula dengan sehelai kain buruk. Takut agaknya kalau ikan dia melompat masuk sungai balik!

Maya teragak-agak untuk memanggil Megat Andrian. Megat Andrian yang sudah lama menyedari kelibat Maya di belakngnya hanya buat tak tahu sahaja. Sengaja mahu menguji tahap egonya isterinya itu. Pasti wanita itu datang kepadanya untuk.....

“ Awak.... kenapa saya tak dapat ikan langsung? Boleh saya duduk sini tak? Awak pergilah sana... awakkan gentleman..” pujuk Maya.

“ Tak boleh! Tadi awak ek sangat, kononya boleh dapat lagi banyak hasil daripada saya? Apa dah jadi Cik Lisa sayangku?”

Sayangku? oh... hormon gedik Maya sudah mari!

“ Alahh... susah-susah aje, saya nak memancing dengan awaklah. Okey, saya mengaku, awak lagi hebat memancing! Puas hati? Now, saya nak jugak dapat ikan! Dapat seekor sotong tu boleh buat apa? Tak menyelerakan la...”

“ Tak menyelerakan? Mengada-ngada betul! Habistu? Nak ikan jaws ke?”

“ Hmm... boleh jugak! Mata dia...”

“ Seksi kan? Saya dah agak awak nak cakap yang itu.” cantas Megat Andrian.

“ Memang pun! Agaknya semua ikan yang awak dapat ni ikan betina tak?” tangan Maya cuba menyelak kain buruk di atas baldi merah itu. Akibatnya...

Paap! Tangannya ditampar oleh Megat Andrian. Melepaslah kau nak tengok ikan-ikan tu Maya....

“ Janganlah...nanti diorang takut tengok awak yang tak cantik ni...” selamba sahaja Megat Andrian mengutuk isterinya yang hot,cun meletop itu!

Maya sudah mengherotkan bibirnya. Marah agaknya wanita itu pada ikan-ikan gatal itu.

“ Dah agak dah! Memang ikan betina kan? Tengok awak yang....”

“ Tengok saya yang seksi buat diorang panasaran kan? Awak nak cakap yang itu kan,i suppose? Dahla... dengan ikan pun nak cemburu ke? Tahulah yang awak tu memang sayang gila dekat saya. Tak payah nak over sangat nak menunjuk.” matanya tetap pada sungai. Sedar dirinya sudah terlebih cakap yang bukan-bukan,Megat Andrian mendiamkan dirinya. Tidak, dia tidak maksudkan begitu! Entah kenapa, dia suka apabila Cik Lisanya manja begini... gedik itulah yang membuatkan hatinya....

“ Cemburu? Excuse me....saya tak perlu cemburu nak tunjukkan kasih sayang saya pada awak. Saya tak perlu kata-kata untuk tunjukkan kasih sayang saya pada awak. Saya tak perlu tindakan membodek dan mengayat segala untuk tunjukkan yang saya memang sangat sayang awak separuh nyawa. Apa yang saya buat selama ini memang diri saya yang sebenar. Saya pun tak tahu kenapa saya boleh jadi mengada-ngada macam ni. Saya tak mintak pun. Mungkin perubahan hormon saya puncanya. Saya tak kisah pun. Separuh nyawa lagi saya sayangkan anak-anak saya. Anak-anak kita. Cukup dengan doa pada Allah, dan hanya Allah yang tahu betapa sayangnya saya pada awak. Kasih sayang saya tidak boleh.....” ayatnya tidak dapat dihabiskan. Entah terlebih emosi pula Maya pada hari ini.

Megat Andrian terus bangun dan memeluk Maya. Maya tidak menangis,sebaliknya hanya mendiamkan dirinya. Sudah terlalu banyak dia menangis kerana suaminya ini. Cukuplah setakat itu. Megat Andrian mengusap-ngusap belakang Maya.

Bagaimana dia hendak katakan bahawa dia memang tidak sengaja? Bahawa dia sudah terlajak kata? Benarlah, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata? Tidak boleh sesekali. Tetap akan meninggalkan bekas dalam hati.

“ I'm sorry.. saya... tak maksudkan macam tu pun. Saya...” bisik Megat Andrian.

“ Dahla! Jom,apa feeling-feeling ni. Saya rimaslah, awak peluk dari depan macam ni. Perut saya dah boyot awak tahu? Kalau dulu, memang hot gilalah saya. Body saya lagi hot daripada supermodel tahu? Petik jari aje saya boleh goda awak. Skil saya berkarat sikit, tunggu lepas bersalin, nanti siang awak nak tengok saya, tengahari pun awak nak tengok saya...malam?” Maya mengenyitkan matanya,nakal.

Megat Andrian terpempan melihat Maya. Benarlah, perempuan ini memang tidak mempunyai perasaan langsung! Oh, dia ada perasaan, perasaan diri itu sangatlah cantik,hot,comel,pedas,seksi!

“ Err... jom duduk sini. Saya ajar awak,okey?” teragak-agak Megat Andrian berbicara.

Mata Maya bersinar-sinar. Yei, akhirnya aku akan dapat ikan!

Megat Andrian menyuruh Maya duduk di antara celah kelangkangnya. Belakang badan Maya menyandar pada dada Megat Andrian. Tulang belakangnya tidak lagi berasa lenguh akibat duduk terlalu lama. Inilah posisi memancing yang paling selesa di dunia! Bisik hati Maya, nakal!

“ Okey, awak tengok aje. Pegang tali pancing ni. Tunggu sampai saya bagi isyarat okey?” Maya hanya mengangguk. Tali pancing dipegangnya dengan sebelah tangannya. Megat Andrian pula meletakkan tangannya di atas tangan Maya.

Tangan Maya berada kukuh dalam genggaman Megat Andrian. Maya sangatlah teramat suka dengan keadaan begini. Tidak rugi dia mengikut suaminya memancing malam-malam buta begini. Berada dekat dengan Megat Andrian.... mendengar setiap desahan nafas lelaki itu... cukup menenangkan. Dirinya terasa cukup selamat. Aliran darahnya semakin laju dipam ke jantungnya. Begitu indah saat ini bersama suaminya ini...

“ Hmm... awak?” panggil Maya setelah beberapa minit memegang tali pancing.

“ Hmm?”

“ Awak tak rasa ke...dah terlalu lama saya ambil cuti? Maksud saya, dah lama saya tak masuk kerja. Doktor apa kalau dah selalu sangat ambil cuti? Nanti lepas bersalin cuti tiga bulan lagi?” Maya menoleh ke belakang. Setiap bulu roma di wajah lelaki itu dapat dilihatnya dengan jelas.

“ Awak ni doktor yang nak menggatal dengan suami dia...” spontan jawapan itu keluar dari bibirnya.

“ I'm serious dear...”

“ Tak payah kerjalah. Duduk dengan saya aje. Saya kerja. Nanti lepas balik dari kampung, saya nak join masuk ofis papa.” tenang sahaja kata-kata itu meluncur keluar dari bibirnya.

Maya terpana mendengar kata-kata serius dari bibir suaminya. Biar betul? Bukan perihal Megat Andrian hendak masuk kembali kerja mengganggu fikirannya, tetapi ayat 'tak payah kerjalah. Duduk aje dengan saya', benar-benar memeranjatkannya.

“ Awak... serius ke ni? Kalau saya kata saya tak nak berhenti? Ye la, bukan senang saya nak belajar sampai jadi doktor, senang-senang aje nak berhenti kerja? Macam tak berbaloi pulak belajar bertahun-tahun,tapi tak kerja pun..”

“ Siapa kata saya main-main? Kalau awak tak nak berhenti,terpulanglah. Saya bagi awak pilihan. Kenapa awak nak anggap yang belajar itu susah payah? Bagi saya, belajar tu macam satu ibadah. Ibadah yang kalau kita buat, kita dapat pahala sekiranya gunakannya di jalan Allah. Bukan bermakna awak tak kerja dekat hospital tu awak dah tak jadi doktor. Awak sentiasa jadi doktor di mata saya. InsyaAllah. Kalau ada modal,tambah sikit dengan duit simpanan saya,boleh kita bukak hospital. Awak dan saya sebagai pengarah. Awak masih boleh berkhidmat dalam profesion awak tu. Modal, papa kan ada? Bukannya saya tak nak awak kerja, tapi...saya fikirkan anak-anak kita. Siapa nak jaga anak-anak kita? Takkanlah nak bagi penjaga made in Indonesia jaga? Saya tak nak. Baik aje saya kahwin lain.”

Maya berfikir sejenak. Terharu juga sebenarnya kerana Megat Andrian ada memikirkan tentang dirinya dan anak-anak mereka. Sangat-sangat terharu kerana Megat Andrian mempunyai rancangan masa depan dan dia pula sebagai isteri lelaki itu. Masih terasa seperti berpeluang untuk mengekalkan rumahtangganya bersama suaminya itu. InsyaAllah...

“ Hmm... awak dah tak nak kerja sebagai juruterbang ke? Dari dulu...”

“ Dulu itu dulu. Kan saya dah kata? Kalau awak sanggup berkorban demi anak-anak kita, kenapa tidak saya? Berkerja sebagai juruterbang bukan mudah, banyak kena korbankan masa, memang itu dah sebati dalam jiwa saya.. Saya tak nak ketinggalan detik-detik indah anak-anak kita membesar... ” terasa syahdu kata-kata Megat Andrian.

Entah sedar atau tidak lelaki itu sekarang? Kenapa terlalu jauh rancangannya? Kenapa semua dalam hidupnya berlalu terlalu pantas? Bukankah Maya sepatutnya bersyukur?

Sambung Megat Andrian lagi....

“ Hati saya terbahagi tiga. Satu, pilot,kapal terbang...benda-benda yang berkaitan la. Bahagian kedua, anak-anak saya. Saya sangat sayangkan anak-anak saya walaupun saya sedar,pada suatu ketika dulu,saya pernah menidakkan kehadiran diorang...”

Kenapa nama Maya tidak disebut? Oh, tidak! Adakah dirinya disisihkan dari hidup lelaki itu? Eh,ada bahagian ketiga lah...

“ Ketiga pulak?” tanya Maya tidak sabar. Matanya memandang tepat ke dalam anak mata Megat Andrian yang bersinar-sinar dek cahaya bulan. Subhanallah... indahnya sepasang mata itu!

“ Itu..... cepat tarik!” meninggi suara Megat Andrian tatakala terasa ada tarikan di tali pancing itu.

Megat Andrian menarik kuat tali pancing itu sehinggakan.....

Splatt!! Seekor sotong tepat mengena muka Maya. Maya sudah menutup mata kegelian. Mulutnya terasa sedikit daripada air sotong itu. Mual tekaknya menahan rasa loya. Megat Andrian hanya tersengih tanpa rasa bersalah langsung..

“ Awak!!!”

“ Yes?”

“ Arghh!!!”

“ Apa dia Miss Lisa?”

“ Saya rasa nak cekik awak!!!”

Megat Andrian membulatkan matanya. Oh tidak, sanggup biniku mahu mencekikku yang kacak bergaya ini?!

“ Err.... kenapa? Bukankah awak yang nak sangat dapat sotong?” soalnya tanpa rasa bersalah. Maya bangun dari bersandar di dada Megat Andrian. Dadanya berombak menahan rasa geram. Hilang sudah mood romantiknya...

“ Sotong?! Geli awak tahu tak?! Air dia masuk dalam mulut saya! Eee.... yuck!”

Maya merentap kain buruk yang menutup baldi merah itu. Semuanya sotong?! Tak ada seekor ikan langsung! Maknanya....

“ What do you mean by sotong? Awak cakap nak tangkap ikan?! Oh patutlah saya dapat sotong aje tadi! Saya ingat saya tak ada skil memancing, rupanya awak pun sama aje!” hambur Maya.

“ Alaah... siapa cakap nak tangkap ikan? Saya tak cakap pun. Awak yang beria-ia nak tangkap ikan. So, saya biarkan ajelah! Excuse me, awak memang tak ada skil. Tahu kenapa? Awak dapat pun sekor sotong aje! Itu pun anak sotong. Tak payah nak berlagak sangat lah!” Megat Andrian menyapu ibu jarinya ke hidungnya.

Megat Andrian menapak dengan laju ke arah Maya. Niatnya mahu membersihkan 'air sotong' di wajah isterinya itu. Entah di mana silapnya, kakinya tersepak baldi yang mengandungi sotong-sotong yang ditangkapnya tadi. Habis berhamburan semua sotong tersebut tepat di kaki Maya. Habis berlendir kakinya dengan segala 'jus' sotong itu.

Merah padam muka Maya menahan rasa geram yang tidak kesudahan. Lepas satu, satu lagi kena! Megat Andrian menggigit bibir menahan ketawa. Lucu sungguh muka orang bandar ini. Padan muka! Nak sangat memancing kan?!

“ Megat Andrian Haikal Megat Amriz.... what have you done?” tenang suaranya sambil matanya tepat merenung Megat Andrian. Tangannya digenggam.

“ Umm... err.... sorry!”

“ Sorry?! Sorry naik ferrari la!”

Megat Andrian mengerutkan dahinya. Ferrari?

“ Kenapa ferrari?” soalan bodoh itu juga yang ditanyanya.

“ Sebab.... awak anak orang kaya! Awak tau tak... awak dah buat darah saya menggelegak,mendidih,membara. Dan saya rasa macam nak terkam aje awak!” kedua-dua tangannya mencengkam kuat bahagian dada Megat Andrian. Berkerut wajah Megat Andrian menahan kesakitan barangkali.

“ Eh... sakitlah! Sengal! Lepaslah! Sorry okay... lebamlah dada saya! Gila! Meroyan ke apa awak ni?!” tangannya merentap tangan Maya yang mencengkam dadanya.

“ Sengal?! Gila?! Awak memang nak kena kalaulah saya tak fikirkan yang kita sedang berada di atas perahu ni!” ugut Maya. Kakinya disarung keluar dari seliparnya yang basah. Hujung skirtnya turut basah terkena air sotong itu.

“ Eleh... apa sangatlah yang awak boleh buat?” cabar Megat Andrian.

“ Jangan cabar saya Haikal... kalau saya nak, dah lama saya rogol awak! Awak nak report polis? No...no...no... tak ada istilah rogol dalam hubungan suami isteri! Dah lama saya tak...”

Megat Andrian menarik wajah Maya dengan kedua-dua tangannya. Bibirnya hanya seinci dari bibir wanita itu. Sengaja dia ingin menduga Maya.

“ Awak ni cakap aje lebih. Buatnya, tidak! Saya penat. Nak tidur. Cepat tukar baju. Saya tunggu luar...” bisik Megat Andrian. Nafas hangat lelaki itu yang mengena Maya membuatkan dadanya bergelora hebat.

Tubuh Megat Andrian ditolak perlahan. Penat dia saja ingat, aku yang mengandungkan anak dia punya penat dia tak ingat?

Tabir yang menutupi ruang tidur itu diselak perlahan dan ditutup setelah dia masuk ke dalam. Lampu pelita kecil itu sedikit membantunya bagi mencari baju gantinya yang dibawanya tadi. Tidak sesekali dia akan tidur bertemankan bau-bauan encik sotong! Yucks!!

Megat Andrian berdeham. Tangannya yang mengutip sotong-sotong yang bertaburan di lantai perahu itu berhenti dari terus mengutip sotong-sotong itu.

“ Ehem... padamkan lampu tu boleh tak?”

“ Kalau padamkan lampu ni, macam mana saya nak nampak? Silap hari bulan tersarung baju awak pulak! Alah... jangan risaulah...bukannya kena bayar pun guna minyak tanah nak nyalakan lampu pelita ni...”

“ Suka hati awaklah. Bolehlah saya cuci mata malam-malam ni..”

Maya pelik dengan ayat terakhir Megat Andrian. 'Cuci mata malam-malam ini'? Nak nampak apanya kalau dah gelap-gelita. Buang tebiat ke apa laki aku ni? Cepat-cepat dia menukar pakaiannya. Losen disapu bermula dari kaki hingga ke leher, perlahan-lahan gaya sensual. Padahal,bukannya ada orang nampak pun. Syok sendiri bolehlah!

Siap! Hampir lima belas minit juga dia berada dalam ruang tidur itu. Toto sudah dibentangkan. Dua biji bantal disusun sebelah-menyebelah. Selimut pun sudah siap dibentangkan! Kain itu diselak. Megat Andrian tidak berkelip matanya sedang memandang ke arahnya. Maya mengurut dadanya untuk menghilangkan rasa terkejut.

Tiada apa pun berbeza dengan dirinya. Perutnya masih boyot. Mukanya masih sama. Entah apa yang dimenungkan oleh lelaki itu.

“ Jomlah tidur.. nanti esok kan nak bangun awal? Karang terlajak pulak tidur..” gamit Maya. Tangan Megat Andrian yang masih kaku dipimpinnya masuk. Dilihatnya lelaki itu sudah menukar seluarnya kepada kain pelikat.

Aik? Mana pula dia tukar? Oh no, dia tukar kat luar ke?! Tak malu! Nak malu apanya? Orang yang perasan hot! Memang pada hakikatnya lelaki itu sememangnya sangat-sangat kacak!

Maya membaringkan tubuhnya di sebelah Megat Andrian. Megat Andrian mengambil bantalnya lalu diletakkan di sebelah kanan Maya, berhampiran dengan perutnya. Di sebelah kiri Maya, dia mula menyelesakan dirinya dengan tidur beralaskan lengannya. Maya pelik melihat bantal tidur suaminya itu diletakkan di sebelahnya.

“ Kenapa awak tak tidur atas bantal? Kenapa letak kat sebelah saya ni?” Maya mengiringkan tubuhnya menghadap Megat Andrian. Dahi mereka bersentuhan.

“ Hmm... awak ni tidur tak tetap. Sekejap pusing sini, sekejap pusing sana. Nanti perut awak tak adalah nak terhantuk kat permukaan kayu kat sebelah sana. Ye la, ruang ni kan sempit. Maaflah kalau awak tak selesa. Sebelah sini pulak, saya boleh jagakan awak.” ucap Megat Andrian sambil menguap. Maya meletakkan kekura tangannya di atas mulut Megat Andrian.

Terharunya Maya. Sungguh, Megat Andrian adalah lelaki yang paling gentleman pernah dijumpanya. Sempurnanya lelaki itu di matanya. Walaupun hakikatnya, Megat Andrian tu tak adalah sempurna sangat. Lelaki yang punya banyak kekurangan dan kelemahan. Benarlah kata orang, cinta itu buta.

“ Jangan nak perasan okey.. saya sayangkan anak-anak saya.” kata-kata Megat Andrian mematikan lamunan Maya. Cet! Baru aje nak perasan,dia dah cantas! Anak-anak aje? Mak budak tak sayang ke? Ekekekek.....

“ Mana ada perasan....”

“ Macamlah saya tak tahu perangai gedik awak tu macam mana!” balas Megat Andrian, enggan mengalah. Maya mencebikkan bibirnya.

“ Suka sangat cebik bibir tu. Jangan harap saya nak kiss! Kejap... saya nak berpesan ni,dengar betul-betul tau...” 'jangan harap nak kiss'? No. No. Itu memang ayat auta!

“ Pesanan? Oh,okey. Saya akan dengar. Memandangkan saya ni kan isteri mithali awak?” sempat lagi Maya memuji dirinya. Megat Andrian mengetuk perlahan kepala Maya dengan buku limanya.

“ Opss...sorry!” Megat Andrian mengusap-ngusap ubun-ubun Maya. Lembutnya usapan Megat Andrian itu membuatkan Maya benar-benar sudah mengantuk ditambah pula dengan olengan perahu itu seperti sedang membuainya tidur.

“ Lain kali, nak tukar baju tu tutup lampu,tau? Ini bukan pesanan lagi. Tapi arahan. Sepanjang kat kampung ni,tutup lampu. Kalau dekat rumah tok wan, jangan tukar baju dekat langsir...”

“ Kenapa?” tanya Maya. Pelik dengan arahan lelaki itu.

“ Oh...gayamu yang menyapu losen...dari hujung kaki ke lehermu yang jinjang. Benar-benar membuatkan aku panasaran...oh tidak!”

Maya berfikir sejenak. Sapu losen? Memang tadi dia ada menyapu losen. Macam mana pula...

Melihatkan senyuman nakal Megat Andrian itu, Maya membeliakkan matanya. Tangannya spontan menampar lembut lengan sasa Megat Andrian. Hari ini tahu pula dia nak pakai baju, sejuk barangkali.

“ Awak jahat!! Tak jaga mata! Awak mengintai saya!”

Patutlah tadi lelaki itu ada menyebut ayat 'cuci mata malam-malam'. Inilah 'cuci mata' yang dimaksudkannya!

“ Rezeki....”

“ Gatal! Miang! Jangan awak berani mengintai orang lain!”

“ Kalau saya mengintai orang lain.... dah lama lebam mata saya ni tahu? Nanti awak tak boleh nak puji mata saya ni seksi dah.”usik Megat Andrian.

Bagaikan teringatkan sesuatu, Megat Andrian bertanya,

“ Hari tu masa kita baru sampai kat kampung ni, awak kata kalau nak goda saya awak akan panggil saya apa?”

Maya mencelikkan matanya. Sengihan nakal mula terbit di bibirnya.

“ Abeyyy....” suaranya kedengaran cukup manja. Abang yang berbunyi 'abeyy' dalam loghat Kelantan itulah dirasakan sangat manja dan lunak di halwa pendengarannya ketika baru belajar perkataan itu. Sangat menggoda...

Jantung Megat Andrian mula berdegup laju. Sudah tersungkur ke dia ke dalam hamparan kasih isterinya itu? Janganlah panggil abeyy, Lisa....

Maya mendekatkan wajahnya ke wajah Megat Andrian. Hidungnya menyentuh hidung Megat Andrian. Lama. Mata Megat Andrian langsung tidak tertutup. Terkejut mungkin.

“ Goodnite. Assalamualaikum...” ucap Maya sebelum melelapkan matanya. Rasa letihnya sudah tidak tertahan lagi.

Buat kesekian kalinya, Megat Andrian tersenyum sendirian....



Assalamualaikum bloggers yg disayangi.....

Sedih utk saya katakan,ini adalah entri yg teristimewa buat anda semua sbb.....
*next entry saya mungkin,Insya-Allah dlm masa enam bulan lagi. 
*Itu saya x boleh nak janji
*Saya cuba buat entri yg terbaekkk utk uolls
*maaf sgt2 dari hujung rambut hingga hujung segala hujung(kalau saya buat anda ternanti-nanti)
*huwaa.....i will miss uolls!
*sbbnya,biarlah saya sendiri yg tahu:'(

Akhir kata....selamat bertemu lagi di masa akan dtg,Insya-Allah:)






13 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. sweetnye tak sabar nak bace nx entry

    ReplyDelete
  3. Mana nx entry? Lama dah tunggu....

    ReplyDelete
  4. Mana nx entry? Lama dah tunggu....

    ReplyDelete
  5. Mana nx entry? Lama dah tunggu..

    ReplyDelete
  6. Bila nak update yang baru? Dah lama tunggu

    ReplyDelete
  7. salam sis, bila nk up new n3? serius rindu dngan mreka?

    ReplyDelete
  8. Sambngan dia mna.. best la cte ni

    ReplyDelete
  9. 2 years already...x de update pun..please update...your story is amazing!!!

    ReplyDelete

surat layang untukku:-)